Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, June 29, 2010

Melalak Di Tengah Malam~

sejak aku tiba2 bukak lagu lama2 tengah2 malam hari tuh
kakak aku asyik tanya je bila nak karok lagi malam2..

mulanya aku la
saje2 nak layan lagu lama2 dalam laptop nih
korek2 la lagu lama kat mana folder..
agak2 lagu yang macam tak pernah dengar aku cuba la bukak
sekali lagu tu sedap
akak aku pun kata sedap

aku bukak la lagu Salem - Air Mata Kasih
pergh..memang sedap la lagu tu
aku pun ikut nyanyi..
since dah lagu sedap, akak aku request lagi lagu2 lain
aku bukak je la lagu ape2 pun yang best
lagu lama2 ni memang layannn..

bila kita hayati dan dengar betul2 lirik lagunya
sedap tau!
penuh kata2 yang berlebihan dan metafora..
hahha..
aku kan jiwang2 karat..
jadi aku suka la.. =)

tiba2 akak aku bukak lagu kumpulan gersang
zaman 80an la tu
dia kata "kau mesti tak pernah dengar lagu ni.. lagu ni sedap tau"
then dia bukak la lagu tu dari handphone
aku dengar lagu tu mula2 memang tak boleh tangkap
tapi bila korus tu
aku siap boleh nyanyi sekali..
ngeh ngeh ngeh

kakak aku pulak terkejut
kenapa aku boleh nyanyi lagu ni
sebab dia kata dia 1st time dengar lagu ni

aku katalah aku rasa masa aku kecik2 dulu aku macam selalu je dengar lagu ni
sebab tu boleh hafal lagu dia
sama ada lagu ni jadi OST drama masa aku kecik2 atau selalu main dekat radio
kalau kaset dulu2 aku hafal lagu kumpulan Spring dan Ziana Zain sebab abah aku suka sangat bukak kaset ni dan main banyak kali..
sampai aku hafal lagu2 dia..

malam ni kakak aku ajak aku karok lagi,..
tengoklah yep.. =)

Monday, June 28, 2010

Selamat Ulang Tahun Kakak~

selamat hari jadi..
selamat ulang tahun..
selamat menjadi semakin tua..


happy birthday!



hari esok adalah birthday kakak saya
sekarang umur dia 25 tahun!
Selamat Ulang Tahun kak Ain..
semoga dipanjangkan umur..
dimurahkan rezeki..
cepat2 lah kamu kerja kerana kalau kamu kerja saya yang senang
senang nak mintak apa2 dan senang berjalan..
ewahhhh..

hadiah?
perlu yep ada hadiah untuk dia?
walaweh, tak ada duit la nak bagi kamu hadiah..
kau nak apa?
sila list dan aku akan temankan kau pergi beli..

adik beradik aku ade 2 orang je
aku dan kakak aku ni
jadi kami agak akrab
semua perkara yang boleh dikongsi akan dikongsi

ape lagi aku nak membebel tok kau ni yep?
apa2 pun..
kau sudah semakin tua..
silalah matang sedikit..
haha..

tata~

Pembebelan Yang Tak Berasas~

sekarang sudah pukul 12.45 tengah hari
saya belum makan tengah hari apatah lagi sarapan
sebab saya bangun dah pukul 11
celik mata je bukak internet
motif nak tengok sesuatu
tapi amat sengal sebab tak boleh bukak

jadi saya layan facebook dan blogging
selain buka pdf panduan dan kemasukan pelajar baru UiTM 2010 tak boleh buka
online untuk mohon PTPTN juga tidak boleh daftar..
kenapa?
salah internet saya tak kuat ke?
tapi kawan saya kata dia punya pun tak boleh daftar..
salah PTPTN ke salah sistem??

saya tak sarapan lagi
kakak saya sudah
dia makan keropok dan bubur kacang durian semalam
tapi, semalam saya dengar jugak dia kata mahu puasa (puasa ganti)
tapi lantak semacam je hari ni
saya tanya dia tak puasa ke?
dia kata tak jadi
dia tanya saya, kau puasa ke?
saya jawap mesti....     
mestilah tak puasa! hahaha =D

internet sangat tak kuat
sebab kakak saya juga buka internet
sangat bersabar
dinasihatkan kepada kawan2 saya
harap anda bersabar jika chatting dengan saya 
sebab saya akan kejap online kejap offline
amat memeningkan anda
haha..
sila tingkatkan tahap kesabaran anda bila berchatting dengans saya..
terima kasih!

hari ni tak mahu puasa
sebab  mak masak apa ntah
bukan nasi lemak yang saya idamkan rupanya
mee apa ntah dan juga ketam rebus dan ikan goreng hasil dari pembersihan peti sejuk
sangat la menakutkan..haha

apa2 ntah lagi mak saya buat
mak saya dah jerit "makannnn.."
silalah memenuhkan perut anda yep! hahaha

Sunday, June 27, 2010

Dasar Pemalas~

aku ni memang la pemalas orangnya
tak perlu dinafikan lagi
seandainya kalian mengenali aku secara dekat especially aku dekat rumah
memang aku pemalas
haha.. ade sape2 kesah ke?
tak ada kan?

memandangkan aku nak masuk universiti lagi sekali
jadi dengan secara rasionalnya kenalah berkemas barang dan baju
tapi, memang sejak azali telah malas mengemas barang2 tu semua

sebab before kemas kena la repair mane baju yang terkoyak,
jahit mana baju yang terbetas jahitan, gam mana kasut yang terkopak, tampal mana butang yang tertanggal permatanya..
haila.. malas bebenor..
sebab belum feel nak berkemas apa2..
kemas pun kena ada feel ke?

sebab saya rajin berkemas tau..
kalau datang mood mengemas tu memang habis satu bilik aku kemas
lepas aku puas hati kemas aku tidur!
haha.. nikmat kan?
lepas penat2 mestila tidur..

sekarang dalam proses kemas barang..
tadi kau kata kau tak kemas apa lagi iza?
ish..
aku cakap macam tu sebab sekarang tengah basuh segala baju, seluar, selimut, tudung yang nak dibawa..
tunggu dulu semua tu kering baru syok kemas barang kan?
ni tak la ada lagi baju ke apa yang belum kering..
tertangguh nak kemas tak pun biar space untuk benda tu lama2 sumbat barang lain jadi penuh pulak..
-_-"

Kahwin di Seberang Selat Tebrau!

mengarut betul aku punya tajuk kan?
haha.. tak apalah janji ada tajuk.
tak tahu nak bubuh tajuk apa dah..
mengarut je lebih -_-"

hari sabtu dan ahad hari tu pergi singapura 
kisah sebenarnya abang sepupu saya berkahwin saat tu..
jadi dengan senang hati ke singapura la
selepas buat passport bagai..

sekarang senang buat passport
kat tempat aku cuma perlu pergi pejabat imigresen dekat Tanjung Pengelih then boleh buat.
tapi seminggu la baru boleh dapat sebab dia kumpul untuk seminggu baru bawak ke jb
tak senang la kan tak perlu nak beratur pukul 6.30 pagi dekat bangunan Wisma jb..itu gilossss ramai orang ye tiap2 hari kalau aku pergi kerja masa praktikal dulu..
bangunan Wisma dengan Jotic tu selang Menara Tabung Haji je..
tiap2 hari boleh nampak..

tapi nak pergi singapore memang berkira la kalau jenis keluarga macam aku yang ekonomi ketat memang mengarut la kalau nak buat singapore tu tempat pelancongan..
mane taknya $1 = RM 2.60
banyak tuh kan?
kalau tukar RM 200 dapatlah $80 something la..
mengarut betol!
sebab itulah orang singapore seronok datang malaysia sebab barang murah kan..
bila dia tukarkan ke duit malaysia dah dapat 2 kalai ganda..
barang beli dekat sini kualiti sama jugak, malah ada yang lenih baik kot..
jadi tak hairanlah kalau kita tengok kereta orang singapura sarat membeli belah dekat jb..
lalu tambak tak sampai setengah jam dah sampai malaysia
kalau tak jammed la..=)

nak pergi singapura senang je
samaada lalu darat atau pun lalu laut
lalu udara tak termasuk dalam senarai aku la kan..
kalau lalu darat ikot tambak tak pun 2nd link tapi kalau lalu laut naik bot dekat pengerang je
dalam 30 min ke 40 min korang akan sampai ke Changi Terminal dekat Singapura tuh..
dulu sebenarnya aku dah pergi tapi yelah, tu masa dulu mane aku ingat sangat..
sekarang ni memang terlebih ingat la kan..


ini bot dekat Changi Terminal ke Pengerang yep...
bot biasa jep..

aku ke sana sebab nak meramaikan kenduri kahwin abang sepupu aku nih
pergh! rupanya semua dah besar kan sekarang?
aku rasa maca baru je bulan lepas main teng-teng la, main perigi, main kutip bunga, main kutip buah jambu..
merepek2 main..
bila abang2 sepupu aku balik kampung ( diorang ni stay singapore memang dari dulu)
kami akan main macam2 dekat rumah tok
semua sepupu2 kumpul
dan bila nak main lasak2 sikit macam masuk semak ke apa
abang2 sepupu aku tak bagi aku masuk nanti baju gaun aku kotor.. dan mak akan marah
bukan sikit kotor tapi kalau dah kena getah pelan ke minyak enjin bot je tak ke naiya?
haha..
dan abang2 sepupu aku akan carikkan benda2 nak buat main tu macam bunga or ape2 ajelah
mereka sangat baik.. =)
dan sekarang beliau mahu kahwin!
owh!

sedar tak sedar dah 30 dah umur abang sepupu aku nih
wow.. dah nak menikah..wewewe


yang pakai baju putih tu la pengantinnya
orangnya hitam manis dan kurus
tapi dia sangat baik hati dan sangat sayangkan mak ayahnya
kalau korang tengok la dia layan mak ayah dia
fuhhhhh... kompem korang nak booked abang2 aku nih..
dengan lembut, dengan sopan, dengan baiknya melayan mak ayah dia
bukan takat mak ayah je dia layan baik, sedara mara pun dia sangat baik okeh.. =)


 gambar masa lepas nikah..
masa nikah henjut tangan tok aku ambik video jadi tak leh nak tepek kat sini
semua orang buat kelakar jadi tak ade la tegang sangat kan rasa
memang tak gugup pun
lancar dan jelas je..
syabas abang!


pasangannya kak diana agak chubby2
tapi cumel je
padan la dengan abang saya yang agak kurus tuh
hoih... selalu macam tu la kan?


hantaran dari pihak lelaki
ada 9 dulang..


ini hantaran balas pengantin perempuan
gambar semua pecah sebab ambik guna henpon je
lantaklah janji ada pic kan?


dari kiri mak ngah, nama panggilan lain nih..
kedua baju hijau mak saya
then saya yang gemokssss..
dan mak pengantin, mak lang saya
waktu ni kami nak turun ke bawah untuk dengar marhaban
hari ni hari besar
sat lagi tetamu datang tu yang turun tuh..




time ni nak pergi rumah perempuan
siap bunga manggar bagai ni
bukan main sengih bang aku nih
sebab tade sape ambik gambar kecuali aku
menyibok je ambik pic kan?
hahahha..



pic kakak saya keluar dari Changi Terminal sebab nak naik bot
sangat budget dia jalan
>.<

inilah cerita minggu lepas..
lama betul nak update kan?
ceh..
lembab nak upload pic la kak..huhu
silalah baca.. ^_^

Saturday, June 26, 2010

Pelayan Over~

ceh, tajuk nak cam gempak habis
ayat je gempak nanti..kui3

alahai, sekarang ni waktu nak bersiap2 ke shah alam
aku nak bukak fb dan blog pon mak aku sound
asyik main fb dan blog je bila masa nak uruskan pasal nak pergi ni?
tapi hakikatnya aku dah uruskan pun
dah settle..
dah bayar yuran, dah beli no pin ptptn, dah buat medical check pun
tapi ptptn belum online lagi..
sat2 lagi la yep.. sebab nak bukak laman ptptn pun sangkut
ape ke hal nyer?

tentang lesen pun tak boleh abiskan..
macam hampeh je.
yela, aku dah habis belajar 9 jam..
cuma belum buat QTI je..
sebab hari tu aku pergi singapore tu la..
haish! >.<
dah jadi tertangguh cam ni...
bila aku nak dapat lesen kalau cam tu?
hailaaaa...

tentang tajuk atas ni
apa maksudnya ye?
maksud aku, kalau dalam dunia dan akhirat tak de perkiraan dosa dan pahala, ada yang does and don't pasti aku jadi pembunuh tegar..
gilosss perempuan ini nak membunuh..
sebenarnya betul kan?

memang gila la kalau nak membunuh je kerjanya
kalau pergi mana2 mesti bawa pisau..
ke pistol..
memang gila kan? haha

tu adalah imaginasi paling gila pernah aku pikir
sebab dunia ada undang2 dan Allah juga ada undang2..

Mari kita mengucap dulu..
Astaghfirullahalazim... bawak mengucap.. bawa bersabar..
berkat kesabaran tu la dunia ni aman..haha  -_-"

ceritanya, tadi saya ke kedai beli barang2 keperluan nak ke u la kan
beli macam2 la dekat pekan je
kedai biasa dan tauke dia dah kenal kita
almaklumlah, penduduk dari duduk
memang lahir dan membesar dekat sini
jadi pekedai dah kenal sangat la..

tapi dia punya pekerja budak sekolah aku rasa
kerja time weekend kot
mak ai.. gilosss mengikot aku kemana2 ceruk kedai
tak boleh aku tengok ke pegang bende je mesti dia tanya, nak beli ke? saiz ape? nak warna apa? selalu pakai macam mana?
hello! aku cuma pandang tak pun aku pegang je
tak perlu la kau nak over layan pulak

aku jalan 5 tapak dia ikut 5 tapak
aku undur setapak dia undur setapak
aku cuit je baju kanak2 yang comel2 dia pun kata nak beli? warna apa? saiz?
hey, aku cuit je la.. bukan aku nak beli
kalau aku nak beli pandai la aku ambik..

aku saje je
bila aku jalan 2 tapak tibe2 aku berenti
dia pun break mengejut la...
aku jalan balik dia ikut jalan
aku pusing dia ikut jugak..

aku nak bercakap dengan mak aku pun tak senang
nak je aku cakap
"awak jangan ikot saya boleh tak?"
tapi aku tak cakap..
aku ni bengang tapi tak mahu luahkan..
ntahlah..

last2 aku pun menyampah
aku bayar je then blah macam tu je
haa.. niat hati nak beli barang lain tapi tak jadi
ah, ni semua pasal pelayan over tu la..
haha..





Settle 3 perkara!



hari ni aku dan kakak aku ke Kota Tinggi
untuk selesaikan perkara2 nak masuk universiti la
harus ke Kota Tinggi sebab semua bank dan untuk buat medical check up kena buat dekat sana
rumah aku area kampung, jadi haruslah ke bandar..hukhuk

pagi2 pergi dengan naik bas Mara Liner yang lebih teruk dari kemampatan sardin..
mujur aku dan kakak dari kampung, dapatlah duduk dengan enaknya
siap tidur segala, mesti orang yang berdiri tensen je
macam aku tensen tengok orang yang dapat duduk tu tidur enak2 kan?
lagi aku tensen kalau rakyat asing especially pendatang yang tak tahu lah ada permit ke tak duduk enak2 dengan berbual kuat giler cakap bahasa diorang dan buat bas tu macam bas dia dan tu negara dia..
sangat menyampah..giloss geramm..
memang aku selalu bergaduh dengan mat indon nih.. siap marah2 bagai..
hambik kau, kau buat negara ni macam negara kau.. ko hengat ko sape?
aku ni pun kena ketepi.. banyak cantik kau?
hadui, emo kan?
sangat la emo.. sebab banyak kali aku kene tolak dengan indon bila naik bas
tu belum lagi yang bangla, vietnam, filipina.. ntah negara apa2 lagi la..

okeh, dah merapu ke cerita tu pulak.. haha
sambung la cerita nih.

aku sampai Kota lebih kurang pukul 10 kot
then, terus pergi BSN beli no pin PTPTN
budget la ramai manusia hari ni nak berurusan kan
tapi lengang je..
dekat BSN ade la budak sekolah nak buat buku untuk biasiswa dan budak nak bukak akaun SSPN

Tak sampai 15 min dah settle dekat BSN
pergi pula klinik sebab nak buat medical check up..
bila tolak je pintu klinik tengok orang tak ramai pun
terus tanya kakak dekat kaunter tu boleh buat medical check up  dan x-ray tak?
laju je akak tu cakap boleh
sebab sebelum ni minggu2 lepas dah berapa ratus orang datang buat kat sana

lepas x-ray bagai sume then check urine
ok, settle medikal check up
belum pukul 11 pun
jadi on the way, jalan kaki je ke Bank Islam untuk bayar yuran pula

sampai kat bank islam orang pun tak ramai
isi2 borang then tunggu kejap je dah settle dah..
masa tu pukul 11 setengah
uish, awal gilosss..
jadi kakak aku ajak pergi gedung beli minyak wangi dia
koje beli minyak wangi je minah ni.. -_-"

lepas ke gedung
walaupun tak ada minyak wangi yang kakak aku nak tu
kami ke Pizza Hut
dah 6 bulan mengidam nak makan pizza
akak aku pun sama
tengok iklan je nak makan
jadi sempena aku dapat sambung degree ni akak aku nak belanja la aku makan pizza

okeh, rancangan nak makan pizza and tengok wayang dari bulan lepas tapi dia malas gerak jadi
jadi sik tak jadi la
ni baru la jadi makan pizza


aku beli set yang untuk 2 orang makan tu
satu Garlic Chicken satu lagi Ayam Masak Merah
Garlic Chicken sedappp..
yang Ayam Masak Merah tu tak sedap eh... rugi je beli..
rasa dia macam ayam masak merah lauk pengantin..
dah la aku tak berapa minat lauk pengantin..
dah buhsan sejak2 lepas kenduri tu lepas tu pulak cuti sekolah ramai orang kahwin kan
tu yang banyak makan nasi minyak la, nasi beryani la..huish...


excited akak aku makan
sampai bergegar2 meja masa dia potong pizza
hahaha..




wohh.. excited aku makan kan?
lantak la..bukan ada orang pun masa ni..
tengok la seat kat belakang tu kosong je kan?

makan 2 set kecik2 ni aje tapi tak habis pun
bawak la balik kasik mak rasa tapi mak rasa yang dah sejuk2 la kan
sori la mak.. mak kata pape je lah..haha

balik je aku ambil gambar  tok lekat kat mane2 borang pulak
comey sikit gambar aku kali ni
owh, perasan nak mampus..
hahaha

bila semua dah settle perkara yang dekat kota barulah senang hati sikit
boleh tidur dengan lenanya..
mak aku pun tak de la nak bebel2 lagi kan..
selama ni aku tidur tak lena ke?
terlebih lena adalah..hahahaha

okeh,, lain kali bebel lagi yep!
babai.. ^_^

Thursday, June 24, 2010

Sekodeng Polis

hari tu punya carita la ni
minggu lepas la kan..
sebab hari ni hari khamis..
aku menyekodeng polis ni masa hari khamis lepas..

