Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, February 26, 2014

Anak Kucing Baru






Assalamualaikum..


baca tajuk pun dah tahu aku nak cerita apa kan? haaaa.. ni dia budak baru dalam family aku. lahir akhir bulan 12 kot. entahlah. tak ingat pun. haha. aku tak pernah catat tarikh lahir anak2 kucing. mak aku dulu catat tapi sekarang dah tak. malas katanya. jadi hentam sahajalah umur kau.hahaha




sebenarnya budak ni selsema dah lama tak baik2. mula2 sekor kena lepas tu berjangkit2 la kesemua kucing2 aku termasuk la budak kecik halus ni. budak ni mak aku panggil dia tompok. ala. sebab dia ade tompok2 warna hitam tu yang panggil tompok. padahal dah tak ada nama nak bagi. malas nak pikir sebenarnya. hahaha..






sebab tu jugak muka budak ni nampak selekeh2 sikit. yela, budak kecik, mana pandai bersihkan muka. jilat2 badan. tu pun sikit2 je. muka budak ni dengan hingus keras, dengan hitam bekas susu semua ada. haila budak kecik yang pengotor, penat hakak iza kau ni bersihkan hidung kau sampai pink macam tu. haha..












semalam masa mak aku membakar dekat luar rumah tu dia sibuk2 datang nak tengok api tu. pi dekat2 sangat sampaikan misai dengan kening dia yang panjang2 tu terbakar panas2 sebab dekat sangat dengan api. haaaaaa.. padan muka tu. suka sangat menyibuk dekat tempat orang buat kerja kan! haha..


padahal dia tak tahu pun benda tu panas, bahaya kan. dia nak tengok jugak. lepas tu kaki kena gigit semut api main dekat tempat sarang semut. padan muka lagi. bila dah terketis-ketis tu dia balik la semula dekat rumah. dah tahu kan api tu panas, saket lagi kena gigit semut. budak2 ni kadang2 kena bagi rasa apa benda tu baru dia tahu dan tak nak pergi lagi. jangan kita asik larang je. dia tak pernah merasa pun.


macam masa aku kecik, mak abah aku tak larang sangat aku nak main apa. aku main je. aku pulak nakal. itu ini aku main. panjat pokok, cari anak ayam lepas tu kene kejar mak ayam, serok ikan, cari lipan bawah pasu bunga. penah sekali tu aku main penyucuk kelapa tu tercucuk kaki aku. berlubang kau kaki aku. masa tu aku dengan abah aku. abah aku boleh bawak aku masuk rumah, mandikan aku sambil darah mengalir2 dekat kaki aku. tapi masa tu aku nangis bukan sebab saket, sebab takut abah aku dok marah2. hahahaa..


aku memang nakal dulu. ehhhhh.. apa tetiba cerita pasal kenakalan aku ni. kahkahkah. dah2 jangan nak buat cerita lain. cerita sekarang ni budak tecik ni. hihi.


tapi budak ni aku dah beri dia makan vitamin dengan antibiotik. harap cepat la selsema dia baik. sebab selsema dia teruk okeh. kalau bernafas tu macam berkeladak. lepas tu siap berbuih2 hidung nak bernapas. kahkah. dapat bayangkan tak?


jangan risau. insyaAllah dia baik nanti, diorang ni kuat antibodi cuma lambat sembuh. hihi..



babai!




Saturday, February 22, 2014

Homemade Pizza






Assalamualaikummm....



lately ni entry aku pasal makanan je. resepi itu ini. hahaa.. almaklum la dah tak ada apa nak dibuat ni maka kita memasak. masak memasak ni bukan susah mana pun. langkah palingggggg senang nak masak kalau tak ada resepi adalah google je. dah dapat meh la buat. haha


selebihnya aku try and error je apa2 resepi dan ubah2 sikit mana yang aku suka. ikut tekak western aku ni. hahah. jangan risau. semua boleh kita ubah ikut tekak kita sendiri. jangan nak emosi sangat kalau tak jadi ke lain ke dari yang korang tengok kat internet. haha


kali ni aku buat pizza pulak. tekak gatai nak buat pizza kan. maka haruslah ditunaikan. kalau dah nak boleh je buat benda2 ni tapi banyaknya malas je lebih. sebab tu lagi rajin pegi beli je. hahaha. 


resepi ni ambik dekat My Resepi. haaa.. mudah dan senang. sedap dan lembuttt je. akak aku sampai syorkan aku berniaga pizza. haha.. tak kosser aku nak berniaga. makan sendiri boleh la. janji puas hati je. bukan nak berniaga pun. 


Pizza

Doh:
2    cawan tepung gandum/ tepung roti
2    sudu kecil yis 
1/2 sudu kecil garam
1    sudu besar gula
2    sudu besar minyak sayuran/jagung
1/2 cawan air suam 

Cara:

1. Masukkan tepung, yis, garam, gula dan minyak ke dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Gaul rata sehingga tak melekat di tangan dan bekas.
4. Selepas tu biarkan doh selama 60 minit. tutup bekas. 


Sos

1  labu bawang holland - cincang halus
2  ulas bawang putih - cincang
2  biji tomato - cincang 
3  sudu besar tomato puree
2  sudu besar sos tomato
1/2 sudu gula
1 sudu besar oregano
garam
minyak untuk menumis


Cara:

1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih.
2. Kemudian masukkan semua bahan lain. 
3. Kacau hingga mendidih dan tutup api.
4. Biarkan sos sejuk.


Topping

* ikut kesukaan orang*

Daging cincang rebus
Ayam rebus
Sosej ayam
Crab stick
Lada benggala/ Capsicum - hiris
Bawang hiris -hiris 
Cedawan butang - hiris
Keju cheddar
Keju monzarella


Cara:

1. Ambil adunan dan canai nipis atau setebal yang kita mahu.
2. Letakkan atas loyang atau tutup periuk.
3. Sapukan dengan sos kemudian taburkan dengan topping.
4. Bakar pizza dengan suhu 200 celcius api atas bawah selama 20-30 minit. Bergantung la pada oven masing2 eh. hihi.


Tadaaaa!!!








ni dia pizza aku. aku buat dua versi. dua jenis topping satu pizza beef satu lagi pizza sosej and crab stick. pastu aku balun bubuh keju cheddar dengan monzarella. kalau nak sedap bubuh parmesan jugak. memang kenyang makan keju je. masalahnya keju ni sedap sangat jadi macam tak sanggup nak tolak. tak sanggup kata tak nak. rugi woo tolak pizza ni.


sos dia lebihan aku buat sheperd pie ritu. aku simpan sikit konon nak buat pizza. sampai sekarang baru la menjadi. haha. akak aku suka crust tebal, so aku buat tebal sikit. kalau aku pulak tak suka tebal2. suka nipis2 je baru mengancam. tak ada la kenyang makan tepung je. hahaha


maka jadilah dua jenis pizza gemuk gebu crust tebal ni semalam. makan punya makan tak habis. ni kita mediaum saiz la kalau dekat dominos ke pizza hut kan. tapi buat sendiri dekat rumah memang berbaloi gilaaaaa... dah la boleh bubuh topping sesuka hati kita pastu banyak gila dapat sampai tak habis. hahaha..


korang cubalah buat pizza ni. pasti tak menyesal. pasti!



babai!




Wednesday, February 19, 2014

Festival Layang-Layang Sedunia 2014






Assalamualaikum..


hari ni hari apa? cuba tengok kalender tu! 19 Februari 2014 la.. apa yang best hari ni? haaaa... bagi orang2 Johor khasnya dan seluruh Malaysia amnya jemputlah datang ke Bukit Layang-layang Pasir GudanG, Johor. Hari ini ada FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA 2014 ! wehoooo...


syok woo tengok banyak jenis layang2 terbang diangkasa. warna-warni dan macam2 bentuk dan jenis. almaklum la layang-layang dari seluruh dunia kan jadi ada macam-macam jenis, bentuk, saiz dan berat. lagi besar lagi berat tau. biasanya kalau lagi besar lagi berat dan payah.


time2 macam ni memang suka peniaga sekitar Bukit Layang-Layang ni sebab diorang boleh buat duit dengan festival ni. bila orang luar datang diorang konfem akan cari bilik hotel dan occupancy akan penuh! weeeee.. sukanya pemilik hotel, tapi pekerja penattt.. wawawa.. apa aku mengarut sampai bilik hotel segala ni? puih la.. nampak sangat kau ni rindu nak kerja apa bagai. haha.. jangan nak merepak dan membebel lagi. 


nak maklumat lanjut click dekat laman web TOURISM JOHOR, TOURISM MALAYSIA  dan PASIR GUDANG WORLD KITE FESTIVAL. kat situ semua information korang boleh cari. jangan malas nak membaca. amalkan membaca. cewaahhh..





nampak meriah dan berwarna-warni kan? moh ler ramai2 kita ke Festival Layang-Layang 2014 di Pasir Gudang. hihihi..


sesekali jadi duta Johor dan jadi duta kecil Malaysia mempromosikan produk pelancongan kita tak salah kan? hihi



babai!



Monday, February 17, 2014

Resepi Laksam Kelantan






Assalamualaikum...


hari jumaat lepas tekak rasa nak sangat makan laksam kelantan tu. dulu first time makan laksam tu masa tingkatan berapa ntah mak kawan baik aku masak. mereka ni orang kelantan, pulak tu mak dia suka sangat masak dan masakkan mak kawan aku ni merbeles sangat. first time masa tu makan laksam kelantan kawan aku ni ajar cara makan dia macam mana. ayah kawan aku ni cikgu sekolah menengah, kami belajar dengan ayah dia. ayah dia ajar matematik dan matematik tambahan. mereka sekeluarga dari kelantan. 


masa tu makan rasa sedap sangat. terus mintak resepi dari mak dia. mak dia bagi resepi je terus aku bawak balik ajak mak aku buat. masa tu aku tak reti sangat masak so aku tolong sikit2 je mak buat laksam ni. hihi. buat sebijik ikut resepi mak kawan aku bagi ni. perghhhhh.. memang sedap sangat! 


sejak dari tu aku jadi suka laksam. sedap sangat kalau kena gaya masaknya. lepas2 tu kalau ada dekat luar aku beli. tapi mostly tak sama dengan kawan mak aku masak. yela, orag berniaga mesti ada je yang kurang. tak sedap itu ini. biasalah kan. 


lastest aku makan benda ni dan aku rasa sedap sangat bila majlis konvo UiTM tahun 2013 bulan 5 rasanya. bila aku beli rasa dia sedap gila. memang kena sangat dengan tekak aku la. haha.


lepas tu ada makan tapi kuah dia cair je tak lemak ikan, rasa santan cair je. banyak yang jual tu tipu. so, marilah buat sendiri baru kau puas hati bak hang. haaaa.. 


resepi kawan mak aku kasi ni aku tak ingat letak mana tapi tak apalah, aku google je mana yang best aku cuba buat dengan mak aku. mak aku tolong sesikit. dah tu settle. nasib baik menjadi sodap! walaupun tak banyak ulam tapi tak apa menjadi jugak. sepatutnya ulam kena ada bunga kantan, daun kesum, kacang panjang hiris, tauge, timun. baru syok makan bau2 bunga kantan dengan daun kesum. tapi disebabkan rumah aku tak ada bahan2 tu, maka buat je la bahan apa yang ada. 


ikan selayang ada 6 ekor, timun dengan tauge ada ok la tu. buat lepas makan sekeluarga kan. maka aku dengan mak pun terus la masak. phewww... senang je pun masak kuahnya sebab kuah lemak biasa tapi yang lambatnya buat lempeng gulung tu lambat. sebab buat satu2 kan. tu yang lambat. haha


bebel punya bebel bila nak bagi resepi kan? haaa.. nah setepek. resepi ni aku tak ingat dapat dari mana. mohon halal je la, kalau korang ambik resepi aku ni pastu buat pastu tak ingat cilok dari blog sape tak pe, aku halalkan dunia akhirat. tak kesah la benda2 macam ni. once dan tepek kat blog dah jadi tontonan umun dah jadi hak blog je. hihi


Laksam Kelantan

untuk tepung lempeng:

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air

Cara:
1. Gaul semua tepung dengan air
2. Air agak2 la masa gaulkan tepung
3. Panaskan pengukus
4. Sapukan layang nipis atau tudung periuk dengan minyak masak
5. Letakkan atas tudung periuk dan kukuskan selama 5-10 minit.
6. Gulungkan lepas angkat dan potong.

Untuk Kuah:
6 ekor ikan selayang/ kembung/ sardin
2 cawan santan pekat
1 inci halia
3 ulas bawang merah @ 7-8 ulas bawang kecil (kalau guna bawang kecik)
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
2 keping asam keping
Garam
Gula

Cara:
1. Siang ikan, rebus dengan air. Letakkan secubit garam dalam rebusan. lepas rebus, asingkan tulang ikan. * air rebusan ikan jangan dibuang*
2. Masukkan ikan yang siap diasingkan tulang didalam blender dan masukkan sekali bawang merah, bawang putih, dan halia. masukkan air ikan tadi. Kisar halus semua.
3. Kemudian masukkan dalam periuk dan tambahkan santan. Masakkan.
4. Masukkan santan pekat dan asam keping. Kacau perlahan.
5. Masukkan garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih.

Sambal

Bahan:
2-3 biji cili merah segar
2-3 biji cili padi
belacan
air limau/cuka
garam
gula

Cara:
1. Blenderkan semua bahan kecuali air limau/cuka
2. Campurkan dengan air limau atau cuka.

Ulam
Kacang panjang
bunga kantan
kaun kesum
taugeh
timun
*semua dihiris nipis
Siap!


Tada!!!





haaaa.. tergoda tak? hahaha.. hikhik. aku buat sendiri semuanya. mak aku tolong sikit ah. haha.. tak2 tipu. mak tolong banyak. padahal aku reti je masak sendiri. mak iols kan baik hati semua nak tolong. haha


maka terjadilah dia Laksam Kelantan saya. hiuhiuhiu. sukanya hakak dapat makan laksam ni. lepas masak mari kita ngap! tapi kita makan semangkuk je. tak mampu makan banyak2. hikhik





disebabkan aku syok sangat masak sendiri benda ni maka aku bubuh dua kali gambar laksam ni. pedulik la nak kata aku jakun ke apa. haha. suka sangat aih. menjadi kan. hikhik


ok la. tu je resepinya. babai uolss..




Tuesday, February 11, 2014

Kubu British di Tanjung Pengelih





Assalamualaikum...



hari ni aku nak cerita sikit tentang sejarah kampung aku. semenjak kampung dan kawasan sekitarnya telah diambil Petronas, mula la sikit2 sebak lap air mata kalau cerita pasal kampung halaman ni. ewah. kononnya la mula nak emosi bagai kalau mula hal2 berkenaan kampung halaman yang akan lenyap ditelan arus pemodenan ini. 


*lap2 air mata*


okey, tayah sedih2. kita mulakan cerita dengan kewujudan kubu british pada zaman kegemilangan british di Tanah Melayu sehingga kedatangan Jepun.





Pengerang Battery

Kubu pertahanan Tentera British terbesar dan terkuat bagi pertahanan rantau ini dari serangan tentera Jepun ketika perang dunia Kedua yang terletak kira-kira 90km dari Bandar Kota Tinggi dan berada di kampong Tanjung Pengelih

The Pengerang Coastal Battery merupakan salah satu tinggalan kubu Tentera British semasa Perang Dunia Kedua. Sejarah pembinaan kubu ini bermula sejak tahun 1927 lagi yang mana Lt. Gen. Sir Webb Gillman bersama dua orang pegawai jurutera telah melakukan tinjauan untuk membina kubu pertahanan untuk Singapura. Setelah menghadapi pelbagai tentangan tentang pembinaan kubu ini, ia berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun 1939.

Pada Ogos 1941 Pengerang Battery telah beroperasi sepenuhnya dan menjadi pertahanan kekal Singapura. Kubu ini dilengkapi dengan dua buah meriam enam inci yang berupaya menghadapi serangan dari laut dan meriam ringan sebagai penangkis serangan udara. Kemudahan yang terdapat di kubu ini termasuk tempat simpanan peluru, wisma pegawai, hospital dan bilik jentera bawah tanah.

Tentera British beranggapan Tentera Jepun akan memulakan serangan ke atas Tanah Melayu melalui jalan laut dan mula menguatkan pertahanan kubu ini, namun ternyata anggapan tersebut salah. Kubu ini telah di tawan pada Disember 1942. Berdasarkan catatan daripada Tentera British, kubu ini turut dilengkapi dengan laluan bawah tanah yang menghubungkan semua tempat di sekeliling kubu termasuk laluan ke Bukit Johor atau dikenali dengan Bukit Pengerang.

Akibat terlalu lama ditinggalkan, kubu ini semakin dimamah usia. Walaupun bangunan tinggalan masih lagi tersergam megah, namun kesemua laluan bawah tanah ke Bukit pengerang telah ditutupi oleh tanah dan masih menjadi misteri sehingga hari ini.



Petikan yang aku ambil dari facebook Saya Orang Johor. pergi la cari dekat facebook dia, ada macam-macam cerita pasal negeri Johor ada dekat sana. 


Dulu, masa aku kecik, masa tu aku tak ingat umur aku berapa. Abah suruh aku dengan akak masuk kubu ni sebab pintu masuk dia kecik. muat untuk kanak-kanak ataupun orang dewasa yang merangkak. aku dengan akak masuk kubu tu. masa tu kubu tu tak semak macam sekarang ni yang korang tengok dalam gambar. dulu kubu tu tak semak sangat. biasa je la sikit2 je. 


dalam kubu tu tak semak, cuma daun2 kering je dalam tu. cerita ni sebenarnya mak aku tak tahu langsung yang aku dengan akak pernah masuk dalam kubu ni. bila aku nampak post ni aku cerita dekat mak yang dulu aku pernah masuk kubu ni sama ada sorang atau dengan akak. bila aku tanya kakak aku sah la yang kakak aku pun masuk masa tu. masa tu budak2, apa yang ayah mak suruh buat semua aku buat. bangsa tak boleh pikir kan. sebab kita akan ingat apa yang mak ayah buat semua baik dan betul. kan? haha


kubu ni rupanya banyak penghubung dalamnya menghubungan kubu2 lain. bilik bawah tanah dan rumah sakit. agaknya, kalau dikorek dan dikaji semua yang ada disebalik kubu ni memang sangat syok la. mesti ada macam2 alatan dan barang2 dalam tu. sebab kawasan sini kawasan pertahanan British dari serangan Jepun. 


tapi sayangnya bila kerajaan tak hiraukan semua ni. tak dipelihara dan dikaji. agaknya kalau dipelihara mau jadi macam Lembah Bujang agaknya kawasan ni. haha.


sekarang semua dah berubah. sebab kawasan kampung ni adalah kawasan paling dekat dengan Singapura, maka pada tahun 1998 dibuat satu kem TLDM di sebelah kubu ni. maka berbondong2 lah tentera dan keluarga datang ke kawasan aku. satu hari ada 2 bas sekolah cop TLDM datang hantar anak2 tentera ni dekat sekolah aku. tu satu sekolah rendah. kawasan sini ada 2 sekolah rendah dan 1 sekolah menengah. 


asanya mereka membina kem TLDM sebab kawasan sini terlalu hampir dengan Singapura sekali gus jadi pemantau kepada kawasan perairan negara. Singapura tetap negara lain yang mempunyai matlamat, visi, misi dan kepentingan sendiri kan? kita cuma berjaga2. 


terkini. bila Petronas mengenalpasti kawasan sini mempunyai minyak dan gas dan Petronas ingin ambil kawasan ni jadi hub minyak dan gas. dan, inilah hasilnya. kami sedang menunggu masa dan arahan untuk berpindah kerumah baru yang dibina oleh pihak mereka. 


tamau cerita pasal kampung, nanti sedih or marah. haha



ok la. babai uols..




Sunday, February 9, 2014

Tolong buat banner dan logo






Assalamualaikum...


lama aku tak merepek- dekat blog ni. ala, blog yang senggung tu. blog aku la tu. jangan risau. aku tak pergi mana2. hahahaa.. masalahnya, ade ke orang yang risau? kahkah! sumpah perasan. aku sambung keperasanan aku dengan cerita aku yang suam2 kuku tuh.


minggu ni tak ada apa bz sangat pun. sebenarnya hari2 pun tak bz. biasalah la duduk rumah kan. iols kan suka duduk rumah. macam2 benda iols buat dekat rumah ni. banyak uruskan buat kerja rumah, berkemas dan buat urusan settlekan rumah baru. jadi macam ni je la aku. makin lama makin bertambah sihat. ewahhh..


minggu ni tak pernah mana sangat, minggu ni duduk rumah buat kerja2 dalam rumah je. ni la, hakak aku suruh buatkan banner la, logo kelab la hape la. jadi aku kan hadik yang baik lagi budiman, comel dan baik hati. maka aku buatkanlah logo kelab dengan banner yang dia nak tu. 


banyak kali jugak design dan buat tapi dia nak ubah itu ini dan edit banyak kali. aku sebenarnya dah lupa nak guna adobe photoshope apa semua. memula aku guna photoscape je lepas tu macam tak berkesan sangat, so aku cari la jalan macam mana aku nak pandai crop gambar, nak edit gambar itu ini guna adobe. gigih aku google semula step2 pastu cuba banyak kali. gigih sangat aku dengan internet slow ni. kalau internet laju dah macam2 benda aku donlod pastu aku buatkan. hikhik


dan inilah hasilnya aku edit cincai2 ubah2 apa yang ada dekat google. janji akak aku suka dan dia ade banner and logo club. ala, aku tak pandai edit2 ni. tahu pun benda basic je. aku bukan orang art. tapi aku suka art. tapi suka lagi dekat sejarah. haha.





ini kononnya logo kelab fotografi akak. ala. gua edit je dari logo luar negara. standard la logo bodoh2 ni aje. haha. janji ada je kerja2 sekolah ni. bukan nak beria sangat kan. haha. tu pun akak aku suka sangat ada orang buatkan dia logo kelab. harapakan dia buat sendiri, lagi la dia tak reti. haha





akak nak simple tapi menepati citarasa dia. yang penting ada banner dan takada tarikh dan tahun. senang boleh guna tahun2 depan. biasanya banner macam ni tahan je kan. tu yang buat je apa2 asalkan akak suka. since akak puas hati je dan la. dia tu guru BM dengan cikgu PUSTAKAAN. jadi tu yang kena buat nilam ni.


lagi satu banner akak request untuk rumah sukan warna biru dia pulak. banyak sangat la nak buat banner sampai aku pulak yang kena buatkan. haha.. akak aku kata nanti dia bayar. kahkah. aku tak kesah sangat la asalkan dia belanja makan Dominos Pizza dengan belikan apa aku nak. hahahaha..





ni untuk banner rumah sukan pulak. ni pun buat banner bodoh2 je. janji dapat buatkan untuk akak. dan akak suka. tu je. tayah susah2 nak buat dia suka. benda2 senang macam ni pun boleh buat dia suka. haha..dia kata aku buat cantik. padahal nak ambik hati aku lettew. nanti akan datang senang dia suruh aku buat lagi. haha..


bagi korang yang pandai buat art2 dengan design tu tayah kutuk aku. aku tahu benda tu tak lama dan sangat basic bagi korang. haha. paham2 sendiri sudah. aku bukan ada basic adobe pun, semua tu belajar sendiri dari google dan kawan2.


yang aku pentingkan, aku dapat tolong akak aku. dia boleh buat kerja sekolah dia dan settle kerja sekolah. aku suka tolong2 akak aku dengan kawan2 aku yang cikgu buat kerja diaorang. haha. jadi pembantu guru tahap ijazah boleh. aku suka buat benda2 mengarut tu.


setakat ni tu je yang aku buat. tapi lain2 lupa nk snap gambar so jadi tak best nak cerita. hihi..


ok la, babai!




Sunday, February 2, 2014

Tahun Baru Cina 2014






Assalamualaikum...



Happy New Year! Gongxi Fa Cai! Xi Nian Kuai Le.. bukan main lagi raya cina tahun ni aku beraya la rumah kawan aku yang aku rapat. dah beberapa kali raya cina aku dok beraya rumah kawan sorang ni sebab dia je rapat dengan aku. aku pun rapat dengan dua sejak sekoleh menengah lagi. 5tahun tu buatkan kami cukup rapat dan tak akan lupa samoai bila2 sebab yela, kami ni sekampung sebenarnya. nak lupa apa kan? haaaa!


dulu2 aku datang bawak limau dua bijik je tapi kali ni aku datang bawak hamper comel2 yang aku bungkus dan decorate sendiri. tapi malangnya lupa nak snap gambar hamper comel yang aku buat tuh. huahahahah.. dah balik baru teringat nak ambik gambar. boleh tak agaknya aku ambik suruh kawan aku ambikkan gambar hamper tu untuk aku? kahkahkah.. sengal kan perempuan ni. nyanyuk dah agaknya semua benda lupa. 


macam lama pulak nak tunggu dia reply. nanti kalau dia dah reply wasap dan send gambar aku post balik dekat entry. hahahaa.. nampak sangat perempuan ni tak ada tajuk sangat sampai hamper kecik pun nak jadi issue entry? poor u iza. hahaha..lantak. yang penting aku ada hemper datang beraya rumah kawan2. kecik2 pun jadilah. iols kan belum kerja lagi. nanti dah kerja iols bagi la besar sikit. haha.. *harapannn*


maka aku jamulah korang semua dengan gambar2 semalam dirumah kawan cina aku. yang penting dapat angpau. ewahh.. haha





aku pergi beraya pakai jeans dengan blouse je. tapi blouse warna merah dengan tudung merah. kurlas uolss.. nasib baik la aku memang ada baju merah dengan tudung merah, dapat la memenuhi syarat perayaan kan. nampak meriah merah2 ni. kawan aku sebelah tu pun pakai tudung merah dengan jubah silver. lawa dia make up semua. aku je selekeh2. hahaha.. kawan aku cikgu, harus la dia melawa2 semua. hikhik






kami bertiga je yang datang beraya. tapi tak habis2 nak bercakap je kerjanya. riuh rumah sebab nak berbual hal sekolah la. hal2 dekat u la. hal2 degree,master, phd bagai. hahahaha.. issue yang kami2 tahu ler.





inilah kawan cina aku.Tan Chi Wee. kami kawan dari sekolah menengah sampai sekarang. yang aku suka sebab dia ni pandai buat lawak. lawak orang melayu pun dia tahu jugak tu yang best tu. boleh buat lawak seloroh tapi dia paham. hahah.. dia sekarang ambil master phd dekat UTM Skudai sambungan dari degree dia dulu.


omaigeeeee... rendahnya akuuuu.. tu yang aku tak suka tu. bila aku ambik gambar dengan mak dan akak aku, aku rasa aku tinggi dan besar. tapi bila ambik gambar dengan kawan2 aku rasa aku ni pendek gila. jadi, inilah hasilnya aku yang paling rendah! wuuuuuuu T_T






kami sekampung tapi payah sungguh nak jumpa. ni pun sebab raya. kalau tak lagi payah nak jumpa. harap je sekampung.






terpaksa beliau merendahkan diri untuk sama setanding dengan kerendahan aku. aku tahu la dia tinggi dari dulu lagi tapi tu la. jadi macam sweet2 pulak bila dia rendahan badan macam tu. hikhik 








inilah angpau yang aku dapat dari tok dan pakcik kawan aku tu. weee...weee.. macam budak2 pulak rasanya. tapi angpau sekarang lawa2 sangat. macam2 design, macam kita jugak orang melayu. sweet kan sampul dia?


tahun depan tak tahulah kita dapat ke beraya rumah dia ni lagi. sebab aku pun bulan 3 ni nak pindah. hari ni dah masuk bulan 2, bila lagi nak berkemas, nak cari tukang renovate rumah, pasang grill, kabinet dapur, pasang mozek lantai, tempah langsir, pasang tinted, wiring lampu kipas, api, air semua. 


tu belum lagi rumah lama yang nak dibuka dijual barang2nya, nak di angkut barang2 dan apa semua. phewwwww.. aku rasa benda tu cukup buat aku sekeluarga demam seminggu. banyak kot barang rumah ni!


seumur hidup aku tak pernah berpindah. pindah pun dari jarak dekat je. so, pindah jauh2 ni memag tak ada dalam kamus. aku dulu siap pikir bila aku kawen nanti macam mana, khemah letak mana, orang rewang dekat mana. pelamin letak mana. tapi bila jadi macam ni musnah semuanya. tak pernah pikir kena pindah tempat lain dan tempat tanah tumpah lahir aku ni akan hilang lenyap dalam lipatan sejarah. 


dush2.. bila pikirkan balik rasa nak nangis. tapi nak nangis pun tak guna. demia sebuah pembangunan kami terPAKSA turutkan. 


dah, tamau tulis lagi. kang kita nangis. 


babai!