Happy Cat Kaoani -->

Thursday, October 30, 2014

Buat Tatapan Masa Hadapan







Assalamualaikumm..





ini buat tatapan anda semua dan masa akan datang. aku tak tahu berapa lagi lagi jangkahayat laptop aku dan kalau jadi apa2 at least aku dapat la tengok dekat blog aku ni semula. internet takkan pernah padam kot? hahah.. agaknyalah.




buat pengetahuan semua yang dah tahu dan belum tahu. kampung aku telah diambil oleh PETRONAS untuk Projek RAPID. projek penyimpanan gas dan minyak yang terbesar di asia tenggara. terbesar dinegara. mahu tak mahu kawasan kami la yang terlibat. jadi dengan tak rela hatinya tanah kami diambil alih. 



sedih? jangan cakap la. 
marah? kadang2. bila rasa diri teraniaya.
saket hati? hari-hari.



jadi dengan ini separuh dari penduduk kampung telah diarahkan berpindah ke taman baru yang disediakan. rumah dibuat tapi bukan FREE ye anak2 semua. tak ada apa yang free dalam dunia ni. rakyat tetap akan teraiaya. takkan pernah rakyat dilayan macam raja. tak mungkin. yang payah rakyat. yang sedih rakyat. yang merana rakyat. yang susah payah. yang rugi. semua rakyat.



jadi. inilah hasil kampung yang telah ditinggal tu.














sekejap lagi kawasan ni akan diraatakan dan ditambak dengan tanah. dan lepas tu bermulalah projek RAPID tu. masa tu kita takkan dapat cam lagi kawasan rumah kita dekat mana. 




tak pernah terpikir dalam otak yang kami akan dipindahkan. dah berangan nak buat pelamin dekat mana. nak bukak khemah kenduri kat mana. nak buat rewang2 dekat mana. semua dah pikir. sungguh. tak pernah terpikir akan keluar dari tanah sendiri sebegini awal. 



cakap pun tak guna lagi. semuanya dah hancur.




selamat tinggal kampung. selamat tinggal rumah. selamat tinggal kenangan. selamat tinggal tanah bertuah. dibangunkan oleh arwah tok. tak pernah terfikir lagi.




T___T




babai!






Wednesday, October 29, 2014

Hujung Bulan Baru Reti Nak Update blog!






Assalamualaikumm




sejak2 duduk rumah ni semakin malas update blog. jadi terbiar je blog usang aku ni. dah jadi macam rumah hantu gamaknya. hahha. bukan takat bersawang, malah dah nk roboh kot. haha


haip! sebut2 pasal roboh ni teringat rumah aku dekat kampung. dah kena roboh ke belum agaknya. sedih bila kita pikirkan balik. tapi nak buat macam mana. kita terpaksalah bina hidup ini semula dekat taman ni. harapnya taman ni kekal sampai bila2. huhuhu



sekarang ni aku tak adalah bizi sangat tapi memandangkan ade jugak benda nak dibuat aku jadi malas dulu nak kerja. tolong mak dulu. dah abis2 nanti aku kerjalah. jangan risau ye. hahahha. ade ke orang risaukan aku tak kerja ni? kahkahkah



aku peratikan je data plan tenet celcom ni makin berkurang. RM10 seminggu untuk 300MB je. 3 hari aku guna je dah limit. cikai sungguh. saje nak cekik darah la ni. tumbuk celcom ni kang! dulu RM18 seminggu tapi 1.5 gb. tak pernah tak cukup la. selalunya cukup je. cis betol la. jiwa tertekan mak macam ini woi! hahaha



esok lusa dah nak abis bulan 10. baru aku ada perasaan nak update blog. apelah aku ni. segala occassion aku lepas. malas nak menaip la sekarang. tak dapat nak asah bakat taip laju2 lagi macam ni. hahaha. tapi aku taip banyak typo la sekarang. sebab dah makin gemuk ke hape? hahaha



aku nak ucapkan selamat mengahkiri bulan oktober dengan jayanya. hikss... 



esok 30hb kan? ade special. tapi baru berumur sebulan. macam tak layak je nak sambut. buat malu kaum keluarga dan sahabat handai. haha. =P




sampai sini dulu la. babai korang!




salam