aku ni dah giloss agaknya sebab sekodeng polis..
bukan sekodeng..
gini ceritanya

masa aku dok syok2 belajar memandu dekat kampung aku
aku nampak la ade 2 orang polis ni sedang ronda2 jugak
ronda2 dengan moto je
jadi aku nampak la sipi2 muka polis muda ni
tapi disebabkan dia pakai cermin mata hitam..
jadi aku tak berapa sure la muka dia

aku rasa muka dia macam muka kawan aku sekolah dulu
tapi aku tak sure la kan
nak gak tengok muka dia betol2
betol ke dia kawan aku dulu


ini memeng dah tahap mengarut dah ni
siap snap2 pic curik2 lagi
saya mintak maaf kalau bukan anda yang saya maksudkan
tapi ni sekadar salah tafsir..

ape aku merepek ni?
ahhh... sudah.. kang kene saman lak ambik pic orang curik2
en polis lak tu
pic ni secara tak sengaja je
saje ambik gmbar jalan
tapi dah ternampak en polis yg ensem ni..hehe

kawan sangat ke?
tak de la kawan sangat
tapi masa dekat sek dulu same tingkatan la
tapi kelas lain2..

sampai sekarang aku tak dapat cam muka polis tu
jadi aku skodeng2 pun tak dapat jugak
ntah betol ke tidak kawan aku pun aku tak tau
kalau betul ape salahnye bertegor sape..
amboi, kalau polis nak pulak bertegur sape ek?
kalau kerja lain?
aish, aku ni kawan tak memilih..
semua kau kawan.. =)

Kehidupan Penuh Cabaran

tak tahulah sampai bila blog ni akan kosong nanti
sebab aku akan masuk universiti
mungkin agak busy nanti dengan segala macam perkara
yang penting sehingga yang remeh temeh

dengan ketiadaan rumah
barang2 yang banyak
dengan tak mengetahui apa yang patut buat kat sane
haila..

nasib baik ada kawan2
ada husna, faz, john, ecah, icad..
bolehlah berbincang2
lagipun ada kak aida bekas levelmate dulu
boleh tolong2 kami yang tak reti tuh..

sebenarnya malam tadi nak tulis entry pasal pergi singapore tu
tapi mengarut panjang2 sangat samapai mengantok pula.
gambar sume dah ada
tapi tu la nak upload je menjadik la lembab yang amat
tapi akan aku usahakan juga nanti

pasal perjalanan yang menaiki bot ke singapura
dan duduk sana

saya ni budak tak penting dalam perkahwinan tu?
ish, saya bawa hantaran tau
dan kedatangan saya amat diharapkan oleh abang sepupu saya =)

Lara Berakhir..

masa sabtu dan ahad hari tu aku pergi la singapura
woit! melancong bagai cuti2 ni yek?
melancong sangat la kan..

okeh, memandangkan aku pergi ke negara jiran
maka pada hari sabtu tu aku tak dapatlah tengok keputusan sambung ijazah UiTM
aku pun berseronok dekat singapura..
dan juga berpura2 disana..
haha

malangnya hari ahad aku on the way balik malaysia..
handphone dah tukar line maxis la balik
sebab dekat singapore pakai line sane
matik mahal okeh
kalau jawab kol, kau yang kena mahal bukan pemanggil..
macam sms, orang yang sms yang kena charge mahal..

bila aku on maxis balik dan mesej la husna
sebab husna ada misskol aku
bukan misscall sebenarnya, dia memang nak kol aku tanya aku dapat mana
tapi aku tak dengar sebab hp dalam beg dan kalau dengar pun memang aku tak mahu angkat sebab nanti aku kena charge..
kedekoooott.. bukan kedekut tapi dalam hp tu ade 3 sen je..macam mane nak angkat kan?

dia kata tak dapat u
hooo..aku seram sejuk dah masa tu tapi still kontrol
sampai rumah aku bukak la student portal then tengok aku pun sama.

okeh, semua orang dah marah2 aku sebab dah dapat sambung.
fine.. saya tak pandai..

dari ahad petang sampai hari rabu
merana kejap la aku
sedih jugak 
tapi mak aku kata aku tak sedih pun
sebab bukan aku sorang tak dapat
kecewa??
tersangatlah..

bila hari rabu aku dengan senang hati buat maggi dan air nescafe tarik
amboi, sakan mencekik
tibe2 tengahari husna kol dia dapat
libang libu la hati sebab ramai dapat pulak..

then, petang aku pulak dapat
tapi aku dapat 2nd choice
Pengurusan Hotel..
aku mintak Pengurusan Pelancongan..
haiyak..
mau pelancongan la..bukan hotel..
kang nak tukar kos boleh??
ngeh ngeh ngeh

dan sekarang baru la tak sedih
baru la makan
baru la senyum
baru la..
paham2 la kan korang.. =)

Monday, June 21, 2010


Kelab Ben Ashaari Blogger..
saya dah sertainya..
ya, ya.. en Ben banyak tipsnya..
tapi saya kurung reti..
saya ni blogger baru yang memang tak reti..


saya harap saya dapat menyertai kelab ini dengan jayanya..
owh.. bukan untuk glamor dan gila kuasa
sekadar mahu menambah ramai kenalan..
sebab ramai kenalan ni bagus kan?


Sunday, June 20, 2010

Dunia Yang Tiada Kesudahan T_T

kalau orang kata dunia ni sangat kejam, 
sebenarnya memang kan?
memeng kejam..huhuhu
dunia ini dirasakan kejam oleh orang yang aniaya je sebenarnya
dan yang sebenarnya bukan dunia yang kejam
sebabnya semua yang berlaku atas muka bumi ini sama ada berkaitan dengan kita mahupun tidak adalah kehendak Allah..

kita tak boleh nak menyangkal kehendak Allah
tak boleh nak elak takdir 
dan tak boleh juga nak salahkan takdir

tapi kita boleh berusaha kan?
macam berusaha merubah takdir ke?
sebenarnya bukan merubah..
Allah sebenarnya nak tengok sejauh mana kemampuan kita berusaha melawan apa yang telah dia tulis
dan kita akan fihgt bersungguh2 kan apa yang kita tak suka tu
jadi bila Allah dah tengok kita berusaha sedaya upaya dengan segala kudrat kita 
Allah akan nampak dan dia akan merubahnya
semuanya atas kehendak Allah sahaja.. tak ada yang lain..

dengan ini kita berusahalah merubah nasib kita
bukan kita tak mahu menerima nasib kita seadanya
tapi untuk mencari yang terbaik untuk diri sendiri.. 

Friday, June 18, 2010

Bola Sepak dan Sewaktu dengannya..

sekarang demam bola sepak sebab tengah FIFA WORLD CUP AFRICA 2010
betul ke sebutan saya tu?
ahhh..lantaklah nak betul ke salah ke..
yang penting saya dah sebut..
hehe..



cerita pasal bola sepak ni bagi orang yang minat amatlah menerujakan..
bagi yang tidak berinat macam saya amatlah malas nak tengok

bola sepak itu satu sukan
maka saya sebenarnya tak menyukai sukan
mesti ada yang berbisik
pssstttt.. patutlah eyza tu gemuk kan? tak suka sukan..
hahhahaha..
do i care? haha.. gila belagak..dush2 (*_*)
yang penting saya tak mempunyai penyakit..
sebenarnya bukan tak suka terus tapi atas sebab2 yang tidak dapat dikawal maka saya tidak berapa menyukai sukan..haha

dulu masa saya bersekolah, mesti ada hari sukan
dan kami 'terpaksa' mengikuti latihan sukan yang dijalankan
macam rentas desa, olahraga, lumba lari, lompat jauh, lontar peluru, baling lembing dan macam2 lagi la..
dan cara kami tak mahu terpilih mewakili rumah sukan dengan buat sehabis lembik dan dapat kedudukan corot2..maka kami tak terpilih..haha..jahat kan? 
kalau rentas desa antara yang terakhir, kalau lumba lari no 2 last tak pun last!, kalau lompat jauh cuma lompat beberapa inci je, kalau baling lembing alah.. kadang tak terpacak pun.. tu semua saja je tu lakonan supaya tak terpilih..
bila cikgu umumkan sape yang terpilih dan saya tak terpilih, saya akan senyum memanjang.. bukan sedih tapi suka.. sangat suka! hahaha

dulu kawan saya pernah kata
" sukanlah perkara paling akhir yang akan aku ceburi kalau dah tak ada benda lain yang dapat meneruskan hidup" 
kawan saya ni cakap sewaktu kami membuat latihan sukan di sekolah.
betapa kami tak menggemari sukan..
sekarang kawan saya di UPM dalam jurusan Teknologi Makanan..

itu belum lagi cerita saya dan kawan2 lari dari latihan sukan
dulu masa di sekolah semua ahli rumah kena cuba setiap sukan sebab nak cari wakil bagi setiap rumah
dan kami tak mahu buat semua sukan tu
sebab dah sah2 kami tak akan terpilih jadi buat apa nak cuba dan menghabiskan tenaga kan?
kami lari ke tandas dan bila kami dengar ada cikgu HEM atau guru sukan datang toilet kami menyorok dalam toilet yang kecil tu..
satu bilik tu masuk sampai 5, 6 orang..
nakal kan kami..

namun sekarang saya bukanlah buta sukan langsung
masa piala thomas saya tahu siapa memang dan pemain2 negara..
kalau tentang piala dunia pun saya tahu sedikit
tentang pemain2nya tapi yang terkenal aje la macam Rooney, Cristiano Ronaldo, Kaka, Beckhem, Park Ji Sung, Gerrad, Owen, dan ramai lagi la..haha
sebab mereka hensem sebenarnya..kui3

jadi bila musim bola ni nasib baik tak memprngaruhi cerita lain kat tv sebab siaran langsung tu tengah malam atau subuh..waktu sana kan. 
waktu sini dari siang ke petang tak ganggu
fuh! nasib baik..kalau tak mengamuk jugak la...hehehe

Katakan dengan Indah..

Malam ni mood jiwang2 dan cintan
layan lagu lama2 zaman 80an
tiba2 bukak lagu zaman2 aku kecil2 dan menikmatinya


bila kita dengar dan hayati betul2 lagu tu kita akan dapati liriknya amat sedap dan menusuk kalbu.
saya prefer lagu Saleem- Airmata Kasih
lagu tu memang best.. =)

Airmata Kasih 
Ku layarkan bahtera ini
Kerna di dada terpatri cinta yang suci
Siapa sudi bertanya
Luka di hati adakah menitis lagi
( 1 )
Mengalir dalam jiwa
Tidak kelihatan di pandangan mata ooo...
Menerjang ruang rongga kosong tiba-tiba
Madu kasih tidak kesampaian oh...
( korus )
Airmata...
Tidak kan bisa merubah perjanjian
Andai kasih...
Harus berpisah kecundang di tengah jalan
Apakah...
Kita terpaksa berkorban demi cinta
Sampai masa...
Yang menentukan tangisan akan reda semula
( ulang 1, korus & korus )
Airmata tidak kan bisa
Merubah perjanjian
Sampai masa yang menentukan
Bahgia 'kan menjelma semula

ewah, memang syok habis.. hehehe


lagi satu lagu Gersang - Suratan Takdir

Suratan Takdir

Artist: Gersang

Kesukaran melafazkan
Pengucapan perpisahan
Kepada yang tercinta

Tapi terpaksa ku lakukan
Keranaku tidak mahu
Terus berpura-pura

Usahlah ku disalahkan
Terjadinya perpisahan ini
Itu suratan takdir

Tak terlintas di hati ini
Untuk aku jatuh cinta lagi
Tapi takdir yang menentukan

Memang pernah ku berjanji
Kau yang pertama dan terakhir
Tetapi aku memungkiri

Tidak dapat ku terima
Dua cinta di dalam hati
Maafkanlah ku sayang

malam ni memang layan habis2an lagu lama2
carik balik lagu2 kegemaran..
mostly boleh nyanyi semula lagu tu..
seronok sangat nak2 bila teringatkan kisah2 lama kan?


bila kita dengar satu2 lagu kita akan teringatkan kenangan2 dulu berkaitan lagu tu
tak kiralah lagu tu mengisahkan tentang kisah silam atau tentang orang lain
yang mampu buat kita senyum, ketawa, sedih dan menangis


kalau anda tanya saya pun saya ada juga lagu2 pilihan hati
pilihan hati orang yang pernah dekat dengan kita atau pilihan hati kita kan?
tak ke?
eleh, tipulah kamu semua..hahaha

Kalau saya, bila saya dengar lagu Bunga Larangan saya akan ingat satu cerita nih..
mengenai seorang kawan yang telah di usha oleh seorang mamat nih
dia ni dah ada boyfriend tapi dia kawan dengan semua orang..
tapi ada seorang kawan dia ni sukakan dia dan cakap kisah hati dan cintanya macam lagu Bunga Larangan tu.
dan kawan saya ni kata macam mana lagu tu sebab dia tak pernah dengar..

lalu kawan saya ni dengan semangatnya google la lirik lagu Bunga Larangan ni dan print (dia ada buat perkhidmatan print dekat level dulu)
tapi belum dapat lagu sebenar.
masa mula2 mamat tu beritahu dia, dia pergi tanya semua bilik dekat level tu tahu ke tak lagu Bunga Larangan 
dan suruh nyanyi lagi..
amboi.. excited kawan saya nih..haha

bila dah dapat je lagu tu
kami semua yang tahu hal mereka sibuk nak dengar
amboi, memang menyentuh hati dan perasaan
sebab lagu tu mengisahkan lelaki yang tak dapat nak bersama perempuan yang dia suka sebab perempuan tu dah berpunya..
ewahhh,,,hehehe
sejak tu kalau saya dengar lagu tu je saya akan teringat kisah kawan saya.. hehehe

 
tu tak termasuk lagu2 lain yang ada makna tersendiri tu
uffff.. malas mau cerita sebab dah tangkap sedih..
tangkap cintan.. 
pergh!

