Happy Cat Kaoani -->

Monday, August 6, 2018

Baru Di bahas Dah Terjadi






Assalamualaikum..



haritu aku ada tulis pasal kerja on call mak ayah tak suka kan?
dalam situasi aku, family aku suka tengok aku kerja dekat dengan diorang
mudah kalau apa2 terjadi pada ahli keluarga jadi aku terus je boleh tolong
kalau aku jauh susah juga


sebab kat rumah aku seorang je yang paling sihat, yang paling clear dan tak banyak masalah.
aku jarang sakit.
aku jarang ada masalah kesihatan dan apa2.
aku paling clear tak nampak segala pekara mistik
bak kata aku kena ready kalau tetiba ada ahli keluarga aku di serang penyakit.


now, kakak aku memang sakit
tetiba bangun pagi pening pusing jatuh bagai
dan akulah kena bawak pergi hospital
pergi klinik lepas tu pergi hospital
pergi klinik semula
lepas tu balik rehat
the next day pergi klinik kerajaan
klinik kerajaan tak dapat pun jumpa dokter, jumpa HA je
padahal kita sakit ni bukan sikit, dah berhari2 lama.
tapi biasalah mereka akan buat kita ni macam tak ada apa
relax je.
kira macam tawakal je la apa jadi pun.


disebabkan aku sekolah, so aku tak boleh la tolong kakak aku hantar dia pergi klinik
klinik dalam taman ni dekat je boleh la
klinik jauh sikit tak boleh la dah kepala pening berpusing kan
kena tunggu aku balik sekolah la baru boleh bawak pergi klinik lagi nak check
memang pergi banyak klinik sebab nak minta banyak opinion dan suggestion
kalau boleh nak dari doktor yang berpengalaman


dulu masa 2015 mak sakit pergi klinik kat pekan ni doktor muda, bagi inject je hilangkan muntah.
doktor tu tak dapat detect mak sakit apa
disebabkan haritu klinik tu je bukak sebab hari sabtu sabar je la tunggu hari ahad klinik banyak bukak tempat aku.
esoknya pergi klinik lain yang doktornya lebih berpengalaman, dia suruh mak pergi JB untuk rawatan lanjut.
kat JB kita cari klinik yang doktor tua berpengalaman untuk tengok keadaan mak.
doktor tu perempuan dah berumur. dia tengok symptom je dia tahu sakit apa dan dia suruh mak refer ke hospital or klinik pakar yang dia suggest sebab masa tu lagi 2 minggu nak pergi umrah.


mak pilih klinik pakar je sebab kalau pergi hospital jadi lama tunggu turn
Alhamdulillah, klinik pakar yang mak pergi tu memang pakar sakit mak tu.
doktor terus buat rawatan, bagi ubat dan rehat.
masa nak pergi ke umrah tu mak dah ok cuma tak buat kerja lasak la.
masa hari nak naik flight ada pening sikit.
tapi boleh control lagi.
makan ubat apa semua boleh juga pergi umrah buat 3 kali umrah dan jalan kaki macam biasa.


kat sana mak sihat, tak pening2 dan boleh buat ibadat dengan sempurna.
masa terpisah aku dengan kakak dan mak sorang tu, mak boleh balik hotel sendiri sebab mak ingat jalan dan pandai jalan sendiri.
mak balik hotel dulu dari aku dengan kakak sebab aku dengan kakak nak minum air zam zam.
hotel pun tak jauh dalam 80m -100m dari Masjidil Haram.
mak ok kat sana. boleh tidur baring semua.
masa kat rumah tak boleh tidur baring sebab pening tu menangkap kepala.


jadi untuk kes kakak aku ni dari hari jumaat semua klinik dn hospital tak boleh pastikan apa jenis sakit.
sampai hari ni berlarut je sakitnya.
kalau kita pun tak selesa kan.
tak ada status betul sakit apa, macam atas pagar je semua.
semakin sakit otak.


nanti kalau dah ada keptusan akak aku sakit apa aku bagitahu ye
bukan apa kita ni nak bagitau kalau ada symptom sama macam tu mungkin boleh berhati2


sakit itu penghapus dosa
tapi kalau kita perlekehkan sakit orang tu satu dosa juga.





No comments: