Happy Cat Kaoani -->

Monday, April 30, 2012

Salam isnin..





Assalamualaikum semua..


apa khabar? semuanya sihat? kalau sihat baguslah. selamat hari isnin semua... dah mula kerja dan sekolah? uishhh.. malasnya sebab esok cuti semula kan? kan best kalau sambung je lagi seminggu cuti. dapat buat macam2 cuti ni. hehehe...


ni kena naik pergi kelas balik. jadi sungguh2 malas. kelas aku hari rabu je. lepas tu khamis petang kena ke Shah Alam untuk ceramah apa ntah.. hadoi.. ceramah lagi. potong kelas betul la. leceh ok, sebab nanti kena ganti..huuuu


aku rasa sungguh tak selesa hari ni. dengan tekak perit2.. dan selsema. kepala rasa bengal je. dah la tu. keadaan sungguh panas. aku sangat tak selesa. tekak perit sebab mungkin aku berjalan jauh satu dua hari ni. lepas tu minum ais je. dah la kongsi2 air dengan abah. abah batuk, dan saket tekak..


aku tanak demam. tanak selsema dan tanak batuk. aku tanak semua tu. jadi haruslah makan ubat cepat2. dah makan ubat pergerakkan jadi slow pulak ni. hadoi. dengan panas keadaan rumah ni.. tak selesa sungguh..huuuu


k la korang. aku nak buat kerja. kang nanti tengah ari kawan2 aku balik rumah. kena siapkan kerja sebelum diorang balik. nanti tak la serabut.. huuuu..


bai!




Saturday, April 28, 2012

Balik puncak ke pergi kenduri??





Assalamualaikum semua..



lama sungguh tak update blog ni. sejak balik kampung jangan haraplah nak update blog. internet dah tak ada. aku bukak fb pakai hp je. kesian kan? huuuuu~


aku punya broadband dah limit jadi tak boleh guna. biasalah, aku dekat rumah sewa puncak kan pakai wifi strymx haruslah aku tak endahkan broadband. aku ingat nak terminate je broadband tu. aku balik rumah boleh pakai bb aku je bukak fb dan tweeter..huuuuuu


ni aku dekat rumah kakak aku. otw nak pergi Tanjung Malim untuk ke keduri kawen mak ayah angkat akak aku. anak dia kawen, bukan diorang. hehehe..


sambil tu boleh hantar aku balik rumah sewa sekali. banyak woh aku bawak balik barang. yela, dah alang2 naik kereta semua aku humban masuk kereta. padahal kereta kakak aku tu kecik je. mane la muat sangat dengan barang kami empat orang ni. dengan orang2 lagi. dah la orang2nya besau..hhahaha


ok2. aku lapar dah, nak makan2. bye!



=)



Tuesday, April 17, 2012

Morning!





Assalamualaikum semua..


selamat pagi selasa kawan2. harap semuanya sihat sejahtera hendakknya. ahh.. hari ni kelas aku pukul 2 jadi siang2 macam ni aku memang ade dekat rumah. jadi mari berpeleseran sebelum menunggu kelas pukul 2. hahahaa


hamboi, ayat berpeleseran katanya. bukan main lagi nak bersenang lenang kan. padahal ada 2 test online dan 2 test bertulis. cisssss... malasnya nak baca buku! -.-'


eiiii.. pemalas gila kan. padahal niat dalam hati semni nak belajar sungguh2. ni tak makin menjadi2 pulak perangai aku. hahaha.. 


semalam aku pergi melawat ayah kawan aku kebumi di Taman Medan Petaling Jaya. ermm.. suasana memang sedih dan sugul. tapi kawan2 aku boleh pulak la buat lawak bagai. asyik2 ade je lawak. ade je bahan nak dikenakan...ish3!


sungguh tak hormat betul budak2 ni. dekat kubur pun boleh buat lawak bagai. saket jiwa aku dengar. terpaksa jugak gelak. ish3.. pengsan gelak je kalau dengan budak2 ni. tapi nice. kawan2 aku sekarang ni sangat lawak. gembira dan sentiasa ada disisi saat kita memerlukan mereka..  =P


malam tadi konon pergi McD nak buat esemen. sekali sampai McD line wifi tak ada pulak. nasib baik bawak broadband. walaupun sangkak ade jugak. ish3! apa punya McD la line wifi pun tak ada. tak membina langsung! grrrrrr~


balik tu aku dah mengantuk gila dah tapi bila kawan2 aku ni tag2 nama lepas tu bahan2 orang aku jadi tak mengantuk. terus sensama join diaorang bahan membahan. banyak jugak bahan kat aku.. hehehe






sebahagian budak kelas yang kuat membahan. kuat menganjing dan kuat gelak. ade je yang nak dijadikan bahan untuk gelak macam hanjeng. hahahaa.. boleh kena sawan dengan budak2 ni.


tapi serius aku sayang mereka. nampaknya baru nak membina persahabatan saat2 degree ni. orang kata, baru nak panasss.. hehehee


insyaAllah kami akan sentiasa bersama untuk setahun lebih disini. dan bersama2 mengharungi cabaran masa depan. huuuuu..


#semogapersahabatankitaakanteruskukuh.


=)



Sunday, April 15, 2012

Shuffle is awesome!!





Assalamualaikum..


ehhhhh...baru balik shuffle ni untuk event kitaorang nanti. event tu bulan Jun dan kami akan menari dekat Bukit Bintang. sumpah malu tapi ini adalah pengalaman terbaik kami. pengalaman shuffle ramai dengan bas Hop On Hop Off tu lagi..hopefully meriah la sebab masa tu cuti umum kan..heeeee


aku suka tengok orang menari. tapi bila aku menari aku sendiri tak suka. penat gila nok. nak jatuh jantug ni. huaaaaaa!


ni aku sertakan sikit kawan2 aku shuffle. ni berlatih je. taleh tunjuk banyak2 nanti tak suprise! hehehehe





tapi bahanya malam ni la. kaki dah mula saket2. tadi kemain berkinja menari sekali balik je rumah mengeletar la kaki ni. malam konpem kejang. jalan pun macam ayam kena jerat je. terhincut2.. hadoi!


seronok tapi lepas tu memang jahanam la kaki nampaknya. jalan dengan keadaan yang sangat payah. huaaaaa


tapi seronok weh! ini adalah kenangan yang tak akan korang dapat kalau korang kerja nanti. percayalah!


=P


bai. mata dah layu.






Morning semua!





Assalamualaikum kawan2...


apa khabar semua. harap sihat2 sejahtera hendaknya.. hehehe..saya pagi ni ada aktiviti tari menari. untuk event kami akan datang pada bualn Jun nanti. tapi berlatih mestilah awal2. hehehehe

 



amboi, damainya tengok kawasan pergunungan dengan tasik yang tenang di pagi hari. cantiknya ciptaan Allah yang maha pemurah dan maha penyanyang. heeeee.. merasai kenikmatan pagi memang fresh sangat!


di temani dengan secawan hot coklat dan mash mellow  yang sangat awesome! huuuu..






tapi hakikatnya ramai tak sanggup bangun pagi2 ni kan.. dengan hari minggu jangan haraplah kawan2 aku biasanya nak bangun awal2 macamni. mimpi la. aku je karang terkebil2 lebih waktu macam ni. biasalah. aku kan tak boleh tidur sampai lewat2..heeeee






errrrrmmmm...kita malas nak bangun! malas! mengantuk! urmmmm...



*konon comel lako nak buat macam kucen tu?? kucen tu memang comel. tak apa la..hhahaha




Alex Hopper ikat tepi satu!






Ce korang tengok. kemainnnn.. takut lak aku kadang2..















jangan berani tanya apa2. aku gelisah gila tengok movie ni tau. perghhhh.. suka gila. sila carikan untuk saya sekarang please. sape2 tahu dan ada cable download tu tolong la download. huuuuu...


nakkkkkkk..


nak tengok banyak kali! huuuuu



bai!



#naknavyjugak..



Saturday, April 14, 2012

Battleship Awesome!





