Happy Cat Kaoani -->

Friday, April 30, 2010

Rindu ke Sekolah...

tadi saya teman mak saya ke klinik
selepas ke klinik saya dan mak saya ke kedai melihat2 barang
lalu saya melihat barang peralatan menulis dan segala macam stationary yang warna warni dan cantik2.
lalu saya rasa mahu kesekolah semula
walaupun pada hakikatnya saya hanya suka barang2 yang cantik2 itu.

dulu masa saya sekolah selalu rasa masa panjang lagi untuk bersekolah
lambatnya mahu habis sekolah dan masuk universiti
lalu masanya pun berjalan dengan pantasnya
dan saya telah habis sekolah juga telah masuk universiti
tapi masih mahu kesekolah
kerana memori di sekolahlah yang paling berbekas dihati
memori di universiti juga tidak kurangnya
malah sgt banyak..

lalu waktu melewati sekolah lama saya akan pandang sekolah saya
sekolah saya tu sudah lama, dah tua pun..
mak, abah, dan kakak saya semuanya menuntut di situ..
sekolah yang memberi pelajaran kepada kami sekeluarga..

okeh2.nk beli liquid la, pemadan, staple, puncher, clip..eh, ntah ape2 lagi yang cumel2 tu
geram saya.pensel tekan2, pen, highligther..ehhh...
xboleh jadi ni..
bila tgk kotak pensel, crayon,pensel kaler lagi la saya teruja..
memang sgt seronok...
eh, dah2,,jangan merepek la..haha
MySpace

*kenangan2 di sekolah mula muncul..mane kawan2 sek men saya? mari reunion lagi..lagi dan lagi..rindu kamu semua...

Income Tax

esok adalah hari terakhir untuk mengisi borang income tax iaitu 30 April 2010
maka mak saya dengan penuh ketakutan dan debaran kerana belum mengisi borang untuk abah saya dan mengajak saya ke cc di pekan dan membuat secara online..
saya dengan rela mengikut dan sesampai di pekan..
owh! kedai cc apek Tan tutup!
saya pun bertanya kepada adik empunya kedai di sebelah kedai itu
mereka pergi berjalan, sebab tu tutup kedai..
"time2 ni la nk berjalan"..kataku dalam hati
MySpace

aku dan emak pulang dengan hampa MySpace
lalu malam ini saya telah bukak laman web LHDNM dan berjaya sehingga login masuk
passwordnya dan separuh dari isinya telah kakak saya masukkan dan dia telah surrender sebab pening mengisi borang itu
lalu saya memasukkan password yang kakak saya telah masuk siang tadi
setelah mencuba 2 kali monitor sy terpanpang la password salah
maka sy pn menge'kol' kakak saya balik dan tanya dia apa passwordnya td..
dia dgn ragu2 berkata "ntah, aku buat hurup kecik ke besar ek?"
aku rasa klu dekat nk je 'slap' akk aku nih..
MySpace

maka pertengkaran berlaku disitu
beliau mencuba dan huruf besar katanya
saya pula mencuba
emak juga malas mahu cakap..
semua bercakap dengan nada marah
kakak dengan hal sekolah dia
mak dengan hal income tax abah
aku??
buat2 marah jugak..uish
MySpace

aku mencuba password baru dan boleh masuk dengan jayanya dan berusaha mengisi e-borang dengan mak saya.
memang banyak benda kami tak faham
tapi saya katakan pada emak
"kita entam je la mak..agak2. janji isi.."
haha..
MySpace
klu pegawai LHDNM dengar mesti dia marah..
maap encik! haha..

sesudah saya dan emak mengisi borang dan sampai ke click cetak.
emak lega dan aku kelaparan
semasa mengisi sempat juga saya makan roti dengan sardin..
haha..lapar la mak...
mak kata makanlah..
mak click aje..haha

lalu segala marah2 dan pertengkaran kecil kami td senyap begitu sahaja selepas semuanya beres...
kui2..
amat tegang td masa mahu mengisi borang itu..
kerana income tax..haha..
sekarang emak sudah senang hati..
kakak masih susah hati..
mak = MySpace
kakak = MySpace

p/s:: kpd akk sy..kau marah aku, aku marah kau balik..haha

Wednesday, April 28, 2010

Aktiviti cuti ini

cuti ini bermula dan aku tak tahu apa aktiviti yang bakal diisi
masih berada dirumah dan makan juga tidur
masih mengadap tv juga laptop
mengarang dan melihat yang bukan2..
haish..

nak kata buhsan mmg la buhsan
nak kata apa lagi?
mengikut perancangan mahu belajar memandu kereta dan menguruskan badan
'menguruskan badan ' susah sikit.sebab tadi mak baru beli buku masakkan SAJI buat aku teringin suruh mak masak itu dan ini.
bukan aku yang masak tapi suruh mak yang masak.hahaha.
mak masak sedap, kalau aku masak alamatnya tak jadi..membazir..

hehe.tiap ari ikot mak pergi kedai beli ikan.
beli sayur.beli barang dapur juga jajan aku sahaja.
aiskrim.coklat.biskot, roti.jajan2 aku.

ape aku nak merepek lagi?
owh, hati nk mengarang..hati nk membaca novel..
semua nak buat..
tapi buatnya tidak..

okeh.sudah buhsan tahap melampau.
sape kawan2 yang ada dekat kampung?
semua nga final lagi belum balik kg la..
nak ajak en joy pun dia segan.
ajak pergi pantai kang.
em, idea baik tu..jalan2 kat pantai..sik2 pantai je.
kebuhsanan lagi..

Tuesday, April 27, 2010

Keluhan

Saat ini yang keluar hanya hanya keluhan
keluhan kebuhsanan
keluhan ketiadaan motivasi
keluhan ketiadaan keseronokan

bilalah saat ini akan berkahir
keluhan kejelesan
keluahan mahu bersaing
keluahan tak boleh kalah

hahaha
memang aku sedang bersaing secara senyap
secara diam.
kejelesan ini ada di merata-rata

Monday, April 26, 2010

Tamat Diploma

dengan penghabisan presentation hari yang sudah
maka hari itu dengan rasminya tamatlah diploma saya
yuhu~~
MySpace

walaupun pada mulanya presentation agak meneveskan tapi bila masuk present tak neves
sebab lecturer ok.
tapi presentation cam bongek.
haha.tade persiapan mmg begitulah gayanya.

bergambar dengan mereka2 yang sudah mahu memblahkan diri.
ada rasa sedih disitu.
dengan muka cuak masih bergambar2.
haha.

balik dengan cik sunshine n cik nurul.makan2 di KFC alor gajah dan menuju ke mc dalam hujan lebat.
masih bersama cik sunshine.
kepada cik sunshine, jika anda membaca entri saya sila la upload gmbr2 itu di fb atau di blog kamu.share2.sebab saya mahu gambar saya juga.hehe.

masih bersama cik sunshine.
pertama kali melangkahkan kaki di uitm bersama cik sunshine
terakhir kali meninggalkan uitm juga bersama cik sunshine.
sungguh panjang jodoh kita.haha

dan pengahkirannya beginilah.
tamat diploma
duduk dirumah.
membesarkan badan juga segala bahagian badan.
haha.
belajar memasak tidak juga belajar benda lain juga tidak.
dan maka dengan ini saya amatlah buhsan berada dirumah.
sekian.
MySpace

:: KaSiH YaNg TeRtiNgGaL::

Ini adalah rentetan cerita mereka.
Mereka yang saya kasihi.walaupun bukan sepenuh hati namun ia masih berbekas jua.
Saya tahu umur mereka memang tidak panjang.
Namun sentuhan dan belaian untuk mereka masih terasa.
Kasih sayang mereka memang tulus.
Selembut bulu2 mereka.
Mereka yang  comel, mereka yang manja dan masih terngiang-ngiang kedengaran suara dan gaya mereka bermain.masih terlihat-lihat lincahnya keletah mereka yang buat saya senang hati.memang menyenangkan hati.

Namun diantara mereka telah meninggalkan saya.
Buat selamanya.saya mmg sudah jangka semua ini.mereka takkan pernah lama.
Meninggalkan saya dengan seribu memori yang menyakitkan hati juga mencuit hati..

