Happy Cat Kaoani -->

Thursday, July 28, 2011

Kenduri~





awak2, hari tu kan mak kita ada buat kenduri yassin tau. ala. minggu lepas. ahad. kita dengan akak kita balik hari sabtu pagi dan singgah Kota Tinggi sekejap. sebab mak kita nak beli barang sikit. lepas tu terussssss balik rumah..


hari ahad, mak kenduri la sakan. kita tolong mak kita berkemas ruang tamu. memang every kenduri kita yang akan kemas ruang tamu. kita alih kusyen, kita mop, kita sapu, kita sapu lagi, kita bentang tikar dengan karpet dan kita hias bunga. macam2 la kita buat. lepas tu kita lap itu, lap ini. semua kita lap.


yela, mak kita ada anak 2 orang je. kita dengan kakak kita. kalau tak kita yang tolong buat siapa lagi kan? kalau raya pun macam tu, kita jugak kemas segalanya. dari lap pintu, perabot, lop, kusyen semua kita. lupa, cabut dan pasang langsir pun kita tau. hahahaha. rajin tak kita?


lepas tu kita kenduri biasa je. makan nasi tomato. tapi bukan masak sendiri. tempah je. biasa la. tempah ni mudah dan dijamin sedap! >.<


tak sepat nak snap2 gambar ruang tamu yang kita kemas tuh. cis la. sebab makcik kita dah kemas karpet2 semua. hadoi. dah togel la lantai tak shantekkkk..hahaha


ni je kita snap. tu pun malu2 sebab ambik gambar masa orang tengah baca yasin! hehehee


abaikan table cloth yang berlipat2 tu -.-'






kakak kita cakap lepas selesai majlis.


"iza ni sejak besar2 ni rajin sikit" ececehhh.. sebab dia lagi malas..
 


sejak kerja ni kot aku semakin rajin dan cepat. tangkas. kalau tak cepat dan tangkas memang la kelaut la kerja kau tu. tak kemana ok. jadi aku telah di didik begitu di tempat kerja. dengan penat bukan main lagi. naik remuk badan buat kerja.. huuuu







last but not lease, gambar kita masa kenduri hari tu. wakakaka. muka lebam sebab tak make up. biarlah. malas kita nak make up kat rumah sendiri. hikhik






*nampak sangat tak kita itam? ok fine, kita memang hitam* -.-"







Ok, dah Kalah




MALAYSIA  KALAH!!



malas gila nak bukak fb sebab semua status nak tulis pasal bola. haish! >.<

Mintak napas! *.*




salam kawan2? sihat? saya sihat sahaja hari ni. hari ni saya di laundry sebab di laundry tak ada orang pun. jadi saya memang kena duduk di laundry selain sorting, hantar bed sheet, towel dan sebagainya. macam-macam kerja saya buat hari ni. ntah apa2 je...


lepas saya hantar semua bedsheet agih2kan pada maid ada asst manager panggil saya dan tanya, saya hantar dekat mana. saya cakaplah saya hantar dekat floor mana. yelah, saya hantar dekat bilik group dulu. sebab group nak masuk bila2 masa je. bukan suka2 tau. sekali dia sound, 


" dah tu bilik yang tak ada group bilik2 atas tu tak hantar la?" beliau tanya.
"saya ikut arahan supervisor, dia yang suruh saya hantar floor2 tu dulu" saya jawab.
"ko sayang sangat dengan supervisor kau tu, dia lagi tinggi ke aku lagi tinggi pangkat dengan supervisor kau tu?" pergh kau! sesuke je cakap aku cenggitu.. sound tak agak2..
"saya hantar dengan abang hamdan (supervisor) tadi " aku menjawap lagi.
lepas tu aku terus blah.. malas aku nak melayan..


tu la orang atasan, cuba, cuba kau yang buat bilik, cuba kau yang hatar bedsheet, cuba kat yang hantar towel, cuba la kau berlari kesana kemari sampai basah ketiak.. cubaaaa! 


sensenang je nak sound orang, dia tu dok kesana kemari dengan walkie talkie je.. arah orang sana, arah orang sini. lepas tu lapar pergi makan, lepas tu gi isap rokok kat luar, lepas tu pergi lepak kat mana2 kan? senang kan kerja orang atasan. orang bawahan ni macam nak mampus buat kerja, OT lain, dengan kerja lebih masa lain.. haiyak!!


bukan nak melawan tapi jangan la nak shoot budak praktikal pulak. budak tu ikut je arahan supervisor atau orang atasan yang suruh dia buat kerja. bukan aku nak buat keputusan sendiri sesuka hati nak hantar dekat floor mana. ehhhh... tak ok! aku hanya mengikut arahan. ni dah bertukar ayat jadi aku pulak.. sebab benggang! hadoi!


dengan laundry yang banyak gila orang shoot sampai tingkat 2 rasanya benda tu tersekat tak dapat turun sebab dah banyak sangat dekat bawah sampai kitaorang tak mampu nak sorting sebab tenaga kerja sikit hari ni. alih2 suruh aku stay. mana buleh budak praktikal stay. sesuka hati je. dah la tak ada gaji. penat kerja macam pekerja betol yang dapat gaji hari2. tapi badan sama remuk dengan pekerja betol. alasan, bagi kau tahu flow dia. ehhhhhhh... setakat angkut bedsheet tu aku pun dah tahu. dah la tak ajar sangat aku je mamandai buat sendiri,.. nak suruh aku stay pulak... banyak la cekadak! hahaha


geram pulak aku hari ni kan. * mengomel sambil mengunyah cipsmore comel* hahahahaha.








ni la rupa dekat bilik laundry hotel. masyaAllah.. mintak napas okeh! hahahaha



hambik kau gambar besar gedabak. biarkan. aku suka gambar besar2. hohohoho..






Wednesday, July 27, 2011

Aku Curang!




semalam dengan rasminya aku telah curang! tidakkkkkkkkkkk aku curang padamu sayang!! 


semuanya bermula bila aku nampak dan siap belek2 lagi jenama lain selainmu di pasaraya. aduh, dan aku terus terpaut denganmu!


dari ini 








kepada ini










sebenarnya tak rancang langsung pun nak tukar mintak wangi. lagi pun minyak wangi ni bukan mahal pun. nak tunjuk2 kat orang pun segan. yelah, minyak wangi murah. tak mampu wehhhh nak pakai minyak wangi mahal. cepat je habis sebab selalu sangat sembur.. ahahahahha


lepas ni nak beli lagi satu. lagi sweet bau dia. tapi disebabkan ada kakak tu pakai minyak wangi tu jugak jadi saya cancel pakai minyak wangi tu. tunggu nanti dah masuk u boleh la beli, sebab nanti dah tak jumpa kakak kerja hotel tu lagik.. hikhik.


memang jenis tak suka tersama dengan orang terdekat. huhuhu. tapi tengok jugak kalau orang tu saya suka tak apa. tapi kalau saya tak suka tak boleh. tak boleh terima.. hahahaha


kakak aku kata bau dia sedap. lembut je. tapi aku rasa bau dia macam bau minyak serai dekat SPA aku pakai untuk buat wangian. ntah la. kadang2 orang kata bau tu sedap, walaupun pada kita bau tu tak sedap. huuuuu


tapi setakat ni pakai ni dulu lepas ni kalau nak tukar ke atau nak beli lain, belilah. hehehee.



jadi sekarang 

AKU TELAH CURANG 

padamu Loving You Silky Girl! >.<



bye =)


Tuesday, July 26, 2011

Terharu!!





hai kawan2 semua.. apa khabar? anda semua sihat? saya sihat2 sahaja cuma kepenatan yang maximum pada malam hari. sebab bekerja dan membanting tulang pada siang hari.. hukhuk >.<


hari ini saya nak berterima kasih pada awak sebab bersusah payah buat satu entry sebab nak tunjukkan kat kita ada jugak wujudnya bunga warna hijau tu. kita terharu sangat dengan keperihatinan awak..  


tak sangka ada juga orang yang ambil pusing pasal status saya. hikhik.dah bertahun saya letak ayat tu semua tak ada ambil kisah pun, tapi awak ambil kisah.. sungguh terharu..


thanks for da picture...kita dah tengok dah! untuk ciptaan Allah kita akan cakap its awsome! tapi pada pandangan mata kita still bunga warna lain lebih cantik kan? macam warna pink, merah, kuning, biru dan peach..


dan saya prefer pokok yang tidak berbunga. macam pokok puding ke.. atau pokok dedaun yang tak ada banyak bunga yang memerlukan perhatian.. =)





















kita lebih suka pokok tak berbunga tapi ada daun warna merah2. mostly suka pokok keladi dan puding! =)




thanks again ye awak! >.<




bye!




Friday, July 22, 2011

Segmen cx's : geng UiTM by campus









UiTM kampus mana :

Diploma - UiTM Alor Gajah, Melaka

Degree : UiTM Shah Alam


Course :

Diploma : Diploma in Tourism Management

Degree : Degree in Hotel Management


Part :

Diploma : mestilah dah habis kan? ^^

Degree : Part 3



tak tag orang boleh tak?? hiks!





kalau nak join jugak picit header atas tu kuat2 ye! =)



Masih Mencuba~




being as HOTELIERS adalah tidak menjadi bidang aku sejak dulu. kalau aku suka masakan aku sanggup turun naik Canseleri untuk berusaha tukar kos. tak adalah la aku bergenang air mata hari2 masa uruskan tukar kos. ntah, hati aku tak pernah ada dekat hotel. aku lebih dekat dengan tourism. angan2 aku bukan di hotel. bukan di bangunan tu.


