Happy Cat Kaoani -->

Saturday, March 31, 2012

Sedihnya tak dapat pergi..






Assalamualikum..






sedih gila tak dapat pergi event ni dekat Kolej Mawar. best gila dengan pameran kucing, dengan ramai gila sponsor dan participants dia. ish2. sedih2..


sebab macam best gila je event ni. ramai kot orang yang gilakan kucing. lebih2 lagi perempuan. ramai sesangat. nak2 budak2 muda. student2 macam kami2 ni tengok kucing tepi jalan pun suka. rasa kesian tu tak boleh cakap lah. ish2...


mesti banyak juga jual2 dekat DC. sapa2 budak UiTM shah alam tahu lah apa DC tu. medan membeli belah serta menjamu selera tempat tu. hehehehe


k lah. bai.





Menu Tengahari






Assalamualikum..


selamat pagi kawan2! weeee.. kawan saya tak jadi pergi modul dekat Shah Alam. kesian diaorang sebab tak ada bas awal pagi ke Shah Alam. yelah, kalau tak ada kenderaan memang susah duduk puncak alam ni. kenderaan awam ni ada, tapi lambat dan tak tentu masa. kalau setakat nak pergi Shah Alam tu bukan lama sangat kalau ada kenderaan sendiri. tapi ni tak ada kenderaan. harapkan bas yang tak tentu masa tu je.. 


heyyy.. hari ni kawan saya nak masak ikan jaket belah belakang. weeee.. sedapnya! sukaaaaa.. ikan jaket goreng je pun aku sukaaaaa... makan dengan sambal kicap. weeehhh.. marbeles kot. mak aku tahu sangat dah selera anak dia ni. ikan cencaru tak letak garam kunyit. goreng je light2 orang kata. pastu panas2 makan dengan nasi putih dan sambal kicapppp.. perghhhhh! 







sayur aku tak demad lebih2. kobis goreng je pun aku dah selera dah. dulu masa aku sekolah hari2 aku makan ikan goreng dengan kobis sambal tak pun kobis goreng. mak aku suka masak simple2. akupun suka makan kering2. tak suka berkuah sangat. kalau kering aku suka la.. 


ok, kawan aku dah ketuk2 lesung dekat dapur tu. sila la tolong. hahha. tolong tengok please..hahaha


ok, bai!




Suku pertama










suku tahun pertama dah habis. tinggal lagi tiga per empat tahun ni kita akan lalui. rasa cepat sangat masa berlalu kan..


erghhhhhhhhhhh...



-.-'


bai!




Apa nak buat ek?







Assalamualaikum..


esok aku akan tinggal berdua je dengan kawan aku sorang lagi. yang lagi dua ni akan ke Shah Alam sebab ada modul yang sangat menyeronokkan di sana. have fun ye kawan kesayangan saya semua.. waakakakaa!


esok mesti berjalan esemen semua. kalau tak menang hancur lah. kalau boleh siapkan hujung minggu ni aje. jangan nak bawa ke weekdays. serabut kepala hotak aku dengan segela esemen yang melimpah ruah ke ladang gandum ni. kalau disaluti coklat tak apa jugak. ni tak bersalut pun. kosong2je. macam cekodok! hahahaha


seronoknya kalau dapat makan kek, aiskrim, satay dan buah2 segar sekarang ni. dah kenapa lah tekak ni. ada orang tu tekak dia mengidam nak makan durian, lepas tu bila orang ajak makan satay dia pun cepat je 'jom' hahahahha.. belasah je semua benda kan!


baju dah basuh, nampaknya kena senaraikan lagi la benda yang nak dibuat. kalau tak memang tak menjadi sungguh esok. dengan adanya laptop, memang khayal je la. internet lak laju macam haram sebab semua orang tak ada dekat rumah. ish2..


esok nak masak apa ek? amboii.. dah fikir dah nak masak apa nampaknya. kemain lagi. kalau dekat rumah lama tak ada pulak nak berpikir2 nak masak apa esok, sebab yelah, dulu mana ada nak makan2 nasik bersama sangat. sendiri2 je. hahaha..


sekarang ni kawan2 rumah baru suka masak, pandai masak dan rajin masak. haaaaaa... memang tak lapar la kau kalau duduk rumah aku. aku suka buat cekodok ikan bilis letak bawang, buat roti telur dan benda2 simple untuk sarapan. kawan2 aku pulak akan buat mee hoon goreng, nasik goreng, tomyam, paprik, sup ayam, ayam goreng, ayam masak merah dan banyak lagi lauk. ahahaha.. pandai gila diorang masak. tetiba aku pulak nak pandai masak macam diorang! waaaaa~


dah la wei, aku nak main senarai2 benda aku nak buat esok. tapi main senarai2 la, bukan nak buat pun sekarang. hahahhaa






gambar tak ada motip. saje je letak. eh, kan aku obses dengan diri sendiri harus la ada gambar sendiri.. hahahaha


k bai!




Friday, March 30, 2012

Tak Berapa nak esemen





Assalamualaikum kawan2..


ewahhh.. semenjak dua menjak ni memang ramai la kawan2 yang bertambah stress dek kerana esemen yang menggunung banyaknya.. dengan macam2 jenis esemen yang nak kena submit. ehhhh... macam2 pulak lect ni nak kan...


ada yang nak guna prezi la. kena guna google sktech up la. ehhhhh.. macam2 pulak lect ni demand. padahal ni bukan demand pun, ni semua dalam silibus kot. belajar yang patut supaya kelak jika kami menjadi mengurus hotel semua ni kena ambil tahu tau.. ececechhh.. yeke? nak jadi pengurus hotel?? erkkkk...


hari selasa hari tu pergi Royale Bintang The Curve untuk interview dan ambik gambar layout untuk esemen layout. ewahhhh.. memula nak buat Royal Chulan, tapi disebabkan encik yang kami kontek2 dah pindah ke Royale Bintang The Curve why not pergi sana pulak kan. Damansara lagi dekat dengan dengan Puncak Alam yang sangat indah ini. waaaa..padahal..  -.-'


ok2. moh ler tengok gambar2 sahaja. weeee...














erkkkk.. ni semua buat esemen ke ambik gambar je lebih? tak tahulah, disebabkan pemandangan cantik, dan keadaan diri yang agak elok, maka marilah kita ambik gambar! weeeee~



ok, apa lagi nak cerita?



bai




Thursday, March 29, 2012

Satu dua hari ni





Assalamualaikum!


selamat pagi semua. yes, since aku dekat rumah ni aku memang nak tukar template blog aku ni. dah bosan tengok dengan polkadot tu aje. aku ank something new. aku nak edit header guna adobe tapi mana tah abang tu hilangkan masa aku format laptop ni. padahal aku letak dekat D. tu pun nak hilangkan. dah la aku ada adobe CS2 je. zaman batu punya adobe. bila aku tunjuk dekat budak2 AD diroang kata adobe CS2 guna time diploma part 2 je. lepas tu dah tak guna, guna yang the lastest one la. jadi diorang tak paham macam mana nak ajar. ok... fine! saya memang ketinggalan zaman.. -.-'


aku nak ubah jugak header tu. paksa sape2 installkan adobe untuk aku. dulik la. hahahaha..


satu dua hari ni aku tak ada cerita pasal diri aku dan rumah aku pun kan? semua benda yang random2 je. haha. biasalah malas nak menaip kan. sama la macam kawan aku sorang ni. malas jugak sebab ramai dah budak2 kelas yang baca blog kami. malu katanyaaaa..hhahahaha


ok, malas nak memalu ni. kawan2 je pun. memang aku publishkan blog aku untuk tontonan umun. jadi jangan takut ok. hehehhee..


ada banyak gambar kelakar aku dan kawan2 aku. nak upload malas sebab belum edit. balik semalam bape lama je boleh tahan kan. lepas tu aku dah pengsan dah. tak sedar. hahahhaa



ok la, aku nak pergi kelas.



bai.






Tuesday, March 27, 2012

Makna dalam Solat






Assalamualaikum...






nak sahrei satu video. sangat kreatif. sangat bijak tapi berilmiah.



suka sangat iklan macam ni..



=)





Terliur















gila terliur even bukan makanan tapi aku still terliur jugak! nak!!!!



k bai!



Monday, March 26, 2012

Kecewa betol!






Assalamualaikum semua..


sihat ke? ish2, hari ni the whole day dekat rumah jadi mak2 sebab masakkan kawan2 saya. kawan2 saya pergi kelas tapi saya tak. saya tak ada kelas hari ni. weeeee~


petang tu saya masak2. tapiiiiiiiiiiii... tak sedap pulak. tak ada asam jawa. so, letak asam keping. jadi masam masin. waaaa.. failed. dah bye. tanak masak sambal lagi. huuuuu :'(


telur masak sambal je pun tapi macam hampeh je aku masak. sila marah diri sendiri sebab hari tu tak beli asam jawa.. -.-'


maka akan datang sila beli. kalau tak makanan tak menjadi sangat. sebab tak reti sangat guna asam gelugur. masam sangat kot. huuuu..


so, the conclusion, aku sangat kecewa dengan masakan aku hari ni. dan hasilnya lapar. aku tak selera makan nasi. tak selera makan masakan aku sendiri. entah kenapa. sejak dulu lagi. kalau aku masak aku mesti tak suka. huuuu


kalau orang lain masak aku suka je makan. jadi nak bagi aku makan sikit, aku kena masak hari2 la ni? 


pui!


bai!




Morning!






Assalamualaikum..





selamat pagi semua. harap anda semua sihat hendaknya. hari ni saya tak ada kelas. jadi saya harus langsaikan segala tugas yang tertunggak. ala, biasalah kerja rumah yang tak pernah habis ni. hari2 nak buat list to do. tapi tak do jugak.. wakakaka~


hari ni mesti kena buat sarapan dekat kawan2 sebab saya je tak ada kelas ni. kalau tak bising je lapar semua nanti. sebab pergi kelas dah pukul 11.30. dah nak masuk tengahari pun. memang la lapar. heeeee..


ok la. nk buat list to do untuk hari ni. wweeeeee~




bai!




Sunday, March 25, 2012

Hebat juga kampung aku!





Assalamualaikum.. 


malam ni nak membebel since kawan2 takbalik lagi. rasanya diorang kejap lagi balik kot. huuu.. memang bersenang lenang la aku menyerak kat sana, menyerak kat sini. kang diorang balik je kena membebel dengan sebab berserak. ahhaa. aku kan. suka berkemas. tapi aku kemas selow2, malas kemas laju2. penat tau kemas laju2. ahaha =P


hari tu aku balik kampung lepas tu kakak aku bawak aku pergi jalan2. ala, pergi jalan2 ke jusco je pun. bukan kemana. tapi happy jugak la sebab macam aku boleh beli. nak je dapat. ahhaha


sekali aku nga jalan akak aku berenti kat sebuah kedai ni sebab nak buat kunci. then aku kuar buat kunci tu. masuk semula kereta kakak aku jalan balik. sebelum akak aku jalan aku nampak sebuah kereta ke hape tu eh. ala, macam pajero. aku tengok je lama2. pastu aku tanya kakak aku. 


aku : "eh, tu HUMMER ke?"

kakak aku : " ntah, agaknyalah"

kakak aku pun lalu tepi hummer tu. dia toleh sampai boleh nampak nama dia belakang tuh. 

kakak aku : "eh, betul la HUMMER. kat belakang tu tulis macam tuh!". akak akau kata dengan penuh excited. hahaha

aku : "yeke? patotlah aku nampak macam HUMMER je" 


ye benar. itu hummer bersepah dekat kampung. tak tahulah siapa punya. kalau nak kata orang kebanyakan tak tahulah. mungkin ade orang kaya gila nak saja2 beli hummer. waaaaa.. saja2 uolssss... mungkin bissnessman cina ke yang beli. tapi setahu aku bukan ramai pun orang kat Malaysia ni yang ada hummer. tapi tak tahulah. kan ramai benor orang kaya raya kat Malaysia ni..


Macam ni la lebih kurang rupanya. tapi warna cream hummer yang aku jumpa tu.


aku punyalah teringin nak jumpa Hummer real depan macam. berusaha tengok semua kereta berbentuk macam ni dekat KL dan Shah Alam tapi tak jumpa. hari tu Irsyad kata ada dekat KFC Sek 7 tapi aku tak nampak sangat bentuknya. huuuuu =(


sekali tak payah susah2 nak pergi KL bagai, dekat kampung aku pun banyak rupanya. hahhaha.. hari tu ada jugak perhimpunan  kereta Ferrari dari Singapore. biasalah, orang Singapore memang suka buat konvoi reramai lalu dekat highway datang ke kampung aku. walaupun jauh tapi diorang suka sangat. sampai setiap hujung minggu rasa macam ' ni Singapore ke Malaysia?' hahahahaha!






ni la kereta ferrarinya. aku ambik sendiri dengan handphone cikai aku. ramai kot orang berenti dan tengok kereta ni parking berderet dekat depan klinik kerajaan. nasib baiklah hari tu hari minggu, jadi klinik tak bukak. hehehehe


aku yang macam, 'eh, tu ferrari ke?'


heybat jugak la kampung aku ni. hahaha.. macam2 kenderaan ada!



hehehhehee..



bai!





Cara betul rapatkan dan luruskan Saf





Assalamualaikum...






selalu kalau kita sembanhyang berjemaah mesti ada macam2 pe'el. sebab ada orang kata dah rapat habis dah. dah bersentuhan bahu. ye, bersentuhan bahu tu betul tapi kalau kaki mengepak macam tu apekah??


kaki mesti tegak. tak terlalu rapat, kalau tak, tak seimbang. jarak dalam seinci dua barulah ok.


eh, dah masuk isyak!


jom solat!


=)



Hujung minggu





Assalamualaikum...


selamat tengahari! =)





bai!



Saturday, March 24, 2012

Pasar tak berapa nak tani!





Assalamualaikum semua..


apa khabar korang smeua hari ni? sihat ke? haha. hari2 aku tanya sihat ke tak kan. biasalah, aku memang suka tanya khabar orang. hehehe. baik kan aku. perghhhh.. sila lempang budak ni. wakakaka..


hari ni aku bangun awal kot. tido pukul 3 bangun pukul 7. hambik kau! hari sabtu aku bangun awal gila dah kenapa kan. sawan ke budak ni? hahaha..


aku dah janji dengan kawan aku nak pergi beli barang dapur dekat pasar tani. kami pergi pasar tani Saujana Utama tuh. jauh gak la tapi berbaloi2. hehehe..banyak kot barang jual kat pasar tani SU tu. suka mak nok! dah macam pasar malam. sebab sekali dengan baju, tudung, beg, ikan, hamster, ayam serama, arnab dan kereta semua ada jual kat pasar tani tuh. ni dah bukan pasar tani ni. ni dah jadi pasar tak berapa nak tani. ahhaha! =P


sekarang ni dah siap masak dah. dah makan pun. 'mak' masak sedapppppp! masak sup ayam! dengan ayam goreng, timun kecik2 potong dan budu. sedap wehhh... feeling kat rumah! terima kasih 'mak' yang memasak! pandai gila mak masak. aku? aku tolong tumbuk bawang dan kacau sup je. memang hobi aku mengacau kalau mak aku dah tumis. hahaha...


tapi tak ambik gambar pun masa dah hidang. so, tak ada la nak expose masakkan apa kami buat hari ni. weeee.. yelah, masak kan perkara biasa je bagi semua orang. dah macam kehidupan dewasa pulak masak sama2, makan sama2, kenyang sama2, lapar sama2 dan beli barang rumah sama2. feeling sangat sem ni macam tu. kalau dulu tak pun. beli barang sendirian berhad. lepas tu makan sendirian berhad jugak. hahaha..


ok. apa lagi nak membebel ni?


dah la kan. penat korang dengar cerita tak best aku ni. ok bai!


'mak' yang masakkan kita dekat rumah dari semalam. =)







Friday, March 23, 2012

Petang yang suram?





Assalamualaikum semua..


apa khabar? sihat? apa aktiviti petang ni? ada yang nak bersukan, ada yang nak duduk2 sahaja di rumah. hehehee..


aku memang nak cari bahan untuk esemen tapi biasalah kalau bukak internet mana boleh tak bukak dua benda ni. wajib kot. kalau tak tak sah! hahahaha


esemen dah berderet bagai gerabak keretaapi kehabisan minyak hitam. ok. kereta api pakai minyak hitam ke? huehuehue..tak kesah la. tapi dah mula nak mencanak2 naik esemen menjelang minggu ke 4 ni. biasalah nama pun student kan. student part 4 and 5. kami ni ada spilt identiti tau, every sem ada dua sem. wakaka.. biasalah kami kan special case. hehehee!


serius merapu petang2 ni. rasa macam mengantuk lagi. gila la hibernasi sungguh sik tidur je ni. hadoi ai! lepas makan mana elok tidur kena la relax2 baru betul. alamak! baju belum lipat lagi! malasnya... ok. malas gila. gila malas. padahal bukan banyak pun. weekkk...






tak tahu apa motif letak gambar ni. saje. buat korang menyampah. ok. bai!



