Happy Cat Kaoani -->

Monday, May 21, 2012

OPKIM 2012





Assalamualaikum...


apa khabar semua? ewahhh.. apa aktiviti anda hujung minggu ni? ada orang pergi Langkawi. ada orang pergi Penang jalan2. aku? aku hanya pergi Slim River, Perak untuk program OPKIM peringkat fakulti. 


sejujurnya mula2 aku malas nak pergi. aku malas nak join. tapi kawan2 aku ajak dan memandangan minggu ni kawan2 rumah aku ramai tak ada jadi kami tinggal berdua je serumah. baik aku pergi OPKIM kalau tak memang kosong la rumah ni tak ada aktiviti dan tak ada orang. hehehe


aku pergi perkampungan orang asli di Slim River, Perak. kawasan yang agak dalam dan cantik! serius cantik! dengan pemandangan bukit bukau yang menhijau dan tenang. dengan sungai yang mengalir sejuk mata memandang. seronok je kalau dapat terjun dalam tu je panas2 ni. hehehe..






 cantik kan pemandangan dia. masa ni baru turun bas. kena jalan kaki dalam 300meter. sebab bas tak boleh masuk jalan kecik. cuma boleh naik kereta, dan lori kecik je. jadi kami yang perempuan jalan kaki bawak barang mana yang mampu, dan lelaki tunggu untuk naikkan barang berat atas pick up. 


kami bawak barang masak dan segala peralatan untuk masak macam periuk belangan dan tong gas bagai. dan barang2 untuk aktiviti lain macam aktiviti sukaneka, fesyen show, bola sepak dan mural. every single thing kami bawak dari shah alam dan puncak alam.


dua bas dari shah alam dan dua bas dari puncak alam. jadi 4 bas kami konvoi ke sana. ada 3 lect, staff dan pelajar. semuanya dari fakulti kami. walaupun tak saling mengenali satu sama lain tapi kai tetap bersama2 menjayakan program ni. weeeeee~




















gambar menceritakan segalanya. sebabnya aku malas nak cerita macam2. aku serahkan aje pada korang untuk menilainya.. hehee



ok..



bai!




No comments: