Happy Cat Kaoani -->

Sunday, April 26, 2020

Ramadhan 1441 H / 2020 M | NIAT PUASA RAMADHAN DAN CARA SOLAT TARAWIH





Assalamualaikum..


Kita bertemu lagi dengan ramadhan tahun ini
tahun yang dianggap penuh dengan kemajuan dan kenikmatan dalam hidup 
yang kita anggap dunia alaf baru penuh dengan kehidupan yang lebih maju 
yang kita anggap dunia yang lebih hebat segalanya
yang kita anggap dunia lebih menyebelahi kita
dalam kekalutan kita mengejar dunia penuh dalam jiwa

kita sedunia telah diuji dengan virus amat halus 
yang hanya diketahui dengan cara ujian swab secara klinikal
malah dengan hanya berkurung kita dapat menghalang kita dari berjangkit

malah ramadhan kali ini menguji jiwa kita di rumah
mendekatkan diri dengan pencipta
muhasabah diri dari segala aspek
dan memperbaiki kehidupan seharian kita dengan mengemas rumah dan membersihkannya

ok lah. aku sertakan niat puasa ramadhan dan niat solat terawikh
tahun ni tahun kita kena hidupkan syurga dunia kita iaitu rumah kita sendiri
baru kali ini la kita akan rasa rumah kita lebih baik dan lebih selamat daripada dunia luar 







 CARA SOLAT TARAWIKH

Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:
lafaz niat solat tarawih bersendirian
 Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala 
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.

RUKUN SOLAT TARAWIKH


Rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun solat solat fardu atau solat sunat yang lain.
Jika terdapat beberapa beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat.
Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.
KEDUDUKAN SAF

PEMILIHAN SURAH

Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih.
Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati.

Ini adalah contoh surah dan kedudukan rakaat yang dicadangkan.
Semua ini terpulang kepada individu itu sendiri.

Biasanya di Malaysia, selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih dahulu sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir.
Doa tersebut adalah seperti di bawah:

Doa Antara Tarawih (Selepas 4 Rakaat)

 Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika wannar. Allahumma innaka affuwwu karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin. 
Maksudnya:
Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat.
Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa Selepas Solat Tarawih

Selepas selesai solat tarawih yang terakhir, bacalah doa ini.
(Anda boleh mainkan audio untuk membantu bacaan. Bantuan ejaan rumi juga turut disediakan)





Audio 00:0
Bismillahirrahmanir rahim.
Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin,  walifara idhika muaddin. Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.
Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.

Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.
Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.
Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin. Wa alaa  taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa
wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat.
Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.
Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,
Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi robbil  Aalamin.

Maksudnya:
Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.
Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.
Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana.
Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.
Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.
Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat.
Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.
Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.
Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.
SELESAI SUDAH SOLAT TARAWIKH ANDA!


Walaubagaimanapun ini adalah pendapat bekas mufti Wilayah Persekutuan tentang hukum solat tarawih secara bersendirian.
makanya kita disarankan melakukan solat tarawih jemaah di surau, masjid mahupun di rumah.









SEKIAN.





Sunday, April 19, 2020

Tugas Ibu Bapa Dalam Tempoh PKP



Assalamualaikum


pekerja kerajaan yang paling netizen nampak sekarang adalah doktor, nurse dan cikgu
dalam keadaan macam ni
doktor dan nurse tu adalah penting
malah disebabkan sekolah tutup maka guru adalah pekerja kerajaan yang paling orang nampak
sebab apa?
sebab anak-anak ada dekat rumah 24jam 
tak boleh keluar
tak boleh balik kampung walaupun cuti
tak boleh jalan-jalan kat mall
tak boleh main motor kesana kemari
tak boleh boleh main kat taman permainan

jadi bila dah lebih sebulan anak-anak duduk rumah dengan ibu bapa ni
banyak la ibu bapa yang dah mula hilang sabar hadapi perangai anak-anak
tapi dalam pada itu ibu bapa mesti risau dengan anak-anak yang ketinggalan pelajaran
dah sebulan lebih anak-anak tak kesekolah
pelajaran akan tertinggal
jadi cikgu pun bagi kerja sekolah dalam waktu PKP ni
waktu nilah kita dapat tengok perkembangan anak-anak dalam pelajaran kan
boleh ke dia jawap soalan 
boleh ke dia paham soalan
boleh ke dia menbaca
boleh ke dia mengira

aku rasa yang mana ibu bapa mengajar anak-anak kat rumah sekarang ni
ada dah mula sedar tahap penguasaan anak-anak
dan mula la keluar segala singa, naga dan harimau tu kan
hahaha..



aku sebagai bukan guru sebenar hargai usaha ibu bapa mengajar anak kerja rumah diaorang
tapi aku rasa sedikit simpati kalau ada ibu bapa tak dapat ajar anak kerja rumah 
aku paham tak semua ibu bapa berkemampuan dalam bidang pelajaran


apa skema sangat ayat tu kan
dulu masa kecik mak aku yang pentingkan pelajaran
mak akan ajar dan tolong aku buat kerja rumah
mak aku support kalau kena buat apa2 dari rumah
macam buat pendidikan seni nak kena bawak kentang la, sayur la, ranting la, lidi la
mak aku tak kesah kalau hal sekolah

kalau ada kelas tambahan tak kira pukul berapa pun
mak aku akan hantar walau dalam apa jua keadaan pun
hujan ke, ribut ke, banjir ke semua mak hantarkan

mak juga bukan je tolong aku buat kerja rumah
tolong siapkan kerja rumah
tolong sediakan kalau ada mak ayah perlu buat
mak aku bahkan tolong bacakan kitab sekolah agama kalau ada periksa
semantara aku makan tengahari nak pergi sekolah agama tu
betapa mak aku support aku adik beradik 

sampai aku habis sekolah
sampai masuk uni mak tetap support apa yang baik
semua yang mendatangkan kebaikan mak akan support
sampai habis uni
sampai sekarang
mak tetap support kalau benda tu elok bagi aku

nampak tak yang kalau mak ayah kat rumah pun tak bersabar dengan anak dekat rumah
macam mana cikgu bersabar mengajar sekelas lebih 20-40 orang?
itu baru anak kau sorang dua, belum lagi perangai yang lain
kalau anak tak dapat catch up pelajaran dekat sekolah tu bukan salah datang dari pihak cikgu je
ada juga dari pihak anak dan persekitaran
tipu la aku cakap semua indah je masa aku jadi cikgu ganti ni

aku jadi cikgu ganti dah 2 tahun
dari tahun 2018 sampai tahun ni
anak murid ramai dah kenal aku
macam-macam perangai juga aku hadap 
aku jadi guru kelas
jadi mengajar subjek ada kerja kursus
jadi tukang ajar itu ini
jaga exam
buat paper exam
tanda buku
tanda kerja kursus
tanda paper exam

ada anak murid yang perangai pelik 
buat cerita macam-macam
sampai mak budak call aku suruh aku itu ini
datang sekolah nak jumpa aku as guru kelas 
fuhh.. mencabar ye 
dengan parents ni kena pandai jawab
tapi pandai lagi guru HEM sekolah aku
dia cover semua
kes tu sampai nak dibawa ke pihak polis
benda ni salah paham sebenarnya
tapi itulah.. cikgu juga kena hadap dekat sekolah ni

aku tahu banyak lagi cikgu hadapi masalah lebih teruk dari cerita aku
aku ni takat besar hama je 
aku cuma nak menceritakan hal sebenar di sekolah
keselamatan, kesihatan, ketrampilan anak-anak anda disekolah adalah tanggungjawab guru
kalau waktu mata pelajaran cikgu tu ada murid cedera maka cikgu mata pelajaran masa tu menjawab
sebab tu cikgu bising kalau ada murid main lari2, main benda yang bahaya
sebab lumrah budak pemikiran belum matang
jadi cikgu akan membentuk keperibadian pelajar bukan je dalam pelajaran malah dalam adab dan tatasusila sebagai manusia
memanusiakan manusia adalah lebih rumit dari mengajar manusia

sama macam masa aku kerja hotel
customer tak tahu yang kita cuma pelajar paktikal ke, part timers ke apa
yang dia tahu kita dah sarung baju pekerja hotel kita adalah sebahagian hotel
kita perlu jaga image hotel walau macam mana pun
jadi aku perlu jalani dan pegang amanah kat mana pun aku berada
agituewwww..

ibu bapa ada tugas ibu bapa
guru ada tugas guru
pelajar ada perangai dia
sama juga guru dan ibu bapa
tak boleh salahkan satu pihak je
semua mainkan peranan yang sama
nak2 zaman kita berkurung tapi perlukan terus memandang kehadapan
bermakna kita kena terus belajar dan berkembang bukan ditakuk lama

nanti aku kongsikan cerita anak murid aku yang nakal dan manjanya dengan aku
cerita ni aku simpan dah bertahun
ganas depan orang manja dengan aku
sekeras hati manusia pun perlukan perhatian dan belaian



sampai sini dulu!
tata









Saturday, April 18, 2020

Ketua Rumah atau Wakil Setiap Rumah?



Assalamualaikum..

Dulu aku rajin menulis
sekarang dah malas amat sebab apa? 
sebab aku sendiri pun dah tak membaca di blog orang
sekarang kerjanya tengok video youtube orang je
niat nak buat juga video sendiri upload tapi tak reti editing
dasar tau
padahal aku tengok ramai je yang post dari editing kat phone je
aku kena cari tahu pasal ni sepanjang PKP ni
sebab masa ni akan mengadap laptop 24hours kan

sekarang ni sedang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
hari ke berapa ye aku pun dah tak ingat
sekejap aku kira!
ye, hari ni dah hari ke 32 
bermula 18 Mac 2020 haritu
sejak dari 18 Mac sampai harini 18 April dah sebulan PKP ni berlangsung
mak dengan abah aku langsung tak keluar
kakak aku ada keluar beberapa kali pergi klinik dan hospital
aku keluar pergi kedai beli barang makanan dan pergi sekolah sign gaji

sepanjang PKP yang tak pernah kita sebagai rakyat Malaysia dan seluruh dunia alami ni macam-macam cerita kita baca dan dengar
fuh.. ianya sangat encabar jiwa dan sanubari kita sebagai rakyat yang bebas kemana sahaja kita kehendaki

masa PKP ni hanya dibenarkan ketua keluarga atau wakil keluarga membeli barang dapur dan barang keperluan makanan rumah
kalau untuk rumah aku semestinya mak perintahkan aku yang pergi beli barang dapur
sebab apa?
sebab aku pandai pilih barang dapur dan barang makanan
sebab aku pandai masak juga
sebab aku pandai jaga jarak
sebab aku pandai jaga kebersihan seperti saranan KKM
dan yang paling utama aku paling senang nak disuruh-suruh

ada sebab mak aku bagi mandat tu dekat aku sebenarnya
tapi aku ok je suka terima mandat tu 
kedainya pun bukan jauh dari rumah
tak sampai 1KM dari rumah pun
ambil ubat abah aku dekat klinik taman aku pun, aku yang tolong ambilkan
tak nak abah terdedah pada keadaan luar dan klinik yang tak bersih tu
lagi pun ada ada sakit kencing manis dan darah tinggi
tu yang tak nak abah keluar tu

ada orang cakap pandai PM pilih suruh ketua keluarga yang beli barang dapur
sebab kalau penolong ketua keluarga tu kelar habis satu kedai diborongnya
hahaha..sama macam aku pikir
kalau boleh aku nak beli banyak barang untuk elakkan keluar rumah selalu
sebab dekat rumah ada banyak benda nak masak dan banyak guna barang
ye, kalau orang tak masak tak rasa penting
kalau orang memasak semua rasa penting nak beli macam2
sebab kalau tak beli yang susahny kita juga yang nak memasak ni






memang boleh jimat kalau ketua keluarga pergi tapi banyak masalah bila pulang
belanja tu tak sama dengan tekak keluarga dan anak2
sama ada ikut tekak ketua keluarga tau ikut dan je ambik barang ni
semua keluarga ada kesukaan dan kebiasaan jenis makanan yang mereka selalu makan
kadang kalau tak sama dengan kebiasaan keluarga tak nak makan
ye tak kalau korang?

kalau family aku ye juga
biasa kicap beli kicap manis cap kipas udang
sos pula biasa sos bumi hijau
dan benda lain juga
kalau beli lain dari tu macam tak nak sangat family makan
jadi kadang mengundang pergaduhan keluarga sebab tempoh berkurung dengan makanan yang tak biasa dan tak enak ditekak kita buat kita semakin tak betah dirumah..
tapi kalau korang jenis tak kesah ok je

jadi dalam situasi aku baiklah jika aku pegi beli barang
sebab aku juga yang selalu beli barang dapur dengan mak
makanya aku banyak tahu barang apa yang selalu makan dekat rumah
jenama apa, perisa apa, berapa gram or kg selalu beli
macam tu

aku tak la pandai sangat masak
masak untuk tekak aku dan family ok je
dan juga kalau aku lapar aku rasa pandai je masak
sama macam orang lain la
masak untuk hidup aku jeee 

dan ini pendapat aku
tak kesah pun siapa beli barang untuk keperluan rumah
janji wakil dan pergi seorang tanpa teman dan kawan ramai2
sebab ramai je ketua rumah tak boleh keluar atas sebab tertentu
macam sebab kesihatan, sebab kehidupan dan sebab lain

apa pendapat orang lain?