Happy Cat Kaoani -->

Friday, October 6, 2017

Selepas 10 Tahun





Assalamualaikumm..




Eiii.. lama sangat tak menulis, rasa macam kekok pulak  ni nak menulis
niat dihati nak tulis panjang-panjang tapi apakan daya aku ni pemalas kemain nak menaip sekarang
konon macam busy sangat tapi tak nampak pa pun apa aku buat 
kalau malam je nak tengok cerita korea jadi takkan mata tu aku nak bahagi dua kan walaupun mata memang ada dua biji
tapi tak boleh pulak sebelah pandang lain sebelah pandang lain kan. haha


nak cerita pasal aku jumpa kawan sekolah aku balik selepas 10 tahun tak jumpa
masyaAllah feeling dia macam kau dah tua sangat dah tau
10 tahun lepas aku jumpa dia last sebelum dia masuk matriks dan aku dapat form 6 
lepas tu aku dah habis study abah dia pun pindah ke kampung dia semula kampung dekat Kelantan.


tahun ni dalam bulan 8 lepas kawan akuni Liyana nama dia kahwin dan suami dia rupanya kerja dekat sini
jadi aku ada ajak dia jumpa kalau dia datang ke sini nanti.
jadi bulan lepas dia datang sini dan kami dapat jumpa
jumpa pun dekat KFC je lepak berbual.


sebenarnya berbual dalam 3 jam je tak dapat cover 10 tahun punya cerita
tapi boleh la dapat melepaskan rindu nak berbual diantara kami








haruslah muka aku paling depan sekali kan dah tangan aku pendek pastu aku pulak ambik gambarnya. hahaha
lantakkan la muka aku paling besau pun janji ada kenangan bersama
tu yang pakau tudung kelabu tu kawan aku sebelah tu suami dia
kawan aku ni datang sini masa ayah dia kena pindah Johor masa tu dia darjah 4.
sampai habis tingkatan 5 sekolah sensama dengan aku.
lepas SPM dia masuk matriks sebab dia memang pandai pun 10A SPM kau. haha
mampu tengok je la aku
terkuis2 tengok keputusan SPM aku tapi janji semua kredit aku dh cukup puashati masa tu
yelah, aku memang tak berapa pandai sangat pun


nasiblah dekat sini ada KFC buat melepak ke apa. kalau tak ada terpaksa pergi Marrybrown je.
baru-baru ni dah bukak Pizza Hut elok la boleh makan pizza tak jauh.
lepas tu nampaknya outlet Dominos pun nak bukak. syukurrrr tak yah jejauh nak makan dah.
kalau dulu drive sejam baru jumpa Pizza Hut and Dominos. hahaha


banyak yang aku, Liyana dan Shakila bualkan masa tu
walaupun 3 jam je tapi dapat la tanya itu ini even tak semua benda dapat cerita
insyaAllah ada rezeki dapat jumpa lagi
sempat la cerita pasal kawan2 sekelas si itu buat itu, si ini buat ini
si anu dah kawen, si ini dah ada anak, dah tambah anak dan itu ini
aku je masih macam ni. hhehe