Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, January 31, 2012

Aktiviti Cuti




Assalamualaikum

Apa khabar semua kawan2? Lama dah aku tak menulis blog aku ni kan? Almaklum la duduk rumah mane la aku ada internet kuat kat rumah. Hehehe..


Semalam aku dah mula belajar kereta semua. Aku tak bawak dah setahun. Dah lupa pun apa yang perlu aku lakukan dalam kereta tu. Clutch la, gear la, starting driving macam mana. Semua aku dah lupa macam mana pun aku malas nak baca2 balik.


Tadi ok je aku bawak. Cuma sejam pertama je aku lupa apa nak buat, nak tukar gear time bila dan macam2 lagi. Aku dah cakap dengan abang yang tukang ajar tu aku dah lupa. Dah setahun aku tak bawak kereta.


Dulu aku dah belajar dah habis 16jam. Senang je. Tinggal ambik QTI dan JPJ. Tapi sebab tak sempat nak masuk degree aku tinggalkan driving dan masuk degree. Nak buat macam mana kan?


Ni dah setahun aku masuk degree barulah aku sambung. Sebab cuti 4bulan hari tu aku pratikal jadi tak dapat nak sambung. Habis praktikal pun bulan puasa. Mana la nak sempat kan? Puasa je kejap nak raya. Tak dan langsung…cehhh..


Korang nak gelakkan aku sebab aku baru nak ambil lessen? Silakan. Aku tak rasa terhia langsung. Biarlah aku baru nak ambik pun. Aku tahu ramai je orang dah selamat kesana kemari dalam usia aku. Tapi aku tak peduli. Ni hidup aku, cara aku. Kesusahan aku orang tak tahu. Kekangan aku orang tak kisah. Jadi buat apa aku nak kesah pasal hinaan orang?? Aku dah biasa berhadapan dengan drama orang..


Hehehe.. drama?? Tak paham?? Tak ape la. Yang pentinga aku paham. =)


Korang cuti sem  ni buat apa??



Bai! 

1 comment:

akuamir said...

tak kisah la,, makkku amek lesen umur 46 tahun sume terlopong ade la,, takde yang gelak,,haha..

good luck