Happy Cat Kaoani -->

Monday, June 14, 2010

Roti Burger VS Bedak Compact?

Sekarang, roti buger ni semakin mengecik rasanya. (?.?)
dulu besar, lebih besar dari tangan kita kalau kita pegang kan? 
sekarang ni tidak lagi. Roti burger sangat kecil.
dah macam besar bedak compact perempuan je rasanya.
bila saya nak makan, saya pun bukak dan nak buat, masa nak buat tu kakak saya kata,
"keciknya roti burger sekarang! macam pegang bedak compact je aku tengok..."
saiznya memang kecil. Cuba lihat gambar ni.. ^_^




Anda semua boleh lihat kan betapa keciknya roti burger tuh.
besar sedikit je dari bedak compact.
gambar ni cumalah perbandingan sahaja nak menunjukkan betapa kecilnya roti burger sekarang.


kalau orang lelaki mesti tak  kenyang makan sebuku roti ni sebab sangat kecil.
aish.. sabar je la. >.<
tapi mungkin roti burger Ramly, Otai dan Mat Salai besar sikit rasanya,..hemmm??
tak ingatlah...
kalau roti burger dekat KFC, McD atau MB memang lain sikit kan?


buat kecil sebab nak untung..
harga tak naikkan tapi barang kurangkan..
kurangkan kuantiti dan kualiti sekali kot..


p/s: hanya pendapat sendiri.. -_-"



1 comment:

Anis said...

sekarang memang semua benda nak kecik je. lps tu harga mahal. haih xpuas mkn kan :(