Happy Cat Kaoani -->

Monday, August 8, 2016

Tips Umrah - Barang Kelengkapan Sebelum UMRAH







Assalamulaikum...



rasanya kalau dah baca part 1 haruslah ada part 2 kan.
itu pun kalau orang nak tahu dan nak baca.
kalau tak nak tak paksa. amboihhh.. ayat sentap. haha
aku rasa part 1 haritu sangat tak membina. macam tak ada pegisian.
macam aku saja2 tulis journey aku ke umrah padahal banyak benda yang aku kena highlightkan kalau 1st time kesana.

maafkanlah diriku ini. selalu pelupa dan sangat pemalas. haha

bermula dengan persiapan nak kesana.
segala dokumen dah settle kan. pastu pergi pulak bayar kat agent pastu tunggu je la agent bagi jadual perjalanan dan bagi tahu visa lepas tak.
tapi kalau risau boleh je call agent cakap nak tanya visa.
nampak macam memaksa nak tahu tapi tu hak kita kan untuk tahu.
tapi janganlah kau telefon setiap sejam kat agent. sawan budak agent tu nanti. haha

aku dulu seminggu sebelum nak berangkat dah dapat tahu visa untuk batch aku semua lepas.
Alhamdulillah.. syukur la. cuma visa kat KL. tak bawak balik JB.
so nanti bila hari aku nak fly baru dia bagi dekat airport katanya.
jadi kita sabar dan tunggu dekat airport.

2hari sebelum fly agent ada call bagitahu nama mutawif dan no tel mutawif.
agent bagitahu sekali masa naik flight. pukul berapa kena ada sebelum fly semua.
tapi malangnya masa tu aku pergi kenduri nikah kawan.
masa agent tu cakap tak sempat nak ambik no telefon mutawif tu. adodoii..

aku pegi KL sehari awal naik bas.
barang semua masuk beg yang agent bagi je. baik sangat wei aku. bawak beg kecik padatkan segalanya dalam tu. haha.
rupanya orang lain bawak beg besau2.
iols pertama kali kan. tak apalah.
tapi Alhamdulillah.. semua baju cukup. masa kat Madinah aku dah pakai jubah beli kat sana, ngam je rasanya. pakai je la. haha.

sebelum aku ke umrah banyak aku google benda2 yang patut aku tahu dan wajib aku tahu.
macam pakaian. sebab perempuan kan memang rumit sikit bab2 pakaian.
jadi aku google banyak mana nak kena pakai. macam mana nak pakai. sesuai pakai waktu apa.
apa kena bawak. berapa kena bawak.


1. BAG

Contoh bag dari Tiram Travel. Travel agent yang aku guna. 


sebelum itu, barang paling penting adalah BAG.
bag biasanya ada 3 jenis.

1. Luggage bag
2. Hand carry bag
3. Sling bag/handbag

Luggage Bag

Bagi yang ikut agent, biasanya agent akan bagi bag luggage dalam lebih kurang ukuran 20 inci.
beg ini muatan lebih kurang 20kg.
jika travel agent tak bagi kenalah beli sendiri.
beg yang sesuai adalah jenis CLOTH bag.
sebabnya cloth bag susah pecah. jarang koyak.
kalau beg jenis ABS tu kemungkinan akan pecah tu tinggi.
sedangkan aku pergi Indonesia je dah pecah, inikan ke Mekah.
tapi... kalu pakai bag ABS jenis mahal tu biasanya ok je. yang mudah pecah bag ABS murah.
jadi silakan buat pilihan tepat ye.
macam aku, aku dapat dari agent. jadi tak perlu beli bag lain.

Hand carry bag

Handcarry bag ni berat tak lebih 7kg.
boleh dibawa masuk ke dalam kapal terbang.
biasanya digunakan untuk letak telekung, ihram dan barang keperluan lain.
Bag ni penting juga sebab

Untuk Lelaki:-
* Jika flight terus ke Mekah, maka lelaki perlu memakai ihram di airport jadi bag ni boleh isi kain ihram, baju yang kita dah tukar tu dan keperluan lain macam ubat, selipar dan sebagainya.
* Bag handcarry mudah kita nak bawa dan boleh isi keperluan lain juga selain isi di sling bag.

Untuk Wanita:-
* Sesuai untuk meletakkan telekung, buku panduan umrah.
* stokin lebih dan barang keperluan lain untuk solat dan barang keperluan wanita macam extra pad, plastik, stokin extra, make up pouch (bukan make up pun ini lebih kepada kebersihan diri untuk oral dan breath) perjalanan panjang kadang2 buat mulut kita berbau.
* extra pakain dalam untuk jaga2.
sebab wanita ni banyak sangat syarat jadi kita perlu ada barang bersama kita.
kalau semua masukkan dalam luggage nanti kalau tiba2 period tak sedar, sampai seluar basah kena darah atau bocor. jadi kita ada extra pakaian dalam, extra pad, dan plastik untuk bungkus pakaian dalam tu. cucian didalam flight agak rumit kerana tidak boleh basahkan lantai toilet flight.

perjalanan dalam flight 9 jam tu lama. banyak kemungkinan boleh belaku.
sebelum flight pun kita dah datang di lapangan terbang pun dah berapa jam kan.
sampai di airport Jeddah dan sehingga selesai umrah pertama anggaran 24jam atau lebih.

*** maaf kalau perkara ini terlalu sensitif bagi berlainan jantina. saya menulis untuk lebih details dan pengalaman sebagai wanita. jika ada pembaca lelaki sila ambil sebagai pengetahuan. ilmu ini boleh di ajar pada isteri, mak, kakak, anak perempuan yang sama2 ke umrah/haji juga akan datang ***


Sling bag/hand bag

Kebanyakkan trael agent ada memberi beg sling untuk umrah yang bercop travel agent itu sendiri.
lebih mudah gunakan bag itu sahaja. jimat.
bag cukup luas untuk kegunaan jemaah.
barang yang biasa kitabawa dalam sling bag adalah :-

1. Buku panduan umrah
2. Alat pengira zikir
3. Spray wuduk
4. Bag woven/plastik untuk isi selipar
5. Al-quran
6. Tisu, wet tissu dan hand sanitizer
7. Powerbank
8. Handfone
9. Passport dan wang
10. Stokin extra
11. Sapu tangan @ tuala kecil

** Wang tidak digalakkan diletakkan di dalam bag. sebaiknya letakkan di badan seperti di kocek baju,seluar dan tempat lain selain bag **


2. PAKAIAN

jadi meh la aku senaraikan pakaian wanita yang sesuai bawak dan sepatutnya bawak ke umrah.

Pakaian Wanita:

1.   Telekung ( Putih/ Hitam)  - 2 pasang
2.   Jubah                                 - 4 helai
3.   Seluar panjang                  - 2 helai
4.   Tudung                              - 2@3 helai
5.   Baju tidur dekat bilik        - 2 helai
6.   Seluar tidur/ Kain batik     - 2 helai
7.   Stokin                                - 5 pasang
8.   Hand sock                          - 2 pasang
9.   Baju tshirt berkocek           - 1 helai (optional)
10. Kasut                                  - 1 pasang
11. Selipar                                - 1 pasang
12. Baju dalaman                     - 5@6 helai
13. Anak tudung                      - 2 helai
14. Tuala ( tidak perlu bawa pun tak apa sebab di hotel disediakan)


1. Telekung

Aku bawak sepasang putih dan satu telekung tanpa kain hitam.
saja je beli hitam. try test best ke tidak.
tapi memag best sebab kainnya memang selesa.
aku beli telekung jenis lycra yang warna hitam ni.
yang warna putih tu kain cotton.



2. Jubah

Jubah ni depends la kat korang semua nak bawak berapa banyak. aku bawak 4 helai.
memula nak bawak jubah seluar. nak pakai masa ziarah kononnya.
tapi last2 tak bawak. bawak blouse panjang tapi tak pakai pun. haha.
sebab mudahnya pakai jubah je dan semua orang pakai jubah.
baik yang mudah je kan.

dekat Jabal Rahmah. tudung sarung hitam jubah hitam. haha


jubah aku bawak 2 hitam, 1 putih, dan 1 dark blue.
dekat Mekah ade beli 3 helai jubah. sehelai aku dah pakai kat Mekah.
aku muat. mak and akak tak muat. tangan dan bawah labuh.

dekat Madinah beli lagi tah jubah. lupa.
aku pakai sehelai untuk balik. sebab aku muat ok je aku bedal je la, hehe.

jadi nasihat aku kalau badan sedang elok gemok macam aku, baiklah bawak jubah 3@4 helai je.
lepas tu kau beli je. seriusly banyak dan akan rambang mata.
kalau dah namanya perempuan memang melingas aku tak sabar tengok kanan kiri nampak semua macam cantik dan geram nak borong banyak.
hahahah. jangan sawan jubah sudah. hehee

orang kata barang kat Madinah lagi murah, tapi aku tengok barang dekat Mekah pun not bad murah jugak. aku ni tak tahu tak ada beli barang apa sangat Mekah.
sekali sampai Madinah menyesal sebab tak beli kat Mekah sebab barangnya cantik dan murah. haha. sabar2. dugaan. lain kali pergi marilah membeli banyak2 dekat Mekah. haha. pengalaman kan.

3. Seluar panjang

Seluar panjang ni sangat penting untuk korang pakai dekat dalam jubah.
kalau jalan2 laju2 dan naik tangga nanti terselak2.
rasa memang insecure sangat kalau kita kat sana pakai jubah tak pakai seluar panjang.
rasa macam berangin dan bogel je dalam tu kalau tak pakai. haha. itu perasaan akulah.

seluar panjang ni jangan bawak yang tebal.
bawa yang ringan dan selesa kau pakai sebelum ni.
aku bawak seluar slack pinggang getah dengan seluar trek.
pinggang getah selesa. seluar trek tu ade kocek zip. jadi aku suka.
senang nak simpan duit dalam tu.
zip selamat sikit tak terkeluar atau tercicir duitnya. recommended sungguh. hehe

4. Tudung

Aku bawak tudung sarung sehelai hitam, sehelai instant 2 muka hitam, shawl biasa yang dengan tudung putih.
sekali dekat Mekah dan Madinah tak ada seterika weh. tak terpakai shawl aku tu. haha.

last2 pakai tudung sarung masuk tu je kemana2.
cuci kering pakai lagi. haha. tapi kat Madinah cuci cepat kering.
dekat Mekah lambat sikit kering sebab dalam hotel sejuk bebenar.
aircond hotel tu dan centralize agaknya.
penat la aku tekan remote slow la off la still sama je macam tu keadaannya. haha.

siang ke malam ke nak berselubung je dalam selimut.
sejuk benor. haha. nasib la tak banyak sangat kat bilik. banyak masa kat luar. hehe.

Kalau nak beli dekat sana pun banyak shawl hitam dan warna warni untuk kita pakai atau sebagai cenderahati.
jadi kalau nak pakai yang disana punya tak perlu bawak banyak dari sini.


Pakaian Lelaki:-

1.  Ihram                         - 2 pasang
2.  Baju melayu/ kurta    - 2@3 helai
3.  Seluar panjang           - 3 helai
4.  Baju tidur di bilik      - 1@ 2 helai
5.  Seluar/kain pelikat     - 1@2 helai
6.  Baju tshirt berkocek   - 1 helai
7.  Selipar
8.  Songkok/kopiah
9.  Tali pinggang ihram
10. Pakaian dalam 


1. Kain Ihram

Kain ihram adalah sangat penting untuk lelaki. Wajib ada.
Beli yang sesuai dengan ketinggian dan kelebaran badan anda.
Sebab kain ihram ada saiznya.
Kain ihram biasa berukuran 45 X 90 inci
manakala untuk orang bersaiz besar ukurannya 50 x 100 inci

Ini saiz biasa


Contoh kain ihram saiz besar. kadang kala ditulis JUMBO.



Barang keperluan lain:

1. Ubatan dan supplement

Ubat ni bawa yang basic.
Bawa yang biasa kita makan.

1. panadol
2. ubat sakit perut
3. ubat selsema
4. ubat batuk
5. minyak kapak
6. vicks, or minyak/balm yang selalu korang semua guna.

kat sana ubat agak mahal.
jadi baiklah bawak dari sini sesiap ye. mudah.
perut pun dah selalu terima ubat tu.

ubatan lain adalah ubatan yang wajib dimakan sebab ada sakit tertentu.
contohnya sakit darah tinggi, kencing manis, sakit jantung atau sakit2 lain yang biasa.
selalunya ubat ni ada prescription doktor tapi kalau nak mintak surat dari doktor pun boleh jugak.
in case kalau ada berbangkit kat airport jadi ada surat. tapi biasanya tak pun. hehe

Kalau anda jenis makan supplement sila bawa supplement anda secukupnya.
dan diletakkan dibekas yang sesuai dan bersih.


2. Alatan mandian

1. Sabun
2. Syampu
3. Berus gigi
4. Ubat gigi
5. Penuci muka

alatan mandian ni baiklah bawak yang 2 jenis.
sejenis yang boleh dipakai waktu ihram dan tak boleh pakai waktu ihram.

waktu ihram
tak leh pakai yang wangi.
ada jenis dia. boleh beli dekat kedai umrah dan haji.
brand biasa yang sesua waktu umrah dan haji ni Zulhijjah, Elhaj, dan Comsoderm.
bersih tapi tak wangi satu hapa pun.
jadi tu boleh pakai waktu ihram. kalau lepas ihram pakai yang biasa je pulak.
yang wangi.
kadang orang pakai yang tak wangi ni tak puas hati nanti rasa tak bersih.
aku la tu. haha
lagipun yang ihram punya biasanya botol kecil dan mahal.
ubat gigi beli yang halal juga.
produk HALALGEL pun ada. bagus untuk bawa ke sana.


produk Zulhijjah ni pun bagus juga pakai. tak keringkan kulit. murah dan boleh digunakan ketikan ihram.
aku beli ni je. pakai untuk semua masa ihram. bagus. masih tak habis sampai sekarang.

Waktu bukan ihram

waktu bukan ihram boleh pakai yang ada wangian.
tapi lebih elok pakailah yang halal.
Contohnya macam brand safi.
Dan brand lain yang ada tanda halal. lebih sesuai dan diyakini.


3. Penjagaan Diri

1. Deodoran
2. Bedak
3. Lotion ihram
4. Lip ice



ni jenama Elhajj yang bagus dan sangat bagus digunakan waktu ihram dikala cuaca panas ataupun sejuk.
serius. banyak sangat bagusnya.
kalau tak dalam ihram pun boleh pakai.
waktu ada wuduk tapi kita duduk dalam bilik aircond kering kan so pakai ni lembut je rasa tangan tu.

tengok je la cop halal kemain besau lagi.
dan losyen ni tak ada bau ye. neutral. untuk ihram
kalau sejuk muka tangan kering. macam kita dalam aircond. t
api kalau waktu panas pun muka dan tangan kering jugak. makanya aku cakap sesuai semua waktu dan keadaan.
letak dekat badan, muka, kaki, lengan, tangan semua ok je.

lip balm tu pulak pun bagus. apply je dekat bibir.
tak delah bibir merekah bak delima. kuikui
sebenarnya beli moisturizer je pun dah cukup. boleh pakai semua waktu disemua tempat.
tapi aku saja beli banyak sebab excited sangat. haha.
padahal mahal tau.
jadi aku syorkan beli yang moisturizer tu je dah ok dah.




ni deodoran dan bedak safi yang aku guna.
guna brand biasa je. untuk dipakai lepas ihram.
tak kesah nak pakai brand apa pun.
aku cari yang halal dan murah. haha. jimat cermat amalan mulia.
lepas balik umrah pun boleh pakai sampai habis. hehe. sesuai je.
yang halal ni untuk luar ihram tapi kita masih berwuduk.
takkan nak busuk2 kan. haha.

kalau nak bawak minyak wangi pun boleh. kalau tak nak pun tak apa.
kat sana ada jual minyak wangi halal boleh bawak solat dan ada banyak bau yang best.
murah sahaja. ade 3 - 5 riyal.
tapi best sebab bentuk sesuai dengan poket.
bentuk pen dan bentuk 4 segi poket depan baju /jubah lelaki.  ada bentuk roll-on juga. macam2.
kalau tak sempat beli kat kedai boleh je pakai yang korang bawak. tak kesah.



atas tu poket spray bawah tu pen spray. tapi pen tu kaca. pocket spray tu plastik. 


4. Alatan Menjahit

Bunyi macam kelakar kan.
aku bawa yang kedai RM2 eco shop punya je. jimat.
tapi sangatlah berguna kalau tetiba ada baju kita yang tercabut butang, koyak, menerak atau sebagainya.

dalam kes aku bukan sebab jahit baju koyak, jahit jubah baru beli panjang sangat jadi tak boleh pakai begitu sahaja. maka kena jahit malam2.
aku jahit bawah baju dengan lengan kot, relax2 kat Madinah sambil makan biskut.
sedap pulak biskut tu tahu2 habis je jahit biskut pun habis. hahaa.
bawak yang jenis mudah bawak/ compact untuk travel punya je.
jangan kau bawak bekas jahit mak kau dalam tin biskut tu. bukan aku tak tahu. hahaha

kalau ade mesin jahit besar stapler tu nak dibawak boleh.
kat sana pun ada jual. tepi2 jalan je.
harga tak tahu pulak aku. tak tanya pulak kat pak arab tu. dia jerit dengan demo benda tu sekali dalam 20 riyal kot rasanya.





5. Alatan lain

- Gunting (untuk tahalul)
gunting ni guna masa tahalul dan dimasa2 lain.
kalau ada benang dekat jubah ke nak gunting kan. boleh guna.
Gunting ni biasanya beli yang kecik je, jangan pulak kau bawak gunting mak kau potong baju sana. besau sangat tuuu..
pastu gunting letak dalam bagasi ye, jangan letak kat beg untuk masuk flight dalam cabin tu.
nanti kena tahan.

- Cepit kuku
sebelum berihram disunatkan potong kuku dan bila sampai hari jumaat kat sana boleh potong kuku, jadi dapat buat amalan sunat yang boleh dapat pahala. yeahh!

- Tasbih / tasbih digital
memudahkan kita mengira berapa banyak kita zikir.
sebab bila ramai2 orang dan macam2 kita nampak otak cepat je malayang pikir bukan2 dan ingat macam2.
terus lupa berapa kira tadi kan. jadi guna tasbih digital senang.




- Charger hp/ tab/ laptop/ camera
bab ini mesti semua tahu, mesti semua ingat.
sebab benda wajib sekarang.
bawak charger yang selalu korang guna.

- Powerbank
boleh charge kalau tengah waktu ziarah/ dalam bas/ atau dalam flight.
powerbank jangan letak di lugguage, letak di handcarry.

- Extension plug
bila dah banyak sangat benda nak kena charge jadi haruslah kena ada extension.
boleh charge serentak banyak.

- International plug
dekat Mekah sama dengan Malaysia.
jadi tak susah. kalau kat Madinah je tak sama.
Kat Madinah ada jual international plug bawah hotel kat biasanya.5 riyal je.
lebih kurang RM5.40. jadi beli terus boleh guna. senang je kan.
kalau nak bawa sesiap pun boleh banyak jual.
in case kalau travel ke negara lain boleh guna juga.



- Tag beg lebih
travel agent ade bagi tag beg.
tapi kalau balik mesti beg akan terberanak jadi sediakanlah tag beg lebih supaya beg baru tu tak togel tanpa pengenalan beg.
aku just beli tag plastik dekat kedai tulis nama, travel agent, no telefon kat malaysia.
nanti bila kat sana boleh add on no telefon travel agent atau hotel kita menginap.




- Hanger
bawak untuk jemur baju cuci nanti.
hangar comel2 untuk jemur yang kekecik. aku bawak tapi end up bila kat Madinah dah beli2 barang banyak sangat tak muat beg akhirnya tinggal je. hahha

- Plastik
plastik beg biasa tu untuk isi kasut, baju kotor or apa2 je.
kalau ada anak kecik pakai pampers pastikan bawa plastick kecik yang sesuai bungkus pampers mereka.
plastik yang ada bau untuk elakkan berbau sampah pampers tu.

- Beg plastik keras/ Shopping bag/ Ikea bag
beg plastik keras tu bukan yang kejung tu.
ala, yang macam beg Ikea, Giant, Tesco yang boleh pakai banyak kali tu.Go Green bag.
beg tu kan plastiknya tebal.
itu untuk dijadikan baldi jugak kat sana. jadi basuh baju dalam beg tu.
tak perlu beli baldi atau bawak baldi. beg tu boleh lipat dan tahan lasak. kalau jadikan baldi boleh tampung banyak baju dan air tak keluar pun. kan plastik.
lepas tu bila dah balik tak cukup bag or ada barang berat tak muat boleh sumbat dalam beg tu.
kira beg serba guna waktu emergency la kiranya. bagus.

sebab balik sampai kat airport akan dapat air zam zam sorang 5 litre kan
jadi beg2 ni boleh guna untuk letak air zam zam tu juga
banyak kegunaan di lain masa dan ketika.






- Sabun basuh baju
sabun basuh baju apa pun boleh. tak kesah. janji baju terbasuh. haha.
ada aku baca yang sabun tak berbuih sangat la, tak bersih la. kena beli sabun kat sana je sesuai dengan air sana. macam2.
dah sampai sana aku basuh baju elok je berbuih. bersih wangi lagi. aku pakai sabun DAIA paket kecik2 singgit tu. beli dalam 4@5 pack. mudah sebab dalam plastik jadi sumbat je dalam beg.
habs pakai kita buang je plastik dia.gituh.

- Tisu biasa / wet tisu/ Hand sanitizer



wet tisu ni kalau kita nak ke toilet.
kat sana kita sedang berhadapan dengan penduduk seluruh dunia yang ada macam2 penyakit dari macam2 negara.
memang kita dah inject Meningitis tapi kebersihan haruslah sentiasa dijaga.
kesat tangan kalau rasa keadaan tu tak berapa bersih.
aku bawa wet tisu and spray Antabax. ada logo Halal dan aku yakin halal.
tapi bila dalam masjid sebolehnya kau tahan jugak nak kencing sebab nak kekalkan wuduk sebenarnya.

- Sanitary pad
ini untuk wanita. in case.
bekal secukupnya biasa berapa banyak kita guna kalau masa kita period.
walaupun kita dah period, tapi tak mustahil kalau Allah nak datangkan lagi. bersedia je la.
ini memang akan dicakap dalam kursus umrah sebelum pergi.
jadi wanita digalakkan berniat bersyarat.
tak kira wanita dah menopause atau belum semua digalakkan niat bersyarat dan bekal pad secukupnya.
disana ada jual pad tetapi harga dan jenis yang biasa kita pakai lain jadi pilih yang paling selesa dan biasa kita pakai. bawak je sikit.

- Plastik/beg kasut
masuk dalam masjid bukak kasut masuk dalam beg ni.
biasanya beg ni rupa dia beg jerut atau beg uncang. ikat kat atas.
lepas tu tali lebih tu ikat ke beg kau. selamat kasut tak akan hilang.
banyak jual kalau kat kedai2 umrah.
tapi kalau tak nak beli buat sendiri pun boleh. senang jee. rupa dia macam ni.




ok. kali ni kita cerita barang keperluan ye. sesiapa nak pergi 1st time tak tahu boleh rujuk segala keperluan kat sini.
kalau tak beli dekat kedai umrah haji pun tak apa. banyak je jual kat kedai lain.
lagipun biasanya kalau yang jual kat kedai umrah haji ni harganya mahal sikit.
jadi pandai2 la korang nak belanja kat mana. hehe.

- Kipas kecil
Kalau pergi umrah waktu musim panas rasanya korang perlu beli kipas angin tangan kecil.
sesuai bawak dalam beg ke masjid atau ke ziarah.
harga dalam rm10 je ada di jual di online atau di Mr Diy, kedai aksesori hp dan gajet.
bawah ni contoh kipas angin kecil guna battery atau charge usb.



6. Kasut/selipar

Terpulang kepada jemaah nak pakai kasut atau selipar.
jujurnya aku hanya pakai selipar dan berstokin ke Mekah.
stokin mestilah cukup panjang dan cukup tebal tak menampakkan aurat dalam.
tidak jarang maksudnya.
senang beli stokin lelaki warna hitam.

contoh stokin tebal dan panjang sampai ke betis.

selain tu boleh juga beli stokin tawaf ni.
sesuai digunakan waktu tawaf dan saie.
masa tawaf lantai licin, jadi kalau anda pakai stokin tawaf akan buat tawaf lebih selesa sebab bawah stokin ada getah untuk grip langkah kita.
pakai waktu saie pun selesa stokin ni sebab tebal dan lembut.
mozek kawasan saie nak naik bukit tu agak timbul dan tajam.
kalau pakai stokin biasa sahaja terasa sangat.
pakai stokin tawaf ni sedap, lembut sikit.
stokin tawaf ni ada banyak orang jual. harga tak mahal pun.
pilih yang sesuai kaki. jangan kecik sangat nanti kalau pakai tercabut sendiri.

beli dan pakai kasut pada waktu pertama penerbangan tapi bila sampai Mekah benda tu dah tak penting sebab hotel aku dekat sangat dengan Masjidil Haram so cepat je sampai masjid tak perlu jalan lama.

bagi jemaah lelaki memang pakai selipar je.
masa ihram dari dala flight lagi dah kena ikut wajib ihram kan.
selipar perlu menampakkan 5jari kaki

pakai selipar cepit tu sebab dia kan menampak kan jari kita.
kalau selipar kat sana hilang, rosak atau apa2 boleh beli dekat dekat kat Mekah dan Madinah banyak.




rasanya setakat itu saja barang kelengkapan dari kecik sampai besar.
lain2 kalau ada nanti akan di update.
kalau ada apa2 pertanyaan boleh terus emel hakak ye. hehe




tata!