Happy Cat Kaoani -->

Thursday, November 21, 2013

Rindu sama kamu!





Assalamualaikum...


alalala.. aku tengah rindu dekat sekor budak ni. hari tu aku ambik jubah dekat shah alam aku tumpang rumah kawan aku sorang ni. dia pun sewa dengan kawan dia. kira tumpang tumpang la ni. ala, semalaman je aku tumpang. bukan lama pun. satu malam je kan. 


aku sampai2 je rumah kawan aku ni aku nampak la sorang budak ni. comel2 warna kuning. muka comel. alahai.. geram aku. haha.. aku duduk dia tengok je. lama2 dia datang cium2 barang2 aku. eleh, nak kenal la tu kan. ade loceng lagi budak ni. comel sangat. 


lepas cium itu ini. mula la dia main2 dengan aku. terkam itu ini. naik atas pangku. dia ni manja. baik. lawa pulak tu. bulu bersih berkilat. badan sedap peluk. hahaa.. geram weh aku. aku terbayang bestnya kalau dapat peluk time tidur. hahaa..





masa ni aku ambik gambar pagi. tak bukak lampu. so gelap. bilik je terang. ruang tamu ni gelap. dia dah bangun. so dia kacau aku nak tidur. akhirnya aku terpaksa bangun. mana taknya. aku bangun subuh. lepas tu aku nak la tidur balik sejam dua sebab aku balik tengahari. tup2 dah rasa gerak2 depan muka. dia dah terkebil2 pandang aku. aku memang la bergerak sebab aku charge hp kat powerbank kan. adoi la budak bertuah ni. dah gigit usb powerbank aku. aku tolak dia datang lagi. 


tak boleh la pulak. aku terpaksa bangun. budak ni tidur awal. pukul 10.30 dah terbongkang. lepas tu bangun pukul 6 dah bangun. aku bangun subuh dia pun sibuk bangun. lepas tu aku nak tidur balik sebab semalam penat kan dia pulak ajak main. hah.. ni la padahnya. aku main dengan dia kat ruang tamu. haha..



malas nak edit gambar ni. sumpah malas. malas macam budak ni jugak la gayanya. kemain lagi tidur terlena depan tb dengan penuh semangat. padahal kteorang ni tengok cerita cekerama tau. bising je berbual ketawa2 macam hape dia sedapppp je tidur. hahaa.. comel la budak ni. pastu aku saje kacau dia sampai dia terbangun dengan muka blur2. hahaa.. comel gilaaaa..ahaha








gambar tak edit lagi. malas sungguh nak edit tu la gayanya. bulu berkilat. lembut je. geram aku tengok budak ni. nak peluk2 je. tapi hobi dia ni menggigit tangan orang. pantang ade benda goyang, semua dia nak gigit. nak terkam. lepas tu muka la gigit2 sana sini. haha..


rindu awok monka. eh? betul ke nama dia ni? tak apalah kalau salah pun. hihi.. muah2!



babai!




Konvokesyen UiTM Ke-79







Assalamualaikumm..



wehuuu.. haiii.. lamanya la aku tak menulis dekat sini. punyalah payah nak menulis. bukan nak suruh berperang iza woii.. dah la aku mengadap laptop ni dari pagi sampai malam tapi tak update blog jugak.. hampeh sungguh. 


mak limah, mak lijah oi.. nak beritahu.. tuan blog ni dah konvo isnin minggu lepas uols. konvo degree.. hihihi. amboi.. lamanya baru nak cerita. sumpah pemalas tau budak ni. konon mengadap internet hari2 tapi tak dan nak taip. siang2 line tenet memang tak kuat. harapkan malam menyingsing baru la internet kuat. huarghhh.. (menguap tunggu line laju..) lepas menguap 2,3 kali aku pun mula la malas dan masuk tidur. tu je la kerja aku semenjak dua menjak ni. sesuai sangat untuk menternak lemak2 degil -.-'


wokeh.. tamau cakap banyak2. aku dengan ini menisytiharkan bahawa aku telah menjadi ALUMNI UiTM secara rasminya selepas majlis konvo ini. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar dan seiring dengan perancangan, cuma kita ni merancang. Allah yang tentuka ye dak??


11.11 2013
Sidang 4. Pagi.
Pukul 7.30


seawal pukul 6.30 pagi aku dengan keluarga dah keluar dari hotel budget yang aku sewa semalam tu. pastu dalam hujan aku drive pergi UiTM. aku drive sebab akak kan tak berapa pandai drive kat shah alam. banyak sangat persiaran, banyak sangat bulatan. aku la mangsa kena marah kalau aku tak sure jalan kat shah alam. jadi dari aku dok buntu2 baik aku yang drive. hihi. 


lepas tu akak aku kata aku drive buas! kahkahkah. ganas sebenarnya aku drive. macam jantan. ni hasil pemerhatian aku tengok kawan2 aku drive. diorang memang bijok drive kat bandar jadi aku pun kena la pandaikan diri jugak. 


last day sebelum aku balik masa puasa tu aku dengan kawan aku sewa kereta then keluar jalan2 kat Plaza Alam Sentral cari baju raya. aku drive. dan hasilnya aku dapat sepasang baju raya yang aku suka! hihi. 


kan dah melaluttttt.. kahkah.. back tu cerita konvo! masa hujan2 tu aku keluar jugak. aku drive sampai shah alam. dalam pukul 7 aku sampai shah alam. masuk uitm then tunggu turn nak parking kereta. parking dekat padang kawad then jalan kaki ke DATC. dalam hujan2 tu la aku menapak dengan wedges 4inci aku tu naik DATC. dalam hujan2 tu memang la ramai orang naik tangga dari stadium uitm ke DATC. jadi keadaan jadi semakin slow dan baju semakin basah. basah dan basah. baju dah la plain. tapi tak apa. mesti kering nanti. hahahaa..


wokeh. aku rasa macam tak best sangat konvo diploma ni sebab kawan2 rapat aku tak ada. ala. memang tak best. dah la tu aku memang jenis tak ambik gambar dengan kawan2. sebab aku ni pemalas. nak cari mak abah aku kat luar dewan je payah. tak jumpa2. ahaha..


habis je sidang pukul 12 lebih semua berlari keluar sebab nak jumpa mak ayah memasing. nak ambik gambar berduyun2 dan nak beli bunga2. aku suruh akak aku beli bunga. aku cakap la nak macam mana tapi akak aku tak beli sebab takut aku tak suka, jadi tunggu aku keluar baru aku pilih sendiri nak macam mana. haha.


mari layan gambar sahaja. hihi




teaser katanya. perghh.. mengada sungguh. kahkah.


sumpah gembira gila masa ni. masa ni balik dari ambik jubah kat shah alam. lepak dekat larkin sampai akak datang. perghh.. bosan! haha




bagi sesiapa yang tak pernah masuk dalam dewan konvo macam ni rupa dia. ade ramai budak2 duduk bawah lepas tu atas pentas ada ramai2 Vice canselor, datuk, datin, doktor, dekan, lecturer dan sebagainya duduk situ dekat sidang yang tertentu. maksudnya lecturer tu akan attend konvo time fakulti dia ambik konvo je. fakulti lain lecturer lain la yang datang khonnn.. haha




biasanya akan ada skrin putih besau2 ni dalam dewan bagi memudahkan mak ayah korang yang duduk atas2 dewan tu nampak la korang yang kiut miut ni jalan atas pentas peragaan ulung tu. haaa.. tayah la mak ayah nak besar kecikkan mata kan macam baca surat khabar tu. alahh.. banyak okeh skrin tu. ada 4 skrin dalam dewan ni. dalam dewan universiti/ kolej/poli lain aku tak tau ler. sebabnya aku ni anak jati uitm. diploma and degree uitm. konvo pun dedua kali kat shah alam. cuma tempat lain. ihiksss..




nombor giliran dan nama. kad ni kene pegang sampai masa nak naik nanti ada orang akan ambik da sebutkan nama kit yang betul mengikut kad kita ni. HM220 tu kod kursus kos yang aku ambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel. tu dia. HM= Hotel Management. ha.. sonang kan? hiksss




tadaaaa!!! 




sama kawan sebelah kerusi. kawan sebelah kelas. aku baik jugak dengan dia ni sebab dia ni baikkk orangnya. sopan santun dan cakap pun lembut. serius. tak tipu. hihi.







kuang2.. yeaa.. alhamdulillah.. dah dapat Ijazah. dengan jayanya dan on time. huehuehue.. tema konvo aku kali ni adalah emerald green. hijau. hijau kegemaran aku la. masa diploma tema oren sebab terbekenan satu baju oreng kuning ada leapord2 sikit. ni pulak memang nak pakai baju warna hijau. hijau ang anggg! tapi iols sukaaaaaaa.. sukaaaa.. warna baru kann.. hikhik





lagi. gambar jakun depan DATC. Dewan Agung Tuanku Canselor. dewan besar UiTM Shah Alam. masa ni aku nak pulang jubah dah tapi akak kata ambik la gambar kejap dekat sini. ade la sikit2 memori kan. aku ni memang suka bergambar tapi kalau serabut2 jadi malas nak ambik gambar. ramai sangat manusia kan. hiii..









close up. mana entah mata aku. kalau ambik gambar mesti tak nampak mata aku sangat. ala, biasalah. iols kan sepet yang nyata. taleh ubah. taleh nak sorok. memang inilah aku. haha




muka selebar pinggan makan kedai mamak. tak nampak dagu. where is my dagu? mana? man? owhh.. hilang dalam keterlanjuran kegemukan yang melampau. hahaha.. tabahlah wahai hati. dah dikurniakan kegemukkan yang jitu begini. ini semua adalah rezeki Allah.. cewahh.. nampak tak tu ayat redhooo.. hahaha






UiTM tak bagi skrol macam UM. dia bagi file keras warna purle yang ade lace songket berkilat tepi tu. snagat cantik okeh.







bunga cantik dari akak. akak belikan bunga ni RM70 rasanya. bunga putih pink. sebab aku nak bunga je jadi beli bunga je la tanpa ada anak patung or arnab. malas nak kumpul benda2 tu sekarang. tak minat sebab banyak makan ruang untuk simpan. nampak tak aku macam dah tua sebelum usia sebab tak suka anak patung dah. aku suka anak patung buat peluk aku tu je. hahaha


tu je pun gambar aku. sangat seikit. tak banyak macam korang semua. buat pre-konvo. gambar konvo. lepas konvo pulak. gambar baling2 mortar. gambar jalan dekat taman. gambar dekat air terjun. dekat sungai. dekat padang. gambar meniarap, terlentang, terlungkup semuaaa dengan jubah uitm tu la. semua tempat korang leser kemana2 kan. habislah. hahaha


aku tak ada gambar macam2 tu. keluar2 dewan je aku pergi cari mak abah aku. cari akak aku je dekat setengah jam. jenuh weh carik sana sini. masing2 jalan memang la tak jumpa! grrrr.. hahaa.. lepas tu cepat2 pergi beli bunga then lepas tu pergi ambik gambar dekat studio. memula ade orang offer studio FSSR sebab ade member kamceng dalam tu. tapi dah penuh pulak. so macam biasalah, ambik je gambar dekat situ studio mana2 yang ada.


cerita aku tak adalah syok bebenor tapi bila kira feel sendiri kita tahu la macam mana rasanya. rasanya dengar bunyi caklempong, bunyi seren menandakan Vice Canselor masuk. bila pengacara umumkan nama kita, bila kita sendiri jalan atas pentas tu naik depan segala orang. bila kita jalan turun dan duduk balik tempat kita rasa macam fuhhhhhh! best gila!


adik2 yang sekolah tu sekolah betul2. study. insyaAllah dapat masuk u rasa la perasaan macam tu. best tau adik2. dengan kawan2 kita pulak tu kan.


ok la. tata titi tutu! hihihi





Saturday, November 9, 2013

Kota Iskandar





Assalamulaikum


nak cerita benda ni lama dah. tapi malas nak tulis la ceritanya. macam tak best je. macam bosan je. tapi tu la nak cerita jugak. berapa hb ntah masa tu pergi pun aku dah tak ingat. dan lupa pergi untuk apa. sangat la pelupa sekarang. Almaklumlah dah berumur tapi masih gojes. hihi 


konon pergi jenjalan dekat Nusajaya. nak tengok sangat pejabat dan Legoland katanya. aku ikutkan aku. sebenarnya masa ni aku tak tahu pun nak pergi legoland. akak kata mahu berjalan2. 
last2 tak jumpa pintu depan Legoland. so jalan2 dekat Nusajaya then jalan kat kedai2 luar legoland. 
bukan nak masuk pun saja je jalan2. sebab jujurnya aku tak suka membazir duit masuk dalam legoland yang mahal tu. hahaha..
kedekutttt...





puteri harbour. 
ce la google ada apa dekat puteri harbour ni. 
dah nama pun harbour kan mestilah bahagian perkapalan dan port. 
lawa memang lawa tempatnya, macam kat langkawi. banyak hanger dan kapal2 kecil. 





jata negeri Johor. 
depan tu ada penerangan dia tapi aku tak pergi dekat. aku snap dari dalam kereta je sebab panas. tak ada orang pun dekat sini. so aku dengan keadaan malas dan panas ambik gabar dari dalam kereta je. 
tak kuasa iols nak keluar dari kereta panas2 macam ni. hikhik..





nampak tak?
KOTA ISKANDAR.
haaaa.. tu dia lawa sebenarnya taman2 dan pokok2 dekat sini. tapi disebabkan aku masa ni tak ada mood sangat nak berjalan sebab tak tahu nak ke sini tengah2 ari buta jadi aku moody.
mood malas nak jalan2. malas nak ambik gambar jadi ade la 3 ketul gambar ni yang aku letak.
tu pun yang lain blur2.. gegear2. entah apa2 je yang aku ambik.
akak dengan mak aku je excited suruh aku ambik gambar itu ini. aku malas gila.


gambar lain tak ada sebab itu je yang aku ambik. 
lain2 tak ada. 
kalau nak tahu macam mana rupanya KOTA ISKANDAR ni boleh datang sendiri ke NUSAJAYA. 
tapi buat masa sekarang buang masa kalau pergi. 
tak payah buang masa la sebab bendanya belum siap lagi. nanti kalau dah siap baru best korang nak tengok dan jalan2. jadi macam Putrajaya gamaknya nanti.



ok. 
nak lebih menarik tengok or google sendiri okeh. 



babai!





Thursday, November 7, 2013

Entry Berbau Kebosanan







Assalamulaikumm..



salam semua. sihat? aku? tak ada cerita best pun. 
2hb aku pergi shah alam ambik jubah. 
aku pergi sana pagi2 then sampai shah alam pukul 2 terus pergi UiTM ambik jubah.
yang pastinya aku lupa nak ambik gambar aku keluar dengan kawan aku.
lupa nak snap makanan. lupa nak ambik gambar keadaan dalam UiTM yang dah berubah.
lupa semua. sebab aku nak tengok setiap inci keadaan dengan mata aku bukan dengan lensa kamera.
tapi dengan lensa kamera aku dapat mengenang kembali segala kenangan.


aku naik bas pukul 8.15 pagi. bas jalan dalam pukul 8 lebih.
sampai shah alam pukul 1.50 petang. terus ambik cab pergi UiTM.
sampai UiTM dalam pukul 2.10 macam tu terus beratur untuk ambik jubah. dalam pukul 3 dah selesai.
berbual dengan akak level dulu then terus keluar cari bas pergi PKNS.
lepak makan mcd dengan member lepas tu jalan2 kat PAS.
sampai pukul 7 lebih macam tu. terus balik rumah.
malam tu mandi2 lepak keluar makan pulak dengan member.


esoknya balik tengahari pukul 12.30. 
balik tu tunggu akak ambik dalam pukul 7.


senang kan itinenary aku. ringkas. sebenarnya tak adalah seringkas tu.
tapi aku dah ringkaskan untuk tatapan korang.
kang bosan pulak baca cerita aku yang tak best ni panjang2.
hahaha.. aku kan wanita bosan bersama cerita bosannya.
tapi masih tak malu nak taip entry yang berupa sampah dan kebosanan.
kahkahkah..


kesian kan aku. masih berharap agar ada manusia yang baca entry merepak dan blog mengarut aku ni.
biasalah, kalau tak ada kerja duduk melepak macam ni memang la blog aku ni sangat la membosankan.





tu je mampu aku tunjuk.
malas nak pakai or cuba jubah tu lagi.
biasalah aku kan pemalas.
masa nak ambik konvo baru nak cuba jubah.


baju iols pun biasa2 je.
tak ade la grand2, cuma konvo biasa je.
kita bukan hebat sangat.


ok la. tu je kia nak cerita.
babai uolsss...