Happy Cat Kaoani -->

Thursday, March 31, 2011

Berakhir Minggu yang Amat Memenatkan!




 serius minggu ni sangat penat gila2 sebab tiap2 malam stay up untuk buat folio dan study untuk test. start hari ahad sampai hari ni baru relax sikit rasanya. meh2 saya cerita apa yang membuatkan badan dan minda sangat2 penat.



hari ahad tu study dan buat folio untuk hari isnin.ada juga yang buat outlie dan slide BEL untuk presentation hari isnin tuh. semua bersengkang mata. dah la aku balik hari ahad tu terus buat kerja. makan curik2 then siap2 makan cepat dan cepat buat kerja semua. mana nak buat outline, mana nak buat folio, mana nak study lagi. menggagau buat macam2. aku ingatkan aku je yang macam tu sebab aku balik, tapi rupanya semua kawan-kawan aku tak siap lagi. hah, sama je semua, kalau tak terdesak jangan harap nak buat!



dengan tak tidur hari isnin tu balik petang tu tidur terbongkang jap. lepas tu start buat kerja balik untuk folio serving nak hantar hari selasa tuh. hukhuk. tak tidur satu malam lagi. lepas tu kelas serving aku balik pukul 6 lebih. sebab balik pergi print menu untuk hari rabu aku jadi COD lepas tu aku balik naik bas lambat gila sampai dan orang sangat ramai nak balik. grrrrrr.. penatnya sampai rumah dah petang sangat! huuu..



lepas tu mari study untuk test hari rabu. huaaaa.. tak tidur lagi.. tapi mata tak boleh tahan sebab kan dah beberapa malam tak tidur dengan sempurna. lepas tu membaca sambil tersengguk-sengguk. folio pun kena buat jugak malam tu. haiyak! sekali test tak ingat hape pun. cis.. hampeh jek.. petang mari ke kelas masak. haaaaa.. sampai pukul 11 la kami memasak sakan. aku jadi COD means Chef of the Day. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar dan sedap makanan yang kami masak semalam, dan saya amat berpuas hati dengan kerja kawan-kawan saya. =)



dan untuk ke kelas pagi ini amatlah berat. penat yang ada selama beberapa hari ini amat mengajak supaya teruslah tidur wahai iza! tapi berbekalkan kupon mcd yang terdampar 2 keping di dalam beg maka kami gagah2 untuk ke McD pagi tu untuk dapatkan free kupon tersebut. hamboiiiii... ramai gila orang dekat McD  mana2 pun!!



mula2 nak ke McD sek 3 dekat Wisma Mais tu, sekali nampak penuh gila... pergi dekat McD sek 9. dekat Plaza Shah Alam tu. penuh jugak. then ke McD  Kompleks PKNS beratur jugak la.. ramai gila orang nak beli set breakfast untuk dapatkan kupon free tuh! gila ramai macam nak bayar saman jek. hahahhahaha.. berusaha untuk dapatkan jugak kupon tuh. alang2 dan beratur lama2 dan penat tunggu. dan menyebabkan kami terponteng kelas pagi tuh. maaflah en Z kami tak sengaja. McD yang buat kami macam ni. lagipun kami kan tak pernah ponteng kelas en. tak pe2.. kami janji minggu depan kami pergi kelas yep! hehheehhee..





dan balik la kai di tengahari buta dengan set big breakfast di tangan. lalu makan dengan rakus dan tidur. selamat membesarkan badan ye kawan-kawan serumah saya! hahahahhaha









=)




Wednesday, March 30, 2011

Kepenatan dan Kekalutan



tiga empat hari ni aku jarang update blog. bukan sebab sombong tapi sebab banyak sangat kerja dan esemen + folio nak dibuat sekali gus. hari ahad bersengkang mata untuk buat folio dan juga baca untuk test hari isnin. sekali macam biasalah, test tak jadi, minggu depan barulah lect kata nak buat test. folio tak tengok lagi...huaaaaaa!!! penat buat ni madam!! tengaklah.... sobs sobs



lepas hari isnin tu nak bawak ke selasa bersengkang mata lagi untuk buat folio subjek yang hari selasa. sebab lect kata nak tengok selasa tu. waaaa... buat dengan gigih. segigih sgigihnya sampaikan tak tidur walau seminit pun malam ni semata-mata nak buat folio tu. daannnnnn... dengan seronoknya lect saya tak tengok pun folio tu tadi. beliau kata minggu depan baru audit datang tengok kerja2 awak. huaaaaaaaaaaaa untuk kali ke-2!!




dan malam ni sekali lagi bersengkang mata sebab esok ada test. dengan rasminya mata kena bertahan untuk malam ketiga. huish!! kesian mata saya yang sepat dan comel ni, saya telah endera dia dengan kadar yang amat teruk... kesian... kesian.. nantilah saya balas dendam dengan tidur sepanjang hari! huahahahhaha




sekadar hiasan =)




Tuesday, March 29, 2011

Awwwww... 100 already!









yawwwwwww...
sudah mencapai follower ke 100!
terujaaaaa..



sangat kesian sebab baru dapat 100 followers -_-"
kesian kan? heeeeeeeee



terima kasih kepada SYAMIRA ZAINAN kerana menjadi follower ke 100
=)



selamat malam
saya nak buat kerja



lalalalallaa~




Friday, March 25, 2011

Earth Hour!




esok pada pukul 8.30 malam mari kita beramai2 menutup lampu bagi sama-sama kita menyokong earth hour 2011. 





jom2 tutup lampu untuk menyelamatkan bumi!





psssttt :: entri pendek sebab dah nak balik naik bas. okdahbye.



Hikayat Merong Mahawangsa!




"Empangan kalau sudah dibuka, manakan dapat menahan airnya"- Kamawas, HMM 2011.








sebenarnya dah basi dah cerita ni. aku tengok cerita ni hari isnin hari tu tapi tak dapat nak membebel dekat sini. ni baru ada kesempatan. aku nak membebel pasal cerita terbitan KRU Studios. memang mantap habislah. kalau aku bagi rate cerita melayu memang boleh dapat highest mark. bukan sebab dia punya modal RM8 JUTA tu.. tapi sebab cara penceritaan dia.








aku suka sangat bila starting cerita tuh. cara penceritaan di sangat unik. dengan angel camera yang best. skrip bahasa lama dan sangat unik digunakan waktu bercerita tentang permulaan siapa Merong Mahawangsa. pemilihan pelakon yang tepat dengan gaya tersendiri. 


dan badan Stepehen Rahman sangat mantop! huish.. efek yang bagus walaupun belum mencapai efek hollywood tapi ia satu permulaan yang sangat baik!


starting bermula je cerita bila lihat kapal2 layar Rom menuju ke China tapi hilang satu persatu dipukul ombaik badai aku cuma boleh kata "banyak duit KRU". WOOWWWW... macam cerita The Chronicles of Narnia! hebattttt!!


tapi masa babak Merong bercakap dan bercinta dengan Embok, aku bosan. jadik tertidur dalam panggung. best sangat dengan sejuk2 tu. melelapkan mataku yang sepet ini. bangun2 je aku nampak Kamawas gila nak tuan puteri. dan aku dengar quote diatas. sepanjang jalan tak boleh blah asyik cakap je kawan2 aku ni.


tapi overall best la. cuma sedikit sedih kerana ending Merong mati. choyyyyyyyyy.. hero kena la hidup!!!




dalam poster ni muka pelakon semua lain gila! tak kenal sangat. tapi bila dah tengok baru aku kenal. pelakon hebat2. patut lahhhhhh!



apa pun SYABAS KRU...
permulaan yang baik!




chewaaaahhh!!








wajah dah berubah! 
yeeeeee haaaaa..
tapi baru ubah background..
malas benor nak edit semua
kalau edit semua memerlukan masa yang banyak...



saya sangat bizi minggu depan
ada 1presentation, 1 outline, 2 tests, 3 folio kena buat..
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...




saya boleh balik pulak minggu ni
seronoknya balikkkk
walaupun penat tapi best



ada tujuan sebenarnya balik ni
bukan suka2



saya ada berita gembira 
tapi kalau dah betul2 konfem la nanti saya beritahu
tak mahu beritahu sekarang
sebab belum konfem lagik



ok syg2 sekalian???



Panjat Pagar



ceritanya bermula begini. semalam malam saya ada kelas memasak dan kawan2 lain ada kelas serving.dan seperti biasa juga saya akan menunggu mereka sehingga habis kelas barulah saya akan pulang. sebab saya pulang bersama mereka. nak dijadikan cerita, malam semalam kelas serving kawan2 saya habis lambat. maka dalam pukul 11. 20 baru baru terkedek2 semua nak keluar. kalau hari biasa belum pukul 11 dah keluar pagar jadi still ada pak guard akan jaga dan tunggu sampai pukul 11.


semalam kami keluar lambat dan pagar kecik dekat tepi fakulti ni telah di KUNCI! kami dah la semua penat. tak larat nak pusing masuk hotel dan keluar ikut hotel pulak. haishhh!  kami jerit la dekat kawan2 lain belakang kami yang pagar kunci. sekali faz dekat parking dengar kami jerit terus dia berdekah-dekah ketawakan kami yang tak boleh keluar!


hadoi! kuatnya faz ketawakan kami! gilak betol. kami dah jerit2 marah dalam pagar sebab faz dah macam hape ketawa tak henggat dunia. suka betol faz bila tengok kami yang ber'high heels' dan berbaju kitchen tu terkangkang2 panjat pagar fakulti sebab nak ke parking hotel nak balik rumah. sebelum ni ada kawan lelaki yang dah lalu ikut pagar tu sebab pintu pagar dah kunci. tapi begitu kejam mereka kerana tak cakap yang pintu pagar dah berkunci jadi kami pun terpaksa la ikut laluan tuh! cis2!!


aksi panjat pagar dengan baju kitchen dan seluar kotak2. sangat ayu! nasib baik la pagar dekat fakulti tu bukan jenis yang tajam2 atas besi dia tu. just flat je. kalau tak mau koyak rabak seluar! huahahahahha


tiba2 feeling macam budak sekolah fly masa waktu prep. sebab malas study ataupun hujung minggu yang membosankan. maka mari kita fly. panjat pagar belakang hotel bersama rimbunanpokok pelam. kan kan? korang buat dulu kan??? teeeheeeeee =D


lain kali tamau balik lambat2 sampai lepas pukul 11 sebab nanti pagar tutup.hahah. pengajaran dan pengalaman yang sangat bermakna. mana ada budak universiti panjat pagar dah besar2 ni? semua ikot laluan biasa dengan motor dan kereta. tiba2 aku dan kawan2 ni siap panjat2 pagar segala.


choyyyyyy sangat!!! hahahahhaa




Thursday, March 24, 2011

Apa Kena Dengan Blogspot ni???




someone please help me! kenapalah aku punya blogspot ni jadi macam ni? dah berkali2 bukak new tab dan refresh tapi tak keluar bloglist dalam simpanan kita tuh. semua kosong! 


apa dah jadi??




apalah nak jadi ni? kenapa jadi macam ni? terbantut niat nak blogwalking sebab dah tak ada alamat nak diterjah sambil membaca entry terbaru dan hangat daripada anda semua! cissssssss



tapi keadaan ni tak menentu.
kadang2 ok kadang jadi la macam ni
macam hampeh je.
cissss



sesiapa tahu yek kenapa jadi macam ni??





Wednesday, March 23, 2011

Lenguh Kaki



tadi kelas serving untuk kali kali ke 7. hah, maknanya lagi 3 minggu aku akan jadi SOD means Supervisor Of the Day. maka haruslah gementar sebab itu minggu evaluation yang amat tegang. 

tadi lect dah cakap akan ada second examiner then akan buat sorang2 semua sekali dari awal sampai akhir. sangat takut okeh. mula la ingat yang diri ini telah lupa nak buat changing table cloth, lupa cara2 nak buat buffet table punya... cara2 yang betul la sebab semua tu aku jarang buat. orang lain je buat. aku biasa wipe cutlery, goblet, crokcery je. setting table aku jarang walaupun assign kat aku sebab aku tak reti sangat nak setting ni. malu nak tunjuk bakat.


ahhh, aku lupa nak bawa USB telefon aku. kalau tak boleh transfer then tepek gambar dekat sini. haila.. tadik la aku rasa seronok jumpa kawan2 lama. tasha, acap, kerol dan mazri. kawan2 masa diploma cuma degree dah ikut haluan masing2. hukhuk


haila... rasa kaki aku ni lenguh sangat! sangat2 la. rasa macam nak potong kaki. hukhuk. tensen ai! ok la. ai nak main2 je dekat mamak ni sebab slide kawan i buat. dia tak bagi orang lai buat. maka ai tunggu je la dia buat dengan kaki lenguh.


rasa nak balik then tidor! huaaaaaa!

Sunday, March 20, 2011

Sejuk!



hari ni mood aku baik. aku bangun kemas rumah. sapu, susun selipar dan kasut. then ganti surat khabar bawah rak pinggan. kumpul sampah sarap dan goreng megi goreng. goreng megi sebab aku nak makan then aku nak suruh shamie makan sekali. dia demam. jadi kema makan dulu sebelum makan ubat. 


tapi aku masak megi pun tak sedap. cis! memang tak ada tokoh memasak je gamaknya. 


apa lagi yang aku buat hari ni?? hurmmm.. 



aku belum buat folio untuk kitchen tu. cisssss... aku ingatkan hantar hari rabu. sekali tukar, hantar hari isnin. aku ni lupa pulak dia dah tukar. short term memory nih!



ok2 aku nak gi buat sekarang. papai!


Saturday, March 19, 2011

Char Kue Teow atau Megi Goreng??




hoi hoi hoi
tekak aku gatal2 nak makan char kue teow!
yang ada kerang dan kuah2 
sedapnya!!!
>.<


tapi tak ada sape nak teman aku
cis!


kalau ikot aku aku pergi je tapau sorang2 dekat kedai then balik makan
siap!



aku sukaaaaaa masakan yang dalamnya ada udang yang dah siap berkopek.
aku paling tak suka kalau udang tu half kopek atau tak kopek langsung.
tensen owh!
samaada aku makan sekali dengan kulit2 dia
atau aku kopek makan
atau kalau aku malas gila aku tak makan terus
baik aku bagi kat orang je.
malas aku.



tengok la mood aku malam nanti 
kalau ok aku kuar la sorang
kalau tak makan megi goreng je la.
abis cerita!





kalau megi goreng pulak aku suka sangat kalau megi goreng tu pedas2 manis.
ada pulak telur mata 'gegar'
perghhhhhhh... peberet!
telur mata gegar tu maknanya goreng separuh masak je.
meleleh je kalau makan telur kuning dia tuh.
hai hai
bagai di awangan!
>.<



hari tu aku buat megi goreng
tak pedas langsung
aku dah bengang je sebab tak ada sos cili ke apa2 kat rumah ni
aku selongkar la laci kabinet dapur rumah sewa aku
sekali jumpa Chili Flakes Dominos Pizza punya
hari tu ada makan dominos.
lepas tu bawak balik chili tu
aku pun bubuh la
sedaaaaaaaaaaapppp ohhh!
pedas2 idaman!
tekak ni mane boleh tak makan pedas kan..
manis2 ni tak boleh selalu



sedapppp oh sedappp
aku nak simpan la chili flakes ni
buat makan megi goreng nanti
tapi bahawa juga kan chili flakes ni
sebab biji lada tu dia tak buang
sebijik2
kalau makan takut kena appendix pulak
hukhuk



sebelum makan doa banyak2 supaya tak appendik
takut woh!!!



ok!
chow dulu bebeh





pssstttt :: saje tepek gambar makanan besar. kasi korang lapar. hahhaha 

Saya Join Bloglist Yuyu Zulaikha







korang kenal adik manis ni? dia ni memang cantik pun. somey2! suka buat mimik muka yang kelakar dan lucu. hahaha. dia kata dia nak buat bloglist. eeehhhh.. rasa nak join la bloglist gadis manis ni.



adik manis ni femes tau. ramai follower dia. dah 3 ribu lebih dah. pemes kan adik manis nih! 
waaaaa.... harus la nak menyibuk dalam bloglist dia jugak. manae tau dapat tempias femes tu sekali sekala.



hah! kalau korang nak jugak tempias femes boleh ler join Bloglist Yuyu Zulaikha
lepas tu buat la macam yang dia suruh ni. 



senang je bila dah buat.





Yuyu, saya mau masuk bloglist awak tau!
heeeeeeeeeeee... =)








Friday, March 18, 2011

Bukti Tsunami di dalam Al- Quran



1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.






ya Allah. semuanya telah tertulis!!



Tsunami di Jepun



atas kesibukan seharian menjadi pelajar. aku tahu apa yang berlaku di luar sana. selama 5 tahun kita sunyi dari Tsunami di Acheh. sekarang tahun 2011 kembali semua kejadian yang meragut ribuan nyawa. 


TSUNAMI
kereta bergelimpangan. macam main kereta mainan dalam tab mandi kan??

pusaran air di laut





sebelum apa yang berlaku di Acheh ni kita tak pernah tahu pun apa itu Tsunami. tak pernah terlintas ada kejadian macam ni. tak pernah terfikir pun apa yang terjadi boleh terjadi. semua ini kuasa Allah. kalau Allah nak lakukan sesuatu tu Dia boleh lakukannya sekalip mata. janganlah kita menidakkan kuasanya.


aku peka dengan semua berita ni. aku tengok video dekat youtube. kalau korang nak tengok jugak pergi search sendiri! jangan malas. nak aku bagi link aje. biasa dia ni!


sedih tengok keadaan disana. nasib baik aku dengar siang tadi dekat kedai makan pelajar Malaysia dekat Jepun semua selamat. ok2 sahaja sebab mereka di Tokyo. tapi yang risaunya juga bila radioaktif tu mula merebak sampai Tokyo. BAHAYA tahu tak. kena mutasi nanti. woooooooooo... takuitnya!!!


sebab kalau kita tengok baby yang kena mutasi amatlah menakutkan rupanya. bukan sahaja rupanya malah keadaannya. seperti KLON! yup! KLON! klon adalah melanggar hukum dunia! hanya ALLAH sahaja yang layak menciptakan sesuatu...


banyak sangat tempat kalau korang nak tengok keadaan kat Jepun. sebelum dan selepas tsunami.keadaan rakyat Jepun sekarang. dahsyat kan? 


kita janganlah lupa pada yang Maha Esa. sesungguhnya setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. semuanya sudah tertulis sejak azali. tunggu masa sahaja apa yang tertulis itu dilakukan satu persatu. 


ia tak lain sebagai peringatan juga balasan terhadap manusia yang lupakan penciptaNya. 




rasa macam sesi kaunseling pulak kan? hahhahaa




ok2. mari tengok video tsunami di Jepun!



Thursday, March 17, 2011

Terbatal Perancangan!



akhirnya! finally! dah tak ada esemen dan presentation buat esok lusa nih! waduhhhhh.. seronoknya! bolehlah berfesbukan dan tidur dengan lama dan senang hatinya kan??


buat sehari dua ni dengan nak hantar esemen la. lepas tu esoknya kelas  sampai malam. lepas tu prepare untuk presentation pagi ini dan kelas sampai petang hari ni sebab ada kelas ganti. sangat la menahan diri dari fesbukan dan update blog. limited time. padahal semua manusia diberikan 24 jam sehari. bukan ada siapa pun yang lebih.. haishhhhhh!


maka dengan ini aku merancang untuk pulang kerumah minggu ini disebabkan aku rasa minggu2 akan datang aku tak akan dapat balik dengan tenang sebab ada je benda yang akan dibuat hujung minggu tu. sekaliiiii... ada ceramah pulak. wajib hadir. damn!


bengang je aku. -_-"


terus mesej mak aku tak jadik. huhaaaaaaa... jadi hanya duit je la yang akan sampai pada aku. bukan aku yang akan sampai rumah aku sendiri. sooooo sad! cis!



Wednesday, March 16, 2011




sangat smart bukan
bayangkan dalam tu iPhone warna hijau
dan sampul iPhone pun hijau
tapi simple dan kemas macam tu aje


sweet kan?
aishhhh
benci la kalau jumpa benda2 macam ni
nanti kalau tak dapat aku jadi terkilan
terkilan dan terkilan


ahhhh
bila nak merasa ni?



hukhuk



Berebut-rebut



semalam berebut rebut buat esemen untuk hantar hari ni. tak tidur semua. tidur pukul 5 lebih bangun pukul 9 setengah. kemudian buat CV. curriculum vitae. sampai terlajar nak ke kelas. dan akhirnya tak pergi sebab dah lambat sangat. sigh. 

kalau aku tahu la malas aku buat CV tu. membazir je tuang kelas sebab benda tuh, cisssss.. sedih wooo bila tak pergi kelas ni. tensi ak uolsssss!


petang ni kena la pergi. sebab petang ni kelas masak. kalau kurang staff memang jadi kacau bila la. lagi pun aku harap dapat la jumpa orang-orang yang aku nak jumpa nanti.


harap2 juga kelas petang ni akan best. best erti kata lain biarlah aku tak bosan.sebenarnya aku dah bosan dengan kelas2 sebegitu. tak sabar rasa nak balikrumah je kalau datang kelas. entahlah, kenapa ntah bosan jadiknya. huuuuuuuuuuuuuuu


malam ni pun belum tentu dapat tidur yang cukup sebeb esok ada presentation untuk subjek lain pulak. balik kelas je pukul 11. lepas tu baru nak buat. memang tersengguk-sengguk la semua present esoknya kan? heeeeee


Tidak Tidur Lagi



hari ini malam ini aku dan kawan2 tak tidur lagi kerana menyiapkan esemen nak dihantar esok. aku tahu bukan group aku je yang tak tidur ni. mesti group orang lain pun tak tidur sama macam aku. aku dah tau style diorang macam mana. sama je stail macam aku. hikhik


GAMBATTE kawan2! walaupun aku tahu semua mata dah layu. tenaga memang sedia kurang sebab kelas kitchen dan serving siang tadi tapi kena jugak buat sebab esok dah kena hantar.  sila TABAH ye semua kawan2 sekalian. nasib kita sama sahaja. 


ermmm... esok mesti semua pergi kelas dengan mata layu dan kelat. tak pun dengan emosi yang tak stabil. sebab ketidaktiduran akan membuatkan hormon tak stabil. hikhik. esok tengok la memasing muka ketat bagai dan bengkak merah. hehehehe


sekarang ni masih bertahan kat kedai mamak 24hours sambil surf internet dan buat kerja bersama member2 sekumpulan. belum compile kan lagi eseen ni nak menjadikan ia satu booklet. rasanya memang tak berkejar la nk print bagai esok ni. hukhuk. 


sila jangan tensen. sebab kalau tensen akan memudaratkan kesihatan mental dan fizikal. mari senyum sokmo!







Monday, March 14, 2011

Boleh buat aku senyum sepanjang hari =)
















sangat comel kek2 ni kan?
aku dah la suka makan kek 
nak2 pulak kek tu rainbow.
cisssss..
sangat la suka.



boleh senyum je memanjang
tak kira
senyum jugak!


bestnya
bila la ada orang nak bagi macam ni?
hope ade la some one yang bagi.



kalau tak aku beli sendiri untuk diri aku sendiri

happy birthday to meeeee....

sobs sobs!




T____________T






Tanpa Perancangan




Shah Alam - Melaka - Kluang - Kuala Pilah - Shah Alam




sebenarnya kisah ini bermula pada hari jumaat petang. kami berlima ingin ke Melaka untuk buat esemen. kemudian pada jangkaannya balik pada malam itu juga. tapi memandangkan salah seorang dari kawan kami tu nak balik Kluang, Johor maka kami request nak balik rumah dia. dari Melaka ke Kluang dalam 2 jam setengah. lepas kol mak beliau kami menuju ke rumah beliau di Layang-Layang, Johor. okeh. jauh jugak.


sampai dalam pukul 10 lebih. lepas tu makan dan tidur. semua kepenatan. dan juga kekenyangan. ok. kari ayam ayah dia masak sedap okeh. malu nak tambah. -_-"


berbekalkan baju dan kain batik pinjam. maka tidurlah kami malam itu. esoknya rancangan nak balik awal pukul 9 pagi. 

tapi! nan ado.. bangun je dah nak dekat pukul 10 mane nak balik pukul 9 kan? haha. bagus 5 orang anak dara ni. hakhakhak. tidur tak sedar dunia sebab kepenatan. langsung tak sedar nyamuk gigit la hape la. sedap je tidur sekatil 4 orang. tuan rumah tidur bawah. baik tuan rumah ni kan. heeeeee =)


