Happy Cat Kaoani -->

Sunday, January 20, 2013

Banjir di Johor







Assalamulaikumm...



dekat puncak alam ni panas je. adelah hujan sekejap2. tapi dekat kampung aku hujan je. sampaikan banjir2. aduhhh.. ni dah mula la bulan satu je mula Johor pulak banjir2. ishhh.. nasib baik la tempat aku ni relax je. tak banjir. just jalan je yang naik air. tapi bukan la tinggi sangat.


ni aku sertakan statistik mangsa pemindahan banjir sekitar Johor.


STATUS MANGSA BANJIR NEGERI JOHOR SETAKAT INI ( MKN )
Mangsa dan Pusat Pemindahan

1 Dewan Kota Kecil Kota Tinggi, Johor 625 org / 19 Jan 2013 - 5:42pm

2 Dewan Kg Baru Sg Mas Kota Tinggi, Johor 21 org/ 19 Jan 2013 - 5:36pm

3 Dewan Kg Baru PPMS Teluk Ramunia Kota Tinggi, Johor 82 org / 19 Jan 2013 - 5:32pm

4 Balairaya Bt 18 Sg Tiram Johor Bahru, Johor 10 org/ 19 Jan 2013 - 5:27pm

5 SK Batu 10 Johor Bahru, Johor 442 org/ 19 Jan 2013 - 5:22pm




no 3 tu dekat dengan kawasan kampung aku. kira area kampung jugak la. kepada mangsa2 banjir harap anda semua bersabar dan menjaga keselamatan anda dan orang yang tersayang yep.









babai!




Hujung Minggu Terakhir sem ini






Assalamualaikumm..



salam hujung minggu. hujung minggu terakhir disnini sebagai seorang pelajar semester 5/6. aku kalau tulis mesti akan mention semester 5 atau 6. sebabnya korang dah tahu kan? ke tak tahu lagi? meh sini aku bagi tahu. aku ni dalam system UiTM aku ni part 6. tapi dalam kelas aku masuk kelas part 5. sebabnya? ni semua salah KP aku dulu. KP tu ketua program. dia yang paksa aku masuk kelas lower than part aku dalam system. huuuu.. sebab dia malas nak adjust aku punya subjek. kan payah. hahaha.. poyo tol lect tu pemalas!!


jadi sekarang ni aku akan tamat semester 7 dalam transkrip dan dalam kelas sama semester dengan kawan2 aku iaitu sem 5. aku pun tak kesah la. malas nak pikir semua tuh. aku ikut je apa yang telah ditakdirkan untuk aku. aku dah lama redha. kalau aku tak redha dah lama aku dismiss. malas aku nak melayan tapi tak. mak dah pesan awal2 jangan sebab tukar kos aku tak study pulak. 


ala, padahal tukar  kos bukan tukar jadi engniering pun. tukar Hotel je. still dalam fakulti yang sama. jumpa kawan2 lama. bukan tetiba dapat kos farmasi ke hape. cehhh.. mengade sangattt.. tapi ada beza okeh. bezanya kos aku ambik ni jadi kos 3 tahun dan kalau aku ambik kos lama jadi dua tahun je. maknanya kalau aku teruskan kos lama aku dah konvo sekarang ni. ni tak. aku masih terhegeh2 lagi nak baca buku untuk final exam cisssssss!!


apa hujung2 minggu ni aku membebel macam mak nenek ni? esok paper last aku sem ni. esok maka berakhirlah sem 5 aku. dan sem depan aku akan masuk sem 6. wehuuuu.. dah nak abis study. cehhh.. poyo je sekarang punyalah suka nak abis belajar. nanti mula la update status rindu2 bagai nak study. kahkahkah.. manusia mana penah puas kan? hahaha.. aku memang teringin nak cepat habis. nak konvo. pakai baju cantik2. pastu nak cari kerja sana sini. pastu nak kerja. nak ada duit sendiri. tak sabar rasanya nak beli kereta. pastu nak bawak mak pergi jalan2. yeahhhh.. sukanyaaa.. kumpul duit sikit2 masukkan dalam tabung haji pastu nak cepat2 bawak mak abah pergi umrah dan haji sementara mereka masih kuat lagi. aku pun mestilah ikot. kan senang mahram aku abah. hehehe..


