Happy Cat Kaoani -->

Monday, January 20, 2014

Jajan masa kanak-kanak







Assalamualaikum..


macam nak cerita pasal jajan masa kanak2 dulu. masa dulu kalau dapat jajan2 ni rasa macam happy sangat2. berganda2 happynya. syok sungguh.
aku ni jenis tak banyak karenah. jajan pun tak mahal. dah kata budak kampung. jajan seposen dua tu dah kira bagus. aiskrim mesti bawah seringgit. kalau lebih seringgit aku rasa mahal sangat dah. 


kalau nak cerita pasal zaman budak2 memang tak pernah habis. 
bila terkenangkan aku rasa syok sangat sampai tak nak besar. tapi jujurnya bila dah besar macam ni rasa nak kecik balik. sebab kalau kecik tak perlu pikir apa2. pikir pergi sekolah. pergi sekolah agama. mengaji. pergi koko. pergi tuisyen dan balik buat kerja rumah. tu je sebenarnya kehidupan sebenar budak2 zaman aku. dan sebenarnya aku sendiri la rasa macam tu. tayah pikir itu ini. tayah pikir kerja. tayah pikir zaman pekerjaan. 


jujurnya zaman sekolah dengan zaman universiti adalah paling best. tipu la kalau kata tak best. mesti lagi best dari zaman dewasa-kerja-tak-pernah-habis ni kan? haaaaa.. jangan tipu!


ni dia jajan2 yang aku sukaaa makan masa kecik2 dulu..























ni semua jajan yang aku suka makan masa kecik2. sungguh tak akan lupa rasa dia dan teksturnya. hahaha.. gila menghayati bila makan sampai teringat2 kan. hahaha.. paling aku suka sampai sekarang adalah jagung manis tu. sedapnyaaaa...


kejap lagi pergi kedai nak beli la. hahaha


korang makan tak benda2 ni masa kecik dulu?



Shepherd Pie







Assalamualaikumm..



semalam rajin pulak diri ini. setelah bertangguh selama beberapa minggu nak buat Shepherd Pie ni maka semalam aku bulatkan nekad untuk membuatnya. walaupun terdapat pelbagai halangan seperti banyak makanan lain, pasar malam, pergi tesco, akak beli kek dan sebagainya tetapi tidak akan melunturkan semangat ku untuk terus berjuang untuk membuat benda alah ni. haaaaaa....


drama gila kronologi. pirahhhh iza woi! padahal kau kan penanggur tegar banyak gila masa kau dekat rumah ni. tayah nak propa sangat la sampaikan banyak sangat halangan yang jitu gitu. 


dari aku terus membebel yang bukan2 akibat kebosanan di rumah meh la aku bagi resepi Shepherd Pie ni kat korang. banda ni bahan2 dia senang je nak dapat, kalau korang pergi Giant, Tesco, Econsave, Kedai Runcit biasa pun ade kot. jangan gundah gulana ye anak2. mari2 hakak nak tunjuk bahan2 dan cara buat benda ni.


aku ambik resepi ni dekat blog Cik Epal blogger tersohor tuh. selepas aku google macam2 blog dan resepi Shepherd Pie ni rasanya aku pilih resepi paling mudah dan aku suka. nampaknya resepi Cik Epal yang senang dan mudah. haaa.. jadi apa lagi aku cubalah. kalau nak tengok sila la click dekat nama cik epal yang besar atas tu. haha!


Shepherd Pie

Untuk layer kentang :

10 biji kentang (kentang aku kecik2 so guna sepuluh, kalau korang punya kentang besar2 5/6 bijik pun dah ok kot)
1/4 cawan fresh milik
3 sudu besar butter
1 sudu kecil lada sulah
Garam
1 biji telur kuning telur
Pewarna kuning

Cara:

1. Kopek kentang, rebus sampai empuk, toskan dan lenyek.
2. Masukkan butter, lada sulah, garam dan mash lagi.
3. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan mash lagi sampai lumat dan lembut.


Untuk layer daging/ayam:

1 labu bawang besar (cincang)
4 ulas bawang putih (cincang)
1 biji tomato (dadu)
1tin kecil tomato puree (jenama kimball sebab murah je.. hihi)
1/2 tin cendawan butang (dihiris nipis)
1 paket daging/ayam cincang
1 sudu kecil black paper
1 sudu besar oregano (banyak pun sedap, semerbak baunya)
2 sudu besar sos cili
Daun ketumbar @ daun bawang
Garam
Cukup rasa @ kiub ayam/ daging
minyak/ butter untuk menumis


Cara :

1. Cairkan butter  dan tumiskan bawang hingga layu.
2. Masukkan daging/ ayam kisar dan masakkan hingga bertukar warna.
3. Masukkan tomato puree, sos cili, black paper,oregano. Gaulkan.
4. Masukkan tomato, daun bawang dan cendawan. Kacau hingga mesra dan biarkan sehingga air kering.


Cara masukkan di dalam loyang:

1. Griskan loyang dengan butter terlebih dahulu untuk memudahkan kita memotong bila dah siap dibakar nanti.
2. Letakkan mash potato sedikit di bawah loyang sebagai base. janji tutup permukaan loyang cukup.
3. Kemudian letakkan filling daging/ ayam yang dah siap dan dah disejukkan sebentar tadi dan tekan sedikit biar inti mampat.
4. Kemudian tutup balik inti dengan mash potato selebihnya dan ratakan sehingga habis dan penuh loyang.
5. Ambil satu biji kuning telur dan pewarna kuning dan sapukan atas mash potato.
6. Gariskan atas potato dengan garfu atau kalau korang lebih berseni dan tangan lembut boleh la buat macam2 hiasan lain.haaaa.. aku x kreatif so boleh je la.
7. Bakar dalam oven 180 celcius dalam 25-30 minit untuk keringkan atas mash potatonya.
8. Tadaaaaa! siap!



inilah hasilnya bila dah siap aku buat. huehuehuehue...











inilah hasilnya selepas bertungkus lumus menyiapkannya. ewahh.. padahal bukan sesusah mana pun nak buat benda ni. haha.. hasilnya macam ni. tak terlalu tebal sebab sikit je fillingnya. jadilah kan buat makan sendiri. tak tebal sangat tak nipis sangat.


hihi. anyway, selamat mencuba semua! babai!




Thursday, January 16, 2014

Bilik Tidur Idaman







Assalamualaikummm....




lamanya tak menulis blog ni. phewww.. agak bizi sejak kebelakangan ini. yela, aku kan pencari kerja tegar. pastu penganggur tegar jugak. kuikuikui..  ala, bagi la can aku berpoya2 sempena aku tak kerja. padahal nanti kalau dah kerja lagiiiii la tak ada masa nak menulis blog ni. 


kononnya la, aku ni sukaaaa menulis hal yang bermacam2 benda dekat blog. hal diri dan sekeliling tapi pemalas nak tulis. last2 biar terkepam tak berupdate. Kadang2 aku rasa blog aku ni dah macam Villa Nabila dah terbiarnya. ade tak sesapa Paranormal nak buat kajian atas blog aku ni. mungkin ada penghuni lain macam Kellie's Castle atau Villa Nabila. kahkahkah..


merepek apakah manusia bertubuh gempal ini? pembawakan? pembawakan mengarut.  kihkih. nampak sangat la aku ni tak berapa nak betulnya. asik la ketawa sendiri. padahal korang tak gelak pun. ni sebenarnya aku tengah berangan nak mereka hias bilik aku macam mana nanti. aku kan kena pindah rumah baru. lepas tu aku dapat sebilik sorang dan aku mula rasa nak mereka hias bilik tu dengan penuh perasaan kasih sayang. kuikuikui.


mula la reseptor berangan aku sampai ke mana2 dah. nak macam tu la, nak macam ni la. padahal biliknya sekangkang kera je. kesian la aku ni. tapi tak apalah. aku tetap jugak nak berangan sampaikan rasa syoknya nak kemas bilik sendiri. jangan pikir hal barang rumah lain, sebab kalau pikir hal lain memang nak nangis banyak sangat.


ni nak share dengan korang beberapa bilik yang aku berkenan dihati la.




ini bilik paling aku suka kot.sebab ada tulisan khat dekat atas katil tu kan. lawa sangat pada aku. simple dan kemas. jangan serabut aku tak minat nak kemas nanti. payah tau. ni senang sikit.. hihi






haaa.. yang ni pun cantik sangat. sebab kemas dan comel. aku rasa bilik aku nanti lebih sesuai kalau bilik katil rapatkan ke dinding. jadi banyak sikit space nak solat ke atau nak buat kerja apa2. betul tak?






bilik ni cantik untuk tipikal bilik biasa. senang dan mudah. simple but nice. iols kan suka benda simple2 ni. haaa.. ni antara pilihan aku la kiranya.






almari ni cantik tapi tak boleh kunci. tu yang tak best. tapi katil dia cantik kot. simple dan warna putih. almari tu cantik dan besar. luas. boleh isi banyak baju2 dan barang2 aku yang berlambak tuh. kuikuikui





bilik ni nice tapi banyak sangat kot lukisan dekat dinding tu. jadi serabut pulak aku. kalau buang lukisan dinding tu lepas tu kerusi meja study tu yang simple2 je warna putih je dan sweet dah. paling aku suka karpet dia. lawa kot!




kalau bilik macam ni hari2 tiap saat rasa nak tidurrrrr je gayanya ni. relax sangat dan santai. memang sesuai untuk merehatkan diri dan tenangkan fikiran yang penat dan serabut dengan kerja yang menimbun!




kalau style macam ni pulak aku suka sebab jimat space. bawah katil yang biasanya simpan cadar la, apa la sampai bersawang2 bawah tu kali ni bila ada drawer kan bagus dan kemas. nak guna cadar baru, sarung bantal baru, selimut tarik je bawah tu. mudah!






maafkanlah diriku sebab gambar2 ni aku ambik dekat google je. so agak hancus la gambarnya. bilik ni kalau korang tengok boleh tahan la lawa. design agak moden.






bilik ni kalau dah kawen sesuai lah sangatttttt pada aku. sebab depan tu boleh lepak2 sebab ade kusyen. katil dia pun macam best. ehehehe.. tetiba datang kegatalan yang nyata. nak kawen lah! kikiki






bilik ni sesuai sangat untuk student yang compact yang suka study malam sampai lebam pastu tolak kerusi bam pengsan atas katil. bawah katil baju2 dan carpet. sebelah ade rak buku yang sempoi dan senang sikit nak cari. kan.. kan?





ini macam elegen la sikit. ada dua katil sebab untuk hotel biasanya. karpet pun bercorak cantik. kemas dan selesa.









untuk dua gambar ni sama je. katil dan bilik yang sama. sempoi dan ringkas untuk remaja la macam aku. ade pulak bebear yang comel kat tepi tu. naikkan seri lagi.


ni la antaranya yang aku minat. haaa.. kalau ada lagi suggest la kat aku, mana tahu boleh tambahkan idea aku nak hias bilik aku nanti. hihihi..


ok la uols.. iols lapar dah. nak makan malam. hikhikhik


tata!






Wednesday, January 1, 2014

2014: Permulaan Sebuah Kehidupan








Assalamualaikumm..








hallo! selamat tahun baru 2014. macam syok tahun baru tapi macam tak syok pulak. pada aku syok la jugak. tapi yang tak syoknya bila umur makin bertambah tapi poket tak bertambah apa2 pun! adududuudu! ahahhaa.. macam mana poket nak penuh kalau tak kerja ye dak? hihi..

hai, salam jobless berjaya dari saya. jangan tanya la kenapa aku tak kerja lagi. tanya la kenapa aku labat kerja. haha, poyo sungguh mu ni. tahun baru ni apa cer semua? tahun baru penuh emosi ke ape? ala, buat relax sudah. follow with the flow kan. 


aku bukan tanak kerja, cuba tangguh je sikit. tolong2 mak je. uols tahu la kan ura2 nak pindah rumah tu lama sangat sampai macam tak tertagak dah aku rasanya. cari kerja tu biasalah semua mencari bukan tak cari tapi dapatnya idok. 


tahun lepas 2013 checked. ala, aku bukan buat azam tiap2 tahun. malas nak letak harapan tinggi2 ni sebab kalau tak tercapai nanti saket! jadi cukuplah bila aku kata, aku mencapai target bila aku boleh memandu di tempat aku study Puncak alam dan Shah Alam. dulu selalu pikir boleh ke drive dengan kawasan banyak sangat kereta ni? haha. akhirnya. boleh ler jugak. jadi rasa berguna sikit diri untuk kawan2. bila orang mintak tolong drive ke ada hal ke boleh la aku tolong hantarkan. tak adalah harapakan orang je. 


second, bila aku abis study. dulu masa masuk degree selalu pikir tahun 2013 aku akan abis degree. waaa.. lamanya. almost 3 years jugak la. tapi alhamdulillah la bak hang boleh jugak habis walau apa halangan sikit2. haha. tu je la kot benda yang aku rasa aku capai dengan jayanya. 


sebenarnya aku nak cerita apa pun tak tahu. aku baru baca blog yang penulisannya tak memberangsangkan aku so aku pun menulis dengan cara yang tak memberangsangkan. kahkah ! salahkan orang lain pulok. tu la akibatkanya bila kita blogwalking. otometik macam terikut cara orang bila kita menulis tu. sungguh la lalang perempuan ni!


untuk tahun depan ni tak tahulah apa azam aku sebenarnya. sebenarnya tak pernha buat azam yang mutlak. hanya impian dan angan2. hahaha.. sungguh la tak ada matlamat jitu tau perempuan ni. kesian!


semakin hari semakin kehilangan sengat nak menulis. bila nak menulis cerpan ke novel pun tah tahulah. angan2 pasang sampai tua tapi tak pernah terlaksana!


semakin dan semakin malas nak menulis sekarang sebab ada instagram. apa2 tengok je gambar dekat situ. tu yang rasa malas sungguh nak menulis panjang2 dekat blog. huuuu


ok le beb! 1hb 2014 pun dah nak habis. jangan risau. ada 364 hari lagi. insyaAllahhh..



babai!