masa aku baru masuk housekeeping aku rasa macam jerk gila. hari2 aku kena cuci toilet dengan sisa2 kumbahan orang. rasa macam owh sangat la annoying! walaupun sebenarnya aku tak penggeli, tapi aku tak suka nak buat. ye, aku tak penggeli. kau suruh aku alihkan bangkai tikus pun aku boleh kot sambil jilat lolipop.. tak kesah punya.. 


tapi bila sekarang, aku bersusah payah masuk degree last2 aku kena sental toilet bowl aja, rasa macam, ehhhhhhh,, baik aku tak payah ambik degree kalau nak sental toilet bowl.. hadoi.. dengan jari jemari aku semua pecah2 sebab pegang sabun dan chemical tiap masa. pedih sakit je hari2 jari jemari aku. semakin la aku rasa menyampahnya... -.-


aku CUBA untuk menyukai bidang ni. tapi aku tak boleh rasanya. bukan jiwa aku. ramai yang kata, nanti habis belajar kau mohon sini balik, mesti dapat. aku punya reaksi macammmmmm... erkkkk... rasanya tak mohon sini balik kot. macam hidup aku tak ada life je dekat hotel. TOTALLY!


orang akan cakap aku tak bersyukur. dah dapat belajar tapi berlagak tak mahu. bukan berlagak. tapi jiwa tu tak ada. kau tahu sebab apa aku buat semua ni? sebab markah. ye.. sebab markah. aku tak nak markah aku teruk. aku nak baik2 je. aku tak nak buat masalah dengan transkrip degree aku. 


sampaikan setiap kali aku berbual dengan pekerja yang dah lama bekerja dengan hotel ni, tapi tak sambung belajar, aku tanya macam2. aku tanya memang minat dengan bidang hotel ke? suka kerja sini? nak kerja macam ni sampai bila?? 


memang ramai kerja dari muda hingga pencen dekat sini. sinilah tempat cari rezeki mereka. sinilah tempat bagi anak2 makan. tapi aku? mungkin aku ceburi bidang ni tapi dalam keadaan yang lain. 


orang kata, kita kena tahu kerja orang bawahan kalau nak jadi atasan. ye, aku tahu tu. tapi boleh pikir tak kalau budak2 degree macam aku yang belajar semua benda tentang hotel sekali masuk hotel dia letak kau untuk membersih je. berbaloi??


baik aku tak payah susah2 berHUTANG dengan PTPTN 19ribu untuk ambil degree. baik aku tak payah susah payah habiskan duit mak ayah aku ulang alik shah alam-johor bahru sebab nak belajar kan?? jadi tak adalah nak membayar hutang hampir 40 ribu PTPTN tu nanti kan? 


bukan sikit nak kudrat, air mata dan keringat yang dihabiskan untuk aku belajar. bukan sikit..


aku bersyukur dapat belajar dengan mudah. dengan senang. dapat sambung belajar. tapi bidang tu menjadikan hidup aku porak peranda. kucar kacir seketika. aku pun tak tahu apa nak jadi sekarang.


aku cuma harapkan aku dapat habiskan praktikal aku secepat mungkin dan kemudian menjalani kehidupan tanpa makna ni seterusnya. aku rasa baik macam tu kan? 


nak kumpal seberapa banyak kenangan di praktikal?? kenangan bersama kawan2 tu ok. diorang semua baik2. pekerja bawahan dah macam adik beradik. even kau budak praktikal je tapi layanan tok kau sangat baik. tapi untuk lebih lama menetap di hotel tu mungkin tak. aku tak pikir ke arah tu.


aku cuba, cuba, dan cuba untuk suka kos ni sampai 3 tahun nanti. kalau aku suka baru aku akan masuk bidang ni. tapi kalau tak mungkin bidang tourism juga yang aku akan ambil nanti.. =)













Peluh Meleleh-leleh~




selamat pagi semua. mentang2 la kerja petang jadi entry seua selamat pagi kan? cuba kalau kerja pagi.. entry semua petang ke malam. macam tu la ikut peredaran kerja. huhuhuhu


semalam balik kerja tak penat sangat walaupun berpeluh melekit jugak la rasa badan ni. sebab kehulur kehilir. tak la bizi mana pun. setakat tolong ambik car pass. vacumm bilik meeting dengan vacum bilik2 piano. tapi kemain la panasnya. mostly berbahang je. walaupun ada aircond tapi macam tak ada aircond! 


lobby bukan main lagik panasnya. lepas vacum bilik meeting dengan bilik piano peluh meleleh2 di dahi.. hadoiyai.. ape ke panas sangat hotel ni? erkkk.. hotel ni yang panas ke atau cuaca yang semakin panas?


sehari kalau tak bawak botol air pergi kerja tak sah. memang haus je la kau memanjang. kejap2 aku teguk air. kejap2 teguk air. panas2 ni rasa tekak kering je. nak2 pulak ke hulu ke hilir macam orang bizi tapi sebenarnya tak ada kerja..hahahhaah





kalau dapat teguk air satu botol besar ni best kan? tapi macam tak senonoh pulak.. hikhikhik


kakak aku sampaikan kata nak ambik straw dan minum air dalam telaga. aku cakap baik minum air dalam swimming pool lepas cuba kau bayangkan air tu air bandung yang sejuk ke, air teh ais ke, air sirap limau ke.. bak kata pik je terus 'pling' jadik dah air tu dan kau boleh terus minum.. hahhahaha


tinggi gila imaginasi kitaorang ni punnnn.. hahahahaha. haus punya pasal la katakan! 


korang kuat minum air tak??





Thursday, July 21, 2011

Isi Hati




assalamualaikum.. hai kawan2. selamat tengahari. kawan2 semua dah makan? saya belum. cuma makan biskut je pagi tadi...


aku suka suka kerja dekat hotel even though sekarang aku cuma buat kerja picisan bukan berkenaan pentadbiran syarikat. buat setakat ni rasa ok. tapi kalau tanya aku betul2 aku ni suka tak kerja hotel aku akan jawab TAK. kenapa tak? sebab memang tak minat. kalau dulu lecturer tanya masa kami belum praktikal lagi dah jawab tak, inikan pulak lepas praktikal. lagi la tak. entah kenapa, memang TAK nak..


aku lebih menyukai bidang pelancongan. seriyesly, walaupun pointer tak hebat dan cun tapi aku suka. sebab tourism ni meluas bidang kerjanya. boleh kerja macam2 sektor dan macam2 jenis. mostly kerjanya best dan bersih. aku suka kerja yang bersih2 dan tak memenatkan sangat.. 


semalam aku kerja dengan mak2 macam biasa. diorang nak vacum meeting room. memang tak besar sangat meeting room tu tapi kalau untuk umur diorang yang lebih kurang sebaya dengan mak aku tu rasa penatlah. jadi aku pun vacum. mak tu kata tak apa biar mak vacum. aku cakap biarlah orang muda yang vacum.. mak tu cakap, "nanti kalau dah habis belajar, dah kerja tak adalah nak vacum2 ni kan?" aku cakap, kenapa pulak tak vacum? "nanti habis belajar kerja bagus, kerja pejabat, mana pegang batang vacum ni". aku cuma tersenyum.


memang, impian aku begitu. aku suka kerja perjabat. ada jumpa orang tapi keadaan kerjanya bersih dan selesa. sentiasa melawa dengan baju2 cantik, high heels dan bergaul dengan orang2 korporat macam aku praktikal masa diploma dulu. ramai orang besar2 yang aku kenal. dalam bidang aku la. dan aku deals dengan mereka atas urusan kerja. aku suka begitu. sebab tu dulu hati aku senang. =)


aku bukan nak canang aku tak suka kos aku. aku tahu ramai lagi yang terpaksa melayari bidang ini tanpa rela. tapi bagi aku, praktikal hanya untuk menyapu dan mengemop sepanjang 3 bulan adalah wordless thursday ok. i think we deserve better. tapi aku cuba menyuarakan hasrat aku, otometik aku kena smash balik. yelah, aku ni budak praktikal cuma kuman dalam hotel ni. lainlah orang besar2 tu. sabar je la pengubatnya.


sekarang aku sedang bersabar dan menjalani kehidupan seorang budak praktikal selama 3 bulan. hanya lagi 2 minggu je aku akan bebas seperti manusia biasa tanpa ikatan sorang budak praktikal yang hari2 kena cuci jamban, kena dust mop dan kena mengelap.. free sebagai seorang guest yang boleh demad macam2... hahahaha..


seriously, bosan gila bila aku tolak dust mop tu macam... erhhhhhhh.. pegang benda ni lagi. tapi aku tak pernah bosan pegang batang pen. kenapa ek?? hahahaha.. naluri wehhhh!


aku sebenarnya yang aku nak cerita ni? ada isinya tapi tak sampai2 dan terpaksa stop dulu dekat sini. aku nak andi dan pergi kerja kalau lambat2 nanti lambat pulak sampai. hukhuk. ok2. bye kawan2. malam nanti atau esok aku sambung lagi eh?


bye..



thanks sebab baca..




=)





Morning Dear Readers!



assalamualaikum kawan-kawan! selamat pagi! semoga sihat sejahtera hendaknya. selamat hari khamis! heheheeh.. hari ni saya masih lagi kerja malam. balik pukul 11 sampai hari jumaat. hari sabtu dan ahad cuti! yeaaaaa!!! seronoknya!!!


kawan2 dah sarapan? saya belum lagi lapar sangat lah =( tapi tak tahu lagi nak makan apa. roti je la nampak gayanya.. hukhukhuk.. sebab kat rumah tak ada makanan. hanya ada roti dengan milo je. 


kawan2 sarapan apa? kalau ada mak kat rumah kan best. mak boleh masakkan macam buat sarapn. mak masak jemput2, mee goreng, pulut, nasik goreng, roti telur dan macam2 lagi..huaaaaaaaaaaa! nak balik rumah!! :'(


balik rumah rasa nak makan durian lagi la. hari tu balik makan durian juga. durian pokok sendiri memang sedapppp kalah durian beli. memang arwah atok tanam baka durian baik sebab tu la isinya sedap dan kuning je.. hehehehehe...










