Happy Cat Kaoani -->

Sunday, January 8, 2012

Solat Sunat Dhuha








ramai yang tertanya2 apakah sebenarnya solat sunat Dhuha ni sebenarnya. ada yang paham akan terus melaksanakannya. tapi bagi yang tak tahu mesti akan rasa tak perlu. solat ni sunat je. tapi sangat bagus untuk membuka pintu rezeki kita sebagai manusia yang akan memulakan hidup dan bekerja pada awal pagi lagi. dengan ini aktiviti seharian kita akan lebih lancar dan mendapat lebih keberkatan daripada Allah s.w.t.


ok, kita straight ke kaedah sembahyangnya!


- Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur

- Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.




Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua 
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa 
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita dan rezeki kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Doalah walau dalam apa bahasa sekalipun. =)





mudah sangat nak lakukan kan kawan2 sekalian. kalau kita lakukan kita akan mendapat pahala dan rezeki yang diredhai Allah..




1 comment:

akuamir said...

tapi itu pown macam surah jugak,, doa dhuha itu lebih afdhal,, tapi doa biase pon boleh,, tapi buat lah yang terbaik kalau boleh yee... :)