Mereka yang paling saya sayang adalah ‘Kecik’.
Ya, ‘kecik’ namanya.unik kn? Sebab masa dia kecil mak tgk dia kecik je.comel2 manja2.lalu mak panggil dia kecik.dan seisi keluarga memanggil beliau ‘kecik’.
‘kecik’ adalah kucing kami yang paling baik.paling lembut bulunya.paling lincah.paling comel.paling pandai.
Warnanya putih hitam sahaja namun kelembutan bulunya amat mengasyikkan sesiapa yang mengusap beliau. Sangat manja. Kuat tido dan kurang makan.hidupnya hanya dirumah.tidur.sampai waktu mahu beri beliau makan kami akan kejut dan bagi makan. Kalau tidak kecik tak akan selongkar tudung saji atau periuk sendiri.
Kecik mmg kuat tidur.mak boleh tinggal dia tidur sendirian dalam rumah dan mak pergi ambil aku dari sekolah.mmg tak lama tp dia mmg tak bangun.dia tidur sangat pulas.sampai aku balik rumah aku akan kacau kecik tidur.gayakanlah bagaimanapun dia akan tetap tidur.

Kecik juga kami bagi tidur dalam rumah kerana dia sangat baik.bahkan tidur atas katil dan sebilik dengan aku. Kecik akan tidur atas katil akak dan aku tidur atas katil aku. Dia tidur pulas membulat. Bila subuh selalunya dalam pukul 4 dia akan kejut aku sebab dia nak keluar. Aku akan bukakkan pintu dan kecik akan keluar.
Dia takkan kencing dalam rumah atau curik makanan kami.kecik juga tak akan kencing atau melepas atas tilam.kecik mmg baik dan pandai.dia akan keluar kalau dia nk buat semua tu.
Kecik juga suka tidur menyorok belakang mak.bila mak duduk atas sofa dia akan datang dan sorok kepala dekat belakang mak dan tidur.tak pun kecik suka tidur bersama kami, disebelah2 kami dan kami peluk.
Kecik pula sangat lincah.lincah bermain. Apa sahaja yang diberi mesti dia buat main.dia sangat suka bola kertas.dia akan main sampai bola tu hancur, basah dan bersepai..
Selain tu kecik suka main bakul angkat baju dan tudung saji kami dia akan masuk dalam dan duduk dalam dan main.kecik2..comel dia main.
Kalau nk cerita pasal keletah kecik mmg tak pernah habis.xpernah luntur dari ingatan tentang kebaikan, kelembutan, kelincahan serta kemanjaan beliau.
Huh, malangnya aku tak ada gambar kecik.kemudian satu hari kecik sakit. Dia x nk makan.badannya lemah.kemudian dia hilang dan tak balik2 lagi.mungkin dia dah mati.

Selepas kecik ada kontot. Kontot ada 2 ekor anak.seekor namanya abang dan seekor namanya adik sebab seekor jantan seekor betina.aku yang beri nama.
Abang amat garang dan penakut waktu kecil.adik tak berapa garang dan penakut. Bila mereka membesar abang menjadi sekor kucing yang gagah.adik masih begitu.bila kontot mati tinggal abang dan adik sahaja.abang selalu bergaduh dengan kucing lain yang datang dan mengurat adik.abang jadi takut.abang demam.abang lari rumah.sejak abang lari rumah mula2 sehari dua je kemudian abang lari rumah lama berbulan pula.
Satu hari abang balik.masa tu adik dah ada anak.yanti dan apin.masa abang ada adik dan ada yanti tp masa tu yanti kecik.sekarang ada apin pula.mak gembira abang balik.ingatkan abang balik terus tp rupanya beberapa hari lepas tu abang lari lagi.
Sekarang tinggal adik, yanti dan apin.apin adik yanti. Apin jantan.warnanya macam abang.ekornya mcm abang.mak sayang apin sebab apin baik.apin manja.apin xsusahkan mak.
Kemudian adik ada 4 ekor anak lagi.adik2 apin dan yanti.semua hidup tapi tiba2 sekor demi sekor anak adik kali ni mati.tak tahu kenapa.aku pun tak beri nama yang kecik2 ni sebab tak tahu nk beri nama apa.ramai sangat.

Kos makan banyak.mak bising juga.tapi masih sayangkan mereka.
Ura2 nak buang mereka mmg dah lama sebab ramai sangat kat rumah.tak tahan tanggung kos makan dan bila mereka melepas sana sini. Tapi masa tu mereka masih kecik masih menyusu badan jadi x sampai hati nk buang.tunggu besar sikit.
Baru besar sikit mereka sekor2 mati.tak tahulah kenapa.4 ekor semua mati.kemudian disusuli dengan apin. Apin yang mak sayang2 tuh.apin dah 3 ari tak makan.muntah2.kenapa kami tak tahu.mungkin mereka kena sakit.

Kemudian adik dan yanti pun sakit.tak makan.tidur je dan x larat.tapi adik dan yanti baik selepas beberapa hari kemudian.sudah boleh makan.sudah bising.
Walaupun ada yang tidak lama namun masih ada sisa sayang buat mereka.masih ada kenangan dengan mereka.namun sayang, nyawa mereka tidak panjang…



Wednesday, April 21, 2010

::tak terlawan kasih mereka::

kita kadang-kadang terlalu sayangkan mereka.
sayangkan mereka yang tiada hubungan dengan kita sepenuh hati kita.
lalu dalam sedar atau tidak mereka telah menyakitkan hati kita.
tanpa ada darah yang mengalir namun masih berbekas dihati.

kadang2 kita lupa yang ada lebih sayangkan kita
ada yang terlalu sayangkan mereka
kenapa memilih orang luar??
sedangkan yang mempunyai pertalian adalah lebih baik.
ya!
sesayang manapun kita pada seseorang itu yang tiada pertalian darah dengan kita iaitu keluarga kita sendiri kita tetap akan di sakiti, di lukai dan khianati...

walaupun orang kata ada juga keluarga bermusuhan
keluarga bergaduh
keluarga bertengkar
keluarga saling menyakiti
tp apalah sangat sakit itu.
apalah sangat musuh itu.
kerana darah yang mengalir di dalam tubuh kita masih sama.

walau bagaimana buruknya kita mereka masih ada
masih menerima kita
masih menyanyangi kita
masih mengambil berat pasal kita.
namun kita mmg selalu lupa

pengorbanan itu layak untuk keluarga
untuk keluarga yang sentiasa memberi dan menerima
keluarga yang selalu ada
yang selalu menerima kita
bukan orang luar yang kita tidak kenal..

aku sangat menyedari dengan adanya mereka aku dibentuk
aku terkawal dengan kawalan mereka
aku terdidik dengan didikan mereka
aku terasuh dengan asuhan mereka
terima kasih mereka yang bergelar keluargaku..
kasih ini semuanya untuk kalian..
di dunia mahupun diahkirat... ^_^

bas terbakar

isnin.
masa aku sedang menuju ke melaka untuk presentation
aku naik bas di larkin.
dengan penuh konfiden masuk je dalam bas KKKL yang tak berapa nak baru tu aku terus makan roti donat yang sedap tu.
sedang makan2 bas pun mula bergerak sikit2 reverse dan meninggalkan platform
aku tak kisah. sebsb dah biasa.
tak keluar lagi dari stesen larkin bas berenti.
aku ingatkan dia nk ambik penumpang lagi.semua tu biasa.

namun tiba2 pakcik bas tu jerit.
"turun! bas terbakar!"
hah!!!

panik!
lalu semua orang meyerbu turun.
aku jua.dan menjauhi bas yang dah berasap dan hangit!

pakcik driver bas tu simbah air dan sembur dengan fire extingusher segala
dekat belakang bas tuh.
kami di tepi tercengang-cengang melihat.
dengan kilat dan guruh kami berdiri sahaja menunggu keadaan stabil

selang 10 minint kami diberi bas lain sebagai ganti menuju ke Melaka
semuanya memori.
di melaka juga aku pernah naik bas ada percikan api dan semua orang panik.
takut bas terbakar la.

kereta rosak.
bas terbakar.
basikal tayar pecah.
semua memori...

PaNiC!

masa hari presentation pgi tu akak aku telah ke sekolah seperti biasa
dan aku masih di dalam bilik bersiap semua
namun selepas aku bersiap secara tak sengaja telah tertekan kunci pintu dan
pintu tertutup
sedangkan kunci pintu masih ada di dlm bilik

arh! saya mula panik!
bagaimanakah?
kunci di dlm..
bagaimanakah mau bukak pintu bilik ini??
MySpace

lalu saya turun ke bawah dan minta pertolongan pakcik sebelah yang baru lepas hantar kakak2 tu g sekolah
lalu saya panggil2 pakciktu suruh buka pintu gril sebab pintu gril pn akk tu kunci..
haish!
sebab terlalu panik saya tak reti nak bukak pintu sliding door kaca rumah..
hahaha~
padahal kat rumah ada 3 pintu sliding..dah biasa sangat~

namun selepas makcik tu carik kunci semua dapat kunci sepah2
tapi makcik tu tak tahu mane kunci bilik akk
lalu aku mencuba semua kunci yang maksik tu berikan
nasib baik boleh bukak
saya takut sangat sebab ini rumah sewa, rumah orang, bukan rumah saya..
huuuuu~
MySpace

Tuesday, April 20, 2010

selepas presentation~

maka segala rasminya segala penderitaan kami alami selama 3 tahun ini telah tamat
kami dah selesai buat presentaion hari ni
dan semuanya telah selesai
amat menggembirakan semua pihak

kami rasa semua perkara berakhir hari ini
segala bebanan
segala titik peluh juga

mula2 xde la nerves sgt tp bila tgk org len present mula la cuak
haaa...geletar semacam
tp bila masuk dan lect muka hepi dan sempoi2 je x de la takot sangat..ok je..

segalanya berjalan lancar dan mula hepi
dan sekarang benar2 hepi
diploma = done!!


Best Friends
Grab a new Myspace 2.0 Layout



Monday, April 19, 2010

dia buat lawan gado!!

dia mmg selalu menjadi kawan saya bergado..
almaklum la, beliau seorang saje yang saya ada
beliau mmg dah tue (maaf) tapi perangai beliau macam kanak2
beliau ni dulu suke warne kuning
tapi sekarang dah suka biru dan ijau(ijau?? mane leh!)
agak konservetif dan agak tidak moden..
hahaha..maaf..


beliau kuat marah..
kuat berleter...
kecoh2...
tapi beliau baik sebenarnya sebab beliau seorang sahaja kakak yang saya ada
heeee~~
actualy i lap u so much la...





Saturday, April 17, 2010

:: mari cari penyelesaian::

kalaulah kamu tahu bahawa aku tidak pernah berkata apa-apa terhadapmu
kalaulah kamu tahu aku juga tertanya2 mengapa kita jadi begini
kalaulah kamu tahu aku tak sanggup bermasam muka denganmu

namun aku tak terluah..
jika benar katamu aku juga begitu sebenarnya
aku juga diasingkan
aku juga dipandang hina
di kutuk
dikeji
namun aku tak tahu apa yang mendorong aku senyum
sebab aku aku tidak lama disitu

jika kau tahu bila orang yang tidak tahu pasal kita bertanyakan apa sudah jadi dengan kita aku tidak mampu berkata apa2..jawapanku " tak ada apa2.."
jika kamu tidak percaya kamu boleh tanya beliau..beliau yangg selalu makan dengan aku..
kamu tahu bukan?
aku tidak berkata apa2...
tak mahu memburukkan kamu..
walaubagaimanapun kamu masih kawan aku..

aku nk kamu tahu
aku juga merasakan sepertimu
mereka juga bermasam muka denganku
mereka memandang jijik denganku
mereka memperli aku
mereka mengutuk aku
mereka buat2 tak sedar dengan kehadiranku..

aku bukan jenis slumber
aku bukan jenis kecoh2
aku hanya diam dan memerhati
apa yang mereka fikir aku tidak tahu

mungkin kita mempunyai persamaan
aku mahu kamu tahu bahawa aku tidak pengaruhi mereka
mereka kata kamu yg menjauhkan diri dengan mereka
aku tak tahu pun
aku hanya mendengar sahaja tanpa memberi pandangan

mungkin kita telah salah anggap
antara entry kita juga tiada kena mengena
aku kadangkala berkata tentang orang lain
bukan tentang kamu
aku juga ada kenalan lain..
namun malangnya kamu telah terasa

aku mahu kamu tahu
kadang2 mereka memperli aku
perli yang tidak perlu
aku juga ada perasaan
terguris itu sudah pasti..

kamu juga sudah banyak menabur budi
aku amat berhutang budi denganmu
kamu baik sebenarnya yang aku kenal
namun apa masalahnya aku tidak tahu...

aku harap kamu memahami
aku juga rasa apa yg kamu rasa
sama ada mmg perangai mereka  begitu
atau kita telah di pengaruhi hati

akhir kata dari aku
aku mahu mintak maaf denganmu
dengan segala kesalahanku
dengan segala keterlanjuranku
namun untuk berdepan denganmu aku masih belum pasti
hati ini belum mampu

aku harap hubungan kita mampu dibaiki
mampu di betulkan mana yang salah
atas dasar sesama kawan aku telah secara jujur berkata denganmu aku masih sayang kamu dan mahukan hubungan kita yang dulu
aku harap kamu dapat memahaminya...

Tuesday, April 13, 2010

::Apa masalah kamu?::

saya mmg tak paham apa masalah kamu
apa yang kamu saket hati
dan apa yang kamu akan dapat dari semua itu.
bermulanya dengan sikap kamu.
dengan tingkah kamu.
aku tak tahu apa yang membuatkan kamubegini tp yang aku pasti kamu sebenarnya bukan begini.
pasti ada yang mendorongmu menjadi sebegini.
namun tidak aku ketahui kamu siapa dan mengapa kamu mengikut kata2 mereka.
kata2 mereka umpama racun sahaja.
MySpace


sekarang apa masalahmu tidakaku ketahui.
kadang2 malas melayan karenah kamu. aku sangat berasa malas.
biaralah kamu dengan sikapmu.
namun aku mahu kau tahu
aku tak de perasaan dendam kepadamu.
sebetulnya aku menyanyangimu.
namun kau tidak penah ketahui.
MySpace


pasti sahaja kamu tidak mahu mendengar kataku.
aku tahu kau tahu aku memperkatakan sikapmu.
berkata denganmu secara tidak langsung.
aku tidak mahu pergaduhan maya ini terus berlangsung.
namun aku masih belum berpeluang berkata2 denganmy secara telus..
MySpace


setiap apa yang kamu menganjing mmg aku tahu.
aku perasan sangat.
namun aku malas membidas.
kamu akan sedar jua akhirnya.
aku doakan kau berjaya.
kau dapat apa yang kau nak.
 MySpace


*sekiranya kamu mengetahui aku tak pernah mahu berkasar denganmu.namun sikapmu buat aku tidak mampu manahan rasa.

Monday, April 12, 2010

~~report yg mereportkan~~

hari ini suda hantar report.
sgt seronok kerana beban itu telah hilang.
telah tiada.yg ada cuma debar presentation sahaja.
MySpace

masih ada penat disitu.
masih ada kengantukan disitu.
amat sangat.
dengan ketidaktentuan makan dan minum.
serta ketidak tentuan tido.
uhhhh...

amat banyak ingin berbual sepanjang kejadian 4bulan ini.
4bulan yang penuh memori.
4bulan yang mengajar erti.
sungguh pelik dunia ini sebenarnya.
yang pasti aku mahu muntah dengan segala perkara.
haaha
jangan cakap besar.
aku tidak mahu menjilat ludah sendiri.
MySpace

:: lepas semua balak bencana::

dengan berakhirnya segala report
maka berakhirlah segala balak bencana yang menimpa diri
amat tertekan.tekanan.juga ditekan.
kekangan masa.kekangan internet juga.
MySpace

maka terciptalah satu  tekanan yang maha hebat.
yang maha sebal.
dan maha penat.
serius..

ok2..
aku nk tulis lagi tp kakak aku dh bising suh aku tido
sebab skrg dh pukul 2.13 pagi ari isnin...
wawawawa~

nanite dear...
MySpace

Monday, April 5, 2010

~~tempat menjadi dewasa~~

melaka
ada seribu kenangan disitu
tempat menangis
tempat gembira
tempat benci
tempat menjadi dewasa
ya! saya suka statement itu
tempat menjadi dewasa...

lalu melaka saya jelajahi lagi
melaka ade seribu gembira
melaka ada seribu duka
juga cerita tentang kita
semuanya bermula di melaka

aku yakin melaka tempat menyatukan dunia kita
kita= aku, kamu, dia....
MyEm0.Com

::sampai jua saat ini::

Dahulu masa menjejakkan kaki ke sini
hati mahu pulang
hati mahu ingin segera habis
namun setelah hampir bersama 4 bulan
segalanya bertukar


suka
gembira
mula menular


mungkin kadang2 ada yang menyebalkan
namun ke'best'an melebihai segalanya kadang2
namun itu hanya kadang2


yang pasti tanggal 5 April telah berakhir
maka berakhir jugalah perjuangan kami disini...
terima kasih kpd yang membantu
terima kasih JOTIC
terima kasih Jabatan Pelancongan N egeri Johor...
jasamu dikenang...

Friday, April 2, 2010

sudah terang lagi bersuluh

mmg sudah terang lagi bersuluh.
saya amat geli hati dengan sikap kamu.
geli.geli.geli.geli.
weekkk...
MySpace


malas nk bagitahu apa2.sebab klu org tgk pn orang dah tahu kamu yg copy paste.
kelakar la kau...
sangat kelakar....


ops! 
maaflah atas segala keterlanjuran saya sebab saya tak sengaja.
ha ha ha.
MySpace


rasanya tak perlu kan saya nk ckp siapa dirimu itu.
kerana kamu tahu sahaja kamu siapa.
juga aku tak perlu beritahu orang lain yang kamu siapa
sebab orang lain juga tahu kamu siapa..
sebab orang lain tahu juga perangai kamu...
lalalala~




*saya x pernah berkata begitu tp kamu yg berkata begitu...jd skrg kamu yg akan merasanya..

Thursday, April 1, 2010

terakhirkah???

aku tak mahu tulis segala caci maki di blog aku
tp banyak faktor yang mendorong aku untuk menulisnya
aku bukan jenis pemaki
tapi dalam keadaan ini kaulah penyebabnya..


hahaha..
jangan rasa diri anda hebat
jangan rasa diri anda bagus
juga jangan rasa org sekeliling anda takut dengan anda
sebab yang hebat cuma Allah,
dan perlu takut dengan Allah sahaja..
bukan kamu..
MySpace


aku bukan tak suka kau
malah tahap ketidaksukaan aku amatlah tggi terhadap kau
moga kau paham.
MySpace

aku bersyukur sumua ni hampir berakhir
sebab aku tak mahu mencaci maki dan mengumpat kamu lagi
buhsan.enough la.
cukup saja lakonan kamu.
MySpace

setakat apa yang kamu impikan itu adalah sangat aku ketahui
sangat aku fahami.
kau mungkin tak tahu yang aku tahu.tapi aku tahu.
buat2 tak tahu sahaja.mls melayan karenah kamu.
kalau aku nk kata aku seorang kena mmg bukan la sbb kamu mmg tidak berapa disukai ramai.
ha ha ha ha.
baru aku tahu kamu mmg teruk orgnya.
kalau beliau kata begitu juga jadi tidak hairanlah dengan aku kamu juga begitu.
MySpace

aku dah cukup melihat perilakumu.
setakat ini sahaja.
harap kita tak akan bertemu.aku juga tidak ingin bertemu mu lagi.
nyah kau dari hidupku!
MySpace

aku berkeadaan begitu atas kehendak aku.aku tak pernah melarang kamu berkeadaan begitu.
tapi kamu yg tak mahu.masih dengan gayamu.
jgn salahkan aku pula dan jangan menuduh aku control ke apa sbb mmg gayaku.
gaya kau mcm tu ikut suka kau la...


kepada kau aku beritahu sekali lagi. aku tak pernah rasa sedikit jeles pn sbb semua tu tak perlu.
juga rasa takot kepada kau.hentikanlah berkata2 aku takot kepadamu, sedangkan bayangmu aku tak takot inikan pula kamu.
plz la.jgn perasan ye.
sebab aku tak nk dengar apa2 dari kau!
MySpace


p/s: ingat saya tak pernah takot kamu juga jeles dgn tindakan kamu...tak perlu.