Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, July 29, 2020

Kes Denggi di Kawasan Perumahan




Assalamualaikum..





9 tahun lalu aku ada cerita pasal denggi dekat tempat aku sewa masa kat UiTM
sekarang hal denggi ni datang semula kat tempat aku tinggal pula
dulu masa kat kampung aku tak kesah pasal denggi 
nyamuk kampung bukan nyamuk denggi
nyamuk semak samun je
sekarang ni sejak aku tinggal kat rumah taman kes denggi datang semula


bulan2 sebelum ni denggi ni ada tapi bukan kawasan baris rumah aku
tapi mula minggu lepas ada kes denggi kawasan sebaris rumah aku lebih tepatnya jiran sebelah rumah yang kena
tak pasti siapa yang bawa virus tapi tiba2 ada kat kawasan baris rumah aku
aku dapat tahu anak jiran selang sebuah rumah aku kena dan warded
lepas tu jiran sebelah aku kena



ada cakap datang dari jiran aku yang suaminya kerja kat Sabah
orang tu deman dan rupanya pembawa denggi
tak pastilah betul ke tidak

dari minggu lepas aku kemas semua barang luar rumah aku
pokok aku trim aku buang
rumput mak dah upah orang potong
aku cuma cakar je
barang lama aku buang
semua benda kami sorting dan kemas

luar rumah kosong dah tak banyak barang
kawasan rumah aku pun tak banyak pokok jadi tak susah sangat nak bersihkan
pokok tanam jarang2 je 
jadi keliling pokok boleh bersihkan dengan mudah



Jadi kalau demam sekarang cepatlah dapatkan rawatan daripada doktor
sebab mungkin demam denggi atau penyakit lain
sama2 kekang denggi

minggu lepas hari khamis la kakak aku mesej bagtahu yang ada orang dah kena denggi dan mungkin KKM nak check rumah harini
kemas2 la kat rumah
aku dengan mak pun kemas barang luar rumah
benda pertama aku buat bila keluar rumah adalah buang air dalam tempayan kat depan rumah

dulu masa baru2 pindah rumah selalu tak ada air kawasan rumah ni
sebab masa tu baru pertambahan penduduk dan saluran air belum besar
sebab ada projek besar jadi semua benda berubah kan
air ada berselang hari selama beberapa bulan
jadi simpan air dalam tu untuk jirus pokok dan cuci kaki

siap aku buang air dalam tempayan tu 
aku cakar sampah dan keluarkan rumput kering dari dalam longkang rumah
baru mesin rumput
jadi masa tu pegawai Pejabat Kesihatan Daerah datang check rumah jiran dan rumah aku
aku dengan mak ke bawah pokok jambu cakar sampah dan masukkan dalam plastik sampah
fuhhh.. dapat 6 plastik sampah daun2 semua

pegawai tu masuk rumah tengok bilik air dan dapur
semua ok je kata dia
tapi bersihkan la rumah seminggu sekali
petang tu fogging



minggu depannya hari ahad ada pegawai datang lagi check kawasan rumah
bagi penerangan pasal penjagagan kawasan rumah
petang tu dia nak fogging dengan sembur air sabun

sembur sabun dulu baru fogging
memang bau dan asap sampai dalam rumah
tapi apa kan daya kami sabar je la

tapi perasan lapas sembur macam2 kat kawasan rumah ni
lipas banyak mati mungkin sebab termakan racun untuk nyamuk tu




esoknya datang pulak bomba dan PBT untuk gotong royong kemas kawasan rumah
kalau selerak tak kemas dia tolong kemaskan
orang kampung ada juga ikut
aku masa ni tengah kemas laman juga
aku tengah potong dan trim pokok bunga aku 
cabut lalang dan buang sisa2 pokok dalam plastik sampah hitam
banyak harini dapat
9 plastk dapat
nanti kena beli plastik hitam lagi
untuk buang sampah harian lagi
macam2 la

aku dah beli ubat nyamuk untuk ruang tamu
aku sendiri selalu juga pakai ubat nyamuk elektrik dalam bilik
bermula sejak 9 tahun lepas tu la
sejak aku nampak banner kawasan rumah sewa aku ada denggi aku takut
aku pergi giant dan beli ubat nyamuk elektrik sebab aku tak suka bau yang lingkaran


currently aku pakai yang ni Shieldtox Liquid
sebab bau dia sangat kena dengan hidung aku
bau dia tak terlalu kuat dan tak hangit
ada sikit bau tapi tak ganggu hidung aku
harga ok boleh tahan tak mahal sangat refill dia dalam RM6-RM8
kalau satu set kepala dengan isi bawah dalam RM10-12




yang Fumakilla Jumbo ni aku pernah pakai
cuma bau dia agak kuat bagi aku la
aku tak berapa minat
tapi harga dia paling murah dan banyak jual



Ridsect Liquid Heater ni aku pernah pakai 
ok juga bau dia ok tak kuat pun
sesuai dan tak busuk hangit ke apa
tapi refill dia mahal sikit dari dua atas tu dan kuantiti isi dia sikit
jadi tepuk dada tanya selera la
boleh je kalau nak beli

selain tu aku juga pakai ubat nyamuk sembur kat tangan kaki macam cecair tu
aku jumpa kat kedai RM2 bau Citronella
bau serai wangi
nyamuk tak suka bau serai wangi so aku sembur
aku suka je bau serai wangi tu



tengok tu dia boleh benteras Zika dan Denggi
15ml je dalam dia tapi boleh bawak ke mana2
100% herbal 
tak berminyak dan melekit
cepat kering bila sembur kat bahagian badan
serta tak beracun
bagus kan

ataupun boleh guna jenis aeresol
sembur2 pada kawasan rumah yang berpotensi nyamuk menyorok
macam celah bunga
celah langsir
belakang almari


jenis ni bau wangi dan boleh sembur kat badan dan pakaian
tak bercun juga
dan bagus
cuma harga lebih mahal




yang ini semua orang tahu kan
sejak zaman berzaman guna ni semua pakai ni
nyamuk, semut, lipas dan macam2
tapi sembur sekali dua tak jalan
kena sembur banyak kaki dan bau dia tak sedap
beracun pun ye juga kan

tepuk dada tanya selera
esok nak pergi beli ubat nyamuk lingkaran
aku nk letak luar rumah bagi bau ubat nyamuk
orang bakar kemenyan
aku bakar ubat nyamuk luar rumah
biar tak dekat dengan bahagian rumah aku

semoga semua dilindungi Allah dari pelbagai penyakit
sama2 kita jaga dan lindungi keluarga kita
kita jaga kita
perangi Covid-19 dan perangi denggi!