Assalamualaikum semua..


apa khabar orang kampung pagi sabtu ni? sihat2 ke? harap korang smeua sihat2 je. kalau yang mana tak sihat tu makan la ubat ye. hehee


dah sarapan? aku pun belum sarapan. biasalah. terpaksa bangun sebab nak pergi pasar tani beli lauk pauk. huuuu.. dah macam mak2 pulak aku rasa pagi2 beli ikan, ayam dan sarapan untuk semua anak2 dekat rumah. tapi hari ni ade 4orang kawan2 aku pergi modul. so, tinggal kami ber3 je la dekat rumah.hehehhee


okeh, mata rabak sebab semalam tidur pukul 4 lebih. aku balik je dah pukul berapa. pergi The Curve dan Ikea sebab ada sorang kawan teringin sangat nak makan meatball dekat Ikea. waaaa.. melaksanakan hasrat seorang kawan. kami memang tak sampai hati dengar dia cakap berkali2 nak makan meat ball. huu.. kesian..


lepas tu haruslah mononton wayang! yuhuuuu! sukanya! kami tengok Battleship. hehehe..rupanya cerita tu sangat best. tak sia2 bayar RM12 kan. heehhee..





korang tengok video ni dulu. mesti rasa macam nak tengok movienya. kalau tak korang boleh masuk laman web cerita ni sendiri Battleship Movie 2012.


mula2 aku tengok cerita ni awal2 nampak macam ntah apa2. bodoh sangat. macam tak best gila. tapi start dia masuk RIMPC iaitu tentera laut mula la nampak kebestan yang melampau. dia jadi smart dan berkaliber. walaupun pada mulanya dia sangat banggang dengan berlagaknya..hahaha


lepas tu semua dok 'jatuh cinta' dengan watak utama dalam cerita ni. damn. hahaha.. semua nak feeling2..  dah la aku meang pernah mengathui cara hidup tentera. dan cara2 tentera laut dan pasal2 laut ni. rasa macammm... errrr... kenapa dalam movie ni diorang ni maca hensem je. hehhee






TOLONG LA DOWNLOAD CERITA NI. sebab aku nak tengok lagi dan lagi. masa aku tengok cerita ni aku ingat macam2. sangat banyak benda aku pikir.. huuuu


errrr...baru balik pasar tani ni. mengantuk gila. sebab semalam tidur pukul 4 lebih. hugarrrrhhh!!


bai! nak tidur..






Wednesday, April 11, 2012

Begini caranya





Assalamualaikum..


tengah sukaaaaaa sangat dengan lagu ni. ermm.. sedap dan best. rasa macam sweet. suara mereka pun not bad. dah macam kapel pulak nampak diorang ni. hehehee


seni kata pun best je. tapi bagi aku la. aku kan buta seni sikit. mana la nak tahu yang best ke tak. pada aku, bila aku dengar terus terpikat tu sedaplah! hehehee





layankan je. sure korang terpikat dengan kelembutan suara mereka. hehehee..


bai!


 
#sedangfeelingfeeling...





Cuti hari ni!





Assalamualaikum semua..


selamat hari cuti! yeaaaa! seronoknya cuti tengah minggu. hari ni uti semua orang tahu kan kenapa kita cuti? kalau tak tahu sila terjun lombong sekarang! ahahhahaa


kau rakyat Malaysia tak tahu hari ni cuti apa sila ketuk kepala kau dekat dinding cepat. tak pun pergi tukar kerakyatan kau jadi paling2 pun orang Singapore. aku rasa segelintir orang Singapore pun tahu kenapa hari ni cuti. kau tak tahu malu la wei! hahahaa


hari ni hari pertabalan DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang dipertuan Agung kita ye. jangan tak tahu pulak. 





haaaaaaaa... nak makan apa hari ni? kawan aku dah bangun nak masak dah ni. aku masak sarapan je. hehehehe..


k bai!










Nak manis2 sahaja! =)





Assalamualaikum semua..


malam ni ramai kawan2 dah mula penat. dah tidur awal. aku? tak mengantok lagi. cuma lapar. tadi petang saya dah makan mee goreng basah tapi malam ni pukul 11 lapar balik. arghhh.. benci la..


decide nak makan roti dengan terung masak sambal kawan saya masak. waaa.. sedap jugak yep. hehehe..


lepas ni nak minum air coklat panas pulak. uishhh.. tekak aku nak makan benda manis2 dengan kadar yang sedikit je. ala, macam semalam. rasa nak makan coklat cloud 9 je. huuuu


mane nak dapat coklat cloud 9 ni? urmmmm.. sedihnya.. kat sini kalau mengidam memang kena simpan la kat celah anak tekak sebab memang tak boleh nak dapat on the spot. huuuuuu   -___-"


balik ni aku nak beli macam2 dan bawak balik sini. supaya aku tak payah susah payah beli dekat sini. payah jugak aku nak beli barang dekat sini sebab semua kena mintak orang bawak. huuu.. sedihnya tak reti bergerak sendiri ni.. wuuuuu...






bestnya kalau dapat cloud 9 sebalang macam ni. weeee... sukanya! makan satu setiap hari. sedap kan lembut2 sedap2 gebu2..lemak berkrim disukai ramai..heeeee






ni coklat paling aku suka. paling dan sangat suka. aku memang suka Van Houten. suka sangat yang Hazelnut sebab aku suka makan kekacang hazel tu. weeee....






aku rasa biasa je coklat daim ni tapi kalau bagi aku, aku sebat je benda ni. ahhahaa..







ni aku aku pernah makan sekali. ok la rasa dia. tak muak. rasa macam makan je nak lagi. sebab rasa dia light2 je. ahahha



lepas tu teringin lak nak makan kek coklat moist. hehehehe.. sukaaaaa.. balik kampung cuti mid term ni nak suruh mak buatlah. mak buat sedap. nak buat coklat topping cair dia tu jugak. baru mantap! ahhahaha








meleleh kau! sedap gila!



bai!




Tuesday, April 10, 2012

Garisan Masa





Assalamualaikum..


facebook aku telah bertukar kepada garisan masa -.-'


sungguh terkejut pagi tadi bila profile sendiri telah bertukar kepada garisan masa yang tidak digemari ramai. walaupun aku sendiri tidak menyukainya tapi apa boleh buat. merungut pun tak guna. redha je la. sebab semau orang akan kena macam tu nanti.


bila aku selak balik status dulu2 sumpah la tak matang. ada marah2, ada macam childish gila, ada yang benda 2 kecik pun nak beritahu. ada yang aku tak suka. ada yang aku dah remove. sebab tak perlu orang nampak. ala, kenangan lama kan.. hahaha


sumpah kelakar zaman dulu2. aku rasa nak remove je semua status dulu2. tak suka aku tengok. macam bodoh dan mengimbau kenangan lama. hahaha.. gila mengelabah bila profile tukar timelime mulalah aku nak mengeledah status lama dan mengelabah delete. wakakakaa..


itu untuk menjaga hati semua pihak. tak ada kaitan hidup dan mati. apa2 yang berlaku ada hikmahnya. sebab semuanya sekarang dah mula jadi ok. semua baik2 sahaja. hahaha.. jangan fikir bukan2 ye.. heehehe


tapi timeline aku tak akan appear dulu dekat orang, sebab aku tak publish lagi. aku je nampak. relax dulu. malas aku nak remove timeline ni. bior je la. kita kan berubah seiring masa. jangan la menempelak pembaharuan yang akhirnya membawa kebaikan diri kita. 


ala, dulu bila fb tukar sikit itu ini ramai juga yang bising2. sekarang sayang kemain page lama diroang tu. kang lama2 sayang pulak dengan timeline tu. ahhahaha.. biasalah. belum terbiasa bisinglah..


cuba kalau dah biasa. 


kemain lagik >.<


hahahaha...





haaa.... jadi macam ni dah kan keadaannya?


konfem ramai tak suka..





haaaaaa... macam tula patutnya..heeee



bai!



Morning guys!





Assalamualaikum semua..


selamat pagi. uisssshhh... pagi ni sungguh sejuk. hujan turun renyai2 dan semalam pun hujan juga. hujan sangat lebat waktu kawan2 saya balik kelas. semua lencun walaupun cuma nak berlari dari kereta ke tangga rumah. haiyakkk... kesian diorang...


selalunya pagi2 pun aku dah berpeluh2 bangun tidur tapi hari ni rasa sejukkk sangat. dah la tak bawak keluar selimut, terkepit2 aku tahan sejuk. nak masuk ambil selimut malas pulak. hahahaa...


jadi redha je la walaupun sejuka kemain. ahhahaa.. tak apalah. sesekali. pagi ni kononnya nak buat kerja sekolah yang tertangguh2 tu. tapi biasalah, pagi2 kalau tak check fb dan blog dulu mana sah kan? hahahha


bagi sesiapa yang dah pergi kerja tu sila kerj elok2 ye. jangan main fb je. bagi sesiapa yang nak pergi kelas macam aku ni pergi kelas elok2 ye memandu. hehehee..


tak apa, kelas aku petang pukul 2.30 nanti..heeeeeeeeeeee






comel sangat budak dalam gambar ni. rasa nak tium2 je. hehehehe..



k bai!




Monday, April 9, 2012

Kenyang





Assalamualaikum..


apa khabar semua? sihat? saya sihat2 saja. weeee.. malam ni kenyang gila. kawan saya masak ayam masak lemak cili padi. ada pulak sambal belacan dan ikan kering. hamboi! selera sungguh semua makan. hehehe..


tadi tengah2 masak boleh pulak tetiba je gas habis! hadoiiii.. telefon la orang jual gas. diorang dah tak nak layan sebab dan tutup kedai, dah nak pukul 7 malam. nak tak nak kena la mintak tolong kawan yang sentiasa ada masa nak melayan kami si gadis2 patah kaki kerana ketiadaan kereta di puncak alam ini. owhhh.. 


bawak tong gak pergi kedai then tukar baru. hah! duit lagi! RM 27 jugak kena. huuuu..


lepas tu barulah senang hati masak2. aku masak sayur je sebab ayam kawan aku dah masak. dia masak superb woh! ahhaha..


sekarang nai dah kenyang gila. mengantuk pulak rasanya. esok kelas pukul 2.30. ada banyak masa lagi dekat rumah. heehhee


ok. bai!



Meremang tak tengok Lisa mengamuk semalam??





Assalamualaikum semua..



selamat pagi cikgu! *ikut nada upin ipin* hehehehe. best kan hari ni tak ada kelas. boleh lepak2 dekat rumah sambil online 24jam. baru la syok. hahaha..


kepada yang pergi kelas tu sila pergi kelas elok2 ye.. hehehe.. malam tadi anda semua mimpi apa? ade tak termimpi2 Aaron Aziz?  hahahaa.. kemain lagi semua semalam terjerit2 bila nampak Aaron Aziz. cehhhh.. mentang2 dia hensem kemain lagi kau menjerit sakan kan. tak hengat dunia.


tapi semalam diorang berlakon sedutan Ombak Rindu memang superb la. walaupun orang terjerit macam orang gila lepas tu kacau2 still diorang berlakon the best. dah macam kat Istana Budaya pulak aku rasa..hehehe.. memang tak disangkal mereka memang pelakon hebat.walaupun secara live, walaupun ramai yang memandang, walaupun disorak2 still ok2 je berlakon.. tahniah2!


ni aku tepek video diaorang tengah berlakon semalam. 





haaaaa... meremang nok tengok Lisa mengamuk. tapi best la seronok tengok diorang pentaskan macam ni. macam best pulak. lepas ni kalau buat Ombak Rindu The Musical pun ok jugak. pentaskan dekat Istana Budaya. perghhhhh.. aku pun teringin sangat nak pergi Istana Budaya tengok teater. macam best je kan? heeeeeeeeeeee... anyone nak belanja?? dialu-alukan.. heeeee


hahahaha...sila berangan di tahap yang maksimum. aku paling2 pun pergi tengok orang nyanyi2 dekat Laman Santai depan IB tu. lepak dengan kawan2 aku supaya aku tahu benda yang best dekat situ. owwwwhhh.. kat situ benda yang paling best adalah toilet bayar dia. sumpah awesome! -.-'




lepas korang mesti ingat2 lupa dengan keputusan semalam kan? meh sini aku bagi list kat korang. tayah susah2 nak teleng2 kepala pandang syiling ingat sape yang menang semalam..





Pemenang ABPBH 2011

Artis Berkumpulan / Duo Popular
Sheila Hamzah, Ning Baizura dan Jacklyn Victor.
Artis Baru Wanita Popular
Tasha Shilla
Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail
Pengacara TV Lelaki Popular
Zizan Raja Lawak
Artis Baru Lelaki Popular
Johan Ariff As’ari (Botak)
Pelakon TV Lelaki Popular
Fizz Fairuz
Pengacara TV Wanita Popular
Farah Fauzana
Artis Komedi Lelaki Popular
Johan Raja Lawak
Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz AF7
Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Pelakon TV Wanita Popular
Fasya Sandha
Pelakon Filem Wanita Popular
Maya Karin
Penyanyi Wanita Popular
Yuna
BINTANG PALING POPULAR
Aaron aziz




haaaaaaaaa...baik kan aku? ahhahahaa..






dah2 tayah puji. aku tahu je aku baik, canik, comel, cun. wakakaka.. perasan!






nak basuh baju dan kemas rumah. 






bai!









Sunday, April 8, 2012

Mengimbau Kenangan silam..






As Salam..


petang2 macam ni hujan2 pulak tu kan kemain sedap kalau layan makan cekodok dengan teh berasap nipis kan? tak pun goreng pisang. ala, minum petang katanya. kemain sedap lagik kalau ada orang lainbuat kita tolong makan. kita tolong habiskan dan tolong sedawa je. waakakkaa.. sumpah tak sesnonoh perengai kau!


petang2 ni sambil aku blogwalking aku terjumpa satu video yang boleh membuatkan kita semua mengimbau masa muda2 dahulu. masa sekolah la. ala, masa sekolah yang kau pakai peniti dekat tudung, malam2 sapu lilin dekat muncung tudung, hujung minggu kau bebel2 malas basuh kasut dan malam2 tersengguk2 buat kerja sekolah karangan esok cikgu nak. 


dulu aku selalu bebel2 idamkan kehidupan ramaja yang universiti dan penuh kebebasan. kebebasan seperti tak payah pakai baju sekolah yang sama je tuh. lepas tu kena paksa pakai peniti, kena paksa tampal lencana dan kena paksa pakai kasut putih kerana aku nak pakai kasut hitam. pemalas basuh kan. 


aku bayangkan kebestan aku jadi budak u yang usung buku tebal2, pakai baju kurung suka2 hati warna apa, lepak2 dekat luar bila tak ada kelas. biasalah idaman yang aku sendiri berusaha sampai aku berjaya masuk u. kecewa woh masa dapat form 6 je. walaupun hampir 80% jiwa aku dah mula redha masuk form 6. 


aku masuk form 6 masa tu selama 18hari je. sebab aku dapat tawaran UiTM di Melaka. masa 18 hari tu aku duduk asrama pusat kawasan tempat tinggal aku. memang rasa lain gila sebab sebelum ni aku tak pernah duduk hostel. aku duduk rumah je. dan2 kena duduk hostel yang ada 40 orang satu dorm! ohhhmaaiigoodiessss... arhhhh... sungguh aku stress dengan keadaan masa tu. dengan senior yang macam tutttttt... malas gila aku nak layan. 


masa tu aku tak tahu nak kata apa. aku nak kata tak suka, macam suka. nak kata tak suka langsung ok je. bab belajar dalam dorm dan keselesaan memang out!. sumpah la tak best. dengan nyamuk yang banyak. dengan tak dapat kipas. dengan tak ada bilik prep. dengan keadaan senior dan junior yang tak best. aku tahankan aje. aku harap aku dapat tukar sekolah dan tukar aliran. aku tak nak ambik kelas sains dowh! bijik pulak aku kannnnnn.. aku rela hafal sejarah yang berduyun2 tu dari belajar matematik T. aku rela!!


ni ada video masa sekolah yang best dan mampu mengimbau kenangan anda semua.






perghhh.. sumpah rasa best gila masa sekolah dulu. nak2 sekolah menengah. kalau sekolah rendah best jugak, cuma tak berapa nak meluas la sangat pergaulannya. kalau sekolah menengah best sikit. hehehhee







ye, aku hitam dulu. jangan tanya kenapa. dan dulu aku kurus. jangan tanya jugak kenapa sekarang tak kurus. tampar kang. hahaha..

ni kawan2 aku masa sekolah menengah. aku tak sure masa ni form berapa tapi berdasarkan tahun camera tu maybe ni tingkatan 4. lol!

masa sukan sekolah jadi jangan tanya kenapa gelap sangat. dah kenapa aku ni semua tak boleh tanya kan..hahahha





ohhhhhh... ni masa tingkatan 2! ramai tak budak kelas aku? hehehe. carilah aku kalau jumpa. sila2.. aku yang hitam tu la kan............ fine!


ok la. kang ada lak kawan2 sekolah aku yang bebel2 cakap, "ala, iza kenapa upload gambar masa sekolahhhh" malu katanyaaaaaaa...hahahaha.. lantakkkk.. sebab aku suka nak imbau kembali masa2 muda aku..hehehee


k la. bai!



Asar dah?





Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. kenyang saya untuk hari ni. walaupun masak simple2 sahaja tapi saya tak kesah sebab saya memang suka makan simple2 dan kering2 tanpa kuah pun tak apa. korang makana apa hari ni?


hari2 aku update pasal makanan kan? kemain lagi aku nak cerita. padahal biasa2 je pun. ehhh.. suka la. kan blog aku kan? hahaha


masak rumah aku ni tak ada jadual. main belasah je sape nak masak. kalau rajin masak. kalau tak sesapa je nak buat ok je. aku memang makan je semua benda. tak kesah. janji aku rasa ok di tekak aku. tak ada pantang larang pun. ikan, ayam, daging sume aku makan.


makan lambat hari ni. biasalah hari cuti. esok aku cuti lagi. biasalah hari isnin. diorang je ada kelas. jadi dengan ini aku kena masak nampaknya. sebab aku je kat rumah kan. ok. mari fikirkan apa yang perlu dimasak. hehehehe


ok la. bosan dah. 


bai!


Morning!






Assalamualaikum semua..


selamat pagi hujung minggu kawan2. apa khabar? semua sihat? ehhh.. hujung minggu macam ni pun aku bangan awal kan? ala, biasalah, aku kalau dah tersedar tak suka tidur balik. dengan keadaan yang panas matahari dah mula naik tu yang aku tak tahan. 


malam tadi super panas. aku sedar je pukul 4 pagi berpeluh-peluh. pastu tak boleh tidur sekejap. lama2 hilang panas dan peluh baru boleh tidur. tak tahan la weh macam ni..kipas dekat ruang tamu ni kalau dulu kemain lagi kuatnya speed. sekarang macam dah tak rasa apa. eiii.. tak fahamlah...


ni bangun2 je basuh baju. karang, kalau semua kawan2 aku dah bangun alamatnya memang payah gila nak membasuh. sebab air kecik. jadi kalau sorang guna, tempat lain tak boleh guna.. huuuu


sedih!


sewa rumah tiap bulan jalan macam biasa. kemain lagi nak cepat. tapi kalau air slow buat tak tahu jeee...
huuuuuuu


banyak sangat merungut aku ni. tapi dah memang hakikat keadaan rumah aku macam tu. nak buat macam mana. huuuu


k la. nak buat sarapan. heeee






gambar tak ada kena mengena. biasalah kannnnn...hahahaha




Saturday, April 7, 2012

Instagram






Assalamualaikum..


semua orang sibuk buat Instagram photos. aku pun nak buat jugak. dulikkkkkkkkkk...






makan tengahari aku tadi. waaaaa.. best tak???



bai!



Mandi Peluh!





Assalamualaikum semua..



selamat pagi. baru balik dari pasar tadi. kononya entry ni nak ditulis sebelum aku ke pasar tani Saujana Utama. tapi disebabkan tak sempat aku delay la benda ni sampai aku balik. amboi... pepagi dah mandi pergi2 pasar tani. lepas tu balik sarapan2 dan mandi lagi hilangkan peluh yang bercucuran bagai air hujan membasahi bumbung rumah bonda. wakakaka~ gila la bersastera aku pagi2 sabtu ni..hehehehe


beli lauk pauk dan sayur-sayuran. dah barang dapur yang habis. biasalah duduk rumah sewa ber7 ni kena la banyak belanjanya. yang makannya ramai. kalau dekat rumah aku cuma untuk 4 orang je. tu pun kalau akak aku tak ada aku dengan mak ayah aku je. tak banyak pong..ehehhe


ni aku malas gila nak mengemas barang yang tersadai atas kabinet dapur ni. aduhhh.. tak larat lagi. kawan2 la tolong kemaskan. tak mampu dah. mengantok dah ni rasanya. 


tapi seronok kot beli barang2 ni. walaupun dulu aku tak suka pergi pasar tani kalau dekat rumah sebenarnya. aku rela kena tinggal sebab tak sanggup nak tinggalkan tilam dan bantal dekat rumah dan akan membuatkan aku kecewa awal pagi kena bergesel2 dengan nyonyah busuk dan apek tengik semata2 nak beli seekor ayam...


hahaha.. ok la. gua nak kira budget yang dah seaakan lari ni.hahhaa


bai!



Friday, April 6, 2012

Sedap jugakkkk...






Assalamualaikum kawan2 semua..


rasa lapar tapi malas nak keluarkan wang untuk membeli bahan makanan. kalau kat rumah kan best. mak je masak. tahu2 makannnnn.. tanak beli makanan.. wakakaa.. kantoi tak masakkat rumah... ahhaha.


ala, aku nak masak apa. adik beradik aku dekat rumah pun bukan ramai. ade dua orang je. mak aku masak pun bukan banyak sangat. relax2 je..


aku dekat rumah tak makan budu. biasalah, aku orang johor. paling kuat pun sambal belacan je la mak aku buat. makan dengan nasi dan lauk.


tapi dekat sini kawan2 aku ramai orang kelantan dan pantai timur, pandai masak dan rajin masak. dan suka sangat makan dengan budu. peberet diorang. jadi bila aku pun join diorang tanya la. aku boleh makan budu tak. ok tak. mana la tahu alergik ke. apa ke. kadang2 ade org tak suka jugak..






haaa.. budu ni la. boleh tahan gak rasa dia. ok la. hehehe.. aku ngap je. aku ni universal. lahir je kat Johor tapi budu, belacan, tempoyak, keli, patin, cencalok semua aku bedal. hahaha.. suka je. janji tak menyakitkan perut aku. tak ada pantang2 ni. janji ok kat tekak aku aku on je. hahahaa






sedap jugak la pada aku tapi tak leh makan banyak2. masin la hoi...hahahaha



ok, dah la. rugi je sape yang kutuk benda ni. makanan tau. walau macam mana pun benda tu tetap makanan.. heehe..


ok. bai.




House warming katanyaaa...






Assalamualaikum semua...


whoaaaaa... mengantuk balik dah aku. bangun kemain awal lagi belum pukul 8 dah nak bangun tapi bila lama2 dalam pukul 10 ke 11 mula la aku mengantuk balik..


uarrrghhh... malasnya aku nak pergi kelas. petang ni ada kelas ganti sebab hari tu lecturer tu tak ada. jadi kena la ganti kelas hari tu. kelas 3 jam pulak tu dengan keadaan petang yang panas. malas. penat dan sebagainya...  -.-'


owhhh.. nak cerita ni. malam tadi kawan aku ada buat kenduri doa selamat dekat rumah sewa dia. ala2, macam house warming la kalau orang putih buat tu. tapi kami baca yasin sebab masuk rumah baru. yasin tu disedekahkan sekali pada arwah2 keluarga yang telah pergi menemui Illahi..


layan gambar je la ok! 




nampak tak yasin tu. haaaa.. baru abis baca yasin ni. tengah baca doa penutup yasin.







si dara pinggitan yang malas ambil makanan. kena ambikkan. amboi, sikit punya pemalas. dah la datang tuan rumah ambik. huehueheue







mula2 baca yasin lepas tu bising kemain lagi. macam ada buat parti liar. wakakaka..







abang2 tuan rumah berbincang. dah macam abah2 aje aku tengok diorang ni. hhehehee



balik tu dapat jugak makanan dari kawan aku. mee siam goreng lada hitam dan kuih talam cendol. sedapnyaaaaa... thanks ahmad cepa dan nenek beliau yang sponsor makanan..weeee...


sarapan hari ni pun makan mee semalam je. hehehehe



ok la. serius aku mengantuk. huuuuu


bai!






Thursday, April 5, 2012

Nak yang ini!






Assalamualaikum...



semalam kan aku nampak kereta ni.  weeee... lawanya!





haaaa... brand HONDA!


cantik gila warna hijau dia. kalaulah aku dapat sebijik kan best. hehehehe







aaaaaaaaaaaaaaaa.... cantiknya warna hijau dia! gerammmm! nak kereta ni sekarang please!



waaaa....



sawan sudah! >.<



kalau nak info lebih pergi SINI




kbai!