Happy Cat Kaoani -->

Sunday, May 28, 2017

Buka Puasa Tak Perlu Ramai2





Assalamualaikum...








Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. 
Alhamdulillah la sebab harini dan hari kedua kita puasa.


Aku tak pergi lagi bazar ramadhan semalam.
Harini dan hari yang akan datang InsyaAllah memang penunggu tegar bazar ramadhan.
Sebabnya aku suka makanan bazar ramadhan tu. Ada macam2 kan. Boleh beli sikit2 tak perlu banyak.
Kalau masak kat rumah biasanya masak banyak.
Kuih seloyang satu jenis je. Tapi tekak nak jenis lain juga.
Kadang buatnya seloyang makannya dua tiga potong je.
Itu aku la tu.
Baiklah aku beli je kat bazar kan senang. Seringgit kuih lapis, seringgit epok2 dan seringgit onde2. Settle. dapat banyak jenis kuih.


Aku pun pelik, aku makan sikit sangat puasa kali ni.
Sahur sikit. Buka pun sikit. 
Itu jelah makan. malam kang kalau lapar makan apa2 jajan ke roti je. 
Bukan mengulang makanan buka tadi biasanya.


Dan jenis aku buka puasa tak minat masak nasi putih dengan lauk macam makan nasi biasa tengahari tu.
tekak mengada kan, hahah.
Makanya beli la nasi kukus, nasi kerabu, nasi lemak, lontong kering, lontong basah, soto nasi, soto mee la, nasi ambeng la apa2 je la makanan.
Tahun lepas mostly aku beli soto mee hoon dengan soto nasi dekat gerai bazar je. 
Pada tekak aku sedap so aku selalu la beli.
Lontong kering dia pun marbeles. haha. Memang ramai orang beli kat situ sebab sedap.


Dan aku biasanya berbuka tak suka ramai2.
Tak suka duduk berjemaah ramai2 dekat lantai, bukak puasa sampai penuh serumah sebab ada jiran, sedara jauh la apa la datang sekali.
Tak minat pulak aku.
Aku suka suasana santai dan tak bising waktu makan.
Setakat berbual biasa masa makan tu ok. tapi bayangkan kalau dah ramai semua bercakap siapa nak dengar kan? haha.


Dari aku diploma kat Melaka dulu selalu jugak kawan2 sebelah bilik ajak berbuka sama.
Tapi aku tak banyak kali pun berbuka sama. selebihnya aku selesa makan sendiri atas meja study tu mengadap tingkap yang terbuka.
Baru feeling makan sorang sambil mesej2 keluar la apa la masa tu.
Sebab aku tak suka suasana terlalu riuh, bila makan ramai2 ni pun suka berlarut jadi lambat makan sebab berbual dan lambat solat maghrib kadang.


Sama macam dekat rumah.
Dah biasa makan sekeluarga 4 orang je. tak ramai2 sangat jadi selesa macam tu je la.
Makan pun tak bukak tv ke, radio ke semua tak.
Bunyi azan je makan2 sambil bual2 pasal makanan or isu semasa then lepas tu siap2 terus kemas meja.
Ikut tabiat aku kuih muih ke apa terus letak dalam bekas tupperware, senang nanti lepas makan tak abis tutup je terus.
Malas aku berhidang atas pingan semua benda. jadi tak adalah gambar makanan terhidang atas meja hari2. I is malas ok. haha.


Kalau ikut aku keluarkan dari plastik pun malas. biar je atas dalam plastik. senang nak simpan dalam esbox semula tapi ikut la keadaan kan. 
Cara ni lebih praktikal dibandingkan dengan semua letak dalam peti ais last2 peti ais penuh tupperware yang tak penuh pun.


Kalau nak organize jangan la ikut cara aku. sah2 la nampak selerak dan pemalas kan.
tapi save space tau bila tak letak semua dalam tupperware ni. 


Aku suka sendiri2 makan dan buat macam2 kerja sebab dah biasa kot keluarga tak ramai.
Tak bising memekak menjerit apa semua.
Jadi bila keadaan ramai bising sempit semua aku serabut.
Jadi dah terbiasa buat kerja semua sendiri.
Boleh kemana2 sendiri.
Makan dekat public sendiri pun boleh.
2nd day kerja pun dah pergi makan sendiri no hal la.


Kat rumah aku sekarang pun jarang sangat tengok tv.
Biasanya siang aku tak tengok tv. 
Kalau abah aku bukak baru dia tengok itupun tengok sorang je la.
Malam pulak bila tengok berita pukul 8 tu bukak la. lepas tu kalau ada cerita terus la tengok kalau tak ada pun tutup je.
Aku memang jarang sangat dah tengok tv.
Aku tengok hp dengan laptop je hari2.
Ada wifi settle. Tak keluar bilik la gamaknya. haha.


Jadi jangan heran kalau rumah aku sunyi tanpa bunyi2 orang bercakap ke bunyi tv ke jarang.
Volume tv pun slow kalau bukak.
Tak minat terpekik pekau bila nak bercakap sebab tv kuat.
Dah tu pulak dah tetua so memang tak ada bising2 la.
Mak aku pun bukan jenis berbebel atau jerit kat anak2.


Aku suka suasana tenang macam ni.
Rasa relax je. Santai hari2, tak ada bising2.
Aku tengok cerita pun pakai earphone so tak ada orang dengar.
Aku sendiri je dengar benda tu.


Sekian bebelan aku harini.




- 2 Ramadan 1438H
- 28 Mei 2017