Happy Cat Kaoani -->

Monday, July 15, 2013

Sorang2 Housemates Balik. Sedih.







Assalamualaikum..



hari ni dah sehari lepas exam kami terakhir semalam. rasa seronok sebab boleh relax2. duduk2 tanpa berbuat apa. ngantok tidur. asal rasa ngantok sikit je tidur. bukan main pemalas lagi. semalam kami tidur sangat2 lena. letak kepala atas bantal pukul 12 tu terus tak sedar sampai pukul 4 suku. nasib baik sedar pukul 4 suku tu. kalau tak mahunya terlajak sahur serumah. 


aku gigihnya bangun pagi potong ayam yang besau2 tu supaya boleh masak. malas punya pasal aku goreng je. senang. makan la dengan kicap atau budu. suka hati korang la. nasik dah masak awal2 malam. macam tu la gayanya. tak ada sape nak bangun awal nak masak2 bagai. hangatkan aje boleh la. makan sahur je pun. 


hehehe.. dan akhirnya semalam lepas habis exam kawan2 aku dah mula balik. balik ke rumah masing2 dan tak tahu bila lagi akan dapat jumpa. insyaAllah konvo nanti jumpa la agaknya. kalau panjang umur. mula2 masa kawan2 kemas barang tu macam best la. tolong2 jugak kemas apa2 yang patut. tapi bila dah nak balik salam2 kawan2 mulalah rasa sedihnya bukan main. macam nak terkeluar air mata kita. hahahaa..


kami akhirnya sama2 duduk serumah selama 1 setangah tahun. lama la jugak. duduk dekat shah alam selama 2 tahun. jadi cukuplah kami study di sini selama 3 tahun. owhhhh.. uitm.


aku balik rabu ni. ermm.. sebenarnya rasa sedih jugak la meninggalkan uitm ni. banyakkkkk sangat perkara yang manis2 disini. uitm buat aku matang. uitm buat aku belajar banyak benda. sini tempat aku membesar. sini tempat aku menimba pengalaman. woooo.. sedih woo..


secara tak rasminya aku telah tamat belajar sebagai pelajar Degree in Hotel Management dan insyaAllah akan konvo pada bulan 12 tahun ini. aminn.. jangan ada perkara tak diingini berlaku. 


rasanya semua ni akan jadi benda yang sangat2 manis buat aku. aku sangat sukakan zaman belajar. sebab aku dapat belajar macam2. dari urus perasaan, urus diri, urus masa dan peribadi. semua... 












tak akan ada dah buku2 dan nota2 ni semua. semuanya akan disimpan rapi dalam lipatan memori dan disimpan kejap dalam kotak untuk pindah nanti. haaa.. tu balik rumah satu hal lagi nak simpan mana agaknya barang2 aku tu. dengan tak ada tempat nak letak bukan main susah lagi. tak tahulah. ruma tak besar pun. tu yang susah sikit tu. 


buku2 aku dari diploma sampai degree ni aku tak pernah jual kat orang. aku beli buku dari orang tapi aku takkan jual buku2 aku. aku sayang sangat. semua tu memori. kalau aku tengok buku tu aku akan ingat semua benda berkenaan dengan buku tu. macam lecturernya, masa belajarnya, memorinya.. semua.. aku suka dengan semua tu. buku2 lama aku. 


balik ni ada kerja lagi. aku kena la kemas balik barang2 dalam rumah tu. banyak dah benda yang aku kemas. bawah2 katil aku semua clear aku buang mana yang tak guna tu. mana yang boleh guna aku simpan. tapi banyaknya baju2 lama. masih elok tapi tak guna. means tak muat atau dah tak ada pesen dah. biasalah. perempuan. barangnya banyak. kalau tak banyak bukan perempuan. hahaha..


dengan ini esok mungkin kami akan meninggalkan puncak alam ini dan menamatkan pelajaran sebagai pelajar UiTM yang telah aku sandang selama 6 tahun ni. 


Allah.. rasa sekejap pulak benda ni berlalu. padahal dah lama dah 6 tahun tu. kalau budak kecik dah naik pra sekolah dah. walaupun banyak kali bebel2 kata lama sangat study la apa la. penat la saket la jauh la tapi slow2 ikut flow tetap jugak habis. Allah maha besar kan..


insyaAllah balik ni aku akan cari kerja. berkemungkinan besar kerja dekat JB. sebab dekat JB ada kakak aku. senang aku nak duduk rumah dia dan menyewa dengan dia. kalau panjang umur kita jumpa lagi ye kawan2. 


babai!




Saturday, July 13, 2013

Class HM2206B Iftar 2013






Assalamualaikum..



amboi, nampak tak tajuk dia bukan main grand lagi kan? hahaha.. aku nak cerita yang aku pergi berbuka puasa dengan kawan2 kelas aku haritu. tak de la lama sangat dalam puasa kedua je. ni baru puasa ke empat. baru dua hari lepas. still new la kan cerita tu. hahaa.. ni nak cerita kteorang nak sangat berbuka sama2. almaklum la dah nak abis belajar kan. kena la kumpul seberapa banyak kisah menarik dengan kawan2 semua. rugi tau kalau tak sama2 bina kenangan. nanti lepas abis belajar kau takkan dapat jumpa kawan2 yang best gila macam masa belajar dulu. sesungguhnya belajar sangat best.


haaaa.. jadi plan2 makan kat mana dapatlah idea nak makan steamboat sampai lebam dekat Island BBQ Steamboat dekat Kampung Melau Subang. pergi dengan kawan2 tak terasa jauh ke jem ke hape ke kan. kami konvoi ramai2 petang tu dalam 7 kereta. kenapa banyak sangat kereta? sebab semuanya kereta tak berapa penuh. dalam 2orang la, 3 orang dalam tu. memasing nak bawak kereta sendiri so tak apalah. lagi mudah kot. 


bila dah sampai tu tak sabar2 nak ambik makanan dan nak masak cepat2. karang dah azan tinggal makan je. senang kan. haaaa.. tu la berebut semua orang ambil makanan sebab nak memasak benda2 yang perlu di grill dan di masukkan dalam kuah tomyam kami. excited memasak nampaknya semua kawan2 aku masa tu. termasuklah aku jugak yang beria memasak. kahkahkah. almaklum la jarang nak jumpa griller macam ni dekat rumah kan. hahahaa.. 


ok. lepas azan makan sikit terus pergi solat. solat la dulu. karang kau dah menyandar bila lagi nak solat kan. penuh perut ni susah nak bergerak. lepas solat balun lagi. balun punya balun sampai menyandar semua baru la tangan diam dari menggrill. kahkah. tapi lepas tu lecturer ada bawak kek pulak. sental kek secret recipe yang enak lagi berkrim. lepas tu dapat lagi eskrim yang sedap kemain. amboiiii... nikmat dunia sangat!


nah ni aku bagi gambar aku kat korang. bagi korang jeles. kalau jeles sila la makan kat steamboat jugak. make sure tempah dulu kalau ramai2. kalau sikit pun tempat. sebab tempat ni sentiasa penuh. kalau nak walk-in memang susah nak dapat. 












nampak tak muka aku bukan main berkilat lagi? tu la lepas solat malas nak berbedak. terus sarung tudung duduk makan semula. lepas tu makan semua banyak dan macam2 minyak. dengan bibir lebam, dengan muka berkilat ni la. malas bukan main. hahaha.. yela, grill benda tu panas dan berminyak kan. so haruslah berminyak muka. hahaha



























ha kau.. ambik banyak gila gambar aku tepek. malas aku nak collage kan. biar dia situ dengan seketul gedabak gambarnya. biar. malas aku nak buat apa2. korang tengok la pepuas. hahaha.. macam bagus je tepek gambar besar2 dalam blog. eh, tak pe la. blog saya. kalau blog awak, awak tepek la gambar awak. hehehee..


penat dah aku membebel. ini adalah kenangan terakhir kami mungkin. lepas ni semua sibuk dengan kerja masing2 di negeri pilihan masing2. aku pun tak tahu lagi arah tuju kehidupan aku lepas ni. kena la hadapi sendiri tanpa kawan2 seramai 30orang ni. 


