Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, May 23, 2012

Go Green 2 U!






Assalamualaikum kawan2..



apa khabar hari ni. hari ni aku ada 3 kelas. dari pagi sampai lewat petang. penat sangat sebab tak dapat rest yang cukup. semalam ada latihan flash mob sampai pukul berapa dah. lepas tu jalan2 menjelajah kawasan baru. rupanya banyak lagi rumah2 besar dan cantik di kawasan Fasa 5 puncak alam nih! tapi jalannya sangat la horror! gelap gelita dengan banyak gila roundabout. cehhh.. lepas tu duduk lepak2 mamak sampai pukul 2 pagi lagi. hehehe..


niatnya bukan lepak. cuma melepaskan lelah dengan minum2. haus weh! menari bagai walaupun bukan dalam dance class tapi ketahuilah satu fakta yang anda semua kena tahu bahawa Puncak Alam ni sangat panas jadi kalau sikit je bergerak dah sangat2 berpeluh dan masyemmmm.. so, kena mandi selalu dan kena banyak2 pakai rexona. biar cover bau tuh! hahahaa


tapi banyak cerita pasal event je. event yang akan berlangsung rabu minggu depan. tapi esok kawan2 aku semua pergi Langkawi untuk kelas TnT.. jadi tinggal shami, mimah aku dan irsyad je yang tak perlu pergi sebab kami dan ambik masa diploma dulu. hehehe..


event kami yang akan berlangsung ni mengenai kitar semula. so? apa lagi, jom la sama2 kita kitar semula barang2 seperti kertas, plastik, tin dan kaca. bawak barang2 dan akan di trade in dengan satu beg wooven yang cantik! hehehe.. berbaloi kan! =)





dalam event ni apa pelbagai acara yang boleh anda sertai seperti menyerahkan barang yang boleh dikitar semua kepada kami seprti botol plastik, kertas terpakai, surat khabar lama, majalah lama, kotak2, tin dan kaca. setiap penyerahan barang2 terpakai mengikut berapa kuantiti yang di tetapkan anda akan mendapat satu wooven bag yang cantik dan pelbagai guna. bagus la beg tu.. boleh guna untuk macam2 purpose! =)


korang tahu tak wooven bag tu apa? ala, beg kain serbaguna dekat pasaraya selalu guna kalau hari sabtu untuk menggelakka penggunaan plastik bag. huehuehue.. best tau jaga alam sekitar ni. rasa bersih tu akan buat kita rasa sihat dan bersemangat!


aku dalam event ni jadi biro aktiviti. aktiviti yang akan dilakukan adalah pengumpulan barang2 terpakai, games, interactive session, and signature session. haaaaa.. games yang kami sediakan semua best2. semua amat la menyeronokkan. macam bowling barang2 terpakai, membuat kraftangan dengan bahan2 terbuang dan pelbagai acara. ada juga kuiz untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman anda!





ni tag nama kami. cantikkan? sangat hijau dan aku yang peminat hijau ni amat teruja. teruja habis! sebab aku memang suka warna hijau dalam kehidupan aku. wewewewe...


jadi mulai hari ini kumpul barang2 yang boleh dikitar semula tu dan nanti 23hb berikan kepada kami di bawah foyer FSK 6 dan dapatkan wooven bag percuma!


jangan lupa sertai kami!



=)




2 comments:

Shazreena Shukri said...

reena memang suka beg kitar semula..even buat koleksi di rumah..bergantung dlm bilik saja...bawa pergi jalan2..cute ooo..=)

Nour Eyza said...

bawa pergi jalan2 atau sesuai jugak guna nak bawa apa guna beg tu sbb beg tu tahan lasak.. =)