semua orang nak pergi haji dengan ibu bapa kan? poyo je impian aku. hahaha.. mesti orang cakap. itu pun nk bagitahu kan? hahahaa.. tak apa la uolss. tak ada yang lebih menggembirakan aku selain aku menggembirakan mak ayah aku. hahaha.. 


aku nak balik ni jalan2 dengan akak aku. aku jalan2 sekitar johor. ceaaa.. poyo je nak bagitahu semua orang. tak pe2 yang penting balik ni aku nak mandikan anak2 bulus aku. semua bau busuk2.. hehehee.. nanti diorang aku balik aku mandikan sekor2. hahahaa.. nampak dah tanduk syaiton aku ni keluar. hahaha..






tersentuh tak tengok gambar nih? sobssss..






hehehe.. seketul picture aku. nak jugak kan letak gambar sendiri. hahahaha.. poyooo..!



ok la. dah sepatutnya aku study ni. satu hape pun tak study nih! ishhh.. bahaya!..



bai!




Thursday, January 17, 2013

Rindu budak gemok!






Assalamualaikum semua..



weehooo.. dah lepas 3 paper. one more paper lagi. semoga dipermudahkannya.. paper tadi ada spot tapi tak semua spotnya masuk. biasalah. ada jugak yang KBKK. kena pikir sendiri then tulis. aku meman tak ingat ayat2 la kan. main bantai je. grammar hancur! macam tak pernah ambik BI! haahhaa.. punoh!!


sekarang ni tengah rehat2. tapi siang tidur mati. whoaaaa.. mengantuk gila beb! mana taknya malam dah berjaga study kononnya. lepas tu balik exam naik bas. jalan kaki panas2 naik rumah. ya ALLAH! panasnyaaaaaaa... Tuhan je yang tahu. huuuu..


esok la mula nak study. paper last aku 21 haribulan. petang pulak tu. ishhh.. tak suka exam petang ni. mengantuk. lepas tu nak berebut nak solat zuhur lepas tu nak berebut pergi exam. sungguh la tak suka! hahaha..


laptop hang2 malam nih. kenapa ntah la. tensen aku. nak update entry pun tak boleh. ni boikot ke hape? hehehe.. tak sabar wehhhhh.. tak sabar nak balik rumah. nak main denga si budak gemok busuk tuh. aku rindu dia wehh... dia je tempat aku melempiaskan sifat buli aku ni. sebab aku ni sangat sopan santun di kalangan manusia. tapi kalau dengan budak gemuk tu aku tak kesah nak buli ke hapa. tak kesah kalau nak tepuk punggung dia banyak kali pun tak pe. hahahah.. suka aku bila tengok dia marah! haahaha.. comel je.





saat dia dilahikan. budak gemuk bernama Kecik. yang putih tu dia la. yang adik beradik yang lain dah mati sebab mak dia bias tak hiraukan yang lain. dia layan budak warna putih tu je sebab sama warna dengan dia. hehehehe...







ni dia tengah membesar bagai johan! huahaha.. masa ni sangat nakal! nakal yang teramat. ni masa ni tengah tengok akak aku tanda buku sekolah. dia geram tengok tangan akak aku pegang pen merah jalan2 atas buku. tu dia suka terkam. akak aku pulak akan menjerit setiap kali dia terkam. lagi la dia suka menyakat akak aku tu. kecik2 pun pandai menyakat wehhh.. nakal bukan main!! hehehee..






ni dia dah besar sikit. dah mula tunjuk belang. tu dah nampak belang2 dia kat kaki tangan dia ni. tu la namanya tunjuk belang. kucing2 aku versi putih macam ni la. kecik2 putih dah besar2 mula la kekuningan dan kaku berbelang2. haiiii budakkk... sama je korang. bosan aku tengok warna sama je. hahahaa










dua gambar ni lastest masa aku balik cuti study week hari tu. aku berkihkan kereta tapi dia sibukkkkk nak tahu apa dalam kereta tu. nak check semua tempat. al maklum la budak ni tak pernah naik kereta. ni pun naik kereta tak bergerak. yang bergerak tak pernah lagi. kesiannnn.. so, aku bagi can la dia main2 dalam kereta.


bukan reti nak menolong aku. nak main je kerjanya. aku cakap suruh keluar marah. jeling2 aku. nak duduk dalam kereta jugak. jakun sangat budak ni. tolonglahhh!! hahaha


tengok hidung besar dia tuh? macam singa dah muka dia. nampak sangat anak jantan mak dah besarrrrr! weeeee... budak ni dah besar debab, gemok dan nakal. suka sangat kacau orang buat kerja. kalau aku kemas2 barang mula dia menyelit celah2 barang tu. nak jugak perhatian sebab orang tak beri perhatian kat dia masa buat kerja kan...hehehehe


poyo sangat kau Kecik! hehehee..


we will meet soon sayang. wait kakak. ehehehe.. balik ni aku mandikan kauuu..nanti kalau anak orang penilai tu datang kau dah wangi2 dan boleh dibuat main. hehehee..



babai!







Tuesday, January 15, 2013

Kenapa perlu racist?






Assalamualaikum...


hari ni aku nak bercakap tentang rasict. ehhh... bukan bercakap kot. setakat nak memberi pendapat. aku ni cuma yang manusia biasa yang ada pendapat. listen. listen. listen. ewahhhh.. bukan main lagi. yang jugak macam sharipah jabenn. hehehehe



sempena perlawanan bola antara johor dan kelantan hari ni aku nak cerita sikit manusia2 yang terlampau rasict dengan rakyat negeri sendiri atau rasict sebeb sesuatu. sebab sesuatu tu sebenarnya mungkin kau ada masalah atau kisah silam dengan orang2 kawasan tertentu atau orang tertentu. 


walau kita ada masalah dengan orang tertentu, jangan bawak masalah tu kepada orang lain. maksudnya macam ni. kalau kau ada masalah dengan orang kelantan, kau jangan assume yang semua orang kelantan tu buruk perangai. macam orang selalu kata, orang lelaki kelantan dan terengganu  tak boleh guna. tak tentu juga. macam ni la. semuanya base on attitude seseorang. bukan semua orang jahat. kalau dia nak jahat, zalim, emosi atau sebagainya, tak kira orang mana pun.


aku penah dengar ade kawan kepada kawan aku, yang dia ni sorang perempuan tapi bila dengan perempuan dia kerek2. berlagak. tak suka perempuan. tapi pada pandangan aku, kalau kau benci pun kaum sejenis kau, kau tetap jugak akan duduk dan hidup dengan perempuan. macam kau duduk rumah sewa, takkan dengan lelaki kan? mesti dengan perempuan. mesti kau kena berkomunikasi dan berbaik dengan perempuan. tak semua waktu lelaki boleh tolong. betul tak? 


ada pulak orang assume yang negeri tertentu sebagai orang yang gedik, mengada-ngada dan buat dia menyampah. sampai buat status dan sebagainya yang nak orang lain tahu yang awak tu tak suka orang negeri sekian2. hahaha.. rasanya tak perlu kot. ni semua buat orang nampak kita masih berfikiran tak matang dan sangat terikut dengan emosi. 


ramai sebenarnya orang yang macam ni. ramai sebenarnya orang yang tak suka negeri2 tertentu. kau belum jumpa dengan orang yang betul2 kau suka dari negeri tuh. suatu hari nanti kalau kau jumpa dengan orang yang betul2 kau suka dengan orang2 dari negeri tertentu tu akan buat kau hapuska sumpah laknat kau yang kau benci orang negeri tuh.


aku ni bukan la terlalu rasict tapi tak la terlalu open. masih ada semangat kenegerian tapi tak rasit. aku ni bila berjumpa dengan orang aku pikir dia ni baik. sampaila aku nampak the thru colors dia baru la aku tahu perangai sebenar dia tuh. sebelum tu aku assume semua orang baik dan sopan. aku akan pikir aku je yang jahat dan tak baik. hehee...


suci betul hati aku kononnya. kahkahkah..



memebebel je aku ni kan? studynya idok..hahaha









p/s :: semalam pergi uptown Damansara dapat la aku bantai beli dua helai tudung. satu halfmoom satu bawal biasa. sukaaaaa... =D










Monday, January 14, 2013

cukup tidur bangun awal.






Assalamualaikum..



ewahhh.. awal aku bangun hari ni kan? semalam siang aku dah tidur. tidur petang sebab mata tak tahan bebenor. kalau tak tak nak jugak mata ni lelap. bangun2 dah pukul berapa dah. hahaa..


malam pulak, pukul 12 je dah mula mengantuk. nak tidur lagi. macam tak selesa pulak. mata terkebil2. hahahaa.. baik la aku bangun subuh tu terus tayah tidur. nanti kalau mengantuk tidur la lagi siang nanti. 


baik la aku bangun cuci baju yang berlambak. hurmmm.. sebenarnya.. lapar uolsss.. sobss..sobsss!


nak makan apa sarapan ni? adui.. lapar sangat perut ni. nak makan megi? erkkk... dah makan semalam semalam. nak makan cekodok bosan pulak. entah la. roti pun bosan jugak. aduiyaiiii...


kalaulah dapat pergi mcd sekarang ni kan best. aduiii.. terbayang2 sedapnya buger breakfast mcd. meleleh air liur!







hehehehe.. salam pagi isnin yang blues! kami seenaknya tidur! wehoooo...





Sunday, January 13, 2013

Lepas satu paper!







Assalamualaikummm...



hari ni aku dah lepas paper Park & Recreation. hasilnya? tak tahulah. aku buat sebaik mungkin walaupun masa macam tak cukup bagi aku. nak extra masa pleaseeeee!! dah la masa buat tu aku salah waktu. aku ingatkan habis exam pukul 11. padahal pukul 12 abis. apelah aku ni. kesian betul sampai salah waktu aku.


kereta pagi tadi rosak pulak. tak boleh start. so kami naik bas. tapi macam tak sempat sebab gelap sangat pagi tadi lepas tu macam tak sempat je nak pergi exam naik bas hujan2 ni. macam la boleh kan..


jadi tumpang la kawan2 yang ada kereta tadi. tumpang menumpang amalan mulia. esok2 tumpang lagi ye. hikhik..


balik beli makanan dekat kedai simpang. pastu jalan kaki. oh mai! penat jugak nak sampai rumah! hahaha..



tu je la hal yang berlaku tadi. kesimpulannya kami semua kepenatan. 



pastu pengsan!



hahaha..




Saturday, January 12, 2013

Dan kau kembali







Assalamualaikum..



dan akhirnya pagi tadi dia telah add aku. maka, dengan ini aku akan melupakan segalanya. segala apa yang dia telah buat. hidup aku kini aman. tanpa ada sengketa. aku bukan ego untuk add kau balik dulu. cuma aku terkesan dengan tindakkan kau saat kita pernah berkawan. 


sejujurnya aku telah memaafkan segala kesalahan kau pada aku. yang aku nampak atau tak. yang aku dengar atau tak. semua tu dah lama aku maafkan. cuma sekarang ni baru aku betul2 ikhlas menerima kau balik. maafkan aku andi aku terlalu ego.


aku tak peduli kalau kau nak stalk aku sekarang. hidup aku tak ada kena mengena dengan kau lagi. kau ada hidup kau. dan aku ada hidup aku sendiri. dunia kita berbeza. 


terima kasih masih menganggap aku kawan. =D




Sepanjang dua tahun lebih perjalanan ini..






Assalamualaikum..



selamat pagi semua. hahaha.. dah sarapan ke korang semua? sarapan apa? aku belum sarapan lagi. sedang tercangak2 pikir nak makan apa. ehehehe.. korang semua sihat? aku sihat2 je. hari ni aku tak ada apa. sebab esok aku ada paper nak kena hadap. hurmm...jadi hari ini moh kita study kuat2, hafal segala inci perkataan dan simpan dalam kepala kejap2. hehehee


tekak rasa nak makan something. tapi tak tahulah apa benda tu. better mandi dulu sebelum apa2 berlaku. hahahaa.. kantoi tak amandi lagi kan? tak apa la. bukan korang boleh bau pun thru blog ni kan? hahaha..


ermm... masa aku start buat blog ni dua tahun lepas lebih kurang. memula memang suka buat blog ni. berlumba-lumba dengan kawan2 lain yang buat blog jugak. sebab nak tunjuk kebolehan masing2. tapi sampai satu tahap kami semua gaduh2 masing2 dan mula kutuk mengutuk di blog masing2. terasa itu ini. least2 remove follower dan senyap macam tu je. blog dibiarkan tak terbela. bukan salah blog pun. nampak sangat la kau menulis sebab kawan2. bukan pada minat. tapi aku lain. aku teruskan jugak berblog secara bersih dan aman. aku tak suka nak gaduh2 ni. 


hasilnya sepanjang 2 tahun aku dalam dunia blog ni aku tak pernah putus menulis. aku sentiasa menulis untuk tatapan aku dan sesiapa yang sudi membacanya, aku tak pernah berharap tinggi dapat pembaca yang hebat2 dan jadi pemes. cukup la untuk bahan aku melepaskan rasa dan perasaan. 


sungguh pun macam tu, aku kena tapis. sebab blog aku ni banyak sangat kawan2 tahu. semua dok stalk aku thru blog. cewahhh... kena stalkk... kemain kau! perasan kau cantik sangat ke orang selalu nak stalk kau? piraaahhhhh!!!


hahahaha.. kejis je kan perasan diri tu pemes. padahal tak ada sape kenal kau tu la. hahahaa.. kalau ramai orang kenal dah lama la blog kau pemes perempuan oi! booooooo!!! boo kan diri sendiri. kahkah!


tapi tak apa. aku terus bertahan demi kecintaan aku pada blog aku sendiri. walaupun rasa syok sendiri tapi aku ikhlas. aku puas hati dengan apa aku buat. aku tak melibatkan orang lain. aku dengan diri dan dunia aku sendiri je. hurmmm...


ade jugak yang blogger tak pedulik apa orang cakap pasal dia. aku tak boleh buat2 pekak dan buta bila dengar dan nampak orang mengutuk kita. kalau orang dua mungkin lah dia musuh kita atau memang betul2 tak suka dia. tapi kalau ramai yang benci apa hal pulak kan? mesti ada yang tak kena pasal diri kita yang membuatkan orang lain bencikan kita? betul tak? 


memang tak perlu yang dengar cakap orang. tapi perlu jugak ambik tahu apa yang orang cakap pasal kita, its not for make u down, its only for make u more better. mungkin setelah apa kita perbaiki diri kita jadi orang yang lebih baik. kan? betul tak? kenapa tak jadi manusia yang disukai oleh semua orang? kenapa nak jadi manusia yang tak disukai orang? 


bercakap pada orang suka atau tak ni. masing2 ada pandangan sendiri, walaupun tak suka tapi bukanlah benci. ada macam tu. sometimes ade je manusia yang kita tak boleh terima dia. tak boleh terima cara dia walaupun dia baik dengan kita. ada. ke aku je rasa sorang? but aku tahu memang lumrah manusia macam ni. aku ada jumpa dan aku mengalaminya. tapi aku baik sikit. tak teruk pun. even tak suka tapi tak adalah sampai benci. just tak ngam je la. urmmm...


perghhhh... tak macam panjang pulak aku membebel pagi2 ni kan? mandinya idok lagi ni. lapaq dah perut ni. hahaha.. nak makan apa eh hari ni? cewahh.. sarapan kena pikir apa nak makan konon. tengahari ni aku malas nak masak. pandai2 sendiri ye semua orang. semalam gue dah masak. so, hari ni malas. bukan gue je ada kat rumah ni. sekian. hahahaa...


cakap la ko pemalas iza, kan senang. kahakahkah.. tak jadi lelaki2 melayu hensem nak masuk meminang cenggini. kahkah. tapi kita terima lelaki stok2 muka aaron aziz je tau. * perasan ade orang nak kau* hhahahahaa...



ok la, aku sudahi bebelan mak nenek aku ni dengan ucapan  selamat pagi dan selamat berhijung minggu. pada aku hari biasa je hujung minggu ke sama je. tak ada beza. sekian. =D









nah buat halwa mata korang. muka pukul 3 pagi tanpa mekap. berminyak melekit dan hitam. sekian. tempat ambil gambar i-city koding kedah. ahahaha.. jangan percaya Kodiang ada i-city wehhh.. i-city Shah Alam ni. hehehee... 



babai!





Thursday, January 10, 2013

Cara Mendapatkan Khusyuk dalam Solat






Assalamualaikum..


Pada entri kali ini aku akan kongsikan 5 cara untuk khusyuk dalam solat..








 1. Wala Hayyun [ cara mematikan diri sebelum mati ] 
 Sewaktu berdiri tegak lurus untuk mengerjakan solat , niatlah dihati bahawa solat ini adalah solat terakhir di dalam hidup kita dan apabila selesai solat ini seolah-olah kita akan mati mengahdap ilahi. Disamping itu datangkan suatu perasaan bahawa kita tidak berpeluang lagi untuk mendirikan solat ini dan tidak berpeluang menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan semasa hidup didunia ini. Ini lah cara yang palin afdal untuk mematikan diri di dalam solat yang khusyuk

 2. Wala Basirun [ cara membutakan mata sebelum buta ] 
 " Suhuf Fil Wahdah Fil Kasrah, Suhuf Fil Kasrah Fil Wahdah"
maksudnya: " Pandanglah satu diantara banyak , pandanglah yang banyak hanya satu.."

Kedua mata hendaklah dipejam pandang keatas kemudiannya kedua kelopak mata setengah tertutup. Satukan pandangan ketengah-tengah batang hidung.

 3. Wala Sami'un [ cara mekakkan telinga ] 
 Untuk melahirkan solat yang khusyuk , sewaktu membaca surah atau ayat hendaklah hati dahulu yang membacanya seolah-olah mulut mengikut hati membacanya. Untuk mempratikkannya kita boleh cuba dengan menutup kedua mata. kemudian baca apa-apa surah didalam hati dan dengarkan dengan pendengaran batin , tentu anda akan mendengar hati anda membaca ayat dengan suara yang sungguh merdu dan itulah suara hati suara yang lebih indah daripada suara penyanyi manapun diatas dunia ini.

 4. Wala Alimun [ sedari dirimu dhaif tidak berilmu melainkan Allah ] 
 Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk kita melahirkan solat yang khusyuk iaitu dengan cara kita menyedari hakikat diri kita , seorang hamba yang hina lagi dhaif tidak mempunyai ilmu yang dapat mngatasi kudrat Allah SWT  

5. Wala Muthakalimun [ jangan cakap perihal dunia dalam solat ] 
 Manakala cara seperti ini pula adalah cara kita menyedari bahawa kita sedang solat dan ketika sedang solat tidak boleh bercakap tentang hal-hal keduniaan.




p/s ::  ambik dari SINI =)




Wednesday, January 9, 2013

membebel di siang hari..






Assalamualaikum



kawan2 aku dah bersiap nak pergi exam pukul 2.15 petang ni. aku? masih disini tak mandi lagi. bagi laluan kawan2 yang ada exam mandi dan bersiap. aku tak apa2. lewat2 pun tak apa. aku bukan ada hal. duduk rumah rehat2 je. kemain kau rehat2. ni dah setengah hari dok rehat2 je ni tak study. rasa nak mandi dulu baru nak study la. tak selesa study dengan badan melengas. hahaha


lepas ni baru nak start study. study ke tidur petang2 enak tak ada orang ni? hahahaa.. persoalannya masih belum terjawab. tunggu aku mandi relax. bukak buku. pup! tidur la jawabnya dah sedap2 badan selesa sejuk petang yang hening tanpa gangguan dan bunyian. memang seronok la aku tidur jawabnya. hahahha



lalallala...


teringat masa exam sem2 lepas yang aku dengan kawan2 pergi study dekat library Shah Alam. hehehe.. best tau PPAS tu. besarrrrr...hehehe






ini bukan dekat PPAS ni dekat lif Heritage Mall kat kampung aku. cantik lif tuh. walaupun gelap tetap jua ku ambik gambar. kahkahkah!




bai!