Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, October 30, 2013

Kenangan Diploma dan Degree





Assalamualaikum..


selamat pagi semua.. salam hari khamis. hihihi


nak cerita pasal subjek masa degree dan masa diploma la. saje je cerita sebab tak ada cerita nak cerita. perghhhh. jujurnya la perempuan ni. cakap terang2 sungguh2. hahaha.. yela2. aku tahu tau aku ni memang selalu la kekeringan idea nak menulis ni. hakikatnya aku suka sangat2 nak menulis. tapi malas tu sentiasa menghalang.


aku simpan lagi kod subjek aku masa diploma dan masa degree. nak tengok tak??





simpan lagi aku benda2 ni. benda ni sangat penting masa masuk dip atau degree. simpan bebaik sebab senangkan kita untuk refer bila kita nak daftar subjek. ada kod subjek dan nama subjek. jangan tertukar sudah. kos dan subjek UiTM kan ada banyakkkkkkkk..


sapa yang sama kos dengan aku? meh la share2 kenangan dan pengalaman. kerja mana sekarang? best ke keje sane? praktikal kat mana..bla.. bla..bla..


haha.. membebel la pulak perempuan ni. korang kos apa pulak? mesti kos gempak2 macam gempakstaz tu kan? iols ni kos cikai2 je. 


ok la. babai!




Kecik Hati






ehhhh...
kecik hai aku dengan fb ni. 
tetiba tanya aku macam ni pulak. 
serius tau aku kecik ati..
macam perli aku pun ada..


tengok ni.





where do you work?
perlu gua ke bro? main kasar nampakkkkk? 
hahahahha.. 
gila la perempuan ni.. nak saiko fb pulak..
hahaha..


hahahah.. tayah la bebuat tanya fb oi.. aku belum kerja lagi..
tayah konon nak isi kekosongan details aku tu.. hahaa


jangan la tanya2. iols ni tak bersedia lagi. 
kuikuikui


k la kawan2. nak search cari kerja.


#peganggurterhormat




Monday, October 28, 2013

Apam Tepung Beras Mekar







Assalamualaikumm...


salam semua.. sihat idok hari isnin ni? pada yang bekerja selamat bekerja dan pada yang sekolah selamat bersekolah. dah habis peperiksaan akhir tahun? baguslah. macam mana? ok? yang dah habis PMR berdebar? cuak? jangan la risau sangat adik2, cikgu baru nak pergi menanda paper PMR awak tu. akak aku la tu. pagi2 hari ni terus ke sekolah tempat nak tanda kertas periksa. 3 hari tanda. 2 hari key in data. pada adik2 yang nak exam SPM tahun ni dah buat persiapan akhir? buat yang terbaik okeh!


amboi, panjangnya introduction! hahaha.. ok. kita ringkaskan. hari ni kita nak main masak2. yeaaaa! sukanya main masak2. bila main masak2 tak payah makan luar. kita makan luar saat kita malas masak okeh? haha..


hari ni nak kongsi resepi buat apam beras.


Bahan2 :

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepaket eno original

Cara2:

1. Kisar nasi bersama air sehingga halus. Kemudian tambahkan tepung beras, gula, dan yis. Kisar lagi sehingga halus. Tutup dan perap sehingga 3-4 jam.
2. Selepas diperam, kacau perlahan dan tambahkan eno. Kacau hingga sebati. Letakkan pewarna jika mahu.
3. Panaskan kukusan dan kukus selama 15-20 minit dengan api yang besar.
4. Boleh dihidangkan dengan kelapa parut.



** aku kurangkan gula jadi 3/4 cawan je sebab manis. dan jadi dalam 19 cetak aku je. cetak tu agak la besarnya. macam dalam gambar. hihi






haaa.. tu dia apam beras comel merekah buatan ku. haha.. warna malas nak dipelbagaikan maka warna merah ajelah. haha. bentuk dah huru hara sebab masa keluarkan tu dia agak melekat dengan acuan. lupa nak gris dengan minyak sikit. jadi nanti korang buat gris sikit ye acuan tu supaya tak melekat. senang nak keluarkan lepas sejuk nanti. hihi.


nah.. close up sikit..





haaaa.. tu dia. rasa sesedap rasa. kahkah. jenis tak reti komen. pastu komen sedap2 je la aku nih.



sila la cuba resepi ni. senang mudah dan sedap! hihi


babai!




Saturday, October 26, 2013

Mengambil Slip Keputusan MUET






Assalamualaikum...



hari ni aku nak ajar macam mana nak ambil slip keputusan MUET yang kita tak ambil lagi. Majlis Peperiksaan Malaysia akan memberikan kita dengan dua cara, iaitu dengan kita datang sendiri ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau korang boleh request untuk diposkan ke rumah. Tapi ada cara-caranya la. bukan main terjah je. hihihi..


kat sini saya sertakan langkah2 dari MPM.


  1. Calon yang kehilangan slip keputusan MUET boleh memohon untuk mendapatkan Penyata Keputusan MUET yang sah daripada Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran sebanyak RM20.00 (jika permohonan kali pertama) atau RM30.00 (jika permohonan kali kedua) atau RM50.00 (jika permohonan kali ketiga dan seterusnya) akan dikenakan
  2. Pemohon hendaklah melengkapkan Permohonan Mendapatkan Salinan Penyata Keputusan Peperiksaan STPM/Ujian MUET yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia.
  3. Penyata Keputusan MUET dapat diperoleh melalui cara yang berikut:
    1. Pos

      Bayaran perlu dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia berserta dengan salinan Kad Pengenalan. Permohonan juga perlu disertakan dengan sampul surat berukuran 23cm x 32.5cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM2.00 berserta bar code Posdaftar dalam Negeri bernilai RM2.20.
      Penyata MUET akan diposkan kepada calon dalam tempoh sehari selepas permohonan diterima oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan yang tidak disertakan dengan perkara yang diminta pada perenggan di atas akan dianggap tidak lengkap.

    2. Datang sendiri ke Majils Peperiksaan Malaysia

      Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai dan pemohon akan menerima Penyata MUET dalam tempoh setengah jam selepas permohonan diterima. Salinan Kad Pengenalan calon dan wakil perlu disediakan jika pemohon meminta wakil datang ke Majlis Peperiksaan Malaysia.
  4. Untuk mendapatkan borang Permohonan Mendapatkan Salinan Penyata Keputusan Peperiksaan STPM/Ujian MUET, sila klik di sini.






kita zoom in sikit okeh?









paham tak sebenarnya? aku memula baca pun tak paham tang bar code posdaftar tu. tapi lepas ni aku akan terangkan sebenarnya buat macam mana. so sekarang ni kita buat checklist apa yang perlu korang buat.


Checklist:
1. Borang permohonan mendapatkan salinan penyata keputusan peperiksaan STPM/MUET. yang dia suruh klik sini tu. korang boleh klik situ untuk download borang.
2. Salinan kad pengenalan
3. Sampul surat berukuran 23cm x 32.5cm A4 saiz. 
4. Sampul surat besar sikit dari A4 saiz.
5. Setem RM2.00
6. Bar code posdaftar dalam negeri RM2.20.
7. Setem untuk kita pos ke MPM (aku kena RM0.90)


Bila semua benda di atas dah sediakan bolehlah hantarkan ke MPM. 


Cara-cara: 
1. Sampul surat besar sikit dari A4 saiz tu tulis alamat MPM.
2. Sampul surat A4 saiz tu tulis nama sendiri dan alamat sendiri. Sediakan setem dan posdaftar.
3. Dalam sampul surat besar dari A4 saiz tu ada borang permohonan, salinan kad pengenalan, setem, sampul surat saiz A4.


Mesti korang tertanya2 apa dia posdaftar dan macam mana nak buat pos daftar kan? macam ni. aku kasi gambaran sikit bendanya. masa dekat pejabat pos tu aku tak sempat nak ambil gambar. terus je siapkan semuanya dan hantar.







lebih kurang macam ni. tapi gambar ni blur sangat. bendanya sekeping je RM2.20. meh sini aku copy paste dari laman web pos malaysia pasal pos daftar.


  1. Apakah perkhidmatan PosDaftar?
  2. Perkhidmatan PosDaftar adalah merupakan perkhidmatan penghantaran surat yang selamat dan berdaftar bagi dokumen penting dan dan berharga terus ke tangan penerima. Penghantaran item berupa paket-paket kecil yang kurang daripada 2kg juga boleh didaftarkan.
  3. Apakah kandungan berharga yang tidak boleh dihantar menggunakan sampul ini?
  4. Gantirugi tidak akan dibayar jika wang tunai, wang bank, cek pengembara, sijil-sijil saham dan sekuriti, batu permata dan logam berharga, lukisan dan ukiran bernilai diposkan.
  5. Apakah akibatnya jika pelanggan menghantar barang-barang larangan tersebut?
  6. Barangan tersebut akan ditahan sementara dan pelanggan akan dihubungi oleh pihak Pos Malaysia Berhad.
  7. Bagaimana menggunakannya?
  8. Kaedah penghantaran dengan cara menggunakan sampul surat biasa dan membeli label PosDaftar, lekatkan label pada sampul surat serta mengisikan maklumat seperti yang diperlukan. Selain itu dengan membeli sampul khas PosDaftar yang berharga RM2.50, hanya boleh digunakan bagi destinasi domestik sahaja. Berat maksimum untuk menikmati kemudahan ini adalah 20gm untuk sampul biasa manakala 50gm bagi sampul khas. Sekiranya pelanggan melebihi berat yang ditetapkan, pelanggan perlu menambah harga setem mengikut kadar berat item tersebut.
  9. Apakah ciri-ciri yang ada pada sampul khas PosDaftar yang telah siap ditampal label berbarkod yang dijual untuk kemudahan pelanggan tersebut?
  10. a. Kegunaan - Pengiriman domestik sahaja 
    b. Saiz sampul - 240 mm x 129 mm 
    c. Saiz label barkod - 85 mm x 90 mm
    d. Bilangan label ’die-cut’ - 5
    e. Harga - RM 2.50
    f. Berat isikandungan (tanpa bayaran setem tambahan) - 50 gram
  11. Dimanakah label dan sampul khas Posdaftar tersebut dijual?
  12. Label PosDaftar dan sampul khas PosDaftar (domestik sahaja) dijual di semua kaunter Pejabat Pos Besar, Pejabat Pos, Pejabat Pos Mini dan Wakil Pos setiap negeri.
  13. Apakah caj pendaftaran yang dikenakan untuk perkhidmatan PosDaftar ini?
  14. a. Destinasi domestik - RM2.20, termasuk bayaran pos bagi item yang tidak melebihi berat 20gm.
    b. Destinasi Antarabangsa - RM4.10, tidak termasuk bayaran pos.
  15. Apakah berat minimum dan maksimum untuk pengeposan perkhidmatan PosDaftar ini?
  16. a. Minimum : 20 gm
    b. Maksimum : 2 kg
  17. Apakah perkhidmatan tambahan yang disediakan bagi PosDaftar?
  18. a. Kad Pemberitahuan Penerimaan (AR) bagi kegunaan domestik dan internasional.
    Perlu ditampal pada item PosDaftar beserta setem (RM0.60 untuk domestik, RM1.50 untuk Singapura dan Brunei serta RM1.50 untuk luar negara) untuk bayaran perkhidmatan AR tersebut.
    b. Insurans
    Domestik :Kadar minimum untuk perkhidmatan insurans ini adalah RM100, Kadar maksimum untuk perkhidmatan insurans ini adalah RM3000. Internasional :Kadar minimum untuk perkhidmatan insurans ini adalah RM100, Kadar maksimum adalah mengikut negara tempat tuju.
  19. Apakah kelebihan PosDaftar?
  20. a. Perkhidmatan penghantaran yang selamat dan berdaftar.
    b. Penghantaran terus ke tangan penerima.
    c. Menggunakan label khas berbarkod.
    d. Mempunyai barkod untuk jejak dan kesan.
    e. Mempunyai resit mengepos dan akuan terimaan.
  21. Adakah status penghantaran PosDaftar ini boleh dijejak kesan sehingga serahan kepada penerima?
  22. Ya. Status penghantaran item PosDaftar boleh diketahui melalui:
    a. Talian Khidmat Pelanggan POSLINE di 1 300 300 300
    b. sistem Jejak & Kesan (Track & Trace) di laman web www.pos.com.my
  23. Adakah PosDaftar mempunyai bukti serahan (POD)?
  24. Ya.
  25. Berapa jenis label PosDaftar yang disediakan dan apakah ciri-ciri bagi setiap jenis label tersebut?
  26. Terdapat lima jenis label berbarkod yang akan ditampal pada setiap PosDaftar untuk tujuan pengimbasan dan pengesanan melalui sistem ’Track-On’. Label-label yang berbarkod yang digunakan dalam sistem ’Track-On’ mempunyai ciri-ciri berikut:
    TrackOn 1
    Dalam Negeri
    Track-On 2
    Ke Luar Negeri
    Track-On 3
    Dari Luar Negeri
    Harga RM 2.20
    Harga RM 4.10
    -
    Warna Merah
    Warna Biru
    Warna Pink
    Pengiriman domestik
    Pengiriman ke luar negeri
    Dari luar negeri untuk serahan dalam negeri
    13 digit alpha numeric
    (RD12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.
    13 digit alpha numeric
    (RR12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.
    13 digit alpha numeric
    (RF12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.
    5 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.
    Die-cut A
    Resit serahan
    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter
    Die-cut C
    Rekod Hantaran
    Die-cut D
    Rekod Serahan
    Die-cut E
    Simpanan digunakan mengikut keperluan
    4 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.
    Die-cut A
    Resit serahan
    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter
    Die-cut C
    Rekod Hantaran
    Die-cut D
    Simpanan digunakan mengikut keperluan
    3 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.
    Die-cut A
    Resit serahan
    Die-cut B
    Rekod Hantaran
    Die-cut D
    Rekod Serahan
    Track-On 4
    Urusan Pos
    Track-On 5
    Dalam Negeri
    Track-On 6
    PDRM
    -
    Harga RM 1.60
    Harga Rm 1.60
    Warna Hijau
    Warna Merah
    Warna Coklat
    Urusan Pos Malaysia
    Pengiriman domestik bagi pelanggan yang mendapat keistimewaan pengecualian bayaran pos.
    Pengiriman domestik bagi pelanggan yang mendapat keistimewaan pengecualian bayaran pos.
    13 digit alpha numeric
    (RS12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.
    13 digit alpha numeric
    (RP12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.
    13 digit alpha numeric
    (RP12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.
    5 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.
    Die-cut A
    Resit serahan
    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter
    Die-cut C
    Rekod Hantaran
    Die-cut D
    Rekod Serahan
    Die-cut E
    Simpanan digunakan mengikut keperluan
    5 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.
    Die-cut A
    Resit serahan
    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter
    Die-cut C
    Rekod Hantaran
    Die-cut D
    Rekod Serahan
    Die-cut E
    Simpanan digunakan mengikut keperluan
    5 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.
    Die-cut A
    Resit serahan
    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter
    Die-cut C
    Rekod Hantaran
    Die-cut D
    Rekod Serahan
    Die-cut E
    Simpanan digunakan mengikut keperluan

  27. Apakah syarat-syarat pengeposan bagi perkhidmatan PosDaftar ini?
  28. a. sampulnya kemas serta kukuh dan tidak ada kesan sampulnya telah dibuka dan ditutup semula atau setemnya telah ditanggalkan. Barang pos seperti peket yang tidak ditutup dengan menggunakan bahan pelekat hendaklah diikat dengan tali secara kemas. Tali ikatan bagi kertas bercetak termasuk surat khabar yang diterima untuk didaftarkan mestilah boleh dibuka untuk diperiksa; mengikut peraturan bagi penerimaan dan penghantaran barang-barang melalui pos;
    b. nama dan alamat lengkap penerima hendaklah dicatatkan dengan terang dalam tulisan rumi. Bagi sampul surat bertingkap mestilah jelas kelihatan nama dan alamat penerima. Barang yang menggunakan nama ringkas penerima tidak boleh didaftarkan;
    c. nama dan alamat pengirim dicatatkan di bahagian belakang sampul atau pembalut.
    d. pengirim telah mengisi maklumat yang diperlukan pada label dan resit mengepos PosDaftar dan menampal label ’Track-On’ PosDaftar ini disebelah kiri alamat penerima;
    e. catatan akuan nilai isi kandungan di sampul tidak dibenarkan kecuali pada Label Ikrar Kastam (PosMel 23/CN22), jika diperlukan. Pengirim yang mencatatkan akuan nilai isi kandungan mestilah memberitahu bahawa barang berkenaan hanya boleh dihantar melalui perkhidmatan insurans dengan syarat ada perkhidmatan insurans di tempatuju;
    f. pengeposan tidak bertentangan dengan peraturan bagi hantaran melalui perkhidmatan pos;
    g. bayaran mencukupi bagi bayaran pos dan caj perkhidmatan PosDaftar.
  29. Sekiranya pelanggan ingin membeli sampul PosDaftar secara pukal (banyak), adakah diskaun atau rebet diberikan?
  30. Tidak.
  31. Jika penerima tiada di rumah, bagaimanakah serahan dilakukan?
  32. Kad Pemberitahuan akan ditinggalkan supaya penerima boleh menuntut di pejabat serahan yang berdekatan. Sekiranya penama tiada, wakil penama juga boleh menuntut item PosDaftar tersebut dengan membawa Kad Pengenalan / Pasport sebagai bukti pengenalan diri.
  33. Berapa lamakah tempoh pertanyaan atau tuntutan berkaitan serahan item PosDaftar ini boleh dibuat?
  34. Pertanyaan atau tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pengeposan dengan menggunakan borang rasmi dan hendaklah disertakan dengan Resit Pengeposan Kad AR bercap rasmi Pos Malaysia.
  35. Bagaimanakah sekiranya pertanyaan, aduan atau tuntutan item PosDaftar ini dikemukakan selepas 6 bulan?
  36. Pertanyaan, aduan atau tuntutan item PosDaftar ini dikemukakan selepas 6 bulan tidak akan dilayan. Sila rujuk label.
  37. Berapa lamakah tempoh simpanan item tersebut di pejabat serahan sebelum ianya dituntut oleh penerima?
  38. Tempoh simpanan item tersebut di pejabat serahan adalah 15 hari kalendar sebelum dikembalikan semula kepada pengirim.
  39. Dimanakah pertanyaan item PosDaftar ini boleh dibuat?
  40. Pertanyaan item Posdaftar boleh dibuat di semua kaunter pejabat pos atau menghubungi talian bantuan Pos Malaysia.
  41. Apakah talian bantuan yang boleh dihubungi?
  42. Anda boleh menghubungi:
    a. Pusat Khidmat Pelanggan di talian PosLine 1-300-300-300 dari 8:30 pagi hingga 9:00 malam setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat, Sabtu: 8:30 pagi hingga 5:00 petang (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan cuti umum).
    b. e-mel ke care@pos.com.my atau layari laman web www.pos.com.my.


haaaa... paham ke tidak. so korang boleh la buat benda ni sendiri dekat pejabat pos. tanya je pegawai2 dekat pejabat pos tu macam mana nak buat. InsyaAllah diaorang tolong.. hihi


lagi satu kalau nak betulkan apa2 nama nombor kad pengenalan, nama atau alamat boleh tulis sikit surat yang menyatakan kita nak betulkan apa2 kesalahan dan sertakan dengan salinan kat pengenalan. aku buat macam ni. lebih kurang la. 







boleh rujuk laman web MPM atau telefon dan emel kepada mereka untuk keterangan lanjut. jangan segan2 nak tanya kalau tak tahu ye. tanya saya pun boleh. hihi.. 



ok. bila dah siap semua hantar. jadi lepas tu tunggu je slip dari MPM. weheee...



ok. babai semua

Wednesday, October 23, 2013

Gila kasut






Assalamualaikum...



hari ni aku gilaa kasut. jumpa kasut cantik malam tadi lepas tu jadi sawan sekejap sebab lawa sangat. rasa macam nak beli semua kasut2 tu. heyyy.. aku memang gila kasut tau. 


mak aku dah bising cakap kasut aku je banyak. kasut orang lain sikit je. dah la tu orang lain guna sampai rosak. aku belum rosak dah nak beli lain. almaklum la manusia cepat bosan ni bahaya. hahahha.. tinggi keinginannya.. 


lepas aku dok google2 jumpa la beberapa kasut ni. rasa macam dah lama sangat tak pakai high heels. sejak2 badan macam dipam2 ni rasa macam tak sesuai pulak pakai high heels. sesuai pakai wedges. lebih sesuai melangkah dengan yakin dan dapat menampung berat aku yang semakin memberat ni. hahaha....


ni nak tunjuk sikit kasut2 yang aku suka sangat ni...

















amacam? mengancam? ada sesama gila wedges jugak? macam ramai je perempuan yang suka kasut kan? gila kasut. seriusly aku tak terkecuali. kasut2 atas ni rasa macam cantik dan comel je kalau dapat kan? huaahahha..


rasa nak beli semua je. kalau la aku kerja nanti ade duit sendiri macam mana la agaknya kan? mesti aku gila beli kasut dengan tudung. sekarang ni pun dekat seguni tudung aku ada. bukan main banyak lagi. nanti kalau aku ada kerja sendiri ada duit sendiri agaknya macam mana la nak simpan baju, tudung, kasut, beg aku yang banyakkkkkk tu.


aku ni jenis cepat bosan. bosan sikit beli baru. bosan sikit tukar. belum rosak or buruk aku dah nak beli lain. mana la tak banyak harta rumah aku ni. nanti kalau nak pindah macam mana agaknya nak kemas kan? boleh bengkok badan aku nak mengemas.


itu pun sekarang aku dah banyak bakar dan buang barang2 aku yang tak guna. buku2 lama. majalah2 lama semua aku dah buang. majalah 10 taun dulu aku dah tak simpan dah. dan sekarang aku kurangkan beli majalah. malah langsung tak ada beli lagi. hari2 abah beli surat khabar je. lagi pun surat khabar tak apa boleh buat bungkus2, alas2, bakar2 kan? hahaha..


tengok dah melalut. ok. mari kumpul kasut bagi kesejahteraan sedunia. kikiki..



babai!




Thursday, October 17, 2013

Pening Petang.






Assalamaualaikumm....



petang ni aku pening. pening sangat. macam pening bila kita buat kira2 yang banyak. adoi. aku rasa macam nk crack. aku rasa pening. penat. rasa macam pening ni mintak kita baring lepas tu berangan relax2 then tidur. OMG. best sangat macam tu. 


ni tadi baru pikir satu benda dah pening. macam mana nak kerja ni? pikr hal sendiri pulak tu. bukan hal orang lain ke pejabat ke. ni hal kau-sendiri-yang-buat. hadoi. seriusly rasa serabut. malas. 


otak pening. moh kita rehatkan diri sebentar sementara tunggu maghrib. almaklum la sebelum kerja ni kerjanya melepak je dekat rumah. melepek. baring. sandar semua dekat rumah. dengan penuh relax tanpa perlu pikir apa2. 


padahal tau hutang PTPTN kau menjangkau RM 40K kot. sungguh la banyaknya. tambah sikit dapat sebijik kereta kan. hadoi. aku nak kereta jugak. nak bayar ptptn jugak. ehhh.. senang hatinya aku yang duduk lepak2 sampai akhir tahun ni. ehhh.. ehhh..


aku jangkakan yang sampai akhir tahun ni aku rehat. cukuplah tu dari bulan 6 aku lepak sampai bulan 12. hendaklah mula mencari rezeki bermula tahun depan. tahun 2014. mula mencari kawan baru, masalah baru, cara baru, cari pasal dengan dunia baru aku disana. ewahhh.. macam bagus sangat kau kan. 


sejujurnya aku nak kerja cepat. tapi mak halang sikit2 supanya aku teman mak dekat rumah siang malam. teman mak pergi kedai, bayar bil, belanja itu ini. hantar mak g mana2 bila abah tak boleh antar atau bz. atau kedaan lain. aku akur. best jugak duduk rumah mak tanggung. yela, selama 6 tahun aku study luar mak tak dapat banyak masa bersama aku kan. cuti sem 4 bulan pun masa tu kena praktikal. 


banyak aku bebel petang2 panas rembang ni. habis basah kolar baju. dah la. nak tenangkan otak. main kucing pun tak syok sebab dia kuat merangas. kuat mencari makanan dalam rumah. pantang dia roti. pantang jumpa. konpem dia gigit bawak lari. payah. payah. dah. keluar kau. biar aku lepak bilik. pening.


jangan nak merungut lagi. malam ni insaflah wahai diri dengan buat resume. buat segera supaya kau nanti tak terkejar2 dan impian nak kerja awal tahun nanti tak berhasil. 



selamat relax.




Tuesday, October 15, 2013

Salam aidiladha







Assalamulalaikum..



salam aidiladha semua. hihihi.. tahun ni aku tak buat korban sebab dulu masa aku sekolah mak aku dah buat korban dah. so dah pernah buat. tahun ni tak tahu jugak orang kampung berapa ramai yang korban. tak tahu sebab tak ambil tahu. tapi dengar khabarnya ramai yang korban sebab ramai  nk korban tyang berduit sekarang kan. memang la lepaskan niat nak korban lembu untuk ahli keluarga la kan. 


hari ni mak aku masak kari ayam dengan sambal goreng jawa. which is sangat sedap sambal goreng jawa tu. aku akan jamin korang suka. hahaa.. sesuka je nak jamin2 orang suka. aku memang suka gila la. 


perasaan sungguh tapi belum siap pun sambal goreng jawanya sebab mak aku baru masak hari ni. sambal goreng jawa ni renyah sikit. masak kena bayak sikit sebab kalau sikit macam tak puas nak makan. buat lebih sikit untuk akak bawak balik sana semula.


tadi pagi lagi best sebab masa mak nak gosok baju raya abah nak pergi sembahyang tetiba seterika tu buat satu rumah shot! kenapa entah. semalam aku serumah tak guna pun seterika. sekali hari ni nak guna dah rosak. kenapa entah. hadoi. jadi petang ni kena la pergi kedai beli seterika baru sebab esok pagi akak nak balik jb nak gosok baju untuk balik sekolah. kalau ye pun memang kena beli.


dulu aku ada seterika. pastu cuti 4 bulan aku praktikal. tinggal la barang2 besar dekat rumah sewa Shah Alam. balik semula empat bulan kemudian dah tak ada seterika tu. aku siap simpan dalam kotak lagi. lepas tu lesap. aku tak nak cakap sesape ambik sebab aku tak nampak. jadi aku halalkan sesape yang ambik. dulu mangkuk aluminium aku pun hilang. pernah baju aku pun hilang selai. entah. semua aku tak tahu. tak dapat nak teka sape ambik. cuma aku doakan orang tu bertaubat. Allah maha pengampun.


hahaha.. aku malas nak ambik gambar masa makan tadi. ngap je terus. malas sungguh. biasalah iols kan. ngap je tanpa rasa bersalah. hahhahaa..


ok la uols iols nak buat kerja2 rutin iols. hahha..



salam aidiladha buat semua pembaca..



babai!



Friday, October 11, 2013

Cerita Malam Minggu






Assalamualaikumm...



puas pikir, nak cerita apa malam ni buat halwa mata korang semua yang masih segan silu nak ke blog hina aku ni. cewahh.. padahal dalam hati apa cerita best nak story mory ni? hahahaha.. dengan ini aku nak cerita pasal adik2 aku yang tidak dilahirkan oleh mak aku iaitu kucing. hihihi


aku ada 5 ekor kucing sekarang. banyak jugak la. semuanya anak beranak. sebab mula dari turun temurun. memula dari kucing datang yang mintak makanan tapi kami bagi makan bela sampai beranak pinak, bercucu cicit dan terus ke beberapa generasi. hahaa



yanti



anjang


kenit


abang kawasan - kecik


bubu



aku sayang sungguh dengan depa ni. nak nak si bubu ni, keletah dia bukan main lagi nakal. cakar sana sini. buat itu ini. eiiii.. pastu pantang jumpa dengan  roti. mata bersinar. hahahaa..


dulu mak nenek dia semua suka makan roti. pantang roti tu dekat dia gigit dah. walaupun kita tengah bawak roti tu dari motor or kereta ke dalam rumah. hahaha.. tu yang kena berjaga2 masa bawak roti jangan sampai dia gigit or capai. bahaya ok!


muka bubu ni macam mengundang comel yang amat. muah!



ok la nak bagi makan budak2 kecik ni. babai!





Saturday, October 5, 2013

First time taip entry gunakan phone.. teruja!




Assalamualaikum..


Apa khabar semua? Ewahhh.. lepas menggodek2 hp yang mak beli. Aku pun berusaha la donlod macam2 apps yang aku suka. Tapi terlupa pasal blog ni. Lepas beberapa kali godeh baru teringat nal donlod apps blogger ni. Huaaaaa.. syok sungguh kan kalau macam ni. Senanglah kerja aku nak menaip. Tak perlu la asik nak bukak laptop pastu internet slow kan. Uih..


Lepas ni selalu la aku update blog. Silap2. Aku tukar hp sekali. Mak pakai hp aku. Aku ambik telefon mak ni. Haaaaa.. best uols. Internet lajuuuuu sokmo. Line H sentiasa. Bila2 masa je nk donlod apa2 boleh. Dah la tu agak save bateri. Tak ada la macam hp aku tak main pun abis bateri. Hp mak ni semalam aku dengan mak keluar pastu bukak youtube buka itu ini. Main game candy crush bagai semua  tapi balik rumah still ada lagi bateri. Tak adalah sekejap habis bateri.


Cuma aku tak berapa berkenan bentuk dia. Macam S3. Aku suka bentuk 4 segi tegak. Tak suka tepi dia smooth. Tapi dia pulak lagi bagus. Camera dia 5 pixel tapi ok je. Terang ok. Hp aku 8pixel. Lebih kurang ke kalau tengok. Janji ade camera. Kalau nak camera bapak sharp baik beli DSLR kan? Haahhahah..
Apa lagi nak membebel tengah2 malam ni? Baiklah aku tidur. Esok nak buat donat. Wuhuuuu.. seronoknya. Dah la baru lepas donlod apps koleksi resepi dekat hp. Sonang la den nak masak bukak hp je tayah bukak laptop. Mak aku suruh print resepi tu tapi iols malas pulak nak edit kasi cantik. Ni copy paste dari mana2 blog and laman web tulisan jadi macam2 jenis. Hihi..esok kalau jadi donut aku, aku share kat sini. Kalau tak share ade 2 sebab je. Sebab tak buat atau tak jadi. Hahahahahahah.. cakap je lebih. Kang esok malas. Tak dapek nak tolong! Hihi


Ok la sayang2 semua. Iols nak tido. Selamat malam wahai pembaca semua.. selamat malam.
Tata.


# p/s: nak share gambar la. Boleh tak? Ewah..konon tanya padahal kalau orang tak kasi nak tepek jugak kannnn.. dah blog kitew suka ati kitew la...hahahaha.. *lempang sedas*









Wednesday, October 2, 2013

Blogging??







Assalamualaikumm...


hehehee.. tak tahu nak tulis apa. so hari ni nak bebel2. buka apa. saje je. internet aku semakin slowww.. aku syak la YES 4G aku ni dah over limit. tak logik gila FB yang  tak boleh bukak.. tapi now dah boleh bukak.. weee...


sebenarnya tak ada apa nak cerita pun. biasalah suri rumah kan. tak ada benda nak cerita. aku ni suri rumah sepenuh masa yang tak berapa nak suri sangat. kahkahkah..


tadi ada kawan aku tanya macam mana nak buat blog. kawan kampung aku. hahhaa.. dia tanya susah tak? jawapannya tak susah kan wahai blogger2 sekalian? hahaha.. buat blog senang je. tapi nak maintain dan tarik follower tu yang susah kan? hihi


macam aku la. dah berblogging 3 tahun. tapi sebab iols blogger tak ada nama. mana ada orang nak follow kan. haha.. aku ni pulak cerita merepek2 je tak sesuai nak dibawa ketengah. dibawa ketepi boleh lah -.-'


hoh. apa yang aku nak cakap ni? lol snagat. kalau korang nak tahu aku ni sekarang adalah penggangur terhormat yang sedia goyang kaki hari2. biasalh iols kan anak kesayangan mak iols. jadi mak iols tak kasi dulu iols kerja. hahahaha.. perasaannnn!! padahal aku yang malas. tak buat satu apa resume. tak hantar kat mana2 tempat pun. pemalas sungguh manusia ni. mana nak dapat kerja? hahahha..


hahaha.. aku ingat nanti tahun depan aku kerja la. mulakan hidup baru pada tahun 2014 sebagai pekerja, sebagai pembayar ptptn, sebagai anak bongsu mak abah dan sebagai khalifah Allah. cewahhhhh!!!
ayat bukan main.. hikhokk...





adakah aku dah kurus sedikit? kahkah. perasaan. ahahhaa. jangan nak perasan sangat la tetap jugak gemuk gila ok. tayah nak over perasaan. hahaha.. yelah, kita ni temukkk..hahaha



ok la. pedulik la nak letak jugak gambar sendiri dekat blog sendiri. takkan letak kat blok orang. ye dak? hihihi..


ok la. cukuplah cerita merapu ni.



babai!