Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, January 18, 2012

Aku bukan lemah!





Assalamualaikum kawan2..


pe kabar semua? rasa macam dah lama tak update blog. rasa macam dah malas nak tulis. aku sering kecewa sejak akhir2 ni tapi aku pendam. aku banyak tersinggung. tapi aku senyapkan. aku banyak bersendirian tapi aku pasrah. dan aku masih dan masih berusaha untuk bersabar dengan seluruh jiwa raga aku..


aku terasa dengan setiap patah kata yang sebenarnya keluar dari mulut yang tak pernah aku sangka. aku anggap dia adalah kawan. anggap dia tak mencalar sekeping hati milikku tapi apakan daya, aku insan lemah yang sering terkecewa walau di luar sedar...


aku bukanlah jenis sensitif. tak, tak sesensitif sebelum ni. aku berjiwa kasar. dalam hati kasar itu masih ada jiwa halus aku yang perlu orang tahu..


aku nampak garang tapi aku punya perasaa. sesekali aku terasa orang kata aku sentap. bila masa kita tak sentap. selalunya kita biarkan tapi hati ni dah terlalu banyak bersabar dan berkata positif...


aku tak tahu kenapa semua ni aku kena rasa. kena pendam. dalam pelbagai aspek. aku tahu. aku tak perlu luahkan pada semua orang. tapi jiwa aku merana! merana kerana macam2 perkara...


sesekali baranku keluar adalah jiwa yang sarat tak terbendung dek semua bebanan jiwa yang tak kelihatan. aku masih bersabar dan terus bersabar. aku cuba didik diri aku supaya menjadi manusia yang penyabar.. 


namun sesekali sabarku teruji sekali. teruji dengan keadaan yang semakin menekan aku. aku bersabar demi masa depan aku. masa depan yang sekarang aku lakar supaya ia seronok untuk ke kenang akan datang...


benar kata orang jika kita tak pernah merasai susah, merasai masalah dengan kawan, masalah dengan segala hal kita sebenarnya tak ada kenangan dan segala masalah adalah guru dari setiap sudut perkara. 


mungkin aku terlalu menyorokkan segala perkara. sehingga menjadi nanah dalam relung hatiku. aku bimbang, aku bimbang jika aku luahkan ia akan menjadi bahan umpatan manusia yang tak pernah kenal dan mengetahui duduk perkara sebenar. aku paham. jadi biarlah ia terus menjadi nanah dalam jiwaku yang paling dalam. aku pasrah.


terima kasih atas segala pengalaman manis, pahit, maung, segala sifat baik, garang, marah, penyabar, benci, dan segala rasa saket hati, ambil berat, toleransi, dan pemurah yang kalian semua tunjukkan. aku tahu aku mempunyai kawan disekelilingku. namun aku masih mencari yang memahami diri aku..tak pernah ada walaupun ia hampir ada...


aku terima segala setahu lebih segala ujian yang Allah berikan kepada ku. saket aku, marah aku, air mata aku, kudrat dan keringat untuk segalanya tentang pengajian ijazahku ini. ijazah ini membuat aku lebih matang dengan segala yang aku pelajari dalam masa ini. saat mengumpul segala kenangan dan aku tamakkan pengalaman bersama kawan2 yang akan aku kenang pada masa akan datang..


terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada pengalaman dan kenangan aku. harap itu semua menjadi kenangan dan pengalaaman buat kawan2 ku semua..


lelah aku tak berhenti. jiwa ku tak tertahan lagi. cukup sampai disini. dan aku cuba gagahkan diri dengan setiap perkara yang datang.



No comments: