Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, January 31, 2012

Kebuhsanan





Assalamualaikum..


erm... malam ni nak cerita apa ye?? ntah la. biasa la dekat rumah kan? bosan dan ta tahu nak cerita apa sebenarnya. ermmm...


boring dan boring tapi seronok sebab mak ada boleh masakkan hari2. aku bukan la pemalas tapi aku sukakan masakan mak. mana ada orang tak sukakan masakan mak kan?


sebab tu aku suka mak masak. heee... dan aku akan request apa yang aku nak makan supaya mak boleh masak. biasanya masakkan kampung la kan, sebab masakan kampung best.. hehehe


teman aku adalah tv je. sekarang aku malas baca novel. kalau baca novel slow la. kalau tengok movie lak kalau tak ada dorongan jadi malas nak tengok. lagi2 pulak kalau movie tu tak ada subtitle. cakap pulak sepatah haram aku tak paham.. memang malas la aku nak tengok...


aku tengok Vanila Coklat tadi.  cerita tu makin best and sweet la. dah la Amir tu handsome. hehhee.. dia buat perangai nakal2 pun still cute lagi.. ok... dah suka cerita Vanila Coklat tu.. hehehe


korang tengok tv tak?? ke tak tengok? layan internet dan laptop je tengok movie??





Aktiviti Cuti




Assalamualaikum

Apa khabar semua kawan2? Lama dah aku tak menulis blog aku ni kan? Almaklum la duduk rumah mane la aku ada internet kuat kat rumah. Hehehe..


Semalam aku dah mula belajar kereta semua. Aku tak bawak dah setahun. Dah lupa pun apa yang perlu aku lakukan dalam kereta tu. Clutch la, gear la, starting driving macam mana. Semua aku dah lupa macam mana pun aku malas nak baca2 balik.


Tadi ok je aku bawak. Cuma sejam pertama je aku lupa apa nak buat, nak tukar gear time bila dan macam2 lagi. Aku dah cakap dengan abang yang tukang ajar tu aku dah lupa. Dah setahun aku tak bawak kereta.


Dulu aku dah belajar dah habis 16jam. Senang je. Tinggal ambik QTI dan JPJ. Tapi sebab tak sempat nak masuk degree aku tinggalkan driving dan masuk degree. Nak buat macam mana kan?


Ni dah setahun aku masuk degree barulah aku sambung. Sebab cuti 4bulan hari tu aku pratikal jadi tak dapat nak sambung. Habis praktikal pun bulan puasa. Mana la nak sempat kan? Puasa je kejap nak raya. Tak dan langsung…cehhh..


Korang nak gelakkan aku sebab aku baru nak ambil lessen? Silakan. Aku tak rasa terhia langsung. Biarlah aku baru nak ambik pun. Aku tahu ramai je orang dah selamat kesana kemari dalam usia aku. Tapi aku tak peduli. Ni hidup aku, cara aku. Kesusahan aku orang tak tahu. Kekangan aku orang tak kisah. Jadi buat apa aku nak kesah pasal hinaan orang?? Aku dah biasa berhadapan dengan drama orang..


Hehehe.. drama?? Tak paham?? Tak ape la. Yang pentinga aku paham. =)


Korang cuti sem  ni buat apa??



Bai! 

Saturday, January 21, 2012

Last paper..





exam tadi sangat awesome! sangat2 awesome! suka sangat. senyum je tulis jawapan. nak jawap pun yakin gila. sebab jawapan dah ingat. sebab lecturer bagi spot question. eh, eh, salah, tu bukan spot ke hint ke. tu soalan! paham tak soalan?? yang kau cuma perlu hafal je jawapan kesemua 10 benda yang lect bagi...


perghhh.. best gila! suka aku..semua point aku hafal dengan jayanya.ade satu dua point je yang aku lupa. ermm.. tu aku tanya kawan aku la. tapi pokoknya semua jawap dengan kenfiden. walaupun elobrate ntah hape2 sebab aku tak ada idea tapi isi penting adalah betul yep! eeeeee...


sangat berterima kasih pada lect saya kerana beri semua hint dengan tepat dan betul2 keluar. ada hint selalunya kuar sikit je. ataupun yang lain tu semua kena baca sendiri. ni tak sebijik sejiban. hehehe


tak pernah rasa best sangat jawap paper final macam ni. tapiii... tak nak overspeaking sangat. biar la hanya Allah yang tahu bagaimana rasanya. harap2 dapat keputusan yang baik sem ni. aku harapkan tu..


korang pun mesti harapkan benda yang sama kan??


sama2 kita berdoa k?








Penat Gila Bhai!





assalamualaikum kawan2..


sihat ke anda semua? semoga semua sihat hendaknya. saya sihat je cuma penat sangat. semalam study tak tidur malam. hari ni exam pagi2 then balik exam terus kemas2 barang rumah. sebab nak pergi hantar dekat puncak alam. owh, korang tak tahu ke? aku bakal menjadi warga sepenuhnya puncak alam sem depan? asal aku cakap sepenuhnya? sebab sem ni aku dah ulang alik puncak tapi tak enetap sane. just belajar je dekat sana. huuuuuu...


hai2 warga puncak alam! hahahaha.. pergh... berangkut macam hape je tadi. bawak 2 kereta. 1 Estima, plus satu Savy. Estima tu penuh gila sampaikan tak dapat duduk. si pemandu kena duduk sangatttttt depan. seat depan kena duduk 2 orang. dan seat belakang pemandu tok sorang duduk 2 orang jugakk.. lain semuaaaaaaa barang kami. barang untuk 3 orang je. sorang lagi barang naik Savvy. fuhhhhh....


sesi angkat barang adalahh sangat mencabar. barang dah la berat2. lepas tu nak angkat sampai tingkat 3 pulak. memang terbaik laa. naik semput aku dengan kawan2 panjat tangga dengan barang yang berat2 tu. dengan hujan. semua berhujan dan ber penat lelah. terima kasih kawan2 yang sudi menolong. huuuuu


masa angkat barang dah menggigil sebab tak makan sampai pukul 7 lepas tu kena angkat barang banyak gila. ermmm.. sesekali menggigil dan pinar gak la kepala.. hahahhaha


sekarang ni aku nak kemas beg tok esok pulak. perghhh.. malas gila. rasa nak tidooooo je tapii tak boleh. esok la balas dendam dalam bas. hehehehe..


k bai!





Wednesday, January 18, 2012

Nak Tukar ke Tak Eh..






perghhh.. nak dapatkan baucer RM200 tu menggigil tangan  sebab masa tu demam. saket sangat. sampai rasa nak pengsan. tapi gagahkan juga untuk dapatkan RM200. 


tapi bila pikirkan balik macam tak berguna je RM200 tu. sebab beli buku pun dengan lecturer biasanya. tak pun photostate atau print notes sebab tak ada buku sangat.


tapi bila kawan tanya nak tak tukar baucer tu jadi duit sebab ada kawan buat aktiviti tu dengan sorang tokey kedai yang ambil bahagian mula la rasa nak tukar baucer tu jadi duit. 


duit mudah sikit nak guna dekat mana2, buat apa2. nak2 pulak akhir sem ni kan. memang perlu sangat2..


tapi macam best je beli macam2 dekat MPH, Popular dan Borders kan.. heeeeeee


tak nak la tukar! heheeheheh







macam style je beli belah dengan baucer tu kan? hehhhehehe..
memang barang2 aku mahal2 la. 
aku suka gila buku2 notes dekat MPH..lawa2 dan banyak kata2 semangat. memang menjadi idaman di masa akan datang la ni. weeeeeee...




Selamat Pagi!






selamat pagi kawan2..


sihat ke semuanya? harap sihat2 hendaknya. dah sarapan??


aku tak tahulah nak makan apa hari ni. ermmm.. makan roti la nampaknya.. heeee..


teringin gila peanut butter dengan roti.. heeeeee


semoga hari ni hari yang indah..









*indahnya pemandangan pagi*




Mengidam sangat2!





sangat mengidamkan segala ni. kenapalah pun tak tahu. sangat2 cravimg benda2 ni. rasa macam nak sangat2.. huuuuuu...



1. Peanut butter dan roti




2. Sup ayam




3. Sate






ni je benda yang aku idamkan sekarang. please! nak jugak! sekarang pun tak pe.. heeeeeeeee






Aku bukan lemah!





Assalamualaikum kawan2..


pe kabar semua? rasa macam dah lama tak update blog. rasa macam dah malas nak tulis. aku sering kecewa sejak akhir2 ni tapi aku pendam. aku banyak tersinggung. tapi aku senyapkan. aku banyak bersendirian tapi aku pasrah. dan aku masih dan masih berusaha untuk bersabar dengan seluruh jiwa raga aku..


aku terasa dengan setiap patah kata yang sebenarnya keluar dari mulut yang tak pernah aku sangka. aku anggap dia adalah kawan. anggap dia tak mencalar sekeping hati milikku tapi apakan daya, aku insan lemah yang sering terkecewa walau di luar sedar...


aku bukanlah jenis sensitif. tak, tak sesensitif sebelum ni. aku berjiwa kasar. dalam hati kasar itu masih ada jiwa halus aku yang perlu orang tahu..


