Happy Cat Kaoani -->

Sunday, June 13, 2010

Kalau Setakat Langsing Tapi Berlagak Tak Guna..

Kisah ini baru pagi tadi berlaku
bila mak saya menghantar saya ke kedai untuk belajar memandu
dan disitu kami semua akan berkumpul sebelum dibawa ke bandar penawar untuk latihan memandu.
sementara menunggu semua sampai, saya pun duduk di sebuah kerusi
sebelah saya seorang gadis lingkungan umur macam saya atau mungkin lebih bawah telah duduk setelah ayahnya menghantarnya tadi..
masa ayahnya menghantarnya, ayahnya ada berkata dengan cikgu dan tauke supaya luluskan ujian undang2 anaknya sebab gadis itu sudah beberapa kali mencuba namun gagal..
masa tu saya cuma tersenyum kerana ujian itu memang ramai orang yang tak lepas. 



lalu bila gadis ni duduk disebelah saya, maka saya mencuit lengan beliau seraya bertanya
saya : "ambil lesen kereta ke motor?" ewah, konon beramah mesra.. =)
gadis itu : " kereta.." sambil memandang sekilas kearah saya, (ataupun senang kata dia jeling je, tanak tengok muka aku pun!)
saya : "owh.." dalam hati terus berkata begini... "patutlah kau tak lulus2, berlagak nak mampus!"
itu hanya dalam hati..


okeh, budak perempuan tu sangat berlagak okeh!
harap badan je langsing,pakai tudung, muka je manis2, pakai kasut nike (tiruan kot) tapi .. kalau test undang2 pun tak lulus2 tu memang tak guna. dah la tu berlagak pula. Memang padan la kamu.. 


selepas itu saya juga toleh kearah lain, dalam erti kata menyampah sebenarnya!
saya nampak seorang kawan saya di seberang jalan juga mahu belajar meandu tapi dia memandu motor dulu.
dia dari jauh dah lambai2 saya dan kami terus berbual. kawan yang ini sangat baik. beliau juga berbangsa cina. kadang2 orang melayu ni je lebih2 berlagak (kutuk perempuan tadi tu la)..hahaha..jahat kan saya. sakit hati kot. biasanya kalau orang tanya kita kita jawap baik2 dan kemudia berbual..yelah. adatlah kan?


manusia ni kadang2 suka berlagak tak kena gaya, tak kena tempat, dan masa. 
saya terfikir, terus sangat ke muka aku masa tu sampaikan dia tak mahu tengok aku?
dah la tak lulus, berlagak pulak tu.. satu ayat nk cakap kat budak tu.. pigi darh!!!!!


amboi, marah nampak cik eyza? owh, bukan marah, cuma menyampah! 
saya tak suka manusia yang sombong, berlagak tapi bodoh..
biar dia pendiam tapi berbudi bahasa, sopan la sikit bercakap dengan orang. tak ada manners langsung.
sama je manusia2 yang tak reti senyum.. kenapa ntah, urat senyum kau putus ke?
haish..macam2 jenis manusia.. -_-"


sebab itulah saya suka berkawan dengan bangsa asing macam chinese, india, iban dan lelaki..
mereka baik hati, peramah biasanya, dan tak cepat melatah atau ambik hati..
saya ramai kawan chienese, india pun ada, iban ada dan lelaki..
sebenarnya senang kawan dengan lelaki kan?
dia tak suka kutuk belakang, jenis tak kesah, relax dan senang dibawa berbincang,..


p/s : entri ini untuk budak perempuan tuh.kalaulah kau boleh baca blog aku ni kan bagus. baru kau tahu betapa orang tak suka dengan cara kau. hahahaha.. =)



No comments: