Happy Cat Kaoani -->

Saturday, December 31, 2011

Sunyi




Assalamualaikum semua?

semoga sihat sejahtera hendaknya! saya baru sampai shah alam pukul 6 tadi. penatnya bukan kepalang. dari pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang. haishhh..


tadi dekat senawang jem. ingatkan jem pasal apa. rupanya ada excident la. kereta viva biru remuk teruk! kesian kan.. huuuu


sampai shah alam bawak beg berat lagi. hehe. pura2 je kuat padahal menggigil tangan angkat beg. hahaha







*gambar lama. masa diploma. hiks!




Friday, December 30, 2011

Study Week!





Assalamualaikum..


wahhh.. lamanya rasa tak update blog. almaklum la dekat rumah kan. tak ada maknanya la nak update selalu. internet tak mengizinkan. nak buat macam mana kan. mengadap tv je la aku. kalau dekat rumah sewa, mengadap laptop aje. tv tu tak dipandang sangat pun. kesian tv kn. hhehehee


aku balik rumah rasa nak makan, nak makan dan nak makan. nak makan lagi. ahahha. gila makan. sebab dekat rumah sewa makanan aku kedai, megi, sardin, telur. tu je. bosan gila babeng!


balik rumah aku nak makan tu, aku nak makan ni. hehehe. macam2 benda aku nak makan. biarlah. sat ag aku balik cuti sem. sukanya duduk rumah tapi tak best sangat la sebab dekat rumah internet slow. kalau dekat rumah sewa internet laju jugak.


aku balik beli barang2 untuk naik sem depan. macam2 la. padahal benda2 biasa je pun. tapi aku dah pikir, kalau aku tak siapkan mulai sekarang nanti sem depan aku kena beli dekat shah alam pulak. barang dekat shah alam mahal. dah tu kena guna duit aku. kalau aku beli sekarang aku beli guna duit orang lain. jimat2. tu adalah stratergi. bagus kan?


kalau ye pun nanti aku kena beli jugak. dah tu kena angkut bera2 ke rumah baru sem depan sorang2. haiyoooo.. penat woooo.. aku nak balik dengan tak berapa penat sangat. heeeeee..


apa aktiviti aku cuti ni? banyakkk.. tapi malas nak cerita la weh..


tunjuk gambar je ok??



kacang pol bomba JB. kalau aku kata tak sedap boleh? hahaha





ombak sangat kuat musim tengkujuh ni. takutnya.. huuuuuuu~



cuti ni aku cuma pergi JB dan pergi kota tinggi beli barang dan jalan2. tak ada apa pun sebanarnya. 



ok la. bubye!



Friday, December 23, 2011

Wang Kertas Baru





tahun depan mula la duit baru dekat Malaysia ni. lawa gila aku tengok. macam duit jutaria pun ada rupanya. hehe..





cantik memang cantik. dah la ada duit 20ringgit nanti. weee... best lahkan..dulu masa ada duit tu tak merasa sebab masa tu kecik lagi. sekarang dah besar memang sesuai sgt la pegang duit. hehhehee




bai!



Thursday, December 22, 2011

Gemok





gemok?? aku memang tak kesah memang bila orang panggil aku gemok. biasa la. dh memang aku gemok nak buat macam mana kan??


aku memang gemok takkan nak mengaku kurus pulak kan? memang la perasan gila kau ni. hahahha...series aku memang gemok. hahaha..


tapi tadi aku pakai blouse merah dengan skrit panjang hitam. kata kawan2 aku macam 'puan' dan ada gaya lecturer. ewahhhh.. diorang kata, baju besar nampak gemok..

aku jawap

"tak elok pakai baju ketat2" dengan suara yang kuat.
melampau je kan..
biar la..hahaha


hakikat kot..







ye, ye, aku memang gemok. tapi aku gembira dan bahagia. so, wat? hahahaha




ok2, dah. korang nak kutuk aku memang gemok la kan?




fine T___________T






Study Week!





hari ni seharian kelas. dari pagi sampai petang. nampak macam tak penat tapi bila dah balik rumah baru rasa kepenatannya.  baru rasa badan saket dan lenguh. macam la pergi kelas macam nak pergi membanting tulang kan. hehehehe


malam ni tak free lagi sebenarnya. aku kena siapkan report yang belum siap. ada sikit lagi je. hope malam ni siap la. aku nak balik jugak esok. datang semua berapa haribulan tah aku pun tak tau lagi..


seronoknya nak balik rumah esok! rasa best sebab boleh melantak macam2. order je nanti mak akan buat benda tu. tak perlu nak cari berpenat lelah dekat sini. dah la susah, tak ada pulak tu. pui!!


cuti study week aku ni dari esok sampai 3hb. sebab 4hb aku dah ada paper dekat puncak alam. first paper dekat puncak alam ni CTU. huaaaaa.. aku rasa banyak gila CTU ni kena baca. sebab semuanya fakta. tak boleh nak goreng sangat. 


dah la bahasa melayu. tapi aku kekok la pulak bahasa melayu ni. biasa tulis dalam bahasa inggeris ni dalam BM pulak. memang la makin senang tapi sebab dah lama sangat aku tinggalkan bidang penulisan BM ni waktu sekolah dulu, jadi aku macam rasa pelik. 


diploma ada ambik CTU tapi tak banyak esei. jawab soalan subjektif je. ni banyak esei pulak. hadoiiii..


jadi balik ni jangan tak baca buku CTU tu. baca tau. kalau tak memang tak boleh jawab la gamaknya!



Result PMR





Assalamualaikum semua..


macam mana dengan adik2 kita hari ini? nak2 yang dapat result PMR hari ni mesti gembira dan tak kurang yang sedih kan? kepada yang dapat keputusan cemerlang tu tahniah diucapkan. kepada yang dapat kurang atau tak target tu jangan bimbang... tahun depan masuk sekolah tingkatan 4 jugak...hehehe


aku dulu bukan pikir nak fight dengan kawan2. aku nak fight dengan akak aku. berapa dia dapat aku mesti dapat jugak. tu pikiran aku la. kalau tak aku akan down. sebab dalam dunia aku dulu musuh aku adalah akak aku. sebab kalau dia lebih, dia akan dapat pujian lebih dari family aku. ehhhhhhhh.. mane boleh kan!


aku ni jahat jugak. yang penting aku nak setaraf dengan akak aku. baru la mak ayah aku tak pilih kasih antara kami. hehehehe..


sampai sekarang pun aku nak jadi yang terbaik dan lebih baik dari akak aku. tapi tak tahulah. aku tahu mak ayah aku sayang aku macam sayang kakak aku. tapi aku tak boleh, still nak jugak. hahaha


tapi aku macam wonder dengan sistem pendidikan sekarang. aku nampak sekarang ramai gila budak dapat banyak A. macam kita nampak budak yang biasa2 je tu pun boleh dapat banyak A. aku naik pelik, betul ke diorang tu semua dapat banyak macam tu A?? 


bila selidik dalam2 baru aku sedar yang sekarang ni pihak kementerian suka naikkan rank. kalau budak tu jawap je dapat cemerlang. macam mana nak dapat yang berkualiti???


perghh.. ni kalau aku ulas mau kena ISA aku ni. baik aku tutup mulut je. huuuuu



ok adik2, kepada yang gembira tu jangan hepi sangat, ni baru PMR je. belum SPM lagi. belum masuk universiti lagi. kau tua nanti, kau tahulah! hahahahaha


ok. tata!



Wednesday, December 21, 2011

Pameran Kucing~




hari sabtu hari tu aku ada pergi SACC Mall. saje je jalan2 sebab dah lama tak jalan2. sekali jejak dalam SACC aku nampak ada ramai orang berkerumun dekat ruang legar SACC tuh. aku pelik je ada apa pulak bawah tu ramai2 orang kan. aku pun tumpang sekaki jenguk orang ramai2 tuh.


rupanya ada pameran kucing la.. sumpah comel semua budak2 kecik tu. dah ler gemok2, gebu2 pulak tu. kucing2 tu semua untuk dijual. kalau nak beli boleh contact orang yang empunya kucing2 tu..





tidur tutup muka. nyampah tau! -.-'



ini super gemok! umur baru 3 tahun dah besar macam ni. macam anak gergasi. tapi sangat manja dan gebuuuu.. geram sangat ok! =.='





ini dia dua kucing tanpa bulu. satu dipakaikan baju, satu tak dipakaikan baju. tapi satu yang dipakaikan baju ni nampak menggigil je. kesian la.. mungkin sebab dia tak ada bulu kan.. so, dia kesejukkan dalam mall macam ni..huuuu



ni pun temok2 yang comeyyy..hehee



tidur je tau diaorang ni! grrrrrrrrrrrr~



gerammm..gebuuuu~~





cat tree pun ada dijual masa ni. cantik kan cat tree ni? weeeee~



tengok, ade macam2 lagi yang dijual selain kucing dekat sini. 



ramai orang hujung minggu nak2 pulak cuti sekolah lagi la ramai orang dekat SACC ni. aku nampak bayak sangkar kosong dekat sebelah tu rupanya yang dah terjual. hehehe..






orang yang duduk sebaris dekat sebelah kanan gambar tu, tengah dengar ceramah pasal jenis2 kucing, sakit yang selalu menyerang kucing, pasal pemakanan kucing dan pasal2 kucing la..


aku tengok orang berminat je. padahal bukan ada OHP ke hape. cuma pakai laptop je tunjuk itu ini... nampak pulak kan laptop yang kecik tu nak tunjuk pada ramai2 orang..hahahaa


lepas aku jalan2 kat SACC aku pergi PAS dan PKNS. ala, 3 serangkai tu kan?? senang je nak jalan..hehee






bai!




Durian oh Durian!






selamat pagi semua! semua orang sihat ke?? sihat? tak?? kalau tak sihat tu pergi la klinik ye. musim2 hujan, panas, musim buah pulak tu memang tak menentu la badan ni rasanya kan?


cakap pasal musim buah ni, aku dari hari tu mengidam nak makan durian. durian owh! durian! sedapnya kamooooooo... huaaaa..


kalau dekat shah alam ni aku nak makan kena makan dekat gerai tepi jalan tu sebab musabanya tak best balik rumah. dan kalau bawak balik rumah alamatnya tak makan sebab tak ada parang atau pisau yang keras dan kuat nak belah buah durian tu. makan dekat sana senang la... dia dah kopek kan! heeee


ni yang aku cepat2 nak balik rumah ni nak mengepaw akak dan mak aku supaya belikan durian kecintaan aku nih!. perghhhhh... aku memang tak boleh angkat kalau musim durian tapi tak makan durian. macam tak lengkap weh hidup aku! gagagagagaga








#macam biasa. gambar tak ada kena mengena dengan entry! kahkahkah



Tuesday, December 20, 2011

Test sudah habisssss!





hari ini dan saat ini berakhirlah segala test untuk sem ini! yahoooooo!!! lepas segala ketensenan kuiz, test, kuiz, test dan segala site esemen. tinggal satu esemen lagi. tu tak apa. tu boleh siap dalam masa sekejap je. huahahhahahahah..


mengantok tahap gaban dan tak boleh blah rasa nak tidur sampai esok siang! huahaha..


esok aku ada 1 kelas CTU dekat puncak. ala, satu kelas je. tengahari pulak tu. apa ada hal nak bangun lambat2 kan?? hehehhehee




aku rasa aku pakai tudung kuning ni macam ustazah2 pulak. macam baru balik ustazah pilihan dekat tv9 tu. perghhhh... macam perasan pulak kan? hahahahha..


ini seua gelagat kami dekat kelas puncak alam. masa ni presentation harus la kau buat hal sendiri kan? masa aku present korang tidur macam tak hengat dunia. masa korang present aku malas layan. aku dok main hp la, main ipad la. macam2 aktiviti aku buat. hahaha





haaaaa... yang ini baru la tekun namanya. tengok depan je semua dengan muka yang sungguh tinggi kadar kepura-puraannya tu kan. hahahahaa... sumpah ini bukan pura2,, ini tipu2 je..hahahaha


esok ade kelas CTU lagi. dan esok last kelas serta belajar teknik memjawab soalan dengan tepat dan ikut cara ustazah tu. kalau tak memang ustazah tu tanak bagi markah. -.-'





ok. bai!




Sunday, December 18, 2011

Ntah sape2 ntah!





kengkadang ntah sape2 je aku approve dekat fb ni. bila lama2 aku tengok rupanya orang ni ada kaitan dengan ni. ni kakak si dia. dia adik si anu. macam2 lepas beberapa minggu atau beberapa bulan diorang add aku..


sebab masa tu baru aku perasan sape la orang ni. kejap2 naik status tapi aku tak kenal pun. mula la stalk orang tu. tengok gambar dia sampai ke akar umbi. hahaha


macam tadi aku dok pikir la sape la ni yang update2 status. siap like komen aku. aku ingatkan dia kawan kepada kawan aku. rupanya kakak kepada kawan aku. ex-UiTM jugak. puncak alam. aisshhh.. laa.. aku ingatkan sape la. aku pelik gak sape dia ni. bila aku stalk2 rupanya kakak kawan aku..hikhik. maluuuu *_*










#gambartadekenamengena#





Saturday, December 17, 2011

Dinner tonight!





perghhhh... malam ni gua western habi la derrr..
gua makan BIG APPLE je dowwww..
tapi tak ada coffee.. 


aku makan sorang2 pulak tu!
tu yang nikmat tu!
hahahhaa..


aku beli tak banyak.. 
6 keping je..
tu pun kongsi dengan kawan..
so 3 bijik sorang..
eh, eh, aku ni kejap panggil bijik, kejap panggil keping.. 
apehal ntah! hahaha









dah habis aku bedal. sedap sangat woh!! menjilat segala celah2 jari jemari yang bulat2 ini. 
tapi lepas makan big apple mesti minum air masak banyak2..
manis wohhh...


makan benda ni tak boleh hari2 wehh..
boleh kena kencing manis! hahahaha


sekali sekala boleh la beb!




bai!!




Morning!





Morning kawan2..

ermmm.. dah sarapan? mesti dah kan? aku je belum. niat nak buat sendiri tapi terbantut atas beberapa sebab. melampau la keadaan macam ni..


aku ingat nak buat sarapn untuk diri aku je. tapi memang aku je ade dekat rumah. aku nak buat sarapan telur setengah masak dan roti bakar. tapi......


haha.. kalau dah siap nanti aku beritahu ye.. heeeeee



korang sarapan hari ni mesti sedap2 kan? almaklumla cuti sabtu kan?? hehehehhe




Friday, December 16, 2011

Unfollowwww??





semalam aku tengok follower aku 231 tapi hari ni aku tengok follower aku 230?? eh?? ada orang unfollow aku  ke??





tatau la sape yang unfollow aku tuh.. malas aku nak melayan.. redho je laaaaa...hahaa




Apa ada dengan semalam?





Assalamualaikum semua!


semalam saya tak update satu hapa pun. facebook pun saya tak update. last update malam semalam masa buat kerja dengan kawan saya. eh? dah kenapa aku asyik bersaya2 pulak ni kan? macam pelik je..hahaha. balik semua panggil diri sendiri aku, okeh??


semalam aku ada esemen dan presentation. jadi bertungkus lumus la buat esemen dan buat slide. aku tidur pukul 4 lebih bangun pukul 6 lebih. macam tak cukup masa. tapi sebenarnya kami pemalas nak buat awal2. ni la jadinya. buat kerja last minit jadi muka panda tak tidur malam jawapnya!


kawan aku tak tidur sebab dia buat bahagian dia dekat laptop aku ni. dia punya laptop rosak dan banyak virus. banyak gila. -.-''


presentationnya petang. pagi ada kuiz pulak. memang tak bersentuh la buku tu kalau petang ada presentation. redho je sebab malas baca. serabut kepala otak nak baca dua2. huuuuuuu


tapi petang tu aku tak present pun. sebab masa group aku present tu last group hari tu. dah pukul 5.30 petang. kelas puncak alam kalau dah pukul 5.30 petang sepatutnya dah kena balik. dah kena kunci pintu. tapi kami nak guna lagi habiskan semua yang tak ada masalah minggu ni. minggu depan ada satu group present sebab slide diorang hilang ditelan virus durjana. maka ada excuse la...


kami tak nak buat minggu depan sebab dah bersusah payah buat untuk semalam. jadi nak jugak present walau aku tak present pun. sebab start je irsyad dah cakap. potong separuh dari presentation. sebelum irsyad tu aku yang present sepatutnya tapi dah potong sebab budak2 ni dah penat, bosan dan mengantuk nak balik rumah. aku pun sama sebenarnya nak balik cepat. mengantok tahap gaban. hahahhaa


tu je apa yang berlaku semalam. sebab tu aku tak update. bizi. hujung2 sem ni kan memang la bizi dengan segala test dan presentation.. huuuuu



apa cerita korang pulak??







Wednesday, December 14, 2011

Rabu???







hujung sem ni aku tak boleh sangat jengah blog Che Mat Gebu ni sebab musababnya, hujung2 sem ni kekurangan wang yang melampau, maka makan sedap2 adalah jauh dari perkiraan kami. 


kalau awal2 sem bolehlah kau nak makan Kenny Rogers ke, Dominos ke, Subway ke, atau Pizza Hut. tapi hujung sem cari kedai paling murah sekali nak makan. gila sadis ayat! -.-'


makan megi hari, goreng telur hari2 sebab semua tu jimat. kalau nak makan dekat luar paling murah RM6 sekali dengan air. lainlah ada nasi makcik depan rumah tu, sekali beli campur air baru RM5. 5 ringgit tu kau dapat makan nasi + sayur + ayam + ikan. tahu? tahu tak itu adalah murah???? dah la sedapppp *_*


sekarang dekat bandar macam Shah Alam ni, mana nak dapat makanan sebegitu murah, betul tak? kena cari tempat yang murah jauh pulak kan. selalunya student suka makanan yang murah2 ni. eh, ke aku je?? sebab aku suka jimat. lagi murah lagi bagus. lagi banyak barang lain kau boleh beli. hahaa


tadi masa otw nak pergi kelas puncak alam, aku dengar la radio bercakap. sekali aku dengar radio cakap "Jasin, Terengganu" aku dah macam, eh? apesal jasin terenggau? jasin melaka la wehhh!!


aku tanya kawan aku yang duduk depan. kawan aku cakap "setiu la..bukan jasin" ceh! apesal aku dengar macam setiu??? ke aku yang pekak?? tak rasanya.. aku korek je telinga aku ni..hahaha


aku ni sik merapu2 je dalam blog, tak ada ilmiah langsung. bosan la blog kau ni hoi!!! *jerit kuat2 kat telinga empunya blog*


hahaha.. gila dah aku ni. malam ni aku nak study plus buat esemen sebab esok ada kuiz economy dan presentation marketing. kena buat report marketing sekali... huhuhuuuuu


tensen la aku. aku kalau tensen suka search video2 kucing comel2 buat penghilang tensen! huehue. 


meh tengok dengan aku meh!






comel kan kucing tuh?? heeeeeee




kbai! <3




 *inibukanvideolucah*




KL banjir





semalam kita gempar dengan KL dilanda banjir. yelah. Kuala Lumpur yang padat dan sesak tu di landa banjir jadi semakin padat dan sesak la kan? 


banjir pulak sekitar jalan Tun Razak. perghhh.. keta memang banyak gila lalu situ maka tak hairanlah kalau jammed gila dekat sana!


jalan Tun Razak tu depan Perpustakaan Negara Malaysia. ala, nasib baik aku dengan kawan2 aku dah pergi hari tu kalau lambat mau jem! huaaaaa..


hari tu Kajang banjir ni pulak KL banjir. tak hairanlah kan kenapa KL boleh banjir. sana sini jalan, sana sini tar, sana sini konkrit. ada longkang dan parit tapi kecik. bangunan je semua megah2. tapi perparitan santak. macam mana la kan?


ermm.. tak apa, lain kali buat parit besar2 tau! hehehe







#lalu sini banyak kali, tapi bila nampak semua dah naik air macam tak percaya pulak#




Morning!





Assalamualaikum semua kawan2..


sihat? semoga semuanya sihat sejahtera. ermm.. hari ni aku ada satu kelas puncak je. kelas CTU.. aiyooo.. bosan gila doh  kelas tu sebab kita kena dengar presentation je. tak buat apa2. oke, tu pembohong la tak buat apa2 kan? semestinya aku main internet, main game, dan makan2. hehehe.. kejis.. biar la. sebab masa aku present pun diorang buat macam tu dekat aku, jadi tak salah aku buat balik kan?? baru fair heeeeeeeee...


semalam aku tak tahu apa nak tulis sebab tak ada bahan. padahal ada, tapi aku ni je yang malas gila. yelah, malas nak karang. aku tahu main fb je. lain2 aku malas. 


hadoi, jauhkan lah sifat malas aku ni. tensen aku. malas tak sudah2! nak final pun nak malas lagi.. huhuhu


sila pulangkan kerajinan saya sekarang sebab saya ada banyak kerja nak kena buat. dengan test berlambak-lambak, dengan kuiz, dengan esemen dan dengan presentation yang menunggu aku. 


sila jangan buat2 lupa sedangkan aku ingat semuanya akan berlaku..





#korang semua dah sarapan??



Tuesday, December 13, 2011

Selasa ke Isnin??





Assalamualaikum..


hari ni bangun lambat. sebenarnya lupa hari ni kelas dekat puncak. kalau kelas dekat puncak kena la bangun awal dalam pukul 6 gitu. sebab nanti nak mandi take turn, solat subuh, besiap lagi. yelah, perempuan kan, haruslah bersiap lama. nak make up lagi. nak itu, nak ini. sapu make up itu, ini.


sekali terbangun pukul 6.45.. bukan terbangun pun sebab memang set alarm pukul 6.45 untuk solat subuh. lepas tu bangun je ingat2 balik hari ni hari apa, terus berdesup mandi. perghhhh.. selalu pukul 6.45 kalau ada kelas puncak aku dah siap boleh minum2 bagai. ni tak.. baru terhegeh-hegeh nak mandi..


siap2 bangunkan kawan2 yang masih dibuai lena untuk bersiap. then bersiap la cepat. sarung je blouse yang dah digosok dan seluar yang tak perlu digosok. tudung je gosok. banyak benifit kalau kita dah gosok baju banyak2 ni. kalau dalam ketidak sempatan kau boleh sauk je mane suka. cuma kena matchkan aje la..


tapi aku tak tahu la minggu ni gila malas bhai!! gau dah kenapa pun tatau. ceh..malas nak gosok baju, malas nak lipat baju, malas nak uruskan hal2 rumah.. semua malas...macam nak biak pi je!


tapi tak boleh kena jugak la kemas. sebab berserak kan. buang laju2 sifat pemalas tuh!!! grrrrrrrrrr!


tapi irsyad pun bangun lambat sampai tak pergi kelas. hehee. jarang gila irsyad lewat bangun weh!!







k bai!




*gambar tak ada kaitan*




Monday, December 12, 2011

Mengapa Rasulullah Sukakan Kucing











Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.


Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. 


Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.


Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.





Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. 

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus. 
Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapatkan adalah:


1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.


4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.


5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.


Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.


Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !


Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).


Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.


Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.


Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing


Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).


Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”


Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).





kredit! SINI



Puisi Zahiril Adzim kepada Isterinya.






“Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedonya. Ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lagu “I Will Always Love You – Ungu, yang dinyanyikan abang Zahiril. Tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya. Tersembunyinya didalam tuxedo Zahiril, sebuah mikrofon kecil yang digunakan untuk melantunkan puisinya”









Puisi puitis Zahiril buat Sheira Aiyob
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”



kredit sini



sweet gila >.<