Happy Cat Kaoani -->

Sunday, January 22, 2017

Nasi Arab ke Nasi Mandy?





Assalamualaikum


aku sangat fail benda2 berkenaan nasi arab or nasi mandy ni. 
apa bezanya tah aku malas nak ambik tahu.
aku nampak je aku anggap je dua benda ni.
dasar pemalas nak ambik tahu.
entah apa beza dua ni ni pun tak tahulah.
mana2 yang tahu tu sila la bezakan sendiri aku memang tak tahu.


aku tak tahu beza rasanya.
beza lauknya.
beza presentationnya.
beza baunya.
beza sos atau sambalnya.
apa2 je semua aku tak tahu.


aku harap masa pergi umrah 2015 dulu aku dapat merasa nasi arab ditanah suci Mekah or Madinah.
tapi tak sempat. tak sempat merasa sebab umrah 1st time kalut2 sebab semua benda tak tahu.
tahunya masa tu ulang alik hotel masjid je. 
mujur kedai aiskrim ade bawah hotel. kalau tak memang tak rasalah.


semalam aku makan nasi arab ni sebab ada kawan aku cakap kedai kat area aku ni sedap.
so aku cubalah merasa kesedapannya tu.





nasi apa tak tau ler.
RM13 sekali air. air tu teh ais o lemon. sedap tapi banyak sangat gula. manissss.
ayam sangat2 lembut. tapi tak pecah. sangat impress. hehe.
nasi sedap. lembut dan beras bagus. cuma banyak rempah2 ketumbar, jintan, lada hitam kasar yang tak berapa best kalau asik tergigit. haha


sedap rasanya tapi sambal tu tak pedas langsung buatkan muak je.
kalau pedas sikit sedap la. sebab ayam pun super lembut jadi macam tak ada halangan nak makan semua lembut sangat. jadi muak.
ngade tau aku ni. ayam lembut sangat muak. sambal masam je rasa tomato tak best.
heyyyy.. tekak melayu jawa asik la makan asam pedas, kicap, ungkep dan kurma.
sampai tak lalu nak makan makanan arab timur tengah ni.


yang semngat sangat nak makan nasi arab ni akak aku la. dia teringin sangat dari masa pergi umrah lagi.
dia ingat dapat la makan nasi arab kat Mekah ke Madinah ke. sekali sampai Mekah still makan nasi putih lauk ayam goreng kunyit, tempe dan tauhu goreng, dan sotong masak itam. hahaha
redho je la kak dah hotel sediakan makanan tu tapi sebab tekak boleh terima rasa sedap je la. makan pulak dengan keropok mony. haaaa..sedappp je kunyah.
stail indonesian. sebab tukang masak mungkin orang sana. gaya indonesia sangat. tapi sedap je.


aku tak miss makan. even sorang2 makan kat dewan makan tu sebab aku sejenis selamba je.
tak kesah kalau sorang2 kesana kemari.
orang pergi umrah aku cari kedai laundry nak basuh kain ihram abah yang dah kotor tu.
jalan sorang2 ikut sticker yang ade tulis laundry. padahal tak pernah tahu pun.
jauh jugak ke laundy tu adalah dalam 300 meter dari hotel. lepas jumpa laundy tu balik hotel semula ambik kain ihram hantar semula dengan senang hati.
kalau akak aku mesti dah takut nak jalan sorang2 tu tapi aku tak. kalau aku tak cari macam mana nak cuci kain ihram.
cuaca tak panas dan tak ada kawasan nak jemur pun.


nasi yang aku makan ni ada ketumbar, jintan, lada hitam, buah pelaga dan lada kering.
sedap tu sedap.
tapi aku ni jenis tak minat sangat makanan berempah ratus ni. 
sedangakan nasi minyak dan nasi beryani kenduri kawen pun aku tak rela nak makan banyak inikan nasi arab.
aku makan separuh je. ke suku je. lebihnya bawak balik. mak aku pun tak habis ayamnya. separuh bawak balik.
sebenarnya aku muak. ayam dia sangat lembut dan basah. pastu sambal tak pedas. semua rasa gitu je tak pedas. i is cannot tak pedas ni. huaaa.ahhahaha!


akak aku sibuk nak ajak makan nasi arab kat Wadihana JB dengan kat Hadramwat. 
adui, aku ni sangatttttt tak minat maknan berempah macam ni.
aku rela makan sandwich inti telur dan butter dari makan nasi arab. 


aku ni sejenis pelik ke apa? 
entah la.
nasi minyak tak suka. beryani pun tak suka.
tak minat bear, coklat dan bunga.
sampai kawan aku pun cakap aku ni sejenis perempuan pelik.
tah apa yang aku suka pun tak tahulah.
hahahha..


bukanlah tak makan atau tak suka terus semua tu tapi tak boleh banyak makan coklat. cannot.
sedap tu sedap.
dulu tak suka bunga. sekarang suka bunga.
bunga lawa tapi tah la.


kalau korang suka aku tak kesah tapi aku tak minat tapi aku tak complain. 
aku ikot je kalau orang suka makan. aku makan jugak. tapi sikit je la aku makan.
tu belum pergi makan kat Saba' yang dikatakan sedap tu.
aku kalau dapat makan kat sana aku pergi je tapi tak tahu la berapa banyak boleh makan.
kalau kebab agaknya ok la kot aku boleh makan sebab suka roti2 ni. hahaha


siapa nak belanja makan kat Saba'?
meh2. aku minum or makan kebab je. portion kecil2 je tau. haha.


babai!





Saturday, January 21, 2017

Wanita Tak Perlukan Simpanan?






Assalamualaikum






semalam2 aku nampak gambar ni kat fb.
tak ingat siapa yang share tapi aku baca je aku terus save dalam hp sebab pada aku menarik sangat isu ni.
aku tak rasa aku setuju dan aku tak rasa aku sangat tak setuju.
jadi kalau skala 1 hingga 5 aku dalam keadaan tengah2 la skala 3 macam tu ada kalanya skala 4 ada kalanya skala 2.
nampak macam lalang kan. hahaha


secara dasarnya aku bersetuju dengan Azizul Azli Ahmad ni.
dasarnya semua orang perlukan wang dan perkara asas dalam kehidupan ni.
tak kira perempuan atau lelaki.
pada dasarnya perempuan ni hanya untuk surirumah dan tak perlu bekerja tapi zaman sekarang yang semua perlukan wang ni sangat la banyak kena bayar dan fikir jadi perempuan tak bekerja dan menunggu sahaja.


betul juga apa yang quote ni cakap.
sampai bila?
hati lelaki bukan kita boleh jangka sampai bila dia akan memuja kita jadi suri hatinya, kalau la satu hari nanti lelaki berubah hati dan meninggalkan kita sendirian apa yang akan kita buat sendirian itu sedangkan selama ni kita bergantung pada lelaki?
kita akan rasa down sangat2 dengan pendapatan tak ada, dengan harta tak ada, dengan segalanya selama ni kita bergantung pada lelaki.
mintak dijauhkan la saatnya bila suami meninggalkan kita tu.
tapi sebagai persediaan kita harus ada pendapatan atau harta sendiri.


sekarang hidup sangat rumit.
sangat rasa terbeban dengan segala macam bayaran dan semua perlukan duit.
banyak platform wanita nak membina diri dengan berniaga, bekerja dan sebagainya untuk menambah pendapatan.


Allah nak uji manusia semua dengan kemampuan manusia itu.
tapi kita manusia kena berusaha untuk memperbaiki kehidupan masing2.
kalau terus rasa selesa dengan kehidupan sekarang bila kita jatuh nanti dengan apa kita nak berdiri/?


dulu kalau berfikiran macam ni ok lagi tapi sekarang ni dah tak.
aku sendiri personally tak rasa benda ni bagus.
sebab tu ramai peniaga online ni perempuan sebab lebih banyak masa dekat rumah dan banyak masa dengan keluarga.
boleh manage sendiri perniagaan dengan masa sendiri berbanding waktu kerja yang terikat.


memang Allah dah tetapkan rezeki seseorang itu tapi sesungguhnya kita kena sentiasa berusaha dengan lebih gigih untuk capai semua tu.
ramai dah wanita bekerja untuk diri dan keluarga malah menanggung keluarga dengan tulang 4 kerat mereka.
hanya Allah yang bakal membalas segala penat lelah mereka bekerja untuk keluarga itu.


jangan kata suami akan sayang kita sampai bila2.
kita tak tau bila saat suami mula berubah hati dan meninggalkan kita sebab hati manusia berubah2 dan hanya Allah merubahnya.
even masa kita bersama suami kita pun, kita akan mahu ada duit sendiri dan merasa barang yang kita idamkan.
mana yang suami mampu tak apa boleh belikan. kalau yang tak mampu?
haruslah kita  usaha sendiri.


jangan pernah rasa perempuan tak perlu kerja.
nak kahwin pun pihak perempuan tak boleh tangan kosong je.
mesti berduit.
mesti ada simpanan untuk majlis belah perempuan.
sebab kita ni manusia biasa, bukan jenis kaya raya nak apa semua ada je.


dan sebab belum berduitlah aku masih belum kahwin.
hahaha.
oklah.
babai.






Sunday, January 15, 2017

Di sengat tebuan





Assalamualaikum



hari khamis lepas tengahari aku semangat baja pokok sambil potong mana dahan yang dah merimbun tu.
sekali la cabut2 rumput mana yang tak tumbuh meliar tu.
dah lama sangat rasanya aku tak merumput pokok dalam pasu.
lepas dah hampir 3 suku pokok berpasu aku baja dan pangkas sampai kat satu pokok misai kucing ni.
aku ni relax je la tak perasan apa2 dekat pokok tu
selamba je potong dahan dia dah merimbun bagai
sekali satu SENGATAN hingat kat tapak tangan aku
FUHHHHH.. sakit pedih woi!






terlepas cutter dari tangan aku.
terketis-ketis aku sekejap macam orang kena lada.
aku tengok2 tak nampak pulak benda2 terbang yang tak sepatutnya tu
aku rasa aku kena sengat lebah.


dulu bulan2 lepas aku dah kena dah. kira ni dah kali ke 3 dah aku kena sengat.
sekali kat pokok puding, sekali kat pokok pisang berangan kecik, ni dah ketiga.
aku ni tak jangka pun dia akan berumah kat situ.
sebab selalu lebah ni bersarang kat daun pokok yang besar macam pokok puding dan daun pokok pisang.
ni daun pokok kecik je jadi aku tak sangka la.


lepas kena sengat tengahari tu aku habiskan baja pokok dan jirus semua.
lepas tu terus aku masuk rumah mandi. makan semua.
sakit sikit biasalah. dah 2 kali kena sengat jadi aku boleh je tahan sakitnya.
aku relax je la. bengkak pedih sikit je. boleh lagi buat kerja rumah.
petang tu aku mop beranda sikit ok je boleh pegang batang mop.


malam tu aku relax lagi, masa nak tidur tu makin sakit.
dah tengah malam aku rasa berdenyut2 tangan kanan ni. rasa sakit menyucuk.
aku buat tak tau je nak tidur kononnya tapi tak boleh.
sakit sangat sampai pukul 2 pagi aku still tak le tidur lagi gelisah sakit tangan tu.
aku bangun telan panadol activefast 2 biji baru aku boleh lelap sampai pagi.


esoknya aku bangun aku cakap kat mak aku tangan aku sakit gila malam tadi sampai kena makan panadol activefast 2 biji baru aku boleh tidur.
mak aku tengok tangan kanan aku makin bengkak dan merah. rasa pun panas.
mak aku kata marilah ke klinik.
tapi sebab tangan kanan aku tak boleh cengkam pun makanya yang bawak kereta kakak aku la.


mendapat la 4 jenis ubat kat klinik tu. doktor tu cuma rasa tangan aku panas je.
pastu dia kata sepatutnya dalam tempoh 24jam awak kena ambil injection. takut lebah atau tebuan tu ada asid yang bahaya.
aku pun tak tahulah kan. 
doktor bagi ubat 4 jenis. ubat antibiotik, tahan sakit, bengkak dengan gatal.
dapat je ubat aku terus makan antibiotik tu. bagi cepat surut.
erhhhh tak pulak.. makin bengkak.
kakak aku terus lajak pergi ke Kota Tinggi. sakit pulak hati aku. tangan aku ni menyucuk2 rasanya nak balik baring je. dia sibuk nak ke kota beli itulah inilah. 
nak mengamuk aku rasa.







ini dua gambar sebelum pergi klinik pagi tu. bengkak merah. kena sengat kat tapak tangan bawah ibu jari.
gambar pun gegar dalam kereta punya pasal.
bukan kata nak genggam, nak pakai pin tudung dengan ikat rambut pun tak boleh sakit sangat.
tapi aku buat jugak. jenis tak merengek masa sakit.
dah biasa sakit.
aku kalau sakit tak sabar nak pergi klinik sebab nak ubat cepat. nak makan ubat cepat. biar cepat baik.
bagus kan aku. hahahaha


aku ingat mereka ni sejenis lebah kecik yang buat sarang kat pokok bunga je.
sekali bila aku google haaaa kauuu... sejenis tebuan.
nama saintifiknya Oriantal Hornet. yang sengat aku ni jenis kecik.






patutlah rasa sakit sangat sampai kena pergi klinik.
akalau tak aku relax je sapu minyak kapak dekat tapak tangan je.
mak aku pun bukan jenis manja sangat sesikit nak pergi klinik tapi ni mak aku ajak pegi klinik sebab bengkak sangat.


lepas tu aku cari sarang dia.
tu yang dapat gambar terang jelas tu.
tapi gambar atas ni yang atas jari ni bukan la jari aku.
tak mungkin la kan. 


lepas ni aku nak bakar la sarang kat pokok tu biar dia beralih tempat ke pokok lain yang jauh sikit.
kalau pokok tu dekat sangat dengan kereta abah aku.
kang orang lain pulak kena.
wuuuu..


gambar ubat tak ada sebab aku malas snap.
tak nak klise sangat kalau sakit ke tunjuk gambar ubat.
haha.


k la.
babai



Thursday, January 12, 2017

Masa raya haritu





Disebabkan aku dah lama sangat tak bercerita, jadi aku nak cerita zaman bila punya pun tak tahulah.
haritu masa masih raya kot aku dok mesej la kawan aku suruh datang beraya kat rumah
kawan aku ni cina.
biasanya dia akan datang beraya rumah tapi kali ni lambat sikit.
masa tu raya aidilfitri ke raya haji aku pun sebenarnya dah tak ingat.
lama sangat peram gambar sampai aku tak ingat.





dia ni kawan aku masa sekolah menengah lagi.
kawan dari tingkatan 1 hinga 5. kira kawan cina paling rapat la sebenarnya.
kalau yang lain rapat jugak tapi ni lagi rapat. dan lebih fasi berbahasa melayu walaupun pelat cina tu masih kuat. tapi masa form 5 kami pernah jugak compete pasal markah BM siapa lebih tinggi. 
jangan main2 tau, sebab budak2 cina kelas aku ni karangan BM power sampai boleh berlawan dengan orang melayu.


masa tingkatan 5, cikgu Bahasa Melayu kami selalu bagi markah tak sampai A1 paling tinggi A2 selalunya 78. 
walaupun sebenarnya karangan dan rumusan kami tu sesuai bagi markah A1 tapi cikgu tak nak majakan kami dengan markah tinggi2 nanti kami rasa 'selesa' sangat sampai malas berusaha lagi untuk ke tahap lebih tinggi.
jadi kami akan berlumbah siapa paling tinggi untuk BM.
aku mampu BM je la berlawan dengan diorang, kalau math, add math, fizik, kimia, dan biologi tak mampu aku. hahaha..


kawan aku ni sekampung dengan aku.
jadi aku memang rapat la dengan dia. dia pinjam pensel tekan2 aku. masa tu pensel pilot pink. 
pilot kira mewah la untuk remaja sekolah menengah macam aku masa tu.
nak pilih pensel pilot shaker warna apa pun dah cukup bagi masalah pada aku masa tu.
budak sekarang mungkin susah nak pilih eye shadow or lip matte warna apa nak pakai masa keluar dengan kawan2.


lepas dia datang rumah aku pergi rumah kawan aku sorang lagi ni. shakila namanya.
borang2 bual2 pastu gerak pergi KFC nak sambung borak.
tak diorang tak makan sangat pun. sibuk berbual pasal hal thesis dan Phd kawan aku ni.
kawan cina aku ni ambik master sekali phd dekat UTM so sekarang tengah on going buat thesis untuk phd dia.
dia cerita la susah payah dia nak buat thesis ni. pasal lecturer dia. pasal masalah bahan. pasal macam2 lagi.


happy sangat. sebab lama tak berjumpa. tu bila jumpa semangat berbual tu sangat menebal.
kalau boleh seharian tak nak berhenti bercakap. ahahaha





apa la aku ni asyik mention kawan cina kawan cina.
nama dia Tan Chi Wee. dan masa ni dia pakai baju melayu cikgu dia kasi masa dia tingkatan 6. 
dulu aku pun masuk tingkatan 6 sama sekolah dengan dia tapi aku 18 hari je sekolah dah tu dapat tawaran UiTM.
dia terus masuk tingkatan 6 tu sampai habis. tapi dia kelas fizik aku kelas biologi.


berbual2 lepas tu dia hantar kami balik semula.
kalau ikut hati tak mau balik lagi tapi dah petang.
lain kali harap dapat jumpa dan berbual lagi.





Wednesday, January 11, 2017

Terlalu berdikari juga susah?




Assalamualaikum..








Harini aku terbaca dekat fb yang ade sorang ni post pasal betapa independent perempuan sekarang sampai lelaki tak ambil berat pasal kehidupan wanita especially isteri. 
Aku jamin,  ramai wanita sekarang macam ni. Very tough women dan berdiri diatas kaki sendiri.
Malah jadi ketua di tempat kerja dan masyarakat. 
Sebab apa?  Sebab mereka kerja kuat dan berdikari. Sangat berdikari. 


Bila sangat berdikari lelaki jadi malas nak ambil tahu apa yang perempuan tu buat sebab dia tahu perempuan tu boleh buat sendiri. 
Jadi bahasa kasarnya lelaki terutamanya suami akan 'lepas tangan'
dan akhirnya akan jadi tidak bertanggungjawab
lelaki akan selesa dengan zon ini dan rasa dia bebas dari tanggungjawab dia yang maha besar tu
sampaikan ada lelaki terpiki yang
duit lelaki duit lelaki
duit perempuan duit lelaki juga
maksudnya dengan sewenang-wenangnya dia boleh gunakan duit perempuan macam duit dia juga tanpa persetujuan perempuan.
teruk sangat aih perangai jadi macam ni.
memang ramai dah jadi macam ni. sangat ramai.


sampai tahap perempuan tak boleh sabar
sampai tahap perempuan dah jadi bosan
sampai tahap perempuan nak lepaskan semua bebanan dunia ni


perempuan kan dia kuat walau nampak air mata sentiasa menitis
tapi ketahuilah yang wanita ni kalau dia sabar memang dia bertahan sampai ke titisan terakhir dia
jangan kata seluruh jiwa, nyawa pun sanggup dia pertaruhkan demi orang yang dia sayang
kadang bila dah habis sayang tu dia sanggup bersama lelaki demi anak2 dan untuk lindungi hati2 lain sedangkan hati dia sendiri pedih.


jujurnya aku pun macam ni.
aku boleh berdikari sendiri tanpa bantuan lelaki.
memandu sendiri kemana aku suka.
aku boleh jalan sendiri tanpa ada orang teman.
aku boleh makan sendiri dekat mana2 aku suka tanpa ada orang teman.
aku boleh buat tanpa lelaki.
tapi dewasa kini aku pikir aku kena bergantung sedikit pada lelaki kalau tak lelaki ingat aku ni sangat berdikari dan sangat tak perlukan lelaki.


masa belajar diploma aku sakit aku pergi klinik sendiri jalan kaki.
jarak antara kolej kediaman dan klinik tak jauh sangat tapi still dah namanya sakit demam kan.
waktu tu waktu kelas jadi tak ada siapa yang boleh teman aku. aku jalan sorang2 je. kuat2kan diri.
masa tu deman dan ruam dekat lengan dan perut. tak tahu kenapa.
tapi tengah ada wabak chikugunya dan simptom2nya adalah demam dan ruam.
jadi aku risau.
tengahari ada test speaking BEL. jadi pagi aku kena cepat pergi klinik. dapatkan ubat dan tengahari aku kene cepat pergi test speaking BEL tu.
pagi kelas CITU tapi aku tak pergi aku ambik surat untuk tak datang kelas tu aje kat doktor.
doktor klinik kesihatan UiTM Lendu masa tu Doktor Safura. baik orangnya gaya mak2 sangat. lemah lembut.


aku pergi print esemen ke, nak cari internet ke apa ke semua kena pergi kedai luar.
dulu mana ada internet dalam universiti.
nak apa2 internet kena keluar u dekat kedai CC depan tu dekat Taman Dimensi.
seberang jalan besar ade trafik light dengan kena langkah longkang besar yang penutupnya dah terbukak. air pulak deras mengalir kalau lepas hujan.
sesetengah budak takut nak melintas. biasalah longkang besar. kalau terjatuh tingginya lebih dari ketinggian kita ni.
tapi aku pendek memang tak nampak la. haha


siang malam pagi petang pergi cc dekat luar tu. sampai kenal abang kedai tu.
kadang tertinggal pendrive pegi semula patah balik ke cc semata2 nak ambik pendrive 2gb yag tertinggal tu. lepas tu pergi kelas semula. waaa..penatnya kehidupan dulu tapi sikit pun tak merungut sebab semua orang macam tu.


masa degree lagi la aku rasa aku sangat berdikari.
sakit perut cirit birit pergi klinik balik dari kelas kat Puncak Alam lepas tu balik sendiri jalan kaki.
jauh jugak la klinik UiTM Shah Alam dengan blok PKNS belakang Jakel tu kalau sakit.
tapi gigih jugak jalan kaki sendiri sebab orang yang hantar tak sanggup nak ambik.
yela, aku bukan sesiapa masa tu. jadi lantak kau la situ jalan kaki balik sakit2.
balik tu aku dok tahan je jangan la sampai aku terberry tengah jalan.
sebab perut masih sakit2 lagi masa balik tu.


lepas tu aku memang tak peduli pun.
aku nak pergi print ke, photostate ke, nak pergi beli makanan ke, nak buat esemen ke aku jalan je sendiri or naik bas.
tak ada siapa kadang teman.
sampaikan buat esemen group pun aku balik sorang2 pukul 2 pagi ke rumah dari KFC seksyen 7 tu.
kalau pikir2 balik bahaya tapi apa pilihan yang aku ada.
ada group mate tapi macam tak ada. send bahagian masing2 tanpa berbincang dekat fb je. tu je la pun.
aku dah agak akan jadi macam tu jadi end up aku dengan sorang lagi groupmate lelaki je la yang habiskan esemen tu dan edit segala patut.
aku nak je bagitahu prof pasal groupmate aku tu tapi aku tak sampai hati nak musnahkan masa depan dia. incase dh banyak aku mintak tolong dia kan. jadi aku diamkan je.
mana tak sakit hati bila kita cakap nak pergi buat esemen dia boleh bersiap nak keluar dating tengok wayang bagai.
sabarkan je la hati.


tapi lepas tu ada lagi kawan aku tu buat hal.
lepas kejadian tu la aku tekad tak nak ada apa2 hubungan lagi dengan kawan aku tu.
aku tak rasa dia peduli dengan perasaan orang sebab kalau dia peduli dia takkan buat macam tu kan.


masa kau praktikal diploma, aku boleh makan sendiri tanpa ada orang teman dekat cafe.
walaupun aku tak kenal sesapa masa tu.
masa praktikal degree pun macam tu.
aku relax je pergi makan kat cafe sorang2 tanpa orang teman.
masa kerja kejap je dekat satu resort ni waktu makan bergilir jadi aku relax pergi makan sorang. tak kesah pun.
sedangkan ada orang pekerja ni nak makan mesti berteman. kadang rimas aku tengok nak menempel je dengan kakak2 senior. haha.
aku ni jenis sendiri tak pe jadi aku cepat rimas.


sampai sekarang pun aku pikir kalau aku kahwin nanti pun aku tetap akan berdikari sendiri.
tapi tulah kalau kita snagat berdikari nanti suami tak kesah pulak.


aku baca satu blog akak ni.
dia berdikari, gaji agak besar tapi still suami dia layan dia macam dia tak reti apa2.
tiap minggu minyak kereta penuh. naik hari isnin kad touch and go pun penuh.
kereta cukup masa service.
barang rumah dia beli. mana dia tak tahu je dia tanya macam pendapat or apa tapi mostly suami dia beli.
padahal isteri dia berpelajaran, pandai uruskan diri sendiri, pandai drive, tapi still suami dia yang uruskan semua benda.
dalam erti kata lain, suami dia ambik berat kat isteri dia sangat dalam keadaan isteri dia tak nampak.
memang jenis bukan lovey dove pun tapi dia tahu isteri dia pakai baju saiz apa, jenis macam mana, beli barang makeup dekat mana sampaikan pad isteri dia pun dia tau jenis apa jenama apa selalu pakai.
tak ke sangat caring tu walaupun pada mulanya kita tak perasan tapi bila ada satu masa tu kita akan perasan.
mana la nak dapat lagi suami macam ni.
waduhhh..berangan sangat nak itu ini nak yang bagus2 hebat2 . kihkih


perempuan ni kadang2 tak nak banyak.
nak perhatian yang tak perlu sangat tunjuk tapi sentiasa ada masa dia perlukan.
sentiasa ingat waktu dia mahukan.
tak perlu nak yang hensem sangat. yang sado ke apa.
dah tua2 ni aku cuma pikir nak yang bertanggungjawab, yang perihatin dan sentuasa sayangkan kita dan family kita. hehe.


pemikiran orang tua sangat kan aku.
lantakkan sana.
janji aku puas hati.




Sunday, January 8, 2017

Selamat Tahun Baru 2017






Assalamualaikum dan selamat tenghari semua..




lama sangat aku tak menulis ni. last post bulan 8 tahun lepas. sekarang dah bulan 1 tahun 2017. pemalas tahap apa pun tak tahulah. hahaaha


aku ni kalau kata malas tu ye jugak
nak kata tak malas pun tak tahulah 
bukan apa, malas nak ceritakan semua hal2 penting diri dalam blog
dah semakin tua ni semakin malas nak tayang hal kehidupan diri pada dunia
hahahaha
padahal bukan dunia ambik kisah pun apa kau buat
blog kau pun bukan ada orang baca
tapi yelah, manusia macam aku ni kan suka syok sendiri
makanya tak tertulis kat blog betapa rajinnya aku buat macam2 dalam 6 bulan kebelakangan ni
kahkahkah


banyak sangat perkara yang berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ni tapi biasalah aku si pemalas ni simpan je dalam lipatan memori
padahal kalau nak ditulis banyak sangat nak cerita


jadi lepas ni sila rajin2 kan la update semula
semoga hidup kau akan lebih terurus izza
orang ada anak 3 pun rajin lagi tulis blog
kau? bujang single pun pemalas..hahaha


tapi bila post kat blog or apa pun medium internet silakan kuat mental dan fizikal
mungkin nanti akan kena kecam or viral
kadang pada kita benda ni biasa
tapi tak pada benda lagi
sedangkan Nabi ramai yang tak suka inikan kita manusia biasa yang penuh dosa ini.
gitewwww.. bersyarah pulak aku tengah hari rembang ni.


syukur beberapa hari ni panas je kawasan kampung aku ni
hujan pun sekejap2 je tak lebat dan kuat
lepas tu tak ada naik air kat mana2
bukan kata bila duduk taman ni tak risau, lagi risau adalah sebab cepat je air naik bila hujan sebab longkang tak dapat menampung air2 yang ada.
kalau kat kampung dulu tak risau sangat sebab tak pernah air naik tinggi sebab parit banyak
besar2 pulak tu paritnya
ikan haruan pun banyak dalam parit tu
syok wooo mancing or serok ikan dalam parit
berkubang siap tau2 toleh tepi ade biawak berenang sebelah
hahahahaha..


tak terlambat lagi nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2017
bertambah umur bertambah iman hendaknya.
dipermudahkan segala impian dan urusan seharian dan mencapai apa yang dihajati.







gambar terbaru iols kot lah korang lupa rupa aku ni.hahaha
perasan sangat kan. tolonglahhhhh...
hahahaha..
tudung bunga2 INSTANT 2 MUKA BUBBLE PRINTED dari instagram dan fb THE BUTTERFLIESS.
boleh dapatkan corak2 lain dan design lain dekat sana dengan harga hanyaaaaa RM16 je tak termasuk pos.
bubble printed ni sangat amat senang.
tak perlu iron pun, nak2 kalau warna gelap macam ni. boleh je terus pakai.
lagi2 bila penyakit MALAS dan waktu travel kan. sumpah besttt.. hehehe



ok tu je nak cerita.
babai!