Happy Cat Kaoani -->

Sunday, September 13, 2015

Yasin, Marhaban dan Open House Raya 2015







Assalamualaikum...



lama sungguh la tak menulis dekat sini. rasa sungguh rinduuuuuu. hahaha. jangankan kata nak menulis. nak buat apa2 pun malas. hai lah manusia seperti aku inginkan kerehatan memanjang je. hape punya perangai dah. hahaha



selamat bertemu lagi kita dalam blog yang senggung dan sunyi ini. umpama lebuh raya Karak diwaktu malam. kahkah. padahal aku tak pernah pergi sana pun tau. nampak benor menipunya. hahah. lantakkan situ. 



segala hormatnya nak bagitahu bahawa wifi celcom rumah aku dah elok jadi aku akan giat semula menulis blog yang super bosan ini bagi membosankan lagi kamu kalian yang terus mahu membosankan diri.



demi memenuhi kendak diri yang kadangkala rasa tak terkawal, aku nak ceritakan beberapa benda yang sepatutnya dah diceritakan haritu lagi. tapi akibat aku ni pemalas kemain maka baru sekarang aku post.



haha. pedulikan. kita dengan dunia kita sendiri. nampak sangat aku ni manusia lonely. kahkah!




ok, masa raya haritu rumah kita ada buat kenduri yasin, marhaban dan sekali la open house untuk sedara mara dan kawan2. tapi kawan aku yang datangnya sorang je. semua bz kerja sebab masa tu hari jumaat 14/8. so ramailah tak dapat datang. 



yang ramai adik beradik dan sedara mara abah je. kalau tak memang tak ada sape pun. iols kan bukan manusia terkenal. haha.




Ini doorgift yang akan diberikan kepada ahli marhaban or yasin. kalau bagi tupperware mesti ada isi dalamnya. kalau tak ada tu rasanya macam pelik semacam je. dah macam tu gayanya. 


ini untuk anak2 wanita yang yasin or marhaban tu. semua peringkat umur kena kasi dengan sama rata ye. haha





Ini pun sama. jajan yang bakal diletakkan dalam beg. 



basically kami sediakan 3 jenis doorgift untuk tetamu.
1- wanita yasin n marhaban
2- anak2 wanita yasin n marhaban dan sedara mara yang masih sekolah rendah
3- untuk sedara mara dan anak2 remaja



bukan apa sebabnya senang. kalau mak bagi tupperware, anak dapat jajan dan duit raya.
yang remaja dapat jajan2 dewasa sikit. gitewww..
perancangan ni berubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian tempat, plastik dan jajan. hahahah..



gambar makanan masa tu tak sempat snap sebab keadaan bizi sangat.
almaklumlah, aku la nak kemas ruang tamu, nak kemas beranda rumah, nak cuci beranda, nk mop, nak sapu, nak lap kerusi meja, nak itu ini.
makanya bila makanan sampai aku bizi nak transfer makan.
nak susun atur makanan.
nak buat air.
susah juga tau rupanya bila adik beradik sikit ni. penat gila semua kena buat sendiri.
kalau adik beradik ramai lelaki best jugak, banyak la benda aku boleh arah2 kan. tu kalau lelaki berguna la sebenarnya. haha



hari tu makan nasi hujan panas, lauk daging kurma, ayam masak merah, dengan pajeri nanas. itu aku pilih. mak aku ikot je pilihan anak kesayangan dia nih. kihkih
kuih ada karipap kentang, seri muka, kuih badak, kuih tepung bungkus dengan kuih puteri ayu. tapi akak sedara aku ni bawak apam warna warni, denagn karipap sayur.
ada bubur pulut hitam jugak sebagai pemanis mulut.



air ada dua jenis.
ada rojak keling, roti jala, mee sup, soto nasi, dengan mee kari. haaaa..
banyak tak sampingannya?
sebenarnya mak aku takut tak cukup jadi buat banyak. sebab tak tahu tahap ramainya orang nak datang tu kan.
jadi spare makanan banyak.
nasi hujan panas dengan lauk2 tu catering masak. catering yg terkenal. masakkan mmg menjilat jari. harga pun menjilat la. standard.
kuih 5 jenis dengan bubur pun order.
mak masak mee kari, sup makan dengan mee dan soto.
roti jala pun ada, rojak pun ada. dua2 order.




tapi la pada aku, order je. tak penat masak.
kalau masak sendiri mau bengkok weh.
penat gila.
mana taknya.
mak aku nk masak, aku tolong.
kitaorang berdua je buat macam2 kerja. kau rasa?
haha



masa hari tu aku sibuk buat air, topup lauk. tu je la kerja aku.
aku tak toleh kanan kiri buat air, topup air kuar masuk rumah. sampaikan makcik aku tegur bizi sangat la aku ni. haha




sesungguhnya memang aku bizi.
siapa lagi yang boleh aku harapkan kan?








ni wanita2 kampung. bacaan yasin akan dimulakan sebentar lagi. haha.
nampak air satu jug dah sedia tengah rumah?
mulanya nak letak banyak tapi juga dah tak jumpa, jumpa satu je. jadilah kan. haha







nilah ruang tamu rumah aku. nampak besar sebab ruang tamu sekali dengan ruang makan.
bila tolak segala sofa ketepi memang nampak  luas.
tapi aku tak suka gini. terlapang je tak ada pemisah.
semua dekat situ. orang datang situ, nak tengok tv situ, nak makan situ.
tapi ni rumah yang disediakan jadi redho je la.
kalau ikot aku memang aku reject pelan rumah macam ni.
cukup tak berkenan aku gayanya. hahaha








ni masa marhaban. semua kena berdiri. tinggalkan beg tanganmu dibawah.
hahaha.
seenarnya masa ni masih raya. tapi mak nak buat yasin sekali. kalau raya buat marhaban je. marhaban sekejap je. kalau yasin tu lama sampai hampir 2jam kan.
jadi mak ambik yasin dan marhaban luar waktu marhaban.
jadi jumaat tu rumah mak je. lepas solat jumaat.



lepas wanita balik masa untuk sedara mara datang makan.
ada gambar dalam telepon mak, tapi aku malas transfer dan edit.
jadi biarkan tak ada. haha.
dasar pemalas kau blogger picisan. kahkah!



owh, lupa.
doorgift tupperware tu ada bagi sekali dengan sebungkus nasi hujan panas juga.
jadi ada dua plastik. gitew.



makanan  malam tu banyak lagi, bagi sedara mara lagi, hantar semua.
jadi lepas tu berebut la aku dengan mak and akak cuci tray lauk. sebab katanya catering nak guna untuk majlis esok.
lepas basuh elok keringkan bawah kipas alas surat khabar.
adoi, penatnya tak boleh diungkap.
malam tu aku mandi pastu pengsan.



esoknya sambung makan lagi makanan semalam.
macam tu la kalau banyak makanan, aku asik la makan.
sabarlah wahai bakal suami.
*tetiba* kahkah



ok la.
babai.