Selamat Pagi!





Assalamualaikum...


selamat pagi semua. harap anda semua sihat2 je hendaknya. salam hari jumaat hari ini. penghulu segala hari. semoga kita mendapat keberkatannya. =P


bagi sesiapa yang kerja sila pergi kerja, sesiapa yang ke kelas sila pergi kelas dan sesiapa yang cuti hari ni macam aku sial tidur balik! wakaakkakaa... gua cuti beb hari ni. gua tak ada kelas hari ni. sukanya gua. macam nak lompat2 bintang pulak. hahahaha.. over gila.


sarapan apa korang pagi ni? ermmm.. kalau dapat makan nasi lemak dengan nescafe hangat kan best. ni dah la kena buat sarapan sendiri lepas tu tak banyak benda pulak kat rumah ni. mane la best. huuuuu


aku tak tahu nak sarapan apa. dalam fikiran ada roti dan roti goreng telur. apa pun tak boleh nak fikir pepagi ni. ish2!


semoga korang memulakan hari jumaat ni dengan baik dan penuh keberkatan. =P






k bai!




The green day!










saje je. k bai.


hahaha.



Tak berkemas pun





malam2 ni selain cari bahan nak buat esemen yang semakin lama semakin menggunung tinggi tu tak lain tak bukan aku kerjanya nak berfacebook dan berblog sahaja. wakakaka.. sangat addict dengan blog dan fb. dan la tak boleh hidup aklau tak ada internet. apekah budak zaman sekarang ni kan? semakin maju ni semakin tak keruan kalau dekat rumah tak ada access internet. macam ayam berak kapur, macam kucing nak beranak! erkkk.. apekah aku membebel malam2 buta ni? -.-'


lepas makan aku pun dok sambung merabun depan laptop balik. aku memang 24hours dengan laptop gebu ni sampaikan banyak kerja tertangguh. owhh! please ubah sikap buruk ini iza!


rasa macam cepat gila masa berlalu sebab sekejap tengok pukul 8 rasa macam lepas beberapa minit je tengok dah pukul 9.45 malam. eh? awat cepat sangat masa berjalan ni? ni masa berjalan ke berlari? ke naik train laju kat Jepun tuh? haiyakkkk... banyak lagi benda belum buat seperti:


1. kemas barang2 yang balik hari tu. dah berapa lama kat rumah pun masih tak kemas2. ceh!

2. tak lagi buat esemen yang mula sikit2 lama2 jadi bukit kesengsaraan nak buat sengkang mata malam tak tidur sebab nak buat esemen.

3. still tak dapat capai list to do aku tuh. apekah???


tak banyak pun tapi disebabkan aku ni jenis penyepah sikit, jadi kena la berkemas2 sentiasa. nanti rumah jadi serabut pulak. tamau la kan. nak cantik2. hahaha


tapi aku tetap jugak tak berkemas. malas pun ada juga. banyak kot malas tu. wakaka..


ok la. penat la bebel2 ni. bukan dapat duit bebel2 tu. hahaha..





saje nak bagi korang terliur dengan hot plate yee mee! tapi tadi aku makan mee hot plate kot. sedap la. nasib baik tak hangit, dan keras mee dia. kalau tak memang fail. ada pernah aku makan yee mee ni dah la hangit, kicap dia tak sedap masin je lebih, ayam ketul kecik2, cendawan pahit gila dan tak rasa lemak langsung pun. apekah kan? 


ni sedap dan boleh datang lagi. ni dekat Tesco Klang. ok, suka Tesco Klang. nak pergi selalu. memang jahanam la duit kan. wakakaa...




kawan2 saya yang sesama melantak yee mee tadi. comel2 belaka. and taken already. ahhaha. potong line terus! wakakaka



k bai. 



Thursday, March 22, 2012

Tayah nak menganjing sangat!





Assalamualaikum semua..


apa khabar? sihat semua? saya sihat2 je. biasa je la. tak ada yang luar biasanye pun adoi! hahaha..


petang2 ni korang buat apa? kawan2 sebilik aku gigih tengah main badminton dekat bawah. rumah aku jenis apartment, kami duduk tingkat 3 jadi mereka gigih2 la main badminton depan blok aku ni. mentang2 baru beli bola tangkis baru. haaa.. bola tangkis beli guna baucer uolssss! ahaha.. harus lah semangat! =P


hahaha.. kalau diorang tahu aku bercerita pasal diorang ni mesti diorang marah gila. marah yang tahap tepuk2 aku guna bantal peluk kuning aida. hahaha. matik laaaaa.. mesti aku tidur ruang tamu malam ni sebab diorang marah tak kasi tidur dalam bilik. wakakaka..


selasa naik je aku ade kelas, tetiba kawan2 kelas aku dok sound2 nama blog aku ni. yeahhh.. diaorang dah jumpa blog gojes aku ni rupanya! ohmaigadddddd! serius malu. ececehhhh... malu konon! padahal... *lantak la nak tahu* wakakakak.. aku tak kesah pun diorang tahu. sebab blog aku memang au buat untuk public pun. selama ni pun aku  tak kisah sangat sebab tak ada benda yang secret pun yang aku ceritakan. sebab aku nak buat untuk public. so, semua benda yang aku nak share je kat sini. kalau secret baik aku tak payah postkan. baik aku tulis sorok2 dalam buku ada kunci dengan pen warna2 tuh (diari). heeeeeeeee.. =)


so, kawan2 just baca je blog aku yang comey ni. ye, aku tahu aku comel dan tembam. gemuk dan hitam. tapi aku redha T__T. eh, emosi pulakkkk.. kahkahkah.. korang just baca je tau. tayah nak menganjing dekat kelas. ahhaha. malu kot. nanti ade pulak yang tak suka korang dok menganjing kat kelas sal blog ni. yelah, aku bukan public figure.. just out of figure je. hahahaha..


omey tak kita pakai tudung tepi2 ada renda polkadot tecik2?? awwww~ (pelat tetiba mintak lempang)





ok. bai la.





Kepanasan






Assalaualaikum semua..


apa khabar orang2 London? sana sejuk tak? ok, saya nak kesana sekarang please! dekat Malaysia ni panas sangat. tak tahan langsung. kalau boleh nak mandi 24jam. wakaka..bila dah masuk bilik air mandi rasa macam best sangat. rasa macam tak nak keluar. sedap gila macam ada kesejukkan yang mengalir deras di tubuh..hahahha


rasa penat dan sangat mengantuk malam ni. macam tak boleh diungkap panasnya. ermmm... 


kepada those adik2 yang dapat result SPM hari ni akak ucapkan tahniah kepada korang semua kerana melepasi satu garisan yang maha hebat dalam diri adik2..


sesiapa yang tak berjaya tu InsyaAllah boleh berjaya akan datang. teruskan berusaha dan jangan putus asa. 


salam sayang..








bai!



Wednesday, March 21, 2012

Its about time!












times runs too fast!





Miss u already!














sometimes its totally me! 



<3










Wordless Wednesday!







Assalamualaikum semua!










SPM!






Assalamualaikum semua.. 


kepada adik2 yang bakal mengambil result SPM esok mesti tak lena tidur kan? memikirkan keputusan yang amat besar dalam kehidupan ini. waaa...


serius aku tak ingat macam mana aku dulu bila nak ambil reslut. lupa sungguh macam mana reaksinya. yang aku ingat aku kalut2 cari baju sekolah dan kasut sekolah lama sebab sekolah aku kalau ambik result mesti pakai baju sekolah. memang dah tradisi sejak dari dulu.


jadi aku korek la mana2 kasut akak aku lama dan2 tu kapur dan pakai. hadoi. kalau kasut aku mana ntah. dah aku humban. hahaha.


dapat je result aku terus call mak aku cakap aku lulus semua. keputusan aku ok dan dapat 3A. hahaha.. aku dak tak pandai. dapat biasa2 je. huuuu..tapi yang penting aku lulus semua. dapat semua credit. wehoooo...


kepada adik2 yang bakal dapat keputusan SPM esok, banyakkan berdoa. zikir dan tawakal sahaja kepada Allah. semoga semua yang Allah aturkan ini ada hikmah disebaliknya. kalau nak berkat lagi pergi salam dan cium mak ayah supaya kita lebih tenang. nak2 mak. doa mak memang sentiasa makbul. InsyaAllah...







kbai! <3




Tuesday, March 20, 2012

Dah ada Wifi! weeeee~







Assalamualaikum semua.. 


apa khabar? saya sihat2 je hari ni. kelas hari ni petang, so pagi ni relax2 dan bersama2 la mengemas apa yang patut. sekarang ni pun belum buat apa2 lagi sekali sekala ber'relax' la kan.


tapi yang bestnya dah ade wifi. heeeee...


tadi siang baru je abang TM datang pasangkan modem dekat rumah. dan memerlukan extension sebab tak ada plug berdekatan. tapi malang sekali bila guna extension aku sekali short pulakkkk.. hadoii..dengan bilik2 kami sekali tak boleh guna plugnya..


lepas kol tuan rumah baru la boleh, jadi dengan enaknya boleh online 24/7 sekarang! wehuuuuuuuuuuuu!!!











Tak penat sangat







Assalamualaikum semua..


tadi pakai baju omey2 pun tak present sebab muasababnya saya tak print handout lagi. lepas tu ada perjumpaan dekan la pulakkk.. maka tersekatlah kelas ku sampai pukul 3 petang aje. tak sukew tau..hahahaa.. eleh, padahal suka kelas tak ada sebenarnya..wakakaa!


lepas tu berduyun2 la pergi perjumpaan dekan tuh. amboiii.. macam anak ayam semua orang pergi tau. hahaa. ramai2 la rombongan cik kiah ke DK 500 tu. hehehhe.. dengar dekan berucap gila lama sampaikan mengantuk gila tak boleh tagak dah. waaaa.. sedihnya! tahan gila mata. sekali aku toleh tepi dan atas rupanya kawan2 aku dah selamat tidur dah! hamboi!! tak respek dekan membebel langsung. aku gigih tahan mata tau! hahahaha...


lepas dekan membebel2 ada sesi soal jawap yang best sekali. macam2 persoalan timbul dengan pelbagai reaksi. ramai yang sokong orang yang bertanya hal2 yang kami tak tahu pada dekan. tapi biasalah dekan kan. relax je jawap. keekekeke..


lepas tu laju2 balik sebab penat dah plus lapar gila. sempat la jugak pergi print dan photostate notes kami2 nak belajar. jumpa satu cc arab yang murah.ok, kagum dengar dia mengira sebab cakap bahasa arab..wakakaka -.-'



ok, tu je nak merepekmeraban. bai!





#dalam bas balek semalam. weeee~




Sunday, March 18, 2012

Tak kenal pun kau.






Assalamualaikum semua...


tadi aku saje la layan fb. petang tadi la. relax lepas kakak aku balik JB dan abah aku pergi pasar malam. aku malas pergi pasar malam. hujan2 ni mesti lecak gila. malas aku nak bergesel2 dengan orang ramai cuma nak beli leher ayam dengan jagung rebus. huh


lepas tu tetiba tup! keluar ada orang nak chat dengan aku. aku tengok nama aku macam tak kenal. awww.. feeling hot la ade orang nak kenal kan? hahaha.. aku tengok la dia tulis apa. dia bagi salam kat aku, then dia tanya umur aku. aku macam ehhhh.. apehal lak ko tetiba je nak tanya umur aku berapa? sesuka suki je. -.-'


aku tanya la apehal nak tahu umur aku. aku tanak bagi tahu pun. ntah sesape je dia ni tetiba nak ambik tahu sal umur aku. pegawai banci ke hape dia ni? aku dah curious je kan. dia kata nak tanya umur sebab tak nak berchatting dengan budak2. mantality budak2. ceh!


aku tanya la pulak umur dia berapa. dia tanak jawap, dia kata pastu umur dia 12tahun. hek eleh.. aku tengok kau belajar dekat kolej komuniti mane ntah. pastu dia kata cuba tengok dekat satu blog ni. blok pasal emas. dia kata dia baru je pegang jongkong emas seberat 70 gram adelah dalam 15k. aku macam ehhhh... apehal lak kau nak cerita kat aku kan.


aku pun saje la usha blog yang dia bagi tu. macam pelik je dapat2 jongkong emas ntah mane datangnya emas2 tu semua. halal ke emas tu semua? aku tak nak la terlibat dalam perniagaan tak halal ni. tak berkat hidup weiii!


aku pun terus je unfriend mamat tu. ntah sape2 je. berlagak je lebih tapi fail! sebab aku aku cakap dia fail? 

dia nak cakap "straight to the point" 

tapi dia tulis macam ni  "street the point"



korang nampak tak kesalahan tatabahasa dan segala nahu dia  tapi berlagaknya macam hape. ape la orang ni kan? kalau nak berlagak pun biar la bijak sikit. ni dah la tak bijak, nak berlagak pulak. tak paham aku. 


malas betul aku nak melayan orang macam ni. aku tak kenal pun sape dia. macam mane aku boleh approve dia. aku memang tak suka approve orang yang aku tak kenal. setakal mutual friend dua tiga orang memang aku approve. malas nak kumpul ntah sape2 tah sedangkan kita pun tak kenal dia. tak pernah berinteraksi dengan dia. ish2...



korang macam mana? approve ke kalau orang yang berlagak macam tu??






Bagaimana yang kita cari?




Assalamualaikum..







cintainya mereka yang mencintai kita dan hargainya dia walau dia tidak seperti putera yang diimpi..



wassalam..






Selamat Pagi



Assalamualaikum semua..



selamat pagi semua. selamat hari minggu! korang apa plan hari ni? plan nak ada nak pergi mana2, plan nak masak apa2 ke hari ni? aku ada paln jugak nak masak apa hari ni. ehh, salah, bukan aku yang masak, mak aku yang masak. hehehee


aku dekat rumah sekarang ni. hari jumaat aku balik kampung. aku balik puncak alam semua hari isnin sebab hari isnin aku tak ada kelas. weeeehuuuu! seronoknya!


hari selasa baru aku ada kelas.petang pulak tu. jadi aku senang lenang la hari isnin yang sangat monday blues tu. hehehee..


hari ni ingatkan nak buat apam polkadot lagi ni. kakak yang nak sebab hari tu aku buat apam polkadot tu akak tak ada dekat rumah. heheee.. aku suka je, sebab aku memang suka buat decoration dia. warna warni tu menarik perhatian aku. sangat! hehehee


ok la, nak sarapan nasik goreng! bai!


heeeee..





Wednesday, March 14, 2012

Photography session!






Assalamualaikum semua..


apa khabar? korang sihat? hari ni rasanya cepat masa berlalu. cepat sungguh. sekejap tengok jam dah pukul 5. sekejap dah malam.


rasa baru tadi tengok Vanila Coklat sekarang dah pukul 12? amboi! cepatnya masa berlalu!


tadi dekat u ada sesi photography kelas. wahhhh.. best ni dapat ambil gambar cantik2 dengan kawan2 sekalian sekelas. kenangan la katakan. kalau tak mana nak ada gambar ramai2 ni. huuuuu





















saya sayang kawan2 saya ok. harap maklum! heeeeee =P




bai!



Tuesday, March 13, 2012

Cat Rescuer






Assalamualaikum...






hehehee.. sekarang semua gambar nak buat macamni kan? ada 6 jenis dan apa pemikiran orang2 sekililing kita. sebab sememangnya kita ni berbeza pendapat dan berbeza pandangan jadi haruslah jadi macam ni...


tomey kan kucing tu?



rinduuuuuu kucing saya yang dah mati tu. wuuwuwuuwu....




Aku cari yang begini






Assalamualaikum...





aku mencari yang sebegitu bukan yang hanya tahu duniawi..







ewahhhh!!!




Dirang dibunuh dan dibakar






Assalamualaikum...




JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.



“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.


“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,” katanya, di sini, semalam.



Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.




“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.



“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.



Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.


Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.



Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.




Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.




Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.





sumber :: Harian Metro

Morning!










Assalamualaikum kawan2 semua!


dah bangun? dah pergi kelas? saya kelas pukul 2.30 nanti. ada presentatiaon oleh kawan2 serumah dan belajar macam biasa kot. tapi handout belum print lagi. weeee... apelah iza ni!


hari ni saya ada satu kelas je. jadi malas nak pikir nak pakai baju apa. pakai je blouse denagn seluar. heeeee


tapi hari ni ada sesi ambil gambar kelas. ala, yang gambar beratur pastu muka nampak dalam 2cm je tuh. haaaaa... macam tu la. aku malas sebenarnya gambar macam tu. tapi bila kita dah habis belajar tu semua kenangan kan. hehehe..jadi harus la ambik untuk kenangan masa hadapan..


ehh, korang dah sarapan?? aku sarapan telur setengah masak dan roti. roti biasa je bukan roti bakar. huuu.. kawan sebilik saya buat. heeee.. sedap!






k bai!