Thursday, June 17, 2010

Pearl Screen Pukul 6 Petang..

dulu di TV3 akan pukul 6 petang ada slot Pearl Screen
Pearl Screen tu waktu untuk cerita cina yang bersiri yang best2.
kan ada subtaitle bawah tu jadi saya sangat suka tengok cerita cina tuh.

ceritanya semua dari Hong Kong dan mengisahkan pelbagai kisah macam kisah polis, kisah bomba, ahli perniagaan yang sangat konflik dan macam2.
dan tentunya pelakonnya amat hensem2 dan menjadi pujaan hati ketika itu.
kan? hahaha

ni antara ceritanya:

:: Golden Faith ::

:: Split Second::

:: Armed Reaction 3::

ada banyak lagi drama yang aku dah tak ingat 
ni la antara yang masih aku ingat
sebab ade pelakon yang aku suka kan haruslah ingat.teheeeee..=)


dulu pun ada Autumn In My Heart, Winter Sonata..
tu belum lagi cerita Filipina macam Pangako Sayo, Mula sa Puso dan banyak lagi..
haila..sangat seronok.
cerita Filipina tu tengok lepas balik sekolah agama sesi pagi dalam pukul 10.30
sekolah menengah dalam tingkatan 1 dan 2 sesi petang.
uishh..masa tu memang seronoklah..
balik sekolah je mengadap tv sambil buat kerja sekolah.
tiap2 ari tengok nih, tak pernah miss..lainlah kalau ada latihan sukan kan..

miss my old memories la..mahu digging cerita tu semua balik...tapi kat mane yek?
kat u tube ade la.. tapi nak download mak aih.. lambat la der..hahaha
mungkin kat kedai ade lagi kot cd dia.. *_* <-- muka berharap..

Wangian mampu membuatkan kita teringat seseorang?

biasanya kita akan pakai wangian kan?
minyak wangi yang kita suka.
terpulang pada setiap individu tu definisi wangi dia bagaimana
sebab tu ada beribu2 wangian dalam dunia nih.


dari wangian bunga2an sehingga ke buah2an.
ada juga kesegaran dan ada wangian yang direka.
dari esktrak apa tak pasti tapi biasanya campuran beberapa jenis bahan yang masih saya tak tahu.
*saya tak tahu ke atau orang lain semua dah tahu??


bagi saya selama tiga tahun ni saya amat menggemari SilkyGirl Loving You.
semenjak dia mula terbit saya beli dan sukakan baunya.
dan saya telah pakai selama 3 tahun dan belum bercadang nak tukar kepada minyak wangi yang lain.


Kotak dia kaler purple dan ada gambar rama2.
suka sangat.
bau dia pun sedap.


saya kalau pakai minyak wangi banyak.
adalah dalam 5 kali sembur.hehehe
samapikan levelmate saya pun ada kata
kalau bau ni mesti bau saya sebab saya pakai banyak dan selalu.
sebab kita yang pakai kita tak tahu wangi ke tak kan?


dulu saya suka Women of Earth dari Avon
tapi agak mahal kalau nak beli botol besar.
jadi batalkan niat nak beli walaupun baunya wangi dan yang penting kaler hijau!
awww...suka gitu..haha




kakak saya pula suka One Drop Perfurm..
owh.. saya tak minat dengan minyak wangi macam peluru tu.
dengan bau dia dengan botol dia..
sangat tak minat.
walaupun dia very affordable dan senang di bawa tapi saya tetap tak minat.
minat orang lain2 kan?


apa pula minyak wangi kesukaan anda?
boleh tolong sunggest minyak wangi baru untuk saya?
nak tukar minyak wangi tapi harga mestilah dalam kemampuan saya.
sebab saya ni selalu tak berkemampuan.. *_*
okeh.tata.. =)

Wednesday, June 16, 2010

Cuaca Panas Punca Harga Ayam Naik???

keratan akhbar kosmo


apakah kaitannya cuaca yang panas dengan ayam?
kalau ayam panas kena buatkan reban yang ber'aircon' ke? 
hohoho.. gilosss la sebab tu la harga ayam semakin mahal kan?

alasan harga ayanm naik ni daripada Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM)
mereka berkata kenaikan harga ayam ini disebabkan cuaca yang panas sekarang ni.
apa logiknya? cuba kita baca lagi..

mereka menjelaskan bahawa cuaca yang lebih panas sekarang ini menyebabkan mutu makanan ayam terjejas dan juga tumbesaran ayam juga turut terjejas..
ini menyebabkan pemborong menghadapi masalah dan terpaksa membeli dengan harga tinggi..

lebih membingungkan bila harga ayam naik seiring dengan waktu cuti sekolah menyebabkan ramai tidak berpuas hati kerana belanja harian untuk makanan sesisi rumaha akan meningkat.

ayam ni nak kena duduk dalam aircond atau kipas kot bagi dia sejuk sikit barulah dia tak terjejas tumbasarannya..hahaha =)

Apa Atas Aisbox tu?

Ada sesuatu atas aisbox rumah saya!
aisbox lama yang sudah rosak tu..
aish.. sangat la pelik rasanya.
dah la aisbox tuh kakinya dah patah.


owh.. cuba kita jengah sikit apa yang ada atas aisbox tuh?


tarrra!! si yanti yang bucuk ni rupanya.
owhh..patuhlah bergoyang2 semacam je aisbox tuh.
dah la atas aisbox tuh ada kotak.
duduk atas kotak tu pulak..
bukan main tinggi lagi.
konon dia rasa selamat la tuh duduk tinggi2 



okeh. ini sahaja. =)


p/s : aisbox = peti ais = refrigerator. (sy org johor sejati!)

Bertukar!



kali nih tukar background lagi.
yelah, gatal je tangan sik nak cari layout cantik-cantik.
pastu rambang mata nak pilih yang mana.
asik hide blog dan tukar background aje.
tapi cantiknya tak jugak kan?  haha.


maka, dengan ini aku menukar lagi layout aku dan ini rasanya simple aje.
penat sudah cari layout2 chantek dan download.
sekarang malas nak guna layout tuh!
*kau memang tamaklah eyza!


hah, terimalah background yang hijau di blog yang busuk ni.
sungguh la membuhsankan kan?
nak buat yang banyak karenah malas pulak
sebab kene tukar html segala..
lecehlah! hehe

Tuesday, June 15, 2010

Terlalu Kering!

Okeh, tadi petang semangat giler sebab malam nak buat kek batik
mak pun bersemangat nak buat.
daripada haritu sebenarnya saya nak buat tapi tak jadi je.
bila beli biskut meri abah jumpa dan abah makan.
haishhh..tak jadi nak buat kek batik.


jadi hari ini bersemangat memandangkan mak pun bersemangat nak buat.
buat ikut acuan la.
dulu roomate saya ada ajar buat kek batik ni.
sebab kek batik abang roomate saya buat sedap.


bila dah siap dan sejukkan dalam loyang dan saya tak sabar nak makan.
saya yang potong dulu.
masih hangat2 lagi.
amboi, gelojoh betul...tak sabar sungguh! hahaha


bila potong je maka bersepailah biskut itu.
kering sangat pulak.
tak berkilat dan likat macam orang buat.
padahal saya dah kurangkan biskutnya.
rasanya pun pahit sikit sebab banyak koko.
hehe.



haila, tak apalah.
nanti boleh cuba lagi kan?
mak pun kata bolehlah.
nanti esok2 cuba cara lain pulak kalau cara ni tak menjadi.

Rindu Kamu Semua.. T_T

Saya sangat rindukan bekas2 roomate saya terutamanya kakak2 yang sebilik dengan saya masa dekat universiti masa diploma dulu..
bila saya masuk hostel 1st time saya kena duduk dorm.. ada 40 orang rasanya sebab dalam bilik dorm tu ada 20 katil double decker... ya ampun! sangat crowded! sangat la lemas dan tersiksa.. >.<
tak ada almari tak ape pun cuma katil tak bertilam.. tilam kami angkut sendiri.. tilam memang tilam baru dan keras tapi disebabkan dulu, dorm tu adalah tempat belajar bawah block jadi lampunya macam lampu pejabat tuh..yang satu petak lampu ade 4 lampu pendaflour siap ade besi pantulan bagai..masyaAllah..punyerlah terang macam nak buat pembedahan.. sape2 yang duduk atas memang la kene tutup debgan bantal kalau nak tidur kalau lampu tu tak tutup.. dan aku adalah salah seorang yang duduk atas tuh! -_-"


masa tuh rasa sangat horrable! dengan tak ada almari, dorm yang tak berapa besar tu disumbat 40 orang.. dengan barang berlambak..almaklum la baru masuk universiti..ada yang siap bawak kotak dengan beg roda 2 bijik..mak oi! lari rumah ke hapa?
baju gantung kat tepi katil je..tuala.. dengan macam2 barang2 mandi la... kasut la.. selipar tandas.. beg2 besau2 dengan tak cukup masa berkemas ape2 sebab masa tuh minggu orentasi.. sobs!
jika anda tak percaya anda boleh tanya cik sunshine... sebab dialah rakan saya masa mula2 masuk u dulu.. 1st day daftar dah kenal dia, dan the whole week orentasi dengan dia.. sedorm dengan dia dan kemudian selevel dan semestinya sekelas dan duduk sebelah..haha =)


Selepas tuh kami dapat bilik hasil komplen dari kami..  =)
kami dapat bilik atas dorm kami je.. tak jauh pun, tingkat satu je..haha
bila masuk bilik yang saya dapat tuh dengan terujanya la duduk kan.. ada sorang kakak bilik tuh yang sangat alim dan seorang junior sama macam saya.. 
tapi esoknya ada sorang lagi kakak datang dan cua halau saya dari bilik tu.. barang2 saya, saya dah letak sikit2 dalam loker.. sebab berselerak kan letak luar..saya ingat tu bilik permenant saya la sebab nama saya dekat situ..then bila mereka cerita kenapa sume ni boleh jadi macam ni..sangat takut dan sangat sedih bila diperlakukan sebegitu..owh! T_T
saya cakap kat pejabat kolej then masalah tu selesai sebab ade kakak baik hati offer masuk bilik dia sebab katil atas dia kosong..lalala~
inilah kakaknya.. =)

: kak dalee :

nama dia Dalila Zahidi Baki a.k.a kak Dalee saya panggil. kak dalee asal kelantan. dia pendiam tapi baik hati.. jenis tak kisah sebab boleh kongsi2 walaupun takut2 sikit sebab kak dalee pendiam..haha. kak dalee pun ade blog.. 


ini pula kak nisa yang saya sayangi. beliau sangat memahami dan caring seperti seorang kakak sahaja. walaupun beza umur 1 tahun sahaja tapi kak nisa macam lebih matang dari usia.. love her so much!

: kak nisa :

then bila naik sem 3 mereka pun duduk luar sebab part 6 tak boleh duduk dalam, bagi can kat budak2 kecik duduk dalam maka mereka pindah duduk luar..


selepas itu ada lagi senior yang masuk bilik ni. nama dia Aisyah a.k.a kak ecah.. sangat cantik dan pandai serta caring juga.. cumel dan pandai makeup.. saya sangat suka melihat dia make up dan juga penjimat orangnya.. saya dapat duduk dengan dia 2 sem.. sem 3 dan 4. dia ada kereta kelisa jadi dapatlah kami jalan2..ehehe..

: kak ecah :


saya sangat rindukan mereka dan berharap dapat jumpa mereka lagi.
saya juga harap mereka tak akan lupakan saya sebab saya selalu je ingat kat diorang apalah lagi dengan kebaikan dan segala tunjuk ajar mereka tuh.

saya sayang mereka..
ewah!

Monday, June 14, 2010

Roti Burger VS Bedak Compact?

Sekarang, roti buger ni semakin mengecik rasanya. (?.?)
dulu besar, lebih besar dari tangan kita kalau kita pegang kan? 
sekarang ni tidak lagi. Roti burger sangat kecil.
dah macam besar bedak compact perempuan je rasanya.
bila saya nak makan, saya pun bukak dan nak buat, masa nak buat tu kakak saya kata,
"keciknya roti burger sekarang! macam pegang bedak compact je aku tengok..."
saiznya memang kecil. Cuba lihat gambar ni.. ^_^




Anda semua boleh lihat kan betapa keciknya roti burger tuh.
besar sedikit je dari bedak compact.
gambar ni cumalah perbandingan sahaja nak menunjukkan betapa kecilnya roti burger sekarang.


kalau orang lelaki mesti tak  kenyang makan sebuku roti ni sebab sangat kecil.
aish.. sabar je la. >.<
tapi mungkin roti burger Ramly, Otai dan Mat Salai besar sikit rasanya,..hemmm??
tak ingatlah...
kalau roti burger dekat KFC, McD atau MB memang lain sikit kan?


buat kecil sebab nak untung..
harga tak naikkan tapi barang kurangkan..
kurangkan kuantiti dan kualiti sekali kot..


p/s: hanya pendapat sendiri.. -_-"



MENTOR 4 : Penyingkiran Ayim memang dijangka?





sebenarnya aku tengok mentor 4 tadi sebab abah aku suka sangat tengok mentor.. jadi aku pun layan je la kan.
tapi memang aku suka tengok mentor.. bukan sokong sangat tapi banyak kutuk je. hehe.. bila masa diorang nyanyi sedap aku thumbs up! bila nyanyi lari habis peaching mau aku thumbs down.. weekkkk!


Minggu lepas kumpulan A yang kita dah tahu pun siapa yang layak dan siapa yang tidak untuk ke separuh akhir..
Minggu lepas Shaq anak didik Mas Idayu yang terkeluar..
mintak maaf banyak2 tapi saya memang kurang minat Mas Idayu sesi ini. Dulu memang dia menang, jadi sebab dia dah menanga yang lepas dia akan rasa selesa dan malu bila jatuh.
macam hari tu masa Shaq buat salah atas stage, mas idayu bukan main menangis tak hengat dunia. malu je la. sebab dia dah biasa kat atas bila dia down sikit, di malu la..
Lepas tu siap merajuk2 bagai..aish, bukan tak boleh tapi melebih2 tau..
Bila dia terkeluar minggu lepas lagilah sedih bukan main, sebab melihatkan ke'confiden'an mas idayu tu kerana keselesaan dia menyebabkan orang jadi tak minat. 
Dan anak didik dia Shaq tu suara pun tak jelas macam Black dulu.. Black lagi sedap sebab tu dia juara..


Minggu ni pula Ayim anak didik mus may. Mereka memang dapat markah tertinggi konsert pertama dan kedua tapi tu bukan penentu sebab markah datang bukan dari juri profesional semata2. dari juri awam di studia dan dirumah juga kan?
masa petang semalam masa reahersal pun kata Ayim dapat palaing sikit markah.memang dah jangkan je?
memang nampak mus  dan Ayim tu overconfident kot siap kutuk2 ziana dan anak dia yang dapat markah paling sikit tuh. tapi ade peningkatan la Mohd tu bila kita tengok tiap minggu.
saya buka sebelahkan mana2 pihak sebab kita sebagai penonton yang tengok dan nampak cara artis2 tu diatas pentas.


maaflah bagi penyokong2 mus dan ayim tapi saya tak berapa memang dengan gabungan mereka.

kepada yang berjaya teruskan perjuangan. kepada yang tak berjaya ke separuh akhir jangan putus asa sebab dekat luar tu mungkin ada perkara lain yang anda boleh lakukan.


p/s:: blog ini hanya sekadar meluahkan pendapat beliau.tidak semua menyokong. jadi ikut acuan la. ini bukan kritikan cuma pandangan dari penulis. ewah! -_-"

Sunday, June 13, 2010

Kalau Setakat Langsing Tapi Berlagak Tak Guna..

Kisah ini baru pagi tadi berlaku
bila mak saya menghantar saya ke kedai untuk belajar memandu
dan disitu kami semua akan berkumpul sebelum dibawa ke bandar penawar untuk latihan memandu.
sementara menunggu semua sampai, saya pun duduk di sebuah kerusi
sebelah saya seorang gadis lingkungan umur macam saya atau mungkin lebih bawah telah duduk setelah ayahnya menghantarnya tadi..
masa ayahnya menghantarnya, ayahnya ada berkata dengan cikgu dan tauke supaya luluskan ujian undang2 anaknya sebab gadis itu sudah beberapa kali mencuba namun gagal..
masa tu saya cuma tersenyum kerana ujian itu memang ramai orang yang tak lepas. 



lalu bila gadis ni duduk disebelah saya, maka saya mencuit lengan beliau seraya bertanya
saya : "ambil lesen kereta ke motor?" ewah, konon beramah mesra.. =)
gadis itu : " kereta.." sambil memandang sekilas kearah saya, (ataupun senang kata dia jeling je, tanak tengok muka aku pun!)
saya : "owh.." dalam hati terus berkata begini... "patutlah kau tak lulus2, berlagak nak mampus!"
itu hanya dalam hati..


okeh, budak perempuan tu sangat berlagak okeh!
harap badan je langsing,pakai tudung, muka je manis2, pakai kasut nike (tiruan kot) tapi .. kalau test undang2 pun tak lulus2 tu memang tak guna. dah la tu berlagak pula. Memang padan la kamu.. 


selepas itu saya juga toleh kearah lain, dalam erti kata menyampah sebenarnya!
saya nampak seorang kawan saya di seberang jalan juga mahu belajar meandu tapi dia memandu motor dulu.
dia dari jauh dah lambai2 saya dan kami terus berbual. kawan yang ini sangat baik. beliau juga berbangsa cina. kadang2 orang melayu ni je lebih2 berlagak (kutuk perempuan tadi tu la)..hahaha..jahat kan saya. sakit hati kot. biasanya kalau orang tanya kita kita jawap baik2 dan kemudia berbual..yelah. adatlah kan?


manusia ni kadang2 suka berlagak tak kena gaya, tak kena tempat, dan masa. 
saya terfikir, terus sangat ke muka aku masa tu sampaikan dia tak mahu tengok aku?
dah la tak lulus, berlagak pulak tu.. satu ayat nk cakap kat budak tu.. pigi darh!!!!!


amboi, marah nampak cik eyza? owh, bukan marah, cuma menyampah! 
saya tak suka manusia yang sombong, berlagak tapi bodoh..
biar dia pendiam tapi berbudi bahasa, sopan la sikit bercakap dengan orang. tak ada manners langsung.
sama je manusia2 yang tak reti senyum.. kenapa ntah, urat senyum kau putus ke?
haish..macam2 jenis manusia.. -_-"


sebab itulah saya suka berkawan dengan bangsa asing macam chinese, india, iban dan lelaki..
mereka baik hati, peramah biasanya, dan tak cepat melatah atau ambik hati..
saya ramai kawan chienese, india pun ada, iban ada dan lelaki..
sebenarnya senang kawan dengan lelaki kan?
dia tak suka kutuk belakang, jenis tak kesah, relax dan senang dibawa berbincang,..


p/s : entri ini untuk budak perempuan tuh.kalaulah kau boleh baca blog aku ni kan bagus. baru kau tahu betapa orang tak suka dengan cara kau. hahahaha.. =)