Happy Cat Kaoani -->

Sunday, June 27, 2010

Kahwin di Seberang Selat Tebrau!

mengarut betul aku punya tajuk kan?
haha.. tak apalah janji ada tajuk.
tak tahu nak bubuh tajuk apa dah..
mengarut je lebih -_-"

hari sabtu dan ahad hari tu pergi singapura 
kisah sebenarnya abang sepupu saya berkahwin saat tu..
jadi dengan senang hati ke singapura la
selepas buat passport bagai..

sekarang senang buat passport
kat tempat aku cuma perlu pergi pejabat imigresen dekat Tanjung Pengelih then boleh buat.
tapi seminggu la baru boleh dapat sebab dia kumpul untuk seminggu baru bawak ke jb
tak senang la kan tak perlu nak beratur pukul 6.30 pagi dekat bangunan Wisma jb..itu gilossss ramai orang ye tiap2 hari kalau aku pergi kerja masa praktikal dulu..
bangunan Wisma dengan Jotic tu selang Menara Tabung Haji je..
tiap2 hari boleh nampak..

tapi nak pergi singapore memang berkira la kalau jenis keluarga macam aku yang ekonomi ketat memang mengarut la kalau nak buat singapore tu tempat pelancongan..
mane taknya $1 = RM 2.60
banyak tuh kan?
kalau tukar RM 200 dapatlah $80 something la..
mengarut betol!
sebab itulah orang singapore seronok datang malaysia sebab barang murah kan..
bila dia tukarkan ke duit malaysia dah dapat 2 kalai ganda..
barang beli dekat sini kualiti sama jugak, malah ada yang lenih baik kot..
jadi tak hairanlah kalau kita tengok kereta orang singapura sarat membeli belah dekat jb..
lalu tambak tak sampai setengah jam dah sampai malaysia
kalau tak jammed la..=)

nak pergi singapura senang je
samaada lalu darat atau pun lalu laut
lalu udara tak termasuk dalam senarai aku la kan..
kalau lalu darat ikot tambak tak pun 2nd link tapi kalau lalu laut naik bot dekat pengerang je
dalam 30 min ke 40 min korang akan sampai ke Changi Terminal dekat Singapura tuh..
dulu sebenarnya aku dah pergi tapi yelah, tu masa dulu mane aku ingat sangat..
sekarang ni memang terlebih ingat la kan..


ini bot dekat Changi Terminal ke Pengerang yep...
bot biasa jep..

aku ke sana sebab nak meramaikan kenduri kahwin abang sepupu aku nih
pergh! rupanya semua dah besar kan sekarang?
aku rasa maca baru je bulan lepas main teng-teng la, main perigi, main kutip bunga, main kutip buah jambu..
merepek2 main..
bila abang2 sepupu aku balik kampung ( diorang ni stay singapore memang dari dulu)
kami akan main macam2 dekat rumah tok
semua sepupu2 kumpul
dan bila nak main lasak2 sikit macam masuk semak ke apa
abang2 sepupu aku tak bagi aku masuk nanti baju gaun aku kotor.. dan mak akan marah
bukan sikit kotor tapi kalau dah kena getah pelan ke minyak enjin bot je tak ke naiya?
haha..
dan abang2 sepupu aku akan carikkan benda2 nak buat main tu macam bunga or ape2 ajelah
mereka sangat baik.. =)
dan sekarang beliau mahu kahwin!
owh!

sedar tak sedar dah 30 dah umur abang sepupu aku nih
wow.. dah nak menikah..wewewe


yang pakai baju putih tu la pengantinnya
orangnya hitam manis dan kurus
tapi dia sangat baik hati dan sangat sayangkan mak ayahnya
kalau korang tengok la dia layan mak ayah dia
fuhhhhh... kompem korang nak booked abang2 aku nih..
dengan lembut, dengan sopan, dengan baiknya melayan mak ayah dia
bukan takat mak ayah je dia layan baik, sedara mara pun dia sangat baik okeh.. =)


 gambar masa lepas nikah..
masa nikah henjut tangan tok aku ambik video jadi tak leh nak tepek kat sini
semua orang buat kelakar jadi tak ade la tegang sangat kan rasa
memang tak gugup pun
lancar dan jelas je..
syabas abang!


pasangannya kak diana agak chubby2
tapi cumel je
padan la dengan abang saya yang agak kurus tuh
hoih... selalu macam tu la kan?


hantaran dari pihak lelaki
ada 9 dulang..


ini hantaran balas pengantin perempuan
gambar semua pecah sebab ambik guna henpon je
lantaklah janji ada pic kan?


dari kiri mak ngah, nama panggilan lain nih..
kedua baju hijau mak saya
then saya yang gemokssss..
dan mak pengantin, mak lang saya
waktu ni kami nak turun ke bawah untuk dengar marhaban
hari ni hari besar
sat lagi tetamu datang tu yang turun tuh..




time ni nak pergi rumah perempuan
siap bunga manggar bagai ni
bukan main sengih bang aku nih
sebab tade sape ambik gambar kecuali aku
menyibok je ambik pic kan?
hahahha..



pic kakak saya keluar dari Changi Terminal sebab nak naik bot
sangat budget dia jalan
>.<

inilah cerita minggu lepas..
lama betul nak update kan?
ceh..
lembab nak upload pic la kak..huhu
silalah baca.. ^_^

No comments: