Happy Cat Kaoani -->

Sunday, September 30, 2012

Open house




Assalamualaikum...



hari ni aku pergi majlis makan2 rumah orang. rumah kawan aku sebenarnya. dekat Subang. ala.. katanya makan2 sempena sambutan hari jadi nenek dia dan majlis doa selamat. tapi tegahari la. bukan malam. maka, aku bersama kawan2 pergi la ke rumah beliau. hehehe


aku pergi dengan kawan2 naik kereta la. sebenarnya apa yang aku nak cerita ni? aku pergi sana makan apa? oh, ye, makan nasi lemak. roti canai dan kuih muih. ade kue teow goreng dan cencol serta ABC. tapi aku tak ambik. aku makan nasi lemak dengan ayam goreng pastu makan kuih cikit. dah kenyang sangat. kenapa ntah. aku syak perut masuk angin la. mana taknya otw ke rumah dia dari puncak alam banyak dah makan angin. makan pukul 2 pulak. dah lambat. jadi makan sikit konon kenyang la. hampeh..


balik2 rumah lapar semula. cehhh..hahaha


tu je aku nak cerita. hahhaa. nampak sangat la tak ade cerita kan aku ni. agak membosankan jugak la life aku ni. ok. ni nak bagi gambar setepek dua je. hahaha









sila cari di mana mata aku berada. hahaha.. sepet bebenor yer...hehehee



ok. babai! =P




Morning












Morning peeps
Happy weekends!
>.<







Wanita paling bahagia









aku ingin menjadi wanita yang paling bahagia. 
capaikanlah hasratku ini ya Allah..
hanya kau yang mampu mengubahnya..


aminnnnnn...





Saturday, September 29, 2012

Pembaziran yang nyata





Assalamualaikum..


hari ni aktivi amatlah sangat tak berguna. sangat la malas buat kerja. pagi aku bangun basuh baju pastu sapu rumah pastu sarapan sorang2 dekat depan tv makan cornfleks dengan susu. lepas tu aku masak pulak. masak ayam masak kurma. memang niat aku nak masak ayam kurma dari hari tu lagi. nampaknya berjaya dan aku sangat suka. suka okeh masakan menjadi dapatlah aku jamu kawan2 aku makan. hehehe..


lepas masak makan semua aku bajet nak muak berkerja dengan print apa2 yang belum print then boleh start buat esemen yang mula menimbun tu tapi apakan daya makcik bawah rumah yang ade kedai print tu nampaknya tutup. maka terbantutlah niat suci murni lagi baik aku nak nak buat esemen dan memperlengkapkan segala benda yang belum print. 


sebelum aku lupa meh aku jamu kejap ayam masak kurma aku siang tadi. sekarang ni ayam tu dah langsai dah kami berlima makan dari tengahari sampai malam. selamat dah. hehehee..





sebelum masak macam biasalah aku kol mak aku dulu tanya macam mana nak masak walaupun aku tahu nak masak macam mana. wakaka.. tak cukup dengan tu aku berusaha google resipi ayam kurma ni walaupun senang je nak masak dia. mesti korang gelakkan aku kan setakat nak masak kurma je nak google bagai. hahaha.. dulikkkk!


dan yang best esok ada ikan je. tak banyak sangat so makan ala apa yang ada je. untuk hari seterusnya marilah ke Econsave memebeli belah. kalau tak tak ada bahan makanan la dekat rumah ni. ehhehee..


disebabkan niat nak mem'print' aku  terbantut so aku mengambil keputusan untuk tidur diwaktu petang. wakakakaa.. seronoknyaaaa.. mana taknya pagi tadi aku bangun awal so petang mengantok gila ah.. hehehee


tu je la aktiviti yang bermanfaat aku hari ini. nampak tak pembaziran yang nyata tu. orang lain dan selamat buat esemen aku tak buat hape lagi. eiiii.. pemalas sungguh aku ni kan.. sabor je la. mana nak DL ni. ececehhh...


sampai disini je la aku membebel tak ketahuan hala saat ini. salam sayang..



>.<



Thursday, September 27, 2012

Doa tahlil rumah kawan





Assalamualaikum..


urm, tadi ni kawan aku buat rumah terbuka. ehh.. salah pulak, bukan rumah terbuka. majlis tahlil sebenarnya.. mesti ada makan2. huaaaa... itu memang membuatkan perut kami kegembiraan dan bernyanyi riang. weee.... suka kan bab2 makan2 ni. hhehehehe


malam ni aku pakai jubah yang wak aku bagi masa wak aku pergi umrah. aku suka jubah tu. biasalah jubah kan senang. senang nak pakai. sarung je. cepat dah mudah. lepas tu aku pakai tudung masuk jugak. warna hijau. sesuka aku je. hahaha.. sekaliiiii.. sampai rumah kawan aku semua dok panggil aku makcik. cissssss!! 


macam makcik2 sangat ke aku? tau la aku pakai jubah hitam dengan tudung sarung. ooo.. kalau gegurl kena pakai baju kurung dan tudung bawal la eh? camtu? baru nampak macam budak2 belasan tahun? aku ni nampak macam mak2 la eh? ok, fineeeeeeee... aku kecik hati. -_______-


tak ada gambar pun sebab aku lupa nak bergambar. dok makan2 minum2 dengan kengkawan. berbual sana, berbual sini. dah lupa. hehhehehe.. sesuka je aku kan. lupa nak ambik gambar cecomel. biasalah aku ni. selalu je lupa nak ambik gambar. tapi kalau dah ambik gambar mau la tak hengat dunia. hahaha..


ahhhhh.. persetankan semua orang kata. yang penting aku tak kacau sesapa. aku tak pinjam baju sesapa dan aku tak menyusahkan orang. hahhaa.. nampak tak emosi dah bergolak tu. hahhaa.. 


emosi nih. hahaha.. tak pe la uols nak cakap kita macam mak2 pun. kita tak pedulik la. kita tahu la kita biasa2 je. kita tak santek macam awak2 semua. kita macam mak2 je temok2. tak pe. kita pasrah. cuma kita kecewa sikit la. kita nak jadi baik2 je pakai jubah bagai. jubah kita pun jubah biasa2 je. ye, kita tahu. jubah orang bagi. bukan beli sendiri yang ade bling2 tu. tak pe la awak. kita sedar.... T___T


dah la. sedih aku tau. sobsss! 



bai.




Kahwin dan Konvo.




Assalamualaikum...


apa khabar semua? sihat? aku sihat sahaja hari ni. walaupun dalam hati agak bercelaru sikit. biasalah aku kan. tak ada masalah pun rasa macam ada masalah. aku tak tahulah. zikir je banyak2. 


hari ni aku dapat tahu lagi kawan aku nak kawen hujung tahun ni. dalam bulan disember nanti. untuk bulan 9 ni dah 4 orang, oktober sorang, december sorang. sebaya aku pulak tu. dah nak kawen. dan dah kawen. semoga jodoh mereka semua kekal sehingga ke akhir hayat. aku doakan yang baik2 sahaja. aku gembira bagi pihak mereka. 


satu lagi berita gembira kawan2 aku adalah konvo mereka kawan2 tourism adalah 5 December. woaaa... bestnya dah habis degree dan dah nak konvo. walaupun aku tak bersama mereka tapi aku rasa gembira bagi pihak mereka. mungkin Allah dah tetapkan jalan aku begini. melaluinya dengan sabar dan tabah. aku tahu. aku diberikan jalan untuk berusaha dan menjalani kehidupan aku sendiri. walaupun aku sendiri namun aku tahu Allah sentiasa menemani langkahku. hanya Allah mengetahui jalan terbaik untuk aku. 





mungkin Allah dah rancangkan sesuatu yang amat baik untukku kelak. semoga semuanya berjalan lancar. aku akan habis degree tahun depan dan konvo bulan 12 tahun depan. semoga Allah mempermudahkan semua urusanku walau dimana jua aku berada.






walaupun pada mulanya aku enggan mengikuti kos ini tapi akhirnya aku pasrah dan redha dalam nikmat pemberian Allah yang tak terhingga ini untukku. aku mahu menjadi hamba yang tahu bersyukur. bersyukur dengan nikmat Allah. sedang orang lain sedang gembira melayari kehidupan lepasan ijazah sarjana muda, aku masih lagi terkial2 mengharungi hidup sebagai pelajar dan aku berharap aku jua akan menggenggam segulung ijazah.




dan aku juga berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di peringat Master. ingin sekali hatiku ini. bnatu aku ya ALLAH.. namun aku hanya pergi kesana dengan izinya sahaja. aku berdoa dalam setiap lewat akhir solatku agar Kau permudahkan segalanya. niat di hati aku memang nak sambung tapi aku risau wang akan jadi masalahnya. dan bilakah aku akan membayar PTPTN semula? 




hahaha.. dah banyak dah merepek seketul dua. bila merepek2 ni macam best pulak kan. hahhaa.. berangan pastu senyum sensorang. hahaha.. ni tengah2 taip entry bukak fb jap. nampak pulak Yuyu Zulaikha ni post entry dia semalam. baca la sepam dia. lepas tu dia siap up blogshop Murahsaje pulakkk.. melalut aku kelain tempat jadinya. dah tak kosentrait tulis entry. haihhhh.. mudah sangat terpengaruh aku ni. huaahahaha...




ok2. rasanya tapi nak up entry ni sikit2 je sekali banyak pulak membebel kan. huahaha.. ok la. babai semua!







Wednesday, September 26, 2012

Samurai Burger Done!





Assalamualaikum..



hari ni aku ada satu kelas je. yea, satu kelas je tapi aku rasa penat dia macam seharian kelas. biasalah, masalah wanita mestilah tak selesa kan... bukan tu pun aku nak ceritakan. aku nak cerita pasal aku dah makan burger Samurai Mcd. sedapnyaaaaaa...


pada aku aku suka taste dia. aku suka juicy dagingnya, lembut dagingnya dan memang memikat hati aku. tapi tak boleh lawan prosperity la sebab daging lembu, lembut, dan pedas! tu yang aku suka.. suka sangat okeh prosperity. kadang sampai 4, 5 kali aku makan sekali promotion tu. nampak tak kat situ betapa aku sukanya. kalau lain2 promotion aku tak makan banyak macam tu. cukup la sekali aku makan nak merasa. tapi kalau prosperity tak cukup sekali woi! tak puasssss!


hahahaha.. gila dah. pada aku, aku paling minat Prosperity, then Samurai, then Foldover last sekali baru GCB. sebab pada aku GCB ni tak mengancam sangat. just daging ayam yng digrill. sapa peminat awam suka la. tapi aku tak. aku tak suka slice ayam dam burger. aku suka daging lembu baru la rasa burger. hahaha.. lagi pulak dia cuma daging ayam di grill dengan banyak minyak tu. macam tak besttt je aku rasa. haaa.. pendapat aku la. kalau orang lain suka terpulang. hehehe..








sebab ramai orang akan lebih suka ayam dari daging. banyak gila kot orang suka Chicken McDeluxe sebab isi ayam yang pedas dimakan dengan roti. tapi pada aku paling jarang sekali aku beli adalah burger tu la. sebab tak minat ade slice ayam dalam roti burger, jadi spoil mood aku! hahahaa


sekarang dah puas hati sebab dah dapat makan burger samurai. dan suka samurai. boleh beli lagi. nyummmm!!!



 




esok2 boleh pergi beli lagi. hehehee... 






=)





Tuesday, September 25, 2012

Nuffnang ohsem! =)





Assalamualaikum..


hari ni aku telah mengabaikan blog aku ni. sepatutnya aku kena banyakkan masa dengan blog ni. jangan biarkan. kata nak kutip nuffnang banyak2 kan. tapi kalau satu hari baru berapa je entry aku post dengan tak ada isi dengan merepek sakan dengan ntah apa2 je entry tu jangan harap la nak dapat nuff banyak2. mimpiiii -______-


tapi sikit2 masih tanam hasrat tu nak dapat banyak nuff. terima kasih Nuffnang sebab dulu dalam 2 bulan lepas aku ada masalah nak log in nuffnang tapi bila aku contact nuff berkali2 jugak la balas2 emel dengan pegawai dia barulah aku dapat masuk balik nuff aku.


sekali masuk ehhhhhh! dah lain la susunan website nuffnang ni! weeee... jakun sekejap! =)


apa pun thanks you nuffnang sebab selesaikan masalah saya yang tak boleh log in tuh. aku risau jugak kalau tak boleh2 log in nanti kalau dah banyak macam mana nak cash out kan? cehhhh.. macam la banyak sangat duit nak risau2 bagai. macam selalu bulan2 ribu2 masuk nuff aku kan. eiiii.. sumpah perasan! hahaha








dah lain gila nuffnang sekarang kan. aku pun terkejutttt uolsss.. hahaha.. cantik dah website nuffnang nih. hhehee... aku suka jugak yang ni, smart jugak kan?? ye ke idok??


hehehe.. suka la aku nuffnang aku dah meningkat naik walaupun sikit je. tak mampu nak riban2 macam orang yang yang heybak2 tu uolsss... kita blogger picisan tak sape pun kenal kan.. sob3..


ok2, kawan2 dah mula bukak buku nak buat homework akaun ni. aku yang baru dengar dah blur2 dan stress2 dengar. aku memang alergik dengan nombor2 ni kecuali nombor wang! tu je aku tak alergik..hahahah


ok, babai! =)





Selamat Pagi! =)






Assalamualaikum!



selamat pagi semua. Alhamdulillah kita diberikan peluang menghirup udara ciptaan Allah sekali lagi hari ni. semoga hidup kita hari ini lebih baik dari semalam dan dirahmati Allah.. hari ni aku bangun dengan azam baru. dengan semangat baru, dengan usaha baru. jangan fikirkan perkara lama yang bisa mengguris hati mahu pun perkara sedih yang mampu buat anda menangis.


pagi ni hanya untuk meraikan orang2 yang berjaya hidup sehari lagi. tak lupa memanjatkan syukur kepada Allah.. Alhamdulillahhh.. Alhamdulillahh.. Alhamdulillah... jadilah umatnya yang bersyukur nescaya Allah akan lebih sayangkan kamu.. =)









mari mulakan hari dengan sarapan terlebih dahulu.. =)




La Tahzan







aku telah ditelan dengan kata2 sendiri
ditelan dengan seenaknya. 
senak..
muak..



namun masih enak
mampu mengunyah 
dan mampu menelan 
walau pahit
walau perit


aku akan hadapinya
maaf atas kesalahan selama ini
aku akan tetap tersenyum..












Monday, September 24, 2012

Hari ini sahaja




Assalamualaikum...


hari ni sangat penat sebab kelas ade 3 dari pagi sampai petang. biasalah kelas macam tu. balik2 je dah pukul 6 petang. kejap je dah malam haihhh.. kenapalah cepat sangat masa berlalu ni? masa kelas tadi nak kata bosan tu tak la tapi biasalah, mengantoknyaaaa... ya ALLAH! macam ada syaitonnnn bergayut2 dekat mata ni. aku pun macam dah tak tahan je.  tapi still maintain.. 


lepas tu tak selera makan tengahari lepas tu beli waffle je makan waffle tapi waffle tu tak sedap macam selalu. selalu gemok gebu je waffle dia. ni garing je tak gebu2 pun. tak best la abang oi! hahaha.. kerjanya komplen je kan..buat tak reti jugakk.. wakaka..


tak selera aku nak makan nasi, lepas tu rasa kenyanggg je. lepas tu dah petang2 sikit pukul 4 5 baru rasa lapar. kalau tak aku tak rasa pulak. mungkin tak angin? sekarang ni baru rasa laparrrrrr sangat. baru rasa nak makan segala benda tapi tak ada makanan dekat rumah ni. ok, kesian gila kan kita dan kawan2. megi je ada. adakah malam ni rewang megi je?? 


padahal tengah craving gila burger Samurai McD tuh. teringin nak merasa sedap ke tidak. kalau tak rasa mana tahu kan sedap ke tak. kenalah cuba. mana tahu aku suka. ade orang cakap tak sedap, ade cakap biasa je. tak tahu la kan. taste orang lain2. ehehhee..






rasa macam sekarang je nak beli benda alah ni tapi apakan daya tak mampu den nak pergi McD memalam ni sensorang. hukhukhuk.. sedihnya.. esoklah mungkinnnn!


ok la tak tahan lapar lagi. mau makan. makan megi je awokkkk.. sian kan kite.. sob3!



>.<







Sunday, September 23, 2012

Kesukaan dan ketidaksukaan!




Assalamualaikum...



hari ni aku nak cerita kesukaan aku dan ketidaksukaan aku. maksudnya bukan benci cuma tak berapa minat. tu aje. aku percaya setiap orang mesti ada kesukaan masing2. takkan nak tak kesah je sepanjang hidup kan? macam tak best pulak hidup macam tuh. ecehh.. macam la hidup aku best sangat nak kata hidup orang lain pulak yang tak best kan? hahaha..


1. menulis

aku suka menulis. suka sangat menulis isi hati sendiri, tulis segala yang aku rasa yang aku alami dan rasai tapi malangnya bagai aku adalah aku malas menulis. aku berharap kalau ada mesin yang boleh tulis dengan sendirnnya isi hati aku ini pastu siapkan dan print buat tatapan aku kan bagus macam novel jadi aku akan baca balik apa aku tulis tu tapi tak mungkin nokkkk... hanya ada 10 jari dan 2 tangan ni je untuk menulis. Alhamdulillah masih berupaya walaupun keupayaan itu selalu diragut oleh kemalasan aku sendiri. wakakaa..



2. suka memasak

aku suka memasak. suka tengok orang masak dan suka tengok makanan. aku geram nak cuba tapi tak semua masakkan aku akan buat ini kerana kekangan bahan, alatan dan kemahiran. hahhaa.. walhal kat rumah sewa aku selalu ditugaskan masak sayur je pun. wakaka.. tapi kalau tinggalkan aku sorang2 insyaAllah aku takkan kebulur, masih boleh masak untuk diri sendiri. nak bagi orang lain makan macam segan sikit la.. hahaha. aku prefer desert or minum petang macam kuih muih atau manisan sebab senang sikit berbanding lauk. hehee..












3. mengemas

aku suka mengemas. tapi bila ada mood je. kalau tak ada mood memang berselerak pun aku sanggup. tak mood punya pasal la kan. punyalah malas kemas rumah. tapi bila aku rajin segala aku nak kemas, segala benda aku akan bersihkan dan buang. tu aku kalau rajin. kalau malas nak lipat kain selai pun macam tak ada daya! hahaha..


untuk barang2 pulak aku suka certain2 barang. yang biasanya aku suka orang lain biasa2 je dan bila orang menggila suka aku pulak biasa2. macam terbalik pun ada. 


1. aku tak suka bunga

ok ni tak tahulah pelik ke tak, aku tak suka bunga. lebih2 lagi kalau ada orang bagi aku bunga. sungguh aku tak teruja. hahaha.. gila kejisss.. kalau dalam rumah pun sebenarnya aku tak suka ada bunga, bunga dalam rumah ni macam semak dan mengumpul habuk. malas aku nak membersihkan habuk dekat bunga2 tu. lecehh..






2. aku tak suka coklat

aku bukan tak suka terus, makan tapi tak boleh banyak2 sekaligus. makan sikit2 je la. lepas tu kalau makan lama2 tapi tak habis2 aku akan bosan dan bagi orang lain coklat tu. hahaha.. malas nak habiskan tak best je rasanya..haha






3. tak suka bear

ini semua hasil didikan mak aku. aku tak suka bear. tapi aku suka bentuk patung macam kucing, arnab yang comel2 sebab dari aku lahir mak aku dah belikan aku arnab sebagai peneman aku. kira bantal busuk la. lepas tu aku aku terus tak suka bear2 ni. walaupun dia lembut tapi aku lagi suka arnab dan kucing. hehehe..


aku suka benda2 untuk hadiah macam :


1. Al Quran, tafsir dan tafsir hadis

haaa.. ni aku suka. suka sangat. walaupun aku mengakui aku tak baca hari2 tapi aku akan menghargai sangat2 kalau ada orang bagi aku Al Quran, tafsir al quran dan tafsir hadis. aku memang teringin beli tafsir tu semua tapi belum berkemampuan. nanti aku akan cuba beli jugak.. =)





boleh tak aku nak Al Quran ni untuk hantaran aku nanti  ?  :')



2. Gelang atau cincin


aku tak harapakan orang bagi aku benda mahal2, sebab aku menghargai apa yang orang bagi walau murah. kalau setakat gelang atau cincin main2 pun dah cukup suka aku kalau dapat. setakat gelang rm25 silver biasa pun aku dah suka sangat dah! hehehee.. sebab aku ni suka gelang dan cincin. hehee


aku harap suatu hari nanti aku dapat benda ni, kotak ni dan desigan ni.  aminnn.. :')



3. buku motivasi


aku suka buku2 macam boleh membina jati diri, menguatkan peribadi dan membentuk emosi yang baik. ala, macam buka HM Tuah Iskandar ke, buku2 ilmiah macam tu untuk membentuk jadi wanita solehah ke, wanita tabah ke eiiiiii.. sukanya aku!!






4. buku masakan

haaa... ni pun aku suka. buku masak2 best sebab aku suka tengok gambar makanan dan aku akan cuba. tapi biasanya buku masak mahal kan. jadi aku suka google je pastu salin. nak masak je google nak masak gugel. haaha.. jimat mak nok! hahaha






4. pakaian dan perhisan

ye, aku suka pakaian. tak kira la baju ke, kain ke, tudung ke. semua aku suka. nak2 kalau aku dah lama berkenan benda tu sekali ada orang bagi, jadi macam wowwww! bestnyaaaaa! >.<  kalau dapat brooch ke atau eksesori lain pun aku suka jugak.. hehee





5. gadget

tak dinafikan la aku suka gadget macam handphone, GPS, camera, ipad, ipod, tab bagai tu. sape tak suka. nak2 siap ade broadband lagi fulamakkkkk.. sukanya haku! hahaha.. dah memang gila surf internet kan maka suka la benda2 macam tu.. =)






6. suka benda2 warna hijau

yess.. almost semua benda aku suka warna hijau. kalau warna lain tu aku rasa macam tak in je. cuma pakaian aku suka variasi. suka macam2 kaler tapi kalau benda lain kalau boleh semua nak warna hijau. hahaha.. gila bosan dok??



apa lagi eh yang aku suka?? aku suka benda2 yang tahan lama la senang kata, yang boleh aku carry mana2 tiap2 masa macam handphone, beg, kasut, baju dan sebagainya. pada aku kalau barang tu tahan lagi bawak banyak value pada aku si pemakai dan otometik aku akan terkenang si pemberinya. cewaaahhhh.. macam la banyak sangat benda kau pernah dapat kan.. padahal masa sekolah aku jarang dapat hadiah sebab birthday aku bulan 12 tau.. sedihnya.. sob3...



and you know what aku tak sukaaaaaaa sangat prank! yup, macam birthday prank yang kotor2 macam mengarut2 sangat sampai boleh buat aku rasa takut, sedih, marah dan sebagainya. walaupun kawan baik aku sendiri yang buat prank kotor2 macam tu aku benci gila. pada aku benda tu nak happy2 bukan nak mengotorkan seluruh diri. kalau setakat suprise bersih2 tu tak apa la sangat. ni kalau nak ajak aku buat benda2 mengarut yang buat aku rasa benci aku takkan buat. aku rela dikatakan tak outstanding or tak up to date dari aku rasa benci dengan benda tu. hahaha.. kejis tak? tak kan. sebab setiap orang ada benda yang dia suka dan dia tak suka..



baik2 aku suka kawan tu jadi tak suka sebab dia pernah prank aku. tu aku tak nak. bukan makin suka makin tak suka pulak. aku bukan jenis adventurous punya orang. pada aku that memori kena sambut dengan benda yang seronok dan menghiburkan bukan dengan cara paling dibenci. tu je la.



banyak ke?? tak kan?? hahaa.. okeh, korang pulak macam mana? apa kegemaran korang??

Craving!






Assalamualaikum...



huarghhh.. rasa mengantok sangat sekarang ni rasa pening2 dah tapi aku macam tanak tidur lagi. aku masih nak makan benda manis2 dan macam sedap je kalau makan sekeping keria salut gula melaka macam Hanis Zalika makan dalam Mad Markets dekat TV9.. aku tengok dekat tonton je senang. tak ada sekat2 pastu kalau nak pergi toilet ke apa kejap boleh pause dan tak ada iklan tu yang utama. huuu...


rasa macam nak rasa satu keria Hanis tadi. waaa.. macam sedap! =)



kalau korang baca ni mesti pelik kan? mesti macam eh, ini entry untuk malam bukan siang. hahaha.. memang aku tulis malam tadi pun tapi aku tak sempat nak post sebab terlalu lah mengantoknya.. tersengguk2 aku menaip tahu idok? hahaha...


pagi ni aku dah selamat breakfast telur setengah masak dengan roti. minum air jarang je. malas nak buat air bagai. lagi sedap minum air jarang. freshhh! hehehe..



so, untuk tenghari ni rasa macam nak makan burger samurai je. teringin. dah ada ke kat McD puncak alam ni?? harus dipikiran.. sama ada esok atau hari ni rasa nak beli la burger tu. nak merasa sikit sedap ke tak. ada kawan aku kata tak sedap. tak tahulah sebab taste orang lain2 kan.. hehehe





teringin sangat. lepas tu ada pulak aiskrim Sundae coklat sebelah.. fuhhhhh!! memang terangkat wehhh sedapnya. aku tengah craving ni, ada sesape tak yang nak bawak aku pergi McD?? huaaaa...



ok, sedih. hakikatnya tak ade sape pun nak bawak. bai.



=)






Saturday, September 22, 2012

Murah tapi cantik..





Assalamualaikum... 



apa khabar semua? sihat ke? aku sihat2 je haaa.. bertambah sihat je adalah aku ni. niat dihati adalah menghapdate blog setiap seminit tapi apakan daya itu hanya plan akan dan minda yang cerdas ni. hakikatnya, badan selesu orang kerja mengangkat balak. malas kemain. dan juga tak ada idea. kalau pergi baca blog orang lain adalah jugak idea haku nak menulis blog ni. nampak tak tu? ini bukan cedok idea orang lain tau. ni adalah hasil dari pembacaan umum. macam baca buku. =P


haaaaa.. sebenarnya malas nak hapdate sebab tak ambik gambar lagi. kalau dah ambik gambar barulah aku akan update. aku ada beli box, ke apa eh nak cakap. ala, benda murah2 je yang boleh bentukkan jadi kotak dari material kain dan plastik. tapi sooooo cute! malangnya aku jumpa warna hijau yang berdesign cantik sangat. aku minat sensangat tapi mahal wooo dalam RM50 yang hijau aku berkenan tu. sebab dia fully kain dan ada beli kukuhkan dia. yang aku beli ni cuma kadbod keras je. RM25 je, half harga dari yang aku suka tuh. tapi comel2 la ade kartun2.. macam bebudak sikit sebab tu murah. kalau ikut hati aku mau je aku grab yang rm50 tu. sangat ohsem dan sangat kena dengan jiwa aku. dengan design macam tu, dengan warna hijau dia, memikat hati betul.  tapi bila selak purse maka dengan ini aku harus sedar diri. jangan terlalu boros mengendalikan kehidupan yang serba mencabar ini. nampaknya aku sudah berbelanja lebih kali ini. harus ikat perut dan ikat diri jangan membeli belah lagi. sob3...


mesti korang kata, alahai takat beli boz busuk pun kecoh tapi tu la hakikatnya. aku suka box tu. aku buat letak baju kurung aku. nampak comel dan kemas sikit. aku sekarang sedang sikit2 kemas barang aku yang tak guna dan bawak balik kampung. so, nanti sem depan bila aku dah habis sem aku tak payah la bawak balik banyak sangat. muatlah kakak aku nak hangkut aku balik rumah nanti. hehehe..


nampaknya misi aku berjalan lancar. tak sabar nak cuti mid term raya haji nanti sebab aku nak bawak balik lagi satu beg roda besar barang2 tak guna which is beg, kasut, heater, pinggan mangkuk dan sebagainya. aku ni nak ada benda macam2 tapi gunanya idok. haaaa.. tu la satu masalahnyaaa... kerjanya membazir je. hehehe..


tapi benda2 yang aku beli bukan basi pun, just akan jadi buruk la tu aje tapi aku memang suka membeli belah tapi beli benda yang murah je la. tak mampu nak mebeli belah benda2 mahal. aklau ada benda murah apahal pulak nak beli benda mahal? kan? aku rasa lagi terancam kalau orang dapat cari benda yang sama tapi lebih murah, mulalah aku rasa rugi je beli kat certain tempat tu. kalau dapat lagi murah lagiiii aku suka.. hehehe..


so sekarang benda2 yang tak guna je aku let go bawak balik rumah. kosong sikit tempat aku ni. taklah berserak sangat rumah dengan barang2 kami. dah nama pun perempuan. so banyak la barangnya. itu ini. baju berlambak2 pun still kata tak ada baju. kasut berkotak2 pun still kata tak ada kasut. apelah kan..hehehe...


ok la esok aku update lagi. ecehhh.. macam la ade orang tengok blog huduh kau ni. macam la ada orang baca sangat apa yang kau merepek2 ni kan? hahaha.. sedar la diri tu woiii!


ok, nanite, wassalamm...



=)






Friday, September 21, 2012

Wednesday, September 19, 2012

Syampu ke hape ni??





Assalamualaikummm...



niat hati bila balik study semula ni nak menaip entry panjang berjela buat tatapan penduduk sekitar tapi apakan daya sifat malas yang memang sejak azali bersarang dalam diri kian menular dan kian membiak dengan pesatnya seperti ditabur baja dan ditambah vitamin gamaknya. maka dengan ini saya berasa malas untuk menaip entry yang elok, best dan berilmiah. berilmiah? memang jarang la haku post benda berilmiah..huahuahua


sejak naik sini aku beli la syampu baru senang nak bersyampu rambut tak seberapa ni tapi tebal bukan main. aku memula nak beli Dove tapi nampak macam mahal pulak Dove besar tu aku pikir2 aku ambik Pantene je la sebab Pantene murah sikit so aku ambik la Pantene dan beli. 


bila aku apkai macam tak best pulak sebab dia meninggalkan kesan berminyak even dah cuci bersih2 pun berminyak. aku beli Pantene yang anti dandruff tu. konon nak hilangkan dandruff. memang banyak dandruff sebab tu aku ingatkan yang berminyak tu hasil dandruff tu kulit kepala keluarkan minyak ke hape tapi bila selalu pakai rasa macam tempat atas kepala tu berminyak. kering yang tak jadi sehelai2 rambut tu jadi melekat2 macam berminyak gitu.. eishhhhh,... aku tak suka hokeyyy!!


dulu pakai Dove elok je kering wangi macam biasa. kelumumur pun tak ada. ni menyesal pulak tak beli Dove hari tu. haihhh.. nak beli lain macam membazir pulak je kan. aku pelik la kenapa kepala aku jadi macam tu. biasanya taka da apa pun. rasa macam tak selesa pun ada. rasa macam tak bersih pun ada.





nilah syampunya.... tensen pun ada aku rasa. nak beli lain pulak la.. malas nak marah2 kat syampu ni... huahahahaa...


ok la. aku nak bersiap pergi kelas ni.. bai



=P




Tuesday, September 18, 2012

Semangat!!




Assalamualaikum...



rasa macam dah lama sangat aku tak refurbishment blog aku ni. dengan background yang membosankan. yang susun atur yang bosan jugak. dengan tak dapat bukak nuffnang baru ni cuba boleh pulak.  ehhhh... dah lain sangat nuffnang sekarang kan? jakun pulak aku.. eiii... bersemangat aku nak taip blog balik. sampaikan tak boleh tidur sebab nak surf itu ini. gila la.. padahal aku ni penat dalam perjalanan panjang dari kampung ke Puncak Halam ni tapi aku tetap gagah. 


ni bukan gagah buat2 tau ni gagah semulajadi. macam tak mengantok jadi terusssssss surf itu ini yang selama ni geram je aku nak tengok tapi tak dapat, ish2.. kesian aku kan?? hehehee


menggila tengok tutorial shawl dan tudung bawal. menggila jugak tengok online tudung. menggila baca entry2 orang pemes yang dah lama2, menggila jugak bukak youtube dan tengok online drama. macam2 aku gila sekarang ni. naik gila jadinya! huehuehue!


but aku aku cerita satu2. now kita kasi warm up dulu. nak pulun pun esok la ye.. ok tata titi tutuuuuu!!



=P




Friday, September 14, 2012

Hal tak ada kelas dan berjalan sahaja..





Assalamualaikum semua..



korang sihat tak? aku sihat2 sahaja. sihat macam ni la. tapi aku masih saket kaki. dan tetiba balik ni aku rasa tangan kiri aku saket pulak. aku baru balik dari hantar kawan2 aku naik bas dekat Klang. petang tadi semangat pergi kelas pukul 1 sebab nak makan2 dekat cafe. lepas tu terus ke kelas. tapi baru parking kereta  keluar beberapa langkah dapat BBM dari ketua kelas. kelas tak ada petang ni. huehhhhh... kenapalah tak bagitahu awal2 wahai lect. kan bagus bagitahu awal2 kami ni boleh balik hari khamis lagi. tak payah tunggu hari khamis. hehhhh...


lalu kami pun sama2 la balik semua, hantar seorang balik rumah dan pecut terus pergi Klang Sentral dan beli tiket untuk ke destinasi masing2. ermm.. dua orang dah selamat naik bas pukul 3 dan pukul 4 dan sorang lagi kawan naik bas pukul 8.30 malam pulak. jadi masa yang terluang begitu banyak, kami pun jalan2 la dekat Setia City Mall makan dekat Seoul Garden. memang aku dah lamaaaaaaa mengidam nak makan Seoul Garden lagi. last makan masa aku diploma.. lama sungguh dekat 2 tahun dah.. hehehee


lepas makan apa lagi kami jalan2 la kat Setia City Mall. masuk kedai sana, masuk kedai sini. kemain lagi. biasalah kan, kita ni perempuan suka sangat tengok banda2 yang unik, comel dan warna warni. jalan sikit "ehhhh. tu cantiklah..jom masuk!" hahaha.. dialog biasanya macam tu la..ehhehe


lepas tu pergi tesco pulak. jalan2 lagi. masuk kedai tu, masuk kedai ni. semangat sana gelak2 semangat sini gelak2. haishhh.. baru lepas jumpa naik 2 bulan sekali dua kawan aku saket pulak. belum sempat nak berjumpa berjimba2 dah saket so terpaksa tangguh. dalam rancangan nak ajak kawan2 aku pergi Times Square, Jalan TAR dan kedai dekat Saujana Utama tu, tapi disebabka saket terpaksa la aku tangguh dulu..


dah balik rumah baru rasa saket kaki, saket tangan dan sebagainya. adussss.. kenapalah wahai tangan kiri kau saket pulak ni?? hadoiiii...


rasanya cukuplah hari ni aku berjalan berjimba, aku perlu rahat dan tidur yang cukup. jadi esok tak adalah terlajak kan. dah la tiket dah beli esok. aklau terlepas kan susah. huuuu...


ok, good nite semua.. salammm.. 



=)








Wednesday, September 12, 2012

Hari ini






Assalamualaikum 



selamat pagi semua.. sihat x? harap2 semuanya sihat. aku? aku sihat tapi biasalah kaki ni tak pernah nak berenti dari saket. hari2 la makan ubat je kerjanya.. 


hari ni aku ade satu kelas je. tengahari nanti maybe aku akan balik. takkan aku nak tunggu kawan2 aku balik pukul 4.20 tu pulak. tak sanggup weh.. hehehee..


tapi ingat kalau kawan aku tak baik lagi nak bawak dia pergi klinik lagi. aku pun sekali ingat nak pergi klinik. hehhehe..mintak lagi ubat saket kaki tu.. hehhehee


ok nak bersiap pergi kelas pulakk.. =)



bai.





Tuesday, September 11, 2012

Aku Mohon






perlukah aku melepaskan dia demi  perasaanku?
perasaan dia?
pernahkah aku berfikir?


namun, sampai bila aku harus menipu?
menipu diriku, menipu hatiku, menipu jiwa ragaku??


aku harus berterus terang sekarang
sungguh aku tak ada rasa itu
namun untuk meninggalkanmu aku belum sampai hati


walau hatiku sekeras kerikir ia masih tersimpan rasa2 syahdu yang aku balut rapi di relung2 hatiku
walau aku juga tidak pernah menunjukkan rasa kasih itu namun aku punya jiwa yang bisa aku nilaikan..


ya ALLAH,
tunjukkan aku jalan agar aku bisa membuat keputusan yang betul
tunjukkan aku jalan bahawa hatiku telah dimiliki
tunjukkan aku andai aku tersalah langkah...
sesungguhnya aku amat takut sekali..


aku ingin memilih untuk sendiri
menghadapi hari2 mendatang sendirian
tanpa ada teman disisi
namun aku takut aku mudah rebah,
tapi aku juga takut jika aku rebah kerananya...


bantu aku ya Allah..
hanya kau maha mengetahui segala isi alam ini..
dan mengetahui apa yang bakal berlaku..
tunjukkanlah aku apa yang telah kau aturkan untukku di Loh Mahfuz saat dulu..
aku mohon ya Allah..






Hari yang bosan..




Assalamualaikum semua..


apa khabar? hari ni aku tak ada kelas, almaklum la kelas lompat2. nak register subjek pun tak boleh. so, hari ni aku tak ada kelas duduk2 je kat rumah relax2 tidur. petang bawak kawan aku shamimah tu pergi klinik lagi. konon nak mintak cuti tapi tak dapat. kesian dia.. haihhh..



balik tu sekali jalan ambik kawan2 aku yang balik dari kelas lepas tu pergi econsave belanja barang dapur. sebab tak banyak yang beli hari tu. kali ni beli barang basah sekali senang nak masak2 kat rumah kalau lapar kan senangg.. weeeee..



esok kelas pukul 10.30 pulak. sampai tengahari je. tak ada apa sangat pun. kelas akaun je. ermm.. apa yang menarik ye hari2 aku ni? semua bosan je. tulis pun benda yang membosankan je. huahahahaha..



k bai.










Monday, September 10, 2012

First class!




Assalamualaikumm..


apa khabar semua? sihat ke? hehehe.. macam2 jadi hari pertama persekolahan. cehhh, persekolahan konon. hari pertama naik sem 5 ni. dua bulan cuti, macam2 cerita nak beritahu kawan2 walaupun kawan serumah. hehehehe.. biasalah kan. cerita itu, cerita ini... 


aku pun tak pernah terkecuali. cerita itu ini dengan kawan2 seperjuangan. bangun pagi2 je dah rasa lain, kenapa ada bunyi alarm memekak pepagi buta ni? rupanya hari ini ade kelas la hoi, bangunnnn...! 


terus rasa macam ehhhhhh... aku ade kelas la hari ni so kena pergi kelas! hahahaa.. baru la sedar sepenuhnya dan bangun ambik tuala dan mandi. lepas siap2 semua kawan aku cakap yang dia muntah2 cirit birit tak tahan gila dari pukul 5 lebih dah muntah dan cirit birit. kesiannya aku tengok dia. macam tak bermaya je pepagi ni dah kena serangan penyakit. lepas beberapa minit aku tanya lagi dia boleh ke pergi kelas macam ni? dia kata tak boleh. tak larat nak menahan badan pun lemah. aku belum pergi kelas kawan aku dah muntak siap keluar air hempedu yang yang pahit tu. aku pun pernah rasa macam tu dulu, tapi aku balik rumah jalan kaki dari pusat kesihatan shah alam dulu, kuatnya aku. padahal saketnyaaaaaa  >.<


kawan aku sorang lagi yang rumah lain pun kena macam tu sama muntah2 dan cirit birit. laaaa.. dua dua tak pergi kelas pastu suruh aku drive pergi kelas. aku memang la cuak starting kan.. lama2 tak boleh jadi sebab tak ada kenderaan nak pergi kelas, so aku dengan perasaan yang cuak dan sedikit gementar drive ke kelas. alhamdulillahhhhh.. sampai jugak kelas dengan kereta kawan aku tu. aku boleh drive tapi kereta abah aku je. kereta abah senang, smooth dan selesa bagi aku. ni kereta orang..hehehe..


balik kelas je pukul 5 aku balik bawak pulak kawan2 aku yang saket ni pergi klinik pastu bawak pergi beli bubur mcD sebab semuanya tak makan lagi dan kena pantang sikit sebab memang kena keracunan makanan. ishhh.. macam mana boleh dapat tak tahulah dua2 saket tetiba. pelik jugak kan...


yang penting aku doakan kawan2 aku cepat sembuh dan sihat seperti biasa. tak suka la tengok diorang lemah pucat lesi kan.. tak seronok.. aku sentiasa mendoakan kesihatan kawan2 aku.. =)



get well soon mimah n shami =)



akhirnya aku dapat jugak menjadi sesuatu yang berguna untung korang berdua waktu korang memerlukan kan? heheee..



ok la..


nanite ;)






Sunday, September 9, 2012

Setelah lama menyepi..



Assalamualaikum..


alhamdulillah akhirnya selamat sampai di puncak alam terchenta! alhamdulillah jugak sebab kita dapat bertemu kembali di dunia blog ni. lama sangat dah aku menyepi. lama sangat dah aku berdiam diri. sebab tak ada internet yang laju. broadband pun aku tak bawak balik. kesiannnn...


so, semalam sampai puncak alam dan kemas2 rumah. woaaa.. penatnyaaaa.. penatnya sapu dan mop rumah padahal sapu dengan mop je pun. hehehehee.. sebab angkat beg berat dari bawah naik ke atas tu yang menggigil kaki tangan sampai2 atas je kena kemas rumah sebab nak tidur so nak tak nak kena kemas jugak..


takkan nak tidur atas habuk2 pulak kan?? hehhe.. jadi nak ke tanak kena la kemas2 jugak walaupun dalam hati sangat malas dan penattttt.. huaaa.. 


janji dah sapu dan mop janji bersih sudah la. aku tak larat nak mengemas lebih2 so aku dengan senang hatinya tidur malam tadi. siang tadi baru la aku berkemas bagai nak rak, semua aku keluarkan, lipat, sapu kemas balik beg nak bawak balik minggu2 depan dan selepas tu. 


aku memang rasa nak balik minggu depan hari kamis ke jumaat ke. sebab nak bawak balik buku sem lepas aku ke kampung. menyemak je buku2 dekat rumah ni. dah la rumah ni tak berapa besar. hehehe.. 


apa cerita korang raya kali ni? banyak dapat duit raya? makan kuih dan buat kuih? aku ni beraya tak seberapa pun tahun ni. biasalah aku malas sikit nak berjalan2 ni sejak dah besar2 ni. banyak komitmen lain pulak. hukhukhuk


sampaikan gambar raya satu keluarga pun aku tak ada. sibuk sangat nak beraya rumah pakcik tergesa-gesa sampaikan tak sempat nak ambil gambar bersama pakai baju raya. ceitttt! apekahhh.. geram pulak aku rasa. hahaha.. so, tak ada kenangan raya with baju raya tahun ini... huaaaaa!


korang mesti meriah kan? aku rasa macam bosan je hidup dengan tak bacablog2 orang. rasa macam tak ada kehidupan lain selain diri aku sahaja. kalau aku baca blog orang barulah aku bersemangat nak berblog dan menulis dengan membaca kisah2 menarik orang lain.. weeeee~


so? lets read another blog! :)


happy reading!