Happy Cat Kaoani -->

Saturday, April 30, 2011

Hari Tanpa Beg Plastik!!



saya baru lepas satu paper
satu paper je tau
saya ada 2 paper lagi..
keseluruhan saya ada 3 paper


ermm.. 
hari ini sepatutnya dah mula study 
untuk paper selasa
sebab banyak jugak la yang nak kena baca
tak nak jadi macam paper lepas
dekat setengah jam recall tapi tak terrecall
haishhh..


hari ni hari sabtu kan? 
kalau hari sabtu ni selangor hari tanpa beg plastik
maknanya tak best la berbelanja hari ni sebab tade beg macam mane nak bawak?
cem ner???


padahal bukan ada benda nak dibeli pun
kalau setakat jalan2 tu boleh la
nak bershopping memang jauhhhhh lagi


kena jimat2
duit tak banyak
baik makan megi je



lagi pun hari ni dah hari last bulan april
maknanya naik bulan baru kena bayar sewa rumah semua
rasanya macam baru je bayar sewa awal bulan kan?
hukhuk


okeh la 
nak makan megi goreng
papai!!




Thursday, April 28, 2011

Bila Waktu kan Berhenti~



study.. study.. study..
semuanya mood study..
aku pun mood study ni..
tapi macam ada yang kurang..
apa ntah aku pun tatau..


soalan spot dah tahu tu yang bermalas-malasan
sebab baca benda yang spot je..
sekali kalau yang spot tu tak masuk 
memang MAMPOS namanya sebab memang baca yang spot tu aje..
hahahaha..


keji sangat perangai student macam saya ni kan?
ke korang pun buat macam tu??
eleh.. same je kan??
kan???


saje je nak saiko orang
padahal sendiri dah saiko lebih tadi
study berpulun benda yang spot je..
sekali benda yang spot tu satu hapah pun tak masuk
memang ranap!!


sekarang ni kawan2 serumah saya ke library
saya?
owhhh.. saya tak boleh sepanjang masa study group
memang ai tak belajar la kekadang
baik ai duduk rumah study dan hafal sensorang
sebab hakikatnya ai dah biasa
KESEORANGAN..



ewahhh.. tacing plakkk..
heeeeee~


ok 
bye!!



Wednesday, April 27, 2011

Tak Paham Langsung~



 ramai manusia sekarang dah tak boleh nak di hubungi.
ramai sangat yang dah SOMBONG..
tak boleh nak tanya kabar
evean kau bizi pun bukan nak balas mesej tu berjam ok
seminit je
ni takkkkk...


ke kau memang tak sukaaaa orang tahu pasal hidup kau?
suka menyendiri?
ok la fine..
esok lusa kau kawin tak ada siapa nak datang kenduri kawen kau
sebab kau tak suka keep in touch dengan kengkawan


ke sebenarnya kau jadi macam ni sebab  kau dah ada awek?
wowww! kuasa awek sangat tinggi sampai boleh menggelapkan kawan2
kawan2 yang sama2 sekolah dengan kau
sama2 ada memori dengan kau


macam tu la..
aku dah jumpa banyak perangai macam kau
asal ada awek je terus buang kawan
ye la, nak setia kononnya tanak berhubung dengan perempuan lain
lepas ni kau kawen gi la buat kenduri berdua je dengan family kau
kan best macam tu
sebab kau dah buang kawan2 kau semua...


best sangat perangai macam tu kan
jangan terkejut la kalau tetiba kau mesej atau call aku tak kenal kau siapa
sebab aku pun tak kuasa nak melayan manusia macam kau
kalau kau tak suka aku, tak mahu berkawan lagi dengan aku, aku tak rugi apa..
kau mungkin akan rugi satu hari nanti...


mungkin LAUT buat hati kau keras
sekeras ombak yang memukul pantai...




Tuesday, April 26, 2011

Deactive Mood Exam laaa~




lama kan tak update blog?
sebab ai dekat rumah
line dekat rumah mane laju
dekat rumah sewa je lajuuuu


dah la nak exam
tapi malasnya nak baca buku sangat2
mana boleh tak baca buku
sebab ai bukan Al-Khawarizmi
ok.. tetiba kan?


exam.. exam.. exam..
sekrang baca baru beberapa bab
rasa macam  nak tidur then tetibe masuk la sume chapter dalam mimpi
lepas tu pergi exam tulis macam air
lajuuuuu je
pastu keluar exam hall dengan senang hati
siap bolah refer balik tengok buku betol ke tak buat



hebat kan??
hakikatnya..
study bersengkang mata, tak tido malam
berhari2
berkajang2 kertas ditulis
berjuta2 sel otak bekerja untuk mengingat
untuk satu subjek
lepas tu masuk exam jawab ragu2
sambil garu2 kepala
lepas tu keluar exam hall takut nak tengok buku
takut salah
buat seriau je baik jangan tengok kan??



haihhhh..
poyo sangat angan2 tu..
ni semua pengaruh television
sape la yang cipta TV ni!
nak kena ni!!!
grrrrrr~~


ok dah abis merepek
mari tidur..
krohhh..
krohhhh...



hahha..


bye2!



Wednesday, April 20, 2011

Kentang goreng cecah Choc Sundae!




suka kan update blog dekat McD Larkin?
suka?? suka tak??
heh, memang ai suka sangat la update kat sini.. selain wireless yang laju maka ai pun suka la mendownload macam2 bende...
haha..


eh, ai download video lagu je okeh..
dari youtube je..
baru pandai ni download video dari youtube versi baru..
kesian ai kan??
hahahahah


korang semua dah makan?
mesti dah kan?
dah pukul berapa ni??


ish, eyza ni tanya macam tak reti nak pikiq
hahahaha


apa lagi kalau ai buat dekat McD ni kalau tak makan..
ai beli Sundae choc tadi tapi ai lupa sebab syok sangat bukak fb then komen2 gila dengan kawan2 ai
sekali ai sedar je sundae tu dah carir..
waaaaa~~
cepat2 ai makan..
makan kentang cicah sundae sedap tau!
korang buat tak??
ke ai je buat??





bila la nak pukul 5 ni??
ai malas benor la nak nunggunyer..
hadoi!!


ok la. 
bye.



Tuesday, April 19, 2011

Hati Mesti Merelakan! oh!




nak nangis sebab dapat berita Ashraff Muslim akan bertunang dan akan segera bernikah pula.
ok. ini sangat drastik dan menyedihkan anak2 dara yang gilakan beliau.
tak kan la bro2 pun nak nangis jugak kan sebab Ashraff tunang kan?
itu sudah pelikkk..


ahh.. korang tahu tak abah aku pun siap puji berkali2 Ashraff Muslim ni bila tengok Ustaz Amirul..
asik memuji memanjang..
baik la, bagus la, hensem la, pandai la..
hadoi abah,, tengok tv diam2 je la..
biar TV je bersuara..hehehehe


ok. memang la idaman muka dia ni.
kalau aku adik dia kan best
ok tak best.
kalau aku la bakal tunang dia kan BESTTT!! hahahaha~




dah la putih
pakai pulak baju putih2 lagi la putih melepak ekau ni
hadoiii..




menyampah la tengok dia ni lelama. huh!
padahal sukaaaaa   >.<


ok dah la meraung pn tak guna
sila merelakannya!!


bye!


Monday, April 18, 2011

Semua Sakit-sakit!

entah kenapa memula saket perot

lepas tu pening kepala
lepas tu pulak saket gigi
hadoi...


ai nak buat report ni yank oi
jangan la saket2
tak selesa ai
pening pun ada ni


please jangan meragam badan
ai nak guna u lama tau
hukhuk


entry ni sangat la mengada-ngada
tak nak lepas update pasal diri sendiri
macam bagus kan??


ye la, takkan aku nak update pasal kesihatan pak guard UiTM pulak kan
memang ai tak tahu la apa masalah kesihatan orang tua tu
nampak je segak saman menyaman orang 
hehehehehee~




ok dah la ye
*kena taip jarak2 sebab nanti macam ada kesamaan pulak*



bye


Tak Tahu Laaaa~




hari ni pagi2 bangun dah ke fakulti sebab nak hantar esemen dan dengar taklimat untuk praktikal nanti
semalam tidur pukul 5 sebab buat esemen
sambil tengok maharaja lawak
berkali2 tengok Sepah!
kelakar giloooo~


korang tengok tak?
best weh Sepah tu
Nabil pon best!
Jozan ok cuma dia tak tukar lirik jadi macam biasa je
hehehehee


tapi sepah terbaik la.
hakhakhak
pagi2 pergi print dan hantar esemen
done~


lepas tu pergi dengar taklimat tok praktikal pulak
macam biasa dan sama je masa diploma la
cuma ada lain sikit untuk degree ni


lepas tu balik macam biasa tunggu makcik bawah blok tu bukak gerai nak beli nasi
biasanya nasik makciktu sedap
tapi hari ni nasik dia macam basi
peroi semacam
dah berbau sikit


aku tak makan
makan ayam dengan kentang je lauk aku
dah


lepas tu tido
haaaaa..


tapi kawan aku datang nak basuh baju
tumpang basuh baju sebab rumah dia tak ada mesin basuh
dah tak jadi tidur
sekarang tak ada mood
sebab tu la..
janji2 sekali tak dapat..
mencikkk!



mood sekarang adalah sangat lapar
tapi malas
benci
menyampah








Sunday, April 17, 2011

Aku benci blog nie!






ni kak maera si cik pustakawan kita nak buat bloglist
beliau bukak untuk 2 bulan tau..
waaa...

dengan ini saya nak join sekali
tak rugi tau join
kenal ramai kawan..
ngeeeee...


selamat men'join'kan diri yek!
lalalalallaa~



*picit gambar untuk ke blog beliau*





T___T




bila baca je terus T___T
kenapa nih?

jeles ke?
tak kan?
bukan??


sebab mereka sangat sweet
dann.. ermm..
ntah la..

tak dapat nak describe
sedih pun ada

sebab jiwa ni rasa terkongkong
rasa ada yang tak terluah..
please tolong saya luahkan..







ok 
bye.





Kasut Bertatah Berlian!!






OMG! ni kasut ke hape dekat kaki pun nak letak berlian dan emas ni??
tak sanggup tak pijak okeh!!
grrrrrr~

ini memang dahsyat sangat ni.. umpama harta karun di kaki!
dan ini kasut termahal di dunia okeh..

nak ke kasut macam ni?
kalau ai tanak la..
nanti kena rompak sebab kasut..
kena potong kaki sebab  kasut yang mahal
hahahhaha...


okeh. ni berangan je.
kalau nak tengok lebih lanjut di KOSMO okeh!
tatataa...





Masih Tak Percaya!




semalam aku dan rumate pergi mencari makanan di pelusuk sek 7 shah alam ini
si rumate shami ingin mencucuk duit di Petronas dan kami kesana dari  rumah kondo kami tuh dengan berjalan kaki kerana kami mengekalkan kesihatan yang hakiki...
kami berjalan sambil berbual dan bergelak comel sepanjang jalan
sambil berjalan kami ushar la kedai mana tahu ada kedai makan best nak di terjah!
wawawawa..


sekali jumpa satu kedai yang hijauuuu...
agak menarik dan meriah..
decoration not bad malah dikira kemas dan cantik..


okeh2, mari kita ke kedai itu selepas mencucuk duit di Petronas..
dan rumate saya bersetuju kerana mahu mencuba kedai makan baharu
kalau sedap boleh la mencekik kat situ lagi..
ehehehehehehe...


balik dari Petronas maka menerjah la kedai itu
nampak macam kedai Indon dari gaya pekerja dan pakaian pekerja
aku dan rumate masuk je..
sebab ada ayam penyet!
yeahhhh.. sedap tuuuuu... =)


tengok nama kedai memang tak jumpa 
suma ada senarai menu kat luar..
apekah kedai ini??


kami masuk dan waiteress hantar menu
OMG! mahal okeh kedai ni
tapi disebabkan kami dah duduk dengan selesanya terpaksa la kami order juga!
OMG! air sirap RM2.50!
air limau ais RM3.50?????
OMG..OMG..


lama jugak aku tatap menu tu sampai waiteress tu tengok je aku
macam blurrrrr...
semua mahal gila..
nasi ayam penyet RM10.90 okeh..
shami makan nasi goreng ayam RM14.90..
gila lah kau ni!!
mahal nak mampuih!!


lepas oder semua masuh tak percaya price dia macam tu
let them go ambik menu dan makanan sampai
owwwhhhh..tak adalah besar mana.. cuma cutleries dan pinggan dia berat dan mahal..
kerusi meja import dari Indon ke hape mahal bebenor ni???
grrrrrr~


ni la kedainya..
WONG SOLO..







ni kedainya dan menunya..
biasa je..
sekali harga!
mak oiiii!!


aku makan nasi ayam penyet dengan air limau ais je..
RM 14.60..
lol gilaaaaa....
diakhir2 sem ni makan semahal tu??
tak boleh terima okeh!!




ni yang aku makan semalam
sambal dia sangat pedas.. macam biasalah kan ayam penyet harus sambal peda gilaaaa..
macam ada apa dalam mulut..
tapi sekejap je..
tak saket perot pn.. 
Alhamdulillah... =)


tapi tang mahal dia aku tak leh terima
bukan la apa.. tapi macam tak relevan
sebab kedai macam biasa je..
pakai kipas jugak..
tak adalah ber air-cond ke hape.. 
menu pun biasa2 je
kerusi meja ok la.. tak de la hebat sangatttt..
sekali harga macam makan western!
lol!!



baik makan dekat Hotel UiTM..
RM18 or RM15 tu kenyang dan berbaloi!!
ni tak!
hadoiii..


nasib abik sedap je
kalau tak protes ai!
dah la nak berjimat ni
sekali mahal giloooo..


kedai ni kalau awal2 sem pergi makan ok la
masa tu wang PTPTN berkepuk RM 3ribu boleh la makan sesuka hati
tapi kalau akhir sem kayap laaaaa..
ok dah.. sok2 makan megi jeeeee....
huh..



Saturday, April 16, 2011

Chicken Chop KFC



Assalamualaikum.. selamat pagi. 
Hujan mencurah2 ni.
sejukkk je memang sedap la bila tidur.
makin ditarik selimut tuh.


KFC ada menu baru, korang tahu tak?
menu macam makan tengahari dan chicken chop.
yang egg tart tu dah lama kan.


semalam aku makan chicken chop KFC
nak merasa la katakan
mintak la egg tart jugak
sebab sekarang kalau pergi KFC tak boleh lupa beli egg tart
dulu tak boleh lupa beli cheezsy wedges
sekarang wedges pun nak, egg tart pun nak
lepas tu dok tengok je Krushers
nak jugak
haih! naga betol!
-.-"





bila aku nak makan tengok2 rupanya KFC pakai boneless chicken thigh
salut dengan tepung KFC then deep fried
waaa... sekarang dah tahu dah apa semua makanan western ni kan?
siap boleh bagitau lagi macam mana nak masak
berkat belajar di kelas masak ni lah!!


ayam ok
wedges ok
jagung ok
muchroom sauce tu ok cuma masin sikit
tak suka la masin2 sangat
sebab ayam dah berasa ni tambah dengan masin mushroom lagi
erkkkk...tak best gitu
aku makan sikit je sos dia..


kesimpulannya ok
sedap 
lepas ni nak cuba nasi yang untuk tengahari tu la..
belum pernah rasa lagi
siapa dah rasa?
sedap tak??



Hari yang sangat malas!



 hari ini hari yang sangat malas okeh! sangaaaatttt... sebab ai tak buat apa pun report yang ada 2 dan satu esemen tuh.. tak tahulah apa nak jadi.. hukhukhuk


walaupun report tu senang je nak buat sebab dah ada sample dan apa nak buat tapi stilll malas jugak nak buat. apakah perasaan itu??


aku pergi cari maklumat untuk esemen CC je. haishhh.. bizi pulak orang kedai tu nak melayan kami ni...





tu gambar propa je macam nak masuk kedai. padahal tak pong! hahahhaa... lain2 ai malas nak cerita. hari ni kan hari malas. kerjanya cuma nak makan, tidur je..hahaha


tapi esok tak boleh malas kena speed rajin2 supaya siapkan 2 report dan satu esemen yang takbest tuh. buat esemen waktu studi week adalah sangat tak best okeh. hahahhaha..


oke. sekarang dah pukul 2 tapi tak sedar rupanya dah pukul 2. sebab banyak tidur. hahahhaha -.-"




Friday, April 15, 2011

Its Official!



cerita ni dah berkepam sebenarnya. saja je bagi berkepam sebab nanti kalau aku cerita sekali tak dapat... hukkkk.. malunya. jadi aku tunggu sampai semuanya official baru aku beritahu semuanya.. sebab semua dah pasti kan?



dua minggu lepas aku pergi interview untuk praktikal di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru dengan Sofia kawan kelas yang sama2 mintak hotel ni. kami pun pergi la interbiu. 



masa interview tu ada la dia buat ujian BI dengan tanya housekeeping sikit. tak lah susah sangat tapi risau je lebih. almaklum la tak pernah buat2 test depan interviewer. setakat nak praktikal lagi tu tak adalah seronok sangat. sebab dulu dah merasa praktikal. merasa kerja dalam sektor kerajaan dan tahu macam mana rasanya. sekarang praktikal lagi tapi sektor swasta pulak. dekat hotel. enviroment dah lain. tapi treat kawan2 masa praktikal/kerja ni sama je. jangan baik sangat, jangan jahat juga. seimbang. yang penting dengar boleh percaya jangan.



aku dah terdidik dengan kisah silam. manusia luar tak sama dengan masa kita belajar. semuanya ada kepentingan sendiri. jadi aku memilih untuk berdikari dan belajar kuatkan hati. setakat kena marah, sound, perli ke ape ke memang kena biasakan. yang penting kita tahu kita buat ikhlas..



sejak praktikal dulu aku jadi macam manusia yang ' sensitif'. sensitif dengan setiap ucapan kata seua orang. aku cepat sedar dan paham apa orang tu cuba sampaikan. dunia kan tak seindah yang kita sangka...



apa la yang aku merepek2 ni. dah2. ni aku nak kenalkan korang dengan kawan aku yang sama2 praktikal selama 3 bulan ni. Sofia namanya.








series tak suka bergambar dengan dia ni. aku nampak bulat, itam, dan sepet sangat. -.-"




okeh.. malas nak describe. aku pakai baju kurung je sebab aku tak ada baju kemeja. fine. 




oke dah la. malu ai.










mood :: syukur sangat dah dapat tempat praktikal. even orang lain dah dapat tapi ni diri sendiri kan. harus la risau. =.=






Green Day Bukan Group Green Day!



selasa lepas saya menjadi SOD terakhir. SOD means Supervisor of the Day! dan saya memilih tema hijau sebagai warna tema restoran saya..
its my feberet color ever...
=P



lalu dengan rasa tak berapa gementar saya menjadi SOD hari tu. minggu test yang menggerunkan sesiapa yang kena test. tapi saya dah lepas minggu lepas. 
jadi sekarang hanya untuk menjadi SOD sahaja.
saya adalah orang terakhir menjadi SOD.
semua ni kerana undian.



dan saya telah menjadikan Mock Restaurant 2 menjadi kehijauan
memang niat nak buat macam tu pun
tapi biar hijau yang tak sakit mata memandang
nasib baik ada satin wane hijau
kalau tak ai bakor laundry!
bako.. kita bako!



dan saya telah menjemput kawan saya yang diimport dari fakulti lain
haaaa.. nasib baik semua excited nak datang makan sini kan
kalau tak ai tak ada guest nyah!
penat la ai tampal promotion mau la tak ada sape kol ai.. hahahah



ni dia guest2 ai..


























ni ex-rumate saya masa sem lima diploma. saya diploma dekat UiTM Melaka. harus la saya ajak dia kan. wajib kena tolong saya jadi guest saya!






ni lah kawan2 dan lect kelas serving saya. Lect en Wan. dan semua kawan2 seperjuangan. saya sayang mereka awww...





ini adalah menu saya. warna hijau adalah harussss. dan designya hendaklah butterfly. sebab saya suka sangat dua benda ni. akhirnya impian menjadi kenyataaan. dan hasilnya begini! tarrra!!



tiba2 lect panggil saya


Lect 1   : SOD, mana menu?
SOD     : ni encik.
Lect 1   : macam kad kahwin * sambil senyum senget2*
SOD     : eh, tak ada gaya pun.. * menjawap*
Lect 2   : membelek-belek menu aku yang cantik. melintangkan untuk baca Mock Restaurant 2 yang melintang..lalu berkata "walimatulurusss..."
Lect 1   : belakang tu ada plan ke rumah pengantin...
SOD     : saya nak letak plan ke Mock Rest 2 ni.. tapi tak jadi * menjawap lagii sambil sengih-sengih*





secara keseluruhannya saya berpuas hati. segala penat lelah menjadi dengan jayanya!
terima kasih banyak2 kepada kawan2 yang telah berkejrasama menjayakan hari ni dan 14 minggu sebelum ni. saya amat hargai setiap titisan peluh kamu semua yang keluar untuk kelas ini.




semoga apa yang kita pelajari selama ini akan di gunakan sebaik mungkin di dunia luar dan kita dapat memanfaatkan segala apa yang kita pelajari dengan betul dan konsisten. doa ini untuk semua.







pppsssstttt :: pasti rindu mock rest dan kawan2 akan menjelma. big thanks semua yang terlibat.. minta ampun salah siap dan andai terkasar bahasa. =P





Masih Ada Yang Tinggal

 sebenarnya ai ada 2 report dan satu esemen lagi nak disiapkan dan dihantar by next week. tapi sekarang ai sedang berpoya-poya sambil melancong ke blog kawan2 lain serta mencari tips terbaru berblogging. sungguh tak sedar diri kan ai ni?? -.-"





ai buat2 tak sedar yang minggu depan ai dah kena hantar semua tu. sebabnya ai malas sangat nak buat okeh. haish. kenapalah wujudnya perasaan malas tu. kalau tak ada orang cipta perkataan malas tu kan bagus. jadi tidaklah di klasifikasikan sebagai MALAS. 


penyakit ni selalunya berjangkit ataupun tak sedar diri. antara dua. kalau tak berjangkit dari kawan, teman, sahabat, berjangkit dari suasana, keadaan, sekeliling atau surrounding *berapa banyak aku nk describe ni?*  


susah kan kalau penyakit ni menyerang? masa penyakit yang tak ada ubat. hohoho. tak ada ubat ke? saja je tak nak berubat? sila cari ubat segera! dalam peti sejuk tuh! *dalam esbok org johor kata* 


okeh. sekarang dah pukul 1 lebih. silalah bertaubat eyza sebelum di taubatkan. sila buat esemen dan report tuh..hukhuk




psssstttt :: bila nak berpoya-poya nih?? -.-"






Thursday, April 14, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI








senangnya abang Ben ni nak buat gegar2 blog. dah la suruh buat entry super duper senang. cuma suh letak header beliau je then link kat entry gegar beliau. habis cerita!


jadi saya pun menggatalkan diri untuk join la kan.. yea!!




Happy Bufday Farah Montel!!


assalamualaikum semua!! hari ni merupakan birthday housemate saya.. Farah Nadia namanya! dan malam tadi ada suprise party sebelum balik ke rumah selepas kelas kitchen saya dan serving mereka! wawawa.. semua ni idea Fazz yang merancang plan ini lama gila supaya Farah terkena dengan jayanya!


dan perancangannya malam tadi berjaya!! yeaaaa!!! malam tadi merancang nak prak farah dengan kek dulu kemudian baling telur dan tepung di parking Hotel UiTM!! sungguh marbeles kan idea kiteorang??? hahahahaha... sangat tragis farah kena dengan kami.. berpuluh biji juga telur melekat atas kepala..


meh aku kenalkan korang dengan farah kawan aku ni!


Farah Nadia



dan ni gambar sambutan malam semalam. tapi tak sepat pukul 12 pon sebab memasing dah nak balik rumah. habis kelas pukul 11 kan.. dah penat sakan jadi dalam pukul 11.15 dah prank farah.. 


mula2 buat2 la semua berkerumun dekat farah nak ambil gambar kan... sekali kami ni pergi la ambik kek, tepung dan telur dalam kereta faz dan muiz.. ambik sorang 2 bijik lagi.. untuk pecahkan dekat kepala dan muka..faz pegang kek. kek sampai je kami pun nyanyi lagu happy bufday then semua bangun nyanyikan farah lagu bufday.. terharu dia sekejap.. sekejap je hokeyyyyy...



selang beberapa saat je muiz datang "happy birthday farah!!" dengan satu tepekan telur di kepala dan di muka! 








Abang Lokman, Abg Muiz dan Abg Mat.. awwww~ Abang2 meraikan bufday adiknya!!



itu antara persembahan di parking Hotel ni pulak antara persembahan di rumah.. balik2 je ambik ga,bar dulu tunjukkan muka busuk gilaaaa... dah la tu main sapu2 krim kat muka pulak dalam rumah ni... siap dalam lubang hidung pun masuk krim! huahahahahaha -..-"


Busuk.. busukkk Faz kata! hahahaha~




perghhhh.. picture besar gedabak kan? hambikkkk.. seketoi ai bagi! hehhehee.. nasib baik baju ai je yang bersih lagi.. tak la bersih sangat tapi kira bersih la tuh kan.. dengan baju kitchen dan servingnya habis semua palit krim malam tadi..


thanks faz beli kek, dan saya tolong makan je. sedap! dan berjaya ye.. berjaya membuat CEKODOK FARAH semalam.. syabas!! good job!!


Akhir sekali nak kasi Farah tacing nih!




"Selamat Hari Lahir yang ke-22 Farah! 
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ye... semoga persahabatan kita kekal sehingga akhir hayat.. =)"







psstttt :: ada blogger Adam Haiqal kan dalam gambar tu??

Wednesday, April 13, 2011

Morning Peeps!




hurghhh.. pagi yang indah. semoga apa yang dilakukan hari ini baik2 belaka. dan selamat hari rabu. pada saya hari rabu adalah untuk kelas dan kelas. kelas sampai malam. sebab pagi ni kelas pukul 10.30 then kelas lagi dari pukul 3.30 sampai pukul 11 malam. kelas owh kelas..


saya tak tahu la nak cakap semalam saya rasa sangatttt penat dan saya tidur sepanjang hari. sangat pelik dengan keadaan ni. iza balik kelas pukul 5 pengsan sebab penat. bangun malam tu makan megi then tidur balik. mengantok sangat. 


maybe rasa dah lepas semua bebanan kot. semalam iza dah jadi supervisor untuk kelas serving iza yang terakhir. iza merupakan supervisor terakhir la.. yang pasti semua kawan2 rasa happy walaupun ada test time tu. kedua, iza puas hati sebab semua yang iza rancang menjadi dengan jayanya. iza rancang semua warna hijau.. dan semuanya mengikut kehendak iza..


terima kasih kepada semua kawan2 yang sama2 menjayakan minggu terakhir ni. iza hargai sangat2. gambar2 iza akan upload nanti ye. tunggu eh... =)


okeh, iza nak bersiap pergi kelas ni.. iza sudah dulu ye! 



bye!!



Monday, April 11, 2011

Sekali jumpa budak comel! hati rasa awwwww~~













aku dah tengok kedua-dua cerita ni. yang aku nampak masa tengok Kyle XY budak lelaki yang jadik adik dalam keluarga ni tak mengancam langsung. yelah, bebudak kan. rambut pun tak reti minyak lagi..



sekali aku tengok dalam 16 wishes! OMAIIIGooodddd... comel + ensem + sweet + babyface gila muka kau!! ehhh.. sape kau eh? macam aku penah tengok je kau nih! 


maka start la menggoogle. hahahha..rupanya dia ada berlakon dalam Kyle XY dulu yang aku dok sibuk2 tengok. tapi langsung tak ambikkkk port dengan kehadiran budak ni..


okeh2. memperkenalkan! JEAN LUC BILODEAU!!







sila la tengok sendiri beliau dalam 16 wishes yang comel dan sweet tu.. seronok tengok cerita tu.. tapi ada moral value.. bagus2...


okeh. cekedout!



bye2!




Jangan Tengok!! Jangan!








mula-mula nak letak gambar ni besar2 sekali macam... ermmmm... taperlulah besar-besar. malu ai.. nanti budak bawah umur tak boleh bukak belog iza ni. sebab iza ni orang cop pervert! choooyyyyy!!


ini bukan pervert okeh.. ini cumaaaa hiasan je. rindu sebenarnya nak tengok supernatural abang2 ai ni. diorang dah lama sangat tak call iza.. busy gamaknya.. haish.. dah rindu tau kat abang2 saya ni...


hai.. hai.. rindu sangat dah ni..bila la abang2 ai ni nak jenguk2 ai dekat sini. merana adik u ni tahu tak?? hadoi...


okeh, jangan tenung lelama gambar tu. ai cungkil mata tu kang!! *garang ni... garang*





*rindu sangat nak tengok supernatural sebenarnya tu yang buat entry mengarut ni*






*tergoda dengan six pack mereka...awwww~~~*



Sunday, April 10, 2011

I love Walking in The Rain Because No One Knows i'm Crying















T____________T



Itu sahaja mampu menggembirakan hatiku...









dikala hujung minggu yang sunyi ini
hati terdetik
jika sesiapa ada menghulurkan kata mahu berjalan
hamba ingin turut serta
namun hampa..




hamba hanya mengharapkan gambar diatas ini
memenuhi impian sanubari hamba yang hina ini
maka adalah sesiapa yang memenuhi impian hamba ini




kala hamba terus berfikir dan mencerna idea
titis-titis jernih dari langit mula menerjah bumi
lalu dengan hampa hamba berkata





tak boleh keluar la ni woi!
hujaannnn!



ai kecik ati nih
semua duduk diam2!




Morning Greeting.. tak adalah morning sangat..



selamat pagi semua.. kalau hari ahad ni mesti semua malas-malas nak bangun dan buat kerja rumah kan? samalah kita sebenarnya. tapi memikirkan esok banyak lagi yang mahu dibuat maka haruslah bangun dan membuat kerja2 yang sepatutnya.


hari iza hari ini mungkin sama macam semalam. duduk rumah sampai lebam. tak pun mengadap laptop sampai lebam. hermmm.. tak keluar mana-mana pun sebab iza nak berjimat cermat dengan gigihnya. segigih makan apa sahaja yang ada dekat rumah tanpa perlu merungut *oke, tipu je tak merunggut*


bangun pagi2 lagi housemate iza si dayah dah masak nasi lemak dah. semalam dia cakap memang nak masak pun. tak sangka bangun pagi dah masak. hahahaha. rajin betol housemate iza ni. iza rajin jugak.. rajin berkemas dan rajin makan je la gamaknya. sebab hapusemate iza ni akan marah kalau iza dan kawan2 lain tak makan apa dia masak. biar habis hari basi...hahaha. tapi kami segan pulak...hehehe






comel tak? comel tak? comel kan? manja2 soft je gitu... awwwww~ geramnya kat budak tecik gebu lembut baik manja macam ni.. rasa nak bawak tido, nak bawak pegi kelas.. nak lambung2.. timang2..hahahaha
lelebih pulak kan.. tapi series comel dan manja..... sayangnya! kalaulah dapat.. ai peluk2 cium2 dia.. kasik lemas! hahahaha



gila kan iza ni. tak boleh nak tengok budak2 comel macam ni.. mula la penyakit sawan iza tu datang meyerang...hahahaa



ok. sebenarnya rindu dekat budak ni..




hye budak gemokbusukpendekmanjanakalpandai !!






hehehe.. ok bai! 




Masalah, please jangan suka dekat ai!

 


menyampah ai dengan masalah lelama kawan orang lain tapi ai juga turut tebabit. ai tak ada kena mengena okeh. memang la ada sikit kena mengena tapi bukan masalah ai tau. tu semua masalah kamu semua.

please jangan babitkan ai. ai tak suka cenggini. sebab tak suka bermusuhan. penat. malas. ai dah tanya, kalau ai arrange macam ni boleh ke.. karang kalau ai salah atur uolsss yang tak suka. kang ada yang jeling harimau kang...


alaaaaa, sebab apa masalahnyer?
sebab PERMPUAN je derrrrrr...
malu la beb, tak gentle la nak gadoh macam tu sebab berebut langsung
tak macho gilerrr!


PEREMPUAN ni umpan syaiton untuk lelaki
jadi maknanya apa?
kalau bergaduh sebab berebutkan sorang permpuan??
ce citer.. ce citer??


malas ai nak ulas lelebih. kang kata ai ni tak paham la. kepoh la. baik ai diam. *walaupun tadi dah tacing sebenarnya sebab ai terbabit*
lepas ni ai tak komen2, tak chat2 dengan korang dah.. ai duduk diam2 je. tak nak ai terlibat dengan apa-apa masalah. 




ai tak suka masalah. please, masalah jangan suka kat ai!



*__*



Saturday, April 9, 2011

Lembab Macam Siput



kenapalah internet malam ni tenat sangat?
ramai sangat ke orang guna sampai tak boleh nak habiskan satu video dekat Youtube ni? tensenye makkk!
berzaman tunggu stu video siap sebab nak prektis nyanyi lagu bi.. hadou.. lagu ape korang tahu?? lagu tak nak kalah la pulak.. lagu Jar of Hearts- Chirstina Perri siap! hahahahhaa



melampau kan ai? jap lagi ai nak melalak lagu Marry you pulak.. jangan jeles..
hahahaha..
tapi hangen betol sebab video youtube lembab gila nak bukak..
ai siap makan nasik lemak + satay. buat air sunquick. makan pulak sotong goreng kunyit.minum air masak. 
haiii? tak siap lagi ke penuhkan video tu??
bila ai boleh tengok ni??



sabau je la..
nak bw pun tak boleh bukak sangat blog korang
bukan berat pun tapi internet ni sangkak sungguh!
gerammmmm ai!!


ok dah,
ai carik je lirik lepas tu ai melalak la dengar lagu dia aje.
ok.
babai!




Penyeri Pergelangan Tangan!



























cuba korang semua tengok gambar2 gelang dan loket di atas ni
simple dan cute kan?
cantik je..
dan yang penting silver


tu la sebenarnya corak dan stail yang iza suka
iza suka sangat butterfly dan kalau boleh gelang dan loket pun nak bentuk butterfly
sekarang ni iza banyak kerongsang bentuk butterfly je
sebab suka iza beli banyak dan macam2 bentuk
hehehe..
boleh pakai tukar-tukar hari2 pergi kelas kan?


kalaulah iza jumpa jenis gelang yang macam ni iza akan beli punya
tapi tengok jugak harganya
sebab silver pure kan mahal
tak mampu ai nokkkk


iza lagi suka silver dari emas kuning
mungkin emas putih iza suka sebab macam silver
tapi mungkin sahaja la sebab iza belum pernah pakai white gold..
tak mampu den..


tapi orang2 tua kata emas ni bagus
kalau kita terdesak dan tak ada sumber kewangan emas yang kita ada boleh buat sesuatu
dan yang paling penting tu la harga yang kita ada saat kita genting
tapi iza memang kurang minat emas2 ni
rasa macam tak sesuai je dengan kulit yang hitam ni
kalau kulit putih rasa sesuai je..
korang tak rasa ke?
ke iza sorang yang rasa macam tu??
erkkkk...



iza memang teringin gelang macam ni
kalau jumpa mesti iza nak beli
heeeee...
tapi masalahnya tak pernah jumpa..
hukhuk