aku tahu kenangan kita banyakkkkkkk snagat. setiap ayat. setiap perlakuan semua aku ingat. yang baik dan yang buruk semua tersimpan rapi. tapi jangan bimbang, aku dah maafkan kesalahan korang pada aku dan aku jugak nak mintak maaf kepada semua kawan2 yang tersinggung, terasa hati atau tersakit hati dengan cara aku, dengan percakapan aku dan dengan perbuatan aku. aku manusia biasa. korang jugak kan? aku harap korang maafkan sempena bulan yang mulia ni. 


terima kasih kawan2 yang menolong aku saat aku susah. dan kawan2 seangkatan yang sangat paham karenah aku. sabar dengan perangai aku. terima kasih bagi tiru masa test, kuiz, dan exam. terima kasih bagi tunjuk ajar kalau aku tak paham. terima kasih tolong aku saat aku susah. terima kasih hantarkan aku kemana2. terima kasih jugak untuk segalanya.. yang aku terlupa ke. terima kasih sangat2. degree life buat aku lebih matang dan menghargai erti sebuah pengorbanan dan persahabatan. 


ewahhh.. macam nak raya pulak mintak maaf segala bagai. hahaha



ok2. apa2 hal kita kasi settle kosong-kosong ye semua. kalau aku ada hutang dengan korang SILA TUNTUT sebelum kita balik ni. sila ye. jangan segan silu. kalau ada hutang korang yang aku tak tuntut tu maknanya aku dah halalkan dunia akhirat. 



salam kasih sayang dari aku.




Nour Eyza.





Friday, July 12, 2013

Ramadhan ke-3





Assalamualaikumm...



salam ramadhan. dah ramadhan ke 3 baru nak update blog. hahaa.. nampak tak betapa bizinya aku. padahal aku ni balik rumah sebelum puasa so memang tak update la apa2 dalam blog ni. aku sebenarnya tak tahu nak cerita apa. sebab hidup aku ni tak ade la hebat sangat setiap benda nak cerita. aku rasa tak ada apa tapi kalau dah ni blog aku apa orang nak kesah aku nak upload apa kan. nak cerita apa2 pun suka hati aku la. 


semalam petang aku balik puncak. lepas tu baik je laju2 aku gosok baju untuk pergi bukak puasa dengan kawan2 dekat Island Steamboat Kampung Melayu Subang. ce la cuba tengok blog dia kat SINI. sesuai la jugak dengan harga, dengan tempat. ok jugak la. ade toilet yang elok, ade surau. nak kata selesa sangat memang tak la. tapi dah ada pun elok sangat la. bersih jugak. jadi kita tak rasa tak selesa. 


aku nasihatkan kalau makan dekat sini jangan datang berdua. apatah lagi sorang2. lagi la tak kena gaya kau melantak sorang2. sumpah tak best makan sorang dua. korang kena makan kat sini at least 3 orang ke atas. sebab semalam aku makan dengan 30 orang kawan2 sekelas dan 2 orang lecturer. bukan main lagi. makan ramai2 best weh... kau tahu kenapa? seronok weh makan ramai2 ni. nak2 tengok orang makan dengan penuh perasaan. rasa macam sedap je. hehehe


gambar? nanti aku upload eh sebab malas nak edit sekarang. hurhurhur... motip hurhur? hahahaa.. bang ang aku pepagi ni. dan2 pulak aku tak tidur sebab tengah tengok cerita Misiku Kuza. haaa.. best dowh cerita ni. kelakar, sedih semua ada.. walaupun dulu aku tak minat Erin Malik, tapi semakin hari aku tengok, semakin aku mengakui dia memang bagus melakonkan watak ni.


lama gila aku nak habiskan taip entry ni sebab aku sambil membasuh baju, sambil tengok cerita lagi. hahahaa..



teruk.



k la. babai!




Friday, July 5, 2013

Esok paper ke 3 ku!






Assalamualaikumm...










hai2 semua. dah baca surah al-kahfi tuh? elok baca surah tu hari ni. hari jumaat penghulu segala hari. kalau tak pun cuba pasang je, dengar sambil2 buat kerja. insyaALLAH boleh. dan dapat pahala dengar bacaan al-quran kan?


kita sama2 berdakwah. sama2 bergandingan ke syurga Allah. amin2...


doakan saya nak exam esok ye. semoga dipermudahkan oleh Allah semuanya. buat kalian yang ada exam saya doakan juga, aminnn..







Aminnn...



Wassalam..




7 Things to do in Times of Hardship






Assalamualaikumm...









wassalam...




Selamat hari jumaat!





Assalamualaikum...


selamat pagi jumaat semua. semoga semuanya sihat2 sahaja hendaknya. hewww... esok aku exam. tapi studynya tak lagi. aku ni kalau cuti lama mana pun, tetap jugak akan study sehari sebelum hari exam. selagi belum sampai sehari sebelum exam tak adanya nak study. haihhh.. azam bukan main lagi nak study awal2 tak nak last minit. tapi hampeh tetap jugak study last minit. lepas tu menyesal la pulak dalam dewan exam sebab tak hafal benda yang sepatutnya aku hafal. hehehe..





ewahhh.. ambik gambar beria kan. nampak macam banyak sangat study tapi tak banyak pun. tak ada pun. tensen dengan diri sendiri yang sangat lembab dan sangat la terpengaruh dengan  keadaan sekeliling aku. hahahaa..


wahaha.. bangun2 terus sarapan. lepas tu kononnya nak study tapi mak kol pulak. haaa.. masa aku tulis entry ni sebenarnya aku tengah on call dengan mak. berbual itu ini. hahaha.. aku kalau berbual dengan mak mau berjam2 lamanya. hahaha..


ok la. nak study. babai..



hehehee..






Thursday, July 4, 2013

Tensen aku!






Assalamualaikumm...



lately ni handphone aku sangat la mentensenkan diri. handphone bb aku ni selalu sangat hang. lepas tu kalau bukak blackberry world sangat la tensen. konfem hang. bukan  hang calang2. hang sampai kena cabut bateri dan on balik. 


sumpah tensen. lepas tu bukan boleh sikit2. sikit2 melaju kesana ke mari. dah la nak hang. benci aku wehh.. 





hp cikai memang la cepat je cikainya kan? ye dak? hahahaa.. redho je la sebab memang selalu hp jadi gini. nak2 sematpon yang tak berapa nak semat ni ha.. hahaha


k la.. babai..




Semalam punya sarapan






Assalamualaikum..



hai, semua sihat? hari ni hari khamis. wawawa.. sabtu aku ade exam tapi hari ni baru nak baca buku. kemalasan apakah ini? tolonglah bangkitkan semangat juang aku untuk belajar! hahaha..


padahal aku baru siapkan IS malam tadi tau dalam pukul 12 lebih siap macam tu lepas tu kononnya nak study tapi hampeh, mengantok sangat dan2 la aku tidur. 


bangun2 dengan harapan baru supaya study dan fokus untuk tidak berpoya2 lagi. cewahhh ayat! 


tak ada apa pun nak cerita sebab sesungguhnya hidup aku ni sangat la bosannya. jangan salahkan aku aklau hidup aku bosan. dan sesungguhnya aku malas nak update blog. sampaikan kawan aku tanya kenapa aku dah lama tak update blog? cecechh.. bajet macam ramai je reader kau kan iza. padahal tu je la sorang yang baca blog kau. hehehe..sedihh!!


hari tu aku buat spagheti murah cara aku dan aku ambik resipi ni dari blog Fatin Liyana yang ohsem tu.  senang sangat nak buat. bajet pun rendah. huehuehue..


aku suka benda yang menjimatkan ongkos ni. so aku cuba. hasilnya memang marbeles. kawan2 aku pun suka benda ni. siap mintak resipi lagi. huehueheu..


ni la hasilnya..





aku suka masak dan beri kawan2 rumah aku makan. ye, walaupun aku tak reti masak dan masakan aku tak sedap macam masakkan orang lain tapi aku pleasure masak. dan bila benda yang kita masak tu orang lain makan aku jadi sangat la suka. dan akan rasa nak masak lagi dan lagi..


hehehee.. ni bukan nak riak ke apa. ni nak tunjuk aku makan spagheti ni buat sarapan pagi. ada lebih tu. aku makan dengan kuah. buat air teh. selamat sarapan aku hari semalam. hahaha..


babai!