Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, May 30, 2012

morning!






Assalamualaikum ...



apa khabar semua? sihat? pagi2 dah hujan sedap gila woi tido. hehehee.. nak2 pulak tak ada kelas jadi, memang enak sungguh la. budak2 pun cuti sekolah. tidur adalah perkara yang sangat baik! hehehehe...


korang sarapan apa hari ni? aku pun tak sarapan lagi. ermm... tak tahulah nak makan apa. hikhik.. nanti2 jap lagi aku pikirkan.. hehehee


sebenarnya lapar jugak ni tapi malas sungguh nak buat apa2 sarapan. malas nak makan apa2 lagi. jadi macam mana?? hehehee.. ishhhhh.. dah la lapar tapi pemalas pulak. hahahaa


jadi apakah kesimpulannya hari ini?? hahahaa



sumpah malas nak bergerak. baik aku balik kampung je macam ni. konfem aku balik esok ni. semua kerja tak jalan pun. tunggu punya tunggu macam orang bodoh tapi still tak ada jawapan jugak. ceit! baik aku balik hepi2 dengan family aku. mintak apa sahaja dengan family aku lagi bagussss!



k la..



bai!




Tuesday, May 29, 2012

Bella perenang cilik!






Assalamualaikum..


korang dah tengok si puteri Sheikh Muszaphar ni berenang? Bella the mermaid! hehehe.. sungguh banyak kebaikan kalau kita berenang ni. bagusnya mereka ni suruh anak belajar berenang seawal mungkin. waaaa... 


kalau kita pandai berenang bagus tau. kalau mandi laut senang. kalau banjir pun boleh berenang. hikhik. tapi sungguh comel la puteri Bella ni berenang. nak2 pulak berenang dengan papa dia. hiks hiks. suka ai tengok! hehehee..




baju bella sama dengan baju papa la. aww.. aww.. awwwwww! >.<





bella dah pandai menahan nafas beberapa saat. waaahhh! bestnya! nak ada suami macam ni. ajar anak berenang, menyelam, berkuda, memanah, dan tak lupa juga ajar solat, mengaji dan ilmu2 dunia..heeeeeee... tinggi betoi angan2 kau nih! -..-'






yeaaaa...bella dah menyelam dengan papa! wehooooo.. lepas ni boleh la berenang selalu dengan papa! hehehee..


bestnya rasa jadi Bella. kecik2 dah pandai berenang. aku ni kalau berenang tenggelam aje la nampaknya. dah berat keras segala urat sendi.. hahahhaa..


ok la. 


miss u Bella!



muah!




Aishwarya gemuk sikit nak kecoh!






Assalamualaikum..


aku dengar ramai yang bising kata Aishwarya Rai gemuk lepas melahirkan anak dia. hahaha.. ramai yang bising tu tak tahan sungguh. aku macam pelik la pulak. badan dia, bukan badan orang ramai jadi nak bising2. lantak la dia kan. 


laki dia tak bising2 kira ok la tu. sebab yang ada hak atas badan dia cuma laki dia je. tak paham aku kenapa orang lain seluruh dunia pulak nak kecoh2 pasal dia. dia relax je jalan atas red carpet dengan badan cenggitu. kalau artis malaysia dah tak kuar rumah berbulan tuh. cancel show, tolak tawaran semua. hahahaa






tak ada la gemuk mana pun. biasalah orang baru lepas bersalin. mesti la naik kan badanya tu. tapi muka dia still maintain je. 


tapi sebab dia artis jadi harus la orang mengutuk rupa dia. sikit pun mengutuk. ai, nasiblah sape suruh jadi artis. kalau jadi orang biasa ni badan kau naik ke turun tak ada sape nak kesah. ahhahaa..


tapi pada aku baju dia lawa jugak. simple but nice. =)



bai!



Pagi selasa yang panas!







Assalamulaikum.. 



apa khabar korang semua? sihat? pagi ini sarapan apa? aku sarapan roti telur goreng je. hehehe.. sedappp! sebab aku buat. mestilah aku puji diri sendiri. kalau tak  sape nak puji pulak kan. hehehehe...


hari ni the another day yang membazir dan membosankan. aku rasa macam nak balik je. karang tak pasal2 aku balik esok sebab aku dah mati kebuhsanan di sini. sebab lain adalag kerana aku nak membeli barang2 keperluan aku dekat kampung. berusaha mengepaw kakak dan abah aku dengan beli macam2. untung2 dapat baju ke, seluar ke, blouse ke, kasut ke, atau apa2 je la.. hehehehe


errkkk.. sumpah rasa nak balik. hukhuk. ok2, cekalkan hati untuk tinggal di sini beberap hari sahaja lagi. kalau dapat balik 3, 4 hari pun dah ok sangat dah tu. hukhuk..


berusaha untuk membuat kerja yang banyakkk tertangguh. semoga semangat ini terus bersamaku..hukhuk..







thanks to him who edited this pic! 




<3




=)




Monday, May 28, 2012

Jauh betul cari makan malam!





Assalamualaikum semua..



adi kemain lagi. aku dengan kawan serumahnak pergi makan malam dekat Klang. sekali jalan2 sampai Shah Alam. jalan lagi sampai Sunway! wahhhhh.. jauhnya dari Puncak Alam ke Sunway semata2 nak makan. hahahaha...


nak makan dekat Murni rupanya. alang2 dah sampai ni apa lagi. serbu je la. layannnnn.. aku pun kebetulan tak pernah pergi. hehee..


lepas tu order la makanan. aku tak tahu apa yang sedap jadi bantai je la apa yang aku nak. aku order mee tomyam! sedap weh tom yam dia..hehehee


dulik la aku lambat balik ke hape. dulikkk.. jangan sesekali nak menganjing cakap best ke hape balik rumah. aku tampar laju2 kang. aku nga panas ni. tak guna nak buat aku jeles balik rumah. sebab aku memang tak ada hati nak balik selagi esemen aku tak siap. tak apa sekarang aku berkorban. lain kali aku duduk senang2 sem 7 nanti korang gelabah buat kerja.. haaaaa.. time tu kalau aku menganjing jangan nak hangin lak..hahaha






ni nasi goreng sambal udang petai della punya. pui, sesekali makan udang petai, sedap wokkkk! memang sedap pun sambal petai dia. hehehehe.. aku ade la makan sikit. ala, 3 biji petai je. tapi serasa mulut. rasa petai. nanti kencing pun bau petai. hahahaha... bacin! >.<






air bandung cincau mimah. sedap. sedap. tak manis sangat. sedap sebab dia tak lemak sangat. sedang2 je. ehehehe...




air tembikai special della. sedap jugak sebab dia tak letak gula, dia pakai manis buah tu semata2. nice. lepas tu ada macam2 dalam tu. ada nata de coco, ade laici, ada tembikai potong. sedappp sangat bagi aku! hehehehe...






ni dia air aku yang sangat masam. sangat tak sedap dan sangat la tak boleh minum. aku dapat minum suku je dari cawan tu. macam mana? letak ais banyak2 pun takboleh jadi apa2. sedihnyaaaa... haus gila aku malam ni. tak dapat air sedap! huuuuuuu...  T_____T


nasib balik on the way balik kawan aku singgah isi minyak. dapat la aku membeli air kat 7E! huaaa.. nikmatnya air mineral sejukkkk... nyaman tekak aku! ahahaha


huhahahhaa.. banyak sungguh aku minum air malam ni je dah lebih seliter agaknya air aku minum. huuuu.. hebat aku hari ni..


aku memang tak boleh kalau tak ada air masak. memang kena ada. sebab aku kuat minum air masak. hehehee..


ok la.. bai!


=)





Sunday, May 27, 2012

Jangan tanya kenapa!





Assalamualaikum.. 


hari ni sumpah tensen, bosan, marah, sedih semua ada. sebab aku rasa benci dengan club yang aku nak buat ni. yelah, tak beri kerjasama yang baik. mana tak hangin. macam2 alasan aku dapat. disebabkan esemen ini aku tak dapat balik kampung. kau tahu tak???


eiii.. benci gila. semua orang tanya kot kenapa aku tak balik. mulai harini jangan tanya aku kenapa aku tak balik. aku hempuk kang! *garang nih!*


aku masak pun tak ada hati. masak je hape2 yang aku rasa ok. benci tau. dah la lauk semua tak ada. pasni kena pergi beli lauk lagi. huhuhu


jangan ada sesiapa yang buat hal dengan aku.sumpah aku tak ada mood ni. huhuhuhu.. kalau ada yang nak bawak aku pergi jalan2 tak apa jugak. dapat la cuci2 mata dekat uptown ke, giant ke, tesco ke, jusco ke, setia city mall ke, wayang ke.. ehhhhh... banyak pulak kau ni kannn! mengade! hahahaa






arghhh.. rasa nak lari balik rumah nak ambil passport dan nak pergi Singapore! jangan tanya kenapa nak pergi singapore, sebab aku sendiri pun tak tahu. tak pun nak jalan2 kat JB. tapi harapannnn je la.. aku mana balik rumah pun. nak pergi singapore apanya???


apalah yang aku membebel dekat blog aku ni pun aku tak tahu. merepek je kerjanya. tak ada input. hai labuuuuu.. nasiblah kauuu... nak makan nasik tapi nasiknya belum masak lagi. bagai manalah???






entri ni banyak gambar aku. sila jangan muntah.kalaunakmintah sangat pergi muntah jauh2. aku tak ada bau muntah kat blog aku.wakakakaa...






mana pic asal gambar ni? aku nak edit lagi la.. sumpah la bosan bin tak ada kerja ni la jadinya. hahahaha



ok.




bai!




Event Go Green 2 U!






Assalamualaikum...


whoaaaa.. malas betul la hari ni. aku tak buat apa pun hari ni. mengahdap laptop tapi satuhape pun tak menjadi. duk main2 internet dan tak tahu lah aku buat apa sebenarnya. phewwww..


hari rabu hari tu kelasaku dan kelas sebelah ada buat event Go Green 2 U. bergabung sekali dengan budak UiTM Shah Alam. budak tourism part 3. errkkk.. tu yang tak best tu.


aku malas nak cerita pasal ketidakbestan sebab kami dipaksa tukar event last minit dan dipaksa dengan agak drastik. benci.


tapi apa nak buat. kami redho je la awak2 semua..


ni ha ade pic ni. korang tengok je la. aku malas nak cerita lebih2 dalam ni. aku serius tak ada mood. chewahhh.. malas katanya. padahal angin bercerita tak datang pun tu yang tak rasa apa nak tulis tu..





inilah poster kami. bila dah gantung rasa kecik je pulak. masa buat dan print rasa macam besar. ishhhh.. macam comel sangat la pulak bila gantung dekat bangunan ni. kalau boleh nak buat banner besar2 sebesar 7 tingkap tu haaa....hahahaha.. perasan! mana nak dapatkan duit pun tak tahulah! 






whoaaaaa!! diambil dari atas selepas kami flashmob! cantik picture nih!! =)




















iniadalah station yang saya jaga, dan saya incharge sepenuhnya. ye, saya suka jaga tempat ni sebab ada tempat duduk dan sangat berangin waktu event hari tu. jadi kami tak panas dan letih sangat. boleh duduk2 dan merasai angin sepoi2 bahasa disini. 




awesome! cantik kan quote yang aku tulis tuh! huehuehue.. aku la yang tulis tu tapi kawan aku ambil gambar dalam angel yang sangat menarik. credit to him! hehehee...





yeaaaaa... dah semakin penuh station saya ni. ramai yang menyokong kami dengan menulis mesej Go Green kepada kami. hehehe.. best jugak aktiviti ni. memabuatkan ramai yang sedar bahawa kami menyokong kempen kitar semula secara kecil2an dengan menyedarkan orang lain tentang kepentingannya juga.















flashmob kami menjadi saat itu. semua bersama2 menari. walaupun aku tahu dalam hati menyumpah sebab kena melompat2 macam hape tapi terima kasih sebab buat.niat tu antara kamu dengan Allah je tahu. apa yang kami nampak, kamu support. baguslah.. sebab ayat senangnya kalau tak suka nak menari dan flashmob sila jangan buat. tu je. tak perlu nak hipokrit. done!






antara games yang ada. bowling bola kertas dan botol mineral. hehehee.. hensen kan abang yang baling bola tu. kaki kemain lipat lagi. huahahahaha.. oppssss! abang ke adik eh??? adik kot! hahahaa







yesssss!! yoyo man! my best frend! dia ni apa je yang dia tak tahu? main yoyo, silat, main gitar, solat penuh. apa lagi? apa? masak pun pandai.. ok, kalau nak isi borang sila jumpa aku dulu. aku akan tapis. hikssssss!










ni je la kot gambar yang aku perlu tunjuk. yang lain2 tu tak perlu nak tunjuk. tu semua koleksi peribadi aku je. hope kroang tahu yang aku ada baju korporat warna biru cyan yang cantik dan ketat. awwwww...hahahaha.. gila dah ni.



pagi2 nai rasa lapar sungguh! nak makan apa eh???



ok, aku chow dulu!




bai!







Friday, May 25, 2012

Sucikan hati saat matamu terbuka..






Assalamualaikum...



malas sungguh nak update cerita pasal event hari tu. owh, malas gilaaa! hahahaha.. biar la nanti kot aku tulis. malas sungguh owh malam ni. dan hari2 sebelum ni.. kalau aku rajin la esok aku tulis entry panjang2. 


semenjak dua menjak ni banyak sangat benda yang jadi sekeliling aku. ada suka dan duka. ada menangis dan ketawa. aku sabar je selagi aku boleh bersabar. yang bagusnya, tahap kesabaran aku semakin meninggi sekarang.


kita sabarkan diri. tegarkan hati. pedulikan kata2 nista orang lain. yang pasti, kita tak makan harta orang dan tak menyusahkan orang. hanya Allah je yang tahu apa yang kita buat dan apa yang berlaku. dengan itu kita hanya tunggu perhitungan Allah bukan perhitungan manusia..


apa2 pun selamat pagi kepada semua pembaca blog saya. ewaaaahhh.. cuti hujung minggu ke mana? berjalan? bersuka ria? berjimba??







salam pagi sabtu yang indah dan barakah..



=)




La Tahzan..














La Tahzan...






Breakfast!






Assalamualaikum..


apa khabar semua.. sihat dok?? alololo.. mesti sehat kan? kalau tak sehat tu makan ubat ye. sabar banyak2 time saket ni. saket tu penghapus dosa2 kecil yang kita lakukan seharian dalam sedar ataupun tidak. kita manusia kan tak lari dari buat silap. tak ada manusia yang sempurna kecuali Nabi Muhammad. 


sarapan apa korang hari ni?? aku sarapan telur setangah masak dengan roti je. minum air sejuk buat hilang serak. hahaha.. senang je kan? menu anak2 bujang zaman sekarang. weeee...






hari ni kena buat site visit dan interview lagi. dekat2 je tapi still kena gunakan kereta orang. aku ni tak ada kereta kan. jadi menumpang je la. dah kata satu group. kena la buat sama2. pasal minyak? nanti kita tong2 ye. tapi aku kenal kawan aku tu, aku tau dia ok je nampaknya. 


insyaAllah, aku kenang semua kawan2 aku. aku kenang jasa diorang. walaupun aku tak mampu berikan material supaya setanding dengan jasa2 mereka tapi tahukah mereka aku mengirimkan doa untuk kesejahteraan mereka lewat solat2 ku?  


mereka tak tahu. tak apa. biarkan mereka tak tahu. yang aku tahu aku amat menghargai kawan2 ku yang banyak bersama susah senang. 


semoga mereka berada lingkungan kesejahteraan. aminnnn...


eh, tetiba pasal kawan pulak kan? biasalah dunia ini kan..hehehe



k la..



bai!




Wednesday, May 23, 2012

Go Green 2 U!






Assalamualaikum kawan2..



apa khabar hari ni. hari ni aku ada 3 kelas. dari pagi sampai lewat petang. penat sangat sebab tak dapat rest yang cukup. semalam ada latihan flash mob sampai pukul berapa dah. lepas tu jalan2 menjelajah kawasan baru. rupanya banyak lagi rumah2 besar dan cantik di kawasan Fasa 5 puncak alam nih! tapi jalannya sangat la horror! gelap gelita dengan banyak gila roundabout. cehhh.. lepas tu duduk lepak2 mamak sampai pukul 2 pagi lagi. hehehe..


niatnya bukan lepak. cuma melepaskan lelah dengan minum2. haus weh! menari bagai walaupun bukan dalam dance class tapi ketahuilah satu fakta yang anda semua kena tahu bahawa Puncak Alam ni sangat panas jadi kalau sikit je bergerak dah sangat2 berpeluh dan masyemmmm.. so, kena mandi selalu dan kena banyak2 pakai rexona. biar cover bau tuh! hahahaa


tapi banyak cerita pasal event je. event yang akan berlangsung rabu minggu depan. tapi esok kawan2 aku semua pergi Langkawi untuk kelas TnT.. jadi tinggal shami, mimah aku dan irsyad je yang tak perlu pergi sebab kami dan ambik masa diploma dulu. hehehe..


event kami yang akan berlangsung ni mengenai kitar semula. so? apa lagi, jom la sama2 kita kitar semula barang2 seperti kertas, plastik, tin dan kaca. bawak barang2 dan akan di trade in dengan satu beg wooven yang cantik! hehehe.. berbaloi kan! =)





dalam event ni apa pelbagai acara yang boleh anda sertai seperti menyerahkan barang yang boleh dikitar semua kepada kami seprti botol plastik, kertas terpakai, surat khabar lama, majalah lama, kotak2, tin dan kaca. setiap penyerahan barang2 terpakai mengikut berapa kuantiti yang di tetapkan anda akan mendapat satu wooven bag yang cantik dan pelbagai guna. bagus la beg tu.. boleh guna untuk macam2 purpose! =)


korang tahu tak wooven bag tu apa? ala, beg kain serbaguna dekat pasaraya selalu guna kalau hari sabtu untuk menggelakka penggunaan plastik bag. huehuehue.. best tau jaga alam sekitar ni. rasa bersih tu akan buat kita rasa sihat dan bersemangat!


aku dalam event ni jadi biro aktiviti. aktiviti yang akan dilakukan adalah pengumpulan barang2 terpakai, games, interactive session, and signature session. haaaaa.. games yang kami sediakan semua best2. semua amat la menyeronokkan. macam bowling barang2 terpakai, membuat kraftangan dengan bahan2 terbuang dan pelbagai acara. ada juga kuiz untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman anda!





ni tag nama kami. cantikkan? sangat hijau dan aku yang peminat hijau ni amat teruja. teruja habis! sebab aku memang suka warna hijau dalam kehidupan aku. wewewewe...


jadi mulai hari ini kumpul barang2 yang boleh dikitar semula tu dan nanti 23hb berikan kepada kami di bawah foyer FSK 6 dan dapatkan wooven bag percuma!


jangan lupa sertai kami!



=)




Tuesday, May 22, 2012

Suram muram





Assalamualaikum..


blurrpppp! ahhh.. kenyang sangat. terima kasih dekat kawan rumah sebab masakkan untuk kami satu rumah. sedappppp!



korang puasa tak hari ni? buka apa? aku dekat rumah ni kawan aku masak sup ayam dan telur dadar. timun potong dan sambal kicap. budu pun ada. complete! hehehee..


Alhamdulillahh.. kenyang makan tadi. air je dah dua gelas. owhhh.. kemain lagi minum macam tak hengat dunia. mata dah layu pulak tu sekarang.. erkkkkk... patutkah tidur sekarang dan bangun malam nanti untuk study?? sebab hari khamis pagi esoknya lepas aku event tu ade test.. 99% circulation. hamboiiii.. kemain lagi nak mengira. aku ni dah la azab sikit mengira. pui!


jadi aku ni dengan niat yang suci murni lagi berwibawa nak study la malam ni sebagai bekap untuk hari malam esok kalau2 dah penat lalu pengsan melampau yang terlampau. jadi tak ada la esoknya terlampau risau jawap macam artis yang terlampau! hahahaha


merepek meraban aku ni. kepala pun ting tong ni. perghhh.. rasa kalau ada orang buat lawak bodoh nak lempang je sedas! ahahaha





bantulah aku menjadi hamba mu yang sempurnaaa..! 



k la..



bai!




Monday, May 21, 2012

OPKIM 2012





Assalamualaikum...


apa khabar semua? ewahhh.. apa aktiviti anda hujung minggu ni? ada orang pergi Langkawi. ada orang pergi Penang jalan2. aku? aku hanya pergi Slim River, Perak untuk program OPKIM peringkat fakulti. 


sejujurnya mula2 aku malas nak pergi. aku malas nak join. tapi kawan2 aku ajak dan memandangan minggu ni kawan2 rumah aku ramai tak ada jadi kami tinggal berdua je serumah. baik aku pergi OPKIM kalau tak memang kosong la rumah ni tak ada aktiviti dan tak ada orang. hehehe


aku pergi perkampungan orang asli di Slim River, Perak. kawasan yang agak dalam dan cantik! serius cantik! dengan pemandangan bukit bukau yang menhijau dan tenang. dengan sungai yang mengalir sejuk mata memandang. seronok je kalau dapat terjun dalam tu je panas2 ni. hehehe..






 cantik kan pemandangan dia. masa ni baru turun bas. kena jalan kaki dalam 300meter. sebab bas tak boleh masuk jalan kecik. cuma boleh naik kereta, dan lori kecik je. jadi kami yang perempuan jalan kaki bawak barang mana yang mampu, dan lelaki tunggu untuk naikkan barang berat atas pick up. 


kami bawak barang masak dan segala peralatan untuk masak macam periuk belangan dan tong gas bagai. dan barang2 untuk aktiviti lain macam aktiviti sukaneka, fesyen show, bola sepak dan mural. every single thing kami bawak dari shah alam dan puncak alam.


dua bas dari shah alam dan dua bas dari puncak alam. jadi 4 bas kami konvoi ke sana. ada 3 lect, staff dan pelajar. semuanya dari fakulti kami. walaupun tak saling mengenali satu sama lain tapi kai tetap bersama2 menjayakan program ni. weeeeee~




















gambar menceritakan segalanya. sebabnya aku malas nak cerita macam2. aku serahkan aje pada korang untuk menilainya.. hehee



ok..



bai!




Review Movie: When You Expect What You Expecting





Assalamulaikum..


hari jumaat malam sabtu yang lepas, aku dengan kawan2 ke Space U8 Bukit Jelutong. konon nak tengok movie. nak kejar movie pukul 8.30. tapi tak sempat. dan tak ada cerita yang kami nak tengok. kawan2 aku nak tengok When You Expect What You Expecting..


sebelum tengok wayang pukul 10.45, kami tengok la Versus dulu dekat ruang legar Space U8. kemain lagi orang terjerit2 bajet ramai sangat orang tengok Versus. padahal sikit je orang tengok. hahaa.. yang kami2 ni tengok dari luar pagar je. pedulik la. padahal perut lapar gilaaaaaa! sebab makan ayam KFC je dekat rumah..


aku pun layan je la movie tu dengan harapan best la citer tu. aku expect cerita ni best. sebab tengok bunting dia macam best je pelakon. ade J.LO ada Cameron Diaz.. ramai la lagi. lelaki2 pun macam hensome2 je.hehehehe..


sekali bila tengokkkk.. tak bestttttt gila. ok aku bengang dengan jalan cerita ni. aku expect memang best. sebab  aku rasa jalan cerita ni tak relate dengan apa yang sedang diceritakan. aku bajet pelakon ok jadi cerita macam best je. tapiiii.. hadoiiii..






macam ceria je cerita ni kan kalau tengok dekat poster macam ni kan? jangan la tertipu. ermmmm...






hadoi la.. bukan main lagi aku nak tengok. lama2 malas dah. kerasa aku kat seat tu. bukan best pun. buat2 je tak tidur sebab aku rasa macam tak best je nak tidur. padahal dulu cerita Merong Mahawangsa aku tidur enak2 je  ok..


cerita ni pasal setiap pasangan berusaha nak ada anak tapi ada banyak halangan. ade nak anak tapi tak boleh. ada nak sangat anak sampai waktu ovulating pun kena set pakai hp, ada tak sangka nak ada nak tapi bila pregnant suka. sekali gugur. sedih je. ada pulak anak berderet..macam2 tapi kurang la jalan cerita dia...


yang best pada aku dia dua orang ni je.hahahaa





owhhhh.. hensemnya! aummmmm... rasa nak tampar je sebab hensem sangat! hahahaa



kesimpulannya cerita ni tak best. tak payah tengok. membazir duit je. baik tengok Battleship 4kali dari tgk cerita ni. hahahaa


k bai!



Friday, May 18, 2012

Cuti macam tak cuti je..





Assalamualaikum...


petang yang stress. aku tak paham la kenapa stress macam ni. tensen pun ada bila pikirkan esemen yang menimbun tu. cuti ni pun memang tak mungkin la boleh berfoya2. silap2 aku balik 3 hari je dekat rumah daripada seminggu tu. haih! sedihnya!


nampaknya aku kena buat kerja laju2 supaya tak ada yang tertinggal. aku kena senaraikan apa2 yang patut aku selesaikan. print apa yang patut di print buat apa yang patut dibuat supaya aku dapat balik kampung jugak. 


mak aku kata makcik aku nak pergi umrah. 28hb tu nak buat kenduri sebab makcik aku nak pergi umrah 30hb. huaaaa..nak balik. nak tengok mak cik aku pergi umrah. 1 Jun pulak birthday mak aku, aku ingat nak la celebrate dengan family. dapat makan2 dengan family happy2 dah cukup bagi aku. aku suka kalau dapat makan sama2 jalan2 semua. huaaaa!





ni kek birthday mak tahun2 lepas. entah la aku pun lupa tahun lepas ke 2 tahun lepas. aku yang beria nak beli sebab aku yang beria nak makan. aku kan hantu kek. nak makan kek banyak2. aku suka kek biasa je sebab aku rasa macam ringan je dibandingkan dengan kek dekat Secret Recipe. macam berat2 je rasa dia. hahaha..ni rasa kek dengan cream. cukup dah bagi mak aku tersenyum! ehehehe





 
mak kesayangan saya. hehehe. kecik je mak saya. anak2 dia je terlebih besar. hahaha. maknanya mak saya beri saya cukup makan. weeeeee.. sukanya!


tapi tak tahu la dapat ke tak nak sambut birthday mak dekat rumah. wuwuuwwuuu..


mak, doakan ija sempat balik sambut birthday mak okeh! hehehehe



love u mak!



=)






Tuesday, May 15, 2012

Kisah Konvo yang boleh buat aku sedih..





Assalamualaikum...


aku rasa yang jatuh jauhhhhh dalam hati aku. semalam mak aku telefon dan cerita pasal itu ini dekat kampung. aku dengar je. aku suka dengar. bila satu cerita pasal mak cik dan pakcik aku. mereka ni aku dah anggap macam mak ayah aku sendiri. mereka memang sayang aku dan akak aku. dan aku amat selesa dengan mereka.


aku pernah duduk dengan pak cik dan makcik aku 3 bulan masa aku praktikal diploma. walaupun aku duduk rumah dia apa yang ada tapi aku selesa. sebab aku dah anggap mereka mak ayah aku. 


baru2 ni anak dia konvo, tapi anak dia tak mahu pergi. sepupu aku la tu. sepupu aku konvo Politeknik Pasir Gudang. tapi tak nak pergi sebab kerja. tak boleh cuti katanya. tapi mak dia nak sangattttt tengok anak konvo. nak macam orang lain, sama2 meraikan anak konvo. merasa ambil gabar sama2. anak pulak sorang tu je boleh diharap jadi tak mestilah sedih bila tak dapat tengok konvo anak. poli JB dengan rumah mak cik aku bukan jauh mane pun. mak cik aku pun duduk JB jugak.


aku dengar jadi sedih jugak. yelah, mak cik dan pakcik aku dah tua. pesara guru dua2. lepas tu teringin sangat nak tengok konvo anak dia yang satu tu. memang tu je la satu-satunya anak dia yang study poli. dah la tu anak dia mungkin tak akan sambung beljar sebab dah syok kerja. macam tak ada potensi. huuu


aku rasa macam nak bawak je makcik dan pkcik aku pergi konvo aku nanti. lagi setahun la gamaknya kena tunggu. sebab rasa sangat sedih dengar mak cik aku cerita. at least merasa tengok anak dekat dewa ambik konvo apa2 walaupun aku tahu aku cuma biasa2 sahaja. 


serius rasa nak bawak je makcik dan pakcik aku. ermm.. boleh difikirkan nanti. kalau ada rezeki aku nak bawak la. walaupun aku tak nak masuk sama2 mak abah aku tapi at least dapat la merasai bahang konvo dan ambil gambar sama2 anak2 yang berjubah konvo! hehehehe








atas tu pic aku konvo diploma. kakak aku tak ada, jadi aku bertiga je dengan mak and abah. tak pe la akak tak ada sebab masa tu akak kerja, tak boleh cuti. 


pic bawah pulak masa akak konvo UPSI. aku pagi2 dari shah alam ke KL central pastu kami sama2 ke Tanjung Malim pulak. pukul 9 lebih aku dah tercongok dekat Tanjung Malim tunggu akak aku ambil jubah konvo dia. tak sangka aku. pukul 7 aku masih kat UiTM shah alam pastu kul 9 dah kat UPSI. esoknya akak aku konvo. mudah je. dah biasa benda macam ni.lari2 kesana kemari naik bas kejar2. hehehe


ok2. nanti aku suarakan rasa hati aku dekat mak. kalau2 mak setuju. hehehee



bai!



Breakfast




Assalamualaikum semua..


apa khabar? selamat pagi! hehehee.. awal ke aku bangun pagi ni? tak awal sangat tapi disebabkan aku tidur lewat semalam aku pening bangun2 pagi ni. sebab tak cukup tidur ke hape ntah. hadoiii.. tak suka sungguh la keadaan macam ni. nak tidur tapi tak dapat lepas tu pening..


pagi ni nak buat sarapan apa nok?? hehehhee.. mula la pikir macam2 benda nak dibuat tapi malas. sebab kepala tingtong. hahaha.. tapi nanti lapar pulak. huuuu. tapi nanti mesti kawan aku akan masak dan makan sebelum pergi kelas. huehuehue..






nampak sedap kan? mari kita buat cekodok bawang. nyum2! hehehee..




bai2!





Mengidam





Assalamualaikum..


aku sedang mengidamkan makanan ini. owhhhh.. kenapalah rasa lapar je malam ni? padahal maghrib tadi makan nasi. lepas tu makan coklat. pastu makn epal. apa lagi aku nak makan bagi penuh berut ni? geram la.. 


huuuu...






1st sekali ini. burger jalanan. kenapalah tekak ni terasa2 je nak makan burger jalanan? ceh, tapi malas mau beli. padahal bukan jauh sangat pun burgernya. boleh je jalan kaki kalau nak. tapi biasalah besarkan diri je malas nak beli. wakakaa..





ni pun satu jugak. kemain lagi kau memanggil-manggil aku kan? pandai kau saiko aku yang sedang mengidam kau ni. cehhhh.. nampak sedap dengan manis2 masin lemak2 sehingga menjilat jari! awwwww...





ni pun antara yang sedap jugak. aku ni semua benda sedap. tapi ni antara kuih aku paling suka. hehehee.. disamping kuih2 yang best jugak. tapi sebab ni ade sambal dan sedap la pada aku. kalau aku beli dekat kampung aku makan sorang je. sebab memang aku suka sangat. family aku pun tak akan makan kuih ni kalau aku nak. bagi semua kat aku. hahaha..




mende alah ni kalau makan sejuk2 memang layan kan? dah masuk peti ais lepas tu baru makan. kalau tak pun air gula dia yang manis tu curah air sejuk jadi tawar sikit dah sedapppp sangat pada tekak aku yang memang sukakan soya ni. hehehe






selalu kalau dulu aku rasa roti john macam sedapppp sangat tapi sekarang rasa macam tak best. ntah kat mana aku nak jumpa roti john yang sedap kena dengan tekak mengada-ngada aku ni. hehehee..


last2 apa yang aku makan malam ni?






hahahaha.. makan nestum aje la. 



penat dah terliur. hahaha..



bai!