Happy Cat Kaoani -->

Thursday, June 28, 2012

Study ke??






Assalamualaikum...


apa khabar kawan2 semua hari ni? hari ni dah hari khamis. sekejap sungguh masa berlalu. kalau nak pikir rasaya baru hari ahad hari tu kan. ermmm... sekejap je rasa nak nak habis minggu.


aku ada exam lagi sabtu ni. exam aku dekat2 je. 2, 3 hari sekali. memang berkejar la nak study tu. sebaba aku bukan rajin pun study awal2 ni. rasa macam pelik pastu bila dah last2 minit rasa menyesal biasalah kan.... student katanyaaa!


sabtu ni paper lagi. patu 2 hari bulan pulak. hadoi, dekat2 sungguh2. sedihhh..!


ni aku nak study la ni. tapi bukak la dulu segala laman sosial. mane la tahu ade berita2 dari laman2 sosial kesayanganku kan. hehhee...


study2 jugak. exam2 jugak. bersosial harus dan sangat perlu! wajib!!!





dah2, jom study! sape nk teman aku study ni? arghhhh.. jangan teman! nanti aku ajak berbual je kang! payah! tak menjadi study aku. aku kan peramah... hehehee


<3



bai!




Tuesday, June 26, 2012

Morning!






Assalamualaikum...



selamat pagi semua.. hehehee.. dah sarapan? aku baru nak sarapan ni. dah mandi semua sebab nak study. hari ni kawan2 aku pulak bangun awal. dah la bangun awal pastu berkemas buka main lagi. kemain bising lagi kau ye. sabar je la..


ermmm,... nak sarapan apa yek? nak makan sosej ke, roti ke, telur setengah masak ke, roti telur ke, cereal ke, atau biskut? hamboiiii.. kemain banyak lagi pilihan sarapan kau ye iza. mewah bukan main. hahahhaa...


aku pilih mudah dan ringkas. makan roti dengan majerin or jem. dahhh.. malas aku nak pikir benda2 masak2 pagi2 ni. dah la nak study lagi. haishhhh.. hehehehe


k la.. nak sarapan. nak study. esok ade final. macam tak caye je esok final exam kan. hukhukhuk..



bai!




Monday, June 25, 2012

Gegetas for Breakfast!





Assalamualaikum...


heyyy.. pagi ni mulanya aku nak goreng sosej aja. makan dengan roti. western la sangat kan. sekali baru aku ingat aku ada beli kelapa semalam dekat Econsave. kalau biarkan lama2 kelapa tu mesti nanti basi atau masam. baik aku apa2 kan kelapa tu. niat memang nak buat kuih kelapa tu. jadi pagi ni buat sahaja. tayah pikir2 lagi. terus mesej2 mak tanya resipi. walaupun aku dah tahu resipinya tapi aku still tanya mak lagi. dengar nasihat orang tua la katakan... hehehee


aku terus la bancuh2 membuat kuih itu menjadi seperti mak aku buat. hikhik. kalau dekat rumah ni aku tak buat pun. mesti mak aku buat. biasalah. aklau dekat sini kalau terasa atau teringin buat la kau sendiri. jangan nak mengada2 pulak merengek mintak kawan2. hukhuk..


jadi aku dengan gigihnya pagi ni buat kuih tu dengan semangat yang membuak2. hikhik.. harus la membuak2 kan. kuih pertama aku buat selepas buat jemput2. hahahhaa...


maka, jadilah rupanya sebegini. namanya gegetas. sila google kalau ingin tahu lebih lanjut. =D





bahan:

1 cawan kelapa
1 cawan tepung pulut
secubit garam
dua cubit gula
air 4 sudu


Cara:
1. masukkan kelapa, tepung, garam dan gula dalam bekas. 
2. tuang sikit2 air dan kacaukan.
3. kacaukan sehingga menjadi doh dan boleh di bentuk
4. lepas dah jadi doh bentukkan dan goreng.
5. sira kuih gegetas dengan gula. masak gula dan letak 2 sudu air. cairkan gula. bila gula likat masukkan kuih. gaul rata. kemudian angkat bila gula sudah kering. gunakan api kecik untuk elakkan gula hangus.



hamboi kauuuu.. macam pandai sangat buat kuih! hahahaa.. lantak. percubaan pertama aku berjaya. kawan aku masak nasik goreng. pedas dan lawan dengan kuih aku yang manis2. haaaaa... menjadilah breakfast yang disediakan kami berdua! wehoooo...


yang makannya kami ber3 je. yang lain2 bukan bangun lagi. hehehee...



selamat mencuba! =)





Sunday, June 24, 2012

Morning!!






Assalamualaikum semua..


apa khabar? sihat? pagi2 hari ahad ni korag buat apa? sarapan apa?? ermmm... aku tak tahu lagi nak sarapan apa. almaklum la bahan tak ada sangat. yang ada cuma biskut dan cereal. mengadap la kau cereal tu dulu sementara tengahari sikit nak pergi beli barang dapur yang semakin berkurangan tuh..hukhukhuk


ermm.. hari ini seharusnya study dengan kadar yang tinggi kerana dah hari ahad. exam aku hari rabu. aku tak mahu menggadaikan apa2 untuk semester ini. harus belajar awal untuk mengingati banda benda. study buat kita rasa lapar cepat dan rasa masa sangat lama. tengkuk rasa saket dan badan jadi lenguh..


amboiii, kemain kau ye iza. macam2 la alasan nak study. padahal kau study dengan keadaan yang serba lengkap, keadaan yang serba selesa. ada banyak kemudahan. ada internet, ada makanan, ada bahagian kau sendiri. bukan study dalam keadaan sedih pun. hamboiiii.. merungut lebih! hahahhaa...


hahahha.. bang ang sik nak merungut je. semalam sambil aku study sambil aku tengok movie. mana lah nak masuk study tu. study pun bukan fokus. ni siap tengok movie lagi. haihhhh.. apelahhh. aku tengok movie Azura 2012. errrghhhh.. nasib baik tak tengok dekat wayang. kalau tengok dekat wayang aku rasa aku baik pulangka je duit aku tu, tak best okeh. cerita dia macam cerita Korea/Jepun. pada aku more macam Hana Yori Dango. anak orang kaya yang berlagak kemudian kena lempang dengan budak perempuan biasa yang miskin. then kawan. pastu kawen. erghhh.. boringggg! 







aku tengok online je. tak kuasa la aku nak download. buat berat laptop aku jek. huhhuhuhu..


perghhhh.. panjang gila pepagi ni aku membebel kan? tak sangka. hehehhee.. padahal belum makan lagi ni. kalau dah makan agaknya macam manalah. hikhik..


ok la. penat pulak korang baca pepagi ni aku membebel tak ketahuan hala. 



bai!



=)




No inai!






Assalamualaikum...



malam ni aku macam tak ada mood. oleh kerana satu perkara buat aku hangin. selalu je buat aku marah. walaupun aku cuba tingkatkan kesabaran aku. tapi sesekali kesabaran aku tetap juga tercabar. aku cuma manusia biasa je. bukan robot. tak ada perasaan. 


dah2. aku tak mahu cakap lagi penat je. buat saket hati. jiwa aku bukan mainan. ewahhh!


tapi sekarang aku nak cerita pasal inai. inai yang pakai dijari waktu persandingan. erghhhh.. aku tak minat sangat inai. sebab aku tak suka tengok warna dia terlalu pekat dan kalau tak pandai2 bertompok2 pulak..  sangat tak minat. huuuu...


nak2 pulak tangan jari aku bukannya putih2 dan runcing2. aku ni tangan pendek2 montok2 dan agak gelap. yeahhh.. lebih tepat hitammm.. aku tahu. ramai kata muka aku sangat gelap. macam sun burn. padahal inilah aku. muka aku yang gelap. terimalah seadaya.. -____-













ntah. aku tak minat sangat degan warna dia. dengan benda tu tertepek dekat jari. dengan lamanya dia kat jari tu. berbulan baru hilang. tak minat. serius. nanti aku kawen aku tak nak pakai inai boleh?


masalahnya pikir kawen pun tak lagi. tak penah nak pikir pun. pada aku tu semua jauh lagi. aku perlu hadapi exam yang banyak lagi. aku ade dua sem lagi. aku ada masa yang panjang sebelum pikir kawen ni semua. aku sedar. aku tahu. banyak tanggungjawab aku lagi. hukhuk


jadi malas pikir. dan tak ada rasa dan perasaan pun. 



titik.



=)



Saturday, June 23, 2012

Tak ada Study Week =(






Assalamualaikum semua..


selamat pagi. ehhh.. dah nak tengahari dah kan? tapi tak pe. janji masih boleh wish selamat pagi. hehehee.. hari ni apa plan? hujung minggu ni nak pergi mana? berjalan ke atau study bagi yang nak exam macam aku ni? exam just around the week. next week wednesday dah first paper okeyyy.. banyak benda nak kena study. lect bukan nak bagi tips ke tajuk2 yang masuk ke hape. dia juast cerita semua sub topik. haihhhh... baik cakap baca je semua. *emosi*


aku kalau lecturer tak bagi tips mula la nk emosi. dasar kau pemalas nak baca buku bebanyak kan? emang dasar! hahahaa.. nak baca yang spot question je. si pemalas ni memang macam ni. sila jangan salahkan aku. salahkan buku tu tebal sangat. salahkan jugak semangat nak baca buku yang lari jauh dari aku. bencik! >.<   *tetiba kau nak salahkan benda lain dah kenapa??*



sekarang sedang hujan di sini. tapi sangat la sikit. setakat basah atas2 je. tak lebat sangat pun. tak best la. nk hujan lebat2 sampai sejukkkk.. baru best! hehehehe...


sekarang hujan pun dah berenti. tapi masa aku tengah taip2 entry ni tetiba pulak guruh kilat sabung menyabung, so, kena la tutup internet dulu. tutup laptop. tak nak ambil risiko akhir sem ni tetiba rosak ke hape, duit tak ada nokkkkk!! hehehehehe~


so, ni baru sambung balik. ergghhh.. dah siap masak pun. goreng ikan je pun. bukan apa. kawan masak kailan goreng dengan sambal belacan. dahhh.. makan simple2 je. dah akhir2 sem ni bekalan megi harus dipersediakan. juga bekalan nescafe. erghhhh.. perjuangan belum selesaiiii! =)


aku rasa mcam nak pergi kedai yang best tu. ala.. kedai tu best gila pada aku. dah la barang murah2 pastu memang berkenan la kat mata aku ni tengoknya. hehehee.. takpe2. kalau tak pergi kali ni awal sem depan harus la boleh pergi lagi kan. bukan jauh mana pun! =D








comel tak? comel tak? comel tak?? ni kucing tengah barig okeh. macam tengah meniarap. erghhhh.. gebu gila! comel sangat tak tahan aku tengok. mau aku rembat ni karang bawak balik rumah. bagi kakak aku. mesti dia suka gila. comel kan. hehehehe.. aku sekeluarga sayang sangat kat kucing jadi memang kalau benda berkaitan kucing semua orang suka. hehehehhee..


harus la aku nak beli nanti. geram sangat la. aku suka patung arnab ataupun patung kucing2. dua benda tu aje yang aku suka. patung bear tak minat. macam tak best je pada aku. hehehehe..


aku rasa mana2 girls yang suka benda2 yang comel2 mesti suka kedai ni. sebab barang dia baik dan harga sangat berpatutan. erghhhh.. boleh sawan masuk kedai ni. hehehehe...


ok la. nak study pulak. walaupun perut tengah lapar ni. tunggu kawan aku masak part dia. nanti boleh makan sensama. hehehee...



=)




Groovy Lime





Assalamualaikummm.....




alahai malam2 ni sedapnya kalau dapat eskim mcd yang manis2 sejuk tu. hehehee.. dapat pulak lepas2 sambil layan movie. hehehee.. bestnyaaaa... =D


mcd dah ada flavor baru okehhhh.. sangat menerujakan hatiku iniiiii... weeeeeeeee~~








perghhhh,,, menggodanya!!!!   >.<



nakkkkkk!!!



bai!




Friday, June 22, 2012

Lukisa 3D






Assalamualaikummm...











macam real je kan? kan? kan? hehehee...




Sotong Masak Hitam





Assalamualaikumm...



dah makan tengahari ke semua? aku dah. masak sotong masak hitam dan sup sawi je tadi. weeee.. memang dah berangan lama dah nak makan sotong masak itam tu. tapi sebab tak balik jadi terpaksa la masak sendiri je dekat rumah sewa ni. errr.. walaupun tak sesedap mak masak, tapi puas hati la sebab sendiri masak kan.. hehehhehe...


dah mengidam sangat, nak buat macam mana kan? terpaksalah gue masak sendiri. feeling2 sedap walaupun rasa dia biasa2 je. hehehe. aku kan suka perasan sendiri. tak apalah. janji aku bahagia kan? hehehehe..





nampak sedap. pada pandangan aku la. dah aku masak kan. harus la mata bercahaya2 kata sedappp..walaupun rasanya biasa2 je. sebab aku teruja. aku masak dan makan sendiri. hehehee...


aku mengidam 2 benda ni lagi. tapi dua ni aku tak pandai masak. kena tunggu mak aku masak. hehehehe.. sebenarnya kalau tak reti masak aku segan jugak la. abah aku pandai masak okeh, macam2 dia masak. dulu2 masa aku kecik abah aku suka masak nasik ayam, bawal 3 rasa, kari ikan, asam pedas, memang superbbbbb...  jadi malu je kalau aku ni dah memang perempuan tapi tak pandai masak. hahahaa.. so, belajar masak dari sekarang. sikit2 lama2 pandai la tu. ehhehehe...


aku memang nak sangat kari ikan yu. makan pulak dengan mee atau nasik. memang superb. hehehe.. nanti aku balik aku nak suruh mak aku buat. baru feel air tangan mak. ehehhee..


kalau balik aku tak mau masak. aku mau mak aku masak. sebab kalau mak kata dia masak tak sedap aku still kata sedaaaaapppp.. walaupun cuma sayur goreng dan ikan goreng. hehehhe..


dah nama pun mak kan. harus la masak kita rasa sedapppp je. hehehe...


=)



love u mak! tak sabar nak balik! =)



Nuffnang, kenapa ni??






Assalamualaikum..



selamat pagi jumaat semua. apa khabar ni?? harap korang semia sihat sejahtera hendaknya. semoga Allah sentiasa merahmati anda semua. ewahhh.. barakahnya hari jumaat ni. hehehehe~


ni2, aku nak tanya pasal nuffnang aku ni. kenapa la tak boleh log in pun tak tahulah. aku selalu masuk ok je sekali bila kali ni dia otometik log out then tak boleh log in balik. MENGAPAKAH???






kenapa??? kenapa?? ada sesiapa boleh bagitau kenapa? ada sesiapa boleh tolong??? huaaaaa...



sedihhh mak nokkkk! =(



kalau dah tahu sila pm sy ye. 



nur_izza89@yahoo.com



luv u all...




Mengidammmm!







Assalamualaikumm...



sekarang aku sedang mengidam banyak benda. banyak okeh. megidam nak makan itu dan ini. hehehhee.. tapi memang tengah craving sungguh la ni. nak sangat2 benda2 ni. ada sesiapa ak belanja aku tak?? aku sayang pat belas kali. hehehehe...


paru sambal or paru goreg kunyit. perghhh.. marbeles!

nak makan ayam mcd. rangup2 pedas. mengancam! =)

rojak petis. kacang lebih.. nyummmm!

denderam manis2 ranggup! awwww..

cheesy wedges berkeju yang hottt... >.<

A&W waffle yang mengundang perut berkeroncong! T____T

haaaaa... tahu tak ni gambar apa? ini apam jepu tahu? inti kacang. macam pau. tapi tekstur dia macam apam balik.. ni pun dah lama sangat tak jumpa. errrr... rindunyaaa!

ni kalau dapat fries dia memang terbaiklah! burger pun merbeles!

ini memang tak mampu nak tolak. sedappppp sensangat! =)

ni roti khurasan @ roti arbak. dalam roti buger ade inti daging. sedappppp!

sotong masak itam. ini pun sangat marbeles. rindu mak ketat2..hukhuk!

ni kalau ada mau aku dok mengadap je ni. cantik sangat!..hahahaa

kari ikan yu. ni sangat2 marbeles makan dengan mee lidi. jadi mee kari yang superb! >.<

sedapnya egg tart! rindu KFC sek 7! aaaaaaaa!!!!



haaaaaaaaaaaaaa.... amacam?? sedap2 tak keinginan aku? ke korang pelik tengok makanan kesukaan aku? tak pelik kan? makanan biasa je pun. bukan aku mengidam buah kelubi ke, susu kibas ke ataupun belangkas masak sambal kannnnnnn... heheeeeeeee


nanti balik, aku nak mintak mak aku masak yang mana boleh macam sotong masak itam dan kari ikan yu. perghhhh.. sedap weh makan dengan nasik panas2. heeeee...


actually aku ada beli sotong tadi. belum masak je. hehehee.. nanti nak mintak mak resipi. nak masak sotong masak itam. hehehehee...



weeeeeee...



kbai!




=)




Wednesday, June 20, 2012

Kasut owh Kasut!






Assalamualaikum..


aku dah semangat nak beli kasut baru. tak tahu la kenapa. tengok kasut cantik2 ni nafsu nak beli kasut tu melonjak2 rasanya. heheehe..


moh le layan picture2 bawah ni. hehehehe..











alahai, comel2 belaka la pulak kasut2 ni. sukanya aku tengok. nak beli yang warna warni boleh? pastu pakai ganti2. hari ni warna lain, esok warna lain. wehoooo.. sukanyaaaa...


alangkah bestnya kan kalau boleh macam tu. kalau aku ni banyak wang, dah lama aku beli. mak aku selalu kata, kau ni kaki dua je tapi kasut banyak macam kaki lipan! hahahaa..


sebab banyak kot kasut beli pakai sekali tak best atau saket pastu simpannnnn... sampai ke sudah simpan! hahahaha.. malas nak pakai sebab tak best. masa cuba macam best je pulakk..hahahaa


ok la. nak menggoda akak belikan untuk sem depan. hehehehe



bai!



=)

Final Makin Hampirrr~





Assalamualaikum...


wuwuwuwuw... hari ni aku tak ada kelas pagi. tapi biasalah. bukan boleh bangun lewat pun. panas bukan main lagi. tensen mak nok. hukhukhuk..


aku bungun berapa kali sebab panas berpeluh2 then ada pulak nyamuk durjana gigit2 kaki aku yang comel ni. kuang asam betol. tu la sebabnya aku asyik terbangun2 je. tak senang aku tidur. sekejap aku tersedar. sekejap tersedar. hadoii.. tak tenang langsung. macam tak puas je lagi tidur aku. huuuuu...


petang ni baru ada kelas. biasalah. kelas yang dah habis belajar tu. tak tahu la apa nak belajar. lecturer nak bagi tips kot. hehehee..


rasa macam ada benda yang hilang. rasa yang macam ada yang tak lengkap. tak tahu la apa benda. tapi bila aku tengok jadual final exam mula la rasa gerun. sebab banyak lagi tak baca. bila test baruuu la aku rasa banyakkkkk gila nak kena baca. banyak gila nak kena pahamkan sendiri. hadoiiii.. kena mula baca sekarag ke???








ini sebenarnya betul kot. hehehee.. aku ni rajin baca blog orang ni. bukan nak baca buku. buku ntah kemana blog je la yang aku hadap. haiiiii...


lalai! lalai!



hahahaha..


bai!



=)



Tuesday, June 19, 2012

Lepas semuanyaaaaaa!






Assalamualaikum...


apa khabar? sihat? dah makan?  semoga semuanya sihat2 sahaja. hehehee.. aku sihat je cuma mengantok. penat dengan urusan dunia. hahaha.. makan, mandi, makan durian pastu??? zzzzzzzzzz la apa lagiiii! mengantok gue nokss!


semalam tidur lewat bangun awal. sedihhhh... tapi demi esemen aku sanggup. demiiii...


esok pagi aku tak ada kelas. tengahari baru ada kelas. wehoooo... sukanyaaaa! esok boleh tido bangun lambat2 la. pastu relax2 dekat rumah. pastu tak tahu nak makan apa sebab tak beli lauk. sob2...


duit pun dah tak ada ni punnnn... T___T


pastu makan duriannnn.. perghhh! heaven sungguh! makan durian sampai lupa dunia. tangan bau2 durian tidur pun tak apa. eiiii.. hahahahaa


eehhh.. nk citer. tadi siang ada kucing orang rumah bawah ni sesat. dok tolak2 grill rumah aku. aku dah pelik siapa la dok tolak2 grill pepagi nih. hahaha.. rupanya si kucing orang rumah bawah. manja okeh. aku cakap kat dia salah rumah, dia still lagi panjat2 jenguk2... alahaiiii.. comelnyaaa.. sempat aku usap2 sikit kepala dia. gerammmm rasaya. kalau hilang tu tau la aku yang ambil. hahahaah






alahai omei2.. sayangnyaaaaa dia! heehhee



k la..



bai!



Esemen last..





Assalamualaikum...



selamat pagi semuaaaa.. apa khabar? dah sarapan? bangun awal kan aku hari ni. sebab esemen kan. harus la bersengkang mata buat esemen yang terakhir tu kan.. heeeee


nak buat sarapan pun tak selera bizi ke esemen ni. walhal buat ber5 dan ber6. kalau buat sensorang esemen ni mau pengsan bangun, pengsan, bangun. waaaaa... macam banggang kan? hahaha.. nasib baik la bekerja sama. kalau tak mau nangis2 buat sensorang..hahahaha


ahhhh.. bilalah kawan aku nak bagi bahagian dia? aku dok tunggu je dia punya part. tak lengkap2 lagi pun sebab part dia tak ada. aku jadi pening. presentation lagi. huuuuu..


























ini semua gambar ballroom yang kami dah ubah. kononnya ballroom ni theme english classisc modern contemperory. hehehee..


cantik tak kawan aku buat. aku ni tahu buat report je la. haishhhh...


k la. lapar la pepagi ni..



huuuu...







Good Night







Assalamualaikummm...



baru nak tidur. kerana esemen. 
tengkuk pun dah saket ni.
perlukan rehat yang cukup.
mari tidur sementara tunggu subuh.





nanite semua. 
meow nak tidur! 




heheheheehhe..




muah! 
>.<




Monday, June 18, 2012

Asam Pedas for Lunch!






Assalamualaikum...



tengahari tadi aku masak asam pedas ikan cencaru. ala, masak pun guna paste je. ikan pun sekor je sebab untuk aku je. sekarang rumah aku masak dah lain2 jadi suka hati kau la senah nak masak apa. hahahaha...


tapi aku suka. feeling gila bila hirup kuah asam pedas tu. rasa macam pedas semua cukup. hehehee.. tapi aku tak masak sayur sebab aku tak beli pun sayur. malas. makan sorang je kan. makan protien je la. hehehe










sajeeee nak bagi korang terliur. hahahaha.. padahal orang lain makan lagi sedap2 tengahari tadi, aku je makan asam pedas segera nih! kuikuikui


tak apa asalkan suka masak dan suka makan. aku sendiri je pun yang makan. bukan orang lain. so? lantak lahhhhh...hehehehe


korang makan apa tengahari tadi???





Selamat Pagi!






Assalamualaikum semua..



selamat pagi isnin! pagi yang sangat lemau untuk ke sekolah, ke temapat kerja mahupun ke kelas. hari yang super duper tensen bagi sesetengah pihak yang ada acara besar hari ini macam presentation, test dan sebagainya.. =)


kalau nak semangat meh2 buat sarapan yang sedap2 tapi nampaknya hujung2 sem ni makanan jadi catuan dan juga jadi berasingan. gara2 malas nak berkongsi beli ayam. ada sorang kawan saya tak suka ikan, so, makan ayam je. maka, demi menjaga dia kami makan ayam hari2. jadi kebosanan yang melampau dengan ayam, maka kami separate beli sendiri2. ikut suka. ada kongsi 2, 3 orang. aku? sensorang je la nampaknya. hahahaha..


tak apalah. janji aku makan. hari2 aku makan ikan goreng dengan budu n cili atau buat sambal kicap. sayur aku kecek2 mintak kawan2 aku sikit. hehehe.. malas nak masak sayur sorang2. goreng ikan je la. janji makan. lagi pun aku suka je makan ikan goreng. hehehee.. =)


saya simple je makan. tak kesah pun. ikan goreng dengan sayur sikit dah cukup. heeeee...


tak perlu nak masak susah2 makanan berempah bagai. cukup la ada garam, kunyit, bawang besar, lada. layannnnnn... =)






tengoklah.. meow pun malas nak bangun pagi. hehehe.. manjannya meow ni. nak peluk2 cium je.. ahahahaa...


k la. 



bai!




Rainbow Al-Quran






Assalamualaikummm....




ingin al-Quran yang menarik??











- Boleh juga digunakan untuk diri sendiri untuk beramal ibadah.  
- Boleh dijadikan hantaran buat si calon isteri/ tunang
- Boleh dihadiahkan buat anak gadis/anak teruna untuk belajar al quran
- Boleh dijadikan cenderamata buat sahabat handai
- Boleh dijadikan hadiah buat anak-anak yang cemerlang




It's available with 3 sizes :

Small 
0.5 cm x 15 cm (Without Translation): RM 70 (Including Postage)  - SOLD OUT
Medium 11.5 cm x 16 cm (Without Translation): RM 90 (Including Postage)
Big 15 cm x 20 cm (Without Translation) : RM 120 (Including Postage)

Colours available (cover) :

Pink,dark blue,red,maroon,green,yellow,black.









Believe me you won't regret buying this beautiful holy Quran.


You would have a collection of expensive clothes, shoes,  why don't our holy Quran ? :)




How to order ?


PM UMMAH SENTRAL or email : leenazman@gmail.com