Happy Cat Kaoani -->

Monday, April 9, 2012

Meremang tak tengok Lisa mengamuk semalam??





Assalamualaikum semua..



selamat pagi cikgu! *ikut nada upin ipin* hehehehe. best kan hari ni tak ada kelas. boleh lepak2 dekat rumah sambil online 24jam. baru la syok. hahaha..


kepada yang pergi kelas tu sila pergi kelas elok2 ye.. hehehe.. malam tadi anda semua mimpi apa? ade tak termimpi2 Aaron Aziz?  hahahaa.. kemain lagi semua semalam terjerit2 bila nampak Aaron Aziz. cehhhh.. mentang2 dia hensem kemain lagi kau menjerit sakan kan. tak hengat dunia.


tapi semalam diorang berlakon sedutan Ombak Rindu memang superb la. walaupun orang terjerit macam orang gila lepas tu kacau2 still diorang berlakon the best. dah macam kat Istana Budaya pulak aku rasa..hehehe.. memang tak disangkal mereka memang pelakon hebat.walaupun secara live, walaupun ramai yang memandang, walaupun disorak2 still ok2 je berlakon.. tahniah2!


ni aku tepek video diaorang tengah berlakon semalam. 





haaaaa... meremang nok tengok Lisa mengamuk. tapi best la seronok tengok diorang pentaskan macam ni. macam best pulak. lepas ni kalau buat Ombak Rindu The Musical pun ok jugak. pentaskan dekat Istana Budaya. perghhhhh.. aku pun teringin sangat nak pergi Istana Budaya tengok teater. macam best je kan? heeeeeeeeeeee... anyone nak belanja?? dialu-alukan.. heeeee


hahahaha...sila berangan di tahap yang maksimum. aku paling2 pun pergi tengok orang nyanyi2 dekat Laman Santai depan IB tu. lepak dengan kawan2 aku supaya aku tahu benda yang best dekat situ. owwwwhhh.. kat situ benda yang paling best adalah toilet bayar dia. sumpah awesome! -.-'




lepas korang mesti ingat2 lupa dengan keputusan semalam kan? meh sini aku bagi list kat korang. tayah susah2 nak teleng2 kepala pandang syiling ingat sape yang menang semalam..





Pemenang ABPBH 2011

Artis Berkumpulan / Duo Popular
Sheila Hamzah, Ning Baizura dan Jacklyn Victor.
Artis Baru Wanita Popular
Tasha Shilla
Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail
Pengacara TV Lelaki Popular
Zizan Raja Lawak
Artis Baru Lelaki Popular
Johan Ariff As’ari (Botak)
Pelakon TV Lelaki Popular
Fizz Fairuz
Pengacara TV Wanita Popular
Farah Fauzana
Artis Komedi Lelaki Popular
Johan Raja Lawak
Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz AF7
Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Pelakon TV Wanita Popular
Fasya Sandha
Pelakon Filem Wanita Popular
Maya Karin
Penyanyi Wanita Popular
Yuna
BINTANG PALING POPULAR
Aaron aziz




haaaaaaaaa...baik kan aku? ahhahahaa..






dah2 tayah puji. aku tahu je aku baik, canik, comel, cun. wakakaka.. perasan!






nak basuh baju dan kemas rumah. 






bai!









2 comments:

Pen Biru said...

puas hati dgn keputusan smlm..

Liyana Upandi said...

best sangat bila aaron aziz menang...huhu..walaupun ZED ZAIDI pertikai kemenangan dia