Happy Cat Kaoani -->

Saturday, January 31, 2015

Saket Tekak Tapi Mengidan Chicken Chop. Punah.








Assalamualaikum...






niat nak tulis blog hari2 dengan penuh semangat telah semakin terkubur dan semakin kelam. maafkan diri ini jika semakinalpa dengan rutin harian sebagai blogger. kekangan internet slow membantutkan niat murniku untuk menghiburkan kalian semua. tapi apakan daya, aku manusia tidak sempurna yang telah membebel sebab internet slow sokmo. 




kalau laju pun cepat2 bukak emel dengan laman web kerja kosong. poor meee! 





ceruk sangat ke haku duduk sampaikan internet pun slow bukan main? haha. sebenarnya tak ceruk mana pun tapi perumahan aku duduk ni perumahan baru. so, facilities tak cukup lagi. line internet tak hade langsung. tm net pun tak nak masuk lagi. jadi dengan ini semua internet slow tahap cipanzi. 





sekarang aku tak berapa sihat. saket tekak dan sedikit panas badan. tu pun sebab tak mandi lagi. hahaha. saket2 tekak pun teringin nak makan chicken chop dekat kedai kat pekan tu. haha. demand sangat la manusia ni punya tekak. hahahaa..




jadi dengan gigihnya petang ni nak melahap chicken chop kejap sebab dah beberapa minggu nak makan tapi tak kesampaian. malam2 nak pergi jauh2 tu malas. jadi pergilah kedai dekat2 pekan tu je. dekat pun adelah dalam 13 kilometer jugak dari rumah. win gila kan. haha. dah kata perumahan baru haruslah gersang dan panas kannn. 





kesah seterusnya nanti2 la aku cerita. setakat ni aku stop dulu. nak mandi pastu nak keluar makan. yeaahhh!!! 






babai!!












terimalah gambar sedabak muka hasil dari jalan2 dengan family beberapa minggu yang lalu. feeling comel padahal sepet hidung tak mancung. haha. sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri ye idok? 





okey kesayangan. iols cow dulu okeh. babai.







muah!








Wednesday, January 14, 2015

Habis Study dan Keluar dari Rumah Sewa









Assalamualaikumm...




actual date aku keluar rumah sewa aku dah lupa sebenarnya tapi berdasarkan gambar yang aku ambik dulu aku rasa la 20/7/2013. waktu tayah tepat sangat la kan. walaupun masa tu masa puasa tapi kena gagahkan juga balik dan ambik barang2 balik naik kereta myvi kecik hakak kitew tu. kecik2 pun mampu jugaklah bawak barang banyak2 dan pergi mana2 banyak2 kali. haha. 














kawasan ruang tamu, bilik tidur dan dapur, semuanya kenangan bagi kami 7 sekawan duduk dirumah ni. terima kasih kawan sebab terima aku masuk rumah ni. walaupun dah cukup 6 0rang duduk rumah ni mintak jugak dengan tuan rumah untuk tambah sorang lagi. sebab rumah ni besar dan bilik utama boleh tahan besarnya. akhirnya tuan rumah bagi duduk 7 orang.




tapi aku sedar diri dan aku ambik inisiatif untuk tidur di ruang tamu sorang2. tak apa. aku tak kesah dan tak marah. aku lebih selesa dekat luar sebab barang aku banyak dekat luar. tak muat pun simpan dalam bilik. at the end of the sem barang2 aku banyak aku hangkut keluar bilik dan simpan dan kemas kat ruang tamu je. selesa dah bergerak sikit. haha.










barang2 aku untuk dibawak balik. banuak lagi rupanya. pasahal dah banyak gila bawak balik tapi tak habis2 lagi. adoi. sedih iols. tak pasal2 sumbat dalam kereta dekat kaki, seat, bawah seat semua ada barang aku. hahah. nasiblah banyak sangat barang dah kenapa kan :')











terima kasih tuan rumah sewakan rumah besar ni untuk kami keluarga besar duduk dalam rumah ni. boleh dikatakan selesa juga sepanjang menyewa disini. barang ada. boleh katakan lengkap jugak. ada tv, aircond, dapur, gas, peti ais, mesin basuh 2 biji, tilam ada 6 keping, almari, langsir, pinggan mangkuk dan tukul. haha. tukul tu tak tahan. bagus je untuk kami mengetuk tambah paku kat mana2. dasar suka menyangkut! haha




rumah warna kuning penuh semangat la. ada aircond kalau panas2. haha. padahal tak mampu nak pakai pun. sesekali je bukak. ada tv kecik untuk tengok drama pukul 7, tengok bola dan tengok ABP. AJL aku pergi stadium. tak sedar diri masa tu nak exam rasanya. haha. lulzz.. manusia remaja penuh sifat ingin tahu dan mengada2. tapi aku tak adalah sampai pergi konsert kpop or nak salam peluk cium kpop tu. lulz sangat tu uols. kami tak minat sangat tengok korea. haha. tengok je boleh la. tak ada sampai admire tahap gila gaban tu. 




pastu tak minat tengok male actor korea yang pucat lesi fake lukis makeup tu. macam tak natural sungguh. citarasa aku haruslah tall, dark and handsome. hahaha. dark kalau lagi dark dari aku pun tak pe. iols redho. haha. sebab kalau peputih sangat ni aku selalu pikir jenis manusia tak boleh buat kerja kasar, kerja berat. macam buat rumah. macam buat kerja kebun or sebagainya. hahahhaa. 




melalut sampai cerita kpop. haha. 




seronok duduk rumah sewa ni sebenarnya asah lagi bakat aku untuk memasak. haaa.. macam2 resepi aku cuba dekat rumah sewa. tak pernah buat sendiri dekat rumah pun aku try buat kat sini. belajar resepi dari kawan2 lain. masak masakan negeri lain. seronok sebenarnya. masak ramai2 makan ramai2. makan dekat lantai alas surat khabar masa buka puasa. nikmat rumah sewa yang berukhwah. Alhamdulillah untuk setiap kenangan bersama rakan2 rumah sewa yang sangat baik, toleransi dan pemurah (tak lokek). boleh kongsi makan. kongsi masak. kongsi minum. semua kongsi. basuh baju pun penah kongsi. tak kesah. baik2 belaka. syukur sangat jumpa kawan2 yang baik2 ni. rezeki kita kan :')




lepas habis study semua bertaburan duduk sana ini buat itu ini. banyak dah kerja elok2. gaji bagus. Alhamdulillah semuanya. semoga korang semua terus gembira dan sukses dengan kerjaya masing2 eh. *lap air mata*







terima kasih kalian untuk segala susah senang kita sama2 dekat rumah tu. terima kasih juga kongsi sama2 apa yang ada dekat rumah tu. Alhamdulillah. syukur diberikan kawan2 yang baik dan memahami. hikss 




cantik2 kan kawan2 aku? ni  semua masa DINER MPG (MAJLIS PRA GRADUAN) anjuran fakulti. tema RETRO. tapi aku tengok langsung tak bertema. haha. lantak ler yank janji bahagia dengan cara sendiri. haha. 




terima kasih untuk kenangan kita bersama.






:')







Tuesday, January 13, 2015

Sekembalinya Diri Ini








Assalamualaikummm..





lama dah blog tanpa entry. sebabnya? tuan blog cuma duduk rumah je jadi tak mampu nak update blog. dia jadi surirumah so macam tak best gila nak cerita pasal suri rumah yang semua orang buat tu. tak perlu sangat kot. haha. 



kisahnya baru selongkar blog2 blogger famous macam Fatin Liyana. baca entry tunang dia. baru kenal nama tunang dia. pastu google pasal tunang dia. sangat ketinggalan zaman aku ni. baru nak baca diari blog Yuyu Zulaikha. cerita habis semakin bijak. semakin comel babam. semakin semangat. baru baca blog orang ini. orang itu. semualah. sampaikan aku jadi terbawa2 dalam cerita diaorang. sampaikan orang panggil aku tak perasan. bunyi hp tak dengar. sampai rasa aku ada dalam setiap penceritaan mereka. gitu sekali penghayatan. kalau masuk kelas penghayatan mesti dapat A ni. kelas berangan pun aku mesti dapat A. konfem! haha!



jujurnya aku dah lupa apa entry sebelum ni. apa yang belum aku cerita lagi sepanjang setahun dua aku jadi penganggur tegar dekat rumah ni. disebabkan aku dah lupa apa yang aku tulis sebelum ni moh la tengok dulu. tak ada la nanti korang kata " hek eleh dia ni.. asik ulang benda yang sama je. tak ada cerita lain agaknya" lalu lepas tu terus tak masuk2 baca blog aku lagi. haha. hakikat sebenar yang sukar dipercayai dan diakui oleh manusia lemah ingatan macam aku.haha



pasal perkembangan hari ni aku tak ada benda nak cerita. pasal perkembangan badan semuanya dah sedia maklum. haha. tanpa perlu dipertontonkan lagi orang dah tau aku ni semakin gemok. haha. ayat boring je dowh blog ni. dah la blog picisan! blog sedihhh..hahaha. maka aku malu dan menekup mukaku dengan bantal gambar CJ7. hahah. 



hari ni happy sebab BRIM dan masuk. kahkahkah. patutlah happy semacam kan. nampak sangat dalam otak dan terawang2 apa benda nak dibeli tu kan. haha. jadi haruslah menguruskan duit yang ada dengan betul. padahal tuan blog sendiri beli barang online tah apa2. kemain nasihatkan pembaca. kuikui



ingatan pulih sikit lepas baca entry lepas. entry lepas aku cerita pasal BIRTHDAY aku yang ke 25. perghh.. dan tua rupanya kau. dah 25 tahun. tapi malangnya iols belum kerja dan belum mampu menyara hidup sendiri. sedihnya aku nih! hahah. kasi can la wei. penat2 iols belajar selama 6 tahun diploma + degree. kasi can la rehat setahun dua kat rumah. kasi peram bayaran PTPTN tu. kahkah. matiklah PTPTN belum kubayar dengan baik. haha. ampun PTPTN. hhaha.



jadi dengan ini nak mulakan hidup berblog cerita setahun yang lalu. aku abis stdy dalam bulan puasa tahun 2013. seminggu puasa macam tu pindahhhhh balik kampung sebab abis study yang amat ermm... amat best sebenarnya. haha. nampak tak tu cover ke hape?? haha. 



sekarang dah bulan 1 2015. maknaya dah nak 2 tahun. haha




sikit2 kita gain ye cerita2 dulu. hadam balik slow2. walaupun dah basi tahap kulat dan kulapuk tapi ni kira macam kulat berharga la. walaupun sejenis kulat tapi tetap rasa enak dan sedap. 



apelah aku merepek meraban ni woi? nak cerita, cerita je la kan.. ahha




next entry kita up ye sayang2. 




babai.








Saturday, January 3, 2015

Kembali Semula!






Assalamualaikumm...






maafkan diriku kerana terus alpa menongkah arus duniawi,
maafkan aku kerana terus terusan lupa denganmu wahai blog kesayanganku,
maafkan aku hanba Allah yang hina ini..






serangkap sajak untuk kesayangan yang membaca blog picisan dan berhabuk iols ni. jangan muntah baca sajak tu. semamangnya aku suka tulis puisi. nak2 bila rasa dilamun cinta. jiwa bergelora. hahaha. poyo tak sudah mak cik ni. 







belum terlambat lagi rasanya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2015. permulaan baru bagi setiap insan bergelar manusia. walaupun kita tak pernah melupakan tahun Masihi tapi disebabkan kita hidup dalam dunia ni mengikut tarikh dan tahun georgia jadi haruslah berfikiran positif. tahun baru biasa untuk kelangsungan kehidupan manusia sesama manusia. 







8 Disember 2014 haritu hari lahir aku. alalalallaa.. berapa dah umur kita? hahaha. suku abad. abaikan semua tu. yang penting hidup kita happy selalu. hiksss... penat godek2 gambar tak ada rupanya. sungguh tua aku. sampai tak ingat masa tu keluar ke tak. ada selfie perasan ke tak. haha. tabah eh korang. on that day tak keluar kot. tapi the next day keluar rasanya pergi ISKARNIVAL dekat Nusajaya. kalau tak silap la. haha. 



ini kucing aku. dia tak ada kena mengena dengan cerita birthday aku. tapi aku nak letak jugak. dia ni jenis kucing kampung. baka semua warna macam ni. belah kiri tu bekas litter dia. tak letak bekas poo lawa2 pun sebab diorang ni ganas dan nakal. cepat je jahanam semua benda. jadi beli yang murah2 je. rosak beli lain. hikssss





tak ada celebrate apa pun. pergi Angsana beli kek Secret Recipe 4 keping pastu balik makan dekat rumah dekat seminggu baru habis. haha. punoh diet iols. haha. sebenarnya pernah ke kau diet iza? bincangkan..kuikui




disebabkan lama sangat tak menulis entry ni aku jadi dah lupa macam2. ibarat blog tak penting lagi bagi aku sekarang. tapi sikit2 aku akan mula sekali lagi. bizikan diri sengan blog dan sosial media. haha. nanti aku update mana2 cerita yang aku keluar jalan2 or event apa2 eh. 




walaupun benda tu dah lepas tapi nak jugak cerita. tak kira jugak. hahaha..




tapi bukan sekarang ni. sekarang ni nak edit gambar dulu. lepas tu baru post eh. ok kesayangan. babai!




muah ciked!





wassalam..