Happy Cat Kaoani -->

Sunday, September 23, 2012

Kesukaan dan ketidaksukaan!




Assalamualaikum...



hari ni aku nak cerita kesukaan aku dan ketidaksukaan aku. maksudnya bukan benci cuma tak berapa minat. tu aje. aku percaya setiap orang mesti ada kesukaan masing2. takkan nak tak kesah je sepanjang hidup kan? macam tak best pulak hidup macam tuh. ecehh.. macam la hidup aku best sangat nak kata hidup orang lain pulak yang tak best kan? hahaha..


1. menulis

aku suka menulis. suka sangat menulis isi hati sendiri, tulis segala yang aku rasa yang aku alami dan rasai tapi malangnya bagai aku adalah aku malas menulis. aku berharap kalau ada mesin yang boleh tulis dengan sendirnnya isi hati aku ini pastu siapkan dan print buat tatapan aku kan bagus macam novel jadi aku akan baca balik apa aku tulis tu tapi tak mungkin nokkkk... hanya ada 10 jari dan 2 tangan ni je untuk menulis. Alhamdulillah masih berupaya walaupun keupayaan itu selalu diragut oleh kemalasan aku sendiri. wakakaa..



2. suka memasak

aku suka memasak. suka tengok orang masak dan suka tengok makanan. aku geram nak cuba tapi tak semua masakkan aku akan buat ini kerana kekangan bahan, alatan dan kemahiran. hahhaa.. walhal kat rumah sewa aku selalu ditugaskan masak sayur je pun. wakaka.. tapi kalau tinggalkan aku sorang2 insyaAllah aku takkan kebulur, masih boleh masak untuk diri sendiri. nak bagi orang lain makan macam segan sikit la.. hahaha. aku prefer desert or minum petang macam kuih muih atau manisan sebab senang sikit berbanding lauk. hehee..












3. mengemas

aku suka mengemas. tapi bila ada mood je. kalau tak ada mood memang berselerak pun aku sanggup. tak mood punya pasal la kan. punyalah malas kemas rumah. tapi bila aku rajin segala aku nak kemas, segala benda aku akan bersihkan dan buang. tu aku kalau rajin. kalau malas nak lipat kain selai pun macam tak ada daya! hahaha..


untuk barang2 pulak aku suka certain2 barang. yang biasanya aku suka orang lain biasa2 je dan bila orang menggila suka aku pulak biasa2. macam terbalik pun ada. 


1. aku tak suka bunga

ok ni tak tahulah pelik ke tak, aku tak suka bunga. lebih2 lagi kalau ada orang bagi aku bunga. sungguh aku tak teruja. hahaha.. gila kejisss.. kalau dalam rumah pun sebenarnya aku tak suka ada bunga, bunga dalam rumah ni macam semak dan mengumpul habuk. malas aku nak membersihkan habuk dekat bunga2 tu. lecehh..






2. aku tak suka coklat

aku bukan tak suka terus, makan tapi tak boleh banyak2 sekaligus. makan sikit2 je la. lepas tu kalau makan lama2 tapi tak habis2 aku akan bosan dan bagi orang lain coklat tu. hahaha.. malas nak habiskan tak best je rasanya..haha






3. tak suka bear

ini semua hasil didikan mak aku. aku tak suka bear. tapi aku suka bentuk patung macam kucing, arnab yang comel2 sebab dari aku lahir mak aku dah belikan aku arnab sebagai peneman aku. kira bantal busuk la. lepas tu aku aku terus tak suka bear2 ni. walaupun dia lembut tapi aku lagi suka arnab dan kucing. hehehe..


aku suka benda2 untuk hadiah macam :


1. Al Quran, tafsir dan tafsir hadis

haaa.. ni aku suka. suka sangat. walaupun aku mengakui aku tak baca hari2 tapi aku akan menghargai sangat2 kalau ada orang bagi aku Al Quran, tafsir al quran dan tafsir hadis. aku memang teringin beli tafsir tu semua tapi belum berkemampuan. nanti aku akan cuba beli jugak.. =)





boleh tak aku nak Al Quran ni untuk hantaran aku nanti  ?  :')



2. Gelang atau cincin


aku tak harapakan orang bagi aku benda mahal2, sebab aku menghargai apa yang orang bagi walau murah. kalau setakat gelang atau cincin main2 pun dah cukup suka aku kalau dapat. setakat gelang rm25 silver biasa pun aku dah suka sangat dah! hehehee.. sebab aku ni suka gelang dan cincin. hehee


aku harap suatu hari nanti aku dapat benda ni, kotak ni dan desigan ni.  aminnn.. :')



3. buku motivasi


aku suka buku2 macam boleh membina jati diri, menguatkan peribadi dan membentuk emosi yang baik. ala, macam buka HM Tuah Iskandar ke, buku2 ilmiah macam tu untuk membentuk jadi wanita solehah ke, wanita tabah ke eiiiiii.. sukanya aku!!






4. buku masakan

haaa... ni pun aku suka. buku masak2 best sebab aku suka tengok gambar makanan dan aku akan cuba. tapi biasanya buku masak mahal kan. jadi aku suka google je pastu salin. nak masak je google nak masak gugel. haaha.. jimat mak nok! hahaha






4. pakaian dan perhisan

ye, aku suka pakaian. tak kira la baju ke, kain ke, tudung ke. semua aku suka. nak2 kalau aku dah lama berkenan benda tu sekali ada orang bagi, jadi macam wowwww! bestnyaaaaa! >.<  kalau dapat brooch ke atau eksesori lain pun aku suka jugak.. hehee





5. gadget

tak dinafikan la aku suka gadget macam handphone, GPS, camera, ipad, ipod, tab bagai tu. sape tak suka. nak2 siap ade broadband lagi fulamakkkkk.. sukanya haku! hahaha.. dah memang gila surf internet kan maka suka la benda2 macam tu.. =)






6. suka benda2 warna hijau

yess.. almost semua benda aku suka warna hijau. kalau warna lain tu aku rasa macam tak in je. cuma pakaian aku suka variasi. suka macam2 kaler tapi kalau benda lain kalau boleh semua nak warna hijau. hahaha.. gila bosan dok??



apa lagi eh yang aku suka?? aku suka benda2 yang tahan lama la senang kata, yang boleh aku carry mana2 tiap2 masa macam handphone, beg, kasut, baju dan sebagainya. pada aku kalau barang tu tahan lagi bawak banyak value pada aku si pemakai dan otometik aku akan terkenang si pemberinya. cewaaahhhh.. macam la banyak sangat benda kau pernah dapat kan.. padahal masa sekolah aku jarang dapat hadiah sebab birthday aku bulan 12 tau.. sedihnya.. sob3...



and you know what aku tak sukaaaaaaa sangat prank! yup, macam birthday prank yang kotor2 macam mengarut2 sangat sampai boleh buat aku rasa takut, sedih, marah dan sebagainya. walaupun kawan baik aku sendiri yang buat prank kotor2 macam tu aku benci gila. pada aku benda tu nak happy2 bukan nak mengotorkan seluruh diri. kalau setakat suprise bersih2 tu tak apa la sangat. ni kalau nak ajak aku buat benda2 mengarut yang buat aku rasa benci aku takkan buat. aku rela dikatakan tak outstanding or tak up to date dari aku rasa benci dengan benda tu. hahaha.. kejis tak? tak kan. sebab setiap orang ada benda yang dia suka dan dia tak suka..



baik2 aku suka kawan tu jadi tak suka sebab dia pernah prank aku. tu aku tak nak. bukan makin suka makin tak suka pulak. aku bukan jenis adventurous punya orang. pada aku that memori kena sambut dengan benda yang seronok dan menghiburkan bukan dengan cara paling dibenci. tu je la.



banyak ke?? tak kan?? hahaa.. okeh, korang pulak macam mana? apa kegemaran korang??

No comments: