Happy Cat Kaoani -->

Sunday, March 31, 2013

Monday!





Assalamualaikumm...













bai!!




Minggu yang membosankan





Assalamulaikumm...



hai2 semua. siapa duduk rumah je hari ni? angkat kaki! hahaha.. sama la dnegan aku ni. duduk rumah je. tak pergi mana2 pun. tak pe la kan. kita duduk rumah kerja siap. kalau duduk rumah kerja tak siap tak guna jugak kan? hahaha..


hah, ni hujung minggu yang amat stress. kenapa aku cakap stress? sebab minggu depan hari isnin aku ada presentation. sangat2 la mentensenkan diri. aku ni bukan la pandai sangat jadi aku risau sangat dengan perangai datin yang macam2 tu. nanti kita jugak yang kena. bukan dia. haha..


ok, tak lawak langsung. risau yang menggunung adelah! jangan nak gelak2 ye.






sangat rindukan mereka. sobsss.. ingin pulang dengan kadar segera. pleaseeeee... 




babai!




Adakah ini benar?






Assalamualaikum..



morning!







tapi aku bukan macam ni eh! aku tak menjerit setakat nampak cicak je. tak ganas la nampak cicak pun nak jerit. bukan cicak tu boleh makan kau pun! hahahaha



k bai!





Saturday, March 30, 2013

Jalan2 cari makan malam2









Assalamualaikum semuaaa...



selamat malam. dah lewat sangat kan hari ni. hahaha.. tapi still membasuh baju dan buat kerja lagi aku ni. kang tak sedar aku tidur je terus kan. hehee. biasalah tu. 


tadi keluar makan sat. kunun nak makan dekat2. konon la. tapi hampeh jauh jugak dibawaknya sampai subang nun. kemain! makan malam je pun. bukan ade apa pun. makan buat alas perut je tapi carik tempat sampai senak perut makan malam ni. hehehhehe..


sekali sampai Murni SS2 Subang haaa.. ambik kau kemain jauhnya la dari Puncak Alam yang berada dipuncak ini. tapi kawan aku ni jenis tak kesah. semua dia ok je. maka terbawalah kami kesini. last pergi sini setahun lalu dengan kawan2 aku jugak tapi yang bawaknya orang lain. ni orang lain. tak apa, janji dua2 sampai! huehuehue


dan kami order makanan ni! weeee.. sebenarnya dulu masa datang sini tak tahu nak order apa. sekarang dah tahu baru la nak yang tuuu... yang niii.. yang tu sedapp.. yang ni sedapp.. kemain kau laju je order! hahahha..













ini la hasilnya kami menternak lemak malam ini. terima kasih kerana membawa kami berjalan jauh2 semata2 demi sepinggan besar makanan ni semua. aku makan spaghetti Alio Oglio. haaa.. sedap! i loikeeeeeeee...



sesiapa yang tak pernah datang makan lagi dekat sini moh ler datang. dijamin sedap! air super banyak. makanan tak pernah mengecewakan. walaupun ade la sikit2 kelemahan tu. biasalah kannn..hehehee


ok2. dah malam. sila jangan terliur ye! 



tatatititutu.



nite.. assalamm..




Friday, March 29, 2013

Semalam yang seronok dan hari ini yang tensen!






Assalamualaikumm..



semalam hari yang sangat seronok bagi aku. tapi bila hari ni aku jadi tensen dan bertambah tensen. bertambah tensen bila aku pikir macam2 benda. penat aku nak pikir. dengan assignment lagi dengan apa yang aku pikir ni lagi. cewahhhh.. macam la benda yang aku pikir ni payah sangat kan sampai nak tensen segala kan?


tapi sungguh la aku tensen. pikir esemen lagi la bertambah2 aku tensen gila ni. nak buat cepat tapi tak cepat sangat pun. minggu depan isnin ni ade presentation yang sangat mentensenkan hidup semua manusia dalam kelas aku tu. tak tahulah kalau ada yang tak tensen dengan presentation tu. aku nak kata tensen sangat tu tak la tapi lebih kepada trauma. 


kenapa aku cakap aku trauma? sebab aku kena buat banyak kali presentation yang semuanya dia tak puas hati. yang dia tak suka dan dia akan suruh kita ulang ayat tu sampai sepuluh kali. ye, sepuluh kali ye awak2 semua. memalukan? rasa macam dah hilang malu la rasanya. hurmmm...


semalam best dan seronok sebab dapat pergi jalan2 dan pergi membeli belah. walaupun aku tak membeli belah sangat tapi aku sedang tanam impian untuk membeli belah macam2 wehh... ikut hati memang macam2 aku nak beli. macam2 aku nak pilih tapi bila melihatkan walet yang semakin menipis mula la sedar diri sendiri. hurmmm...


semalam aku jalan2 serumah tapi jadi asing2. aku dan budak2 kereta aku kelain. satu kereta lagi kelain. hahaha.. tapi yang penting aku enjoyyy!






ni kawan aku dia orang ni. sorang sangat pink, sorang lagi sangat la kuning mustard. tapi santikk.. aku suka warna warni terang2 macam ni. baru bersemangat! hehehehe...






dan dahku telah menyelit ditengah2 mereka dan aku berwarna hijau turquoise! yeahhh.. pendek dan gemok berwarna biru itu aku ye. jangan keliru. hahahaha..





mengapakah dahku sangat pucat ini? ni yang mula nak pikir nak pakai lipstick merah ang ang ni. kang pakai merah2 orang kata gatai nak mengurat pulakkkkkk.. payaohhhh..






ni jumpa baju yang cantik dan ade saiz tapi harga dia cannot go sebab mahal bagi kami yang miskin2 ni. hauahahahha..






kami di dalam lif. besar weh lif dia sebab pasaraya untuk borong kan. harus la lif besau. kalau kecik2 macam mana orang nak bawak turun barang yang banyak2 kan? heee.. dan kami mengambil keputusan untuk bergambar yang ala2 kejakunan sebab baru jumpa lif bercermin yang besau. selalu naik lif uitm gelap, padat sendat, malap dan sesak. tu je la yang mampu aku rasakan..hahaha





berusaha nak nampakan tulisan GM Klang tu jugakkk.. dah nampak aku ketottt je. dah la aku memang pendek. ni nak ambik gambar tinggi2 pulak kan. memang la lagiii nampak pendek! -__-'



itu sahaja laporan hari saya semalam. sekian terima kasih!




huehueheu


babai!!




Wednesday, March 27, 2013

Tak ada malam yang relax!






Assalamualaikum..



selamat pagi semua. dah bangun belum ni? dah sarapan? belum? samalah kita belum sarapan. dah buat air teh susu nak makan dengan biskut tapi belum lagi. buat air panas2 biar sekejap, biar dia suam2 kuku then baru minum. sebelum tu update blog sepam dua. hehehee..


semalam pun hari yang penat buat aku. mengantuk ya rabbi! tak boleh tahan punya. lepas isyak je aku pengsan. tak ingat apa dah. tak pasti la aku tidur pukul berapa. tak ingat langsung. tau2 je tertidur tapi tak mampu nak bangun, sebab terlalu mengantok. ade kawan aku datang rumah aku perasan tapi aku tak mampu bangun dan bukak mata. aku mamai2 macam tu je la. aku pun tak paham dengan diri aku malam tadi. macam makan ubat tidur. hahaha..


ni aku bangun awal la. sebab tidur awal kan. siap mandi semua. nak sarapan je. hari ni hari rabu so relax sikit la tak adalah tensen sangat dengan kerja2. ada je yang menanti tiap2 malam kan. tak ade la relax2 macam selalu. tak apamungkin malam ni relax. boleh rehat sambil buat2 kerja lain. memang tak ada masa yang betul2 relax. ade je kerja yang menghambat kita kemana2. seriusly


nak kata relax memang tak boleh la. dah sem akhir kan. kita ni belajar, buat la cara seperti student sem akhir. akhir. ye dak? yang nak perasan diri kau tu baru nak masuk degree. mimpi la kau. macam ni la gayanya student sem akhir. bz memanjang. kan?


tapi ada jugak masanya aku rasa  tak nak buat apa2. nak jugak rasa macam budak sekolah sekarang ni boleh goyang2 kaki cuti sekolah kan? ni aku perah2 otak tiap2 minggu ada presentation. tensen sangat ok. blerghhhh...





masa ni tengah tunggu kawan aku photostate notes dekat kedai. aku dengan kawan aku sorang lagi tunggu diorang dalam kereta je. masa ni sangat2 panas. tunggu dalam kereta yang tak ada aircond pukul 1 tengahari. sungguh2 panas yang tak terhingga. peluh mengalir-ngalir


tapi masih cover cum melecun dan boleh lagi sambik gambar seketul dua. biasalahperempuannnn.. hehehee


ok la,nanti2 kita sambung semula. aku nak edit report IS aku chapter 1 ni. huuuu.. 



babai!




Monday, March 25, 2013

Isnin yang panjanggggggg





Assalamualaikumm..



salam hari isnin yang indah dan panjang. hari ni aku rasa perjalanan aku sangatttttttt panjang. sebab awal2 lagi aku dah pergi kelas pukul 9. tunggu bas lepas tu terus la buat presentation yang kali ke berapa tah. malas aku nak pikir hal presentation. nak kata memalukan tu satu hal la. tapi masalahnya aku tak paham sangat dengan lect ni. sudahlah. malas nak membangkit. tak guna. bukan dia baca blog aku pun. *harap2 memang dia tak akan baca, matik la kalau baca* hahahaa..


tak ada siapa pun mampu lawan cakap dengan lect ni. semua macam redho je. padahal dalam hati nak membantah tapi sungguh tak mampu. kalau lawan cakap konpem kita kalah. wahahaha.. aku tak mengutuk tau aku beritahu betapa berkuasanya lect aku ni. sabar je la. ni kan sebahagian dari pengalaman hidup yang indah.. huehuehuehue..


tapi disebabkan belajar dengan dia hari ni aku rasa keadaan sangatttttt panjang. aku kena berfikir macam otak ni kejap lagi jadi manager hotel. think like a manager. act like a manager. dan be like a manager. sungguh. dia bagi macam2 kritikal thinking sungguh. buat otak kau tak mampu nak berenti berlari mengejar dan menggapai apa yang dia suruh pikir. otak akan terus berusaha berlari. macam time machine yang dekat hospital. laju dan semakin laju. kadang2 aku lelah jugak weiii.. lelahh.. mana tahan kaan. tapi apakan daya kita hanya mampu mengejar dan terus berlari!


apa aku nak membebel lagi? sungguh letih hari ni. bukan badan letih tapi otak yang letih! penat!. balik2 pengsan semua. ni dah petang2 ni baru la nampak muka memasing. kalau tak harus la sunyi sepi rumah ni. hahaha.. 



aku hari2 tengok akaun Nuffnang aku. bila ntah nak jadi banyak riban2 agaknya. perghhh.. riban2 eh? tak mampu ngko ni. perasan la blog banyak orang baca. bajet muka lawa la nak tayang pamer sane sini. kalau ada pakej boleh la buat blog kau tu naik pastu dapat Nuffnang riban2. haaaa.. memang tak la.


apa aku nak merepek lagi dalam ni? sebab tu la blog aku tak sesuai dapat riban2. sebab cerita benda merepek2 je kerjanya. mana la nak maju melayu sekarang -__-'


ok la. mesti dah bosan dengan bebelan aku kan? aku chow dulu. nanti jumpa lagi k!



bubye!










Sunday, March 24, 2013

Monday blues??






Assalamualaikum semua..



selamat pagi dan selamat berhujung minggu. huehuehue.. rasa macam best pulak hujung minggu kan? yang tak bestnya adalah esok isnin. kenapalah esok isnin? aku tak pernah rasa monday blues. tapi sem ni aku rasa monday blues sangat. sebab pagi2 dah mengadap lect dan ketensenan yang menyerlah keadaan diri yang segalanya.. apa aku tulis ni? teruknya!!






banyak kerja untuk esok, lusa dan seterusnya. sabar je la. dah nama pun student. nanti kalau dah habis study mula la nak study balik. baik masa ni kita habiskan masa sepenuhnya dengan belajar dan berpeleseran. huaaaaa.. lagi beberapa bulan nak habis study dah? 


ok, notes system belum siap, karangan system jugak belum buat. presentation belum prepare. cuma slide yang dah siap. selasa ni ada presentation lagi. semuanya presentation. semua nak latih kamu bercakap dalam keadaan yang amat baik. itu bagus tapi ketensenan aku memang terserlah la. aku ni jenis tak minat banyak sangat presentation. huuuuuu.. 


ni kejap lagi aku nak pergi econsave nak beli lauk pauk. untuk dimasak tengahari nanti. kalau tak nak makan apelah?


k la bai. mak2 nak pergi kedai. hehehee...






Friday, March 22, 2013

Tekanan. Tertekan dan ditekan.








Assalamualaikum...



hari ni aku stress. pergi buat presentation pun masih lagi ada yang tak kena. kena buat lagi. AGAIN. *sigh*. tu la iza. awat la kau ni tak bijak. kalau jadi orang bijak kan bagus. jimat masa, wang dan semuanya. ya ALLAH.. tensen sangat


kalau bijak kan best :

1- tak payah bayar balik ptptn. dapat CGPA 3.70 keatas konfem ptptn free. *bestnyaaa tak payah bayar*
2- jimat masa study. tak perlu nak lalui diploma lepas tu degree. lepas tu kau tua di universiti. masuk matrik muda sikit. keluar umur baru 22 or 23. sobssss..
3- jimat waktu study. 
4- jimat kertas tak payah tulis2. baca je dah paham. sekali baca je pulak tu. phewww.. bijok!
5- tak perlu nak buat re-do presentation.
6- tak perlu re-do assignment
7- tak perlu study awal2. last minit pun ok. gerenti masuk punya.



apa lagi yang aku nak listkan? huaghhhh.. besntnya la hai. kalaulah aku ni jenis macam dekat atas kan bagus. ni tak. jauhhhhhhhhh sekali


orang kata jangan merungut. bersyukur dengan apa yang kau ada. usaha, amal dan takwa. tapi... aku rasa sesekali kita harus pikir tentang kegagalan kita dan kerana kegagalan kita tu la kita bangkit. tapi mesti orang kata, gagal berkali2 bukan bermakna gagal selamanya kan? 


semua tu kata2 semangat je. selebihnya kita yang handle dengan diri kita sama ada kita terlalu tertekan atau tak. semua tu terpulang pada diri kita yang rasa dan pikir. mungkin kita tahan kena marah. buat muka seposen je. tapi ada orang lain sampai nangis2. daku tak ada la sampai nak nangis tapi rasa down dan marah kat diri sendiri tu amatlah tebal. rasa macam nak boikot diri sendiri tak nak makan seminggu! mihmihmih...


tak makan nasik seminggu. bukan tak makan langsung. hikhik. mana boleh tak makan langsung. lapar jugak. nanti macam mana nak buat presentation? kan???


ahhhh.. aku dah terlalu tensen ni. tak ada sape2 ke nak bawak aku pergi jalan2 ni? tolong la anyone???


berangan la kau iza! pui!!!



k. bai



p/s : tak ada gambar sebab emosi tak stabil. *marah*




Presentation Re-do!






Assalamualaikum...



esok aku ada re-do presentation. ye, re-do. kau jangan gelak, aku cepuk kang. hahaha.. tapi tak apa. hampir separuh kelas kena redo. i is rela. terpaksa dalam rela. nak buat guana. lecturer yang suruh re-do. dari dapat markah sikit baiklah kita meredokan diri kita semua ye anak2 sekalian! hehehe..


tapi yang tak bestnya esok kena buat re-do presentation dekat Shah Alam. bukan kat puncak alam. perghhhhh.. nak berangkut kesana pulak kan. sedihhh.. dan2 la masa ni lect nak buat dekat Shah Alam. jauh jugak la dari sini. mau sejam kan. tu kalau naik kereta. kalau naik bas sejam lebih ke dua jam macam tu la.


so esok laju2 la ke Shah Alam awal2 sikit. presentation tengahari. lepas solat jumaat. mana yang perempuan tu sila la buat presentation dulu. lepas tu mana yang ada lelaki pulak present. kalau ikutkan hati lect tu nak buat pagi kut. tapi tak tahulah lect tu punya perancangan kan. ikut ajelah


ok la semua. dah pukul 1. esok nak kena bangun awal lagi. sekarang ni sebelum tidur aku nak gosok baju sekejap. kalau esok semua nak gosok baju karang lambat pulak. tak pun berebut. malas aku bab2 berebut nih. hehehehe..


nah seketul!





budak mulut bising yang sangat annoying! geram aku tengok mulut dia tu asik la berbunyi. macam nak selotip je mulut comel merah dia tuh! grrrrrrr...



k la. babai!