Happy Cat Kaoani -->

Friday, June 18, 2010

Katakan dengan Indah..

Malam ni mood jiwang2 dan cintan
layan lagu lama2 zaman 80an
tiba2 bukak lagu zaman2 aku kecil2 dan menikmatinya


bila kita dengar dan hayati betul2 lagu tu kita akan dapati liriknya amat sedap dan menusuk kalbu.
saya prefer lagu Saleem- Airmata Kasih
lagu tu memang best.. =)

Airmata Kasih 
Ku layarkan bahtera ini
Kerna di dada terpatri cinta yang suci
Siapa sudi bertanya
Luka di hati adakah menitis lagi
( 1 )
Mengalir dalam jiwa
Tidak kelihatan di pandangan mata ooo...
Menerjang ruang rongga kosong tiba-tiba
Madu kasih tidak kesampaian oh...
( korus )
Airmata...
Tidak kan bisa merubah perjanjian
Andai kasih...
Harus berpisah kecundang di tengah jalan
Apakah...
Kita terpaksa berkorban demi cinta
Sampai masa...
Yang menentukan tangisan akan reda semula
( ulang 1, korus & korus )
Airmata tidak kan bisa
Merubah perjanjian
Sampai masa yang menentukan
Bahgia 'kan menjelma semula

ewah, memang syok habis.. hehehe


lagi satu lagu Gersang - Suratan Takdir

Suratan Takdir

Artist: Gersang

Kesukaran melafazkan
Pengucapan perpisahan
Kepada yang tercinta

Tapi terpaksa ku lakukan
Keranaku tidak mahu
Terus berpura-pura

Usahlah ku disalahkan
Terjadinya perpisahan ini
Itu suratan takdir

Tak terlintas di hati ini
Untuk aku jatuh cinta lagi
Tapi takdir yang menentukan

Memang pernah ku berjanji
Kau yang pertama dan terakhir
Tetapi aku memungkiri

Tidak dapat ku terima
Dua cinta di dalam hati
Maafkanlah ku sayang

malam ni memang layan habis2an lagu lama2
carik balik lagu2 kegemaran..
mostly boleh nyanyi semula lagu tu..
seronok sangat nak2 bila teringatkan kisah2 lama kan?


bila kita dengar satu2 lagu kita akan teringatkan kenangan2 dulu berkaitan lagu tu
tak kiralah lagu tu mengisahkan tentang kisah silam atau tentang orang lain
yang mampu buat kita senyum, ketawa, sedih dan menangis


kalau anda tanya saya pun saya ada juga lagu2 pilihan hati
pilihan hati orang yang pernah dekat dengan kita atau pilihan hati kita kan?
tak ke?
eleh, tipulah kamu semua..hahaha

Kalau saya, bila saya dengar lagu Bunga Larangan saya akan ingat satu cerita nih..
mengenai seorang kawan yang telah di usha oleh seorang mamat nih
dia ni dah ada boyfriend tapi dia kawan dengan semua orang..
tapi ada seorang kawan dia ni sukakan dia dan cakap kisah hati dan cintanya macam lagu Bunga Larangan tu.
dan kawan saya ni kata macam mana lagu tu sebab dia tak pernah dengar..

lalu kawan saya ni dengan semangatnya google la lirik lagu Bunga Larangan ni dan print (dia ada buat perkhidmatan print dekat level dulu)
tapi belum dapat lagu sebenar.
masa mula2 mamat tu beritahu dia, dia pergi tanya semua bilik dekat level tu tahu ke tak lagu Bunga Larangan 
dan suruh nyanyi lagi..
amboi.. excited kawan saya nih..haha

bila dah dapat je lagu tu
kami semua yang tahu hal mereka sibuk nak dengar
amboi, memang menyentuh hati dan perasaan
sebab lagu tu mengisahkan lelaki yang tak dapat nak bersama perempuan yang dia suka sebab perempuan tu dah berpunya..
ewahhh,,,hehehe
sejak tu kalau saya dengar lagu tu je saya akan teringat kisah kawan saya.. hehehe

 
tu tak termasuk lagu2 lain yang ada makna tersendiri tu
uffff.. malas mau cerita sebab dah tangkap sedih..
tangkap cintan.. 
pergh!

No comments: