Happy Cat Kaoani -->

Friday, June 22, 2012

Sotong Masak Hitam





Assalamualaikumm...



dah makan tengahari ke semua? aku dah. masak sotong masak hitam dan sup sawi je tadi. weeee.. memang dah berangan lama dah nak makan sotong masak itam tu. tapi sebab tak balik jadi terpaksa la masak sendiri je dekat rumah sewa ni. errr.. walaupun tak sesedap mak masak, tapi puas hati la sebab sendiri masak kan.. hehehhehe...


dah mengidam sangat, nak buat macam mana kan? terpaksalah gue masak sendiri. feeling2 sedap walaupun rasa dia biasa2 je. hehehe. aku kan suka perasan sendiri. tak apalah. janji aku bahagia kan? hehehehe..





nampak sedap. pada pandangan aku la. dah aku masak kan. harus la mata bercahaya2 kata sedappp..walaupun rasanya biasa2 je. sebab aku teruja. aku masak dan makan sendiri. hehehee...


aku mengidam 2 benda ni lagi. tapi dua ni aku tak pandai masak. kena tunggu mak aku masak. hehehehe.. sebenarnya kalau tak reti masak aku segan jugak la. abah aku pandai masak okeh, macam2 dia masak. dulu2 masa aku kecik abah aku suka masak nasik ayam, bawal 3 rasa, kari ikan, asam pedas, memang superbbbbb...  jadi malu je kalau aku ni dah memang perempuan tapi tak pandai masak. hahahaa.. so, belajar masak dari sekarang. sikit2 lama2 pandai la tu. ehhehehe...


aku memang nak sangat kari ikan yu. makan pulak dengan mee atau nasik. memang superb. hehehe.. nanti aku balik aku nak suruh mak aku buat. baru feel air tangan mak. ehehhee..


kalau balik aku tak mau masak. aku mau mak aku masak. sebab kalau mak kata dia masak tak sedap aku still kata sedaaaaapppp.. walaupun cuma sayur goreng dan ikan goreng. hehehhe..


dah nama pun mak kan. harus la masak kita rasa sedapppp je. hehehe...


=)



love u mak! tak sabar nak balik! =)



1 comment:

Ezy Chiaki said...

ok la 2.. masak sndiri mkn sndiri..
sndiri puji..
ekeke..
jnji knyg!