Happy Cat Kaoani -->

Sunday, March 30, 2014

Sedekah Jariah




Assalamualaikum...











sedekah jariah dan ganjarannya. 


kadang kala kita rasa  perkara yang kecik tu tak akan jadi apa2 tapi sebenarnya kita silap. sekecil manapun kebaikan yang kita buat nescaya akan beroleh ganjaran daripada Allah.


saling mengingatkan sesama kita.


aminn...




Aktiviti Lepak Zaman Bila Ntah!





Assalamualaikumm..



gambar melepak zaman bila tah ni pun kau nak tepek jahhh. antak. janji aku bahagia. haha. poyo sangat tau perempuan ni nak tepek gambar entah bila2 tah. ala, hari tu je pun. aku pergi rumah kawan aku bual2 lepas tu kawan aku ajak melepak tepi pantai. 


ala, kampung aku kan tepi pantai jadi hidup dengan pantai je la hari2. mengadap laut tak pernah jemu. boooo.. tipuu.. aku jemu jugak kadang2.hahha




ni Jabatan Ukur dan Pemetaan buat. ada dekat tanah area tepi laut hujung kampung. zaman bila letak benda ni pun iols tak tahu. tapi aku rasa macam vintage sangat benda ni. so aku snap la.haha.






tepi pantai. masa air surut. sebelah kanan tu Pejabat Imigresen. boleh je buat passport kat situ. tapi seminggu la baru siap. sebab dia kumpulkan baru bawak ke JB. jadi kalau nak buat senang je. bawak gambar terbaru dan passport lama. isi borang pastu hantar. agak2 seminggu siap la. jangan risau. boleh dah melancong! hikhik









cakkkk... hahahaa.. poyos gila. muka dah hilang bedak dah. lantak kau la labuu.. petang dah ni. matahari nak terbenam dah. kawan aku ni sibuk ajak pergi jalan2 so aku pun ikut je la. best jugak pergi kawasan air surut ni. korang boleh turun dan main kutip2 batu bawah tu. 





punggung selambak! hahaha. nampak tak air surut tu. meh turun. best tau! ade ketam kecik, ade batu2 bentuk unik. haha







last but not least muka sebesar pinggan please! hauahahaha.. 



babai!







Parah jugak nih!




Assalamualaikum...



selamat malam. ewahh. macam nak tidur la pulak kan? minggu ni seminggu cuti sekolah banyak sangat aktiviti yang aku buat. ewah. macam banyak sangat. padahal ulang alik pergi tengok rumah baru je. rumah baru pun banyakmasalah jadi terpaksa la setiap hari tengok pagi petang.


tapi sempat la pulak aku belanjakan semua duit BR1M beli barang online dari instagram je. parah dah ni RM299 dah habis kat insta je. tu belum aku kerja lagi. kalau aku kerja mesti ada je nak beli apa2 kat insta tuh. 




telukung travel. yes. akhirnya dapat jugak telekung travel warna putih bersih macam telekung biasa kita pakai dekat rumah tu. saiznya sangat comel dan memudahkan kita kalau nak bawak pergi travel atau solat luar. biasalah kalau pakai telekung surau atau masjid yang bertahi lalat, basah dan berbau tentu rasa sangat tak selesa kan? jujurkan konsentrasi solat aku pun kian terganggu la. 


dari dok senget2 mulut pakai telekung awam baik bawak telekung comel dan mudah ni pergi mana2. kan senang. dah la telekung ni disediakan sekali bag ade tutup acam tu. sangat la comel. macam handbeg tau uolsss.. 


saiznya dalam 6inci x 8 inci. sesuai letak dalam beg tangan. cuma beg tu kena besar sikit la. tapi kalau bawak macam tu pun boleh. ade tali. jahitan pun elok dan panjang tu sesuai la dengan ketinggian aku tu. tinggi aku 154cm. aku agak kalau tinggi sikit lagi pun boleh. cuma kain comel sikit. muat2 kita pakai la. 


easy dan praktikal. jahitan dan sulam ringkas sesuai untuk remaja macam kiteww ni. tayah sarat sangat dengan sulam. simple its better kot. ahaha. ke aku je suka ringkas2 ni? haha. maaflah sape suka yang penuh kerawang tu. 


tapi ni serius senang. simple dan mudah.


lupa la bagitau harga. murah je. mampu milik la. RM60 termasuk postage ke semananjung. aku beli ni dekat instagram @telekungcottonpastel. ce search. kau akan jatuh cinta dengan warna dan pilihannya. dah la aku minat gila hijau. aku nak beli warna hijau fern cair. tapi tak ada stock. grab je la warna putih. hahha. janji cuba beli. bila beli terusssss jatuh cinta! hahaha  >.<


pastu beli ni pulak.


 



fefeeling nak putih ke? jujurnya nak buat kuku, rambut dan sendir makin elok. mesti la korang tanak ada kuku lekuk2, tak rasa, menggerutu. nak yang licin elok. walaupun bukan yang paling cantik runcing dan buat rawatan spa at least terjaga sikit kan. sama jugak macam rambut. nak buat rawatan rambut dekat saloon? memang tak la. ini la salah satu cara aku jaga. kononnya.


pastu nampak tak dia boleh jaga ligament, bones, muscle, dan tendons. semua tu penting untung orang muda macam kita. belum kawen beb. badan nak pakai lama. jadi sekaligus nak buat rawatan dari dalam la ni. aku ni tak mampu nak beli suppliment dari mana2 untuk kegunaan masing2. jadi sekaligus aku telan je benda ni. haha. baru je pun. harga murah gila dapat. RM100 dapat K-colly, eye liner MAC, eye mask, dan 3 Shiseido face mask dan hair treatment. banyak kan free gift dia? haha


beli dekat FB tapi aku lupa pages mana. hadoi. haha. maafkanlah diriku.






ade balance lagi mari la lenjan sampai habis. maka aku tanpa segan silunya telah mengoder monopod dan 3in1 clip lens sekali gus. kemain kau. habislah aku selfie lepas ni. walaupun tak ada monopod ni tetap jugak aku selfie. haha.


aku bei dekat @aksesori_corner. haaa,, murah je RM88 untuk satu set ni. berbaloi2. sila la ke sana. hahaha. beli dekat insta jugak uols. jangan lambat. gi page dia serang dengan soalan mau beli benda ni. konpem dilayan dengan mesra. hihi.







baki2 lepas korek2 duit tu aku nampak la benda ni. sebenarnya dulu aku pernah makan benda ni. masa study. tapi bila dah habis satu botol aku pun stop. ni baru ambik balik. aku rasa benda ni bagus walaupun dia buatkan perut lapar gila pagi2. kita kena makan vitamin c ni malam. lepas tu tidur. bangun pagi2 tu akan rasa lapar. tapi tak apa la. pegi la sarapan kan. 


dulu aku pernah pergi trip kat Pulau Perhentian. lepas tu sunburn la sikit. tipu la kalau tak sun burn walaupun pakai Sun Play 130 tu. tapi lepas sun burn tu kulit aku tak mengelupas. hitam tu berunsur hilang dari hari ke hari. aku memang tak putih jadi tak nampak sangat la kot.. kalau orang putih sure la nampak sangat kan. hihi.


lupa nak cakap. aku beli dekat insta jugak. dah kata gila insta. haruslah beli semua dari insta. tapi jangan risau ade je dia jual kat fb atau wassap je nombor telefon atas tu. murah je RM45 sebotol.

dengan ini duit BR1M aku dah habis. semua barang ni aku belanjakan RM299. ngam2 sangat dengan apa yang aku nak beli. huihuihui.


terima kasih PM bagi BR1M. tahun depan bagi lagi. haha.


sekian. tata!




Tuesday, March 25, 2014

Pray for MH370




Assalamualaikum...










walaupun PM kita telah mengumumkan MH370 berakhir di Lautan Hindi tapi kita sebagai orang Islam teruskanlah berdoa dan bermunajat kepada Allah semoga semua penumpang dan anak kapal ditemui atau ditemukan. 


Al-Fatihah.




Sunday, March 23, 2014

Info Kucing : Kucing Demam




Assalamualaikumm...







Kucing akan mengalami demam apabila tindakbalas atau reaksi tubuhnya kepada sesuatu jangkitan atau penyakit yang menyerangnya ini juga di kenali sebagai 'pyrexia'. Suhu normal tubuh badan kucing adalah 100 - 102.5°F (37.7 - 39.1°C). Untuk menyukat/mengambil suhu badan kucing mungkin sukar kepada yang kurang mahir. Namun begitu kucing demam akan menunjukkan beberapa tanda seperti berikut :

Keletihan. - kucing anda tidak aktif seperti selalu dan tidak memperdulikan permainan kegemarannya.
Hilang selera makan. - kucing anda tidak mahu makan dan minum.
Bernafas dengan laju secara konstan. - bernafas seperti seolah-olah sesak nafas.

Menggigil. - suhu badan yang tinggi menyebabkan kucing anda tidak selesa dan boleh menyebabkan mengigil.
Menunjukkan rasa sakit apabila dipegang/disentuh walaupun dipegang sentuh secara lembut.

Menunjukkan sikap tiada respon atau tidak hirau akan perkara yang selalu mengambil perhatiannya. Sebagai contohnya, selalunya ia amat menggemari 'catnip' tetapi tidak apabila dia demam.
Apabila suhu badan kucing anda meningkat 102.5°F (39.1°C), anda perlulah sentiasa memerhatikan kucing anda dengan kerap memeriksa suhu badan kucing anda. Sentiasa menyediakan minuman yang sejuk untuk mengelakkan kucing anda dari dehidrasi. Turunkan suhu di kamar/bilik kucing anda dengan memasang fan atau aircond. Jangan sekali-kali memandikan kucing anda sewaktu kucing sedang demam kerana ini lebih memburukkan keaadan.

Sekiranya suhu kucing anda meningkat sehingga 105°F(40.5°C) segeralah bawa kucing anda ke vet yang terdekat. Kucing demam disebabkan beberapa perkara antaranya yang kerap :-
Jangkitan kuman
Barah 
Dehidrasi
Sedang menerima rawatan keseimbangan hormon
Cirit-birit
Kebanyakan penyakit merbahaya kucing seperti FIP, FELV dan sebagainya.

Nota: Setiap kali selepas kucing anda dimandikan, suhu badan kucing anda akan meningkat dan bagi kucing yang tidak kuat antibodi badannya akan menyebabkan kucing anda demam. Elakkan sama-sekali kucing anda dari terkena "Heat Stroke" dimana seluruh organ dalaman seperti jantung, paru-paru, hati, buah pinggang dan otak berhenti bekerja disebabkan suhu badan yang terlalu tinggi.





Artikel ni diambil di SINI. Boleh baca sini kalau nak info yang berguna untuk pemilik2 kucing. kita bela kucing, kita sayang kucing, jadi kita kena la pikirkan kebajikannnya. 


Dulu kucing aku penah demam sebab kena sebat dengan abah aku. dia nakal buat apa entah. lepas tu abah aku sebat sikit. lepas tu je dia demam. badan panas, duduk je dediam pastu tak nak makan. kesian sangat aku tengok. sebab dia kucing yang sangat baik. sayang sangat. 


budak bawah ni pernah demam sekali. bulu bukan main bergentel. badan panas. mata berair. bersin2. mata merah. teruk jugak la. sampaikan bagi ubat antibiotik dan vitamin. sekejap je baik. sekarang ni membesar bagai johan.haha





besar gajah. badan keras kejung macam batu. jantan la katakan. tapi kalau datang bab manja bukan main manja lagi. nama dia KECIK! hahaha..


walaupun besar godang tetap panggil kecik. telatah dia kelakar gila. suka aku tengok. hihi


jadi kalau kucing2 anda semua nampak tak sihat bagi ubat kucing ataupun bawk pergi vet ye. kita kena jaga kebajikan mereka sebab kita yang bela dia kan. 


salam..




Friday, March 21, 2014

Keputusan SPM 2014. tak ada kena mengena dengan aku.





Assalamualaikumm...



bercerita tentang SPM ni memang la penuh suka duka sangat. jiwa ni memang masih ingat lagi bila dapat SPM tahun 2007. aku SPM tahun 2006. keputusan tahun depannya la kan 2007. sama je dengan bebudak sekarang. tak ada beza. maknanya tak tua lagi la kan? haha. cuma sistem grade je berubah sikit. dulu pakai A1, A2, B3, B4, C5, C6, D7, D8, E9. gitewwww... rasanya ramai je sekali sistem dengan haku ni. golongan 20+ kan. haha. 


dulu masa sekolah aku ni kawan dengan top 1 student la kiranya. mostly dia akan dapat nombor satu dalam kelas. aku? aku belas2 je mampu uols. hahaha. tahu2 aku tak berapa pandai. haha. tabah je la belajar. dulu aku aliran sains tulen. tulen gila la sangatttt. tahun last pakai sains bahasa melayu. tahun depannya dah bahasa inggeris. tapi paper exam dah mula dwi bahasa. jangan ler kau mengada nak baca dalam BI bagai. aku baca dalam bahasa melayu pun tak paham sangat. hahaha!


aku ambik 10 subjek. sains tulen kan. harus la ada add math n kimia. 2 benda yang memang aku tak leh tagak langsung la. tagak korang paham kan? maksudnya tak tahan la. aku ni mana bijak. dapat addmath 20 markah pun dah syukur sampai langit. inikan pulak dapat 50. rasa nak nangis kegembiraan yang nyata la. 


kimia lak memang aku tak reti sangat formula ni. last2 SPM aku semua kredit. add math dengan kimia kredit jugak. tapi cukup2 makan la kerdit tu. kahkahkah. tapi aku hepi kot. susah gila soalan aku dapat kredit. apelah yang dah jadi kan? haha. jadi dapat 10 kredit la uols dapat. pastu dapat 3A je kot. matik la lupa. aku kan biasalah memang biasa2 je pun. 


pastu ramai kawan2 aku masuk matriks. matriks kan masuk dulu. jadi ada la tinggal aku dengan beberapa rakan ni terkontang kanting sebab belum masuk apa2. last2 kawan aku ada dapat masuk maktab, poli dan aku masuk form 6. 


aku ok je masuk korm 6 sebab memang aku tahu semua tempat bagus nak study kalau bersungguh. masalahnya aku dapat form 6 sains. melilau kau nak duduk mana bagai. sebab sekolah tu adelah sejam dari rumah aku kalau naik kereta. kalau naik bas dalam 2 jam. matik ler. hahaha. terus mohon asrama. dapat. alhamdulillah la. tapiiiiiiii masyaAllah sungguh tak best asrama tu. senior dia kus semangat. bukan main kerek. jenuh aku jadi plastik kat sane. 2 minggu duduk sana aku dapat panggilan UiTM. 


perghhhh.. balik sekolah mak aku kol cakap aku dapat panggilan UiTM Melaka kos Pengurusan Pelancongan. lantak la kos apa pun aku dapat, aku akan pegi jugak. sebabnya aku tak sanggup duduk asrama ni lagi. 


asrama memang la tetap asrama yang kau kena kongsi. masalahnya, bilik air yang kecik untuk mandi tu tak ada pintu. memang dicabut. cuma toilet je ade pintu. dan semua mesti mandi dekat bilik mandi BUKAN bilik air. wat deeeee.. apekahhhh aku kata? tu satu aku tak sanggup. pastu senior dia kemain kerek lagi la. tak sanggup nak hadapi. yela, takat asrama kena bangun pukul 5.30 pagi mandi sebab air kecik tu biasa. bangun awal sebab nak gosok baju tu biasa jugak. tidur berpeluh2 sebab tak kena kipas pun biasa. dan tidur satu dorm 40 orang pun biasa kot. entah la. ramai gila rasanya. ada 20 double decker. 


aku memang tak pernah dok asrama. tak merasa dan jujurnya memang tak suka pun. asalnya nak mohon tukar sekolah. hari2 aku telefon JPN negeri sebab nak mintak tukar. aku mohon tukar sekolah dengan tukar aliran. cikgu sek asal aku kat kampung pun nak tolong. masalahnya tak boleh sebab semua kredit jadi JPN tak bagi tukar sekolah. bagi tukar aliran je. nasib baik masa tu aku dah nak masuk UiTM. 


dengan ini aku dapat masuk UiTM Alor Gajah diploma. pastu sambung degree UiTM Shah Alam dan Puncak Alam. syukur sangat dapat masuk UiTM. aku percaya, semua tempat belajar adalah bagus. pelajaran yang kita dapat semua bagus. 


jadi adik2, mana dah dapat SPM tu mohon je smeua medium. tak kira matriks ke, politeknik ke, swasta ke. banyak pinjaman sekarang, jangan risau sangat okeh! =D


elelelelehhh.. mengimbau la sangat. kang tiap kali SPM je aku tulis entry kisah hidup aku ni. padahal masa je every year. aku kan pelupa yang amat. hahahah! boooo...





Salam Jumaat






Assalamualaikummm....














semoga kita beroleh keberkatan darinya. Amin ya rabbal alamin...




Baharui Lesen Memandu






Assalamualaikumm..



lama dah tak menulis. menulis pun bukan kerana nama tapi kerana inginkan nuff yang banyak. haha. jangan tipu la wei tanak duit. bukan meminta-minta tapi kalau orang bagi nak jugak kan? haha. apekah aku membebel ni?


datang fefeling malam mula la macam ni nak membebel itu ini. payah la perempuan ni meroyan tengah malam. sambil2 burung hantu ni dok berbunyi sebelah rumah mari la kita karang seketul dua entry buat blog yang sunyi lagi sepi ini. haha. poyosss..


jangan dok hepi sangat, kapal terbang MH370 tak jumpa lagi. nanti orang kata kita tak sensitif isu semasa la hape kan. padahal kita sensitif je cuma tak beritahu semua orang. simpati kita, doa kota hanya untuk kita dengan Allah kan. bukan untuk pameran di wall2 facebook.


dunia khususnya Malaysia masih lagi berusaha mencari kapal terbang yang hilang sejak dari minggu lepas. memang sangat payah nak fikir mana perginya kapal terbang sebesar itu. tapi kalau kuasa Allah kita sebagai hamba ni tak mampu nak ubah apa2 dari takdir tu. hanya Allah yang berkuasa.


jadi marilah kita terus juga berdoa kepada semua penumpang dan anak kapal. jugak kepada pekerja misi mencari mereka agar berada dalam keadaan yang selamat. amin. amin. amin.







walau macam mana pun kehidupan kita harus di teruskan betul ke idok? kita yang hidup ni kena terus berlangsungkan hidup kita seperti biasa. jangan terlalu bersedih dan jangan terlalu bermurung durja. 


mukadimah ke tu? hamboi, panjang berjela nih. bosan manusia yang mampir rumah kosong kau ni izaaa.. tak ada santapan mata dan minda yang bernas. kuikuikui. ala, kata blog main2 sahaja harus la entry semua jangan-nak-serius-sangatlah! gitewwwww... 


moh kita ke tajuk seterusnya. isi penting dalam karangan entry kali ini adalah PENAMATNYA LESEN P. maka dengan ini dapatlah pegang lesen biasa yang boleh buat sesuka hati. ewahhh.. niat dah tak elok tu. haha. mula la pakai lesen biasa tahun2 perbaharui mengikut tarikh lahir kita. 


lesen sekarang kan cantik macam ic, jadi bila dah siap fefeling macam cantik weiiii lesen baru aku cuma gambar kembang setaman. pffftt~~~ hahahaha


haku dengan rakusnya menukar lesen P aku ke lesen betui dekat JPJ. rakus sangat sampai pegi sendiri JPJ sanggup google berhari2 sebab nak ingatkan jalan dan arah. nak masuk mana dan jalan apa. perghh.. rasa macam berusaha sangat. gigih demi sekeping lesen aku gagahkan jua melangkah ke JPJ Taman Daya, Johor tu. 

dah ahaku yang drive, mana nak tengok maps ke waze ke hape. mak aku mane reti guna maps. angkat kol dengan mesej boleh ler. lelebih mak aku tak reti sangat. haha. dah ler jalan kat JB semua nak cepat je. mari la study dulu sebelum pegi. gitulah aku. kalau tak aku memang tak tahu jalan. haha

ha kauuuu.. sekali ramai gilos manusia sampai tak ada seat. 2 jam berdiri dan 2 jam dapat duduk. 
fair enough la kan? jangan nak fair sangat, lenguh, lapar, nak terkencing semua ada selama 4jam aku tunggu tu. lol sangat..