12.30 otw ke rumah kawan sorang lagi untuk memngisi perut naga tasik chini ni. kakak dia kawin masa tu jadi dapatlah makan free lagi. horeyyyyyy!!


menuju ke rumah kawan ni then dia pandu sampai rumah dia. makan dengan enaknya. makan free la katakan. lepas tu dengan muka tak malunya mintak kuih denderam ataupun telinga keling bagi sesetengah orang panggil. sebab kawan2 memang tak tahu malu la nampaknya. sekali dia bagi sepaket. haaaaa... malu kau depan2 maka ayah dia, dia bagi bungkusan kuih tuh. cisssss... habis maruah kami yang hayu tu. ayu la sangat kan pergi kenduri kawen pakai tshirt dan slack. bagusssss sangat. sebab dah tak ada baju lain masa tuh. mula2 macam malu tapi bila dah sampai macam rilek je sebab ada orang tak pakai baju kurung jugak. heeeeeeeee =)



lepas ngap ngap rumah Lokman kami menuju ke Shah Alam. tapi singgah sebentar ke Kuala Pilah rumah kawan sorang lagi ni. berenti rehat, makan, mandi, dan solek2 kejap kami bertolak semua le Shah Alam. yang penting perut kenyang tanpa sebarang budget yang keluanr. padahal duit minyak, tol dan keta semua kami bayar jugak. 


untuk pengetahuan korang keta kami sewa. ermm.. shamie bawak. semuanya berjalan lancar. tak ada apa-apa perkara yang tak diingini berlaku. Alhamdullilah..


kami tak jangka perkara ni akan berlaku. tapi yang pasti kami sangat gembira dengan perjalanan yang tidak dirancang ini.


terima kasih untuk semua pihak yang telah bersusah payah untuk kami. kepada ibu Teha, ibu Hawa dan  Lokman yang membesarkan perut kami yang memang naga ni. 


terima kasih atas kerjasama anda semua. kalau tidak memang tak menjadi perjalanan kita. yang penting esok dan lusa mari bersama-sama bersengkang mata membuat report en K tu pulak ye. jangan lupa. =)



sekian.
tamatlah perjalanan kami.


huahuahuahhua. maka lepas ni  marimakanmegiharihari.
ok dah bye!




Sunday, March 13, 2011

3 Negeri..



aku baru pulang dari menjelajah 3 negeri tanpa disengajakan. dan ternyata ia amat menyeronokkan. dan sangat  gembira bersama kawan2 yang sengal dan ngokngek. 


tapi kopak.
kopak!


ok.
nanti aku cerita betol2 apa yang berlaku.
=)

Friday, March 11, 2011

Akhirnya..



satu malam tak tidur seba tunggu kawan buat esemen. dan saya yang tak buat jangan tidur juga. mari bersengkang mata bersama-sama. saya rasa lamaaaa sangat tak tutup mata. since petang semalam. hah, petang semalam dah tidur sekejp. then malam berjaga. sampai sekarang. sekejap lagi nak buat esemen lagi.


esemen owh esemen.
kau buat orang penat.


harap dapat markah ok. penat nak fikir sahaja. penat. penat dan penat. mengantuk dan mengantuk. 




full stop!

I love my spek!










 i love my spek. 
walaupun sebenarnya tak suka sangat tapi buat2 suka sahaja la.
hehehehe



ada orang suka aku pakai spek
ade orang kata bukak spek lagi ok?
mane satu ni?


pandangan orang lain2 bukan
ce citer



ok te tidak??




steward comel.



hari ni serving aku jadi steward. korang tahu tak steward tu kerja apa dalam konteks ni? ok. steward tu kerjanya basuh pinggan mangkuk yang banyak dan berat tu. bukannye pramugari okeh. salah2. nama dia je best kerja dia tak best pun. sebab kena duduk belakang cuci pinggan. haiyak. orang pakai cantik2 duduk depan ada aircond kau pakai tshirt putih duduk belakag basuh pinggan dengan tulang empat kerat. kalau nak kerat lapan pun boleh.hahahahah. tak lawak sangat pun. -_-"



okeh. aku ditakdirkan untuk jadi steward hari tu. maka aku dengan rela hati terima la seadanya sebab ia dah tertulis di loh mahfuz. jadi saya membuat kerja saya dengan efisyen, dedikasi dan bertanggungjawab. di sebabkan terlalu berdedikasi dan efisyen maka lecturer saya yang hensome bergaya tu telah memuji saya. 



en W   : Steward ok?
eyza    : ok!

beliau memandang ke atas dan ke bawah. kemudian berkata.

en W   : steward comel hari ni. ( muka statik. tanpa senyum)
eyza    :  haaaaa?? comel??? 

kemudian pandang dinding dan bercakap dengan diri sendiri.


eyza   :  blah la! 

sambil buat muka herot berot. okdah. akugelitahapdewadewi.




maka lepas tu aku semakin pelik. mengapakah lecturer saya yang suka perli dan jarang sangat memuji telah memuji steward yang kastanya paling rendah dalam organisasi hari tu? padahal dah ada 6 orang steward sebelum ni dia tak pernah puji2. mengapakah???


selepas tu, habis kemas2 lecturer aku cakap yang semua kena ke depan. tiba2 beliau berkata yang beliau tak puas hati dengan kerja kami semua hari ni kecuali steward. ok. masa ni aku dah pelik2 apa yang dia suka sangat dengan kerja cuci pinggan aku tu. aku cuci best sangat ke sampai nak suka gila ni. mungkin teknik aku basuh pinggan tu menggamit sanubari lect aku tuh. hahahha.



lepas tu dia kata disebabkan dia berpuas hati dengan kerja aku hari tu maka aku kena pilih 2 orang dari kawan2 aku ni sekelas untuk buat pertunjukkan mocktail dengan lagu dan goyangan badan sekali. dengan keadaan tersenyum dan boleh entertain orang lain. matiklah. maka, aku diberi kuasa memilih sesiapa sahaja. then semua dah aku pilih barulah aku pilih diri sendiri. dia siap komen yang aku buat tak best. ok tak pe. tak harap best pun. haha.



last masa dah nak siap semua aku pergi pulangkan cutlery semua. bila aku balik semua ke restaurant semua dah siap2 duduk tunggu aku dengan 2 orang kawan lagi. kawan aku masuk dulu jadi dia nampak ada kerusi kosong terus je dia duduk dekat kerusi tu. sekali ada kawan yang lain cakap jangan duduk situ. kerusi tu disediakan untuk aku cik steward pada hari tu. lecturer aku yang suruh letak kerusi dekat situ dan suruh aku duduk situ. uissshhhh... aku dah pelik2 kenapa lecturer aku siap sediakan tempat untuk punggung besar  aku ni nak duduk. apekah agenda beliau????



aku duduk la dengan rasa ragu2 walaupun suka sebanrnya. kawan aku ni terpaksa bangun dan duduk tepat lain. padahal aku tak kesah pun kalau dia duduk tempat tu. sebab ade tempat lain lagi boleh duduk. 



sampai sudah aku masih pelik dengan lecturer aku masa hari tu. sebab beliau jarang sangat memuji. memerli ada lah. aku macam.... hati aku jadik buka yang kudup nak kembang tiba2 bila kena puji pelik macam tu terus la tak jadi nak kembang. bunyi macam mercun 'pop' yang bebudak selalu main baling dekat lantai tu. sekotak RM2 jual kat pasar malam. lagi haru bila mercun tu dah masuk angin. hukhuk. bunyi macam kentut tak jadik. hahahhahahahaha.



sekian sahaja. gambar aku tak dapat lagi dari cik SOD hari tu. aku lupa nak ambil sendiri gambar aku jadi steward. kalau tak dah lama aku tepek. hahha
















Thursday, March 10, 2011

bagai ada sesuatu yang hilang.



aku rasa bagai ada sesuatu yang hilang dalam diri aku sekarang.
entah apa aku tak pasti



tapi apa aku rasa adalah bagai ada yang hilang
bagai ada yang tidak cukup
aku binggung




binggung memikirkan apa yang kurang
apa yang hilang




aku masih mencari diriku
mencari apa yang hilang






T______T

Friday, March 4, 2011

Nak Makan Kemain Bising!





dah sebijik macam anak kucing rumah aku. memekak je kalau nak makan. tapi kucing rumah aku lagiiiiii ramai dari ni. aku pun tak tahulah. ungkin diorang lapar sangat kot sebab tu jadik macam ni..hehehehe



rinduu giler dekat bebudak ni. rasa nk geget je. hahahaha. cumel2 je.



weeeeeee~



kejap lagi balik. boleh la lepas rindu. =)



Safi Rania Gold hanya untuk orang berusia??




kalau aku jalan dengan orang lain dekat shopping mall dan aku akan tengok2 product Safi Rania Gold. nampak menarik dengan ekstrak emas di dalamnya. tak terlalu mahal dan sesuai untuk remaja dan dewasa. sesuai tu maksudnya sesuai dengan harga la kan. apa lagi. =)


kalau aku cakap pasal safi rania gold mesti kengkawan aku cakap product tu untuk orang tua seba untuk enegangkan. iklan pun cakap tak malu cakap usia kalau pakai safi rania gold. jadi mentaliti orang dan set bahawa safi rania gold ni untuk orang tua je. untuk menegang. tak sesuai untuk orang muda. nanti orang muda ikut jadi tua. yeke?? 


macam tak percaya je semua tu. aku rasa la safi ni untuk semua golongan umur. sesuai je semua peringkat. ntah la. nak kata garnier hebat sangat pun tak jugak. biasa je. semua tu kena tengok tindak balas dari kulit orang tu kalau nak adaeffect la. kalau kulit dia ok maka ada la effect ok. kalau tak merana la. aku beli sebab safi rania ni sebab dia Halal. cehhhhh... sebab lain akak aku la start pakai jadi aku pun ikut. sebab tak tahu mane satu produk yang bagus. nak jugak try garnier aqua wane hijau tu. tak pun Loreal tapi mahai pulak. tak mampu den!





geram kan tengok satu set ni. waaaaa.. siapa nak belikan saya satu set ni? sekarang cuma pakai pencuci muka je. senang kata aku pakai lain2 product la. sebab saje je. pencuci muka lain. cream lain. tak ada cream mata la krim siang ke malam ke sume tak ada. lenjan je kalau nak tidur ntah bila2 je. tapi at least tak ada make up dekat muka kalau nak tidur. tak suka. melekit ke muka nanti. lagi pun tak elok kan. tak bernafas muka nanti. =)






ermmmm.. ramai kan pakai produk ni? nampak macam best sebab dia akan buat kita makin cerah. katanya la cerah. tapi kalau aku pakai hampeh je. tak cerah pun. kulit jawa campur melayu macam ni la gayanya. main panas kecik2 kan. dengan parutnya. hahaha..mana nak cerah. kuikuikui






eden sangat geram dengan ini produck. warna hijau tu harus la sukaaaaaa kan? waaaaa... tapi ni untuk mengekalkan kelembapan je. bukan untuk cerah ke hape ke. tapi warna botol2 dia amat la menarik minat aku. aku ni kan gila hijau. maka warna pilihan nih.huuuuuuuuu~


ada orang suruh pakai pencerah biar cerah sikit. ntah boleh cerah lagi ke tak tak tahulah. aku rasa macam tak je. sebab memang macam ni dah kulit tak boleh putih lagi. choyyyyy...



okeh angan2 untuk sem depan. cuba beli produk ni. bye.





ppsssttttt :: kecewa sebab dah tak ada wang. huuuuu T___T



Tercongok di Larkin!



macam biasa kalau dah sampai JB kena la tunggu beberapa jam dekat Larkin terchenta sebab aku akan naik bas pukul 5 pulak. haiyakkkk.. lamanya!


nasib baik ada McD yang WIFI FREE sepanjang masa. dapatlah aku duduk berjam-jam sambil online puas2.  dari pada aku duduk tak buat apa sangat la buhsan okeh.


duduk macam ni harus la ada makanan. pelik la aku hari ni. aku dah la tidur je sepanjang perjalanan balik naik bas. bas pun jalan tak sampai 5 jam dah sampai JB. tu berenti jugak dekat Yong Peng. tapi still cepat. aku tidur je. sekejap2 je bangun sebab makan jajan dan jawab kol orang. kalau tau memang la tidur sesaje. 


aku sedar2 dah dekat simpang nak masuk larkin. nasib baik sedar uollsssss kalau tak harus la ada orang kejut sebab bas dah berenti. waaaaa... malunyer. malam tadi memang la aku tidur lambat. tapi sebelum ni pun pernah juga tidur lambat. tak macam ni ngantoknya dalam bas tuh. ntah la kenapa. hukhuk


okeh. sekarang mari makan mc nugget. budget kenyang. sekali makan. lapar pulak.maca tak cukup je mc nugget ni! huaaaaaaaa!






Esok Balik Kampung! Horeeyyyy!




dah sebulan aku tak balik rumah. rindunya dekat adik aku bukan kepalang. rindu nak makan lauk mak aku jugak. semua tentang rumah aku aku tak tahan. rindu sangat. baru sebulan. tapi aku rasa setahun. mesti korang cakap aku ni kecoh je baru sebulan tak jumpa pun dah rindu sangat. orang berbulan tak balik rindu jugak tak de kecoh kan? 



pedulik hape aku. aku nak jugak cakap. suka hati aku la kan? statement kurang asam kan. hahahha. 



tak kira. sok aku nak mak aku masak macam2. masak2 yang simple dan tak dapat bila aku balik shah alam nanti. lain. rasa dia lain sangat! 



okeh. sekarang nak buat list dan kemas beg la. tata!






psssstttt :: weekend ni sah2 la aku tak update blog. rumah is my priority. no blog at home. just enjoy the moment wif family! 



Wednesday, March 2, 2011

KarokHOLIC!




semalam memang penat. kelas serving sampai pukul 3 lebih. lepas tu balik je terus tidur sebab tak tahan sangat penat.berdiri lebih dari 6 jam dengan kasut serving tuh amat memenatkan. cisss! pulak tu dengan kelam kabut masa mise en place sebab ketiadaan guest dan keaadaan yang agak kalut disebabkan meja tak cukup. haish, dengan kerja habis lambat semalam. tak capai target yang ditetapkan...hukhuk


malam tu untuk me'release tension' maka aku dan roomate dan kawan kelas pergi melalak sekejap. hilangkan tensen di jiwa. kalau ikut hati malas tapi disebabkan aku rasa kesorangan, baik la aku ikut memekak dalam bilik yang boleh jerit gila2 tu. jerit sampai aku sendiri rasa saket tekak dan nak terbelahak. hahahaha. tapi tak puas hati sebab aku rasa suara aku tak sedap dan kecik. macam suara kanak2 je yang tengah menyanyi. hahahaha..


lepas tu baru pergi makan. hilang tensen. =)