Happy Cat Kaoani -->

Monday, May 20, 2013

Super Bizi







Assalamualaikum..




lama gila tak menulis dekat sini. almaklum la bizi bebenor gamaknya.. ni pun naik mengeletar kaki. padahal bukan berjalan kemana pun tapi penatnya bukan main. hehehe..


aku nak bebel banyak2 kat sini pun tak larat. nak tidur dah. esok kelas pukul 8.30 pagi. haaa.. sejak2 sem 6 ni memang tak de kelas pukul 8.30 pagi.. semua pukul 10.30 start. so memang relax la kami. ni esok kelam kabut sikit.  


minggu ni super bizi. dengan nak buat esemen, nak event, nak buat IS. semua nak sebelum cuti. pengsan sekejap. boleh tak? hehehee..


sebenarnya banyak benda aku nak cerita tapi masa, mata, dan kaki tak mengizinkan aku nak membebel lama2 dekat sini. maybe nanti masa free sikit aku taip panjang2 tau. 


sekian dulu dari aku. muehhh!



babai!







Wednesday, May 8, 2013

Selamat Pagi Rabu!







Assalamualaikum..



selamat pagi semua. wehooo.. selamat hari rabu. hari rabu dah? cepatnya masa berlalu. hari ni baru mula kelas aku. tak banyak ada satu ketul je kelas aku. haaa.. pukul 10.30 sampai pukul 12.30. best kan? hehehee..


pagi ni sangat segar. tapi ada hangbanging sikitlah. hehehe.. bukan apa cuma terkejut sedar2 dah terang. hehehee..


sekarang ni bangun2 je aku tengok cerita 2 Kalimah. macam tak ada waktu lain je kan nak tengok. tapi semalam dah set mind nak tengok so bangun pagi ni laju2 bukak link lepas solat subuh ni semua. rasa nak tengok sangat cerita berunsurkan Islamik. nak tengok wayang macam tak berbaloi, baik tengok dalam online je kan? nampak tak supportive gila aku ni nak tengok filem melayu. hahahaa..


maaflah ye pemain cerita melayu. biasanya dekat wayang saya tengok cerita mat salleh je. bukan tanak support filem melayu tapi biasanya akan ada link kat online ni dengan cepat. hehehe..


ok la aku nak sambung tengok ni. babai.








hai. si hidung besau! hahaa




Tuesday, May 7, 2013

Trip?





Assalamualaikumm...



huehuehueheu.. selamat hari selasa kawan2 semua. wahhh.. nampaknya cuaca elok pagi2 ni. panas je. baguslah. bolehlah meneruskan pekerjaan semua ya. aku ni tak ada kerja duduk rumah goyang kaki ye la nampak gayanya. esok baru ada kelas tu pun satu kelas je. khamis ada satu kelas lepas tu petang tu pergi perhentian pulakkk..



tapi yang tak bestnya trip kali ni tak sama macam masa kita dekat diploma dulu. of coz la tak sama kan sebab orang yang organizenya tak sama. syukur jugak la dulu aku pernah jadi bendahari trip. pergi KL je pun tak jauh dari Melaka tapi still berbaloi. aku tahu selok belok keadaan nak uruskan trip yang betul. tha truth is aku rindukan tourism. 


dulu lebih teratur sebenarnya. jujur. lecturer akan ajar kami sebijik2 macam nak buat trip holidays yang betul2. lepas tu trip tu kita kena jadi tour guide. dah sepanjang perjalanan hafal skrip pung pang pung pang.. dalam bas tak lepas hapal skrip nak cakap nanti bila sampai destinasi masing2. cuak memang cuak sebab dari situ kita dapat markah tapi aku pun dah lupa feelings aku masa tu. takut or seronok? hahahaha..


time sem ni sem pertama aku pergi trip dengan kawan degree dan sem akhir aku sebagai student tapi tripnya macam errr.. ok. jangan cakap apa2 sampai kita merasainya sendiri. mengalaminya dan mencuba berusaha seperti mereka. jangan kata orang buat kerja tu senang. ada banyak liku2nya.


kita tunggu dan lihat macam mana ye. jangan buat andaian dulu. banyak spekulasi kita dengar. tak tahu la betul ke tidak. ermm.. sama2 kita tunggu.







pulau pinang. jerejak trip. muda mudi sangat ni sebab masa diplima. jangan tanya kenapa aku kecik dulu. aku pang karang. hahahaa...



ok la. kita tunggu dan lihat khami ni macam mana ye.


babai!




Monday, May 6, 2013

Bertukar!!







Assalamualaikum...



tadaa.... background blog saya telah bertukar! hauahhahaa.. sukanya. cantik dan meriah. kalau pening mintak maaflah tapi yang pasti aku amat sukakannya. hahahaha..


sebenarnya aku berusaha cari gambar untuk buku program hari guru akak. tapi disebabkan aku terlebih rajin maka aku telah tukar background blog aku. aku ni suka sangat tak fokus satu2 kerja. konon multitasking tapi kelaut jugak kerjanya. hahahaha.. 


lepas tu tetiba tulis list nak pergi perhentian pulak. parah2 aku ni. mengarut je. hahahaha.. suka2 hati aku je nak buat apa. cuti kan. tapi yang tak bestnya cuti berbaki satu hari je lagi. satu hari je beb. ala... kenapalah dunia berputar begitu cepat??? sedihnyaaa...





nah seketul picture aku. huehuehue.. aku suka shawl tu sebab cantikkk... weee! 



k la babai..




Sunday, May 5, 2013

Weekend yang tenang bagi aku






Assalamualaikum


selamat hari ahad semua. selamat mengundi bagi yang mengundi. kepada yang dah cukup umur tapi tak mengundi macam aku ni sila duduk diam2 dan tahun depan sila la daftar mengundi. jangan lepaskan peluang jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. hauahahaha..



ye, aku tak balik mengundi. hahaa.. jangan la emosi sangat. aku ni kanak2 lagi tak balik pun kampung walaupun tak mengundi. nanti sesak. kesian orang yang memang benar2 nak balik mengundi aku dah rebut seat bas dia. hahaha.. baik kan aku? so aku duduk sini diam2 dan lepak2 dekat rumah je. tak buat apa. ehheeh..


sungguh la sangat tragis diri ini bila tak buat sebarang kerja sekolah sempena cuti kali ini. ini kalilah aku berpoya2 lepas ni jangan harap la nak berpoya2 untuk akhir sem ni. kalau tak bijak macam aku buat cara orang tak bijak. pergi membijakkan diri dengan belajar dan baca buku. bukan buat benda tak berfaedah iza woi..hahahaa





sinilah tempat tinggal aku. apartment 4 tingkat yang berkeluasan 34sq x 22sq. hahahaa.. yang sq tu aku tak tahu pun. aku main tulis je. jangan la terpedaya dengan helah lapuk lagi tak berasas aku ni. aku ni kerjanya mainkan orang je. walaupun sebenarnya aku buat lawak hambar. isssshhh..hahahaha


jadi untuk cuti seminggu ni aku cuma duduk di puncak alam tanpa ada perasaan balik rumah. sebeb nanti cuti hari gawai aku balik rumah jugak. baru sangat balik minggu lepas. balik hari sabtu lepastu rabu dah cuti balik. tak larat la aku nak mengadap bas 7 jam. muak tahu tak tido bangun tido balik tapi tak sampai2. huuuuu..


so hari ni aku tak payah berpusu2 mengadap kertas undi. 5 tahun lagi insyaAllah baru aku mengundi. masa tu umur berapa? 29? ok. dah tuaaaa..hahaahaha



k la.. babai!





Saturday, May 4, 2013

Dengan ini habislah sudah baucer buku saya!






Assalamualaikumm..



dengan ini habislah sudah baucer buku BB1M aku yang dapat RM250 tu. Alahamdulilahh.. dapat beli macam2 dengan baucer tu. sangat2 berguna untuk pelajar yang tak berapa nak mampu macam aku ni. yelah tak kaya. tak miskin sangat. ado2 je macam tu jadi baucer ni memang membantu sangat2.


dapat la beberapa barang yang diidamkan akhirnya dapat dengan bantuan baucer ni. jadi jangan la membazir ye. bagi orang2 macam kami benda2 ni sangat berguna dan membantu dalam mengurangkan tekanan wang dan kesempitan hidup. heeeee...





dah tetua baru nak beli kamus kau kan iza. kesian sangat. kamus last aku beli zaman tingkatan 1. kamus BI-BM la kalau kamu BI-BI last beli sem satu. kamus besau yang kononnya kena beli untuk belajar BEL tu. satu set RM90 kalau tak silap. lepas tu kena bawak pergi kelas. gila bukan main. haha..





sekian laporan pembelian baucer buku saya. anda bagaimana?? hikhik..



babai!




Morning Weekend!






Assalamualaikumm..



selamat hari sabtu. eh? dah weekend? sekejapnya. aku rasa baru berebut2 buat test hari rabu petang tu. sekali hari ni dah hari sabtu? waaaa.. sangat cepat masa berlalu. dan dari hari rabu hingga jumaat aku tak buat satu hape pun. itu sangat la meyeronokkan. sangat indah bila tak perlu buat apa2. hehehee


dan hari ni sangat bahaya kalau terus2 begini. esok dah pilihanraya. rabu depan dah mula kelas balik. tapi hari ni aku bertenang tanpa buat apa2. sangat2 bahaya tu. sangat2 enak relax2 sampai lupa diri dengan hanya menghabiskan masa tak ketahuan hala. 


kena bekerja hari ini. jangan duduk2 sahaja. bahaya. lepas solat subuh aku tak boleh tidur. padahal semalam aku tidur pukul 4 kot. uishh.. kejap lagi kang mesti mengantok. hahahhaa


aku nak sarapan la. hehehe.. babai!






hhahhaa.. comel la kucing tu.hehehe




Movie Review : Ironman 3





Assalamualaikum..



dan semalam adalah hari yang dinanti2 oleh aku. ahkirnya ada jugak orang nak bawak aku pergi tengok Ironman 3. hauahaha...sukanya hati aku!


hehehee.. aku ni kalau cerita Ironman sangup sangat2 tengok. ada beberapa cerita je yang aku sangup tunggu berlama2 macam Ironman, Fast and Furious, Avengers, Battleship, dan beberapa cerita yang aku baru suka G.I. Joe dan Twilight. padahal G.I. Joe tu dah lama ada cuma aku baru je ade kesedaran tentang kewujudan cerita tu. baru tengok cerita tu sebab ada the Rock. iols suka the rock nyah. hehehe


dan kami pun berpusu2 la ke Setia City Mall tengok cerita tu. mana lagi tempat yang paling dekat dengan kami yang duduk ceruk puncak alam ni. setia city mall ni je la yang paling dekat tuh. hahaha.. kesian tak pe. gigih demi wayang yang best. hahaa.. aku redho je ha. janji ade orang bawak. aku on sentiasa. sungguh la kuat jalan kan. pantang ada orang ajak. laju aje aku mengikut orang tuh. ahhahaa..





muahahaha.. suka pakai tudung warna warni kan? tudung aku tu warna dia macam warna paddlepop. sukaa.. lembut je walaupun banyak2 warna. aku suka la warna2 pelik macam tu. ada sesetangah orang tak suka banyak2 warna. dia lagi suka satu warna tanpa tone2. aku suka sajorkk.. hahahaa







gambar dari si tangan pendek. jadi muka mad tak sempat masuk dalam kamera henpon aku. hahahaa.. kesina mad. dia yang bawak dia tak ada dalam gambar. hikhikhik..





tangkap gambar laju2. aku malu sebenarnya orang tengok aku ambik gambar tapi gedik jugak nak ambik gambar kat cermin tepi hall ni. sementara tunggu umi pergi toilet aku pun dengan poyonya ambik gambar dengan kadar yang laju sebab tu gambar jadik macam tu. gegar2 sebab nak cepat. hahahaha..maafkanlah daku..hehehe





lepas tu laju2 pergi makan dekat kedai kawan Mimah dekat subang. haaa.. nasib baik aku ingat lagi jalan nak kesana walaupun kekadang aku hembus je mana2 aku suka sebab ingat2 lupa. haritu pun pergi banyak kali sesat tak jumpa kedai. lepas jumpa kedai tak jumpa parking pulak. tu yang aku ingat2 lupa je tuh. hehehe




cik mimah yang sentiasa comey. hehehee.. bersama air carrot susunya. seperti yang korang tengok gelas2 ari jus dia mak ai tingginya bukan main. kalau dengan ketinggian aku ni memang la kena meninggikan badan baru boleh minum. tu pun straw dan bengkok. kahkah! kesian..





abang mat yang menjadi driver berkaliber aku dalam banyak keadaan. hahaha. dia memang melayan je perangai wanita2 yang melecehkan ni nak pergi mana2. hahahaa.. tak pe la mat. nanti abis study tak ada lagi nak ajak2 mad keluar. hehehee




kau tengok la gelas dia. bukan main tinggi. orang macam aku ni mau berdiri nak minum. hahaha. aku minum air tembikai semalam. haha. sedapp...






ni dia spagethi matriciana. amende entah namanya pun aku tak tahu. yang aku tahu aku makan. sedap. kenyangkan perut aku ni dah cukup. ehhehee..






dan ni lasagna beef. suka. sedap. mad punya ni. dia makan beberapa saat je habis. settle. haahahaa..











 


dan Ironman tak pernah mengecewakan aku sebenarnya. aku sangat2 rasa teruja saat melihat Tony Stark. Sangat suka dengan cara Ironman. lawak ada, serius ada, fokus ada. dan selalunya dia berlagak tu yang buat dia selalu ada musuh. biasalah orang yang kaya dia riak. dah riak dia banyak musuh. tapi dia kaya. mampu buat apa sahaja kan? ehehhee.. dah sia super awesome sebab dia sangat cintakan Pepper Pots. setiausaha dia yang jadi awek dia sekarang. hehee..


huehuehue. korang mesti dan tengok jugak kan? tayah la aku sibuk2 cerita. k la. sampai sini dulu k. 



babai..




Wednesday, May 1, 2013

Selamat Hari Pekerja!






Assalamualaikum...




hua... selamat hari bekerja hari ni kepada semua yang bekerja. kepada yang tak bekerja selamat hari bekerja jugak sebab orang yang kerja tak kerja jadi korang cuti. betul tak? macam budak2 sekolah suka la cikgu cuti. student2 u suka la lecturer cuti. huahahaha.. 


hari ni aku tak tahu apa nak buat. yang pasti petang ni aku mesti dan nak pergi pasar malam.  sebab nanti akan bosan seharian tak keluar. ni pun duduk rumah bukan dapat apa. hehehehe..


banyak benda teringin nak buat. banyak benda teringin nak beli tapi selalunya tak kesampaian. sedihnya. memang nak itu ini tapi sedihnya tak dapat...



apa aku nak cakap dalam blog ni sebenarnya? hahhaa.. tak ada motif tulis blog. membebel sahaja kan? sedihhhh.. aku ni kalau tak ada cerita sungguh la tak ada cerita. tapi sekarang ni nak sangat2 tengok Ironman 3. huaaaa.. sesiapa nak ajak aku pergi tengok? 


jom la tengok weh.. ke aku je yang tak tengok lagi? nampak sangat keloseran aku tu kan? hahahahah.. kutuk aku ler tu. hahaha..






muka orang tak kerja. hahahaha..



babai!