Happy Cat Kaoani -->

Monday, March 9, 2015

Tip Bila Singki Tersumbat






Assalamualaikumm...





Alhamdulillah... selepas 2 hari bertungkus lumus mengerjakan sebuah lubang yang sumbat, maka semalam petang lubang tu berjaya mengalirkan air dengan deras dan cepat. huahahaha.. apa yang bahagia sangat lubang singki boleh mengalirkan air? sawan ke hape budak ni??




ni la nak cerita, dua hari lepas, lubang air dari singki ke septik tank tersumbat. akibatnya lubang singki tu tak mengalirkan air ke septik tank tapi berkumpul je dekat situ dan membuak naik. lubang tu bukan dalam rumah. lubang tu sepatutnya dekat kaki lima kalau pada rumah asal. tapi kami dan renovate sikit rumah ni. belakang rumah dan disimen dan letak awning. untuk basuh baju, ampai baju dan letak barang2 sikit. jadi dia atas lantai belakang singki dapur la. 




alkisahnya pagi 2 hari lepas mak aku masak la macam biasa. masak untuk abah pergi kerja pukul 5.30. abah pergi kerja dalam pukul 6. pagi2 mak keluar pintu dapur nampak air meleleh dekat kawasan tu ke longkang.jadi mak kejutkan aku pastu kami pagi2 buta betungkus lumus la mengalihkan barang2 kawasan sekitar dan pikir macam mana nak buat dengan lubang yang tersumbat tu. lubang tu dah penuh air yang kotor. air singki kan. haruslah kotor.



macam2 yang kami gunakan untuk merodok lubang tu supaya jalannya clear dan boleh dilalui air tapi hampa. sebab tak ada benda yang boleh digunakan untuk merodok lubang air yang bengkang bengkok. mak cuma jiruskan air panas ke dalam lubang dalam 2 kali macam tu. tapi hampa. air panas tu naik semula dan membuak ke atas. tak ada gaya macam nak turun ke bawah. naik ke atas adalah. erghh.. tensen la pulak tengok. 




jadi aku pun buntu tengok benda tu masih bertakung tak turun2. sampaikan aku google internet macam mana nak buat kalau lubang saliran dari singki ke septik tank tu tersumbat. tak boleh mengalirkan air. dan akhirnya aku dapat tahu yang garam kasar dan air panas dicampurkan bersama dan dituang ke dalam saluran lubang boleh memecahkan lemak dan minyak yang sudah melekat dan mengeras disekitar dinding lubang. sebab garam ni ada banyakkkkkk kegunaannya kan. 






garam kasar brand apa2 pun tak apa. ni jenama MILI. entah. tak pernah dengar. janji garam kasar la kan. bedal je. murah je garam ni. sebelum ni beli cap LAYANG-LAYANG. ni jenama MILI. bolehkan sahaja. Harga pun murah kan RM 0.70 je. aku beli 5 paket. ha kauu.. semangat ni. 





garam kasar dengan air panas. larutkan garam dalam air panas pastu tuang dalam lubang yang sumbat. buat banyak2 kali. sampai ada penurunan dekat air tu.



jadi marilah kita ke kedai beli garam. memula beli 3 paket garam kasar. petang tu aku dengan mak sambung operasi masak air, bancuh garam dalam baldi then tuang. banyak kali masak air. kalau tak dengan garam je pun tuang air panas je. biar minyak tadi lembik. 3 paket pertama habis. tapi lubang masih tak airkan keluar air cuma cepat surut. means tuang je ada penurunan tapi tak banyak. 




esoknya beli lagi 5 paket garam kasar. balik2 je terus masak air. bancuh gram tuang. tuang. tuang. tuang. settle 3 paket garam stop. tuang air panas je. tuang. 1/2 jam sekali tuang air panas. 1 jam sekali tuang air garam panas. buat sampai hari dah nak malam. bila nak maghrib tu mak kata tutup tangki septik tu. tangki septik tu bukan yang kumbahan tau. cuma aliran air ke kawasan yang disediakan. untuk air singki, air basuh baju, dan air biasa2 je. yang kumbahan untuk bilik air lain. 



petang semalam sebelum tutup tangki septik mak buat percubaan terakhir. jirus lagi dengan air panas. dan akhirnyaaa.. berjayaaaa! air keluar ke septik tank dengan lajunya. mengalir deras sekali dengan minyak dan lemak2 yang terkumpul tu. yeaahahhh!!



singki dah boleh digunakan. dah boleh basuh pinggan, cuci tangan, memasak. haaa. seksa weh singki tersumbatnya. perasaan ni biasanya mak2 dan suri rumah yang rasa. seksanya. risaunya. kalau panggil plumber mau dia korek semua kawasan nak tengok mana yang sumbat. makan ratus2 wei. 



lepas ni buat selalu ye supaya singki tak tersumbat lagi. at least sebulan 2 kali. sebab kita kan hari2 masak jadi lebihan minyak tu akan melekat. jadi buat selalu. jadikan rutin 2minggu sekali mungkin. haaa.. modal pun kurang. beli garam kasar je pun kan? air panas masak ler sendiri. 



bagi sesiapa yang tersumbat lubang singki boleh cuba ni. InsyaAllah menjadi. kalau nak guna CLOG REMOVER pun boleh. ASID yang jual kat kedai hardware pun boleh. tapi ni alternatif palingggggg selamat dan palingggg murah. 



biasanya paling cepat pun dalam 2 hari baru berjaya. sabar dan tabah menghadapi. InsyaALLAH BOLEH!





ok. selamat mencuba ye.









Saturday, March 7, 2015

Singki Tersumbat






Assalamualaikumm....





hari ni belum sempat bangun pagi dengan keadaan yang tenang mak aku dah kejutkan aku sebab ada air belakang rumah melimpah dan mak aku ingat ada paip pecah. sebab pernah paip pecah bawah simen belakang rumah. jadi ingatkan benda sama berulang kembali la. 



rupanya bukan. setelah di check keadaannya rupanya hole ke main tank tu sumbat. bila buang air dari singki terkumpul kat hole tu je. lepas tu kalau dah penuh air dekat hole tu membuak keluar. tabah je la tengoknya.




pagi2 buta dengan tak sarapan tak apa lagi aku dengan mak dok berfikir macam mana nak buat dengan saluran singki ni tersumbat. dah tak boleh guna singki nak masak ke apa ke. nasib baik mak dah masak siang tadi untuk abah, kalau tak payahlah. makan bungkus je la hari ni. 



pikir punya pikir aku pun google la kalau ada yang dapat membantu aku dengan mak yang sedang buntu ni.





tengah buat rawatan. benda ni kalau nak buat tak boleh makan masa sehari. kena dua or tiga hari. susahlah kan mak nak masak. nak guna singki. nak cuci pinggan. adoi, tabah je la kita melayan masalah rumah ni yang tak pernah habis ni.




nanti kalau dah ok kita update lagi ye. 






babai awakk..








Thursday, March 5, 2015

BIASISWA BAGI LEPASAN SPM





Assalamualaikumm..





lama sangat la meninggalkan blog. kata nak jadi blogger berjaya. macam mana ni? tak istiqomah!! haha. dah2. jangan nak emosi sangat la hai kawan2. mari, iols ada benda nak share hari ni. 



disebabkan keputusan SPM baru je diumumkan jadi masih lagi hangat2 tahi ayam kan. mari2 kita tolong adik2 sekalian alam. adik2 yang lepas SPM nak mohon biasiswa untuk sambung pelajaran tak kira dalam atau luar negara ni ada caranya. korang yang hebat berblog konfem pandai main internet kaw2 punya kan? gunakan semua internet untuk cari semua sumber rujukan untuk korang amati, dalami dan perhalusi. 


biasalah, setiap biasiswa ada syarat dan cara tersendiri kan. cari. baca. hidup ni tak lari dengan MEMBACA seumur hidup. JANGAN MALAS. tu pesan dari zaman berzaman sampaikan korang dah bosan dan lali kan? sebab dengan membaca la kita boleh tambah pengetahuan. 


walaupun benda tu mudah. siap ada tulis. tapi kalau kita tak baca STILLLL tak tahu dan bila kita tanya balik akan nampakkan kita BODOH kan? tak nak nampak bodah mari la pupuk minat membaca dan pandai2 cari maklumat dalam internet. semua dihujung jari kan?



okeh adik2. sebabnya hakak ni share benda ni sebab dulu akak tak tahu semua ni. dan internet tak ada dekat rumah. sampai sekarang pun tak ada. haha. jadi sekarang sambil2 korang baca2 blog tu boleh tambah pengetahuan mana tempat yang menawarkan BIASISWA BAGI LEPASAN SPM. 








tapi hakak yakin adik2 yang bijak2 ni semua tahu mana nak cari benda ni semua kan? tapi yang paling senang sekali tanya je cikgu. CIKGU KAUNSELING akan bagi bimbingan bagi benda2 ni semua. jangan segan tanya mereka. InsyaAllah mereka akan tolong adik2 tau. 



ni baru sebahagian je ada lagi banyak institusi menawarkan biasiswa ni. hampir kesemua bank ada tawarkan cuma kena pandai cari dan mohon. tapi mohon kena la bersesuaian dengan syarat ye sayang2.



mungkin ada banyak dokumen yang diminta jadi boleh google sekarang. baca terma dan syarat. skalau tak paham boleh direct call mereka. cari no telefon HQ. tanya sampai dapat jawapan yang adik2 nak ye. 



hakak ni tak pandai sangat tapi kalau tengok adik2 ni pandai jadi suka pulak. haha..





ok la kakak nk keluar ada tugasan menanti. 





babai.