Happy Cat Kaoani -->

Monday, May 18, 2020

Selamat Hari Guru 2020







Assalamualaikum





sebelum PKP ini dijalankan, aku sedang menjadi guru ganti di sebuah sekolah menengah di kawasan tempat tinggal aku
break sebab cuti sekolah bulan 3 selama seminggu
jadi aku dengan senang hatinya masih meninggalkan barang di sekolah dan segalanya di sekolah
lepas tu ada juga kerja sekolah yang aku bawa balik sekolah

tak jangka keadaan jadi macam ni
patutnya lepas cuti sekolah seminggu tu aku masih lagi kerja dalam seminggu lagi
jadi aku relax la ingatkan nanti aku akan ke sekolah semula
sekolah dengan rumah aku dekat je, tak sampai 1km pun.
dalam taman perumahan tempat tinggal aku juga

tahun ni banyak perkara kita belajar
belajar dari virus ni
keadaan yang tak mengizinkan ini membuatkan kita melihat siapa diri masing2 sebenarnya

kita harapkan 2020 ni macam-macam perubahan kita nampak
zaman dulu kita harap tahun 2020 ada kereta terbang
tahun 2020 ada kemajuan yang tak ada bandingan
rupanya inilah yang bakal kita hadapi

hari guru tahun ni tidak sambut dengan sepatutnya
ada banyak juga hari tak dapat disepatutnya
dan inilah norma akan datang

tahun 2018 aku sambut hari guru dekat sekolah lama aku sebagai seorang guru
merasa la duduk atas pentas sebagai guru
dan dapat hadiah hari guru dari sekolah
masa tu macam dapat nombor bertuah
masa tu nombor tu letak bawah tempat duduk kita kat dewan
kerusi tu kerusi plastik ke kerusi macam dalam dewan ada kusyen biru tu
tah la dah tak ingat
yang letak tu pelajar tingkatan 6 rasanya sebab diaorang yang arrange
duk meraba la tangan bawag kerusi kot ada nombor
aku raba sekali je jumpa kertas bertampal dengan selotep
aku cabut selotep tu
kakak aku pun jumpa nombor bawah kerusi dia
aku dengan kakak pun pergi la claim hadiah
hadiah tu claim dekat depan dewan
bawak ke depan nombor tu ada la kawan cikgu sapa masa otw tu

"dapat nombor berapa?"
aku tunjuk nombor yang aku pegang ni
" waa.. izza la yang dapat hadiah besar tu!"
aku macam 'hadiah besar'?
apakah hadiah tu?

pergi depan ambik hadiah untuk semua guru
lepas tu claim hadiah nombor yang aku dapat tu
dapat patung kain penyu tu rupanya!
besar yak amat!


gambar ni kembang sebab aku screenshoot dekat ig aku masa tahun 2018
gambar original tah kat mana aku letak tak jumpa pula
ini je jumpa
aku nak tunjuk penyu besar warna biru tu
sampai sekarang penyu tu masih dalam plastik tu dan aku tak guna lagi
tak minat benda gini plus dia besar
nak letak depan tv, aku tak lepak depan tv dah sekarang
aku lepak dalam bilik ngadap hp dan laptop je 24jam
haha..

tahun 2020 yang penuh makna ni kita akan abadikan dalam diri kita
mungkin dalam 20, 30,40 tahun akan datang kita akan bercerita pada anak cucu kita tentang pekara ni
cerita tentang macam mana kehidupan ada virus, macam mana lockdown macam mana social distancing yang kita amalkan sekarang

kepada semua guru
baik di sekolah, kolej, universiti dan pusat2 tuisyen
selamat hari guru untuk anda
jasa dan pengorbanan anda tidak dapat kami balas