Assalamualaikum...
heyyy.. pagi ni mulanya aku nak goreng sosej aja. makan dengan roti. western la sangat kan. sekali baru aku ingat aku ada beli kelapa semalam dekat Econsave. kalau biarkan lama2 kelapa tu mesti nanti basi atau masam. baik aku apa2 kan kelapa tu. niat memang nak buat kuih kelapa tu. jadi pagi ni buat sahaja. tayah pikir2 lagi. terus mesej2 mak tanya resipi. walaupun aku dah tahu resipinya tapi aku still tanya mak lagi. dengar nasihat orang tua la katakan... hehehee
aku terus la bancuh2 membuat kuih itu menjadi seperti mak aku buat. hikhik. kalau dekat rumah ni aku tak buat pun. mesti mak aku buat. biasalah. aklau dekat sini kalau terasa atau teringin buat la kau sendiri. jangan nak mengada2 pulak merengek mintak kawan2. hukhuk..
jadi aku dengan gigihnya pagi ni buat kuih tu dengan semangat yang membuak2. hikhik.. harus la membuak2 kan. kuih pertama aku buat selepas buat jemput2. hahahhaa...
maka, jadilah rupanya sebegini. namanya gegetas. sila google kalau ingin tahu lebih lanjut. =D
bahan:
1 cawan kelapa
1 cawan tepung pulut
secubit garam
dua cubit gula
air 4 sudu
Cara:
1. masukkan kelapa, tepung, garam dan gula dalam bekas.
2. tuang sikit2 air dan kacaukan.
3. kacaukan sehingga menjadi doh dan boleh di bentuk
4. lepas dah jadi doh bentukkan dan goreng.
5. sira kuih gegetas dengan gula. masak gula dan letak 2 sudu air. cairkan gula. bila gula likat masukkan kuih. gaul rata. kemudian angkat bila gula sudah kering. gunakan api kecik untuk elakkan gula hangus.
hamboi kauuuu.. macam pandai sangat buat kuih! hahahaa.. lantak. percubaan pertama aku berjaya. kawan aku masak nasik goreng. pedas dan lawan dengan kuih aku yang manis2. haaaaa... menjadilah breakfast yang disediakan kami berdua! wehoooo...
yang makannya kami ber3 je. yang lain2 bukan bangun lagi. hehehee...
selamat mencuba! =)
No comments:
Post a Comment