Happy Cat Kaoani -->

Friday, June 18, 2010

Bola Sepak dan Sewaktu dengannya..

sekarang demam bola sepak sebab tengah FIFA WORLD CUP AFRICA 2010
betul ke sebutan saya tu?
ahhh..lantaklah nak betul ke salah ke..
yang penting saya dah sebut..
hehe..



cerita pasal bola sepak ni bagi orang yang minat amatlah menerujakan..
bagi yang tidak berinat macam saya amatlah malas nak tengok

bola sepak itu satu sukan
maka saya sebenarnya tak menyukai sukan
mesti ada yang berbisik
pssstttt.. patutlah eyza tu gemuk kan? tak suka sukan..
hahhahaha..
do i care? haha.. gila belagak..dush2 (*_*)
yang penting saya tak mempunyai penyakit..
sebenarnya bukan tak suka terus tapi atas sebab2 yang tidak dapat dikawal maka saya tidak berapa menyukai sukan..haha

dulu masa saya bersekolah, mesti ada hari sukan
dan kami 'terpaksa' mengikuti latihan sukan yang dijalankan
macam rentas desa, olahraga, lumba lari, lompat jauh, lontar peluru, baling lembing dan macam2 lagi la..
dan cara kami tak mahu terpilih mewakili rumah sukan dengan buat sehabis lembik dan dapat kedudukan corot2..maka kami tak terpilih..haha..jahat kan? 
kalau rentas desa antara yang terakhir, kalau lumba lari no 2 last tak pun last!, kalau lompat jauh cuma lompat beberapa inci je, kalau baling lembing alah.. kadang tak terpacak pun.. tu semua saja je tu lakonan supaya tak terpilih..
bila cikgu umumkan sape yang terpilih dan saya tak terpilih, saya akan senyum memanjang.. bukan sedih tapi suka.. sangat suka! hahaha

dulu kawan saya pernah kata
" sukanlah perkara paling akhir yang akan aku ceburi kalau dah tak ada benda lain yang dapat meneruskan hidup" 
kawan saya ni cakap sewaktu kami membuat latihan sukan di sekolah.
betapa kami tak menggemari sukan..
sekarang kawan saya di UPM dalam jurusan Teknologi Makanan..

itu belum lagi cerita saya dan kawan2 lari dari latihan sukan
dulu masa di sekolah semua ahli rumah kena cuba setiap sukan sebab nak cari wakil bagi setiap rumah
dan kami tak mahu buat semua sukan tu
sebab dah sah2 kami tak akan terpilih jadi buat apa nak cuba dan menghabiskan tenaga kan?
kami lari ke tandas dan bila kami dengar ada cikgu HEM atau guru sukan datang toilet kami menyorok dalam toilet yang kecil tu..
satu bilik tu masuk sampai 5, 6 orang..
nakal kan kami..

namun sekarang saya bukanlah buta sukan langsung
masa piala thomas saya tahu siapa memang dan pemain2 negara..
kalau tentang piala dunia pun saya tahu sedikit
tentang pemain2nya tapi yang terkenal aje la macam Rooney, Cristiano Ronaldo, Kaka, Beckhem, Park Ji Sung, Gerrad, Owen, dan ramai lagi la..haha
sebab mereka hensem sebenarnya..kui3

jadi bila musim bola ni nasib baik tak memprngaruhi cerita lain kat tv sebab siaran langsung tu tengah malam atau subuh..waktu sana kan. 
waktu sini dari siang ke petang tak ganggu
fuh! nasib baik..kalau tak mengamuk jugak la...hehehe

No comments: