Happy Cat Kaoani -->

Monday, May 31, 2010

Kali ke-472..

sigh sangat
tak tahulah kenapa
hari ni hari apa??
hari ahah eh?
(tengok jam kat laptop)
dah pukul 12.24 am
heheh, dah hari isnin la..


hari ni berapa hari bulan??
owh, 31 Mei rupanya..
dah berapa hari berlalu ek?
dah berapa minggu tak berganjak ye?
entahlah..


telefon kene block?
samapi berminggu-minggu?
teruk sgt ke?
baling je ke dinding telefon tuh..


tengok jam lagi..
sigh
baru beberapa minggu..kata hati
yela2, minggu lepas tu beberapa bulan..
lepas tu beberapa tahun..
lepas tu beberapa dekat..
lepas tu..
ahh.. baik declare jumpa kat padang mahsyar je nanti..
baru la deal..


bohong kalau sibuk sangat
bohong kalau tak boleh berhubung
bohong sangat
bukan tak ada teknologi
telefon ade 2 nombor, ade emel, ade ym, ade fb..
boleh je tinggal mesej kat fb


saje je kan?
memang dah rancang kut
tape2, tunggu lagi..
kalau tak ade respon?
kompem la..


time kasih buat saya jadi penunggu
sedangkan layak ke awak menjadi orang yang ditunggu
terima kasih lagi
buat saya sigh kali ke-877..
lagi banyak dari keluahan hati saya..

dan kali ke-472
"saya memang tak pernah ada dalam hidup kamu.."

terima kasih.. T_T

Friday, May 28, 2010

Gelita T_T

Mesti ada yang membaca blog saya ni berasa pelik kenapa background saya hitam kan?
*walaupun ada tapi buat2 mcm ada.. (-_-'')
Ini menunjukkan kerana saya berada di dalam dunia kegelapan
saya kebuhsanan di rumah
saya juga merasa kadang2 dirumah tak best


saya mahu kembali ke kelas
kembali ke u
kembali di bilik u
kembali bertemu kawan2 lama dan baru
*hope ade sama2 kwn lama
saya harap ada la cik sunshine dan cik nurul bersama nanti
haih..


saya amat buhsan dirumah
saya bukan takmahu kerja tapi pekerjaan agak sulit memandangkan saya juga tidak mempunyai sebarang lesen memandu motor atau kereta apatah lagi traktor..haha
kalau ada lesen motor sekurang2nya boleh jugak bawa motor g kerja
lesen kereta sedang dalam pemprosesan.. ^_^


faktor2 saya tidak kerja juga agak sukar mancari pekerjaan
kerja yang sesuai agak jauh dan memerlukan wang sebelum itu
dari saya kerja sama juga dengan tak kerja
tetap juga abah saya akan tanggung..


kebuhsanan menyebabkan saya menukar background blog ini menjadi hitam
segelap hidup saya sekarang
haha
nampak macam jahil pula..
haha..
tak ape la kan?
boleh diterima mata kan?


header tu pun senget semacam je sebab dia terbesar sikit
saya malas nak ejas la. lantak pi la dia..
tapi macam kepala senget je..
kelakar..
nantilah kalau rajin saya betulkan.. -_-"


sebetulnya sekarang ni baru pulang dari melaka menjemput cik pun pulang ke rumah
haish..
sudah 368 kali ke melaka pun masih juga sesat
ingat2 lupa je sebenarnya..
saya ingat tapi lupa, saya lupa tapi ingat.. haha.. merepek sudah!


dan sesat ke rumah cik puan..
saya pun kelalen..(lupa)
tak pela, janji sampai..
dah selamat pergi dan pulang pun..


sekarang mahu tidur
okeh, panas..
badan panas dan kipas tak dapat nak focus sebab kene share dengan cik puan
huh.. tak suka!
nak kipas plz...


okeh, tibe2 nak carik laki kaya yang ada umah luas sebab nak letak banyak barang
*make sure 1 bilik tu tuk wordrobe saya je.. baju + kasut..
nak yang ada keta banyak.. dan besar.. namun bukan sebesar lori.. -_-'
*ade la estima ke alpard.. dan juga BMW (banyak makan wang)
nak yang ada aircond dalam bilik tapi bukan aircond bilik mandi.. sejukkkk woooo...(baca dlm nada menggigil)
nak ada laki yang ada anak terus.. yang comel mestinya..
*kenapa ada syarat ni? ingat ank tu instant?? heh!
*ke duda pilihan pempuan ni? tamau2...nak teruna yeah! haha


 ni dah masuk bab menggatal pulak!
heheh.. sebab kebuhsanan tahap lipas makan nasi punya..
herm.. sekali lagi buang nafas.. eh, lepaskan nafas.. eh.. ntah la..


untuk sekali ni saya merepek
terima kasih mendegar kemerepekan saya..
nex time merepek lagi..
^_^

Tuesday, May 25, 2010

Demam Urat

Selepas kenduri selesai saya dan emak kepenatan
dan hari ni pun masih di mood kepenatan
saya penat sebab mengemas bagai nak rak ruang tamu rumah yang berhabuk tu


masa hari ahadnya saya tak ada apa2 cuma sendi2 sakit sedikit especially lengan kerana saya banyak mengesat dan mengangkat
tapi malam ahad tu saya rasa badan saya mula panas
rasa tak selesa
esok paginya saya rasa sejuk dan malas mahu bangun
badan rasa sangat lemah dan malas mahu bergerak
sendi2 pun rasa lemah


saya nak bangun dan cakap dengan mak yang saya demam
tapi nak ke pintu bilik pun saya malas
saya bercadang mahu telefon mak dan buka pintu dari luar sebab pintu bilik saya kunci bila tidur malam
tapi tak jadi lalu saya gagahkan juga diri bangun dan beritahu mak saya demam

mak kata mungkin demam urat
sebab dah lama tak buat kerja berat dan penat sangat mungkin
saya tak tahu
yang saya tahu badan saya panas dan kepala penin (*_*")
yang rasa cuma bengal dan pusing..hadoi..
mak suruh saya makan sarapan dan makan ubat
mak buatkan air horlicks hangat dan makan nasi lemak abah beli pagi tadi


sebenarnya pagi tadi abah dan mak pergi pasar
saya tak sedar pun
biasanya begitulah bila kami tidur mak akan kunci je pintu
saya dalam rumah memang ada kunci jadi tak perlu risau


saya minum air horlicks dan makan nasi lemak sebungkus.. tu pun  tak habis..
rasa tak best je demam2 makan nasi..huhu
lepas tu baru makan panadol 2 biji...
kemudian baring semula..


penin2..
dalam baring2 bukak juga la facebook..
saket2 pun tak tinggal facebook..hehe
lalu saya update status saya demam
ada pengarang jemari seni en Imean komen yang
"kalau boleh bukak facebook tu tak teruk lagi demamnya.."
amboi, en Imean pun pandai kenakan saya ya..


setelah setengah jam saya rasakan tekak tidak begitu sedap
kepala sangat penin..
isi perut berputar2..


lalu saya kebilik air dan mengeluarkan segala isi perut tadi
maka terkeluarlah semuanya
bukan takat ikut mulut je keluar
akibat ledakkan dari dalam perut yang maha hebat maka di hidung pun terkeluar isi perut
pedih woo hidung!
huuuuuu... (-oo-) jangan salah tafsir ini bukan lambang vavi ni menunjukkan hidung besar..hahahaha


okeh2, selepas terkeluar isi perut maka penin pun berkurangan
yeah!!
tak penin sangat dan mula lapar..


merengek2 tak mahu makan nasi
buhsan..jemu dengan nasi..
mak tanya saya mahu makan apa?
saya tak tahu mahu makan apa..


lalu saya minta mak gorengkan otak2 bungkus..ape ntah tapi sedap..
makan bende tu aje..
malam pula mak tanya lagi nak makan apa?
kalau nak mkn bubur mak masakkan
bubur? please la.. saya tak suka bubur..
setelah fikir2.. akhirnya maggi dengan telur juga jadi pilihan..
haik..tapi macam tak boleh habis je sekeping megi tu,, selalu boleh je..
huuu..


hari ni saya makin baik..
cuma sedikit penin..
ok2..
makan ubat nanti baiklah..
mahu belajar kereta tak boleh penin kan..
huuuu...

Sunday, May 23, 2010

Terima Kasih Daun Keladi

Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca blog buruk dan tulisan merepek saya ni
saya sangat hargai anda semua..
saya juga membaca dan mengikuti blog2 anda
^_^


kedua, terima kasih kepada pembaca senyap nombor satu blog saya
sebab beliau tahu semua tentang blog saya..
hahahaha..


ketiga, terima kasih juga kepada cik pembaca senyap blog saya kerana anda telah memblock blog anda dari pandangan pelnglihatan saya..
syukur sangat2...
anda lebih cepat bertindak ( cepat melatah )
jadi selepas ini tak perlulah anda menuduh saya meniru aplikasi yang sama dalam blog anda sebab saya tak boleh tengok blog anda yang diva tuh kan.. 
jadi kalau sesekali tersama aplikasi maknanya anda tak perlu merasakan anda telah di follow..
ingatlah bahawa bukan anda seorang yang mempunyai blog
juga, bukan blog anda yang menjadi idola saya
mintak di jauhkan la..haha


keempat, saya tak kisah pun anda buat begitu sebab saya tak buat salah
aplikasi ni semuanya sama
ye cik pembaca senyap..
harap maklum ye..



~ Kenduri ~

Semalam rumah saya buat kenduri sikit.
kenduri arwah..
saya dan emak sudah mengemas sebelumnya tapi masih banyak bende yang perlu dikemas..
rumah kecik je.. nak kemas macam2..


ni rumah saya
nampak tak tv lama tuh?
tv tu mak saya beli pada tahun 1984..
dah 26 tahun dah..
tu la tv yang kami gunakan hari2..
nampak antik kan..tapi kalau nak tukar tv tu masih elok, masih boleh digunakan lagi..


bahagian depan nih saya yang kemas sorang 
cuma angkat kusyen je kakak saya tolong
saya sapu, mop, sapu, bentang karpet, tegangkan langsir..
semua la.. 
lap pintu cermin..
rumah saya ada 3 pintu cermin besau2..
10 kaki, 8 kaki dan 6 kaki,..
semuanya saya yang lap cermin kasi kilat..
memang tu semua kerja saya sebab orang lain tak mahu buat..huuuu
penat woo..
lenguh tangan saya.. T_T


tapi nasib baik tak masak sendiri
tempah dengan orang nasi beryani yang sedap tuh..


woo.. bila makanan sampai je bukak plas nasi terbau aromanya amatlah membangkitkan selera ^_^


ni la nasi beryani nya.. nampak sedap kan?



ni lauk beryani ayam.. pun nampak sedap.. ^^,


ni pula daging beryani..eh, bukan! daging masak ape ntah..haha

nasi beryani ni dimasak oleh orang yang terer masak nasi beryani kat sekitar daerah saya...
bak kata nasi beryani dia semua orang kenal la
dan semua mesti berselera makan nasi beryani dia..
pergh! bila rasa memang nak lagi..
^_^V


ni pula susun atur meja..cewah.. 
padahal meja buruk je..
ala, kadar je tapi yela, kita nak menjamu orang mesti sempurna.. =)




ini masa tengah baca yasin
kenduri ni sebenarnya yassin wanita kampung
sekali dengan kenduri arwah 
tu yang tak buleh angkat telefon tinggi2 sangat..
hehehe..

segalanya berjalan lancar
risau tak cukup makanan sebab tak pernah buat yasin gini..
tapi Alhamdulillah cukup..malah lebih..

orang yang datang pun suka sebab makanan sedap dan banyak..
kuih muih banyak..
hehehe..

ni dia budak baik 
sebab masa yasin dia duduk meyorok kat belakang tak kacau2 orang..
masa tengah mengemas pun dia tak kacau
orang masak dia tengok je..
tak mencuri makanan yang terdedah..
baik budaknya..
cayang beliau..muah!


dia baring je kalau kita tak kasi masuk rumah..
baring macam ni la..
mentang2 la anjung rumah semua saya dan emak dah cuci..
hermm,,,

sekian untuk kali ini.. ^_^V

Friday, May 21, 2010

~Tak Usah Mengelabah~

okeh, mengenai entry kali ini saya ini bercerita tentang gelabah..
anda dinasihatkan supaya jangan gelabah bila berada dalam situasi apa pun kan?
walau se'panik' mana kamu kamu jangan terlalu mengelabah
haa.. kalau kita takut kita akan mengelabah kan?
jadi takut = gelabah..
jadi mcm ni :

takut + tamak = gelabah

paham tak?
heheh, saya ni tak reti math, math selalu fail.. (-_-')
jadi ni persamaan bahasa melayu sahaja mampu saya hasilkan..
*maaf kepada cikgu math saya, samada math moden atau add math..hehe

kenapa ada tamak tiba2? haa...
sebab kalau org tu tamak, dia tak bagi org lain akan lebih dari dia, bila tak boleh lebih dari dia, dia akan gelabah sebab tak mahu orang tu lebih maju dari dia..
mula la nak tuduh orang tiru dia atau apa sahaja janji menyedapkan hati dia..kan?
*annoying orang macam ni sebenarnya..


tak kah anda tahu yang orang tu BUKAN, saya ulang sekali lagi,
kadang2 orang BUKAN meniru anda atau mencari persamaan dengan apa yang anda miliki..
mungkin orang tu tahu dari orang lain? mungkin dari pengalaman dia.. mana anda tahu kan?
sebab dalam dunia ni banyak benda yang dicipta untuk umum..jadi tak mustahil barang kita atau apa sahaja kepunyaan kita ada sama dengan orang lain kan?
sedangkan manusia pun Allah ciptakan ada 7 wajah yang sama dalam dunia ini..
masyaAllah agungnya ciptaan Tuhan kan..


berbalik pada topik!
kita akan mengalami persamaan dengan orang disekeliling kita, walau siapa pun dia
sebab benda yang tercipta semuanya bersifat umum, lainlah kalau ia direka khas untuk kamu sahaja, itu mungkin la tak ada yang sama..
tapi kadang2 ada jugak sama!
haha..


okeh2, mari kita renungkan perkara yang kita akan sama :-

1-sama nama (paling biasa)
2- sama barang : mcm kereta, hp, laptop, barang rumah, atau sebagainya
(lainlah kalau anda design handphone dan kereta sendiri ke syarikat pembuat handphone dan kereta buatkan design anda yang 1 je ada dalam dunia ni kan..tu pn design yg mengarut2 bru la tak ada orang ikut, tp kalau mengarut tu kalau kereta akan jd senget ke, kurang laju ke atau tak sesuai kat jalan raya biasa almaklum la nk yang lain dari yang lain kan..dengan dulu tak lulus fizik lagi la mengarut daya2 yang dikenekan)

3- sama hobi, tabiat, sifat pun ada sama : mcm hobi memancing, kumpul setem, bersukan, menonton wayang dan banyak lagi kan..

4-sama sekolah, sama pkai baju sekolah tu, dan pakaian sukan..

5- sama menggunakan aplikasi seperti :
  • facebook, myspace, friendster, tagged, twitter, blog, thumblr, wordpress, nuffnang, ares, 4shared.. (kalau tak boleh sama baik kamu create aplikasi sendiri dan main sorang2..sbb aplikasi ats ni nak tambahkan connection sesama manusia) ^^,
  • bayaran on9 bank, cukai tanah, rumah, harta dan sebagainya..naiya kalau ada org marah sebab dia tak kasi org lain byr cukai or incometax or renew cukai jln or ape je pki aplikasi tenet sebab dia dah buat dulu, dan dia tanak org lain ikot. org lain kene byr manual..OMG..gilak! (-_-")
  • segala apa yang tertulis untuk UMUM, semua orang berhak untuk menggunakannya.. berhak ya.. tak ada golongan yang tidak dibenarkan seperti ruangan 18SX, atau aksi terlampau atau sebagainya (tu memang x cukup syarat kena blok)

Gelabah juga boleh menunjukkan anda tidak bijak mengawal emosi anda
nampak sangat anda pantang dijentik dah mudah melenting (bahasa2 artis) haha..
jika ada orang yang anda rasa meniru anda biarkanlah sebab bukan beliau ambil harta anda dan apa yang dia tiru tak menjejaskan hidup anda bukan?
Yang penting kene cool dan senyum selalu..
tak perlu nak marah2 ye.. sebab dalam dunia ni kita akan meniru dan ditiru serta mempunyai persamaan dengan orang sekeliling kita.
baik yang kita suka atau yang kita tak suka..
mereka dengan cara mereka, anda dengan cara anda..


tidakkah anda rasa jika ada orang yang meniru anda disebabkan anda ini pencetus ilham mereka?
think positive..mungkin juga kan?
sebab bila mereka tengok anda menggunkan sesuatu itu dan membuatkan dia juga ingin memakainya, ingin menggunanya..


tapi!
ada juga yang tidak sengaja, maaf je tak sengaja telah menggunakan atau memakai barang yang sama dengan anda, mungkin bukan anda yang menjadi pencetus ilham mereka tapi orang lain..
jadi buat apa anda mahu marah?

satu lagi, tentang trend..
trend juga membuatkan ramai orang mahu mengikutnya
macam pakai blackberry, iPhone, pakai shawl, pakai wedges.. tu semua trend orang sekarang..
jadi takkan bila anda lihat seseorang tu pakai blackberry atau iPhone macam anda,  tiba2 anda nak mengamuk dan marah2 mereka?
tak relevan kan?? (-'_'-)"
kui3..


jadi,
terimalah hakikat yang apa yang ada dalam dunia ini akan ada persamaannya, kecuali cap jari anda..
kalau setakat barang, pakaian, kereta, spek, handphone, beg, kasut, heels, wedges, layout myspace, layout blog, aplikasi yang mereka guna atau sertai tak perlu kot nak perli2 orang tu atau nak marah2 mereka..
sebab semuanya UMUM bukan?


jangan menampakkan sangat yang anda sedang memerhati gerak geri orang tu sampaikan anda termalu sendiri.
kalau nak jadi pemerhati jadilah pemerhati berjaya..
kalau nak jadi pen'stalker', jadilah pen'stalker' berjaya..
jika nak jadi peng'back stabber', jadilah peng'back stabber' berjaya..


tiba2 ade pulak citer pasal 'stalker' dan 'back stabber' nih kan?
yela, kan sekarang trend orang jadi 'stalker'.. spy.. pemerhati jarak jauh..
jadi mesti jugak nak sebut kan..
paling berjaya 'stalker' dalam facebook kan, sebab kita tak boleh tengok sape yang view kita macam friendster..hahaha
jadi terimalah hakikat anda selalu di 'stalker'
dan saya juga.. ^_^


akhir kata, janga mengelabah tak tentu pasal tentang benda yang remeh temeh juga yang tak relevan nak dibahaskan sebab anda akan mengundang malu anda sendiri..
chill out and don't angry2..

^_^V










Tuesday, May 18, 2010

The Chocolate Milk Diet!!

Imagine if everything you needed to know about weight loss, you learned in kindergarten. Well, if your teacher gave you chocolate milk as a lunchtime treat, she was (unknowingly) giving you one of the most powerful weight-loss tools in the nutritional universe. Turns out this childhood staple may be the ideal vehicle for your body’s most neglected nutritional needs. Each bottle delivers a package of micro- and macronutrients that can help you shake off body flab and replace it with firm muscle. And when you served it ice-cold, the creamy sweetness flows across your tongue with all the pleasure of a milk shake. Yum.


That’s the crux of what I'm calling "The Chocolate Milk Diet," which isn’t a diet at all. It’s essentially three eight-ounce servings of chocolate milk consumed at key points throughout your day: one when you wake up, a second before you exercise, and a third directly after your workout. Or, if it's your day off, just pattern them for morning, afternoon, and night. Sounds good, right? It is, and that’s why it’s so easy. But is this a free ticket to eat as much fried chicken as you want throughout the rest of the day? Unfortunately not, but alongside a healthy diet, it can help you drop lots of belly fat fast. Here are the four reasons why:

Secret #1: The Calcium Effect
Researchers have known for years about the role that calcium plays in building strong bones, but a more recent development deals with they way it affects your belly. A series of studies have shown that calcium can actually impede your body’s ability to absorb fat, and when researchers in Nebraska analyzed five of these studies, they were able to estimate that consuming 1,000 mg more calcium can translate to losing nearly 18 pounds of flab. What’s more, other studies have shown that dairy foods offer the most readily absorbable calcium you can find. Knock back three servings of brown cow and you’ll reach that crucial 1,000 mg threshold. At that point, any other calcium that you eat or drink is a bonus.

Bonus Tip: Everything is not as it seems in the world of fat and calories. Click here to see the 30 “Healthy” Foods that Aren’t. You'll be shocked by the pounds of fat you may unwittingly gain while thinking that you're eating healthy.

Secret #2: The Vitamin D Factor
All the calcium in the world isn’t going to help you if you don’t get a good dose of vitamin D to go with it. That’s because vitamin D is responsible for moving calcium from your food to your body, which means if you’re running low on D, you’re probably also missing the calcium you need to stay slim. Other symptoms of the D deficiency are weak muscles, easily breakable bones, and depression—not a great combo for success. Now here’s why this is significant: Most experts agree that the average American isn’t getting enough D. Some estimate that only half the population is meeting the requirement and one study published in the journal Pediatrics found that 70 percent of American children had low levels of D in their diet. The thing is, your body makes vitamin D naturally when you expose your skin to sunlight, but most people spend too much time indoors to benefit. And intentionally spending more time in the sun could put you at risk for skin cancer. The solution? Drink up. Chocolate milk, like most milk, is fortified with vitamin D.

One caveat here: Drink 1% chocolate milk. Vitamin D won't work without a little fat to help break it down. You want to skip the whole milk, too, as it has too many calories to make it a regular habit. The best option is 1%, or low-fat chocolate milk. It has the fat you need to absorb crucial vitamins, yet at three cups a day, it will save you 120 calories over whole milk.

Bonus Tip: Everything you need to know about cereal is right here: America's Best and Worst Cereals. Keep the sugar down and the fiber up for a perfect start to your day.

Secret #3: The Endurance Boost
If you want to lose the gut, you’ve got to exercise—no surprise there. But here’s a fact that’s not so obvious: Drinking chocolate milk can improve your gains. In a study published in The International Journal of Sport Nutritionand Exercise Metabolism, subjects given chocolate milk before hopping on the stationary bikes were able to ride 49 percent longer than subjects given a generic carbohydrate-replacement beverage. And on top of that, they pedaled even harder. Total work performed by the chocolate-milk group was greater than the work performed by subjects drinking carbohydrate-replacement drinks or electrolyte-fortified sports drinks. The reason? Milk has naturally occurring electrolytes that keep you hydrated—more hydrated then water, in fact, which I revealed recently on my Twitter account—and its natural sweetness helps push more energy into your muscles. Another study from 2009 found similar results, but it went one step further by asking participants which beverage they thought tasted better. Not surprisingly, 100% chose chocolate milk.

Secret #4: The Protein-Body-Weight Connection
Want to know the secret to staying thin? You need more muscle. That’s because muscle burns more calories than fat, so for every new muscle fiber you create, your resting metabolism receives another surge of fat-torching energy. And chocolate milk can help you do that. Researchers have determined that the ideal protein load for building muscle is 10 to 20 grams, half before and half after your workout. How much protein will you find in low-fat chocolate milk? Eight grams per cup. (That means one serving before your workout and one serving after will give you a total of 16 grams of highly effective whey protein—a perfect serving.) Add that to the extra cup you drank first thing in the morning and you’re looking at a turbocharged metabolism that keeps you burning calories all day long.



Sunday, May 16, 2010

Secawan Chenta

 melihat blog2 orang lain menimbulkan rasa cemburu dan keinginan menulis benda yang berfaedah seperti mereka juga untuk mengumpul wang =D
saya mahu buat juga tetapi belum boleh (tak boleh sign in nuffnang sebenarnya)
owh.. mahu masuk ini..
mahu buat itu dan edit itu ini
tapi internet amat slow di awal2 malam sebegini
kalau subuh nanti ok la.

kalau boleh jana pendapatan itu sudah bagus.
saya berusaha memperbaiki mutu blog saya
tidaj kira dari segi entry mahupun background
tapi banyak kekangan. almaklumlah internet maca siput sedut masak lemak.. eh2.. 

saya juga sedang meningkatkan keupayaan saya menulis disini
saya tahu, saya berupaya menulis sebab dulu disekolah saya suka buat karangan panjang2 dan dapat markah tinggi untuk karangan.. saya memang suka menulis. apatah lagi menulis benda yang merepek repek. juga suka makan kerepek.heh! merepek lagi.. =')

okeh2, sebenarnya saya sangat teringin membuat kek cawan yang comel2 dan cantik toppingnya
tapi semua itu tinggal angan angan sahaja
dengan perkakasan rumah yang kurang memuaskan juga belum beritahu mak nak buat benda tu.
mak kata mahu beli sahaja kuih muih untuk kenduri nanti
kalau saya buat kek cawan comel2 dan topping cantik2 mesti orang kan tanya
"siapa yang buat cupcakes comel ni?"
lalu mak akan jawap " iza yang buat cupcakes tu.."
"owh, cantiknya.. sedap pulak tu"
wawawa.. rasa bangga akan menelusup kesuruh jiwa dan raga..(okeh, berangan lagi) =D
hahaha..tapi memang saya sangat ingin mencubanya
tapi tak tahulah menjadi ke tidak sebab kalau tak menjadi ia akan menjadi satu pembaziran sebab barang buat kuih sekarang ni bukan murah dan saya bukan ada wang sekarang untuk dijadikan modal.
wah, modal? macam nak berniaga sahaja.. perasan sungguh!
buat megi goreng untuk makan sendiri bolehlah.hehe


sungguh seronok kalau dapt buat kek cawan macam ni. sweetnya. dahlah comel. sedap pulak tu.
amboi, puji melambung2 gitu..


owh, sungguh comel cupcakes diatas ni kan?
saya rasa sayang pulak nak makan, tapi bila dah makan nanti tak tahu berhenti.. sebab saya ni memang sukakan kek. suka kek vanila dengan ada stripes yang warna warni atasnya tu. ada pelbagai perasa macam warna oren rasa oren, warna hujau rasa kiwi, warna ungu rasa blueberry, warna merah rasa strawberry.. oh! sungguh mengancam!
dulu saya amat sukakan kek coklat, tapi sekarang saya sukakan kek vanila. Sama macam aiskrim, dulu saya sukakan coklat. amat sukakan coklat malah membenci vanila. Tapi sekarang saya amat sukakan vanila dan kurang dengan coklat.
Tak tahulah kenapa semua kalau boleh nak warna putih pulak.
bermula dengan spec putih, beg putih, selipar putih, jam putih..
lain2 bende akan menyusul bagi warna putih. tapi most bende macam bags and shoes juga purse suka warna hitam sebab hitam match dengan apa warna sekalipun juga kalau kotor tak nampak kan.
hahah.. melalut ke warna da perisa pulak.

okeh2, another cupcakes yang comel.


alololo.. comel kan?
ish, sukanya bila nampak kek comel cantik macam ni.
rasa nak pandang je.hehehe

saya memang sukakan pastry dan kek. dari kek biasa ke egg tart, fruits tart, cheese tart,roti.. segala jenis roti la. ada topping ke tak ada. even roti sandwich gardenia tu pun saya suka.
ok antara rotin kegemaran adalah roti otak2. memang sedap. nak2 roti otak2 Patisfrance yang ada kat Melaka Central tu. Pergh! mesti nak at least 3 keping! haha..
roti sosej dan roti croissence.. ni tak tahu eja. belasah je.haha
egg tart pon best.. sedap.. erm..

okeh, lain kali saya akan bagi resipi kek cawan dan pastri2 lain la.
sekarang tak boleh la sebab internet slow.
tata ^_^

Friday, May 14, 2010

:: Si Putih GeBu ::

salam,
hari ni saya nak berkongsi cerita si puteh gebu saya
nama dia yanti..
wow.. putih xde la putih sangat sebab dia ade mix choc cikit..
kucing siam.. =D


saya sayang beliau
mula2 kami rancang nak buang beliau dan adik beradiknya yang lain
tapi bila adik beradiknya mula mati satu persatu kami tak jadi buang
kini, tinggal dia yang bersemangat meneruskan sisa2 hidup
cewahh,,heee


ni la yanti..si putih gebu saya
paling best bila dapat tepuk punggung beliau
haha..
dia sangat suka mencakar..bermain..
cakar2 manja..haha
tangan saya banayak luka sebab beliau..
kui2..


dia jadi dah tak putih sangat sebab suka golek2 kat kaki lima rumah
haha..walaupun sebenarnya dia pernah mandi sekali je seumur hidup dia ni tp dia tetap disayangi
nak kata busuk tu jangan cakap..haha


si yanti ni suka sangat minum air dekat tadahan hujan ni
haha



okeh2, spek tu aku punye bukan si budak putih ni punye ye..hahaha
lalala..

sampai disini sahaja.
tata ^_^

Thursday, May 13, 2010

Tak tahu benda apa nak tulis tapi tetap nak tulis

hari ni tak tahu apa nak tulis lagi
tapi yang pasti nak menulis.
biaq pi la apa nak tulis.. redah je..
memang suka merepek2
sangat suka..suka menulis tanpa hala tujuan


::tak matang::

ini satu hal
saya tak kata la saya matang sangat tapi lebih elok rasanya kalau kita cube jadi matang
saya tahu itu hak kamu
tapi saya nak kritik
dan saya nak ingatkan kamu
suka hati saya la nak kritik kamu
kalau kamu nak melenting pun suka hati kamu
saya tak pernah kesah
haha =D


untuk orang yang matang tulis berlapik
tulis perli tapi pedas sebab siapa yang makan cili dia yang terasa pedas kan?
jadi kalau kita bagi hint je mereka selalunya dah faham
untuk orang yang matang tak cepat melatah
atau cara pembalasan mereka lain
saya sedang katakan tentang cara penulisan blog juga caci maki untuk orang yang mereka tak suka
memang itu hak kamu nak tulis apa
its up to you..
tapi beware, orang akan tahu dari setiap penulisan kamu tu
kamu ni jenis macam mana
suka bentak2 ke atau sindir2 je..
sebab kalau sindir sikit, org tak matang ni akan melenting dan tulis benda yang menghilangkan rasa hormat orang lain kat dia


jadi menampakkan kamu tu sangat tidak bijak menguruskan emosi kamu
kamu teras je terus maki hamun orang tu
tapi orang tu tak de apa pun
kau kadang2 pikir bende yang orang tu tak buat tapi ko pikir dia la raja segala kejahatan dan punca penderitaan kau sekarang
hello kawan, u must think yeah? knp orang buat kau macam tu..
kau telah mengandaikannya
padahal kau yang buat
sorry la sape yang terasa, tak ade niat pun nak buat anda terasa
tapi mmg nak bagitahu la.. ^^,
ape pun kat sini pointnya cuma satu
ye..
satu je tak pyh susah2 pk bende lain
pointnya kamu tu selfish..
faham kan selfish?
ala, macam jual ikan tu.. ala2 pentingkan diri gitu..
hahhaha..


kasihan kamu kadang2
yelah, bukan apa saja raih publisiti murahan dengan mem'bold'kan serta membesarkan dan mewarnakan tulisan dalam blog anda tu dengan sebesar mungkin yang menunjukkan kamu tu sangat marah..
*marah sangat la kunun.. dia tak pikir marah orang
hah! tu sume nak raih publisiti la kan?
biar orang akan sedar apa dia tulis, buat orang akan sedar apa dia rasa..
kui2.. kali ni nak kene mintak maaf lagi ke sebab buat anda terasa?
tak perlu kot.. untuk apa kan?


setelah itu saya luahkan semua saya dengan ini mahu berterima kasih sebab sudah membaca liputan kemerepekan kata2 saya
kepada sesiapa yang paham teruskan pemahaman anda.. sememangnya anda harus paham..
dan kepada sesiapa yang tak paham
saya tak pernah paksa kamu paham.. just ignore it if not in this group..tq.



Tuesday, May 11, 2010

berlawan2..

apa yang saya nampak la semuanya sedang berlawan2 mahu menukar background blog
saya juga tidak terkecuali
sebab semua mahukan kecantikkan
semua mahu ianya sedap memandang,bukan?


selain itu seseorang itu sudah jemu melihat theme blog mereka yang dah tak cantik pada pandangan mata mereka
mengubah dengan ini dapat mengubah mood dan citarasa
itu benar sekali


selain jeles melihat blog org lain yang cantik2 kita juga terhumban dalam kancah pengubahan blog dan mencari laman2 web yang menawarkan theme blog percuma
kan?
hahaha =D

seronok tengok blog jadi cute, comei dan cantik..

jadi selamat menukar theme blog anda.. tata!

~Aku Sedang Ingin Bercinta~

Sungguh, aku rasa ingin bercinta
bercinta dengan apa sahaja
dengan apa yang aku lakukan sekarang
dengan apa yang aku hadapi sekarang


dan 
yang paling penting adalah mencintai beliau
beliau yang boleh buat saya jatuh cinta
ewah3..
senangnya cakap ye tapi itulah hakikatnya..


saya mengharapkan beliau hadir dan memberi cinta
kerana cinta kenal pencipta
kerana cinta kenal rasulnya
kerana cinta kenal saudara
bahagia didunia..


kepada Mr. F**** saya tahu anda tak baca entry saya kerana kamu sibuk
*sibuk la sangat kan.. hurm =(


jadi saya layangkan entry ini kepada sesiapa yang sudi membaca
saya bukan nak menggatal tapi ini adalah suara hati..


ketahuilah ini Mr. F****


How much I love u?
How much I need u?


ouch..
U know it all my dear..


* agak keterlaluan entry ini namun ini adalah sebahagian rasa dalam diri..