Happy Cat Kaoani -->

Monday, January 31, 2011

Hujan Hujan dan Hujan

sudah empat hari asyik hujan je..hujan yang maha lebat pulak tu. siap ber guruh kilat semua.

habis kain baju semua tak kering. dok bersidai je dah berhari2. nak buat macam mana kan?
sekarang ni aku cuti mid term.. 




jadi sekarang aku dekat rumah terchenta la.mana lagi kan kalau cuti2 ni.
tempat yang paling best adalah rumah dan katil sendiri.
betul tak??
siapa yang tak mengiakan aku cakap ni sila duduk luar atas kerusi! cepat!




aku ada plan untuk cuti ini keluar ke kota tinggi mengepaw kakak aku sendiri
tapi memandangkan hujan turun mencurah2 selama beberapa hari ini jadi macam plan aku dah tak menjadi je
tak dapat la aku nak mengepaw kakak aku nih kan?
haiyak..
kalau dak dapat la sikit barang yang boleh dimelaramkan dimasa akan datang..
hahahhahaa...





kat uma aku ni bahan mainan hanyalah si kucing-comel-busuk aku tu aje.
aku agah dia..
aku sakat dia..
aku kenakan dia..
aku terperanjatkan dia..
sian dia..
comel je..





tu la sape suh dia comel sangat kan.. haha
kan dah kena buli dengan aku yang memang kaki buli nih
menjerit2 budak tu marah aku balik
tapi aku tak takut pun..
hahahhaha




aku dengar Kota Tinggi dah banjir..
hadoiyai!
kota rendah nih!



nanti kalau ada apa2 update aku bagi tahu k!




tata!
 

Tuesday, January 25, 2011

Cannot Go Lah!.

telah kepenatan dan mahu tidur kerana esok adalah hari serving yang penat lagi melelahkan,..


jadi.. sila tidur..

papai!

nite!

Aku Jatuh Hati!

wow!! aku sudah jatuh hati. ini serius. tak main2 tau..








dah lama sangat aku tak jatuh hati.. tapi sekarang ni memang tengah jatuh hati.. tak dan nak kutip balik hati tu.. cuma dia je boleh mengubat hatiku kembali.. awwwww~







gila geli.. rasa nak lempang je minah ni kan?? hahahha







but.. its true.. 
i am in love..
please help me dear..












serius ni der..
tak tipu ni..
tak dapat nak halang perasaan..








sila la sabar..


|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|














suka mak tengok nyahhhhh...
suka.. 
suka...
suka..





skrin










gambar telungkup..hahaha





alaaa... da ta boleh kata ape dah.. nk sangat nih!








Sunday, January 23, 2011

Cerita Masa Cuti



ce cite.. ce cite.. hahha.. aku nak cerita benda ni tapi dah lama. masa cuti sem hari tu. masa hari krismas. kalau korang nak tahu aku every year sambut hari krismas. tak caye?? 





every year sejak beberapa tahun ni memang aku mesti meraikannya. tapi!! korang jangan ingat aku meraikan Krismas pulak. sebab kalau krismas kan waktu cuti dan company abah aku pun cuti. perghhhh.. company ABAH AKU sekali sebut..hahha. padahal ayat dia begini.. company abah aku kerja. baru betul. kalau kakak aku dengar mesti dia marah sebab salah sebut... dia kan cikgu moral + bahasa melayu..hikhik





aku tahu, semua orang dekat tempat kerja abah aku tu mesti menantikan saat 25 Disember tiap tahun. sebab apa? sebab 25 Disember merupakan Family Day bagi company abah aku kerja. maka, adalah aktiviti makan, minum, games, lucky draw dan karaoke..





semua orang suka kot pergi Family day nih. sebabnya? sebab makan free dan dapat hadiah lagi. every person dan pekerja akan dapat nombor dan nanti nombor tu akan dicabut dan dapat hadiah. kalau pekerja tu mesti semua dapat. takkan ada yang tak dapat. kalau ahli keluarga pun mesti semua akan dapat nombor dan biasanya akan dapat. macam family aku, cuma ada 4 orang je.. tapi almost 3 orang mesti akan dapat hadiah cabutan bertuah... dan tiap2 tahun amatlah bertuah. mesti dapat macam2 hadiah. biasanya hadiahnya adalah barangan elektrik rumah macam jag elektrik, juice extractor, radio, hair dryer, table fan, coffee maker dan paling besar adalah mesin basuh!!





best kan dapat barangan rumah? jag elektrik ada 3 dekat rumah. satu je beli. tu pun sebab mula2 akak masuk u dia nak guna. lepas tuh dah tak beli satu aku bawak ke shah alam ni. semua barang boleh guna dengan baik. mesin basuh tu dah setahun tapi belum guna lagi. mesin basuh tu jenis semi auto. yang perah dekat pintu sebelah. bukan sekali. tapi ok jugak dapat mesin basuh. tapi dekat rumah punya mesin auto boleh guna lagi walaupun mesin tu dah jadi separuh auto sebab dah tua dan dia dah nyanyuk sikit...hahahhaha





banyak la pulak aku membebel atas nih kan.. kang sia2 ade orang bagi pelempang sebijik.. meh2 aku nak kasi mata kau semua sedikit appetizer..hahaha





 ini semua plan abah aku.. dia kata nak pergi pengantin dulu baru pergi Family Day.. padahal family day tu start kul 12.. mane sempat.. jadi abah aku arahkan semua pakai baju kurung.. nak pergi pengantin kan katanya.. tapi sekali tak jadi.. maka haruslah mak cun2 dengan baju kurung cotton bunga2 pink tuh pergi Family Day.. hikhik







 hah, ambik kau... sekali abah aku taram baju batik. dah macam YB je gayanya. dah la datang lambat. masuk2 je dengan baju kurung dan make up bagai semua. siap berwedges2 lagi.. mane la orang tak pelik.. mengarut je tibe2 keluarga nih datang dengan cantik sakan. sebab kalau nak ikutkan, rumah kami la yang paling dekat dengan tempat Family Day ni. buat dekat dewan Tanjung Kapal Resort... sekampung la tuh dengan rumah aku..hakhakhak







ini pinggan yang mengadap aku. nasi ade dekat pinggan lain. aku cedok lauk je.. yang penting ada udang goreng tepung dan ayam masak merah. aku tahu sangat ayam masak merah ni siapa yang masak. femes sangat kat tempat aku. nasi beryani paling kaw kat area kampung aku lah.. =P







ni makanan aku dan family aku yang punya... keji tak? banyak sangat. yang ambil dah la aku.. siap berebut2 dengan wedges 3 inci tuh.. smart tak aku?? hehhehe






cun tak? cun tak? muntah!!





antara tetamu yang hadir...






ini amat best. sebab aku jadi femes sekejap. aku kena panggil atas pentas untuk bagi hadiah cabutan bertuah.. awwwww.. bertuah mak uolsss... hahahha.. sekali nama kena point dengan ala2 pengara.. hambik kauuuu.. kena naik pentas.. malu aku. sebenarnya akak aku yang kena point tapi dia pass kat aku. aku kan tak tau malu..hahha.. dia pemalu..cissss!


tapi sesekali vangga mak dok atas tuh..hikhik =P





ni la antara hadiah yang dapat. aku dapat hair dryer, akak dapat coffee maker, abah dapat table fan dan jag elektrik..heeee..





hadiah agak lumayan la sebab ada mesin basuh, tv 29 biasa dan plasma, DVD player, vacum, dan hadiah misteri Sony Ericson Touch.. dengar kata Experia... penat aku baca2 puh2 suh nak dapatkan handphone sony tu.. sekali non ado.. tak dapat pun!




cis! 




lain kali cuba lagi..




tata!


Dah tak tahan

aku sebenarnya dah tak tahan sangat dengan bilangan nyamuk yang sangat banyak kat kawasan rumah aku ni. especially bilik aku yang sedap gelap tu. memang banyak sangat nyamuk kalau malam2. siang2 ada jugak tapi kurang sikit. 




jadi malam tadi dengan semangatnya aku pergi kedai beli barang2 sikit then yang paling penting beli ubat nyamuk. roomate aku kata pakai ridsect yang bukak macam kipas tu berkesan. tapi aku cari2 dekat kedai dekat2 tak ada pulak. cis.. aku beli la yang Fumakilla liquid..










ginilah bentuknya kalau sape tidak tahu. ish, mesti ade tak tahu kan? sebab ada yang tak pernah pakai. macam aku. aku pun dekat rumah tak pernah pakai ubat nyamuk. dalam apa bentuk jua. tak kiralah bentuk bakar ke, kipas ke, liquid ke.. hape2 la.. memag tak akan jumpa benda2 tu dekat rumah. kami sekeluarga redha je kena gigit nyamuk malam2.. 





aku pakai yang oren first tu.. ade bau sikit tapi tak busuk. dan yang amat menggembirakan! aku dapat tidur dengan  nyaman malam tadi! yeah!!!!! tak hancur kaki aku malam tadi. kalau tak rasa macam kaki ni lunyai je kena gigit then gatal sana gatal sini. tau2 dan bengkak je tempat kena gigit tuh.. benci kan..grrrrr~





jadi bila aku rasa dah best pakai ubat nyamuk ni haruslah nak beli satu dan letak dekat rumah. jadi kalau dekat rumah tadelah dapat 'love bite' dari nyamuk. kalau tak tiap pagi bangun menti dapat gigitan cinta dari arjuna yang durjana. tapi tak kesah kalau dekat rumah. sape je nak tengok kan? lagi pun nyamuk kampung besau2. kalau tepuk je puas ati.. nampak.. besau dia macam anak kucing... (hahhaha.. tipu je..)






ok. nak taip entry cepat2 seba nak tengok melodi.





bye!




Blur Blur!



okeh. abaikan header yang kembang2 macam megi yang terlebih rendam. aku buat header tu tapi tak bape jadi. kang aku nak buat balik. tensi aku kenapa ada benda tak boleh ubah. yelah, aku guna CS2 je.. siap ade orang ejek sebab aku pakai CS2.. rendah sangat katanya.. aplikasi lama.. cis! ajarnyer tanak. ni pun aku bersusah payah cuba sendiri tau. orang yang sama jugak kata yang aku tahu tu hanya 5% je dari keseluruhan photoshope..  memanglah sebab aku ni baru nak reti.. kau dah pro jadi memang la kau kata cikai je aku nih..
sobs sobs 
sedih tau ='(




sekali tak jadi. aku buat ni ikut tutorial sis intan yang comel tu buat. suka sangat dapat buat tapi tak reti bab text dia.. tape2 jap lagi aku godeh2 sendiri retilah tu. aku ni suka duduk depan lappy sampai lebam. sampai terfikir, 'eh, aku dah mandi belum? aku dah makan belum? '




cececehhh.. cam tu sekali eh? hiperbola betui! padahal lapar tu sentiasa ada.. hakhakhak. lapar tu tak mengira masa. subuh2 pun boleh lapar gila gaban. macam sekarang ni. aku taip pukul 4 pun perut nga nyanyi lagu heavy metal ni.. cissss! memang nak suh aku makan la kan.. mengade2 betul la perut ni..




nak bercinta aku edit blog aku. nak nampak simple, kemas tapi matang. tapi masalah bila warna yang aku suka kurang meluas penggunaannya. sedih betul. ini diskriminasi warna namanya.. hukhuk.




sok hari ahad. korang ada plan nak pergi mana2? mesti minggu lepas lagik dah plan. macam aku ni sila la duduk rumah kemas apa yang patut. muka rumah je la.hahahahha




owh.. my heartmate tade malam ni. berpergian melepak bersama kawan2nya. owhhh.. saya kesorangan! tidak! 
hek eleh... padahal tak kesah pun kena tinggal ke hape kan.. drama je lebih..



owhhhhh!!! aku benci satu rasa yang amat dem ini. kenapa? sebab aku rasa aku nak makan jemput2 bawang letak ikan bilis hancur pulak.. sangat mengada2 tekak maharaja aku ni. cissss! kalau dekat rumah boley la sok pagi aku order dekat mak aku. ni? nak order dengan sape? diri sendiri? maka tak dapek la nak nolong!




huahahahha..
ok 





tata!


Friday, January 21, 2011

Lakukan Sesuatu Sebelum ia Menular Lebih Pantas!





ni banner dekat kawasan rumah sewa aku.
rumah sewa aku dekat seksyen 7 shah alam nun
depan i-city
melintas jalan kedek2 sampai i-city
tapi aku belum pernah jejak lagi i-city
kesian..
tu cerita lain
ni nak cerita pasal 
banner yang tergantung semalam..





aku sure aku baru nampak semalam.
sebab sebelum ni aku pergi kelas dan balik naik keta dan jalan kaki aku tak nampak pun banner ni
ni semalam memang betul2 aku nampak
bila nampak je terussssss takut





patut la kemain banyak nyamuk
dekat bilik aku banyak gila nyamuk
dah satu cermin tingkap bilik aku lopong
cover2 dengan langsir je
nasib baik jauh dengan pejalan kaki




kalau korang pernah pergi rumah flat area sini tahu la macam mana keadaanya
memang banyak sampah bersepah 
sebab tu banyak nyamuk
nak2 nyamuk bandar





dekat rumah aku dekat kampung pun banyak nyamuk
tapi tu nyamuk kampung
paling hebat pun isap darah sampai bengkak tempat kena isap tu
sok sok gatal dan merah
letak minyak kapak kempis balik
esoknya ok dah 






ni nyamuk bandar
lain ni genetik dia
liar nyamuk bandar ni
dah tu bawak banyak virus pulak tu
choyyyyyyy






takut sangat okeh demam denggi mula menular dekat rumah
patutlah aku asyik kena gigit nyamuk je
rupanya memang ada kes





mulai sekarang kena la buat sesuatu
kena beli sesuatu yang boleh menghalau nyamuk
kalau tak aku memang risau dengan keadaan nih
haritu ada beli ridsect
tapi takkan setiap jam nak menyembur je kan
tak logik






kalau aku dekat bilik kaki mesti kena goyang je 
tak boleh berenti sebab kalau berenti mesti kena gigit nyamuk
macam nak hancur kaki kena gigit nyamuk
ade je gatal2 




risau
risau
risau





ada macam2 jenis ubat nyamuk
ada guna elektrik
ada semburan
ada guna aura2
ada guna apa lagi yek??






korang boleh suggest kat aku tak
mane ubat nyamuk yang bagus untuk halau nyamuk
aku nak beli terus berkesan halau nyamuk
jangan beli ni sekali tak berkesan
beli pulak tu
beli lagi sebab tak puas ati
aku nak satu je yang berkesan dan buat aku puas hati
kau orang tahu sebab apa?







sebab aku tak banyak wang dah sekarang ni
kena la berjimat cermat
kenalah buat pilihan yang bijak,..






hikhikhik..








oke. dah2.
jangan nak ketawa2 lagi
pergi siap cepat.
pergi belanja beli ubat nyamuk dan barang2 lain yang dah habis










hari ni ai tade kelas yuh.
jadi mari membeli barangan rumahan..
hiks
tapi seorang diri
=.='





aci tak?
boley la tuh kan..








tata!








Jiwa





ntah
gambar tade kena mengena. 
buhsan je








sebabkan satu benda semua jadi tak best
sebabkan satu perkara semua kena
jadi sebenarnya dah gagal kawal emosi
emosi yang menguasai













dan yang paling utama







EGO






yes! EGO!








BENCI. 






bai!


Thursday, January 20, 2011

TOTAL

kepenatan hari ini dicampur dengan kepenatan semalam akan menjadi kepenatan yang total dn tiada tolok bandingnya...
hakhakhak..
ni dah start merepek la nih
sebab aku tak tahu lah kalau ada manusia yang tak penat
hikhik





aku memang penat
dari semalam
bawak  ke hari ni
semalam serving
hari ni kitchen





tapi kitchen best
penat2 pun dapat makan makanan yang kami masak
sedap sehingga menjilat mangkuk!
hahahahaha







ermm..
nak tengok gambar?? mane dapat jep!
hahahha
aku malas gila nak upload ni...
rasa nak menulis je
saiko tol minah ni kan..








hahahha..
suka aku la..
sebab aku malas
maka semua orang akan menerima akibatnya!









ayat giler..






penat la.
















ok.
bai!




Wednesday, January 19, 2011

dan hati ni berkata

bila hati ini berkata

kau yang sekarang dan kau yang selamanya
dan hati ni bersorak gembira



bila ditanya mengapa
hanya diam yang kau jawap
hanya mampu tersenyum dan senyap



dan bila aku ungkap hatiku sendiri
tiada getar 
tiada debar
hanya suka
hanya angan2
dan aku terus membisu




membisu tika melihat kamu sangat2 memerlukan aku
walaupun hakikatnya hatiku
hatiku tiada getaran
dan kadangkala
sangat 










perlukan debaran






selamat malam jiwa.




Tuesday, January 18, 2011

sejuk

rasa marah

eh, tidak
rasa benci
eh, tak jugak





rasa ape ek?
rasa kecik ati?
yup..



tersinggung dah pasti





rasa nak blame seseorang
tapi tak tahu siapa
rasa nak marah seseorang tak tak boleh





tersekat dekat dada
dan berkepam dekat hati!







dan akhir sekali aku nak cakap
orang yang gemuk dan banyak ini pun tahu sejuk der..









tu je nak cakap
OK. 




bai!


Thursday, January 13, 2011

rindu bukan kepalang

segmen kali ini adalah rindu bukan kepalang. ye, para penonton  semua. tika dan saat ini saya amatlah rindukan anak kucing saya dan juga rumah saya. padahal saya baru 2 minggu disini. ye, maka dengan ini saya mengistiharkan bahawa esok, ye ESOK ye! saya akan pulang ke rumah! yebedabeduuuuuuu!!


memandangkan USB aku tertinggal dekat rumah maka aku tak dapat upload semua gambar yang telah diambil untuk diedit dan di letakkan dalam blog mahupun FB.. hikhik..


maka, esok dengan penuh semangatnya aku balik nak bawak barang2 aku la der..huuuu.. 



malas nak tulis panjang2.. aku lapar ni der.. tapi ngantok pun ade..hukhuk


nak tidur la...


papai!!


Wednesday, January 12, 2011

Buat Dengan Hati yang Ikhlas

semalam ada kelas serving.. choy! nasib baik beli semua barang keperluan apa yang lect suruh. kalau tak memang la hancus kena marah... masuk2 kelas ke dah ditengok apperience.. kasut, seluar, tshirt, tudung.. kuku pun.. siap ketuk2 lagi..


lepas dah ok semuanya barulah start kerja dengan jayanya.. tanpa duduk, kela la belajar macam2 benda yang membuatkab banyak input masuk ke dalam kepala hotak yang kecil ni.. dan mulalah memproses segala macam benda yang membuatkan kepala semakin saket dan pening..


fine2.. semua orang hadapi semua ni. hikhik.. saje nak hiperbola lebih kan.. tapi memang ianya menyeronokan kalau kita buat dengan ikhlas dan suasana yang gembira.. bukan dengan muka masam dan bengang je setiap masa..


untuk hari ini kelas masak memasak telah bermula.. jadi, selamat masak memasak dengan jayanya! maka dari pukul 10.30 kelas pagi sampai malam aku tak akan balik rumah lagi..choyyyy... 



lagi kalau ada apa2 yang menarik aku kongsikan.. yang tak menariknya aku punya USB tertinggal dekat rumah.. maka dengan itu tak boleh la telak gambar dalam ni..hikshiks!!!!



tata!
nak pergi kelas!



Tuesday, January 11, 2011

Isnin

disebabkan malam tadi berjimba2 yang tak ingat dunia menyebabkan kepenatan kaki dan kelenguhan pada tahap maksimum, maka pagi itu telah bangun lambat pun. sedang enak tidur dibuai rasa tiba2 dengan selamba tangan menutup balik bunyik alarm telefon yang menjerit2..huahahahha


maka pukul 7.21 cik faz pun kejut ketuk2 pintu tengok kiteorang tak bangun2.. nasib baik la baju dah gosok malam tadi kalau tak memang nahas lah! 


bergerak ke kelas dalam pukul 8 dan carik parking tak dapat. benda tu tiap hari macam tu jadiknya. sik2 tak ade parking dalam UiTM ni.. kasik la banyak sikit parking tuh..ni kena parking kat padang kawad.. same gak.. kena baik bas.. kena bayar tambang kalau naik bas rapid.. cis! orang naik kete nak cepat ni kena plak naik bas lagik..memang tak la..


macam biasa jugak, kalau lambat masuk kelas dan kelas dah penuh akan kena duduk depan.. biasa la tu der..hahaha.. kalau dulu sik dok menyorok je kat belakang. tapi ni kena duduk depan pun pasrah je la.. malas mau pk.. yang penting gua mau belajar der.. walaupun gua tersengguk sekali dua tu lumrah la kan..hahhahaa... ke aku je yang tersengguk dalam kelas? korang tak?? 



lepas kelas yang dari pagi sampai tengahari, kami pun pulang ke rumah. dengan rancangan mahu keluar sekali semua terus membuta sampai tak hengat dunia nokkkk...mengantok sangat nok! dan malam baru kami mula berjalan2 mencari benda yang tak pasti.. wawawee... semua belum makan yek hari ni dan terus memcari barang2 yang diperlukan untuk esok...


cari kasut, buat kunci, cari tshirt dan macam2 lagi..dan ketika menuju ke kedai makan, kami nampak spotlight yang terang menderang dekat stadium shah alam.. lol! ada fun fair la der.. jum! main seround dua! harharhar.. dengan muka excited la main yang duduk je then dia pusing2.. makin lama makin tinggi dia naik.. ffffttttttttt... belum naik exsited sekali naik mak kau!! takot siol!!! berenti!!!!!!


macam tragis je padahal kami2 je naik..cis! over jerit2 sakan padahal tak ada ape pun.. tapi rasa pening cam hampeh gak la.. muah jugak..hahha.. lepas tu tak puas, nak main lagik.. naik pulak yang pusing cam cawan tuh.. tu tak pening sangat tapi lampu dia macam haremmmm je terang bebenor! saket mata tengok!


lepas tu semua rasa pening, loya dan nak muntah. dengan perut kosong buleh lak main fun fair bagai. memang mencarik la tu kan.. aku tak leh cakap banyak2 nanti aku muntah lak.. bek aku diam.. ambik napas.. lepas pu pergi makan lak.. sume dah kebulur sebab dari siang tak makan...huuuu


sekian sahaja laporan saya untuk hari ini. semoga kita berjumpa lagi di lain masa.



esok kelas serving. nak tido pening. 



bai!





Friday, January 7, 2011

Hutang Keliling Pinggang






CAK!!


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



buat masa sekarang ni hutang aku keliling pinggang. semua benda aku belum beli dan belum bayar.. sungguh sigh. banyak sungguh perkara yang mahu dibeli dan dibuat. perkara rumah lagi.. rumah ni ok tapi belum betul2 sempurna  lagi. ada je yang  nak kena ubah suai ke hape.. wawawa.. tensi makkk..


hutang dengan kawan2 lagi tak terkira banyaknya. sori ye dayah, lambat bayar kat kau. nanti aku ambik duit aku bayar yep! JANJI! hahahaha...


aku rasa jugak barang aku kat rumah ni tak cukup.. yolah, barang letak2 dalam beg je. nampak berserak. kalau letak dalamm drawer atau tong ke nampak kemas sikit.. nampakknya aku kena la beli tong ke drawer pulak nak kemaskan rumah ni... isk isk..


make sure minggu depan harus complite tak perlu nak pikir lagi pasal ape benda barang rumah tak ok la, tak cukup la... buat semak kepala pikir.. kalau dah siap semua baru senang hati..



ni lagi satu pasal PTPTN ni.. ade ke suruh aku bayar pinjaman masa aku diploma tu.. cis bedebah! aku belum kerja.. ni pun banyak lagi nak guna PTPTN boley lagik mintak macam2 dengan aku ni pun.. marah pun! padahal amsa sebelum masuk u aku dah hantar borang untuk tangguhkan bayaran sebab aku ni sambung belajar lagi.. sekali macam tak complite je apa yang dia nak then dia mintak lagi pengesahan dari pihak u yang aku ni memang pelajar lagi sebab tu tak boleh bayar.. aku dah hantar tapi dia datang pulak surat suruh aku bayar start bulan 12 ni..choyyyyyy!! surat penangguhan hari tu aku hantar tak dapat ke??  ini boleh mendatangkan marah! susah payah aku nak hantar surat tu sekali dia mintak lagi... kemana surat aku tu?? PTPTN tak terima ke??? cisssss!!! 



ni aku nak kena telefon dan bagi tau yang aku ni masih belajar jadi tak dapat bayar.. cissss.. cisss.. banyak pulak masalah timbul kan.. waktu2 cam ni la nak meragam itu ini...bagi la aku ni jalan yang senang2 sikit..



dah2.. malas nak membebel lagi.. hemmm... apa plan korang weekend ni??? pergi jalan? melepak?? shopping?? owhhh.. aku tak boleh shooping... tak cukup guna kemudian hari nanti..huahahahaha...




aku?? aku tak tahu lagi pergi mana. kalau ada orang ajak ke hape ke baru la  aku terkedek2 pergi ikut orang.. nak pergi sorang tak best plus tak ada kawan. kalau ada kawan baru best sikit..huhuhu.. jadi sesiapa ingin berkawan dengan saya??? isk isk..




okey lah sayang2 sekalian. saya akan keluar untuk menguruskan diri yang sememangnya tak terurus ni. supaya reda sikit kepala otak aku nak fikir macam2 benda.. huuuu



tata!




Thursday, January 6, 2011

Ke'free'an yang mengundang kebuhsanan

hari ini dan esok aku tak ada kelas. kelas dalam seminggu ada 3 hari je.. isnin, selasa dan jumaat.. walaupun 3 hari tu ada kelas yang memenatkan seperti masak dan serving tapi yang penting khamis dan jumaat free untuk balik rumah kalau perlu dan masa berehat2.. 




dan sememangnya waktu2 begini bagus untuk tidur lebih masa, berjogging, bershopping, berkemas, menelaah pelajaran dan macam2 lagi..hahahahahha.. ayat aku memang tak boleh blah. semua nak buat list.. padahal buatnya tak..cakap je lebih.. kui2.. lantak la kan.. tapi semangat tu tetap ada untuk buat benda tu semua..


sem ni aku harap semua berjalan dengan lancar. segala jadual yang aku rancang berjalan sempurna. aku tak la hebat tapi cuba memjadi yang terbaik..walaupun banyak kesilapan yang aku telah lakukan selama ni... learn from mistake kan??? heeeeee...



first day kelas adalah cost control.. wuwuwuw.. puan rozian ajar.. dari gayanya macam best je.. tapi normal la dia agak strict.. heeee... lepas tu kelas serving dengan encik wan nasroun... mula2 best tapi dia sangat strict dan sangat particular dengan segala hal.. sampai cara kami jalan pun dia pertikaikan.. first class dah belajar macam2.. dari pukul 8.30 start sampailah pukul 2.30 petang baru dapat balik.. group2 lain dah lama balik sebab first dan cam ala kadar je.. setakat bagi penerangan.. ni dengan en wan buat macam2 benda.. dari dia bagi segala rules dan peneranga.. berkenalan.. sampai ke cara2 jalan, pegang, angkat, lipat, tarik, kenal semua benda seperti utensils dan sampai ke cara lipat kaki meja dan angkat meja pun dia ajar...



gila teliti en wan ni. sebab dia selalu masuk pertandingan cara2 serving dan apa semua tentang serving dan menang peringkat asia.. itu lah yang buat dia sangat particular dengan segala hal.. sampaikanada trick untuk tarik alas meja.. semua la.. pegang pinggan, cawan semua... ushhh... tapi sangat seronok sebenarnya dapat belajar semua hal begini. buat kita tahu macam mana nak buat semua tu. dari perkara minor kepada perkara yang major sekali...wuwuwuwuwu...



balik kelas serving rasa amat penat sebab sebelum ni masa cuti tak pernah rasa penat sangat.. relax je.. sekali kena berdiri 3 jam mau lenguh seluruh urat saraf.. pening2 lagi malam tu..hhahahaha



kemudian kelas memasak2 pula hari rabu malam. yeahhh.. lect en shaquif.. lecturer muda.. baru habis master dalam 27 tahun.. tak tahu single ke married..hahaha.. tapi yang ini tak strict sangat sebab lect muda... ok la.. sebab baru habis belajar.. tapi yang penting subjek masak memasak ni dapat A.. hikhik..



dan sekarang dah pukul berapa... aku belum apa2 lagi.. tak sarapan semua.. dan sangat busan.. rindukan cik husna, jong dan ecah yang selalu melapak dalam bilik berbual2..heeeee...










merasai kemanisan rindu!

sudah lima hari  aku berada di bumi shah alam ni. keadaannya sama cuma keadaan rumah sahaja yang lain. dulu aku duduk asrama, sekarang duduk rumah sewa sendiri. lain la rasanya. tapi lain2 tu sama je.




tapi bila aku duduk disini aku rasa rindu... rindu sangat! rindu sangat kat adik puntal aku. selama sebulan lebih cuti sem lepas tiap2 hari aku main dengan dia... belai2 bulu dia.. main2 dengan dia.. cium2 dia yang mucuk tu.. melihat keletah dia buat penat aku hilang..(erkkk.. aku pernah penat ke masa cuti sem kat rumah hari tu? konpius)








dia. nama dia puntal. asal nama ni mak aku yang bagi sebab ekor dia terpuntal. ekor dia paling pendek antara 5 adik beradik dia. dan aku bajet dia adik last sekali sebab ekor tak menjadi...hehehe







aku tak tahu kenapa aku paling sayang pada dia. dalam ramai2 adik beradik dia yang paling aku sayang adalah dia. kenapa aku tak tahu. dulu, masa dia kecik pernah plan nak buang dia dengan yang satu lagi warna kelabu putih jugak sebab tak lawa. dulu aku suka coklat sebab warna dia nice je. tapi bila dah semakin membesar ni sayang pulak nak buang kucing2 ni semua sebab mereka sangat cumel dan keletah dia buat aku terhibur... bak kata mak aku " dah besar2 ni semua cantik dan manja2.. macam sayang pulak nak buang.." emak pun feeling macam tu. sebab tu la sampai sekarang niat untuk buang tu bantut je sebab melihat kemanjaan dan kecomelan mereka semua...






aku beruntung kot semua ahli keluarga aku suka sangat kucing... sayang kucing sejak azali lagi. even abah aku yang gemuk dan garang tu pun sayang kucing. dia pernah juga dukung dan cium kucing tu. kalau balik kerja je nak rantai motor abah akan usap2 dulu yanti atau apin yang tidur atas motor.. manja2 semua kucing2 aku. tahu je tuan dia sayang dia...







walaupun kos sara mereka tinggi, means makan la.. sebab lain2 aku tak provide. macam sand ke, vitamin ke, ape ke semua aku tak bagi. biar pi la.. kucing kampung... bela la cara orang kampung. kalau aku makan nasik, mereka semua pun makan la nasik.. lauk pulak bergantung pada lauk yang kami makan hari tu.. kalau ikan, ikanlah, kalau ayam, ayamlah.. tapi kalau makan lauk telur ke, sotong ke, daging ke, udang ke, kerang ke mesti diorang tak ada lauk.... kalau macam tu mak aku akan gaulkan nasi dengan kepala ikan bilis atau sardin... mak aku sanggup masak nasi lagi kalau malam tu semua orang makan dan nasi habis.. mak akan masak lagi satu put atau setengah put untuk kucing2 aku makan..lepas masak cedok dan letak kat pinggan sejukkan.. then, dah sejuk baru bagi makan.. curah kicap2 sikit bagi lemak...






kami semua pun kalau makan nasik ingat kat kucing2 seramai 6 ekor tu.. selalu tanya cam ni 


"kucing ada nasik ke ni?"


atau


"mak, nasik untuk kucing ada?"



tapi selalunya mak aku akan kata,


"makanlah.. kucing nanti mak masak lain.."






selama ni walaupun ada kegawatan ekonomi aku sekeluarga termasuk kucing2 tu semua dapat je makan.. tak pernah tak bagi makan.. semua makhluk ada rezekinya kan.. aku harap nanti kucing2 tu dapat doakan kesejahteraan kami sekeluarga dan sentiasa dimurahkan rezeki... sebab rezeki aku, rezeki mereka jugak...





tengok tu.. berebut2 makan.. heee.. semua kalau makan jajan atau makan apa2 je la mesti nak tekup pakai tangan... kira kalau kita 'cop' la makanan tu biar orang lain tak ambil..ehehhehe.. comel je sebab tangan diorang kecik2 je...hehehehhee...
















saya sangat rindukan dia sekarang...





HELP ME!!!!