aku nampak garang tapi aku punya perasaa. sesekali aku terasa orang kata aku sentap. bila masa kita tak sentap. selalunya kita biarkan tapi hati ni dah terlalu banyak bersabar dan berkata positif...


aku tak tahu kenapa semua ni aku kena rasa. kena pendam. dalam pelbagai aspek. aku tahu. aku tak perlu luahkan pada semua orang. tapi jiwa aku merana! merana kerana macam2 perkara...


sesekali baranku keluar adalah jiwa yang sarat tak terbendung dek semua bebanan jiwa yang tak kelihatan. aku masih bersabar dan terus bersabar. aku cuba didik diri aku supaya menjadi manusia yang penyabar.. 


namun sesekali sabarku teruji sekali. teruji dengan keadaan yang semakin menekan aku. aku bersabar demi masa depan aku. masa depan yang sekarang aku lakar supaya ia seronok untuk ke kenang akan datang...


benar kata orang jika kita tak pernah merasai susah, merasai masalah dengan kawan, masalah dengan segala hal kita sebenarnya tak ada kenangan dan segala masalah adalah guru dari setiap sudut perkara. 


mungkin aku terlalu menyorokkan segala perkara. sehingga menjadi nanah dalam relung hatiku. aku bimbang, aku bimbang jika aku luahkan ia akan menjadi bahan umpatan manusia yang tak pernah kenal dan mengetahui duduk perkara sebenar. aku paham. jadi biarlah ia terus menjadi nanah dalam jiwaku yang paling dalam. aku pasrah.


terima kasih atas segala pengalaman manis, pahit, maung, segala sifat baik, garang, marah, penyabar, benci, dan segala rasa saket hati, ambil berat, toleransi, dan pemurah yang kalian semua tunjukkan. aku tahu aku mempunyai kawan disekelilingku. namun aku masih mencari yang memahami diri aku..tak pernah ada walaupun ia hampir ada...


aku terima segala setahu lebih segala ujian yang Allah berikan kepada ku. saket aku, marah aku, air mata aku, kudrat dan keringat untuk segalanya tentang pengajian ijazahku ini. ijazah ini membuat aku lebih matang dengan segala yang aku pelajari dalam masa ini. saat mengumpul segala kenangan dan aku tamakkan pengalaman bersama kawan2 yang akan aku kenang pada masa akan datang..


terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada pengalaman dan kenangan aku. harap itu semua menjadi kenangan dan pengalaaman buat kawan2 ku semua..


lelah aku tak berhenti. jiwa ku tak tertahan lagi. cukup sampai disini. dan aku cuba gagahkan diri dengan setiap perkara yang datang.



Suara Aneh dari Langit di Sarawak





Malaysia kini gempar dengan bunyi dari langit di kawasan Kota Samaraha, Sarawak. bunyi yang amat kuat seperti guruh tapi amat pelik seperti mengaum.


Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.


Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.






satu benda je aku pikir saat aku dengar bunyi ni


"ya Allah, ampunkanlah dosa2 aku ya Allah.. sesungguhnya diri ini penuh dosa2 silam"


"ya Allah, banyaknya dosa2 aku yang belum lagi bertaubat. belum lagi pikir akhirat secukupnya.."


"amalan aku sikit sangat nak dibawa ke akhirat. ya ALLAH! ampuni hambamu yang lemah ini"



serius. ni je. 
masih tak terlambatkah??




walau apa pun persoalannya ingatlah bahawa kita perlu sentiasa berdoa dan bertaubat. melakukan maaruf dan mengelakkan mungkar..




assalam..




Sunday, January 15, 2012

Tensen tengok kawan kemas2 balik rumah!





hati rasa bagai disiat2 kerana kawan2 rumah aku ada yang dah angkut barang balik rumah. perghhhhhhhhhhh,... hangin je gua tengok. ni ada karang lepas je paper ni aku kemas barang kang! huaaaaaa...


kawan2 rumah baru aku nak hantar barang 17hb ni dekat rumah puncak alam. aku rasa nanti aku nak ikut la tengok rumah tu macam mana pulak. aku nak angkut barang nanti dalam 21 hb sebab aku habis paper 20hb. aku ni duduk rumah sewa mana la ada barang sampingan yang boleh kemas dulu, sebab kalau aku kemas memang aku tak berbaju dan tak tidur la, tak ada tilam. heehehehe..


ada pulak kawan serumah aku ni Masscom, memang selamat la diorang habis paper 16hb ni. tadi dah angkut barang bawak balik rumah. dia duduk bilik kawan jadi selamat la dia tak payah kemas apa2 lagi. just angkut dan blah. 


aku pulak tensen dengan kawan2 aku. jap ag dia nak balik dah. sorang lagi kawan masscomm aku ni tak balik tapi dah sikit2 angkut barang bawak balik rumah kakak. dah sepah2 dah rumah sebab semua dok berkemas. choyyyyy.. sedih gue tengok.. hehehehe


tak pe, nanti aku balik jugak kan.


ingatkan dulu masa diploma je suka paper tutup pagar, ni degree pun sama jugak. paper tutup pagar. cuma bezanya dekat sini pagar tak pernah tutup. huahahahah... dulu asyik2 muka aku je paling last balik dalam bilik tu. tensen aku. huaaaaa...


ok2. bila la nak pergi study ni?? 


diorang tak bangun2 lagi rupanya! heyyy.. bangunlah korangggg!!







*miss her a lot! sob3! *




Pagi ahad yang indah!





Assalamualaikum kawan2..


dah sarapan?? ermmm.. mestilah dah kan? sekarang ni orang dah makan tengahari dah pun. aku je baru terhegeh-hegeh masak sarapan. hehehehehe..


hari ni kena sambung study dengan lebih struggle sebab esok adalah paper Finance yang amat aku tak reti. setiap single soalan aku nak tanya kawan2. apa benda ni. nak buat macam mana ni. haih.. kesian aku. dan kesian kawan2 aku. terpaksa menolong aku yang lembab nombor dan kira2 ni. 


sumpah aku tak reti sebab tu aku tanya. hehehee..


aku janji dengan kawan2 aku pukul 1 tapi sekarang ni dah pukul berapa dah.. semua dok senyap je lagi. haishhh.. korang ni. jangan la cenggini. takut aku woh! aku tak study banyak lagi. korang tak apa la, korang dah heybatttt... hehehehe


sekejap lagi kot nak keluar study dengan si budak2 sengal. matik la ketawa sakan kalau dengan diorang. sebab dengan sorang je tu pun dah ketawa je, inikan pulak yang sorang lagi gila. sama2 la pecah usus ketawa bagai nak rak.. hehehehee


korang apa plan hari minggu ni? mesti ramai yang nak jalan2 dengan family tersayang kan? mestilah penuh segala pustakaan, wet world, pasaraya, mall, taman2 rekreasi dan tempat2 yang sesuai dibawa bersama kanak2.. haissssshhh!!


jangan merungut ye iza. satu hari nanti kau pun ada anak dan kau as a mother nak bawak anak2 kau jalan2 hujung minggu... jadi paham2 je la kalau sekarang kau nampak ibu bapa muda sibuk usung anak kanan kiri dengan stroller dan beg baby demi nak bawak anak jalan. jangan jugak kau marah kalau budak2 tu jerit2 suka sangat dengan keadaan dia main. biasa sangat dah tu..hehehehe


sebenarnya kami suka budak2. kalau tengok budak2 kecik yang comel geram je nak pegang tapi tu la. tahan je, buat2 macam tak dengar. padahal, ramai dah kawan2 aku slow2 mengaku "best ada anak".. ibarat bercakap dalam selimut, orang tak dengar dan kentut tak berbau.. eh, apekah tetiba cakap sal kentut ni??? hahahahaha


ye, ye, ye. 


tu adalah pengakuan antara kami. tu gayanya dah hampir bersedia kearah berkeluarga. heeeee.. bestnya! kawan2 nak kawen. semenjak ada sorang kawan ni dah selamat melahirkan baby perempuan rasa macam best sangat. ehhhh.. sebenarnya budak tu lahir je kami2 dah pikir,,,


kami dah jadi makcik!!! OMG!!


apekah kan? -.-'


bukan nak pikir apa, pikir sal status dulu. sebab kawan kami tu baru umur 21 dah ada sorang anak. ewaaahhh.... kami dah 23 kot. sah2 la memang makcik.. ceh! sedih!


padahal aku ada ramai anak sedara tau dekat Singapore.  cuma aku je tak kenal. choyyyyy!!!



k la kawan2 , nak sambung gosok tudung. heeeeeee  =)







*tu pipi ye, bukan apam gula hangus -.-'*



Saturday, January 14, 2012

Baru nak naik





sekarang ni aku banyak tengok ramai gila budak2 sekolah yang dah mula buat blog lebih hebat dari budak2 yang dah habis sekolah. yelah. sekarang ni internet di mana2 sahaja kan.. memang la senang je kalau nak tengok apa2 dekat internet..


lepas tu aku tengok ramai la yang add aku dekat blog. ada yang suruh aku add balik. aku add ye sebagai tanda kunjungan baik. kalau setakat tu ok je. tapi nampak sangat blog budak2 ni tak matured. ada yang pelik2 pun ada. sebab apa aku cakap pelik?


1. tulisan floresent gila. latar belakang hitam legam.
2. tulisan pelik2. dengan gaya tulisan yang super 'COOL' la sangat bagi diorang.
3. tulisan yang kecik2. sampai saket mata nak baca. 
4. tulis tak ada peranggan. atau tak highlight isi penting. pening nak baca.
5. penuh gadget comel2. bling. 
6. suka tulis dia tu kelas apa, tingkatan berapa. dan apa yang berlaku dekat sekolah.
7. tulis pasal pakwe. 
8. letak gambar pakwe banyak dekat sidebar kanan tu. tulis "sayang b ketat2, muahxxx!" ewwwwww,...
9. suka letak lagu2 dekat blog.



malas aku nak senaraikan segala kebiasaan adik2 ni. tapi ade jugak yang baik dan bagus blognya. matang. tapi tak banyak. sikit sangat.. ermm.. 


tapi yang kalau dok kalut sangat tulis sayang dekat pakwe sampai berkajang2 mau la aku malas nak add. biar je. sian la adik2 ni. tape dik, nanti kalau awak dah besar awak tahulah apa tu matang. semua orang akan melalui rentak hidup yang sama..


chill ya adik2 yang baca. jangan sentap atau terasa. nanti2 adik2 akan tahu bila blogwalking di blog2 orang2 yang pro dan senior. 










*cikgu izza dari sungai ni datang ajar korang. garang tak dia??? hahahhaa*





bai!




Kenapa Ada nombor dalam dunia ni??





sedih sangat sebenarnya biarkan blog aku terbiar usang tanpa ada pengunjung setiap hari. sedih. sedih. tapi apakan daya. aku ni saket. dengan final exam pulak tu kan. jadi banyak gila kekangan yang membuatkan aku tak update blog setiap masa.


dah la dengan aku yang tak ada idea yang mencurah ke ladang gandum. sah2 la blog aku berhabuk je. ahhhh.. mesti ramai yang singgah kata, bosan gila blog budak hijau ni. ceh! tak ada information langsung! hahahaha


isnin ni aku ada paper Finance. okeh. aku tak pernah suka kira2 dan tak pernah reti. sekaligus aku macam malas gila nak belajar. ramai yang kata suka math sebab suka kira2. aku memang tak suka kira2 sejak dari sekolah dulu. no wonder la math aku selalu rendah. aku rela hafal sejarah, buat karangan BM berkajang dan baca pendidikan Islam sampai lebam tapi please jangan suruh aku kira2 dengan calculator tuh. memang aku alah sikit.  -.-'


aku suka bahan2 bacaan je. bahan2 kiraan tu fail la sikit. bahan bacaan, puisi, cerpen, novel, artifak, bahan bacaan lama, sejarah, semuaaaa aku suka. ye, aku suka sangat la benda2 tu. sampaikan aku boleh jadikan bahan tidur aku bersama. aku dapat A dalam subjek tu semua dalam SPM. sebab aku suka! yeah!! ^_^


ni aku nak study pun tak ada mood. kawan2 aku awal2 pagi dah sampai kat pustakaan sebab study. aku ni masa tu baru terhegeh2 nak mandi la. makan ubat la, ceh... tak boleh pakai. si lembab dan pemalas. kahkahakah..


mesti korang malas kan tengok aku membebel ni. tapi aku memang suka membebel sebab tu la kawan2 aku panggil aku makcik. makcik kuat bebel. dah la bebel macam orang tua! hahahaha


but i only 23 years old girls ok! hehehehe



owhhhh.. dah 23 ke?? awwww...







*pic diploma. muka sangat suci dan spek kecik! hahahaha*





bai!




Saket Penghapus Dosa





Assalamualaikum kawan..


pe kabar semua. sihat2 je ke? saya hampir sihay. hampir je. tapi tak sihat lagi. huuuu... ingatkan hari ni dah ok. rupanya tak lagi.


haish.. doakan saya cepat sembuh ye semua. saya ada exam isnin ni. jadi kena study sekarang. jangan la saket saketan lagi. saya perlukan masa study yang banyak sebab paper lepas ni Finance. susah! dan saya perlukan kawan untuk study bersama! huaaaa...






ubat2 Pusat Kesihatan UiTM bagi dekat saya. ok, ubat UiTM ni bagus tau sekarang. jangan tak tahu pulak. kalau makan konpem baik. jadi kalau PK tu bukak time anda semua saket terus la menuju ke PK. dapatkan rawatan dan ubat free. free ok, tayah nak ngade2 bayar.


kalau kau pergi klinik luar mau la RM30 paling minimum dia charge kan? ubat yang dia kasi banyak kot. ada lima jenis. kalau satu dah RM 5. kalau 5jenis dah RM25. charge doktor lagi. kan??


ni free.. mudah dan selamat. jangan risau la. kalau saket pergi je PK. aku memang sayang UiTM ni. sebab ada klinik free. sebab aku ni jenis penyakitan. kalau ada saket2 mesti nak ubat dengan segera. tak mampu aku nak tahan badan saket ni lama2. hadoii.. camne eh, korang yang tanak makan ubat tu leh tahan saket sendiri?? tak paham aku..


sejak masuk UiTM ni memang la aku tak pergi klinik luar. melainkan aku dekat kampung. saket. so, kena la pergi klinik biasa dekat kampung. tu pun kena la RM30 sorang. hemmm...


dekat Melaka dulu pun aku selalu saket. tapi dulu saket kulit selalu. mengelupas la. ape la. ermmm.. pastu ade la sikit2 demam. sampai kena ambil darah sebab masa tu musim chikugunya. bahaya wooo.. pas ambik ubat tu aku kena speaking BEL pulak. memang merapu2 la aku cakap.. saket la katakan..


macam2 kalau nak diceritakan sal saket aku. tapi buat sekatakat ni aku tak pernah la saket sampai kena masuk wad. kawan2 aku ade la ramai masuk wad. saket diorang lagi la teruk. sian aku tengok kawan2 aku kadang2..



hopefully aku sihat cepat. aku makan ubat betul2 supaya tak datang dah saket perut, demam dan saket tangan aku ni. sob2..



ok.nk study..heheheh



bai!






Friday, January 13, 2012

Saket itu penghapus dosa






Assalamualaikum semua..


semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya. ermm.. salam hari jumaat yang penuh barakah sekali. semoga kita semua berada di dalam lingkungannya.. aminnn....


semalam aku ada paper. jadi haruslah balik paper je tidur macam orang tak pernah tidur semunggu. aku rasa semua ni sebab mind set je. tapi aku pun suka juga tidur. wakakaka.. 


bangun2 makan tengok muvie then tidur balik lepas tu. pagi ni dengan barakahnya aku saket perut semua. memulas2 dalam perut macam ada washing machine dekat dalam perut ni. haduiii.. memang menguji keasabaran sungguh.


dengan tangan kanan aku ni semakin saket. hari ni lagi la teruk tangah aku ni. dah payah gila nak ikat rambut, nak pakai tshirt pun punyalah saket. tak boleh angkat tinggi2. huaaaa.. macam dah tak ada engsel je bahu kanan aku ni. 


tadi masa ambik baucer buku tu aku rasa macam nak pengsan kat situ. tapi aku tahan je. pikir yang aku bleh tahan. tapi kalau ikut hati dah lama dah aku pengsan kat situ. hahahaha...


sekarang ni rasa macam demam sebab panas sejuk. rasa macam saket perut datang dan pergi. dan bahu yang saket. huaaaaa....


nak pergi klinik... T____T




Wednesday, January 11, 2012

Morning!





Assalamualaikum semua..


selamat pagi rakan2. ewahhh.. rakan2. dah sarapan ke semua? belum? ada baru bangun? ada belum bangun? hahaha.. kalau tak ada planning nak pergi mana2 memang sedap tidur kan..


hari ni aku kena study baik punya sebab esok ade final exam subjek dekat puncak. semalam ada satu subjek ni  esok ada lagi. kemain dekat lagi dia nak bagi. nasib baik la subjek esok ni tak killer, kalau tak aku yang suicide agaknya,..hahahaa


amboi, kemain lagi killer2 bagai. macam la kau ni ambik kos perubatan ke, law ke, engenering ke kan nak killer2 bagai. kos hotel je kot. mane ade susah sangat. err... tapi bagi aku susah la jugak. yelah, aku ni bukan pandai sangat. jadi haruslah aku kata susah. ermmm...


jadi mari study dengan kadar yang maksimum hari ni. jangan main2 dah. esok kang tak tahu nak jawap apa. ermm...


wish me gud luck ye! 


bai!







*rindu diaaaaa.. heehehehe








Tuesday, January 10, 2012

Pikir dulu sebelum buat!






semalam heboh tentang perhimpunan 901. semua institusi pengajian tinggi berjaga2 dengan ketat supaya pelajarnya tidak terlibat dalam demostrasi yang akan menghancurkan anak bangsa sendiri. tengok macam budak UPSI tu dah kena gantung kan.. tu la, terlibat lagi dalam benda2 macam tu..


aku ni malas nak ambik tahu pasal Perhimpunan 901 ni. sekali gus malas nak ambil tahu pasal politik Malaysia. tapi memandangkan aku duduk dekat Malaysia dan mengamalkan sistem demokrasi dan aku juga pelajar institusi pengajian tinggi, aku rasa aku kena ambik tahu pasal semua tu.


tapi aku tak penah berminat dan tak pernah terlibat. that's it! 


ramai yang bangkang Anwar Ibrahim dibebaskan. jadi terimalah keputusan itu seadanya. =)


kepada pelajar universiti, jangan mudah terpedaya. jangan cepat melatah melihat politik kotor pembangkang, jangan cepat goyang lutut dengar cemuhan, jangan cepat naik tangan kalau ada hinaan dari pihak2 yang cuma memprovokasi keadaan politik Malaysia yang sepatutnya berada di landasannya...


jika anda juga turut merusuh, anda juga turut demo, cepat melatah dan pendek akal, pada siapa lagi bangsa harapkan pada masa akan datang untuk memimpin negara ini? cubalah renungkan..


takkan nak letak negara ini kepada orang yang tak sepatutnya kan??



jadi aku seru semua pelajar, fokus pada study dan final exam. jangan dok meroyan nak demo bagai. ko demo nanti kang ko repet, pas tu extend. nak ke pemimpin yang extend sampai sem 8 dan 9? nak?


tanak kan??



so, study smart. think smart. konvo on time! yeah!!!





*ewahhhh.. kenapa entry aku ni macam serius bin politik ni??? erkkkk..





kbai!




Selamat Pagi!




Assalamualaikum..


selamat pagi semua! sihat? dah sarapan? dah pergi kerja? sekolah? kelas? dah pergi pasar? 


ahhhhhhhhhhhhhhhh... gila bosan dengan soalan kau iza! tak de ke soalan lain?? ceh! hahaha


hari ni aku dan kawan2 ada test ECO yang agak menyesakkan jika tiada spot question. kalau ada spot question maka hati otomatik akan jadi legaaaaaaaaa... tatau la kenapa. hehehee


walaupun ada harapan yang soalan spot tak akan masuk, tapi pelajar still rasa selesa. siap study apa yang di spot aje. dan termasuk la aku. kalau tak mau aku dok mengelabah kambing nak study macam2 benda dekat dalam notes ECO ni. hehehe


jadi, saya harap doakan la saya dapat menjawap soalan dengan betul dan lancar. semoga semuanya berjalan mengikut perkiraan normal ye. hehehee..




*check slip masuk peksa dan kad matrik ada tak >.<




k bai!




Monday, January 9, 2012

Perhimpunan 901





hari ni kecoh pasal Perhimpunan Bebas Anwar Ibrahim 901 tu. haiyak.. sekarang orang ramais edang berkumpul di Mahkamah Jalan Duta. 


aku pun tak tahulah kenapa orang ramai sangat sokong Anwar Ibrahim ni. dah la aku memang tak paham politik. sekali gus buat aku tak suka. nak buat demo2 bagai. hadoi..


dah la ramai budak2 universiti yang terlibat. please la pelajar2 yang terpelajar, jangan libatkan diri kamu dengan politik yang mampu membinasakan kamu. kalau kamu kata kamu tak sokong kerajaan, habis yang kamu belajar ni semua bukan dari kerajaan? bukan universiti kerajaan?? 


pikir la.


mahkamah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim tak bersalah. benda ni jadi rumit sangat. jadi sila jangan masuk campur kalau tak betul2 paham..











pikir la wahai mahasiswa! =)




Study di Perpustakaan Awam Selangor!





Assalamualaikum semua! selamat pagi!


anda semua sihat? harap semuanya sihat2 belaka. hari ni minggu kedua mula persekolahan.adik2 tu jangan merungut pergi sekolah. tanamkan azam tahun ni akan lebih berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang. ewahhhh... menasihat macam makcik2. selalu je rasa macam tua sangat. samapai kakak aku pun cakap, aku kalau beri nasihat macam orang tua..hahahaha  =.='


ok2. hari ni aku nak sambung study yang semalam punya. semalam study dah la sekejap pulak tu sebab pustakaan awam shah alam tu dah nak tutup, so kali laju2 la keluar semula. lepas tu pergi minum dekat mamak. lepak sampai penat. then, jalan2 sekejap. balik je terussss tidur! huarghhhhhh... 


jadi hari ni study sampai lebam. jangan main2 lagi! 






ni study la kengkononya. tapi dapat duduk dekat lantai je sebab semua meja dah penuh dengan orang. pulak tu datang petang. memang la tak dapat duduk dengan selesanya. sebab ramai gilaaaaa orang datang study dan melepak bersama anak2. bagus tau bawak anak pergi pustakaan.. boleh baca buku....heeeee






korang tengok la. kemain lagi seraknya kami2 ni study. macam work hard sangat la kan. padahal bercakap je all the time. aku kalau dengan diorang ni aku tak rasa malu nak gelak2, nak buat lawak, nak perli2 sebab aku tahu diorang ni boleh buat benda macam tu. even si Cepa yang baru aku kenal sem ni pun aku dah rapat, inikan pulak Irsyad, Shami dan Ain yang dah lama aku kenal tu..hahahaha



relax je rasa berbual dengan diorang. thanks jadi pendengar aku selama aku membebel beberapa jam tu. sangat hargai pendengaran korang. heeeeee...






kbai!! <3




Sunday, January 8, 2012

Solat Sunat Dhuha








ramai yang tertanya2 apakah sebenarnya solat sunat Dhuha ni sebenarnya. ada yang paham akan terus melaksanakannya. tapi bagi yang tak tahu mesti akan rasa tak perlu. solat ni sunat je. tapi sangat bagus untuk membuka pintu rezeki kita sebagai manusia yang akan memulakan hidup dan bekerja pada awal pagi lagi. dengan ini aktiviti seharian kita akan lebih lancar dan mendapat lebih keberkatan daripada Allah s.w.t.


ok, kita straight ke kaedah sembahyangnya!


- Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur

- Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.




Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua 
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa 
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita dan rezeki kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Doalah walau dalam apa bahasa sekalipun. =)





mudah sangat nak lakukan kan kawan2 sekalian. kalau kita lakukan kita akan mendapat pahala dan rezeki yang diredhai Allah..




Selamat Pagi Ahad! =)





assalamualaikum..


selamat pagi semua kawan2 sekalian. pagi? boleh diiktiraf lagi kan?? waaaa... seronoknya pagi ahad yang indah ni kan? korang ada plan jalan2 pergi mana2 ke? pergi berjalan dengan keluarga best kan hujung2 minggu macam ni. pergi pantai ke, piknik ke, pergi bersiar2 ke, pergi window shopping ke..heeeee


sarapan apa korang pagi ni? aku sarapan telur setengah masak dan roti bakar. air pulak Old Town Hazel Coffee... huagrhhhh.. sedapnya! tambah pulak susu full cream milk Dutch Lady! sedapnyaaaaa! lemak berkrim menggemokkan badan aku yang memang gemok nih! huhahahahaa...


tapi itulah menu yang aku idamkan! sedapnya.. tapi tak boleh makan selalu la weh.. matik la.. sekali sekala boleh la. bila tekak rasa teringin je..






macam dekat kopitiam pulak rasanya kan? nak2 minum air coffee Old Town memang la layannnnnn....heeee...


adore gila dengan kopi dan roti Old Town. sedap weh! 


lepas makan ni mari la kita study economy secara berjemaah dan fokus! sebab selasa ni ada paper economy. sangat la payah bagi aku yang tak ada basic economy lagi yang tak suka nombor serta segala macam tentang saham dan business. apakah aku harus lakukan??


aku berusaha untuk jatuh cinta pada economy tapiiiiiiiii.. nampaknya belum lagi la.. sob2.. kesian En Eco tunggu saya menerima cinta dia..hikssss!  -.-'


saya nak berusaha study ni. huarghhhhhh... perut kenyang hati senang. mata mula la melayang.....hahahaha




bai!





Saturday, January 7, 2012

Comel ke??






kak ija (aku) : buncit, pandang la sini...
cuput : tanak! dah la panggil kita buncit! huh!



kak ija : alololo.. meh la pandang sini..
cuput : tamao! majuk! 
kak ija : ala, tu pun majuk. tak comel la gini.... *ayat umpan*



cuput : eh, kita comel eh kak ija???
kak ija : haah.. *dalam keadaan terpaksa*








cuput : kita comel eh? *nata tak percaya*
kak ija : yelaaaaaa...*berusaha menjawab dengan kadar malas*








cuput : eiii.. bestnya orang kata saya comel.. *blushing*
kak ija : eh, kamu ni cepat perasan la!






cuput : nak dekat2 dengan kak ija la, kak ija baik....heeeeee
kak ija : eleh, kamu ni. kalau kak ija tak puji kamu tak nak ambik gambar ye???







inilah nak kucing baru saya. ada 3 warna yang bersepah. tak lawa warnanya. tapi comel jugak la. dan perutnya buncit! asyik makan je! grrrrrrr~



Monsoon Mayhem Desaru 2012








Monsoon Mayhem 2012. mari2 kita serbu pantai Desaru untuk melihat orang surfing!!