aku sampai pukul 10.15 macam tu. baru je dapat nombor lepas tu dalam pukul 11 aku tengeok nombor giliran dah habis. mak oi, cepat gila. dah aku dengan mak aku berdiri je sebab ramai orang. ramai yang berdiri. sape dah penat sangat duduk je kat lantai. dan akhirnya aku dapat nombor macam atas tu. nombor sekarang 1019. 


maknanya ada 400 orang lagi aku kena tunggu ke ni? OMGGG.. tapi pasrah je la. pejabat kerajaan dah hari khamis, esok cuti haruslah penuh gila. nak cakap apa kan. tunggu aje la. 


sampai turn aku dalam pukul 2. lepas tu urusan dalam 5minit dekat kaunter pastu 15 min tunggu kad siap. dalam 2.30 petang tu siap. phewww.. aku teramat laparnya sehingga menggigit perut. haha. dah la tak sarapan. pagi2 terus nak pegi JB. jadi lapar amat la ni. 


dan hasilnya begini.





gambar kembang sebab dia makin tarik picture tu. kasi lebar semua.dah la muka memang lebar sepinggan. dia pulak tarik. kuang asam sungguh tau JPJ ni. huarghhh.. tapi apakan daya. jadi beginilah hasilnya. hahaa..


benda2 lain terpaksa dia rahsiakan. demi keselamatan bangsa dan agama. apa aku merepek ni?


mudah je pun nak buat lesen ni. kau pegi JPJ cakap nak perbaharui lesen. pastu dia tanya nak berapa tahun. bayar la ikut tahun. kalau tarikh lahir jauh kena tambah RM15. pastu bayar je. tunggu dan siap!


hahaha.. nampak senag je apa aku cakap ni. kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke laman web ni JPJ . atau ke MyEG. aku nak mudahkan lagi korang jangan tertanya2 atau ada macam2 soalan boleh tengok sini MyEG Perbaharui Lesen Memandu. dekat sini semua pertanyaan korang akan terjawap. tayah susah2. 


masa ni aku tukar dengan alamat sekali, so kena isi borang la untuk tulis alamat baru. walaupun aku belum pindah nanti kena jugak buat baru bila pindah so, aku decide tukar sekarang. kan senang. 


jadi jangan lupa check lesen memandu anda dan tarikhnya ye. hihi.


nite.





Sunday, March 16, 2014

Resepi : Scone





Assalamualaikumm..






Bahan:

2 cawan tepung
1 sb baking powder
1 sudu kecik soda bikarbonat
1/2 sk garam
100gram butter sejuk
2 sb gula castor
1 cawan susu segar/susu cair
1 biji telur


Cara:
1. Gaulkan tepung , baking powder,soda bikarbonat. garam dan gula.
2. Buat lubang dan masukkan butter sejuk yang telah dipotong kecil-kecil. lagi sejuk lagi bagus.
3. Gaulkan butter dengan tepung menggunakan jari sehingga sebatian peroi dan butter halus semuanya.
4. Masukkan susu segar dan telur. Gaulkan dengan garfu. *gaulkan hingga sebati sahaja, jangan terlalu kuat dan lama*
5. Canaikan doh dalam 1 @ 2 inci dan terap. *adunan memang sedikit lembik*
6. Bakarkan scone dengan 180-200 celcius dalam 20 minit. 


Siap! 


Boleh dimakan dengan majerin, butter dan jem strawberry! yummehh!





Selamat mencuba!




Sunday, March 9, 2014

Pray For MH370





Assalamualaikumm...



semua orang sedang risaukan tentang kehilangan pesawat MAS MH370 yang dilaporkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing. Allah.. mana tak risau, satu perkara yang sangat pelik berlaku. kita rakyat biasa yang tak ada pertalian darah langsung ni pun risau, sedih, dan pilu mendengarkannya, inikan pula ahli keluarga terdekat dan kenalan mangsa. 


saat2 begini sama sekali tak pernah terjangka oleh sesiapa dan tak mahu berlaku. tapi ini semua kuasa Allah. kita sebagai hambanya yang beragama Islam ni sangat la berharap Allah melakukan keajaiban. jika Allah berkehendaki melakukan sesuatu hanya dengan satu ayat "Kun Fayakun!"


apa pun kita doakan yang terbaik untuk pesawat MH370 yang masih hilang. Allah yang maha mengetahui dan kita hendaklah percaya dengan kekuasaan Allah dan terus berdoa supaya semuanya selamat. 


dah banyak sangat benda yang orang share. orang tulis dan itu ini. tentang fakta, tentang teori, tentang lawak, dan tentang berita palsu. harapnya kita tak tergolong dengan keadaan ini. 









gambar atas ni gambar muka depan surat khabar Australia. mengisahkan tentang rakyatnya yang hilang bersama pesawat MH370. harapnya tak ada spekulasi yang boleh memburukkan keadaan dan menyedihkan lagi semua waris2 penumpang dan anak kapal pesawat ini. 


sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah, doakan yang baik2 dan solat hajat untuk menemui mereka semula dengan keadaan yang baik dan selamat.



Amin ya rabbal Alaminnnn...





Thursday, March 6, 2014

Damailah engkau disana sayang






Assalamualaikum...



hari rabu semalam la kan? anak kucing kesayangan aku ni dah mati. sobsss... semalam (selasa) aku pergi JB, then balik tu aku pergi pasar malam pulak. balik tu aku nampak la budak kecik tu lari2 kejar aku balik. masih sihat, masih relax bermain2 area rumah. tak ada masalah pun. 


tapi pagi rabu aku bangun2 dah jumpa budak kecik ni dalam longkang. aku ingatkan tidur, sebab dia ni suka sangat tidur sepah2 mana2 dia suka tanpa ada apa2 kesan dia tak mati. tapi bila aku pergi dekat2 dia rupanya dia dah mati dan dihurung semut api. banyakkkk sangat semut. kesiannya aku rasa.


lekas2 aku pergi ambik cangkul, pergi gali lubang nak tanam budak kecik ni. semut banyak sangat jadi susah nak ambik dan tanam dia dalam tanah. aku korek2 lubang dan tanam dia bawah pokok. tapi tak jirus pun. sedih memang sedih tapi nak buat macam mana.


aku bagi dia makan vitamin, dengan antibiotik sebab dia selsema. tapi selsema dia tak baik2. kucing2 lain dah baik dah. cuma dia je tak baik2. aku pikir mula2 sebab dia budak lagi, antibodi tak kuat tapi rupanya dah sampai ajal dia. 


walaupun aku jaga dia kejap je, tapi aku sayang dia. aku kesat hidung dia, kesat taik mata dia. bagi dia makan ubat, makan vitamin supaya dia membesar sihat dan kuat. tapi tak juga. walaupun kita berusaha tak semestinya kita akan berjaya kan?





damainya engkau disana sayang. love u much.



p/s: first time tanam kucing yang mati. walaupun kucing kecik tak lama hidup dengan kita tapi kita tetap kesian dan sayang dia. 



Monday, March 3, 2014

Bila sudah sampai seru








Assalamualaikumm...



aku rasa inilah masanya aku kena berubah. ecehh.. bukan aku tak mahu tapi banyak sangat kekangan dan halangan yang menimpa diri ini. ewahh.. menimpa konon. tak mau menidakkan diri sendiri yang rasa sangat selesa dekat rumah. memang la rumah kau kot. inilah masanya kalau nak menghabiskan masa dekat rumah. menghabiskan sisa2 masa dirumah yang bakal hilang lenyap dalam lipatan sejarah akan datang. Allahh.. Allah..


sejak bulan 6 tahun lepas aku abis study sampai sekarang dah masuk bulan 3 tahun 2014 tak jugak pindahnya. aku ni bukan apa, bukan tanak kerja secepat mungkin. nak sensagat, nak duit kot tapi bila pikir jadi tak jadi pindah rumah ni aku malas pulak jadinya. macam ye tak ye. yela, kau pikir kalau kau baru kerja lepas tu tetiba kena pindah. of coz kena ambik cuti. pindah rumah bukan macam kita pindah masuk u, bawak baju 2,3 beg, baldi dan bantal kan? ni pindah serumah. banyak barang wooo...


boleh ke nak baru kerja nak cuti banyak hari. konfem pindah rumah tak cukup sehari. penat lagi. urusan itu ini lagi. tak boleh wooo.. tak boleh. hahaha. maka, dengan ini aku tak kerja lagi SEBAB banyak yang perlu aku uruskan dan aku pikirkan. adik beradik aku tak ramai jadi akulah kena teman mak buat macam2 benda dalam rumah ni. 


biasalah, kalau kita tak kerja bila habis study orang akan cakap kita TANAM ANGGUR la. MEMILIH KERJA la, PEMALAS la. buat apa dekat rumah kan? biasa.. biasa. untung2 anggur aku dah berbuah boleh tuai kan? dapat jugak hasilnya. haha. malas nak berdebat. iye kan aja kata2 luar yang tak menbuatkan aku terguris pun. semoga kamu semua mendapat keberkatan. tak sedekit pun aku kecik hati. terima kasih sebab kata-kata kalian buatkan lebih kuat. 


apa yang paling aku pentingkan sekali adalah FAMILY aku. mak ayah. demi mak aku sanggup macam2 benda. yang penting mak tahu apa aku buat. 


aku pergi interview, banyak interview aku pegi. hampir semuanya aku dapat. aku pergi dengan mak aku. semua interview mak aku ada. tapi biasalah tak semua kerja sesuai dengan kita dan tak ada halangan untuk itu.


tapi bila aku dapat surat ni tadi mula la aku macam aaaa... aaaa.. kena bayar dah eh? hahaha





ni dia. kan dah dapat. dah lebih 6 bulan aku abis study tapi masih diam je dari bayar benda ni. kan dah kena panggil suruh bayar. hahaha..


cara nak membayar? dia ada nyatakan. sila la ke laman web PTPTN. nampak tak aku malas nak link? sebab internet tak kuat. haha


hokey la uolss.. jangan lupa bayar okehhh.. babai!




Sunday, March 2, 2014

Abang Penghantar Pizza!





Assalamualaikumm...



aku nak kenalkan korang dengan sorang abang penghantar pizza yang vouge the vass seantero kampung aku ni. beliau ni sangat gentleman. sangat macho dan mampu mencairkan hati2 gadis pingitan. hihi. gerenti punya. 


taraaaa!!!





di ni jenis suka menyibuk apa yang orang nak buat. jadi bila aku keluarkan kotak pizza dominos ni mula la dia duduk atas dia tak kasi aku buang. suka sangat tengok apa yang kita buat depan2 muka. kalau kita nak benda tu, situ la jugak dia tolak tangan kita dengan kepala dia. konon manja la tu. hahahaha






nampak tak ade lighter kat tepi tu? hahaha.. nampak kan aku dah bersedia nak bakar kotak tu tapi memandangkan  habang macho ni dah duduk atas dia nampak gayanya kena la alih perhatian dia untuk ambik kotak tu dan bakar kotak pizza. 


bau dah tak ada sebab kotak tu dah lama. cuma belum buang je. bila kita buat pembersihan rumah nak bakar itu ini mula la dia datang menyibuk nak tahu apa benda yang kita nak buang tu. macam kena buat penapisan kilang. kena QC sebelum produk tu keluar. kahkah. 


hadoi la budak gemok yang nakal. dah la gemok. manja. kuat jeles. tu semua dia punya perangai. hahaha


esok2 bila pindah rumah nanti aku tak tahu macam mana nak bela budak ni. memang kena kurung la jawabnya sebab budak2 ni kucing luar rumah. duduk area rumah tanpa sangkar dan boleh berburu. dan sangat nakal. kerjanya suka sangat masuk dalam rumah curik ikan dalam singki. kalau ikan dekat luar pun dia curi. sabar je la. 


jadi takkan boleh bawak dia dan bela macam dekat rumah lama. aku kena dudukan dia dalam sangkar. beli litter dan bekas air dan makanan. kesian kucing2 aku yang pandai berburu ni. pandai tangkat ular, katak, burung, sesumpah, dan mcm2 lagi. 


sedihnya bila teringat pasal pindah rumah. sedih. sedih.



babai!