=)






Wednesday, July 20, 2011

Free Cake from Hotel




sekarang sudah pukul 12 setengah.. wohhhhhhh, malasnya nak pergi kerja! huhuhuhuhu.. rasa nak bermalas-malasan je dekat rumah seupaya boleh update blog banyak2 dan menghabiskan setin biskut Jacobs! hahahaha.


malasnya rasa nak bangun dan bersiap sekarang ni. nak pakai baju apa pun tak tahu. malas la pikir. malas nak gosok. malas nak cara. semua malas. kenapa ni? sebab kerja petang tak best? yeke? best jugak la aku rasa dapat kek free. dapat makan free. dapat berfoya-foya sebab bos jarang ada petang hingga malam ni. kan? ahahhaha..


bolehlah sambil2 tu kau belek2 katalog AVON sekejap sambil menghilangkan lelah. hhahahaha.. bolehah refresh mata dengan katalog TUPPERWARE yang bersepah atas meja tu kan? macam tak biasa. lepas tu boleh tersengih-sengih dengan orang dekat lobi..hahahaha


yang tak bestnya bila kerja malam shift dengan orang2 dah jadik lain. ada kerja pagi. keje malam. tak jumpa pun. jumpa pun sesaat dua je. sobssss~


tak lama lagi dah nak habis. lagi 2 minggu je. kalau boleh nak kumpul seberapa banyak kenangan manis la. tanak kenangan tak manis. dan berbaik2 dengan semua orang. hehehhee. 


semalam usik2 abang bell man suh belanja kek dia suh ambik je malam tuh. ye ye jek. aku pun lepas ambik je terus blah. ambik 3 ketol sekali kau! haaaaa... geram aku hari2 aku tengok kek tu duduk molek dalam peti ais. baik aku ambik 3 ketol.


dari kiri Tiramisu Cake, Cheese Cake and Strawberry Cheese Cake.. nyummm~



sedap sehingga menjilat ibu jari kaki nih! lepas tuh sampai hari ni tak habis2 lagi kek ni. nampak je kecik tapi rupanya tak boleh habis. aku yang kuat makan kek tu pun tak boleh terabis kan? cam ne? kalau kek birthday biasa tu aku boleh je habis okey. sedappppp...


ok la. dah pukul 1 ni aku nak mandi dan bersiap pergi kerja. nanti malam kalau aku tak ngantok aku try buat entry lagi.. kalau la, kalau...hahahahhaha


ok bye!!



Percikan Selat Tebrau~



 

assalamualaikum kawan2 sekalin. maaflah lama menyepi. saya tak ada broadband selama beberapa hari ni sebab broadband dah kena block. nasib baik ada mama tersayang yang tolong bayarkan bill broadband saya. jadi dapatlah saya meng'update' blog hingusan ini. heheheheh. tq mama. ceh, ngada2 panggil mama.. padahal panggil 'mak' sajeee...


saya harap kawan2 saya semua sihat2 belaka ye.. kalau ada yang sakit tu cepat2 la pergi doktor. musim2 buah-buahan kian menjelma ni. memang harus la semua batuk, demam dan saket tekak.. hahahha.. yela, dok tala durian, rambutan, manggis la semua..


ok. sebenarnya banyakkkkkkkkkkkkkk cerita nak beritahu dekat korang ni. banyak ok. sampaikan banyak huruf k tu. nampak tak? OMG! OMG! lepas ni penuh la dashboard korang dengan entry2 picisan saya.. errrrrr.. sebenarnya rasa macam tak feel je panggil 'saya' ni. nak guna 'aku' la.. baru best kan? macam kawan2 je rasanya...


ok2. melalut je keje kan? mari2 tukar kata ganti diri. mulai kali ni akan bertukar aku. ala, macam cerita dalam karangan sekolah rendah tu. 'aku sebatang pen'. haaaaaaaa... kan macam dekat je dengan pembaca giteewww.. hahahha.. boleh kan?? boleh saja. aku nak bahasakan diri aku adalah aku.. hikss!


mula2 nak cerita hari ahad hari tu aku pergi Singapore! yeaaahhhhh.. pergi Singapore sebab tengok anak sedara aku kahwin. ni bukan salah taip. ni memang betul2. anak sedara ye. memang anak sedara aku. macam mana boleh anak sedara tua ni? macam ni. nenek pengantin dengan mak aku adalah adik beradik. jadi korang pikir je la sendiri, aku dengan dia si pengantin tu ranking apa. anak sedara la. sebab aku dengan mak ayah si pengantin adalah sepupu. kalau anak sepupu tu kan namanya anak sedara. am i rite? ni semua kasta orang JAWA. kalau tak paham sila abaikan. hikssss.. orang2 jawa je paham ni..hehehehe


banyak sangat la aku ni menaip bagai. mesti korang dah malas nak baca kan? memceceh banyak sangat dah. hadoi.. ok2. mari segarkan mata dengan gambar2 aku ke Singapore ahad lalu. aku lalu jalan laut nak ke Singapore. dari kampung aku ke Singapore lalu jalan laut adalah dalam sejam macam tu. setahun dulu aku pergi adalah dalam 40 hingga 45 minit nak sampai Changi Terminal tapi sekarang ni dah macam jauh lagi sebab penambakkan semakin giat dilakukan oleh pihak Singapura. jadi semakin jauh la nak pusing baru sampai Singapura. tapi tu pakai tongkang ikan, kalau naik boat laju adalah dalam setengah jam je.



ok2. mari segarkan mata dengan gambar2 ni. macam korang letak timun dekat mata tuh! >.<


harus ada setepek gambar aku di arrival hall Changi Ferry Terminal.. hiksss


pelamin dan sebelah kanan tu gambar si pengantin.. pengantin perempuan tu anak sedara aku. tapi tak ingat umur dia.. dah nak 30 tahun kot...


meja makan beradap.. simple gila..


ini apa? goodies? erkk.. entah!


papan tanda. 


sesi2 beratur untuk ambil makanan..buffet yang sedap..


sebelah kiri wak aku, sebelah kanan nenek sedara.. soo old okeh mereka ni..


cubaan untuk posing.. tak berapa menjadi.. hahahhaha


mak aku yang bertudung ungu tu.. kiut tak? hahaha


pandangan dari dalam bot. ombak kuat sebab banyak kapal korek pasir.. teroleng2 ok boat. serammmm~


kapal korek. pontoon. Singapure punya. tambak2 kasi besar tanah jajaham mereka...


last but not least! tembam tapi comel kan?? kan? kan? -.-'



kauuu! haaaa.. banak gila gambar aku upload.. hahahaha.. berejam la jugak nak tunggu upload ni... hikhiks.. excited la jugak. bukan apa lama sangat dah tak jumpa sedara mara dekat Singapore tuh. lama gila la. lebih dari lima tahun tak jumpa. last ramai jumpa masa nyaii aku meninggal masa tahun 2004. masa tu ramai la balik. yela, nyaii aku nyaii diorang jugak kan? ermmm...


sekarang ni semua dah besar panjang. cantik2 dan handsome2 anak sedara aku. aku pun tak kenal ni anak akak n abang mana. aku bantai je salam. mostly salam cium la tangan aku. dah kata anak sedara kan? hikhik. orang pun macam kecelik tengok aku dah besar temok panjang. hikhik. yang best tu bila wak aku tanya ni siapa, aku cakap la ni anak yah yang kecik.. iza! cakap dengan orang tua kena la kuat sikit.. diorang kurang dengar.. ohhhh... dh besar dah cantik sekarang...* hidung kembang kempis jap*



hahahha.. kelakar okeh. semua dok salam2 cium2 dengan mak aku. lepas tu bual2. sampai tengah hari kami pun nak balik. nak naik bot pukul 2 then balik kampung. macam tak puas gitu kan sekejap sangat jumpa. nak berbual pun tak dan la.. tak pe2 next time ada la masa nak berbual. 


tu ramai dah yang bertunang tu? insyaAllah tak lama lagi kahwin kan? haaaa... boleh la datang lagi.. =)



sekian dari saya melaporkan dari Tampenis Street untuk blog picisan saya. hikhik



bye!!



Friday, July 15, 2011

Good Night~







good night kawan2. saya nak tidur la esok saya mahu kerja semula. pukul 7 masuk jadi dalam pukul 5.30 dah kena bangun dan bersiap. 


esok kawan2 saya semua mesti nak sekolah, kerja, kan? lain la yang tengah cuti sem tu.. bangun siang hari. bangun je bukak peti sejuk, bukak tudung saji cari makanan kan? mak pun dah pergi pasar, kedai, rumah kak limah (sebab kak limah ke ada kat rumah) dan ke macam2 tempat. kau tak bangun jugak lagi kan?? hahhaha


biasalah tu.. keep it up! sebab kalau dah bersuami dan beristeri tak sesuai nak buat macam tu. jadi selagi anda single anak dara, anak bujang tu sila nikmatinya dengan kadar segera dan dengan tepat. jangan bazirkannya.. nikmat single tuh!


ok la, dah melalut lalut ni.. ok nak tidur. korang semua pun tidur tau! bye semua!!







Misteri Batu Bergerak















LOS ANGELES – Beberapa batu besar ditemui saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) telah bergerak di padang pasir Taman Negara Death Valley, lapor sebuah akhbar semalam.

Racetrack playa adalah tasik yang kering bermusim terletak dia bahagian utara ,Panamint Mountains di Death Valley National Park, California, U.S.A.  Playa berarti danau kering. Ketika periode hujan lebat, curahan air akan turun dari gunung terdekat masuk ke Playa dan membentuk sebuah danau dangkal yang berumur pendek. Saat cuaca berubah menjadi panas, kumpulan air dangkal tersebut menguap dan meninggalkan lapisan lumpur yang tipis dan lembut.

Ketika lumpur itu mengering, ia mulai mengerut dan memecah membentuk mosaik-mosaik yang indah. Dan di tempat inilah fenomena aneh tersebut terjadi.Tempat ni memang terkenal dengan misteri batu bergerak di permukaan tasik.Batu racetrack ni bergerak sekali dalam 2 atau 3 tahun.Kebanyakkan kesan batu bergerak ni tahan 3 hingga 4 tahun.permukaan tasik akan menjadi kering dan merekah pada musim kemarau.Menjadi lumpur ketika musim ujan dan basah.batu-batu dolomite yang terpecah dari tebing bergerak dengan sendirinya berjalan melintasi permukaan danau yang kering. Batu-batu itu meninggalkan jejak yang terlihat dengan jelas diatas permukaan tanah, satu-satunya bukti yang menunjukkan bahwa mereka benar-benar bergerak.

Fenomena ini sebenarnya telah diketahui lebih dari seratus tahun yang lalu oleh para penjelajah dan penambang emas. Namun penelitian yang lebih serius baru dilakukan pada tahun 1948. Sampai hari ini, fenomena ini masih belum dapat dijelaskan dengan memuaskan.


















ppsssttt :: uniknya! >.<






Thursday, July 14, 2011

Dirantai jiwa dan perasaan!




hari ni seharian duduk di public area. seronok tak seronok. macam kena rantai. rasa macam ehhhh.. time tu la kau nak lalu kan?


aku konon2 suka la bila nak dapat ke public area ni. sebab rasa seronok tengok guest dekat lobby dan dapat berbual2 dengan orang dekat lobby. kawan2 lama masa front office. dapat la bertegur sapa dan bertanya khabar. sebab saya suka duduk front office.


sekali bila dah masuk public area baru aku tahu macam mana kesengalannya.. hadoi ekauuu.. bos saya tu macam sengal awak tahu tak?? sengal tu apa? macam ni, bila kita kemain buat kerja kesat macam2, lap, sapu, mop segala bagai dia tak ada pulak lalu lalang, bila kita dah penat mengelap, berkemas, mengemop dan mengelap, kita dok berenti jap dan berbual dengan orang2 sekeliling dan mula nak bertegur sapa tme tu la dia nak lalu. lepas tu cekak2 pinggang marah konon tengok kita berbual tak buat kerja..


benci oke macam tu, macam kena rantai. macam HAMBA abdi kena ikut arahan tuannya. macam sengal je. time tu la siap nak sound2 cakap kita ni berbual la tak ada dekat lobby la. tak mengelap la tak mengemop la ape la.. tensen aku okey! kau tak tahu aku buat kerja je dari tadi? sampaikan tempat yang sama aku kesat 4 kali? dust mop lapan kali satu hari? sebab tak ada benda sangat nak buat semua dah lap, mop, sapu sampaikan tak ada habuk pun aku dok pakai dust mop tu jalankan aje??


nampak aku mula bukak mulut tanya apa2 sikit dekat orang front office mula la cakap aku ni asyik berbual je. aku rasa nak je bawak je boss aku tu pergi mengelap..biar dia tahu apa yang aku lap tu lebih dari mak2 tu buat.. 


bila aku cakap dekat mak2 tu mak2 tu pun cakap menda yang sama. kalau kita berenti kejap je masuk toilet nak ambik penyapu ke mop ke dust mop atau nak tengok keadaan toilet mula la dia meraound cakap kita tak ada kat lobby. bising2 sebab lobby tak ada orang jaga. hello, kau tak nampak muka maid time tu mula la mengelupur ye? meh sini, kau pulak yang mengelap, mengemop dan dusting. ntah2 sendiri tak reti..


aku cukup benggang dengan cara bos tu. dia tu kena ada orang tegur tu baru berubah. saket jiwa ok tengok cara dia. sampaikan semua staff cakap bilalah dia nak berenti atau tukar kerja kan bagus. hahahaha.. ok ni doa bukan aku je, ramai ok. bukanlah keji sangat tapi tak tahan. nak lawan dah boss tapi kalau kau bos kena la ubah perangai. cakap je pandai siap sindir2 lagi bila bercakap..sendiri punya management tengok macam mana?? terurus sangat ke??


sampaikan masa makan ada orang tanya aku, budak serving cafe tanya aku ni kerja ke? aku jawap la tranning. then dia kata " tranning cuma kerja menyapu je?" aku rasa dia nak cakap macam ni, sepatutnya tranning kena la belajar cara menguruskan bukan buat kerja kuli 24 hours. ni aku lap, mop, sapu, dusting, cuci toilet. semua kerja orang bawahan. aku tak tahu kerja lain. which means kerja pengurusan, jadi buat apa aku belajar kos PENGURUSAN PERHOTELAN kalau aku hanya belajar cuci toilet dan sapu sampah? cuba korang pikir?


aku tak pernah hina kerja orang bawahan ni. ni semua kerja halal. tapi aku wonder kanapa tak letak kami di bahagian pengurusan. aku pun tak paham. konon p & c sangat lah. macam la hotel lain tak ada p & c. kelakar ok alasan tu. macam tak masuk akal. aku budak praktikal ni pun mampu pikir benda tu alasan lapuk, inikan pulak kau..orang berjawatan. 


sampaikan budak serving tu tanya berapa lama belajar, bidang apa belajar. diploma ke degree. aku cakap la degree, diorang kata ni budak2 pandai ni. belajar sampai degree. tapi kalau setakat letak kerja2 maid 24hours menjadik ke pandai tu? for sure la nanti kau keluar dengan berbekalan degree kau dapat kerja maid terhandal la? degree of hotel managemant (menyental toilet bowl) macam tu tulis dekat sijil degree kau?? ada??


aku nak bebel2 pun kalau dah pengurusan hotel tak bagi nak buat macam mana? pikirla sendiri, kau pun  dulu  diploma dan degree hotel dari UiTM jugak. aku yakin mereka semua tahu bidang apa yang dipelajari. kalau diploma je kau dah boleh jadi assitant sales, inikan pulak kalau kau ada degree.. mungkin ketua department ??? tapi sikit oun kau tak di dedahkan dengan pengurusan syarikat, bila aku request nak jabatan lain mengelupur kat ketar lutut takut benda ni jadi issue.. aku jugak kena blame balik. tak pe, mungkin sekarang aku praktikal. satu hari nanti kalau aku dah ada degree dan master nanti, aku mohon kerja hotel ni por sure masa tu kau semua macam "eh, ni budak praktikal sini dulu sekarang jadi manager la...." baru ternganga mulut kau kan?? 


aku bukan nak riak tapi nak bukak mata orang yang merendahkan aku dulu. memang dulu aku kecik, tak ada kuasa. tapi bila kuasa tu aku dah dapat kau sendiri kena tahu apa yang patut berlaku. aku pasti orang2 atasan tak seperti orang2 bawahan yang tunjuk lagak. biasanya orang atasan sporting, siap makan sama2 pekerja bila sesekali datang jenguk2 cafe. 


ni baru setakat manager biasa, tengok lauk ikan sambal hijau  je kau cebik bibir, paling muka. start keta makan lat luar. paling common pun kau panjat tingkat 2 pergi Restoran Selasih kan? tahu sangat dah..


panjang gila pulak kan luahan isi hati aku yang sedang mengkal dengkal dengan hati yang saket ni.. aku memang degil orangnya, aku request tuk dapatkan cuti hari ahad, aku dengan beraninya mintak jabatan lain dekat hotel ni. aku bukan nak buat masalah tapi aku nampak pengurusan hotel ni yang ada masalah. bukan aku. kalau aku student je dah perasan ada perkara yang tak kena inikan pulak pekerja? cuma diorang tutup mata, sebab nak duit tampung keluarga dan diri sendiri. kerja tak boleh memilih sekarang...


aku bakal graduan yang memilih pekerjaan? YA! memang.. aku berusaha untuk belajar tinggi2 untuk dapatkan ijazah, berhabisan beribu-ribu ringgit untuk belajar, takkan aku nak dapatkan kerja yang tak setimpal dengan ijazah aku? aku belajar pandai2 untuk tidak hidup susah, tak nak hidup susah dan aku belajar untuk masa depan yang senang. bukan still jugak bermati-matian kemas bilik sampai saket semua anggota badan.


aku nasihatkan nanti kalau kau jadi pekerja dan jadi orang atasan, ketahuilah perasaan budak2 praktikal macam aku. mameng nampak aku kecik, nampak tak ada nilai, tapi semua orang ada perasaan ok. ada cita-cita, ada matlamat. jangan jadikan mereka hanya "menenuhi tenaga kerja yang kurang".


thanks sudi baca entry panjang berjela ni. dengan ni je hati aku lega sikit. harap korang paham la. aku bukan nak marah cuma kana la paham apa yang orang buat tu mesti bersebab. kalau tak ada sebab buat apa kita buat kan??





salam.