Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, May 15, 2012

Kisah Konvo yang boleh buat aku sedih..





Assalamualaikum...


aku rasa yang jatuh jauhhhhh dalam hati aku. semalam mak aku telefon dan cerita pasal itu ini dekat kampung. aku dengar je. aku suka dengar. bila satu cerita pasal mak cik dan pakcik aku. mereka ni aku dah anggap macam mak ayah aku sendiri. mereka memang sayang aku dan akak aku. dan aku amat selesa dengan mereka.


aku pernah duduk dengan pak cik dan makcik aku 3 bulan masa aku praktikal diploma. walaupun aku duduk rumah dia apa yang ada tapi aku selesa. sebab aku dah anggap mereka mak ayah aku. 


baru2 ni anak dia konvo, tapi anak dia tak mahu pergi. sepupu aku la tu. sepupu aku konvo Politeknik Pasir Gudang. tapi tak nak pergi sebab kerja. tak boleh cuti katanya. tapi mak dia nak sangattttt tengok anak konvo. nak macam orang lain, sama2 meraikan anak konvo. merasa ambil gabar sama2. anak pulak sorang tu je boleh diharap jadi tak mestilah sedih bila tak dapat tengok konvo anak. poli JB dengan rumah mak cik aku bukan jauh mane pun. mak cik aku pun duduk JB jugak.


aku dengar jadi sedih jugak. yelah, mak cik dan pakcik aku dah tua. pesara guru dua2. lepas tu teringin sangat nak tengok konvo anak dia yang satu tu. memang tu je la satu-satunya anak dia yang study poli. dah la tu anak dia mungkin tak akan sambung beljar sebab dah syok kerja. macam tak ada potensi. huuu


aku rasa macam nak bawak je makcik dan pkcik aku pergi konvo aku nanti. lagi setahun la gamaknya kena tunggu. sebab rasa sangat sedih dengar mak cik aku cerita. at least merasa tengok anak dekat dewa ambik konvo apa2 walaupun aku tahu aku cuma biasa2 sahaja. 


serius rasa nak bawak je makcik dan pakcik aku. ermm.. boleh difikirkan nanti. kalau ada rezeki aku nak bawak la. walaupun aku tak nak masuk sama2 mak abah aku tapi at least dapat la merasai bahang konvo dan ambil gambar sama2 anak2 yang berjubah konvo! hehehehe








atas tu pic aku konvo diploma. kakak aku tak ada, jadi aku bertiga je dengan mak and abah. tak pe la akak tak ada sebab masa tu akak kerja, tak boleh cuti. 


pic bawah pulak masa akak konvo UPSI. aku pagi2 dari shah alam ke KL central pastu kami sama2 ke Tanjung Malim pulak. pukul 9 lebih aku dah tercongok dekat Tanjung Malim tunggu akak aku ambil jubah konvo dia. tak sangka aku. pukul 7 aku masih kat UiTM shah alam pastu kul 9 dah kat UPSI. esoknya akak aku konvo. mudah je. dah biasa benda macam ni.lari2 kesana kemari naik bas kejar2. hehehe


ok2. nanti aku suarakan rasa hati aku dekat mak. kalau2 mak setuju. hehehee



bai!



4 comments:

Eliss Mie said...

student uitm yer :) ms konvo ni la mak bapak paling bangga kan. ish ruginya tak pergi konvo kan.

Nour Eyza said...

haah.. student uitm. hehee. mak ayh paling gembira dan bangga kan. walaupun diorg tak cakap tap kita tahu. hehee

Saya mEmang suka Menuliz:D said...

bestnya..insya Allah ada rezeki ingin jadi mcm akak..=)

Nour Eyza said...

hehehe.. insyaAllah boleh la kalau usaha.